Lumrah
apabila isteri berkerjaya tinggi, menyumbang pendapatan dalam keluarga
maka dia akan menjadi sombong dan kurang menghormati suami.
Namun jika dia mengerti, bahawa nilai kedudukan, status dan hartanya itu langsung tidak dipandang oleh Allah nescaya dia akan menjadi insaf. Bahkan ibadahnya juga tidak diterima sehingga suaminya menjadi redha kepadanya.
Diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah Salallahualaihiwassalam bersabda terdapat 3 golongan yang solatnya (ibadahnya) tidak terangkat walaupun senjengkal ke sisi Allah dan salah satunya ialah ;
وَامْرَأَةٌ بَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَلَيْهَا سَاخِطٌ
'Isteri yang tidur (atau bermalam) dalam keadaan suaminya marah kepadanya.' [Riwayat Ibn. Majah]
Hanya isteri yang solehah dan bertaqwa kepada Allah sahaja akan menyedari bahawa pangkat, kedudukan dan kelebihan rezeki yang diberikan Allah kepadanya hanyalah ujian untuk melihat apakah dia mampu bersyukur dan berbakti kepada suami & keluarga atau menjadi angkuh dan sombong.
Syurga itu disediakan Allah hanya untuk isteri yang taat persis isteri yang diriwayatkan dari Anas bin Malik RA bahawa Nabi salallahualaihiwassalam bersabda ;
أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِنِسَائِكُمْ فِي الْجَنَّةِ؟قُلْنَا بَلَى يَا رَسُوْلَ الله كُلُّ وَدُوْدٍ وَلُوْدٍ، إِذَا غَضِبَتْ أَوْ أُسِيْءَ إِلَيْهَا أَوْ غَضِبَ زَوْجُهَا، قَالَتْ: هَذِهِ يَدِيْ فِي يَدِكَ، لاَ أَكْتَحِلُ بِغَمْضٍ حَتَّى تَرْضَى
“Mahukah aku beritahu kamu tentang isteri-isteri kamu di dalam surga?” Mereka menjawab: “Tentu saja wahai Rasulullaah!” Baginda menjawab: "Mereka ialah wanita yang penyayang lagi subur. Apabila dia marah, atau diperlakukan buruk atau suaminya marah kepadanya, dia berkata: “Ini tanganku di atas tanganmu, mataku tidak akan dapat terpejam sehingga engkau redha kepadaku.” [Riwayat al-Tabarani, disahihkan oleh Syeikh Albani]

No comments:
Post a Comment