Ramai orang mendakwa mengikut al-Quran dan al-sunnah, tetapi amalan
mereka menunjukkan sebaliknya. Mungkin penyelesaian kepada masalah ini
ialah kembali kepada cara salaf dalam mempelajari Al-Quran dan mengikuti
teladan mereka.
Abu Abd Rahman al-Sulami rahimahullah berkata ;
كان أصحابنا يقرئونا ويعلمونا ويخبرونا أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقرئ أحدهم عشر آيات فما يجاوزها حتى يتعلم العمل فيها قال : وقالوا علمنا القرآن والعمل جميعا
Mereka (para sahabat) yang mengajarkan kami Al-Quran telah memberitahu kami bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam mengajarkan mereka 10 ayat dari al-Quran dan mereka tidaklah menambah ayat yang baru sehingga mereka belajar untuk beramal dengannya. Lalu mereka pun berkata ; 'Kami belajar al-Quran dan beramal dengannya secara serentak.' [Muqadimah Tafsir Ibn Taimiyyah, riwayat ini disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir rahimahullah]
# Abu Abd Rahman Al-Sulami merupakan seorang tabien, Imam dan ahli Qura di Kuffah. Beliau belajar al-Quran daripada sahabat besar seperti Uthman RA, Ali RA, Zaid RA dan Ubay RA serta Ibn Mas'ud RA. Beliau meninggal dunia pada zaman awal pemerintahan Hajjaj.

No comments:
Post a Comment