Jangan taasub pada seseorang guru atau tokoh, kerana kebenaran tidak ada kaitan dengan kehebatan peribadi seseorang
Allah SWT telah berfirman dalam al-Quran dengan menyebut ;
نَرْفَعُ دَرَجَاتٍ مّن نّشَآءُ وَفَوْقَ كُلّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ
"Kami tinggikan darjat sesiapa yang Kami kehendaki; dan di atas
tiap-tiap orang yang alim itu akan ada lagi yang lebih mengetahui." [Yusuf :76]
Kata Imam Hasan al-Basri Rahimahullah,
ليس عالم إلا فوقه عالم ، حتى ينتهي إلى الله عز وجل
'Tidak ada seseorang yang alim melainkan di atasnya pasti akan ada
orang lain yang lebih alim daripadanya sehinggalah berhenti kepada Allah
Azza WaJalla.' [Tafsir Ibn Katsir]
Dalam hidup ini, kita
memerlukan kepada orang lain kerana biarlah betapa hebatnya ilmu kita
atau guru kita maka pasti akan ada yang lebih alim daripadanya.
Disebabkan itu taasub dan ghulu kepada seseorang adalah dilarang kerana
perbuatan itu akan menyekat kita daripada kebenaran.
Diriwayatkan Ali bin Abi Thalib RA berkata ;
إن الحق لا يعرف بالرجال، اعرف الحق تعرف أهله
'Sesungguhnya kebenaran itu tidak diketahui dengan berpandukan kepada
orang-orang tertentu tetapi kenalilah kebenaran maka engkau akan
mengenal siapakah orang yang benar.' [Al-Adab Al-Syar'iyah]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment