Sunday, December 30, 2012

Larangan Menyambut Tahun Baru Masihi

Sunnah meninggalkan sambutan Tahun Baru (New Year) walaupun dianjurkan program yang baik di dalamnya.

Di dalam hadith yang sahih Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda : لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ مَنْ قَبْلَكُمْ شِبْراً بِشِبْرٍ وَذِرَاعاً بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ سَلَكُوا جُحْرَ ضَبٍّ لَسَلَكْتُمُوهُ ، قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللهِ اليَهُودَ والنَّصَارَى ؟ قَالَ : فَمَنْ Kamu pasti akan mengikut sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka memasuki lubang biawak sekalipun kamu pasti akan mengikutinya. Kami bertanya Ya Rasulullah, apakah engkau maksudkan yahudi dan nasrani? Sabda baginda, Siapakah lagi? [riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Para ulama' menyebut bahawa adalah haram menyambut sambutan tahun baru Masihi sekalipun dengan mengadakan pengisian yang baik seperti ceramah, kuliah agama dan sebagainya. Ini disebabkan oleh hal yang berikut :

1. Ianya akan menjadi bid'ah dan satu perkara baru yang menjadi tradisi dan kemudian akan diikuti oleh orang-orang selepasnya. Bid'ah ialah perkara agama/ibadah yang dilakukan tanpa mengikut pertunjuk Nabi SAW. Naik kapal terbang, guna Fb tidak bid'ah sebab ianya bukan urusan ibadah tetapi menganjurkan majlis ilmu, zikir dan solat hajat sempena Tahun Baru adalah perbuatan ibadah yang diadakan tanpa pertunjuk sunnah SAW.

Perkumpulan untuk tujuan ibadah menyambut sesuatu perayaan atau hari kebesaran yang bukan disyarakkan ialah dilarang. Sabda Nabi SaW :مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ “Barang siapa yang mengada-adakan perbuatan dalam agama kami ini yang bukan dari agama ini maka perbuatan tersebut tertolak.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Alasan bahawa lebih baik dianjurkan program2 keagamaan bagi mengisi masa umat Islam agar anak-anak muda tidak menyertai konsert dan aktiviti maksiat adalah tidak boleh diterima kerana sikap 'Raddul Feel' adalah ditolak dalam Islam. Termasuk alasan yang diberikan ialah supaya melawan aktiviti hiburan dan kerosakkan yang dianjurkan pihak tertentu dengan membuat program2 Islamik. Al-Jawab, Apabila Allah mengharamkan arak, Allah tidak pula menyuruh umat Islam meminum susu, atau apabila judi diharamkan maka umat Islam tidak pula disuruh meminta sedekah.

Sebaliknya malam tahun baru itu tidak perlu dianjurkan apa-apa aktiviti yang khusus dan dinasihati umat Islam agar mengisi masanya dengan kebijaksanaan serta keperluan masing2. Ada yang mahu menziarahi keluarga, mahu berehat bersama anak2 dan ada pula yang mahu mengadakan kuliah agama tanpa mengaitkannya dengan sambutan tahun baru maka ianya adalah harus dan luas.

3. Berkumpul beramai-ramai ditengah malam adalah makruh apatah lagi melewat-lewatkan tidur selepas insyak adalah dilarang disisi kaum salaf tanpa ada keperluan mustahak. Bahkan keluarnya kaum wanita ditengah malam dan anak-anak muda diisi dengan hiburan sekalipun nasyid diwaktu malam amat tidak disukai dengan mengadakan aktiviti ceramah atau pengisian yang tidak kena pada waktunya.

4. Perbuatan menyambut Tahun Baru adalah merupakan amalan orang-orang yang kafir dan kita diperintahkan supaya tidak meniru atau menyerupai mereka. Kata Imam Ibn taimiyyah, لمشابهة في الأمور الظاهرة تورث تناسبا وتشابها في الأخلاق والأعمال Persamaan (dgn org kafir itu) pada perkara zahir seperti perilaku yg menyerupai mereka dari sudut akhlak dan perbuatan. [Iqtidaa’ al-Siraat al-Mustaqeem Mukhaalifat Ashaab al-Jaheem]

Sekalipun kita mendakwa kita tidak mengisinya dengan hiburan atau maksiat dan mengisinya dengan membaca doa, majlis ilmu atau nasyeed namun menyambutnya itu sudah cukup menjerumuskan kita kepada dosa meniru perbuatan org2 kafir.

5. Walaubagaimanapun diharuskan untuk mengadakan program alternatif khusus kepada anak-anak muda yang ketagihan arak, kaki lumba haram, penagih dadah, ketagihan zina dan dalam proses pemulihan akhlak akan sebuah majlis ilmu atau hiburan pada malam tahun baru yang diharuskan syarak seperti nasyeed yg tiada maksiat kerana dikhuatiri anak-anak muda ini akan menyertai majlis konsert atau aktiviti maksiat yg dianjurkan oleh orang kafir pada malam tahun baru nanti. Hukum keharusan ini adalah demi maslahat untuk golongan yang terbabit yang jika tidak dianjurkan program alternatif seperti ini maka mereka besar kemungkinan akan terjebak dengan maksiat yang lebih besar dsbnya berdasarkan kaedah fiqh على أخف الضررين memilih kemudharatan yg lebih ringan dari dua kemudharatan.

Juga harus hukumnya para pendakwah dan ustaz yang dipertanggungjawabkan untuk mengisi pengisian pada program khusus utk golongan mustad'afin (yang lemah iman) seperti yang disebutkan di atas untuk hadir bagi membimbing golongan tersebut.

Adapun untuk umat Islam yang lain adalah tiada keperluan untuk hadir dan seharusnya menjauhi majlis-majlis sambutan seperti ini.

WA

Friday, December 28, 2012

5 Panduan orang awam untuk menilai 'pendakwah'


Antara fitnah akhir zaman ialah apabila para pendusta dianggap bercakap benar dan orang yang bercakap benar dianggap pendusta. Ini berdasarkan sebuah hadith dari Abu Hurairah RA yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ ) ، قِيلَ : وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قَالَ : ( الرَّجُلُ التَّافِهُ يتكلم فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ Akan datang kepada manusia tahun2 yang penuh dengan tipu daya. Ketika itu dibenarkan orang yang berdusta dan didustakan orang yang benar, dianggap amanah orang yang khianat, dan dianggap khianat orang yang amanah, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Jawab Nabi SAW : Orang yang lekeh tetapi berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” [Hadith riwayat Ahmad,Ibn Majah dan Hakim]

Di dalam hadith yg lain menyebut : من أشراط الساعة أن يقل العلم ويظهر الجهل ويظهر الزنا وتكثر النساء ، ويقل الرجال Di antara tanda2 kiamat ialah sedikitnya ilmu, dan bercambahnya kejahilan dan tersebarnya zina serta ramai perempuan dan kurangnya lelaki. [riwayat al-Bukhari]

Fiqh al-Hadith :

1. Apabila muncul zaman fitnah, orang yg terkenal dan menguasai ruang bicara atau mengawal massa dan bercakap ialah orang ruwaibidhah. Kerana itu punca berlakunya fitnah.
2. Amanah, kepimpinan dan jawatan diberikan kepada bukan ahlinya.
3. Ilmu (al-Quran dan sunnah) berkurangan, bid'ah dan kejahilan tersebar


5 Panduan Orang Awam untuk menilai 'Pendakwah'

1. Mengambil ilmu dari orang yang dipercayai peribadinya. Maksudnya bukan seorang yang dikenali sebagai pendusta, kaki temberang, kaki kelentong dll. Kata Ibn Sirrin dan Malik bin Anas, هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم Ilmu ini ialah agama, maka lihatlah dari mana kamu mengambil agama kamu.

2. Menyemak sumber ilmu yang disampaikan. Jika penceramah bercerita tentang sesuatu kisah maka semak apakah kisah itu dari al-Quran, dari as-sunnah, dari riwayat sahabat, dari cerita tuk-tuk guru dan wali-wali atau orang soleh.

Jika dr al-Quran wajib terima, dari hadith maka kena semak apakah ianya sahih, jika sahih wajib terima, jika dari riwayat sahabat maka ada ianya menjadi teladan dan ikutan, dari tuk2 guru, org soleh dan wali-wali maka kena pertimbangkan apakah cerita itu selari dgn syarak dan ianya tdk menjadi hujah agama.

3. Setiap ilmu itu ada pintu/tokohnya maka lihatlah apakah ilmu itu diambil dari tokoh/pintu yg sepatutnya. Maksudnya kalau 'pendakwah' itu bercakap isu 'dialog dgn Kristian dan bukan Islam' maka lihatlah apakah dia pernah mengambil manfaat dari Syeikh Ahmad Deedat, Dr. Zakir Naik dll yg merupakan tokoh dlm bidang itu. Kalau dia menyelisihi mereka makanya dia mesti bermasalah atau wajar diragui.

Kalau dia bercakap soal hadith, fiqh, tetapi tdk merujuk dr tokoh2 yg sepatutnya maka dia wajar ditinggalkan. Kata Ibn Aun, لا تأخدوا العلم إلا من شهد له بالطلب Janganlah mengambil ilmu kecuali dr org yg kamu menyaksikan dia belajar.

4. Melihat apakah pendakwah itu mempunyai penyakit zahir dan batin seperti pemarah, bipolar disorder, gila isim, mulut cabul, perasan bagus, perasan dirinya penting dan mustahak sehingga sanggup kata kalau dia tak online untuk update status maka ramailah org yg sesat. Kalau ada org yg begitu tinggalkanlah kerana jangan mengambil ilmu dr bekas yg buruk !

5. Memohon kepada Allah SWT untuk mendapat hidayah dan pertunjuk kerana sesungguhnya tidak ada sesiapa yg boleh memberi pertunjuk kecuali Allah. Hanya Dia yg dapat memberi kita penilaian yg benar. Nabi SAW bersabda, barangsiapa yg Allah kehendaki kebaikan padanya maka akan difaqihkan dlm agama. [riwayat Al-Bukhari]

Benteng diri terhadap godaan wanita cantik


Apa yang harus dibuat apabila terlihat perempuan yang cantik dan menggoda setelah berusaha menundukkan pandangan ? AlMaklum sekarang ini perempuan cantik ada di mana-mana sahaja, di universiti, di tempat kerja, di pasaraya dan di jalanan.

Aljawab, Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda, ما تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ Tidaklah aku tinggalkan fitnah yg lebih memudharatkan bagi lelaki melainkan wanita. [riwayat Al-Bukhari]

Maka apabila terpandang godaan wanita cantik, disarankan melakukan 5 perkara :

1. Membaca ta'awuz/ istiazah (memohon perlindungan Allah dari syaitan) krn dlm hadith menyebut bahawa syaitan itu menghiasi wanita apabila mereka keluar dr rumah supaya kelihatan menarik bg lelaki. Contoh bacaan : A'uzubillahi minasy syaitaanir rajiim" (ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ الشيطان ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ)

2. Berpaling dr memandang mereka dan membaca doa berikut : اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ Ya Allah, cukupkanlah aku dengan apa yg halal daripada apa yg haram dan kayakanlah aku dengan fadhilat darimu tanpa perlu kepada selainmu. [doa ini terdapat dlm hadith riwayat Tirmidzi]

3. Mengingati Allah dan ganjaran di hari akhirat bagi mereka yg menjaga diri dari perkara yg haram dan mengingatkan diri bawah wanita yg mendedahkan aurat, kecantikan mereka itu ialah wanita yg bodoh dan merupakan alat2 syaitan untuk menyesatkan manusia.

4. Memandang dan mencari isteri yang halal untuk dipenuhi keperluan syahwat dan berpindah dari tempat yg dipenuhi oleh maksiat atau godaan wanita. Disebut di dlm hadith, أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى امْرَأَةً ، فَأَتَى امْرَأَتَهُ زَيْنَبَ ، وَهِيَ تَمْعَسُ مَنِيئَةً لَهَا ، فَقَضَى حَاجَتَهُ ، ثُمَّ خَرَجَ إِلَى أَصْحَابِهِ ، فقَالَ : " إِنَّ الْمَرْأَةَ تُقْبِلُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ ، وَتُدْبِرُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ ، فَإِذَا أَبْصَرَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ ، فَإِنَّ ذَلِكَ يَرُدُّ مَا فِي نَفْسِهِ Sesungguhnya rasulullah SAW, terpandang seorg perempuan lalu baginda pun mendatangi isteri baginda Zainab RA yg ketika itu sedang menyamak kulit binatang dan baginda pun memenuhi hajatnya (keperluan seksual) setelah itu baginda pun keluar kepada para sahabatnya dan bersabda, Wanita itu menghadap manusia dgn rupa bentuk syaitan (maksudnya dihiasi syaitan supaya menggoda) maka apabila kamu melihat wanita (tergoda) maka segeralah mendatangi isteri kamu krn hal itu akan menghilangkan apa yg ada di dlm hati (godaan). [riwayat Muslim, Ahmad dll]

5. Membaca Al-Quran, khususnya ayat2 yg menyebut tentang janji-janji syurga dan azab neraka.

WA

Masalah berkaitan perayaan bukan Islam seperti Krismas (Hari Natal) dan lain-lain.


Kedudukan seorang muslim dan bukan Muslim tidak sama disisi Islam. Walaubagaimanapun Islam mengizinkan kaum bukan Islam untuk merayakan hari kemuliaan mereka dan mengamalkan ajaran agama mereka berdasarkan 3 syarat :

a) Tidak memudharatkan umat Islam atau menganggu masyarakat awam.
b) Tidak dilakukan majlis di tempat2 umum atau ditengah kotaraya Islam sehingga kelihatan seperti menyebarkan syiar mereka.
c) Perayaan tersebut tidak dihadiri oleh orang Islam dan tiada perkara-perkara seperti menyebarkan ajaran mereka atau promosi tentang agama mereka berlaku.

Hal di atas berlaku sekiranya umat Islam adalah pihak yang memerintah dan kaum yang kafir adalah dibawah kuasa Islam.

Manakala jika umat Islam berada dibawah jajahan orang-orang yang kafir maka kaedahnya adalah seperti berikut :

1. Disunnahkan untuk menghindari perayaan keagamaan tersebut dan mengelak dari menyertainya sedaya-upaya.
2. Jika terpaksa menghadiri atas faktor keselamatan umat Islam dan bagi mengelak permusuhan ke atas komuniti Islam maka hukumnya harus diwakilkan kepada satu orang atau sebahagian anggota masyarakat Islam untuk mengucapkan tahniah atau menghadiri sambutan perayaan tersebut semata-mata demi menjaga hak-hak dan kepentingan umat Islam dari ditindas oleh orang-orang kafir.

----

Hukum mengucapkan ucapan selamat menyambut hari natal, Merry Christmas, Deepavali dll ?

Al-jawab, hukumnya adalah ditegah tanpa ada keperluan kerana Allah SWT berfirman, فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. [Al-Hijr:94]

Namun apabila kita diberi ucapan tersebut atau diucapkan selamat atau sesuatu yang baik maka disunnahkan menunjukkan akhlak yang baik dengan menjawab ' dan kepada kamu juga' seperti mana hadith Aisyah RA, عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، أَنَّ الْيَهُودَ دَخَلُوا عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالُوا : السَّامُ عَلَيْكَ فَلَعَنْتُهُمْ ، فَقَالَ : " مَا لَكِ " ، قُلْتُ : أَوَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا ، قَالَ : " فَلَمْ تَسْمَعِي مَا قُلْتُ وَعَلَيْكُمْ Daripada Aisyah RA, bahawa ada sekumpulan yahudi masuk menemui Nabi SAW, lalu mereka berkata As-sam' (kematian) ke atas kamu lalu Aisyah pun melaknat mereka. Maka Nabi SAW menegur Aisyah. 'Apa kamu ni?' Lalu kata Aisyah menjawab Tidakkah engkau mendengar apa kata mereka ? Jawab baginda. Tidakkah engkau mendengar aku menjawab 'Dan ke atas kalian.' [riwayat al-Bukhari]

Kita tidak memulakan ucapan selamat dsbnya kpd orang kafir, tetapi apabila menerima ucapan mereka maka kita disunnahkan menjawab kembali dengan berkata : 'وَعَلَيْكُمْ ' dan ke atas kamu juga.

 WA

Prinsip dakwah dari hadith Rasulullah

Di dalam hadith Ibn Abbas RA, bahawa Abu Sufyan RA telah memberitahu kepadanya tentang kisahnya bertemu Heraclius (disebut هرقل hiraqla) Raja Rom sebelum Islam. Hadith tersebut panjang tetapi mengandungi banyak pelajaran dakwah antaranya :

1. Memiliki keturunan yang baik. Raja Rom, Hiraqla bertanya, كيف نسبه فيكم Bagaimana nasabnya (keturunan Nabi Muhammad) disisi kamu? Abu Sufyan menjawab : هو فينا ذو نسب Dia disisi kami mempunyai nasab yang baik.

Seorang pendakwah harus menjaga keturunannya, memiliki isteri yang solehah dan dari keturunan yang baik dan beragama bukan penzina atau mereka yang terkenal dengan rasuah, penjahat atau orang yang zalim.

2. Membela orang-orang yang lemah dan mengutamakan golongan yang tertindas. Seterusnya Hiraqla bertanya, فأشراف الناس يتبعونه أم ضعفاؤهم Apakah yang mengikutinya terdiri dari manusia yang bangsawan atau golongan yang lemah? Maka dijawab oleh Abu Sufyan, بل ضعفاؤهم Bahkan yang paling lemah dikalangan mereka.

Dakwah yg terhad kepada golongan elit, bukan dakwah Nabi SAW, dakwah yang tidak memberi fokus atau ruang pembelaan kepada golongan lemah ialah dakwah yg menyalahi sunnah.

3. Dakwah itu berkembang dan bergerak. Soalan Hiraqla, أيزيدون أم ينقصون؟ Apakah bilangan mereka bertambah atau berkurang? Maka dijawab Abu Sufyan : بل يزيدون Bahkan bertambah.

Ini bukti bahawa dakwah ini disokong oleh golongan dhaif dan lemah lalu berkembang dan bertambah ramai. Kerana ajarannya membela mereka. Dakwah yang berkurang sokongannya, atas alasan kononnya ahli-ahli yang keluar adalah 'tapisan' Allah ialah bercanggah dengan sunnah.

4. Peribadi pendakwah bersih dari tohmahan sebelum memulakan dakwah. Ini berdasarkan soalan raja rom, فهل كنتم تتهمونه بالكذب قبل أن يقول ما قال؟ Apakah kamu pernah menuduhnya sebagai pembohong sebelum dia mengatakan apa yang dikatakan olehnya sekarang? Abu Sufyan menjawab : لا Tidak. Kemudian ditanya lagi, فهل يغدر؟ Apakah dia pernah berkhianat? Lalu dijawab Abu Sufyan : لا، ونحن منه في مدة لا ندري ما هو فاعل فيها Tidak, selama kami bersama dengannya tidak pernah kami tahu akan hal itu dilakukannya.

Sebelum memulakan dakwah, seorang muslim harus membersihkan dirinya dari segala tohmahan buruk, memperbaiki akhlak dan jiwanya agar Islam tidak tertohmah oleh kerana keburukan peribadinya.

5. Teguh dalam prinsip dan mempertahankan kebenaran walaupun terpaksa diperangi. Soal Hiraqla, فكيف كان قتالكم إياه Bagaimana keadaan kamu memeranginya ? Jawab Abu Sufyan : الحرب بيننا وبينه سجال ينال منا وننال منه Peperangan antara kami dan dia silih berganti, ada kalanya dia yang menang dan ada kalanya kami yang menang.

Maknanya, dakwah yang benar sama sekali tidak pernah berhenti dari diperangi dan memerangi musuh. Hanya yang bertukar adalah menang dan kalah. Ini menunjukkan prinsip perjuangan dakwah Islam yang tidak berganjak demi mencari kemenangan semata-mata.

Matlamat dakwah bukan kemenangan tetapi mempertahankan kebenaran dan keadilan !

6. Ajaran dakwah mesti jelas dan difahami oleh masyarakat. Ini dibuktikan oleh pertanyaan Raja Rom : ماذا يأمركم؟ Apa yang dia perintahkan kepada kamu ? Dijawab oleh Abu Sufyan : يقول: اعبدوا الله وحده ولا تشركوا به شيئا واتركوا ما يقول آباؤكم ويأمرنا بالصلاة والصدق والعفاف والصلة Dia berkata, sembahlah Allah semata-mata jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, dan menyuruh meninggalkan apa yang dikatakan oleh bapa-bapa kamu, menyuruh kam mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menjaga kehormatan diri serta menjalin silaturrahim.

Alangkah hebatnya dakwah Nabi SAW, musuh walaupun memerangi baginda namun tetap faham dan jelas dengan apa yang cuba disampaikan oleh baginda.

7. Dakwah yang memberi insiprasi, motivasi dan harapan kepada orang lain. Bak kata Abu Sufyan RA, فما زلت موقنا أنه سيظهر حتى أدخل الله علي الإسلام Sejak dari hal itu aku pun menyakini bahawa dia (Muhammad) akan menang sehinggalah Allah kemudiannya memasukkan aku ke dalam Islam.

[riwayat Al-Bukhari di dalam Jami As-sahih]


Friday, December 14, 2012

Harus menikah tanpa izin ibubapa apabila takut terjebak dengan dosa zina




1. Di dalam Islam, zina merupakan dosa yang sangat besar dan termasuk di dalam amalan yang dimurkai oleh Allah SWT serta dicela di dunia dan di hari akhirat. Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” [Al-Isra : 32]

Al-Imam Ibn Qayyim meriwayatkan bahawa Al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah pernah berkata: "Aku tidak mengetahui tentang sebuah dosa yang lebih besar daripada membunuh selain daripada dosa zina.  Bahaya zina bukan sahaja kepada orang yang melakukannya bahkan turut membawa musibah kepada seluruh masyarakat dan keturunan. 

Ini kerana perbuatan zina telah mencemarkan benih dan keturunan mereka yang melakukannya serta membawa pelbagai kesan buruk seperti penyakit berjangkit dan lain-lain musibah.

Oleh yang demikian mencegah zina dan menolaknya ialah wajib di dalam Islam dan sekiranya perkahwinan diperlukan untuk mengelak daripada terjebaknya zina maka ianya menjadi wajib dan fardhu ke atas mereka yang berkenaan. 

Ini berdasarkan kepada kaedah fiqh yang menyebut :


ما لايتم الواجب إلا به فهو واجب
 Apa-apa yang diperlukan untuk menyempurnakan perkara wajib maka ianya juga turut menjadi wajib. [Lihat dalam kitab Usul fiqh]

2. Mentaati ibubapa ialah wajib dan bagi seorang perempuan yang masih bujang maka bapa atau datuk sebelah bapanya ialah wali mujbir yang diperlukan sebagai wali di dalam pernikahan kerana baginda sallahualaihiwassalam pernah bersabda:
  
لا نكاح إلا بولي
 Maksudnya : Tidak ada nikah tanpa wali. [riwayat Abu Daud dan Tirmidzi] 


Namun sekiranya pihak ibubapa tidak berusaha menikahkan anak-anak mereka setelah diminta oleh anak-anak tanpa ibubapa mempunyai alasan yang sah disisi syarak maka tiadalah ketaatan kepada mereka dalam hal pernikahan ini disebabkan mentaati perintah Allah iaitu supaya jangan berzina ialah lebih utama dan lebih patut dipatuhi daripada mematuhi perintah ibubapa yang melarangnya.

Ini berdasarkan kaedah dalam Islam yang menyebut :

لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق

Maksudnya : Tidak ada ketaatan pada makhluk dalam hal yang bermaksiat kepada Pencipta. [Kaedah ini berasal daripada hadith yg sahih dan dikeluarkan dari banyak jalan antaranya oleh Imam As-Suyuthi dalam Jami As-Soghir]

Adalah salah mentaati perintah ibubapa yang tidak mengizinkan anak-anak mereka bernikah tanpa alasan yang sah disisi syarak dalam keadaan anak-anaknya sudah terdesak untuk bernikah dan tidak mampu mengawal nafsu syahwat dan khuatir akan terjebak dalam dosa zina.

3.  Walaubagaimanapun pernikahan tidak boleh dilakukan secara sembunyi diluar pengetahuan ibubapa sebelum berdepan dan memberitahu atau memaklumkan kepada mereka.

Nikah hanya boleh dilakukan setelah berusaha mendapatkan keizinan mereka. Jika mereka tidak mengizinkan atau menentang tanpa alasan yang munasabah barulah anak-anak itu boleh meneruskan  pernikahan tanpa izin mereka.

Ada sesetengah anak-anak yang bernikah tanpa pernah memaklumkan langsung hasrat mereka kepada ibubapa adalah berdosa dan bertentangan dengan hukum Islam. Nikah hanya boleh dilangsungkan setelah ibubapa dimaklumkan sekalipun mereka membangkang namun ianya mesti berlaku dalam pengetahuan mereka. Supaya jika mereka dilembutkan hati atau menerima kebenaran maka mereka akan tampil membantu menyempurnakan pernikahan atau berusaha mencari jalan alternatif bagi membantu anak-anak mereka dari terjebak ke lembah penzinaan. 

Atau jika mereka tidak meredhainya sekalipun pernikahan itu telah memenuhi kehendak syarak supaya mendapatkan persetujuan wali dan jika wali itu enggan maka pernikahan itu berhak diwalikan oleh orang lain.

Ini berdasarkan hadis Nabi salallahualaihiwassalam yang bersabda : “Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali”. (Hadis riwayat Ahmad,Tirmizi dan Abu Daud)

Oleh yang demikian maka anak-anak yang telah berada dalam keadaan yang gawat oleh desakan nafsu wajib meminta izin daripada ibubapa terlebih dahulu untuk menikah sebelum meneruskan usaha akad nikah dengan cara wali hakim atau bernikah diluar kawasan  seperti di Thailand atau sebagainya.

WA


Saturday, December 08, 2012

10 cara mudah untuk menikmati hidup - 'How to Enjoy Life'

Ramai orang yang hidup tetapi tidak menikmatinya kerana gagal menyedari nikmat dan rezeki kehidupan. Syukur ialah permulaan kepada sebuah kebahagiaan. Berikut ialah 10 cara mudah untuk menikmati hidup :

1. Bangun pagi dengan rasa syukur kepada Allah kerana masih berpeluang hidup.

2. Menghargai nikmat air ketika mandi (Fakta : 780 juta manusia di dunia ini tidak dapat menikmati kemudahan air bersih dan 660 juta tidak dapat mandi setiap hari - Sumber UNICEF)

3. Menikmati makanan bukan sekadar memakannya. Ramai orang makan tanpa 'mempedulikan' isi makanannya. Makanlah dengan perlahan, nikmati rasa garamnya, manisnya dan bersyukur kepada Allah SWT. Kata Anas bin Malik RA, 'كَانَ يُعْجِبُهُ الثُّفْلُ' Bahawa rasulullah SAW amat suka makan saki-baki sisa-sia makanan. [riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Hakim]

4. Memakai pakaian-pakaian yang baik dan cantik. Seorang lelaki bertanya Nabi SAW, apa hukumnya seorang lelaki yang suka memakai pakaian dan kasut yang cantik ? Maka baginda menjawab, "Allah itu cantik dan menyukai kecantikan". [riwayat Muslim]

5. Menghirup udara segar sambil menikmati kewangian bunga, kehijauan pokok, dan kesejukan angin. Firman Allah SWT : 'Apakah kamu tiada melihat, bahawasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? ' [Al-Hajj:63]

6. Keluar bekerja mencari rezeki dengan berniaga, mengambil upah atau menguasakan tanah, menternak binatang atau memburu dll. Firman Allah SWT 'dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.' [An-Naba:11] Nabi SAW menyebutkan bahawa para rasul pun bekerja dan pernah menjadi pengembala kambing. Ada hadith lain menyebut, Nabi Zakaria ialah seorang tukang kayu. [riwayat Muslim]

7. Berkongsi nikmat rezeki dan hasil usaha dengan orang lain. Para sahabat RA pernah mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa mereka makan tetapi tak pernah kenyang maka baginda pun berkata mungkin kamu makan sendiri-sendiri? Lalu mereka pun membenarkan. Maka Nabi SAW bersabda : Makanlah berjamaah dan sebutlah nama Allah maka nescaya makanan itu akan menjadi berkat. [riwayat Abu Daud]

8. Bernikah dengan pasangan yang soleh/solehah jika bujang dan menjalinkan hubungan mesra dengan ahli keluarga serta anak-anak. Dalam hadith menyebut kelebihan menjalinkan silaturrahim seperti keberkatan rezeki dan dipanjangkan umur.

9. Mencari ilmu dan meluaskan pengetahuan dengan membaca dan menghadiri majlis-majlis pengajian. Ilmu mencerahkan akal dan melapangkan jiwa yang sempit dan membuka pintu kegelapan serta menerangi kehidupan. Kata Sahl bin Abdullah, Tulislah ilmu kerana jika engkau mampu bertemu dgn Allah sambil membawa buku dan pena maka lakukanlah.

10. Bersahabat dengan orang-orang yang soleh. Persahabatan merungkaikan gelisah dan menghilangkan kebosanan. Nabi SAW berpesan, Janganlah bersahabat kecuali dengan orang yang beriman dan jangan pula memakan hidanganmu melainkan orang yang bertakwa.” [Riwayat Abu Daud dan At Tirmizi]

Akhirnya pesan Syeikh Abd Rahman al-Sa'di, Seorang muslim itu patut bersegera melakukan kebaikan serta ibadah dan mengabaikan kesusahan serta menikmati keperitan hidup kerana apa yang terdapat disisi Allah itu lebih bernilai dan disediakan oleh Allah untuk mereka yang masuk ke syurgaNya. [Al-Qawl al-Sadeed ala Maqaasid Kitab Al-Tauhid]

Thursday, November 29, 2012

Jihad menjadi fardhu Ain apabila wilayah Islam diserang

Petikan Twitter Ustaz Emran, 23/November/2012 : Tak patut kita suruh orang Palestin lari dari negara mereka. Kita bukan di era Makkiyah lagi yang orang Islam sedikit bilangannya sebaliknya umat Islam sekarang sudah berjumlah 1.6 billion !



Berkata Imam Ibn Abideen ra,

'فرض عين إذا هجم العدو على ثغر من ثغور الإسلام، فيصير فرض عين على من قرب منه
 ' Fardhu Ain apabila musuh menyerang sempadan dari perbatasan Islam maka hukumnya ialah fardhu Ain ke atas mereka yang berdekatan dengannya. Para ulama bersepakat bahawa jatuh hukum fardhu ain kepada ahli negeri yang berdekatan dengan kawasan yang diserang oleh musuh Islam jika mereka yang diserang itu tadi tidak mampu menghadapi musuh bersendirian.

'على أهل البلد القريب، ثم على من يليهم، ثم على من يليهم...'
Maka bagi ahli negeri yang berdekatan dan kemudian bagi mereka yang berdekatan sehinggalah berterusan selepas itu


Berkata oleh Imam AlRomli dlm Nihayah al-Muhtaj :

'إن دخلوا بلدة لنا، وصار بينهم وبيننا دون مسافة القصر، فيلزم أهلها الدفع، حتى من لا جهاد عليه، من فقير وولد وعبد ومدين وامرأة
'Jika musuh memasuki negeri kita lalu antara mereka dan kita itu jarak yang kurang dari jarak yang membolehkan qasar solat maka wajib bagi ahlinya untuk mempertahankan diri dan berjihad ketika itu menjadi wajib ke atas mereka walaupun ke atas golongan yang pada asalnya tidak wajib untuk berjihad seperti kanak-kanak, hamba, orang yang berhutang dan kaum perempuan.

Imam Ibn Taimiyyah ra membuat kesimpulan dalam fatwanya :

'إذا دخل العدو بلاد الإسلام فلا ريب أنه يجب دفعه على الأقرب فالأقرب'

Apabila musuh memasuki wilayah Islam maka tidak syak lagi kewajipan ke atas mereka untuk mempertahankannya adalah jatuh ke atas orang yang dekat dan kemudian yang berdekatan..[Majmuk Al-fatawa]

Rumusannya, penduduk Palestin telah menunaikan kewajipan mereka dengan berjihad melawan Israel tetapi penduduk/negara sekitarnya yang tidak menunaikan kewajipan mereka untuk mempertahankan Palestin dan berjihad melawan musuh sedangkan jihad sekarang ini sudah menjadi fardhu ain kepada mereka. Maka tidaklah wajar kita menyuruh penduduk Palestin berhijrah sebaliknya kitalah yang harus mendesak dan menyuruh Negara-negara di sekitar Palestin untuk turun berjihad menunaikan kewajipan fardhu ain mereka !

Tidak beramal dengan hadith yang sahih ialah haram

Kata Imam Abu Bakr Muhammad bin Ahmad As-Sarkhasi ra :

ترك العمل بالحديث الصحيح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم حرام ، كما أن العمل بخلافه حرام

Meninggalkan beramal dengan hadith yang sahih daripada Rasululullah salallahualaihiwassalam adalah haram seperti mana beramal dengan amalan yang menyalahinya juga ialah haram. [Kitab Usul al-Sarkhasi]

Panduan beramal dengan hadith yang sahih pula ialah dengan merujuk kepada para ulama hadith' dan fuqaha yg lebih memahami maksudnya daripada orang awam yang jahil. Ini bertepatan dengan kata-kata ulama salaf yg bernama Sufyan bin Uyainah rahimahullah 'الحديث مضلة إلا للفقهاء' Hadith itu menyesatkan kecuali untuk para fuqaha, maksudnya kalau berhujah dengan hadith tanpa ilmu nescaya membahayakan.

Berkata Imam Abdullah bin Wahab bin Muslim (wafat 197 H) :
 كل صاحب حديث ليس له إمام في الفقه فهو ضال و لولا أن الله أنقذني بمالك والليث لضللت 
Setiap ahli hadith yg tidak mempunyai Imam di dalam fiqh maka nescaya dia akan sesat, kalaulah tidak kerana Allah menyelamatkan aku dengan Malik dan Al-Laits nescaya aku pun sesat.

Al-Haafiz Adz-Zahabi ra, meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun Ar-Rasyid hendak menghukum bunuh seorang zindiq lalu si zindiq itu pun berkata kamu boleh hukum aku tetapi apa yg dapat kamu buat terhadap seribu hadith palsu yang telah aku reka? Maka jawab Harun Ar-rasyid, 'Apa yang boleh engkau lakukan wahai musuh Allah (terhadap hadith-hadith nabi Salallahualaihiwassalam) apabila ada Abu Ishaq al-Fazaari dan Abdullah bin Mubarak yang akan memeriksa dan mentakhrijkan setiap hadith-hadith tersebut huruf demi huruf? [Tazkirah al-huffaz] 

Kata Imam Sufyan as-Sauri ra, ' الملائكة حراس السماء وأصحاب الحديث حراس الأرض' Malaikat ialah penjaga kepada langit manakala ahli hadith ialah penjaga kepada bumi. [Syaraf Ashab al-Hadith]


Allah SWT menjadikan mereka sebagai pembela agama daripada kesesatan dan penyelewengan !

Saturday, November 24, 2012

Mahar dan belanja kahwin isteri Rasulullah SAW

Kata Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid, berdasarkan hadith riwayat Muslim dan tarikh kiraan matawang zaman nabi SAW maka mahar isteri rasulullah SAW ialah sebanyak USD 400 (kira2 dalam ringgit Malaysia ialah RM 1,224.80)

Hal ini berdasarkan hadith riwayat Muslim spt berikut :

عن أبي سلمة بن عبد الرحمن أنه قال : سألت عائشة زوج النبي صلى الل

ه عليه وسلم كما كان صداق رسول الله صلى الله عليه وسلم . قالت : كان صداق لأزواجه ثنتي عشرة أوقية ونشّاً . قال أتدري ما النَّشُّ . قال قلت لا قالت : نصف أوقية : فتلك خمس مائة درهم فهذا صداق رسول الله صلى الله عليه وسلم لأزواجه

Perlu diingat, maksud mahar ini ialah belanja yg wajib dikeluarkan oleh pihak lelaki kepada si isteri.

Maknanya kos pernikahan isteri rasulullah SAW cuma kira2 USD 400 sahaja. Sebaik2 muslimah ialah yang murah belanja nikahnya !

Perlu diingat bahawa kos sara hidup pada hari ini sepatutnya tidak ada kaitan dengan mahar atau belanja perkahwinan. Kalau kita bercakap soal gaji memanglah ianya berkait dengan kos sara hidup.

Tetapi sebenarnya mahar tak ada kaitan dengan kos sara hidup kerana mahar ialah pemberian lelaki untuk mengembirakan calon isteri dan sebagai penghargaan/hadiah wajib yang ditetapkan oleh syarak. Adapun perbelanjaan kenduri dan persiapan sebagainya tidak perlu dibuat serta merta semasa akad.

Boleh sahaja ditangguhkan kenduri selepas nikah apabila ada kemampuan dari sudut kewangan.

Kerana itu bagi sahabat yang miskin mahar dan belanja nikahnya cuma ayat Al-Quran. WA

-----------------

Info tambahan berkenaan cara kira nilai mahar baginda SAW dengan kadar semasa:
 العلامة ابن خلدون :

فاعلم أن الإجماع منعقد منذ صدر الإسلام وعهد الصحابة والتابعين : أن الدرهم الشرعي هو الذي تزن العشرة منه سبعة مثاقيل من الذهب ، والأوقيَّة منه : أربعين درهماً ، وهو على هذا سبعة أعشار الدينار .. .. وهذه المقادير كلها ثابتة بالإجماع .

" مقدمة ابن خلدون " ( ص 263 )

وعلى هذا :

فوزن الدرهم بالجرامات = 2.975 جراماً .

فيكون مهر أزواج الرسول صلى الله عليه وسلم = 500×2.975 = 1487.5 جراماً من الفضة .

وحيث إن سعر جرام الفضة الخالص بدون مصنعية حاليا حوالي 1 ريال فيكون المهر

بالريال = 1487.5ريالاً تقريباً .

وبالدولار = 396.7 تقريباً .

Jika bermimpi sesuatu yang buruk

Nabi SAW bersabda : 'فإذا حَلَمَ أحدكم حُلُماً يخافه فليبصق عن يساره ، وليتعوذ بالله من شرها فإنها لا تضره '

Jika salah seorang daripada kamu bermimpi sesuatu yg menyebabkan dia menjadi takut maka hendaklah dia meludah ke kirinya sambil meminta perlindungan Allah daripada keburukannya maka nescaya hal itu tidak akan memudharatkannya lagi. [riwayat al-bukhari] 

Kaedahnya secara terperinci dijelaskan dlm hadith lain

'فليبصق عن يساره ثلاثا ، وليستعذ بالله من الشيطان ثلاثاً ، وليتحول عن جنبه الذي كان عليه'

Hendaklah dia meludah 3 kali ke kirinya, memohon perlindungan Allah daripada syaitan sebanyak 3 kali, dan beralih dari tempat tidur yg sebelumnya. [riwayat Muslim]

Kemudian jika mimpi itu sungguh memberi kesan maka pesan baginda
'فليقم فليصل ولا يحدث بها الناس'
Hendaklah dia bangun dan menunaikan solat serta tidak memberitahu sesiapa tentang mimpi buruknya itu. [riwayat Muslim]

Semoga Allah memelihara kita !

Tabarruj bukan sekadar menutup aurat

Para ulama' bahasa arab dan juga fuqaha menyebutkan bahawa Tabarruj bermaksud menzahirkan perhiasan dan kecantikan bagi wanita kepada lelaki bukan mahram.

Firman Allah SWT 'وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْاُولَى' Dan janganlah kamu berhias dengan cara berhias orang jahiliyyah yang terdahulu [Al-Ahzab:33]

Kata mufassir, ulama hadith dan sebagainya bahawa tabarruj ialah berhias-hias mencantikan diri.


Hal ini turut disebut dengan jelas oleh Imam al-Bukhari di dalam sahihnya, ' التبرج أن تخرج المرأة محاسنها' Tabarruj ialah perbuatan menzahirkan kecantikan yg dimiliki oleh seorang perempuan.


التبرج في اللغة: هو إبداء المرأة زينتها وإظهار وجهها ومحاسن جسدها للرجال تستدعي به شهوتهم، وقيل: تبرجت المرأة، أي تشبهت به في إظهار المحاسن وقيل التبرج: التكشف والظهور للعيون ومنه بروج مشيده وبروج السماء والأسوار أي لا حائل دونها يسترها.

وفي الشرع: هو كل زينة أو تجمل تقصد المرأة بإظهاره أن تحلو في أعين الأجانب حتى القناع الذي تستتر به المرأة إن انتخب من الألوان البراقة، والشكل الجذاب لكي تلذ به أعين الناظرين فهو من مظاهر تبرج الجاهلية الأولى.


Bagi mereka yg mempelajari hadith dan fiqh serta tafsir dengan baik, akan mengerti bahawa tabarruj bermaksud menzahirkan perhiasan (Lihat ayat An-Nur 60) dan ianya berbeza dengan menutup aurat, menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan (gelang kaki) yang dipakainya, hukum menundukkan pandangan, tidak melunakkan suara, berkhalwat, memakai minyak wangi dan seumpamannya yang berkaitan tetapi berbeza.

Maksudnya seseorang wanita itu boleh menutup aurat sempurna tetapi berdosa kerana memakai minyak wangi, dan beliau boleh menutup aurat sempurna, tidak memakai minyak wangi tetapi melakukan kesalahan melunakkan suara, begitu juga ada wanita yang menutup aurat dengan baik tetapi bertabarruj (menampilkan kecantikan) dan ianya juga merupakan kesalahan seperti perbuatan2 yang disebutkan tadi. 

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah.” (Al-Ahzab: 33)

Dan sabda nabiNya
مَثَلُ الرَّافِلَةِ في الزِّينَةِ في غَيْرِ أهْلِهَا ، كَمَثَلِ ظُلْمَةٍ يَوْمَ القِيَامَةِ لاَ نُورَ لهَا
Perumpamaan wanita yang berhias diri di hadapan lelaki yang bukan suami (ahli keluarganya) maka dia seperti kegelapan pada hari kiamat tiada cahaya baginya [riwayat Tirmidzi]

Perempuan yang suka berhias memakai labuci, manik2, gincu, kasut tinggi dihadapan lelaki ajnabi sehingga berjalan terpaksa berjungkit punggung, adalah wanita munafiqah bak kata nabi SAW
'وَشَرُّ نِسَائِكُمُ المُتَبَرِّجَاتُ المُتَخَيِّلاَتُ وَهُنَّ المُنَافِقَاتُ ، لاَ يَدْخُلْنَ الجَنَّةَ إلاَّ مِثْلَ الغُرَابِ الأعْصَمِ
{Seburuk2 wanita kamu ialah perempuan bersolek lagi suka berbangga, mereka itu adalah perempuan munafiq, tidak akan masuk syurga kecuali seperti burung gagak berkaki merah (jaranglah dpt masuk syurga). [riwayat Baihaqi disahihkan oleh Syeikh Albani]

Inilah pendapat paling moderat, paling sederhana, rojih dan menepati fiqh al-kitab dan as-sunnah serta jauh dari hawa nafsu muslimah dan demi mencari populariti manusia !