Dakwah
kepada kaum muslimah yang paling asas bukanlah pakai tudung atau tutup
aurat tetapi betulkan aqidah dan cara fikir serta cara beragama terlebih
dahulu. Para pendakwah, geng niqabis, pemakai tudung labuh dan muslimah
ahli bulatan gembira yang sudah faham Islam dan mahu berdakwah kena
ajar itu dulu kepada muslimah yang lain agar mereka tahu
kenapa perlu bertudung dan menutup aurat, bagaimana caranya yang betul
dan bagaimana seharusnya kaum wanita itu hidup sebagai seorang muslimah,
bukan setakat "letak" kain atas kepala atau "tampal" secebis kain nipis
di muka.
Dalam Kitab Tauhid Sahih Al-Bukhari, Imam Al-Bukhari Rahimahullah menyebut :
باب ما جاء في دعاء النبي صلى الله عليه وسلم أمته إلى توحيد الله تبارك وتعالى
‘Bab pada menyatakan dakwah Nabi Salallahualaihiwassalam kepada umatnya ialah mengajak mereka kepada mentauhidkan Allah Tabaraka wata’ala.
Tidak diterima semua amalan soleh jika syirik, justeru jika pakai purdah dan tudung labuh sampai ke lutut pun tetapi syirik, buat bid'ah, khurafat dan sebagainya maka sia-sia bertudung dan usaha menutup badannya itu kepada dirinya.
Fiqh Auwlawiyyat dalam dakwah amat perlu, tekankan aspek aqidah dan tauhid sebelum berbicara soal feqah dan tudung. Kegagalan mengutamakan aspek aqidah inilah yang menyebabkan gadis bertudung boleh murtad, gadis bertudung tetapi masih boleh berzina dengan teman lelaki, bertudung tetapi menari dan menyanyi dikhalayak, bertudung tetapi terbelah baju dan pakai seluar nampak sana-sini.
Itu belum lagi yang bertudung, berniqab tetapi bermazhab syiah, jadi perempuan mut'ah kepada tok syeikh Syiah, atau jadi mangsa kepada tok guru tariqat dan sufi, terpedaya dengan amalan zikir pusing-pusing dan tertipu dengan pelbagai penyelewengan dalam agama.
Ilmu tiada,
Sedangkan ilmu ialah syarat untuk beramal seperti mana yang disebutkan oleh Imam al-Bukhari rahimahullah, ‘ العلم قبل القول والعمل’ iaitu ilmu sebelum perkataan dan amal. Kata Imam Ibn Hajar Rahimahullah, ilmu ialah syarat penerimaan amal kerana si jahil yang melakukan sesuatu amal tanpa ilmu makanya ianya tidaklah diterima.
Bahkan berilmu dan faham juga menjadi petanda seseorang itu berada dalam kebaikan sebagaimana sabda baginda salallahualaihiwassalam ;
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
'Barangsiapa yang Allah mengkehendaki kebaikan baginya maka akan difahamkan dia dalam urusan agama.' [riwayat al-bukhari]
Menutup aurat mampu melindungi wanita daripada fitnah lelaki, namun ianya belum cukup tanpa aqidah yang sahih yang mampu melindungi mereka daripada fitnah dan kesesatan di zaman ini !

No comments:
Post a Comment