Thursday, December 26, 2013

Islam menyuruh berubat apabila sakit, berusaha berubat itu termasuk tawakal dan menurut al-sunnah


Soalan :

Kalau kita sakit tetapi kita tidak mahu dirawat kerana mahu bertawakal sahaja maka adakah kita berdosa ? Lagipun bukankah ada dalil hadith berkenaan wanita yang terkena penyakit sawan tetapi apabila mengadu kepada nabi salallahualaihiwassalam maka baginda menawarkannya syurga jika dia memilih untuk sabar ?

Aljawab,

1. Masalah agama perlu dijawab dan dihuraikan oleh orang yang memahami maqasid syarak dan faham tentang usul fiqh serta cara beramal dengan hadith-hadith atau al-sunnah.

Hal ini demi mengelak daripada kekeliruan yang ditimbulkan oleh golongan al-Ruwaibidah.

2. Adapun hadith Ibn Abbas RA berkenaan wanita berkulit hitam yang menghidap penyakit sawan. Kemudian wanita itu pun mengadu kepada baginda rasulullah salallahualaihiwassalam dan baginda pun bersabda ;
إِنْ شِئْتِِ صَبَرْتِ ولكِ الجنةُ، وإن شئتِ دعوتُ اللهَ أن يعافِيَكِ
'Jika kamu mahu bersabar maka bagi kamu itu syurga dan jika kamu mahu aku berdoa maka aku akan berdoa agar Allah menyembuhkan kamu.' Lalu perempuan itu memilih untuk sabar.' [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Hadith ini bukan membawa maksud jangan berubat apabila sakit, tetapi hadith ini menyuruh supaya sabar apabila diuji oleh Allah dan termasuk dalam bab menyatakan setiap musibah yang menimpa kita akan menjadi penyebab kepada syurga.

Lagipun, penyakit yang menimpa perempuan tersebut adalah merupakan 'kecacatan kekal' seperti buta, pekak, bisu yang memang tiada ubat pada zaman itu. Kebanyakkan yang mengidap sawan adalah daripada sebab genetik keturunan, faktor yang bukan boleh diubah, bahkan rawatan semasa pun hanya bersifat mengawal dan membendung gejalanya bukan menyembuhkan.

Justeru tiada usaha fizikal yang boleh dilakukan oleh sang perempuan tadi untuk merawat sakitnya kecuali meminta doa kepada baginda rasulullah dan baginda menyuruhnya supaya sabar disebalik baginda mengunakan mukjizat baginda untuk memohon agar Allah menyembuhkannya.

Jadi tidak sama kes wanita yang terkena penyakit sawan itu dengan orang yang sakit yang boleh dirawat.

3. Islam memerintahkan umatnya untuk berubat apabila ditimpa sakit, hal itu terdapat dalam hadith yang menyebut tentang seorang arab badwi bertanya kepada baginda : 'Wahai rasulullah bolehkah kita berubat ? Lalu baginda rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ;

تداووا ، فإن الله لم يضع داء إلا وضع له شفاء إلا داء واحد
قالوا : يا رسول الله وما هو ؟ قال : الهرم
"Berubatlah, kerana Allah telah menetapkan ubat bagi setiap penyakit yang diturunkan-Nya, kecuali satu penyakit!" Para sahabat bertanya: "Penyakit apa itu wahai Rasulullah?" Beliau menjawab: "Penyakit tua." [Riwayat al-Tirmidzi]

4. Bagi sesetengah kes, tidak berubat adalah haram khususnya apabila ianya memang penyakit yang boleh dirawat jika dibawa ke hospital atau kes seperti ibu mengandung yang beranak dengan ditemani orang yang bodoh dalam bidang perubatan sehingga menyebabkan kematian dan mudharat kepada si ibu dan bayi yang dilahirkan.

Ini kerana ada hadith yang menyebut :
لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
"Tidak boleh mendedahkan diri kepada mudharat dan melakukan kemudharatan." [Riwayat Malik, Ibn Majah dll]

5. Hukum segolongan pandir yang menyalah-gunakan agama, salah faham hadith dan al-quran lalu menyeru dan berkempen agar orang ramai tidak berubat apabila sakit, menyerah diri kepada takdir tanpa usaha adalah perlu dicegah. Golongan ini jika hidup dizaman Umar al-Khattab RA maka mereka pasti akan disebat atau dihukum oleh beliau kerana berbuat bid'ah.

Kata Imam Ibn Qayyim rahimahullah ;

في الأحاديث الصحيحة الأمر بالتداوي ، وأنه لا ينافي التوكل ، كما لا ينافيه دفع الجوع والعطش والحر والبرد بأضدادها ، بل لا تتم حقيقة التوحيد إلا بمباشرة الأسباب التي نصبها الله مقتضيات لمسبباتها قدراً وشرعاً ، وأن تعطيلها يقدح في نفس التوكل

'Dalam haditt-hadith sahih telah disebutkan perintah berubat, dan berubat tidaklah menafikan tawakkal. Sebagaimana makan kerana lapar, minum kerana dahaga, berteduh kerana panas dan menghangatkan diri kerana sejuk tidaklah menafikan tawakkal. Tidak akan sempurna hakikat tauhid kecuali dengan menjalani ikhtiyar (usaha) yang telah dijadikan oleh Allah sebagai sebab musabab terjadinya sesuatu takdir. Bahkan meninggalkan ikhtiyar itulah yang dapat merosakkan hakikat tawakkal.'

[Zaadul Ma'ad, Ibn Qayyim]

Tuesday, December 24, 2013

Hukum 'home birth' atau beranak di rumah


1. Amalan beranak dirumah atau 'home birth' pada zaman dahulu merupakan adat kebiasaan masyarakat yang lazim berdasarkan kemahiran semasa mereka seperti perbuatan bertani, bercucuk-tanam dan seumpamanya.

Hukumnya ialah harus pada zaman dahulu kerana ia termasuk dalam perkara yang disebut dalam hadith Rafi' bin Khadij al-Ansori RA bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ;

أنْتُمْ أعْلَمُ بِأُمُوْرِ دُنْيَاكُمْ
”Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu semua." [Riwayat Muslim]

Justeru untung-rugi adalah berdasarkan rezeki Allah yang ber'asbab'kan kepada kemahiran dan teknologi zaman tersebut.

Oleh itu risiko kematian ibu bersalin, bayi lemas memang tidak dapat dielakkan pada zaman tersebut dan diterima sebagai takdir Allah seperti penyakit taun, tibi, buasir, diarrhea, demam kepialu, dan lain-lain.

Namun pada zaman hari ini risiko tersebut sudah tidak wujud lagi atas faktor teknologi, perkembangan ilmu perubatan dan sebagainya. Maka menolak kebaikan teknologi dan menjerumuskan diri kepada bahaya dan risiko kematian akibat bersalin dirumah tanpa ilmu yang mencukupi dan kemudahan perubatan adalah Haram serta termasuk perbuatan derhaka kepada Allah dan kufur kepada nikmat-Nya.

Hadith menyebut :
لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
"Tidak boleh mendedahkan diri kepada mudharat dan melakukan kemudharatan." [Riwayat Malik, Ibn Majah dll]

Kaedah ini bertepatan dengan amalan salaf yang menyebut barangsiapa yang berpuasa sedangkan dia tidak mampu lalu mati maka dia seolah-olah telah membunuh dirinya.

2. Perbuatan beranak dirumah pada hari ini adalah harus dengan syarat memiliki pengetahuan asas yang penting bagi mengelakkan risiko bahaya, mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Tetapi sebaik-baiknya ialah menghantar isteri atau ibu mengandung ke hospital kerana hal ini bertepatan dengan Firman Allah SWT;

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Bertanyalah kepada ahli ilmu jika engkau tidak tahu." [An-Nahl: 43].

Iaitu merujuk sesuatu urusan kepada pakar dan ahlinya, bukan tunjuk pandai atau menjadi ruwaibidhah dalam bidang perubatan.

Dan kata Ali bin Abi Thalib RA, 'Hanya keldai yang menolak layanan yang baik.' [Riwayat Said bin Mansur dalam Sunannya]

Para salaf RA, jika hidup pada hari ini pun akan ke hospital atau beranak dengan ada orang yang pakar mengendalikannya.

3. Alasan tidak mahu beranak dihospital kerana isu aurat, isu doktor lelaki merawat isteri boleh diatasi dan lebih ringan mudharatnya berbanding maslahat nyawa. Bahkan mempercayai kononnya beranak dirumah adalah lebih beragama kerana mencontohi Maryam AS adalah tidak benar. Ini kerana kejadian yang berlaku dizaman dahulu adalah sesuai dengan keadaan umatnya.

4. Hujah saya dah beranak 3 orang dirumah dan suami saya menyambut bayi saya tanpa ada masalah bukanlah hujah untuk semua. Faktor kesihatan setiap orang tidak sama, masalah kesihatan yang dihidapi setiap orang adalah berbeza dan Islam tidak pukul rata melayani semua manusia. Bahkan dalam hadith yang sahih, Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah ditanya amalan apakah yang paling utama dan baginda menjawab dengan jawapan yang berbeza bagi setiap orang.

Justeru menetapkan kepercayaan bahawa saya 'OK' maka orang lain pun mesti 'OK' adalah tidak wajar dan silap.

Akhir kata, Baginda salallahualaihiwassalam pernah bersabda ;

يسروا ولا تعسروا
'Permudahkan dan jangan persusahkan.' [Riwayat al-Bukhari]

Islam ini agama yang mudah, jangan menyusahkan diri dalam hal yang tak disuruh oleh agama. WA

Tuesday, December 10, 2013

Musibah banjir tanahair

Bagi kita yang tidak terlibat dengan banjir dan hanya menyaksikan musibah tersebut maka eloklah kita bersyukur kepada Allah dan merasa insaf atas kejadian yang berlaku sambil menyebut ;

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِيْ مِمَّا ابْتَلاَكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيْلاً

'Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari apa yang menimpamu dengannya dan mengutamakan aku di atas sekalian banyak makhluk-Nya dengan kelebihan yang banyak.' [Riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Majah]

Adapun bagi yang terlibat dengan musibah yang berlaku maka mohonlah keampunan kepada Allah serta beristighfar sambil membaca ;

إنا لله وإنا إليه راجعون، اللهم أجرني في مصيبتي وأخلف لي خيرا منها
' Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali, Ya Allah, berilah pahala kepadaku atas musibah yang menimpa diriku dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.'

Kerana disebut dalam hadith barangsiapa yang membacanya selepas ditimpa sesuatu musibah maka Allah akan memberikannya pahala atas musibah yang menimpanya dan mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. [riwayat Muslim]

# Biarlah kita bercakap, beramal atas dasar ilmu dan al-sunnah bukan mengikut hawa nafsu dan kejahilan.

Melantik orang politik ke dalam syarikat GLC ialah perbuatan tidak amanah

Adalah dianggap tidak amanah dan tidak wajar apabila parti-parti politik baik UMNO dan PAS, BN atau Pakatan untuk melantik ahli pimpinan parti atau 'orang kuat' mereka untuk memegang jawatan dalam syarikat GLC (Government Linked Companies) baik di peringkat pusat atau kerajaan negeri.

Allah SWT berfirman ;

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu untuk menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila kalian menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. [An-Nisa : 58]

Sudah menjadi amalan biasa dalam politik Malaysia yang amat 'menjijikkan' apabila parti-parti politik yang memenangi pilihanraya dan berjaya membentuk kerajaan di peringkat negeri atau pusat maka mereka pun akan melantik orang-orang mereka ke dalam jawatan-jawatan penting kerajaan dan juga badan-badan korporat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan atau kepentingan di dalamnya.

Disebut dalam hadith al-Bukhari dan Muslim tentang seorang lelaki yang ditugaskan mengutip zakat, lalu dia pun mendatangi baginda sambil berkata ini bahagian kamu (yakni zakat) dan ini untukku (yang diberi orang sebagai hadiah) maka baginda pun murka lalu berkata ;

ألا جلس في بيت أبيه فينظر أيهدى إليه أم لا‍‍‍‍‍‍
'Apakah jika dia pergi duduk di rumah bapaknya dan tunggu apakah hadiah itu akan datang kepadanya atau tidak ?' Lalu baginda mengancam dengan azab neraka kepada orang yang apabila diutuskan dengan sesuatu amanah maka dia mengambil sesuatu yang bukan haknya.

Ini dalil jelas bahawa Ahli-ahli politik itu, jika bukan kerana faktor politik maka sudah tentu mereka tak akan dilantik ke jawatan tersebut lalu dapat menikmati elaun dan gaji yang lumayan dalam syarikat GLC terbabit.

Bahkan kerap kali juga pelantikan itu sebagai 'membalas jasa' atau 'membalas budi' sebagai hasil kerja kuat memenangkan parti dalam pilihanraya, sebagai habuan kepada usaha mereka dan lain-lain.

Syarikat-syarikat itu majoritinya dibina dengan wang rakyat, dana awam dan geran dari kerajaan, bukannya duit 'ibubapa' mereka atau 'derma' dari tabung parti-parti yang memenangi pilihanraya tersebut.

Ini ialah pecah amanah, tidak jujur dan haram hukumnya serta amalan tersebut adalah berdosa sekalipun Ustaz-ustaz yang dilantik ke jawatan tersebut.

Bahkan ada syarikat yang terpaksa mewujudkan 'jawatan khas' yang bukan-bukan semata-mata nak 'justify' kenapa mereka perlu membayar gaji dan elaun yang tinggi kepada orang-orang ini.

Akhir kata, hayatilah hadith ini ;

لا إيمان لمن لا أمانة له
'Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki amanah.' [Riwayat Ahmad]

Mencapai puncak keimanan

Pesan dan nasihat para salaf amat bermanfaat kepada jiwa kerana ianya berisi kebenaran dan cahaya dari petunjuk al-sunnah.

Berkata Imam Abdullah bin Mas'ud RA bahawa ;

لا يبلغ عبد حقيقة الإيمان حتى يحل بذروته حتى يكون الفقر أحب إليه من الغنى والتواضع أحب إليه من الشرف وحتى يكون حامده وذامه عنده سواء

Tidaklah seseorang itu akan mencapai hakikat iman sehinggalah dia menempuhi puncaknya iaitu apabila dia ;

1. Mencintai orang yang fakir lebih daripada orang yang kaya
2. Mencintai tawadhuk lebih daripada penghormatan manusia sehingga dia menganggap pujian dan celaan itu disisinya adalah sama.

[Sifatus sofwah, Ibn Jauzi]

Beradab ketika berkomunikasi di alam maya

Facebook, twitter atau lain-lain medium sosial ialah ruangan bicara dan perhubungan. Justeru padanya amat menuntut adab kesopanan agar manfaat tercapai dan tujuan kita dipenuhi.

Adalah amat salah, kita memberi komen yang tidak diminta, tanpa adab dan tanpa berfikir panjang, apatah pula menganggu seseorang yang sedang menyampaikan ilmunya. Jika tidak bersetuju, mintalah izin untuk berkata-kata dan jika tidak diizinkan maka beredarlah tanpa berkata-kata.

Allah ta'ala berfirman,

وَإِن قِيلَ لَكُمُ ارْجِعُوا فَارْجِعُوا هُوَ أَزْكَى لَكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِي

"Dan jika dikatakan kepadamu: "Pergilah pulang (maksudnya tidak mahu menerima kehadiran kamu) , maka hendaklah kamu pulang. Itu bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." [An-Nur :28]

Dan pepatah arab ada menyebut tentang adab

إِنْ أَنْتَ جَالَسْتَ الرِجَالَ ذَوِي النُهَى
فَاجْلِسْ إِلَيْهِمْ بِالكَمَالِ مُؤَدَّبًا

وَاسْمَعْ حَدِيْثَهُمْ إِذَا هُمْ حَدَّثُوْا
وَاجْعَلْ حَدِيْثَكَ إِنْ نَطَقْتَ مُهَذَّبًا

# Jika kamu sedang duduk bergaul dengan orang yang memiliki ilmu
# Maka duduklah kepada mereka dengan kesempurnaan adab

# Dan dengarkanlah perbicaraan mereka jika mereka berbicara
# Dan jadikanlah percakapan kamu jika kamu berbicara agar ianya dituturkan dengan penuh kesopanan.

[`Uyun al-akhbar, Ibn Qutaybah]

Saturday, November 16, 2013

Penyelewengan dalam dakwah (siri 1)

Dakwah ialah seruan mengajak manusia kepada Allah SWT. Ianya adalah ibadah dan mempunyai rukun dan syarat pelaksanaannya seperti ibadah yang lain macam jihad, zakat dan sebagainya. Tanpa mematuhi syarat dan rukun dalam dakwah maka akan berlaku penyimpangan dan mudharat kepada dakwah dan memberi kesan buruk kepada ummah.

Contoh penyelewengan dalam jalan dakwah ialah seperti berikut ;

1. Dakwah tidak menyeru kepada asas dan usul al-deen, tetapi kepada perkara seperti tahsiniyat dan furu'iyah dalam agama. Akibatnya orang ramai jahil tentang aqidah, tentang syirik tetapi sibuk hendak berpurdah, berjubah dan berdebat soal wajib atau tidak pakai 'stokin' kaki, hukum muzik dll.

2. Dakwah yang disampaikan tidak teguh di atas prinsip al-sunnah dan bercampur-aduk dengan perkara syubhat. Hal ini berlaku apabila demi mahu menarik orang ramai, maka pendakwah sanggup menggunakan saluran hiburan, lagu, cerita palsu, perempuan cantik, lelaki kacak untuk menyampaikan mesej agama.

Kata Abdullah bin Umar RA,
كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَ إِنْ رَآهَا النَّاسُ حَسَنَةً
'Setiap bid’ah adalah kesesatan walaupun manusia memandangnya sebagai kebaikan.' [Syarh Usul Iktiqad, Al-La'lika'ie]

Walaupun mesej sampai, namun ianya tidak mencapai keredhaan Allah kerana menyalahi al-sunnah. Matlamat dakwah bukanlah untuk semata-mata menyampaikan mesej kerana jika demikian orang kafir pun boleh menjadi pendakwah tetapi tujuannya ialah menyampaikan mesej dengan betul maka sebab itu Islam dibawa oleh rasul yang mulia, sahabat yang adil dan ulama' yang siqah memikul riwayat2 yang sahih, dhabit, dan dipercayai.

Akibatnya umat Islam menerima Islam yang bercampur aduk, tajuk taqwa tetapi penceramahnya ustazah/pendakwah/selebriti yang jelita. Tajuk tentang cinta nabi tetapi diselangi lagu dan muzik yang membuatkan badan ingin menari.

3. Pendakwah tidak berdisiplin dan sambil lewa dalam perkara yang melibatkan kebenaran, fakta, keadilan dan amanah serta hukum halal dan haram kerana menganggap apa yang penting ialah mesej dakwah dan berjaya menarik orang ramai kepada seruan dakwah.

Allah Ta’ala berfirman:
فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
“Hendaklah berwaspada orang-orang yang menyelisihi perintahnya (perintah Allah dan rasul) untuk merasa bimbang bahawa mereka akan ditimpa oleh fitnah atau azab yang pedih." [An-Nur: 63]

Maka hasilnya berlaku percampuran lelaki dan perempuan, suburnya cinta sebelum nikah dikalangan pendakwah muda dan orang dakwah, salah ambil ikutan dengan mengambil tokoh idola seperti Rabiatul Adawiyah yang ceritanya tidak dapat dipastikan kesahihan, cerita2 wali, percaya kepada sejarah palsu, penyelewengan duit amanah orang ramai dan tabung Memali atau khianat harta anak yatim, pendakwah bercinta dengan isteri orang lain, dakwah menghasilkan generasi yang tidak peduli soal adab dan akhlak yang penting ialah niat mereka baik.

4. Terpedaya oleh jumlah dan peserta yang menghadiri program dan majlis-majlis penyampaian dakwah yang diadakan. Sesungguhnya yang hadir dalam perjanjian baiah al-aqobah yang pertama tidak ramai tetapi hasilnya membawa kepada kejayaan dakwah di Madinah. Sedang jumlah pasukan tentera Islam ketika perang Hunain ramai tetapi ianya membawa musibah dan penyesalan.

إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ
"Diwaktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai. " [at-Taubah: 25]

Bersambung...

Sunday, November 10, 2013

Nilai kita berbeza, jangan kau samakan


Ada orang tanya saya, kau miskin macam mana kau bagi makan anak-anak bini? Tersenyum kelat, tidak mahu menjawab tetapi si penyoal mendesak.

Lalu saya katakan, seratus ringgit kamu tidak sama dengan seratus ringgit kami.

Mana boleh tak sama ? Dia mencebik muka. Seratus ringgit tetap seratus ringgit !!!

-------------------------

# Itulah insan, apabila dia tidak boleh bahagia, dia menganggap dan mengharap agar orang lain pun turut tidak bahagia. Pantang dia kalau nampak berbeza...

# Gaji kamu kecil, bagaimana boleh berbini tiga ?? Marahnya, yang sudah bergaji besar namun cuma berbini satu. Hairan, tidak berpuas hati dan merasa iri hati, kerana dia tidak mampu maka dia ingin agar orang lain pun turut sama merasa tidak mampu.

Marah benar dia kalau ada orang yang merasa mereka mampu, akan diperkecil-kecilkan mereka agar akhirnya mereka pun akan berkata ya kami tidak mampu, baru puas hatinya.

# Macam mana kamu boleh hidup dengan hutang keliling pinggang ? Tak malukah kamu orang lain mengata dan mengutuk ? Selama hidup saya tidak pernah saya hutang tidak bayar. Ujarnya bangga dengan pencapaian hidupnya yang bebas daripada hutang.

Pantang dan marah benar dia melihat kita endah tak endah, tak risau dan tidak mengelabah walaupun punya hutang jutaan ringgit dan surat saman berkeping-keping namun masih tetap senyum melayan anak-anak dan bahagia bersama keluarga.

Dia mahu kita menangis, melutut sedih dan meracau mengoyak baju barulah dia berpuas hati. Marah benar dia apabila kita bahagia bahkan lebih bahagia daripada dia yang tidak ada punya hutang apa-apa !

-----------------

Aku sudah katakan, nilai kita tidak sama.

Nilai dalam hidup, nilai pada matlamat dan nilai neraca pada kehidupan.

Kau dan aku melihat pada sisi yang berbeza, lalu kita menikmati hasil yang tidak sama.

Kau melihat pada kelebihan material sedang aku melihat pada kelebihan Tuhan !!!

Friday, November 08, 2013

Tempat yang paling baik dan tempat yang paling buruk

Orang-orang yang baik itu akan memenuhi tempat-tempat yang baik dan suka berada di sana dan orang yang buruk pula akan menyukai tempat-tempat yang buruk dan suka ke sana.

Daripada Ibn Umar RA, bahawa Nabi salallahualaihiwassalam diriwayatkan pernah bersabda ;

خير البقاع المساجد وشرها الأسواق

“Tempat yang paling baik adalah masjid-masjid manakala tempat yang paling buruk adalah pasar-pasar.” [riwayat Ahmad dan Ibn Hibban]

# Pengertian pasar itu ialah tempat manusia melakukan urusan jual-beli termasuklah pasaraya, supermarket, shopping complex, Jusco, Tesco, Mydin, Giant, dll.

Dipandang hina kerana miskin

Dalam dunia hari ini, duit adalah segala-galanya. Mereka yang memiliki wang jika sakit akan mendapat layanan istimewa, jika tiada duit tunggulah berjam-jam lamanya. Apabila ada wang maka pinangan selalunya diterima tetapi jika tiada duit, dihina dan dimalukan kerana konon ada hati mahu membela anak orang.

Apabila ada duit, boleh sambung belajar apabila tiada duit maka jangan harap ada yang sudi mahu mengajar. Apabila ada duit, boleh berukhuwah dan bersosial sana-sini tetapi apabila tiada duit nak hadir ke mana-mana pun berfikir lama. Jika ada duit, apa hajat isteri boleh dipenuhi tetapi kalau tiada duit semuanya salah suami.

Di akhir zaman, Iman itu tidak dipandang kerana ianya tidak boleh diguna untuk membeli barang. Bahagia hari ini telah dididik dalam diri, bahawa ianya terletak pada barang....

Tanpa duit, tidak boleh membeli barang...tiada barang hidup menderita dan tidak akan bahagia...

Hakikatnya duit tidak dibawa masuk dalam kubur...

Kata Imam Hasan al-Basri Rahimahullah

ما أعزَّ أحد الدراهم إلا أذله الله
'Tidaklah seseorang itu mengagungkan dirham (wang) kecuali dia akan dihinakan oleh Allah' [Hilyah Al-Awliya, Abi Nu'aym]

Ya memang di dunia ini dia masih saja dimuliakan orang....tetapi tunggulah sehingga tanah menutup liang kubur...

Saturday, October 26, 2013

Muslimah yang terkantoi


Dalam satu soal-jawab di dalam telepon, seorang perempuan membuat panggilan kepada Syeikh Abdullah Al-Mutlaq dan bertanyakan soalan, setelah soalannya dijawab oleh syeikh maka si perempuan tersebut pun meminta Tuan Syeikh untuk mendoakan dirinya supaya dapat berkahwin dengan Syeikh Muhammad Al-Arifi.

Lalu Syeikh Abdullah al-Mutlaq bertanya kepada perempuan tersebut, adakah kamu suka kepada Syeikh Muhammad Al-Arifi itu sebab wajah kacaknya atau kerana ilmunya ?

Lalu perempuan tersebut menjawab, kerana ilmunya.

Maka Syeikh pun membalas, kalau begitu Syeikh Soleh Al-Sadlan (berumur 72 tahun) adalah lebih alim daripada Syeikh Muhammad Al-Arifi jadi aku akan berdoa kepada Allah supaya engkau dapat berkahwin dengan Syeikh Soleh Al-Sadlan !

Ambik kau !

P/s :

Perkara yang sama selalu terjadi untuk semua tokoh2 pendakwah yang 'handsome' baik Nouman Ali Khan, Mufti Menk, Fatih Seferagic dan lain-lain.

Friday, October 25, 2013

Cabaran Generasi Ruwaibidhoh

Generasi 'instant', generasi 'search' dan 'klik' serta 'cut and paste' memang akan menghadapi masalah yang besar dalam memahami nass-nass Al-Quran, al-hadith serta kata-kata salaf.

Ini kerana mereka sudah dibiasakan dengan segera, pantas dan mudah sehingga semuanya selalu ada didepan mata menyebabkan mereka menjadi seorang literalis tanpa sengaja dan zahiri secara tabiat. Mereka suka disuap, malas mencari dan lebih suka mendesak untuk diberi apa yang mereka mahu dari berusaha mencapainya sendiri.

Generasi ini juga akan menghadapi masalah untuk memahami puisi, syair dan pelbagai bahasa 'dalam' yang memerlukan kesabaran, pemerhatian dan pengalaman. Justeru mereka mungkin gagal menangkap maksud yang tersembunyi dalam satira, sindiran atau peribahasa.

Sedang Allah banyak menggunakan perumpamaan dalam al-Quran, kalimah tauhid diumpamakan sebagai pokok dalam surah Ibrahim, kaum musyrikin pula seperti labah-labah dalam surah al-Ankabut, amalan soleh seperti kebun dalam surah al-Baqarah serta banyak lagi dalam al-Quran.

Begitu juga al-hadith yang mempunyai maksud tersirat dan tersurat, gharib al-hadith serta ilal dan dalalah yang tersembunyi kecuali kepada mereka yang faqih.

Ibnu Mas'ud RA berkata, "Bagaimana dengan kalian jika fitnah terjadi pada kalian lalu anak kecil menjadi dewasa, orang dewasa menjadi tua,kemudian fitnah tersebut dijadikan sebagai sunnah oleh manusia dan jika fitnah itu diubah maka orang akan berkata ini adalah kemungkaran'."

Orang-orang lalu bertanya, "Bilakah fitnah tersebut akan terjadi?" Ibnu Mas'ud RA pun menjawab:

إِذَا قَلَّتْ أُمَنَاؤُكُمْ، وَكَثُرَتْ أُمَرَاؤُكُمْ، وَقَلَّتْ فُقَهَاؤُكُمْ، وَكَثُرَ قُرَّاؤُكُمْ، وَتُفُقِّهَ لِغَيْرِ الدِّيْنِ، وَالْتُمِسَتِ الدُّنْيَا بِعَمَلِ الآخِرَةِ.

"Fitnah tersebut akan terjadi apabila orang-orang jujur dari kalian sangat sedikit, para pemimpin kalian banyak, fuqaha' kalian sedikit, para qari` (pembaca Al-Qur`an) kalian banyak, fiqih dikaji bukan untuk agama (bukan untuk beramal tapi jadi tesis agar dapat title MA dan Phd) dan dunia dicari dengan amalan akhirat." [Riwayat Abd Razak, Al-Hakim dan Ad-Darimi]

Hanya dengan mengawal diri dari menceburi medan sebelum waktunya, menuntut ilmu dan bersabar serta berpegang kepada sunnah dengan akhlak yang mulia kemudian bertawakal kepada Allah barulah kita berkemungkinan akan terselamat dari fitnah Dajjal dan keburukan zaman !

Thursday, October 24, 2013

Kenapa Allah tidak beri apa yang kita mahukan ?

Aljawab,

Kata sahabat Nabi yang bernama Abdullah bin Mas'ud RA,

إن العبد لَيَهمّ بالأمر من التجارة والإمارة ، حتى ييسر له ، فينظر الله إليه فيقول للملائكة : اصرفوه عنه ، فإني إن يسرته له أدخلته النار ، فيصرفه الله عنه ، فيظل يتطيّر ( أي يتشاءم ) ، يقول : سبقني فلان ، دهاني فلان ، وما هو إلا فضل الله عز وجل

'Seseorang hamba itu mungkin berharap pada sesuatu urusan baik perniagaan dan kedudukan sehingga dia hampir memilikinya lalu apabila Allah melihat hal yang demikian pada dirinya maka Dia berfirman kepada malaikat dengan berkata : ' Jauhkan hal itu daripadanya kerana sesungguhnya jika dipermudahkan baginya memiliki perkara tersebut nescaya Aku akan memasukkan dia ke dalam api neraka. Maka dijauhkanlah hal itu daripadanya sedangkan hamba itu pula merasa ianya sesuatu keburukan lalu mengeluh dengan berkata orang lain telah mendahului aku, orang lain lebih baik dariku sedangkan yang sebenarnya hal itu adalah kelebihan dari Allah Azza Wajalla (kepadanya).'

[Jami al-Ulum wal hikam, Ibn Rejab Al-Hanbali]

Bersabarlah dan jangan berputus asa daripada berusaha dan berdoa !

Jangan lemah jika pinangan ditolak

Lelaki yang hebat tidak akan merasa sedih dan lemah kerana pinangannya ditolak oleh wanita. Bahkan lelaki-lelaki yang hebat dalam sejarah pun semuanya pernah melaluinya baik Rasulullah, Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat yang lain. Rasulullah pernah meminang Ummu Hani binti Abu Talib (namanya ialah Fakhitah) semasa zaman muda sebelum Islam, tetapi pinangan baginda ditolak. Kemudian selepas Islam dan selepas Fathul Mekah, baginda pernah meminang sekali lagi dan pinangan baginda juga ditolak secara baik.

Sedang Umar al-Khattab RA juga tidak kurang pernah meminang ramai perempuan dan ditolak antaranya Ummu Aban binti Utbah yang kemudian memilih Talhah RA.

Jadilah seperti Bilal bin Rabah RA yang pergi meminang wanita dari Bani Khaulan bersama saudaranya yang bernama Abu Ruwaihah dengan berkata ;

أنا بلال، وهذا أخي قد أتيناكم خاطبين، وقد كنا كافرين فهدانا الله عز وجل، ومملوكين فأعتقنا الله عز وجل، وفقيرين فأغنانا الله، فإن تزوجونا فالحمد لله، وإن تردونا فلا حول ولا قوة إلا بالله

'Saya ini Bilal, ini saudara saya. Sesungguhnya kami berdua datang untuk meminang. Sesungguhnya dahulu kami kafir lalu Allah Azza Wajjalla memberikan kami hidayah, dahulu kami hamba lalu Allah Azza Wajjalla membebaskan kami. Dulu kami miskin maka Allah Azza Wajjalla memberikan kami kekayaan. Sekiranya kamu mahu menikahkan kami berdua maka kami mengucapkan alhamdulillah dan jika kamu menolak kami maka kami akan mengucapkan : Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.'

[Usd al-Ghaba fi Ma'rifat al-Sahabah]

Hidup mesti diteruskan, jangan lemah dan rebah hanya kerana wanita kerana jika ada yang menolak maka pasti akan ada pula yang sudi !

Jumlah pengikut dan murid yang ramai bukanlah ukuran kebenaran

Seorang yang alim itu tidaklah akan berkurang kedudukan dan kemuliaannya hanya kerana memiliki murid yang sedikit sebagaimana keadaan seorang nabi itu tidaklah jatuh kedudukannya kerana mempunyai pengikut yang tidak ramai.

Imam Malik bin Anas Rahimahullah meriwayatkan ;
كنت آتي نافعا ، وأنا غلام حديث السن ، فينزل ويحدثني ، وكان يجلس بعد الصبح في المسجد لا يكاد يأتيه أحد

'Aku mendatangi Nafi’ ketika usiaku masih kecil dan beliau pun turun untuk mengajarku. Beliau akan duduk setelah subuh di masjid, namun tidak ada seorangpun yang datang kepadanya”.

[Siyar A’lam Nubala, Adz-zahabi]

Kata Imam Al-Auzaie rahimahullah tentang Imam Atho bin Abi Rabah ;
مات عطاء بن أبي رباح يوم مات ، وهو أرضى أهل الأرض عند الناس ، وما كان يشهد مجلسه إلا تسعة أو ثمانية .

'Atha’ bin Robah rahimahullah meninggal pada hari kematiannya sedang dia adalah seorang yang paling dicintai oleh manusia, namun yang hadir di majlisnya hanyalah sembilan atau lapan orang sahaja.'

[Siyar A’lam Nubala’, Adz-zahabi]

Di dalam sebuah hadith yang sahih, Nabi salallahualaihiwassalam bersabda ;

عُرِضَتْ عَلَيَّ الأُمَمُ, فَرَأَيْتُ النَّبِيَّ وَمَعَهُ الرَّهْطُ, وَالنَّبِيَّ وَمَعَهُ الرَّجُلُ وَالرَّجُلاَنِ, وَالنَّبِيَّ وَلَيْسَ مَعَهُ أَحَدٌ

"Diperlihatkan kepadaku semua umat, lalu aku pun melihat ada seorang Nabi bersama berberapa orang pengikut, dan ada seorang nabi bersama satu atau dua pengikut, dan ada seorang nabi yang langsung tidak memiliki walaupun seorang pengikut." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Membetulkan dakwah kaum muslimah dan orang perempuan

Dakwah kepada kaum muslimah yang paling asas bukanlah pakai tudung atau tutup aurat tetapi betulkan aqidah dan cara fikir serta cara beragama terlebih dahulu. Para pendakwah, geng niqabis, pemakai tudung labuh dan muslimah ahli bulatan gembira yang sudah faham Islam dan mahu berdakwah kena ajar itu dulu kepada muslimah yang lain agar mereka tahu kenapa perlu bertudung dan menutup aurat, bagaimana caranya yang betul dan bagaimana seharusnya kaum wanita itu hidup sebagai seorang muslimah, bukan setakat "letak" kain atas kepala atau "tampal" secebis kain nipis di muka.

Dalam Kitab Tauhid Sahih Al-Bukhari, Imam Al-Bukhari Rahimahullah menyebut :
باب ما جاء في دعاء النبي صلى الله عليه وسلم أمته إلى توحيد الله تبارك وتعالى
‘Bab pada menyatakan dakwah Nabi Salallahualaihiwassalam kepada umatnya ialah mengajak mereka kepada mentauhidkan Allah Tabaraka wata’ala.

Tidak diterima semua amalan soleh jika syirik, justeru jika pakai purdah dan tudung labuh sampai ke lutut pun tetapi syirik, buat bid'ah, khurafat dan sebagainya maka sia-sia bertudung dan usaha menutup badannya itu kepada dirinya.

Fiqh Auwlawiyyat dalam dakwah amat perlu, tekankan aspek aqidah dan tauhid sebelum berbicara soal feqah dan tudung. Kegagalan mengutamakan aspek aqidah inilah yang menyebabkan gadis bertudung boleh murtad, gadis bertudung tetapi masih boleh berzina dengan teman lelaki, bertudung tetapi menari dan menyanyi dikhalayak, bertudung tetapi terbelah baju dan pakai seluar nampak sana-sini.

Itu belum lagi yang bertudung, berniqab tetapi bermazhab syiah, jadi perempuan mut'ah kepada tok syeikh Syiah, atau jadi mangsa kepada tok guru tariqat dan sufi, terpedaya dengan amalan zikir pusing-pusing dan tertipu dengan pelbagai penyelewengan dalam agama.

Ilmu tiada,

Sedangkan ilmu ialah syarat untuk beramal seperti mana yang disebutkan oleh Imam al-Bukhari rahimahullah, ‘ العلم قبل القول والعمل’ iaitu ilmu sebelum perkataan dan amal. Kata Imam Ibn Hajar Rahimahullah, ilmu ialah syarat penerimaan amal kerana si jahil yang melakukan sesuatu amal tanpa ilmu makanya ianya tidaklah diterima.

Bahkan berilmu dan faham juga menjadi petanda seseorang itu berada dalam kebaikan sebagaimana sabda baginda salallahualaihiwassalam ;

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
'Barangsiapa yang Allah mengkehendaki kebaikan baginya maka akan difahamkan dia dalam urusan agama.' [riwayat al-bukhari]

Menutup aurat mampu melindungi wanita daripada fitnah lelaki, namun ianya belum cukup tanpa aqidah yang sahih yang mampu melindungi mereka daripada fitnah dan kesesatan di zaman ini !

Dosa menjadi sebab terhalangnya rezeki

Dosa yang dilakukan oleh seseorang boleh menjadi sebab kepada terhalangnya rezeki.

Di dalam sebuah hadith, diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Salallahualaihiwassalam pernah bersabda ;

إن الرجل ليُحرم الرزق بالذنب يُصيبه

'Sesorang itu terhalang rezekinya oleh kerana dosa yang dilakukannya.'

[Riwayat Ibn Majah dan Hafiz al-Munziri dalam al-targhib wal tarhib]

Isu isteri berjawatan tinggi dan berpendapatan lebih daripada suami

Lumrah apabila isteri berkerjaya tinggi, menyumbang pendapatan dalam keluarga maka dia akan menjadi sombong dan kurang menghormati suami.

Namun jika dia mengerti, bahawa nilai kedudukan, status dan hartanya itu langsung tidak dipandang oleh Allah nescaya dia akan menjadi insaf. Bahkan ibadahnya juga tidak diterima sehingga suaminya menjadi redha kepadanya.

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah Salallahualaihiwassalam bersabda terdapat 3 golongan yang solatnya (ibadahnya) tidak terangkat walaupun senjengkal ke sisi Allah dan salah satunya ialah ;
وَامْرَأَةٌ بَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَلَيْهَا سَاخِطٌ
'Isteri yang tidur (atau bermalam) dalam keadaan suaminya marah kepadanya.' [Riwayat Ibn. Majah]

Hanya isteri yang solehah dan bertaqwa kepada Allah sahaja akan menyedari bahawa pangkat, kedudukan dan kelebihan rezeki yang diberikan Allah kepadanya hanyalah ujian untuk melihat apakah dia mampu bersyukur dan berbakti kepada suami & keluarga atau menjadi angkuh dan sombong.

Syurga itu disediakan Allah hanya untuk isteri yang taat persis isteri yang diriwayatkan dari Anas bin Malik RA bahawa Nabi salallahualaihiwassalam bersabda ;

أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِنِسَائِكُمْ فِي الْجَنَّةِ؟قُلْنَا بَلَى يَا رَسُوْلَ الله كُلُّ وَدُوْدٍ وَلُوْدٍ، إِذَا غَضِبَتْ أَوْ أُسِيْءَ إِلَيْهَا أَوْ غَضِبَ زَوْجُهَا، قَالَتْ: هَذِهِ يَدِيْ فِي يَدِكَ، لاَ أَكْتَحِلُ بِغَمْضٍ حَتَّى تَرْضَى

“Mahukah aku beritahu kamu tentang isteri-isteri kamu di dalam surga?” Mereka menjawab: “Tentu saja wahai Rasulullaah!” Baginda menjawab: "Mereka ialah wanita yang penyayang lagi subur. Apabila dia marah, atau diperlakukan buruk atau suaminya marah kepadanya, dia berkata: “Ini tanganku di atas tanganmu, mataku tidak akan dapat terpejam sehingga engkau redha kepadaku.” [Riwayat al-Tabarani, disahihkan oleh Syeikh Albani]

Pada tiap-tiap orang alim itu akan ada lagi orang yang lebih alim

Jangan taasub pada seseorang guru atau tokoh, kerana kebenaran tidak ada kaitan dengan kehebatan peribadi seseorang

Allah SWT telah berfirman dalam al-Quran dengan menyebut ;

نَرْفَعُ دَرَجَاتٍ مّن نّشَآءُ وَفَوْقَ كُلّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ
"Kami tinggikan darjat sesiapa yang Kami kehendaki; dan di atas tiap-tiap orang yang alim itu akan ada lagi yang lebih mengetahui." [Yusuf :76]

Kata Imam Hasan al-Basri Rahimahullah,
ليس عالم إلا فوقه عالم ، حتى ينتهي إلى الله عز وجل
'Tidak ada seseorang yang alim melainkan di atasnya pasti akan ada orang lain yang lebih alim daripadanya sehinggalah berhenti kepada Allah Azza WaJalla.' [Tafsir Ibn Katsir]

Dalam hidup ini, kita memerlukan kepada orang lain kerana biarlah betapa hebatnya ilmu kita atau guru kita maka pasti akan ada yang lebih alim daripadanya. Disebabkan itu taasub dan ghulu kepada seseorang adalah dilarang kerana perbuatan itu akan menyekat kita daripada kebenaran.

Diriwayatkan Ali bin Abi Thalib RA berkata ;
إن الحق لا يعرف بالرجال، اعرف الحق تعرف أهله
'Sesungguhnya kebenaran itu tidak diketahui dengan berpandukan kepada orang-orang tertentu tetapi kenalilah kebenaran maka engkau akan mengenal siapakah orang yang benar.' [Al-Adab Al-Syar'iyah]

5 ciri sahabat dan kawan yang perlu diperhatikan



Imam Ibnu Qudamah Al Maqdisi rahimahullah menyebut di dalam kitabnya tentang ciri yang perlu diperhatikan pada seorang teman atau rakan ;

وفى جملة، فينبغى أن يكون فيمن تؤثر صحبته خمس خصال : أن يكون عاقلاً حسن الخلق غير فاسق ولا مبتدع ولا حريص على الدنيا

“ Secara keseluruhannya, hendaklah orang yang dipilih untuk menjadi sahabat itu memiliki lima sifat berikut : Iaitu orang yang berakal, memiliki akhlak yang baik, bukan orang yang fasik dan bukanlah pula seorang ahli bid’ah dan bukan juga orang yang rakus dengan dunia”

[Rujukan : Mukhtasar Minhajul Qashidin]

Anggaran jumlah para sahabat RA

Berkata Imam Abu Zur'ah ِAr-Razi Rahimahullah,

قُبِضَ رسول الله صلى الله عليه وسلم عن مئة ألف وأربعة عشر ألفاً من الصحابة ممن روى عنه وسمع منه

"Telah wafat Rasulullah salallahualaihiwassalam dalam keadaan baginda meninggalkan seramai 114000 orang sahabat yang meriwayatkan (hadith) daripada baginda dan mendengar (hadith) daripada baginda."

# Zaman para sahabat berakhir dengan wafatnya sahabat Nabi Salallahualaihiwassalam yang terakhir yang berna,a Abu Thufail Amir bin Watsilah al Laitsi al Kanani RA pada tahun 100 Hijrah."

[Kitab Tadrib Al-Rawi]

Thursday, September 26, 2013

Apabila kita memandang kebesaran Allah, makhluk akan kelihatan kecil



Imam Izzuddin Abd Salam Rahimahullah pernah menziarahi Sultan Mesir sewaktu sambutan hari raya dan mendapati sang pemerintah tersebut dikelilingi oleh ramai askar yang berbaris hormat dengan pembesar yang memuliakannya. Apabila melihat perbuatan sultan yang menzahirkan kemegahan dengan kekuasaannya itu maka sang Imam pun merasa dia perlu menegur dan mengurangkan bongkak serta kesombongan sultan tersebut.

Lalu Imam Izzudin Abd Salam pun memanggil Sultan dengan hanya namanya sambil berkata ;

يا أيوب ما حجتك عند الله إذا قال لك: ألم أبوئ لك ملك مصر، ثم تبيح الخمور؟

'Wahai Ayyub, apakah hujah engkau dihadapan Allah apabila Dia akan bertanya engkau bukankah Aku telah memberikan engkau kekuasaan di Mesir namun engkau kemudian membenarkan arak ?

Sultan berkata :

هل جرى هذا

Adakah hal ini berlaku ?

Jawab Izzuddin Abd Salam ;

نعم الحانة الفلانية تباع فيها الخمور وغيرها من المنكرات وأنت تتقلب في نعمة هذه المملكة

Bahkan arak dijual di sekian-sekian tempat (sambil menyebut perbuatan mungkar yang berlaku) sementara engkau disini sibuk dengan kemewahan negara.

Sultan menjawab ;

أنا ما علمته، هذا من زمان
'Aku tidak melakukannya, ini semua dah berlaku sejak zaman dulu lagi.'

Balas Izzudin Abd Salam :

أأنت من الذين يقولون إنا وجدنا آباءنا على أمة
'Adakah engkau mahu tergolong dalam golongan yang mengatakan sesungguhnya kami mendapati hal ini pada bapa-bapa kami pada suatu agama ? (yakni sekadar mengikut ajaran nenek moyang terdahulu seperti alasan yang diperbuat oleh orang kafir musyrik apabila diajak kepada tauhid) - Seperti firman Allah dalam Az-Zukhruf :22.

فأصدر السلطان قراراً بإبطال تلك الحانة

Maka sultan pun kemudian mengarahkan supaya ditutup semua pusat-pusat maksiat tersebut.

Kemudian murid Izzudin Abd Salam pun bertanya kepada sang imam tidakkah engkau memiliki rasa takut dan gerun terhadap sultan ? (dengan segala kuasa, askar yang ramai dan pengikutnya)

Maka jawab Imam Izzuddin Abd Salam ;

والله يا بني استحضرت هيبة الله تعالى، فصار السلطان قدامي كالقط

'Demi Allah, wahai anakku, apabila aku merasai kebesaran Allah di dalam hatiku maka aku memandang sultan itu seperti anak kucing di kakiku !

[Tabaqat al-Shafi`iyyat al-Kubra, Al-Subki]

Monday, September 16, 2013

Pengaruh dan peranan seorang isteri terhadap keperibadian suami

Kita selalu mendengar bahawa dibelakang setiap lelaki yang hebat pasti akan ada wanita. Hakikatnya kenyataan ini sungguh benar dan memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan dan agama seseorang.

Imam Hasan al-Basri RA berkata,

وقفت على بزاز بمكة أشتري منه ثوباً، فجعل يمدح ويحلف، فتركته وقلت: لا ينبغي الشراء من مثله، واشتريت من غيره، ثم حججت بعد ذلك بسنتين، فوقفت عليه، فلم أسمعه يمدح ولا يحلف، فقلت له: ألست الرجل الذي وقفت عليه منذ سنوات؟ قال: نعم، قلت له: وأي شيء أخرجك إلى ما أرى؟ ما أراك تمدح ولا تحلف!

"Aku singgah pada bazar di Mekah dan aku ingin membeli pakaian disitu. Maka seorang peniaga kain di Mekkah yang ada disitu mulai memuji-muji barangnya dan bersumpah (akan kebaikan barangnya), lalu akupun meninggalkannya dan aku berkata tidak patut aku membeli dari orang seperti itu lalu aku pun membeli pakaian dari penjual yang lain. Kemudian aku menunaikan haji sekali lagi selepas dua tahun dan singgah lagi pada peniaga tersebut.

Kali ini aku aku tidak lagi mendengarnya memuji-muji barangnya dan tidak pula bersumpah-sumpah akan kelebihan barangannya.

Maka aku pun bertanya kepadanya: “Bukankah engkau dulu orang yang pernah aku jumpa beberapa tahun yang lalu?”,

Dia menjawab : “Ya benar”,

Aku bertanya lagi: “Apakah yang membuatkan kamu berubah seperti sekarang? Aku tidak lagi melihat kamu memuji-muji barang dan bersumpah.”

فقال: كانت لي امرأة إن جئتها بقليل نزرته، وإن جئتها بكثير قللته، فنظر الله إليّ فأماتها، فتزوجت امرأة بعدها، فإذا أردت الغدو إلى السوق أخذت بمجامع ثيابي ثم قالت: “يا فلان اتق الله ولا تطعمنا إلا طيباً، إن جئتنا بقليل كثرناه، وإن لم تأتنا بشيء أعناك بمغزلنا

"Maka dia pun berkata: “Dulu aku mempunyai isteri yang jika aku datang kepadanya dengan sedikit hasil rezeki, maka dia akan menghinanya dan jika aku datang kepadanya dengan membawa hasil rezeki yang banyak maka dia akan menganggapnya sedikit (mengatakan tak cukup lagi).

Kemudian Allah mematikan isteriku dan aku pun menikah lagi dengan seorang wanita selepasnya. Apabila aku hendak ke pasar maka dia memegang bajuku lalu berkata: “Wahai suamiku, bertaqwalah kepada Allah, jangan engkau beri aku makan melainkan dengan hasil yang baik (halal), jika engkau datang kepadaku dengan sedikit rezeki, maka aku akan menganggapnya banyak. Dan jika engkau tidak dapat apa-apa sekalipun maka aku akan membantumu memintal (kain)."

[Rujukan Kitab al-Mujaalasah wa Jawaahirul ‘Ilm]

Friday, September 13, 2013

Tiap bid'ah yang muncul akan mematikan sunnah

Dinaqalkan daripada Imam Al-Auzaie yang meriwayatkan daripada salah seorang tabien yang berkata ;

ما ابتدع قوم بدعة في دينهم إلا نزع الله من سنتهم مثلها ثم لا يعيدها عليهم إلى يوم القيامة

'Tidaklah suatu kaum melakukan bid'ah di dalam agama mereka kecuali Allah akan mencabut sunnah yang seumpamanya lalu tidak akan mengembalikannya lagi kepada mereka sehinggalah hari kiamat.'

[Riwayat Ad-Darimi]

Contohnya, apabila selesai membaca al-Quran, umum orang ramai kerap mengucapkan kata-kata seperti 'sadaqallahul 'Azim ' sedangkan ia bukanlah sunnah dan tidak dilakukan oleh baginda Nabi Salallahualaihiwassalam.

Manakala yang sunnah dan sepatutnya dibaca oleh kita setelah selesai membaca al-Quran ialah bacaan ;

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
'Maha suci Engkau ya Allah dengan memuji-Mu. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.' [Berdasarkan hadith Aisyah RA yang diriwayatkan oleh Al-Nasaie dan Al-Tabarani]

Imam al-Nasaie memberikan tajuk pada hadith ini dengan menyebut 'ما تُختم به تلاوة القرآن' Apa yang dengannya ditutup bacaan al-Quran.'

Namun kita meninggalkannya untuk sesuatu yang tidak ada dalil dan berdasarkan ikut-ikutan semata-mata. Begitulah dalam hal yang lain daripada agama ini apabila kita melakukan sesuatu penambahan maka ianya akan mengurangkan keberkatan dan menghilangkan kemuliaan Islam yang asal !

Sunnah salaf ialah menjauhi kemasyhuran

Diriwayatkan oleh Aasim bahawa jika ada lebih daripada empat orang datang mengelilingi Imam Abul Aaliyah maka beliau akan bangun dan beredar. Ketakutan para salaf terdahulu dari kemasyhuran ialah kerana mereka mengerti bahawa pujian, kekaguman dan kemasyhuran akan membinasakan keikhlasan dan amalan mereka disisi Allah SWT.

Berkata Imam Abdullah bin Mubarak,

قال لي سفيان: إياك والشهرةَ؛ فما أتيتُ أحدًا إلا وقد نهاني عن الشهرة

‘Sufyan telah berkata kepadaku, ‘Jauhilah kamu daripada menyukai kemasyhuran kerana tidaklah aku mendatangi seseorang (dari kalangan salaf) kecuali mereka berpesan dengan melarang aku daripada kemasyhuran.’

Tanpa ikhlas maka setiap amalan yang dilakukan adalah sia-sia seperti firman-Nya:

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا

"Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan." [al-Furqan: 23]

Monday, September 02, 2013

Masalah kaum muslimah dan pendakwahnya

Kaum muslimah pada generasi hari ini yang disebut sebagai generasi X-Y-Z, generasi FB dan internet yang banyak mengalami masalah dalam 'komitmen' hidup seperti perkahwinan, keibuan dan rumahtangga. Hal ini boleh diketahui melalui laporan yang datang dari pelbagai sumber yang menyebut tentang sikap mereka yang manja, cepat lemah semangat, mudah panik, tidak berani keluar dari zon selesa dan kuat pergantungan kepada orang lain atau tidak pandai berdikari.

Mereka juga terkenal sebagai golongan yang cepat putus asa, mudah berubah fikiran dan kurang adab atau kurang budi-bicara dan lemah kemahiran komunikasi dengan pihak yang lebih tua, berbeza dengan mereka (baik pendapat, idea atau situasi) atau lawan jantina. Golongan ini juga didapati mudah dan cepat atau dalam bahasa lain gopoh membuat kesimpulan, keputusan dan rumusan tentang sesuatu dalam hidup sehingga menyebabkan mereka mengalami banyak masalah semasa.

Malangnya, dalam keadaan begitu kaum muslimah hari ini, mereka tidak mendapat ubat dan rawatan yang betul dari pendakwah-pendakwah semasa.

1. Meletakkan batu asas atau dasar yang betul dalam program atau dakwah

Perubahan kaum muslimah di tanahair pada hari ini dari negatif atau kurang beragama -----> kepada kehidupan beragama tidak bermula atau tertegak di atas asas yang betul dan hal ini kurang diambil berat oleh para pendakwah dan pihak organisasi dakwah.

= Sebab seseorang itu mendapat hidayah boleh jadi apa sahaja. Seketul najis pun boleh menjadi sebab hidayah. Itu tiada masalah tetapi meletakkan asas dan dasar dalam dakwah untuk membawa perubahan kepada manusia itu kena melalui asas yang betul.
= Perubahan diri dan jalan mendekati agama mesti atas asas yang benar dan sahih seperti yang diseru oleh hadith Nabi Salallahualaihiwassalam,

لاَ تُقْبَلُ صَلاَةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلاَ صَدَقَةٌ مِنْ غُلُوْلٍ
Tidak akan diterima solat tanpa bersuci dan tidak akan diterima sedekah dari (hasil) ghulul (khianat). [Riwayat Muslim] Wudhuk dan niat ialah asas bagi solat dan harta yang baik ialah asas kepada penerimaan sedekah.

Kaum muslimah yang comel, gedik dan suka tayang muka buat tutorial pakai hijab di yotube pun kalau nak pakai tudung kena bermula dengan asas yang betul iaitu demi ketaatan kepada Allah, demi patuh perintah, demi syarak agar tak dibakar api neraka kerana percaya akhirat.

Kalau pakai tudung sebab ia nampak lawa, comel macam Wardina, Diana Amir, Heliza maka tiada pahala dari Allah, bahkan akibatnya merosakkan.

Contohnya : (Baca dengan minda 'High class')

- Memakai 'tudung' atau menutup 'aurat' kerana tertarik pada arus untuk kelihatan cantik dan terpengaruh dengan artis comel yang 'berhijrah'.

- Dakwah kepada kaum muslimah dipromosikan dengan gaya 'gedik' seperti latar belakang warna 'pink', manja dan penuh kejiwangan. Novel-novel Islamik-cintan, penceramah yang belum pernah basuh berak anak dan buat susu ditengah malam, flash-mob yang konon mesej Islamik dan seumpamanya.

- Dakwah seharusnya bermula dengan asas yang betul untuk melahirkan kesedaran dan peluang agar manusia dapat dekat dengan hidayah Allah melalui al-Quran dan as-sunnah. Perhatikan ucapan Nabi Salalallahualaihiwassalam terhadap seorang anak muda yang masih kecil bernama Ibn Abbas RA dengan sabdanya ;
يَا غُلَامُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ
Wahai, anak kecil! Sesunguhnya aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat; jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu; jagalah Allah, nescaya engkau akan mendapatkan Dia selalu di hadapanmu; apabila engkau minta, mintalah kepada Allah dan apabila engkau minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada-Nya. [Riwayat al-Tirmidzi].

Ramai kaum muda, pendakwah yang berfikiran singkat dan bersikap "Machiavellian" (matlamat menghalalkan cara) akan berkata : 'Apa salahnya, yang penting mesej atau info sampai, atau mereka akan kata, biarlah asalkan mereka (perempuan) berubah ke arah lebih baik.'

Aljawab,

Kata Ibn Mas'ud RA, Sesungguhnya Rasululluh salallahualaihiwassalam telah memberitakan kepada kami:

أَنَّ قَوْمًا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ

“Bahawa ada sekelompok orang, mereka membaca al-Qur'an, namun al-Qur’an itu tidak melewati kerongkong mereka.' [Riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi]

Anak gadis yang gedik dan mempunyai pelbagai penyakit sosial ini apabila tidak dirawat dengan 'prosedur' yang betul kemudian para pendakwah pula buat program Islamik ala-ala gedik seperti seminar atau konvensyen muslimah yang gedik dan sebagainya untuk tarik minat anak gadis ini maka mereka (gadis) seterusnya akan 'terus set' di minda mereka tentang Islam dengan versi yang salah.

Anda mungkin berkata, kami hanya buat program adapun ilmu dan pengisian lain maka itu tanggungjawab muslimah tersebut untuk cari sendiri. Anda pun tahu bahawa antara masalah utama generasi muda hari ini ialah 'SPOON-FEEDING' dan mahu semuanya disuap ke mulut mereka. Lalu anak gadis ini akan dewasa, kahwin dan kemudian jadi pendakwah macam anda pula dan meneruskan ' vicious circle' (putar balik yang tak kemana) ini.

Anda mungkin akan petik ayat saya, 'Tak penting bagaimana kita bermula tetapi yang penting ialah bagaimana kita akan berakhir.'

Benar, bermula kenal Islam di program gedik santai...belajar agama dengan ustazah yang anti-poligami dan penulis novel cinta, ikut usrah dan program Islamik syok sendiri dan hasilnya berakhir sebagai syuhadak di medan jihad seperti Syria dan Palestin dengan kempen boikot kurma Iran atau boikot McDonold. Atau nikah dengan lelaki jambu ala-ala bapuk yang berambut panjang tetapi melahirkan anak seperti Salahuddin al-Ayubi ???

Allah SWT berfirman:
أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
'Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.' [At-Taubah:19]

Sunnatullah mesti diikut kalau mahu pengakhiran yang baik !

2. Mengisi maklumat, dakwah dan info kepada anak gadis mengikut 'keutamaan' dan keperluan

Contohnya :

- Apakah faedahnya bercerita kepada kaum muslimah tentang kisah Rabiatul Adawiyah sekiranya isteri-isteri Nabi Salallahualaihiwassalam dan sejarah para sahabat wanita pun tidak diketahui oleh anak-anak gadis muslimah ?

- Bercerita soal kebebasan wanita dan hak-hak wanita sedangkan hukum Allah dan hak Allah yang menyebabkan mereka semua dapat hak tersebut tidak diajar ?

Cakap banyak konon gadis boleh letak syarat itu ini sebelum kahwin agar suami tak kahwin lagi dan sebagainya , sedangkan si gadis itu masih buat amalan syirik, kepala otaknya penuh najis jahiliyyah yang jika berlaku perang jihad maka mereka layak dijadikan tawanan dan gundik atau hamba abdi lalu dijual di pasar-pasar.

Hak Allah belum tertunai seperti aqidah, tauhid, hukum syarak, ketaatan kepada sunnah dan kewajipan sebagai muslimah untuk taat dan patuh pada kitab Allah.

Kata Syeikh Sulaymaan al-'Alwaan, pakar hadith daripada Arab Saudi.

التوحيد إذا لم يمارسه المسلمون عملياً في حياتهم لم تثمر كلماتهم ولا كتاباتهم ولا تصوراتهم ولم يحصل لهم التمكين

'Tauhid apabila tidak dilatih dan diamalkan oleh kaum muslimin dalam hidup mereka maka ianya tidak akan membuahkan hasil pada ucapan, penulisan dan pandangan mereka dan mereka tidak akan mencapai kekuatan.'

Bina dahulu kepatuhan sebelum kamu wahai ustazah dan pendakwah nak bercakap soal kebebasan dan hak-hak muslimah !

3. Gila angka dan jumlah peserta, lebih dari ghairah mahu menghasilkan kefahaman dan kekuatan ummah

Para pendakwah banyak sungguh yang gila angka dan jumlah peserta sebab nak memastikan program balik modal atau memberi keuntungan berbanding nak melahirkan peserta yang faham dan memberi kekuatan pada ummah. Malu mereka kalau peserta sedikit dan tak jumlahnya tidak ramai.

Sedangkan dakwah nabi salallahualaihiwassalam bermula dengan bilangan yang sedikit. Allah pula berfirman,

كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

"Berapa banyak yang terjadi bahawa golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." [al Baqarah : 249].

Kalian buat satu program hadith, panggil Maulana Asri dan Dr. Asri buat kuliah tentang fiqh muslimah, aurat, keibuan dan jemput Dr. Zaharuddin Abd Rahman cerita soal tanggungjawab isteri terhadap suami lebih baik dan menyelesaikan banyak masalah rumahtangga, kes sosial dari sekadar buat program syok sendiri yang menyebabkan kalian hanya berbangga dengan penyertaan ramai wanita dari seluruh negara tetapi memberi impak buruk dan kesan negatif kepada manusia.

Banyak lagi nak cerita tetapi cukuplah disini dahulu sebagai luahan bicara...

Saturday, August 31, 2013

Menikahlah kerana agama agar kau tidak menderita

Diriwayatkan oleh Imam Yahya bin Yahya al-Naisaburi rahimahullah yang berkata bahawa beliau pernah bersama dengan Imam Sufyan bin Uyainah Rahimahullah apabila ada seorang lelaki yang datang dan mengadu kepada Imam Sufyan berkenaan masalah rumahtangganya.

Kata lelaki itu, isterinya sering menghinanya dan membencinya.

Lalu Imam Sufyan pun berkata ; لعلك رغبت إليها لتزداد بذلك عزا
'Boleh jadi kamu menikahinya kerana mahu meninggikan status kedudukanmu ?

Lelaki itu pun menjawab benar wahai Abu Muhammad (kuniyah Imam Sufyan).

Maka Imam Sufyan pun berkata ;
من ذهب إلى العز ابتلي بالذل، ومن ذهب إلى المال ابتلي بالفقر، ومن ذهب إلى الدين يجمع الله له العز والمال مع الدين
'Barangsiapa yang menikahi kerana mencari kedudukan yang mulia maka dia akan diuji dengan kehinaan, barangsiapa yang bernikah kerana harta maka dia akan ditimpa kefakiran, dan barangsiapa yang menikah kerana agama maka Allah akan menghimpunkan baginya kedudukan dan harta bersama dengan agama.'

Kemudian Imam Sufyan pun menceritakan,

Kami mempunyai 4 orang adik-beradik. Iaitu Muhammad, Imran, Ibrahim, dan diriku. Abang yang paling tua ialah Muhammad dan Imran pula yang paling muda manakala aku pula ditengah-tengah. Apabila Muhammad mahu bernikah maka dia ingin mencari kedudukan lalu dia pun menikahi seorang wanita yang berkedudukan lalu Allah pun mengujinya dengan kehinaan. Imran pula menginginkan harta maka dia pun menikahi wanita yang kaya lalu Allah membalasnya dengan kefakiran. Semua hartanya diambil tanpa ditinggalkan sedikit pun.

Aku memerhatikan keadaan mereka lalu satu hari Ma'mar bin Rasyad datang kepada kami dan aku pun meminta nasihatnya sambil menceritakan kisah yang dihadapi oleh saudara-saudaraku. Maka beliau pun mengingatkan aku dengan hadith Yah'ya bin Ja'dah dan hadith A'isyah RA. Adapun hadith Yahya bin ja'dah meriwayatkan bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda ;
تنكح المرأة على أربع: دينها، وحسبها، ومالها، وجمالها، فعليك بذات الدين تربت يداك
'Dinikahi wanita itu kerana empat perkara iaitu kerana agamanya, kedudukannya, hartanya dan kerana kecantikannya. hendaklah engkau memilih yang beragama nescaya engkau akan beruntung.' [riwayat Al-Bukhari]

Sedang hadith A'isyah pula menyebut ;
أعظم النساء بركة أيسرهن مؤنة
'Wanita yang paling berkah ialah yang paling murah belanja untuk menikahinya.' [Riwayat al-Nasaie]

Justeru aku pun memilih untuk menikahi wanita yang beragama dan yang murah belanjanya menurut sunnah rasulullah salallahualaihiwassalam.

Maka Allah pun memberikan aku kedudukan, kekayaan dan juga agama.

[Tahzib al-Kamal, Al-Mizzi]

Friday, August 23, 2013

Belajar al-Quran cara salaf

Ramai orang mendakwa mengikut al-Quran dan al-sunnah, tetapi amalan mereka menunjukkan sebaliknya. Mungkin penyelesaian kepada masalah ini ialah kembali kepada cara salaf dalam mempelajari Al-Quran dan mengikuti teladan mereka.

Abu Abd Rahman al-Sulami rahimahullah berkata ;

كان أصحابنا يقرئونا ويعلمونا ويخبرونا أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقرئ أحدهم عشر آيات فما يجاوزها حتى يتعلم العمل فيها قال : وقالوا علمنا القرآن والعمل جميعا

Mereka (para sahabat) yang mengajarkan kami Al-Quran telah memberitahu kami bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam mengajarkan mereka 10 ayat dari al-Quran dan mereka tidaklah menambah ayat yang baru sehingga mereka belajar untuk beramal dengannya. Lalu mereka pun berkata ; 'Kami belajar al-Quran dan beramal dengannya secara serentak.' [Muqadimah Tafsir Ibn Taimiyyah, riwayat ini disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir rahimahullah]

# Abu Abd Rahman Al-Sulami merupakan seorang tabien, Imam dan ahli Qura di Kuffah. Beliau belajar al-Quran daripada sahabat besar seperti Uthman RA, Ali RA, Zaid RA dan Ubay RA serta Ibn Mas'ud RA. Beliau meninggal dunia pada zaman awal pemerintahan Hajjaj.