Thursday, August 04, 2005

Hukum Onani Bagi Mereka Yang Malang

Permasalahan fitrah sebenarnya merupakan sesuatu yang menjadi perhatian besar bagi Islam namun kerana masalah yang menghadapi masyarakat Islam hari ini maka kita semua menerima balanya.

“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).

Sudah beberapa kali saya ditanya mengenai masalah onani ini dan saya sudah menjelaskan kepada setiap individu secara peribadi tanpa menulis dikhalayak kerana ianya mengaibkan namun demi kerana sudah terlalu ramai memerlukan maka saya tampilkan penulisan ini bagi menjawab permasalahan ini.

Manusia diciptakan secara fitrah yang memerlukan pasangan dan teman serta memerlukan kepuasan batin dari hubungan lain jantina dan ini disebut oleh Allah swt :

“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).

Sesungguhnya setiap lelaki bagi tua atau muda mereka diciptakan dengan mempunyai zakar sebagai alat untuk memenuhi fitrah batin mereka sebagaimana mulut dijadikan sebagai alat untuk makan bagi memenuhi fitrah manusia yang perlu makan dan minum demi meneruskan kehidupan maka demikianlah zakar yang diciptakan Allah swt demi sebagai anggota yang memerlukan faraj demi memenuhi keperluan batinnya secara fitrah.

“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).”
(Surah Ar-Rum :30).

Tidaklah golongan yang menyalahi fitrah yang diciptakan Allah swt melainkan dia itu zalim dan melampaui batas manakala bagi mereka yang tidak terpenuhi fitrah yang diciptakan Allah maka menderitalah mereka dalam kesusahan.

Golongan lelaki yang tidak mampu berkahwin di Malaysia ini begitu ramai sekali khususnya golongan remaja yang berumur di antara 17 hingga 25 tahun apabila waktu ini merupakan waktu kemuncak syahwat dan asmara yang secara fitrah memerlukan wanita dan kepuasan seks.

Demikianlah juga wanita dalam tempoh sebegini mereka juga tidak dapat mengelak diri dari terjatuh ke lembah maksiat lantaran godaan nafsu dan fitrah yang memerlukan pasangan dan seks.

Islam menyelesaikan masalah fitrah bagi lelaki dan wanita dalam soal seks ialah dengan mewujudkan ibadah nikah dan perkahwinan namun hal ini hanyalah tinggal teori sahaja sebabnya pelaksanaan nikah dan perkahwinan itu pada masa kini bukanlah lagi sesuatu yang mudah sebaliknya menjadi satu kerja gila yang menyerabutkan.

“ Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al-Baqarah : 185).

Perkahwinan di Malaysia sebagai contoh, memerlukan seorang lelaki itu mempunyai belanja dan wang yang banyak sehingga belanja kahwin sahaja boleh menjangkau sehingga RM 10 000 dan itu belum termasuk belanja kehidupan keluarga yang semakin hari semakin mahal.

Tidak ramai yang mampu untuk bernikah kerana pernikahan itu sukar sekali baik kerana masalah kewangan, kerana masalah keluarga dan kerana masalah sukar mencari pasangan atau pelbagai lagi.

Wanita Islam di Malaysia juga ramai yang sudah berumur lewat 28 tahun atau 30 an namun masih belum mempunyai pasangan dan belum bekeluarga lantaran tiada jodoh atau pun bermasalah keluarga seperti mempunyai ibubapa yang gila.

Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan” (Al-hajj : 78).

Kembali pada topik asal, lalu akibat dari kesusahan untuk melepaskan nafsu dan memuaskan fitrah menurut kaedah yang asal iaitu bernikah maka ramai orang baik lelaki dan wanita mengambil jalan mudah dengan melakukan onani bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Allah mengehendaki kemudahan bagi kamu dan sesungguhnya diciptakan manusia itu dalam keadaan yang dhaif (lemah)” (Surah An-Nisa : 27).

Onani ialah perbuatan mengeluarkan air mani bagi lelaki dengan mengunakan tangan dan inilah kaedah yang biasa dilakukan manakala bagi sesetengah golongan ialah mengunakan alatan seperti patung wanita yang diperbuat dengan getah seperti yang dijual di farmasi Eropah.

Berdasar maklumat yang diperolehi dari pakar perubatan seperti Dr Ismail Thamby mereka menyebut onani dilakukan sambil mengunakan alatan pelican seperti sabun, gel dan lain-lain bagi mendatangkan kepuasan syahwat sementara sebagai melepaskan tekanan seksual.

Manakala bagi wanita ialah dengan memasukan jari atau sesuatu alatan keras ke dalam faraj mereka bagi menimbulkan rangsangan pada faraj sehingga mencapai klimaks iaitu kepuasan syahwat.

Hukum Onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat ialah harus dan tidak berdosa. Bahkan kaedah fiqhiyah juga menyebut : الضرورات تبيح المحظورات
Kemudharatan itu membolehkan apa yang terlarang” (lihat Qawaid fiqhiyah m/s 67 oleh Dr Abd Karim Zaidan).

Inilah pendapat yang diriwayatkan dari Imam Ibn taimiyyah dan Ibn Qayyim serta dari Ibn Aqil bahkan pendapat ini diperkuatkan oleh Imam Ahmad dengan riwayat bahawa para sahabat terdahulu beronani dalam perang dan ketika musafir sebagai keharusan melakukan onani apabila terdesak dan perlu (lihat Al-bada’I wal fawa’id m/s 870 Jilid 2).

Adapun apabila melakukan onani itu hanya kerana mencari keseronokan dan berhibur dengannya maka hukumnya ialah haram dan ditegah ini kerana ianya termasuk perbuatan yang keji dan kotor serta memudharatkan akal dan jiwa sehingga menjadikan diri dikuasai oleh syahwat dan dibimbangi terjebak kepada zina.

Namun apabila syahwat itu terlalu mendesak dan mengoda maka tidaklah mengapa beronani dengan tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syhawat demi mencegah zina.

Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan” (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim).

Walaubagaimana pun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam beronani iaitu :

Hukum onani akan menjadi haram apabila seorang lelaki itu mengunakan gambar lucah, atau bayangan di otaknya akan perkara kotor atau berkhayal wanita kerana ini bukan lagi beronani demi mencegah zina sebaliknya ianya sudah bertujuan mencari kepuasan dan berseronok dan ini diharamkan.

Tidak boleh berseronok dengan jalan yang haram.

Adapun sebaliknya mereka yang terdesak cukup sahaja beronani tanpa perlu bayangan dan khayalan atau apa-apa modal yang haram kerana niatnya sekadar untuk mengurang tekanan seksual dan ini dibolehkan.

Begitu juga wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka tidak mengapa mereka beronani dengan mengunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokkan.

Firman Allah swt :

“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (surah : at-taghabun :16).

Juga diharamkan berkhayal kotor dan menonton filem kotor kerana Islam mengharamkan demikian. Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ianya terdesak dan demi mencegah zina.

Menjawab golongan yang mengharamkan onani secara mutlak

Mereka (para fuqaha) yang mengharamkan onani secara mutlak adalah kerana hujah mereka berdasarkan hadith Abdullah ibn Mas’ud yang baginda pernah bersabda :

“ Wahai Para pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka bernikahlah kerana sesungguhnya dengan nikah itu dapat menundukkan pandangan dan menyelamatkan kemaluan (kehormatan) dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa sesungguhnya bagi berpuasa itu satu perlindungan” (hadith sahih riwayat bukhari no. 5063 , Muslim no. 3389 nasaie dan Ahmad).

Hadith ini dijadikan hujah bahawa bagi golongan yang tidak mampu bernikah maka hendaklah dia berpuasa dan menuruti pertunjuk sunnah dalam menghadapi suasana kesusahannya yang tidak mampu bernikah itu dengan berpuasa bukan dengan melakukan onani yang merupakan perbuatan kotor.

Menjawab kepada hadith ini ialah :

Pertama baginda menyebut perkataan ( الباءة) yang diterjemahkan oleh saya sebagai “mampu bernikah” secara lafaz umum namun sebenarnya menurut fuqaha perkataan “alba’ath” ini bermaksud kemampuan untuk berjima ‘ (bersetubuh) maka itulah yang dimaksudkan oleh baginda sebagai kemampuan untuk bernikah dalam hadith di atas (sila lihat fiqh sunnah m/s 105 Jilid 2).

Baginda tidak pernah menjadikan atau menilai kemampuan untuk bernikah itu mesti berharta atau mempunyai RM 10 000 untuk belanja nikah baru boleh bernikah atau mesti mempunyai kerja tetap sebab takut si perempuan nantinya kena makan pasir sebab si suami tiada kerja.

Ini kerana dalam hadith yang lain seperti hadith Sahl bin Said As-Sa’adi bahawa baginda pernah menikahkan seorang sahabat dengan maskahwin (mahar) hanya berupa beberapa ayat dari Al-Qur’an disebabkan sahabat tersebut terlalu miskin sehingga tidak punyai apa-apa untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin besi (sila lihat hadith sahih riwayat bukhari no. 5087 dan Muslim no. 3472 dan daruquthni dll).

Maka inilah yang disebut dalam firman Allah :

“Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).

Oleh yang demikian, apabila disimpulkan dalam hadith ini bahawa barangsiapa yang mampu bersetubuh maka hendaklah bernikah maka bukankah semua orang sekarang mampu bersetubuh kecuali mereka yang sakit dan yang punyai nafsu namun tidak mampu bersetubuh lantaran lemah ereksi atau punyai masalah kesihatan maka mereka itulah yang wajar berpuasa.

Selain itu, sangat tidak dapat diterima bahawa bagi mereka yang gagah dan kukuh mampu bersetubuh dan kuat syahwatnya hanya disuruh berpuasa sedang di jalan-jalan dan sekitar penuh wanita dan godaan siang malam baik dalam televisyen, jalan-jalan tempat kerja dan tempat belajar dan sekeliling.

Sungguh pun Islam menyuruh menundukkan pandangan, menjaga hati dan ditambah berpuasa namun dalam suasana hari ini tekanan dan desakan itu tetap akan menekan dan memberi kesan besar bagi jiwa lalu dalam hal ini ubat seperti onani diperlukan namun haruslah digunakan sekadar menutup dan menolak mudharat sahaja tanpa berlebih. Sabda baginda : “Sesungguhnya agama ini ialah mudah dan tidaklah yang (sengaja) menyusahkan dirinya dalam hal agama ini melainkan dia akan dikalahkan (tidak mampu)” (hadith sahih riwayat bukhari syarah ibn hajar jilid 1 m/s 93).

Kesimpulan :

Diperbolehkan barangsiapa yang terdesak dan perlu menurunkan tekanan syahwatnya untuk beronani dan ini dibuat dengan turut berusaha mempertingkatkan usahanya untuk membolehkan nikah demi mencapai perintah Allah.

“ Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar dengan kemampuannya” (Al-Baqarah : 286).

Tidak boleh beronani jika ianya dibuat semata-mata untuk seronok dan mencari kepuasan kerana Islam mengharamkan perbuatan onani yang mencari keseronokkan kerana ianya mendekati zina dan kekejian.

“ Adapun orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan diri daripada hawa nafsunya maka syurgalah tempatnya” (An-Nazi’at : 40-41).

Baik lelaki mahupun perempuan yang beronani demi terpaksa menenangkan syahwatnya hendaklah banyak mengawal diri dan berusaha mendekat diri kepada Allah swt sambil banyak berdoa kerana Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan memberikan ubatnya dan ubat syahwat ialah nikah.

Bagi mereka yang berusaha untuk nikah namun tidak mampu kerana masalah kewangan, masalah keluarga akibat punyai ibu bapa yang bodoh dan gila lagi tidak memahami maka hendaklah mengadu kepada mereka yang alim dan mempunyai kelebihan moga dapat dibantu.

" Bertanyalah kamu kepada orang yang mengerti jika kamu tidak mengetahui " (Surah An-Nahl : 43).

“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya” (Surah Thalaq : 2-3).

Segala puji hanyalah bagi Allah swt.

81 comments:

beauty said...

apa hukum sebenarnya bagi perempuan yg onani? ada kawan saya bertanya...
ada yg mngatakan dosa dan perlu mandi wajib? ada yg berkata sebaliknya..
tlg lah kawan saya ni.. saya tak mahu dia hanyut dgn dosa..

Ustaz Emran said...

Bismillah,

saya tidak sama sekali bermaksud untuk menggalakkan onani atau melancap.

Sebaliknya kita semua sudah jelas, Allah membenci perkara yg jelek dan buruk dan perbuatan onani ini bukanlah suatu perbuatan yang terpuji dan mulia setelah datangnya Islam membawa syariat Nikah.

Malangnya syariat nikah ini tidak dapat dinikmati oleh semua orang lantaran kekangan jahiliyyah.

Maka di situlah datangnya keringanan hukum dan kebolehan onani hanya untuk menyekat yang haram setelah jalan lain sudah tidak dapat dipenuhi seperti puasa, menyibukkan diri dan sebagainya lantaran hormon dan godaan nafsu sudah sampai ke kemuncak.

Jgn suruh anak2 muda yang sihat ini menahan diri dan menjadi tertekan lantaran tdk dapat berkahwin dan menlarang pula mereka onani sedangkan para ustaz dan guru agama sendiri tidak dapat menahan godaan duniawi, seperti tuntutan untuk memakai kereta yg dibeli dgn sistem riba dsbnya.

Kenapa bila ditanya mengapa ustaz beli pakai sistem riba dsbnya ? lalu boleh pula agamawan ini menjawab, nak buat ,macam mana dah terpaksa, kita tak mampu dsbnya..or ada keperluan.

Maka kenapa anak-anak muda yg menderita dan malang ini tidak diberi keringanan dengan syarat2 khas untuk melakukan onani lantaran terpaksa untuk mengurangkan tekanan batin mereka ?

maka saya jawab onani masih haram jika dilakukan dengan subahat atau kerjasama perkara yg haram seperti melakukan onani sambil menonton filem lucah dsbnya.

tetapi onani dibolehkan jika dilakukan bersendirian secara sendiri dan semata2 demi mengurangkan tekanan syahwat dan kerana tiada kemampuan untuk bernikah.

Bagi mereka yang sampai ke tahap melakukan onani ini...maka hukum bernikah bagi mereka ialah wajib dan mentaati Allah adalah lebih utama dr keluarga dan ibubapa.

Oleh itu mereka boleh bernikah walau tanpa keizinan keluarga.

Hukum dan hak wali ibubapa mereka telah gugur kerana wali (bapa) itu sudah menjadi fasiq.

Mereka boleh bernikah dengan menggunakan wali hakim atau wali-wali lain yang dibolehkan oleh syarak.

Wallahualam.

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

Assalamua`laikum..kupasan yang mantap ust. syukran kerana berkongsi ilmu dengan blogger sekalian...moga2 Allah mencambahkan ilmu yang disampaikan dalam blog ni...wallahua`lam...

Unknown said...

ustaz sila check page ni blh guna x?untuk kemudahan bersama....
http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

y3ni3c said...

Salam ustaz,

adakah dikategorikan sbgai onani jika seorang perempuan itu tidak memasukkan apa2 di dalam farajnya, tapi hnya main kelintitnya sahaja sehingga merasa puas nafsunya?

Ustaz Emran said...

salam,

hukumnya tetap dikira melakukan onani sekalipun tidak memasukkan benda ke dalam farajnya.

Kerana onani bagi lelaki tidak semestinya memasukkan zakarnya ke apa-apa lubang tetapi cukup mengosok sehingga terangsang dan terpancut mani.

Maka demikian juga bagi wanita dikira melakukan onani apabila mengusap kelentitnya bagi merangsangkan nafsunya.

Hukumnya tetap hukum onani iaitu berbeza menurut situasi setiap individu.

1) Haram = Apabila tiada keperluan

2) Harus = terpaksa kerana cara lain sudah tidak berkesan mengurangkan tekanan syahwat.

3) Makruh = masih mempunyai cara yang lebih baik seperti puasa, menyibukkan diri di dalam perkara yang bermanfaat.

Wallahualam.

Rujukan :

Kitab Majmuk Fatawa dan Halal dan Haram di dalam Islam.

Ustaz Emran said...

Assalamualaikum,

kepada muslimin dan muslimah yang menghadapi desakan fitrah maka anda hendaklah segera bernikah.

Pernikahan itu menjaga diri dan menyucikan jiwa.

Sila hubungi saya sekiranya tiada pasangan dan berhasrat memohon bantuan saya di dalam mencari pasangan.

Sekiranya sudah mempunyai pasangan tetapi mendapat halangan keluarga dan sebagainya sila juga hubungi saya moga kita dapat berusaha bersama-sama membantu mencari jalan penyelesaian.

Semoga Allah memberkati kalian dan memelihara kalian.

themuslimmail@yahoo.com

Barakallahufikum.

arshad said...

ustaz, saya seorang remaja yg ingin bertanya. ustaz, saya ni sering beronani, solat tidak cukup, mengeluarkan perkataan yng lara, tidak rajin membaca al quran,dan melakukan maksiat. saya perlukan jalan ustaz, jalan untuk berhenti melakukan semua ini. tolonglah saya ustaz!
saya tidak tahu nak buat apa2 lg

Ustaz Emran said...

Salam, mulakan dengan meninggalkan tempat yang mendorong saudara melakukan maksiat. Pindahlah rumah, sekolah, tempat tinggal misalnya ke rumah saudara atau ahli keluarga yang lain jika mampu.

kemudian carilah kawan atau rakan yang baik yang dapat menemani saudara.

maksiat itu tidak lazat tapi menyakitkan.. maksiat seks nampak indah sebelum dan semasa tapi selepas itu ianya menjadi derita, seksa dan penyesalan.

Rajin-rajinlah ke masjid, dan isi masa dengan manfaat.

Suami Setia said...

Ustaz, Macam mana kalau isteri dalam keadaan haid atau bersalin ata terlalu letih, atau sakit? Tak tahan sbb biasanya 2 @ 3 hari sekali. Nak kahwin seorang lagi tak mampu atau nanti berlaku perang dunia.

Unknown said...

kalau seorg itu suka beronani,melihat gambar lucah dan berfantasi bagaimana nak mengubahnya...tapi dia slalu mendoakn dirinya jauh dari zina

sahabat said...

assalamualaikum wbt ustaz..
katakan seorang perempuan itu onani, tp dia tak tahu bhw perbuatan tersebut onani.. setelah 5 tahun melakukan onani,(sudah baligh) baru dia tahu hakikat onani.. dia turut onani pada buln puasa.. dan tak mandi wajib, kerana dia tak tahu apa itu onani sebelum ini... jadi adakah dia perlu qada' solat? dn adakah dia perlu bayar fidyah dan qada' puasa...? jika perlu, bagaimana kerana jgka masa yg dia x tahu masa beronani dulu... adakah kena bayar fidyah untk 5 tahun? ganti puasa untuk 5 tahun?.. dn qada' solat utk 5 tahun... mohon pendapat ustaz...

sahabat said...

assalamualaikum wbt ustaz...
katakan seorang perempuan itu ber'onani' sejak dia baligh.. tapi dia tak tahu bahawa perbuatannya itu onani..jadi dia tak mandi wajib.. dia lakukan onani selama 5 tahun dan sekarang baru mengetahui kebenaran onani... jadi bagsimana solat dn puasa nya?.. adakh dia perlu qada' solat dn puasa untuk 5 tahun tu?... adakh dia perlu bayar fidyah utk 5 tahun tu.. dan jika perlu,dia tak tahu brapa hAri yg perlu diganti, bagaimana?... mohon pendapat ustaz...

sahabat said...

harap ustaz dapat bantu

nabiha yusof said...

wanita yang melakukan onani..perlu mandi wajib atau tidak???

nabiha yusof said...

bagi wanita..lepas melakukan onani perlu mandi wajib atau tidak??sbb ade sesetengah pihak yg berkata..wanita tiada air mani..

Unknown said...

Assalamualaikum , ustaz . saya nak tanya . adakah berkhayal kotor bleh dlakukan skdar untuk mengurangkan tekanan syahwat ?

Masihkah ada Ruang? said...

Salam...ustaz,sy selalu bdoa supaye dijaohkan dr zina...sy mahu berkahwin demi mengelakkan zina memandangkan sy tidak mampu menahan nafsu.sy sering beronani sehinggakan ada kalanya saya akan menangis sendiri mengenangkan dosa yg tlh sy lakukan.sy cuba berterus terang dengan keluarga saya..tetapi mereka melarang..mereka menetapkan umur 23 tahun baru saya dibenarkan berkahwin..tolonglah saya ustaz...sy xmahu hidup bergelumang dosa...sy mahu bertaubat.sy berniat utk bertaubat nasuha selepas sy berkahwin kerana saya yakin,sy dpt menjauhi dosa setelah diselamatkan dari dosa maksiat..bantulah saya ustaz

zack said...

Assalamualaikum ustaz,apa hukum onani bagi suami yang berjauhan dengan isteri kerana tuntutan kerja selama berbulan-bulan,onani dengan mengguna phone dan juga webcam?semoga ustaz dapat membantu...

Masihkah ada Ruang? said...

salam ustaz. sy mengalami masalah berkenaan tiada calon tetapi berhadapan situasi wajib berkahwin. sy sudah tidak tahan menanggung dosa. sy mahu bertaubat. sudah berkali2 perkara ini dibicarakan kepada ibu bapa saya tetapi mereka melarang sy berkahwin awal kerana salah 1 sebab menjaga adat dan pandangan masyarakat. sedangkan bagi saya sendiri, saya tidak kisahkan pandangan masyarakat dalam keadaan sy yg sudah terdesak untuk berkahwin. seperti yang ramai ketahui, sebagai keturunan arab, sy mempunyai nafsu syahwat yang tinggi. adakalanya ia tidak mampu dibendung. yang lebih teruk, sy mudah 'cair' dengan si lelaki. cukup dengan hanya kata2,ia sudah mampu menyebabkan sy akur dengan kemahuan nafsu. sy takut ustaz. tolonglah sy......

Suami Setia said...

Saya juga berpandangan seperti mana para ustaz di atas, namun kita wajib menghindarkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan syahwat atau menekan syahwat kita supaya melancap seperti melihat kepada perempuan, lelaki yang muda belia, gambar-gambar wanita seksi samada dalam tv atau majalah. Jangan sengaja buka tengok video lucah atau laman lucah. Kalau anda hindarkan perkara-perkara ini dan tukarkan dengan banyak berzikir, dengar al-Quran, baca buku-buku tentang azab dan kematian dan lainnya, Insya Allah ianya akan memutuskan rasa berahi untuk mengeluarkan mani. Kalau kita puasa kita boleh tahan siang hari sahaja. Jadi seboleh-sebolehnya hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghindarkan diri dari onani.

b said...

As salam bolehkah seorang pesakit penyakit kelamin berjangkit std beronani bagi mengelakkan isterinya terjangkit.

Lenggang Kangkung said...

keluar mani baru wajib mandi, tak keluar mani tidak wajib mandi

Ustaz Abdul Halim said...

Dalam riwayat mengatakan, Kalau kita melakukan Onani tanpa mengeluarkan Air Mani dikira berdosa atas alasan kita melakukan Onani secara sengaja mahu pun bukan sengaja.

Orang yang Melakukan Onani, Akan Dilaknat oleh Allah di Akhirat nanti. Bersama-samalah kita berdoa dan bertawaqal kepada Allah supaya diri kita dan pemikiran dapat memikir yang buruk mahu pun yang Baik. Walaikumusalam.

Rosnah binti Muhd Yusoff said...

Assalam ustaz,

Saya ingin bertanya, apakah hukum onani untuk suami isteri yang perhubungannya jarak jauh samada melaui webcam atau telefon?

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz ..

apakah perlu untuk mandi junub bagi pasangan yang bukan suami isteri bersetubuh

Unknown said...

BaarakaLlahu fiik ya syeikh...

Unknown said...

Salam saudari Nurul. .
Wajib mandi junub bagi setiap wanita dan lelaki yg bersetubuh sama ada sudah kahwin atau tidak. Wajib mandi dengan meratakan air bersih ke seluruh Anggota badan. Letakkan untuk niat mandi wajib di hati di permulaan mandi tersebut.

Hukumnya haram bagi pasangan yang belum bernikah kahwin bersetubuh. Ini adalah perbuatan berzina dan satu dosa yang sangat besar di sisi Allah SWT. Kedua dua pasangan lelaki dan perempuan tersebut WAJIB bertaubat kepada Allah SWT dengan banyak membaca istighfar iaitu bacaan: As-tagh-fi-rul-lah. ...Dan alirkan lah air mata dengan bersungguh sungguh bertaubat minta maaf dan ampun kepada Allah

Perbanyakkan baca istighfar pada Allah siang pagi petang dan malam. Isikan masa dengan solat wajib lima waktu .,bacaan Al Quran ,berzikir dan berdoa meminta ampun dari Allah SWT.

Isikan masa saudari dengan amal amal solih kepada Allah SWT. Hadir lah kelas kelas agama islam untuk mendalami belajar hukum hukum islam. Carilah seorang guru atau ustazah wanita yang boleh memimpin saudari mendekatkan diri kepada Allah.

Hentikan perbuatan zina ini kerana ia adalah dosa besar dan jika mati tidak bertaubat akan disiksa dengan bakaran api dalam kubur dan di dalam neraka disiksa lagi di akhirat nanti. Jauhi hubungan lelaki wanita tanpa nikah atau berkahwin. Jika ingin hidup dan bersatu sebagai pasangan hidup sila bernikah kahwin secepat mungkin. Jangan tangguh tangguh lagi.

Jangan berjumpa jumpa lagi hingga sudah nikah Kerana mungkin akan lakukan perbuatan dosa Ini lagi jika tidak dapat kawal hawa nafsu syahwat...

Banyak lah beribadah dan isikan masa dengan ibadah kepada Allah dan belajar lah agama sungguh. Berdoa banyak banyak supaya Allah swt beri hedayah dan petunjuk ke jalan yang benar dan membantu saudari.

Wasallam

Unknown said...

Wajib mandi junub jika lakukan onani.

Unknown said...

aslmlaikum ustaz. sy nak tanya bolehkah seorang perempuan berkahwin dengan lelaki yang ade penyakit angin pasang2.? lelaki tak nak berkahwin ats sbb dia merasakan dia tak boleh bg nafkah batin pd perempuan itu. mohon ustaz reply pertanyaan sy

Unknown said...

Ustaz. Apa hukum suami yg beronani disebabkan tidak mendapat seks selama hampir 6 bulan. 2 bulan pertama disebabkan pantang bersalin. Apa hukum kepada isteri dan nasihat yg sebaiknya untuk isterinya.

Unknown said...

sekiranya selepas melakukan perkara tersebut perlukah mandi wajib untuk membolehkan solat

Unknown said...

Kalau kita tak baligh lagi , kita onani lpastu keluar air mani dengan sengaja ...adakah itu dikira sudah baligh?

Unknown said...

Saya ustaz .. tiada pasangan lagi.

Anonymous said...

Salam ustaz, utk mgatasi masalah syahwat ni...kita kna cepat2 kawin. Tp tak smudah tu kita dprtemukan jodoh. Bila hidup sbg janda keinginan tu kdg2 sgt mbuak2....smpai mnngis.

Unknown said...

Assalam ustaz, saya seorang pelajar universiti . Saya ingin minta pendapat ustaz bagaimana untuk mengubah pemikiran ibu bapa tentang perkahwinan?ini kerana setiap kali saya mengutarakan pendapat ingin berkahwin, pendapat ini sering ditentang dengan alasan saya masih tak mampu untuk menanggung anak org dsbgainya. Apakah ada cara lain selain onani ? Apa pendapat ustaz ttg nikah gantung ? Mohon pencerahan

Isteri malang said...

Apakah boleh seorang perempuan yang telah bersuami melakukan onani kerana suami tidak memberikan nafkah batin selama 9 bulan kerana bergaduh

Anonymous said...

Assalamualikum ustaz, sy ni janda terkdg sy trasa sgt bnfsu shingga sy tpaksa main kelentit sy. Sy malu n sedih.

Bang Bang Bang Bang Bang Bang Shooting Go said...

Assalamualaikum ustaz, saya ni ada masalah onani,saya ni setiap kali terangsang pasti akan mencari media bacaan yang menyediakan bahan bahan bacaan lucah untuk dibaca. Tiap kali nafsu saya sudah hampir ke kemuncak saya cuba berhenti untuk baca tetapi saya tak boleh berhenti tetapi sebaliknya saya terus melakukan onani demi meredakan onani saya. Soalan saya, adakah onani saya itu dikira haram seperti menonton filem lucah dan gambar bogel seperti ustaz katakan? Mohon pencerahan. Terima kasih

Bang Bang Bang Bang Bang Bang Shooting Go said...

Yup, itu juga dikira baligh

Bang Bang Bang Bang Bang Bang Shooting Go said...

Pointnya disini ialah air mani. Perempuan dan lelaki diciptakan Allah dengan adanya air mani masing masing jadi wajib dia untuk mandi wajib

Unknown said...

Salam ustaz.. Saya telah melakukan onani dari umur saya 13 tahun... Sekarang umur saya sudah 15 tahun... Tapi baru hari ni saya dapat tahu lepas je buat onani dan dah keluar air mani kena mandi wajib... Selama 3 tahun ni saya tak tahu pun lepas buat onani kena mandi wajib.. Jadi selama ini solat saya batal dan tidak terima Allah ke ustaz? Tapi sumpah ustaz saya memang tak tahu langsung kena mandi wajib... Lepas je saya dapat tahu hari ni saya cepat cepat mandi wajib... Saya rasa dosa sangat ustaz.. Ap perlu saya buat ustaz? Tapi memang sumpah ustaz saya memang betul betul tidak tahu kena mandi wajib lepas sudah melakukan onani dan dah keluar kan air mani.. Solat saya, saya sentiasa jaga ustaz.. Tapi saya rasa berdosa sangat sekarang ni ustaz...Tapi memang saya tak tahu apa apa

Unknown said...

CARA SEBENAR BERHENTI ONANI

onani haram kan? jgn ada yg onani lepas baca tulisan yg ckp halal ONANI ni, entah betul entah tidak, kena hati2 dengan manhaj atau pendapat yg tak betul, hati2 lah.. kalau cakap untuk menjaga dari zina tu ye lah kalau ada awek bogel depan ko paksa romen dia, barulah ko onani dan ko onanikan dia sekali bagi mengelakkan darurat zina.. lain dari itu onani ni boleh berhentilah, dengan kaedah berperingkat.

contoh kalau onani setiap hari selama 3 kali. maka permulaannya kurangkan kepada 2 kali sehari, selama 3hari, kemudian kurangkan ke 1kali sehari selama 3 hari

selepas itu, onani selang 1 hari onani 1 kali selama 3 kali,
kemudian, selang 2 hari onani 1 kali selama 3 kali,
kemudian , selang 3 hari onani 1kali selama 3 kali
// (sama mcm atas:kemudian selang) 4 // (sama macam atas: hari onani 1 kali selama 3 kali)
// 5 //
//6 //
// 7 //
dan seterusnya sehinggalah selang 41 hari baru onani 1 kali selama 3 kali,

Lepas itu ko dah boleh berhenti dalam steps yg selang 41 hari ni ko dah mudah gila nak stop terus.. lepastu stay ok dgn jaga mata je.. n kahwin.

(pastikan setiap kali onani itu tidak melihat bahan, juga jagalah mata secara peringkat2, tutup mata kalau nampak tetek yang bertonjol dekat sana sini, atau apa2 yg buat korang terangsang. tutuplah mata, alihkan mata, Allahuakbar , anda boleh!)

buat jadual dan anda boleh berhenti. ramai yang sudah berhenti. saya pun dah berhentilah dengan cara berperingkat macam ni. ok. sapa yang rajin tolong sebarkan dan bagitahu lagi ramai org cara sebenar berhenti onani. kaedah ini juga boleh digunakan bagi hentikan ketagih lain, contoh arak, rokok, dadah dll.

Sokonglah PAS - Parti Islam Semalaysia untuk MalaysiaCARA SEBENAR BERHENTI ONANI

buat jadual dan anda boleh berhenti. ramai yang sudah berhenti. saya pun dah berhentilah dengan cara berperingkat macam ni. ok. sapa yang rajin tolong sebarkan, tulis balik dengan lebih grafik dan bagitahu lagi ramai org cara sebenar berhenti onani. kaedah ini juga boleh digunakan bagi hentikan ketagih lain, contoh arak, rokok, dadah dll.

*Jom Undi dan sama2 buat kerja naikkan PAS selagimana PAS memperjuangkan Islam agar Malaysia Sejahtera Bersama Islam.

Jika puan perlu bantuan...sila hubungi whatsapp 0193231669

Unknown said...

Jika puan perlu bantuan...sila hubungi whatsapp 0193231669

Unknown said...

Assalammualaikum..
Sekadar bertnya untk menjawab persoalan yg sntiasa diminda..
Jika seseorang wanita itu baru lepas bersetubuh dengan suaminya pada waktu malam.. Tp dia tak mndi wajib.. Dia mndi wajib pada keesokkan paginya..tp bila keesokkan paginya pulak tetiba darah haid keluar. Then macam mana nk mndi wajib untk yg dah bersetubuh td. Ke lpas haid habis nk kena mndi wajib tu dua kali? Atau lpas bersetubuh tu trys mndi wajib..

Sekadar bertanya untuk memveri jawapan kepada persoalan yg sentiasa bermain di minda..
Jika seseorg wanita itu baru lepas bersetubuh dengan suaminya pada waktu malam.. Dan mndi wajib pada esok paginya.. Bila bngun pagi tngok darah haid keluar.. Macam mana nk mndi wajib untk yg bersetubuh td sdangkan darah haid kluar. Adakah selepas darah haid hbis kluar kena mndi wajib dua kali?? Atau bagaimana??
Terima kasih..

Tiada nama said...

Asslamaualaikum ustaz.. sy berkenalan dgn peniaga dari pakistan yg megajak sy berkahwin. Pada mula perkenalan dia tidak memgaku bahawa ada isteri di pakistan. Ini beraku sebab sy sering ingatkan beliau sy tak suka menjadi isteri kedua. Melalui pembacaan dan kisah yg diceritakan tentang abg beliau sendiri mmg kebayakan dari mereka berkahwin pilihan keluarga di sana. Ada yg bahagia ada yg tidak bahagia. Abangnya peniaga yg berjaya dan ada isteri di melayu dan pakistan. Abanngya megaku ke saya mmg diorg xboleh ceraikan isteri di sana kerana penceraian dlm msyarakat mereka merupakan taboo dan mendatangkan jatuh maruah kepada keluarga keluarga. Abangnya mengaku lebih sayang kepada isteri pilihannya di malaysia. Sy terus mendesak megetahui samana dia ada ister juga seperti abgnya. Satu hari dia mengaku ada isteri dan anak sna dan sebab takut kehilangan dia takut untuk memberitahu di awal perkenalan. Ibu yg pada mulanya susah menerima dia sbb org asing. Lama kelamaan hatinya lembut dan bersedia untuk membenarkan kawin.Sbb sy mintak dia berjumpa dan dan memohon restu pada awl2 perkanalan. Dia byk menolong dan nampak ikhlas syg ibu dan saya. Bila tahu ada isteri hati sy sgat sakit namum lama2 sy menjadi redo dgn keadaan tersebut sebab faham situasi adat di sana. Dia memberitahu mmg dia tidak boleh syg pada isterinya di sana tp tetap memberikan nfkah zahir dan nafkah batin wlaupun jarang2 sbb tanggungjawab. Baru2 ini ibu megetahui tentang dia sudah berkahwin dan menentang keras hubungan. Dia dalam proses untuk memujuk ibu sbb baginya restu ibu penting. Dia berjanji xakan paksa sy berkahwin jika ibu tetap tidak setuju dan mahu membawa diri ke dubai. Sy syg padanya sbb rajin solat, sifat tangungjawabb dan hormat org tua yg dia ada. Tapi pada masa sama kasihan nasib isteri yg agak diabaikan rasa kasih syg dan nafkah batin. Dia mengikuti mazhab habafi. Apakah dosa bgnya jika berkahwin tapi tidak mampu berlaku adil? Penceraian mmg taboo dan tidak boleh dilakukan untuk menjaga maruah. Ada ahli keluagnya yg faham masalahbya dgn isteri meyuruh dia berkahwin dan pernah cba mencari jodoh yg boleh membahagiakan dia tp syarat tidak boleh cerai isteri disna walaupun apa terjadi. Sy percaya dia ikhlas tapi sukar juga terima dgn hati ikhlas dia sudah berkahwin. Sy juga kasihan nasib isterinya yg juga korban adat dan tradisi.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Nan Sunlay said...

AsSalamuAlaikum ustaz. Sy Amat berterima kasih pd ustaz & syukur pd Allah diatas penerangan yg nyata & jelas Dari rujukan dalil aqli, fiqli juga naqli Dari ustaz, makanya sebagai lanjutan dapatlah sy menerangkan pmasalahan ini skiranya diajukan pd sy insyaAllah.

Apakah hukumnya orang yang melawan nafsu onani tapi tidak mampu lalu melakukan onani

Unknown said...

Apakah hukumnya orang yang melawan nafsu onani tapi tidak mampu lalu melakukan onani

Unknown said...

Apakah hukum orang mahu lawan nafsu beronanni tapi tidak boleh lalu dia mengeluarkan air mani

Unknown said...

Apakah hukum orang yang melawan nafsu onani tetapi tidak mampu berlawan lalu ia melakukan onani

hamba allah said...

Assalamualaikum ustaz saya ade pertanyaan jika isteri tidak mahu bersama dari mula kawin hingga sekarang hampir tujuh tahun..bolehkah suami itu memuaskan nafsu dengan onani kerana walaupun isteri berperangai macam tu si suami kalau boleh masih mahu menjaganya tpi kekadang desakan nafsu membuatkan suami stress..si suami takut dengan dosa onani dn takut jika disebabkan onani amalan kita tidak akan diterima

hamba allah said...

Assalamualaikum..saya telah berkahwin selama 7 tahun tanpa mendapat nafkah batin dari isteri dia sering menolak bila hendak bersama..boleh kah saya onani untuk melepaskan nafsu..saya takut amalan tidak diterima jika selalu onani

Unknown said...

saya telah bertaubat nasuha dari melakukan onani.
berkali-kali saya telah berjanji dan bertaubat untuk tidak melakukan dan pernah sampai tahap saya diuji dengan masalah kesihatan sebanyak dua kali.
saya mintak Allah beri saya peluang dan saya bertekad untuk betul-2 berubah . tapi harini saya tewas dan takut melakukan dosa yang lebih besar saya onani melakukan onani kerana khuatir terjebak maksiat dengan tunang saya. Apakah hukumnya? :'(

Sayang said...

Saya masih bujang, hanya tngok badan lelaki saja boleh ghairah dan teransang.. Macam mana tu ustaz?
Boleh bantu saya? Nak kawin lama lagi.. Adakah lebih baik bronani daripada melakukan sex? Krna sy prnah terlanjur.. Boleh bantu saya??

Unknown said...

Wajib mandi wajib bile klimaks or terasa puas nikmat

Unknown said...

Sabarlah sis, byk pahala tu sbb menahan diri. Perasaan tu cuma dtg sekali sekala je kan. Doa byk2 moga dipermudahkan jodoh supaya syahwat dpt disalurkan kejalan yg betul.

Unknown said...

Apakah hukum orang yang melawan nafsu onani tetapi tidak mampu berlawan lalu ia melakukan onani

Unknown said...

Apakah hukum orang yang melawan nafsu onani tetapi tidak mampu berlawan lalu ia melakukan onani

Unknown said...

Apakah hukum orang yang melawan nafsu onani tetapi tidak mampu berlawan lalu ia melakukan onani

Unknown said...

Apakah hukum orang yang melawan nafsu onani tetapi tidak mampu berlawan lalu ia melakukan onani

isya isya said...

isyacomel

Unknown said...

sy ade pasangan...kami nk rujuk smula tapi dibantah ahli kluarganya...mohon bantuan ustaz...sy sygkan sangat2 janda sy...

Unknown said...

sy ustaz...kuarga x istri sy tdak myukai sy...mohon bantuan ustaz...

Zulhelmi Firdaus said...

Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya..apakah hukum jika seorang lelaki juga berstatus duda(bercerai) melakukan onani sambil terfikir sewaktu dia bersama dengan isterinya..adakah haram atau sebaliknya? Mohon pencerahan. . Terima kasih

Unknown said...

Ustad apa kah berdosa jika isteri sering melakukan onani disebabkan dia tidak bernafsu dengan suami sendiri

Maruf said...

Apa hukum onani bg seorang yg telah berkahwin tetapi tiada nafsu melakukan seks dgn isteri(jarang) kerana tdk berminat dgn postur badan isteri. Sangat berminat dgn wanita punggung besar tapi tdk kesampaian jd utk meredakan beliau terpaksa menonton video lucah dan beronani

Maruf said...

Apa hukumya ustaz apabila seorang yg telah berkahwin tetapi tdk puas dan jarang melakukan seks dengan isteri kerana tdk tertarik dgn postur badan isteri. Berminat dgn wanita berpunggung besar tp tdk kesampaian so utk meredakan nafsu terpaksa tgo video lucah dan beronani br lega...mohon bantu ustaz

Unknown said...

Xwujud nikah gantung