Bismillahirahmanirahim, pada kali ini biarlah pandangan seorang ustaz berbicara tentang ESQ sebuah training dan modul yang dinamakan The ESQ 165 Way.
Sebelum apa-apa yang buruk hendak diperkatakan tentang peribadi saya, biarlah saya menjelaskan bahawa apa yang termuat di dalam blog ini ialah pendapat peribadi saya.
Saya juga menyeru kepada mana-mana pihak yang tidak pernah mendalami manhaj salafus soleh, tidak pernah memahami kitab dan sunnah rasul melalui tafsiran salaf agar tidak perlu membuang masa membaca tulisan saya kerana tuan-tuan tidak akan memahami pun mengapa saya mengatakan saya tidak menyukai ESQ.
Sebelum apa-apa yang buruk hendak diperkatakan tentang peribadi saya, biarlah saya menjelaskan bahawa apa yang termuat di dalam blog ini ialah pendapat peribadi saya.
Saya juga menyeru kepada mana-mana pihak yang tidak pernah mendalami manhaj salafus soleh, tidak pernah memahami kitab dan sunnah rasul melalui tafsiran salaf agar tidak perlu membuang masa membaca tulisan saya kerana tuan-tuan tidak akan memahami pun mengapa saya mengatakan saya tidak menyukai ESQ.
(Gambar di atas ialah gambar isteri saya yang bepurdah dan berjubah hitam, jadi tentunya anda boleh memahami bahawa orang yang seperti saya ini pastinya tidak akan dapat menerima program yang di dalamnya ada wanita yang tidak menutup aurat dan bercampur dengan pelbagai perkara syubhat seperti muzik dan beberapa perkara lain)
Saudara dan saudari pembaca,
Saya telah menghadiri kursus ESQ Basic Training di bawah modul Eksekutif angkatan ke – 33 di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC- Kuala Lumpur pada 15- 17 Mei 2009 baru-baru ini.
Pakar modul yang mengajarkan kami tentang ESQ WAY 165 ketika itu ialah Pak Legisan Sugimin.
Secara umumnya saya berpendapat bahawa Training ESQ 165 yang telah dilalui oleh saya sewaktu itu bertentangan dengan Islam menurut kefahaman manhaj salafus soleh yang dipegang oleh saya.
Sabda rasulullah : "Barang siapa mengada-adakan satu perkara (dalam agama) yang sebelumnya belum pernah ada, maka ianya tertolak ". (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Saya berpendapat bahawa apa yang diajarkan oleh pihak ESQ Leadership Training mungkin benar dan tiada salahnya menurut kefahaman ilmu kalam dan pemikiran asya’irah yang pastinya akan menyetujui program ini. Golongan ilmu kalam sangat terkenal suka mengaitkan apa sahaja yang terlintas oleh akal dengan tuhan dan agama.
Selain itu, golongan sufi dan ahli tasauf juga tidak terkecuali daripada menjadi peminat setia kepada ajaran ESQ 165.
Saudara dan saudari pembaca,
Sepanjang perjalanan program selama 3 hari itu saya kerap kali terpaksa keluar daripada dewan PWTC disebabkan oleh kerana tidak bersetuju dengan program yang berlangsung, kerana sejuk dan asyik mahu ke tandas atau kerana sakit kepala akibat mata berpinar dengan lampu yang ditutup oleh pihak ESQ.
Pada asalnya saya berkeras tidak mahu pergi ke program ini namun terbaca komen Ustaz Zaharuddin di laman webnya telah melembutkan hati saya lalu menyebabkan saya menjejakkan kaki juga ke program ini.
Alhamdulillah, saya tertarik dan kagum dengan kepetahan dan kebijaksanaan orang-orang Indonesia di dalam kepandaian mereka menggunakan segala peluang dan kebolehan mereka ketika melakukan sesuatu.
Apapun ini bukanlah kali pertama saya melihat lelaki Indonesia pintar seperti Pak Ary Ginanjar atau Pak Legisan Sugimin kerana sejak di tanah arab lagi saya kerap berjumpa dengan pelajar-pelajar pintar Indonesia yang tak pernah jemu membuatkan saya kagum kepada mereka.
Walaubagaimanapun,
Setelah program berlangsung saya mula perlahan-lahan berfikir, agaknya Ustaz Zaharuddin tersilap ?
Biarlah saya ceritakan apa yang saya tidak suka tentang ESQ 165 ini.
Pertama :
Ajaran ESQ pada pendapat peribadi saya lebih menyerupai Kultus Gaya Baru
Melihat di skrin besar gambar Dr Ary Ginanjar Agustian sejak daripada mula sehingga akhir dan gaya para pelatih serta cara pembawaan ESQ Modul 165 telah menyedarkan saya akan hal ini.
Untuk apa disebut-sebut Dr Ary Ginanjar sebagai penemu dan pencipta modul ESQ 165 ? Sedang jika benar 1 itu merujuk kepada “Satu hati dan Ihsan” , 6 itu merujuk kepada “enam rukun Iman” dan 5 itu pula merujuk kepada “lima rukun Islam” ?
Bukankah ianya sudah ada di dalam Al-quran dan As-Sunnah ? bukankah ianya sudah pun puas di syarah dan jenuh sudah ditekuni oleh para salaf dan tiada yang tinggal daripada agama ini segala kebaikkannya melainkan yang sudah diterangkan kepada kita ?
1) Rukun Iman, Islam dan ehsan bukankah sudah dijelaskan oleh Nabi Muhammad jadi kenapa Pak Ary ialah penciptanya jika ESQ 165 itu ialah hal yang disebutkan tadi ?
2) Apakah syarahan baru atau ulasan baru terhadap Islam, Iman dan Ehsan itu ? Apakah wujud penambahan oleh Pak Ary ? jika tidak kenapa mesti dia diangkat-angkat sebagai seorang tokoh yang memperkenalkan modul ini ? Jika dia tidak membuat penambahan apa-apa kenapa kecoh ?
3) Bukankah kita membayar beliau kerana dia ibarat guru yang datang mengajar ? Pandai menghiburkan dan mempersembahkan ilmu dalam bentuk yang menarik ? Ya, dalam bentuk yang menarik dan mempesona. Dalam erti kata lain beliau hanyalah orang yang pandai mempromosikan dirinya, syarikat trainingnya dan pandai "memarketkan" (memasarkan) perkhidmatan beliau dengan cara-cara yang menarik. Justeru tiada apa-apa pun yang "hebatnya" tentang training ESQ ini bukan kecuali promosinya sahaja ?
4) Oh ada yang mengatakan ianya hebat sebab kesannya, lantas kita perlu lihat bahawa bukankah dakwah Al-Arqam juga berjaya memberi kesan dan menarik ramai orang ? Bukankah dakwah dan seruan tabligh juga berjaya menginsafkan ramai penagih dadah ? Bukankah ajaran ayah Pin dan tariqat-tariqat kesufian juga berjaya menarik pengikut yang terdiri daripada ramai tokoh ? Apa bezanya daripada ajaran ESQ ?
5) Pada saya semuanya kembali kepada sebab "Marketing" dan kemahiran Pak Ary dan rakan-rakannya di dalam memasarkan kursus mereka dengan cemerlang dan tidak lebih dari itu kerana bagi saya modulnya adalah biasa sahaja cuma cara mereka mengendalikannya dengan baik yang menyebabkan ianya berhasil lumayan.
Bahkan pada slide dan video kebenaran Al-quran (yang disebut mukjizat ilmu) kebenaran Al-Quran daripada bukti sainstifik itu sebenarnya bukanlah kajian Pak Ary tetapi sudah dibuat oleh ramai orang seperti Harun Yahya dan ramai lagi pakar-pakar kajian sains Islam.
Tiada apa yang baru yang saya temui daripada ESQ 165 selain gayanya yang mantap dan persembahan yang dibantu dengan peralatan canggih dan pekerja serta perancangan yang rapi dan teliti.
Apapun saya yakin orang-orang Melaysia yang terdiri daripada kelas professional seperti “orang-orang daripada gerakan dan badan NGO Islam seperti JIM, ABIM dan seumpamanya pasti berbondong-bondong memasuki latihan ESQ ini dan bertempik bersorak menyatakan kesukaan mereka.
Mereka ini mahu dilihat beragama, mahu merasa dirinya beragama dan mahu “dianggap beragama” tanpa mahu pula bersusah payah, tanpa mahu pula berkorban derita dan menjalani jerit payah.
Golongan ini akan suka ke program Pak Ary ini, mendapat sentuhan zikir dan fikir, melihat kebesaran tuhan dan menangis beramai-ramai di dalam sesi muhasabah dan berkongsi cerita duka insan lain lalu keluar daripada dewan dengan rasa puas, rasa beragama, rasa lega dan rasa kepuasan dan keindahan bahawa dirinya beragama, punyai kesedaran bahawa hidupnya sekarang sudah untuk tuhan.
Mereka lupa ibadah untuk tuhan itu perlu didasari oleh sunnah, dilaksanakan dengan kaedah tetapi para pejuang ESQ, ibadah itu cukup dengan suara hati dan niat yang suci..itu pendapat mereka.
Gaya ini mirip keletah Tok Guru Tariqat yang mendakwa menemu zikir-zikir khusus dan rahsia ilahi melalui tafakurnya, pengalaman hidupnya, pertapaannya lalu tampil mengajarkan orang cara-cara kreatif beribadah atau cara-cara merasai “kewujudan tuhan” melalui penghayatan kepada jalan-jalan rekaan diri beliau.
Saya tidak hairan Pak Ary punya ESQ ini dipersetujui oleh JAKIM dan Pihak Jabatan agama atau Mufti memandangkan ramai sahaja para agamawan dan mufti tanah melayu ini yang termasuk penyokong kepada faham Sufism.
Kenapa saya katakan ESQ tidak disukai oleh saya :
A) Wujud gaya zikir beramai-ramai di dalam gelap dengan diketuai oleh seorang tukang suara
B) Berusaha membuatkan para hadirin menangis dengan cara yang tidak berlandaskan ajaran salaf dengan mengadakan cerita-cerita tentang manusia-manusia yang susah, bernasib malang dan menimbulkan perasaan sedih dengan mengingatkan peserta tentang ibubapa dan lain-lain. Pada saya latihan kerohanian seperti ini tidak pernah dibuat oleh nabi sebaliknya ianya dilakukan oleh para ahli sufi dan tariqat yang “bersuluk” di dalam kubur, bilik gelap dan sebagainya.
C) Membawa kefahaman tentang “Suara hati” yang kononnya didasari oleh asmaul husna tetapi hakikatnya suara hati yang ditampilkan lebih mirip kepada ajaran sufi yang di dasari kepada ilmu ladunni dan ungkapan seperti hakikat dan makrifat yang membawa maksud manusia boleh mendapat dan mengenali tuhan melalui suara hati dan pemerhatian.
D) Tafsiran Asmaul Husna yang menyimpang dan salah, bukan sekali tetapi banyak kali dan trainer telah membuat kesalahan fatal dengan mengaitkan asmaul husna dengan suara hati. Kaedah apa yang digunakan ? guna akal ? ini soal aqidah tetapi sambil lewa hal itu dilakukan tanpa risau.
E) Nama-nama Allah di kaitkan dengan perkara yang tidak masuk akal misalnya mengatakan bendera Malaysia , iaitu Jalur gemilang ialah berasal daripada suara hati dan asmaul husna. Pada saya ini gila kerana bendera Malaysia itu dibuat dengan kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950 dan tiada kena mengena dengan nama Allah jauh sekali mengatakan ianya bendera Allah dengan menafsirkan makna jalurnya kepada asmaul husna.
F) Saya melihat kepada sijil yang diterima oleh saya, ternyata masih banyak baki training yang dikendalikan oleh mereka yang perlu saya lalui sehingga dapat mencapai ESQ Star Leader. Saya tersenyum kerana gaya Pak Ary menguruskan ESQ persis sebuah kumpulan Kultus yang membawa satu faham baru di dalam menuju Allah. Kecerdikannya jelas apabila setiap peserta yang selesai kursus akan digelar “Alumni” dan punyai majlis forum atau koperasi tersendiri. Bukan sekadar itu, melalui program ESQ, dengan pengaruh yang ada beliau telah berjaya merekrut ramai sukarelawan dan pembantu setia yang sanggup menyumbang kepada dakwah ESQ.
G) Tafsiran Al-quran dan as-sunnah yang tidak menurut pedoman ulama salaf
Ada beberapa hal yang saya kurang sudi bincangkan secara jelas di sini mengapa ESQ tidak disukai oleh saya tetapi biarlah saya simpan sahaja sebaliknya lebih baiklah anda menghukum sendiri setelah menghadirinya.
Sekiranya anda telah hadir dan tidak merasakan apa-apa kesalahan di dalamnya, maka bagi saya tiada guna pun saya menerangkan akan salah dan silap ESQ ini kerana sejak mula ianya tidak pernah bermanfaat kepada anda disebabkan anda tidak akan memahami pun penerangan saya.
Kalau setelah menghadirinya maka anda terasa sesuatu yang tidak kena dan tidak suka maka insyaAllah anda akan memahami sendiri apa yang saya telah maksudkan di sini.
Segala puji hanyalah bagi Allah swt.
Bahkan pada slide dan video kebenaran Al-quran (yang disebut mukjizat ilmu) kebenaran Al-Quran daripada bukti sainstifik itu sebenarnya bukanlah kajian Pak Ary tetapi sudah dibuat oleh ramai orang seperti Harun Yahya dan ramai lagi pakar-pakar kajian sains Islam.
Tiada apa yang baru yang saya temui daripada ESQ 165 selain gayanya yang mantap dan persembahan yang dibantu dengan peralatan canggih dan pekerja serta perancangan yang rapi dan teliti.
Apapun saya yakin orang-orang Melaysia yang terdiri daripada kelas professional seperti “orang-orang daripada gerakan dan badan NGO Islam seperti JIM, ABIM dan seumpamanya pasti berbondong-bondong memasuki latihan ESQ ini dan bertempik bersorak menyatakan kesukaan mereka.
Mereka ini mahu dilihat beragama, mahu merasa dirinya beragama dan mahu “dianggap beragama” tanpa mahu pula bersusah payah, tanpa mahu pula berkorban derita dan menjalani jerit payah.
Golongan ini akan suka ke program Pak Ary ini, mendapat sentuhan zikir dan fikir, melihat kebesaran tuhan dan menangis beramai-ramai di dalam sesi muhasabah dan berkongsi cerita duka insan lain lalu keluar daripada dewan dengan rasa puas, rasa beragama, rasa lega dan rasa kepuasan dan keindahan bahawa dirinya beragama, punyai kesedaran bahawa hidupnya sekarang sudah untuk tuhan.
Mereka lupa ibadah untuk tuhan itu perlu didasari oleh sunnah, dilaksanakan dengan kaedah tetapi para pejuang ESQ, ibadah itu cukup dengan suara hati dan niat yang suci..itu pendapat mereka.
Gaya ini mirip keletah Tok Guru Tariqat yang mendakwa menemu zikir-zikir khusus dan rahsia ilahi melalui tafakurnya, pengalaman hidupnya, pertapaannya lalu tampil mengajarkan orang cara-cara kreatif beribadah atau cara-cara merasai “kewujudan tuhan” melalui penghayatan kepada jalan-jalan rekaan diri beliau.
Saya tidak hairan Pak Ary punya ESQ ini dipersetujui oleh JAKIM dan Pihak Jabatan agama atau Mufti memandangkan ramai sahaja para agamawan dan mufti tanah melayu ini yang termasuk penyokong kepada faham Sufism.
Kenapa saya katakan ESQ tidak disukai oleh saya :
A) Wujud gaya zikir beramai-ramai di dalam gelap dengan diketuai oleh seorang tukang suara
B) Berusaha membuatkan para hadirin menangis dengan cara yang tidak berlandaskan ajaran salaf dengan mengadakan cerita-cerita tentang manusia-manusia yang susah, bernasib malang dan menimbulkan perasaan sedih dengan mengingatkan peserta tentang ibubapa dan lain-lain. Pada saya latihan kerohanian seperti ini tidak pernah dibuat oleh nabi sebaliknya ianya dilakukan oleh para ahli sufi dan tariqat yang “bersuluk” di dalam kubur, bilik gelap dan sebagainya.
C) Membawa kefahaman tentang “Suara hati” yang kononnya didasari oleh asmaul husna tetapi hakikatnya suara hati yang ditampilkan lebih mirip kepada ajaran sufi yang di dasari kepada ilmu ladunni dan ungkapan seperti hakikat dan makrifat yang membawa maksud manusia boleh mendapat dan mengenali tuhan melalui suara hati dan pemerhatian.
D) Tafsiran Asmaul Husna yang menyimpang dan salah, bukan sekali tetapi banyak kali dan trainer telah membuat kesalahan fatal dengan mengaitkan asmaul husna dengan suara hati. Kaedah apa yang digunakan ? guna akal ? ini soal aqidah tetapi sambil lewa hal itu dilakukan tanpa risau.
E) Nama-nama Allah di kaitkan dengan perkara yang tidak masuk akal misalnya mengatakan bendera Malaysia , iaitu Jalur gemilang ialah berasal daripada suara hati dan asmaul husna. Pada saya ini gila kerana bendera Malaysia itu dibuat dengan kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950 dan tiada kena mengena dengan nama Allah jauh sekali mengatakan ianya bendera Allah dengan menafsirkan makna jalurnya kepada asmaul husna.
F) Saya melihat kepada sijil yang diterima oleh saya, ternyata masih banyak baki training yang dikendalikan oleh mereka yang perlu saya lalui sehingga dapat mencapai ESQ Star Leader. Saya tersenyum kerana gaya Pak Ary menguruskan ESQ persis sebuah kumpulan Kultus yang membawa satu faham baru di dalam menuju Allah. Kecerdikannya jelas apabila setiap peserta yang selesai kursus akan digelar “Alumni” dan punyai majlis forum atau koperasi tersendiri. Bukan sekadar itu, melalui program ESQ, dengan pengaruh yang ada beliau telah berjaya merekrut ramai sukarelawan dan pembantu setia yang sanggup menyumbang kepada dakwah ESQ.
G) Tafsiran Al-quran dan as-sunnah yang tidak menurut pedoman ulama salaf
Ada beberapa hal yang saya kurang sudi bincangkan secara jelas di sini mengapa ESQ tidak disukai oleh saya tetapi biarlah saya simpan sahaja sebaliknya lebih baiklah anda menghukum sendiri setelah menghadirinya.
Sekiranya anda telah hadir dan tidak merasakan apa-apa kesalahan di dalamnya, maka bagi saya tiada guna pun saya menerangkan akan salah dan silap ESQ ini kerana sejak mula ianya tidak pernah bermanfaat kepada anda disebabkan anda tidak akan memahami pun penerangan saya.
Kalau setelah menghadirinya maka anda terasa sesuatu yang tidak kena dan tidak suka maka insyaAllah anda akan memahami sendiri apa yang saya telah maksudkan di sini.
Segala puji hanyalah bagi Allah swt.
86 comments:
assalamualaikum...
ustaz, ada shbt kita yg bermanhaj salaf telah dipanggil bagi keterangan ke bukit aman, kerana esq buat laporan polis tentang mereka difitnah sesat oleh satu blog
salam, ustaz..
saya juga ada mengikuti training ini sehingga MCB. sebahagian memang saya akui saya tidak setuju isi dan cara disampaikan. namun apa yang saya faham prgm esq ini adalah training human resource bukan training kesedaran agama. Ia ingin mengangkat ajaran Islam itu yang terbaik bagi membangun sumber daya manusia. apabila manusia mengmalkan peradaban Islam maka akan muncul umat Islam menguasai dunia dalam keadaan yang tidak dijangka (cth Muhammad Al fateh-toriq bin ziyad). bukan lagi mengagungkan kaizen,samurai, steven covey, thinking hats. dale carnigie anthony robbins dsb) yang menjadi sumber rujukan kebanyakan umat Islam. Identiti mereka adalah human resource (HR) training yang mengaplikasikan ajaran Islam dalam membangun sumber daya manusia. Ramai orang yang hadir adalah di bawah tabung HR dari syarikat masing-masing. Kalau ustaz kata ini program agama maka tiada siapa pun akan datang mungkin hanya ustaz dan beberapa kerat manusia yang rajin hadir kuliah di masjid dan majlis ilmu saja yang akan menyertainya.
Orang Islam yang masih jahil tidak tertarik untuk hadir ke masjid atau mana-mana majlis ilmu walaupun para ustaz berikan ia secara percuma. mereka tidak ada rasa keinginan berjumpa dengan para ustaz atau hadir ceramah-ceramah ustaz/ustazah ini.
Ahli koporat yang jahil tidak minat dengan penampilan dan cara persembahan para ustaz/ustazah masa kini yang hanya banyak bercakap tapi tidak dapat diaplikasikan untuk membangkitkan perasaan megah menjadi umat Islam. Jadi pada pendapat saya inilah kenapa ramai majikan yang menghantar staf ke training ini kerana ia dikategorikan sebagai HR training latihan membangunkan sumber daya manusia bukannya ceramah agama. staf jahil tidak mempunyai persepsi negatif bila menghadirinya dan ketika mengikutinya juga tidak rasa seperti diberi ceramah agama yg bagi mereka membosankan. Oleh itu, ESQ165 saya secara peribadi fikir bukanlah untuk golongan yang amat mengambil kira cara golongan pertama yang disebut ustaz zaharuddin itu, tetapi yang lebih fleksibel mencari jalan keluar cara menyiarkan dakwah dengan cara halus tidak terasa memaksa, menyindir atau mengutuk orang-orang yang sedang tersesat ini. Saya tidak fikir UZAR tersilap tetapi saya fikir beliau mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. itu adalah jalan yang lebih baik dan bertanggungjawab. UZAR TIDAK SEDIKIT PUN PROMOSI atau suruh siapa-siapa masuk ESQ165 DALAM BLOG beliau.
Namun hak tuan pemilik blog untuk tidak menyukai saya hormati dan mudah-mudahan kata-kata kita yang kita siarkan tidak memberi pengaruh yang mengelirukan atau 'bias' mengakibatkan suatu usaha yang telah menunjukkan hasil kebaikan drpd keburukan ini dihentikan atau dicaci sehingga langsung tiada nilainya. Saya fikir we must ask our very ownself honestly, apa yang kita lakukan bagi menyelamatkan diri dan saudara-saudara kita yang taksub dengan ajaran barat dan palingkan mereka kembali kepada ajaran Islam yang mulia? don't simply hina oh! dia ni jahil tu yang tak beradab! but look for the solution what can we do to overcome that problem.
maafkan saya yang hanya memberi pandangan sekadar apa yang saya lihat. cadangan saya para ilmuan Islam tolonglah fikirkan sesuatu yang lebih baik dari ESQ165 atau pun duduklah bersama esq dan perbaiki mereka mana yg patut agar Islam di Malaysia semakin mantap. saya bimbang kalau-kalau kata-kata saya ini menyinggung ustaz saya mohon maaf zahir dan batin. segala yg baik dari Allah jua dan yg buruk itu kesilapan saya. wasalam
salam ustaz..
saya tidak menafikan terdapat banyak juga kesilapan dan kesalahan dlm pelaksanaan modul ESQ.
ESQ kini semakin berkembang dan saya fikir mereka yang dipertanggungjawabkan tentang hal ehwal agama Islam perlu mengambil langkah yang sesuai.
terdapat hal2 yang bertentangan dgn ahli sunnah wal jamaah.
Ini harus diberi perhatian.
http://suarajagat.wordpress.com
Alhamdulillah dan terima kasih di atas komen yang diberikan,
Sebenarnya banyak lagi hal yang belum saya ungkapkan tentang ESQ, seperti yang saya katakan, kalau penulisan kiasan n lembut saya itu tidak difahami apatah lagi kalau saya bahas dan bedah ESQ secara ilmiah.
Saya takut saya mendahului para ulama' atau menjadi sensasi krn hal ini dan ianya tdk berbaloi bagi saya. Bagi saya ESQ ini kecil sahaja nak dibandingkan dgn kesesatan sekuler n fahaman2 lain yg lebih rosak dan merosakkan namun ESQ tetap saya benci dan saya kira itu ungkapan adil yang digunakan oleh para sahabat dan salaf soleh apabila melihat sesuatu "benda baharu" yg muncul dlm agama tetapi tidak pula mereka mengharamkannya krn tidak mahu menjadi org yg pertama mengharamkan sesuatu atau menghalalkan sesuatu krn takutkan Allah swt.
Macam saya katakan, org yg tidak memahami Islam dengan al-quran dan asunnah sebagai rujukan dan mempelajari ilmunya secara mendalam tentu sukar memahami n mengenali mana silap dan salah ESQ.
Pada saya perumpamaan mudah ialah seperti seorang doktor yang bercakap soal resdung. Pada org awam resdung ini penyakit yang boleh disembuhkan melalui rawatan tradisional, ada yang memperkenalkan rokok resdung, ubat resdung dll...ramailah makcik-makcik dan peniaga tepi jalan menghuraikan dan mensyarahkan tentang resdung.
Pandai bercakap, punyai gambar dan berjaya mengeluarkan air dr hidung maka ramailah percaya.
Tetapi para doktor yang mempelajari ilmu perubatan secara disiplin tahu penyakit resdung ini dikenali sebagai sinus dan ubatan seperti rokok resdung, asap dan sebagainya ialah mengarut.
Mereka membuat keputusan itu hasil kajian makmal, teliti dan ilmiah.
Maka terpulang bagaimana awak nak market (pasarkan ESQ) tetapi ia tetap tidak lari daripada bercakap soal agama, iman dan ihsan jadi sekalipun meletak nama Human Development dan sebagainya.
Oh ya lupa, saya pernah bekerja sebagai executive di Organizational Development Divison, unit Skill development dan pembangunan Insan so saya bukanlah totally jahil hal2 spt ini.
Saya tahu ustaz2 yg ada di Malaysia ni memang jahil, kolot, beraliran tradisional dan anti tajdid dan saya setuju merekalah penyebab golongan agama mundur dan masyarakat jauh dr agama.
Tetapi saya juga persis seorang doktor tidak mahu masyarakat ditipu atau diselewengkan oleh peniaga ubat jalanan yang tidak tahu disiplin perubatan tetapi menjual ubat.
wallahualam
asssalamualaikum sahabat , zaharuddin bukan hujjah sunnah ...knp ana kata begitu , ana email anta jap lagi secara peribadi
Salam akhi,
Nampaknya tersilaplah akhi join esq kerana membaca blog komentar ana. Benar-benar silap langkah kecuali jika akhi memang nak tahu jelas apa itu esq agar mudah terangkan dengan jelas. ia keuptusan tepat agar mendapat autoriti namun untuk dapat sesuatu darinya, ia adalah langkah silap.
Ada 70 % benda yang dalam kursus tu yang ana tidak atau belum tulis berkenaan ESQ sebenarnya,
Ana hadir hanya untuk membantu jika sekiranya ada ruang yang boleh diubah, namun telah dinyatakan bukan atas manhaj salaf tetapi khalaf. Namun atas manhaj Khalaf pun, esq masih banyak pelru diubah sebenarnya.
Atas timbangan mudarat dan manfaat serta melihat kegawatan manusia di zaman ini..ana tangguhkan huraian lanjut berkenaan hingga bila bila waktu dan keperluannya.
Buat masa ini, cukuplah tulisan pertama ana sebagai pendahuluan. Banyak lagi priority lain yang perlu didahulukan.
apa yang malang,
Lihat, sekejap lagi ada sahaja individu seperti ustaz madinah ( komen di atas) yang nampaknya hendak mengkritik ana di belakang, inilah kelemahan umat islam, para ustaznya dipenuhi sangka buruk sebelum sangka baik.
Apatah lagi orang awamnya.
Zaharuddin Ab Rahman
www.zaharuddin.net
Saudaraku yg dihormati ust zaharuddin,
apabila org tdk dapat bersangka baik dengan ustaz saya berpendapat biarlah tugas itu dipikul oleh ustaz dan semoga ustaz mampu bersangka baik dgn org lain.
terima kasih atas komen, saya diarahkan pergi oleh pihak syarikat bahagian HR tempat saya bekerja, pd asasnya mmg taknak pergi sbb malas nak buang masa tapi artikel ustaz telah menyejukkan hati saya maklumlah, saya suka pd penulisan ustaz dan peribadi ustaz sendiri..tentunya ia menarik hati saya juga untuk pergi melihat2 ttg ESQ yg menjadi buah mulut ramai org ini.
apapun saya sudah tulis berkenaan ESQ, sama seperti ustaz, saya sendiri tidak komen habis-habisan sbb memandangkan masyarakat masih belum bersedia menerima kebenaran disebabkan pelbagai aliran dan pemikiran telah meracuni minda mereka...jahiliyyah yg berbentuk pengetahuan baru yg bercanggah dgn kebenaran...wallahualam itu komen saya.
jangan risau ustaz ttg hal ini, abaikan sahaja...ESQ ini tidak berbaloi utk masa kita...saya setuju, saya sendiri mampu kupaskannya spt yg ustaz sebutkn tadi tetapi ada benda lain yg lebih aulawiyat.
berkenaan ustazmadinah, saya berpendapat beliau juga seorang ustaz yang kita perlu hormati dan pastinya ada alasan atas tulisan beliau, mungkin beliau berhak menjelaskan apa sebabnya beliau menulis begitu...
kita lapang dada sahajalah, saya sendiri ramai dikomen oleh ustaz2 aliran salafi sbg tak sunnah kerana di sebabkan adegan2 dan aksi yg dibuat oleh saya yg tdk disukai atau dipersetujui oleh mereka...
sekiranya saya salah, moga dgn komen2 mereka saya jadi insaf dan kembali pd Allah dan jika saya berada di jln kebenaran maka saya beroleh pahala dan dianugerahkan kesabaran.
salam ukhuwah kpd ustaz zaharuddin, ustazmadinah terima kasih atas komen ustaz-ustaz sekalian yg ana sgt hargainya.
moga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga. amin
assalammualaikum ustaz,
Terima kasih diatas segala penulisan yang ustaz hebahkan kepada kami . Sekiranya individu seperti ustaz tidak menegur kami, maka kami tidak akan tahu perkara yang sebenarnya yang mungkin akan mempengaruhi pemikiran kami.
Semoga Allah membuka pintu hati kami menerima segala kebaikan di atas muka bumi yang semakin mencabar ini. Dan kepada ustaz Emran dan rakan ustaz seperjuangan semoga Allah memberkati segala tunjuk ajar ustaz sekalian.
Ustaz, pagi tadi saya singgah ke PICC, mengikuti program ESQ disana, sy merupakan alumni ESQ. Dan saya dpt mufti Perak iaitu Dato' Harunsani Zakaria pun datang ke program tersebut, dan ketika ditanya pendapat beliau, beliau belum lihat apa2 yang xkena dgn program tersebut. cuma saya rs, beliau mungkin juga tidak selesa dgn penggunaan muzik yang digunakan oleh team ESQ tersebut. serta tetamu yang turut datang ialah Prof. Dr. Nasaruddin Umar, ulama indonesia yang smmgnya menyokong ESQ.. saya akui diri saya sendiri tertanya2 apa yg ingin disampaikan oleh ESQ, tetapi akhirnya sy ambil keputusan utk mengikuti kursus ini dengan hati terbuka...
salam..
maaf nak tambah tanya,kalau para ustaz pun secara terang-terangan saling hentam satu sama lain apa jadi dengan orang awam? ESQ ajar kena buang persepsi ke atas orang lain, jangan menyakiti orang lain dan cintai Allah dan Rasul dengan tulus ikhlas. Bila keadaan celaru macam ni panas juga telinga bila p esq baru-baru ni dengar orang kutuk ustaz sy agak UZAR lah tu. yg ustaz emran pun dok kaitkan keputusan p esq sbb baca tulisan uzar lepas tu bagi tau,saya tak suka esq. orang awam mcm sy yg mencari kebenaran ini sudah tentu keliru dan perbezaan antara para ustaz dan mufti ni yg mana nak ikut? 1 perkara yang saya suka trainer dan pak ary sendiri minta jangan di puji atau di sanjung trainer atau pak ary sendiri dan rasa kagum dengan Al Quran bertambah-tambah. sy fikir bukankah lebih baik para ustaz contohi konsep kaizen supaya umat Islam di Malaysia dapat lebih banyak manfaat.pendapat orang awam tak semestinya di tolak semata-mata kita tak tinggi ilmu seperti ustaz. Muhammad Al Fateh sendiri memberi ruang untuk semua orang mengutarakan idea atau saranan. Tulislah atau buatlah program 'selepas esq' supaya mereka yang dah ada kesedaran dapat berjalan di atas syariat Islam, sy bimbang pula semakin banyak namrud nnt al-maklum sadarnya cuma tiga hari baca pula komen para ustaz ni jadi lagi konfius wal asal balik hasil atau pun membentuk kerajaan langit yang baru pula. kesian para alumni yg setia mengikuti esq tetapi masih terbuka aurat di sana sini asap rokok pun masih berkepul2.
>>>>>Tetapi saya juga persis seorang doktor tidak mahu masyarakat ditipu atau diselewengkan oleh peniaga ubat jalanan yang tidak tahu disiplin perubatan tetapi menjual ubat.<<<<<
tang ni doktor kena bertindak dengan ikhlas dan tunjukkan perilaku yang lebih meyakinkan dari peniaga ubat jalanan dan do something yang benar=benar memberi manfaat bukan hanya bercakap atau mengedar risalah tapi tiada tindakan yang tepat. doktor pun kalau telah diswastakan memang hebat tapi tujuannya sama juga macam sebahagian peniaga ubat jalanan buat untuk kepentingan sendiri cuma cara saja berbeza. ke mana kita semua ni nak pergi? Agaknya kalau Rasulullah s.a.w. ada bersama kita apa yang baginda katakan??
para ustaz janganlah mudah marah dan suka kutuk orang jahil kalau semua orang dah pandai ustaz tak ada kerja (fungsi) lah nanti, tolonglah ustaz buat research lebih mendalam dan perbaiki yang mana kurang. semua ustaz berniat baik esq pun berniat baik kan lebih baik kalau bersatu padu buangkan emosi yg tak sesuai dan bangunkanlah Islam dengan sesungguh-sungguhnya seperti para sahabat membangunkan empayar Islam dengan pena, darah dan airmata.
ampun dan maaf zahir dan batin. Semoga kita semua masuk syurga Allah swt dan dapat tinggal sekampung dengan Rasulullah s.a.w
assalamualaikum w b t
saudari rosesatellite,
Pertamanya saya tak peduli pun apa ajaran ESQ, saya hanya peduli ajaran ISlam dan sebelum kewujudan ESQ, saya yakin ISlam dan segala apa yang dibawa oleh rasulullah sudah mencukupi.
Sabda baginda rasulullah : Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama ini maka ianya tertolak. (hadis sahih riwayat Bukhari)
Oleh itu kenapa perlu ESQ ? sedang sebelum lahirnya Ary, ajaran kitab Allah dan sunnah baginda di dalam ilmu-ilmu ISlam sudah mencukupi dan memadai hanya tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Malangnya kemunculan org spt Ary telah berjaya membuatkan saudari dan ramai umat Islam yg jahil percaya ada cara lain menuju Allah antaranya dgn masuk ke program ESQ dan lihatlah...
sedar tak sedar saudari dah pun terpengaruh...buktinya cadangan saudari supaya para ustaz pi ikut konsep kaizen...?
MasyaAllah,
firman Allah swt : "Apakah hukum jahiliyyah itu yang kamu cari sedang telah datang kepada kamu ISlam ?"
mengarut...nak buat kaizen...gila!
Al-quran dan sunnah dan cukup..
barangsiapa kata keduanya ini belum cukup maka sebahagian ulama memfatwakan bahawa dia telah jatuh kafir.
jangan pula saudari lupa dalam Islam kita ada aqidah...
Aqidah Islam ajar Al-Wala wal bara..
jangalah ta'asub pada ESQ sehingga selepas keluar rasa para ustaz tak buat program dan duduk sahaja hanya ESQ yang buat kerja sebab dia berjaya ubah saudari jadi tukang menangis dan insaf...
macam saya kata..ada 1 juta cara nak bagi org Insaf dan menangis...salah satunya apa yg di buat oleh ESQ...dan tak semua 1 juta cara tu memenuhi syarak...
dan ianya hanya cara nak bagi insaf...
selesaike kalau dah insaf ?
kena pula mengaji apa perintah Allah dan perintah dalam sunnah..yang ini ESQ tak buat...ada ESQ ajar fardhu ain ? fardhu kifayah ? feqah usul ? aqidah ?
ESQ ajar tak ? tak ajar dan benda ni kena pula mengaji ...bukan kata dah insaf tu maknanya dah cukup..
kena beramal..
satu lagi,
setakat yg saya tahu, UZAr mahupun saya setakat ni tiada hari yang lapang kebanyakkannya kami sibuk..
entahlah kalau itu pun disifatkan oleh saudari bahawa kami tak buat kerja.
satu lagi pula, saya memang ada buat program motivasi dan tarbiyah cara sunnah..bayarannya ialah percuma !
malangnya tak masuk TV dan radio atau dihebahkan agaknya kalau popular dan dihebahkan atau saya ada orang nak buat marketing maybe barulah nampak kot yang saya buat kerja ?
Cukuplah,
nasihat saya, pelajarilah dulu asas ilmu agama dan aqidah jangan sangka jalan menuju Allah itu mudah.
juga pastikan setiap amal itu menurut sunnah dan ikhlas jika tidak ditolak.
salam ustaz..
terima kasih segala amal sesungguhnya Allah yang membalasnya..saya pun rasa tak ada faedah bercakap dengan ustaz. lain yang saya maksudkan lain yang ustaz responkan..semoga program ustaz berjaya menarik ramai orang jahil mencari petunjuk seterusnya ustaz akan disayangi oleh lebih ramai orang..mati esok masing-masing jawab kat Allah amanah yang diberikan sudahkah ditunaikan.
entahlah ustaz mana yang akan ada masa untuk bantu orang-orang yang sesat macam saya ni..Nabi Sulaiman lainlah nabi tentu lah ada kelebihan ada kerajaan pandai bahagi masa..entahlah lagi banyak nak tulis nanti jadi mudarat saja. semoga Allah beri saya petunjuk jalan yang benar.
tentang kaizen tu ustaz sepatut bertanya dulu tapi tak apalah sebab ustaz dah buat keputusan begitu saya serahkan kepada Allah untuk mengadili semua yang ustaz ulaskan itu. saya percaya Allah tidak menganiaya hambaNya cuma manusia saja yang tidak sedar dia sedang ditimpa penyakit.
maaf zahir batin wasalam (saya tersinggung tapi bukan hak saya nak tentukan ustaz bersalah orang jahil tiada hak rasa marah kepada para ustaz yang sempurna ilmu agamanya) saya rasa semakin faham kenapa program motivasi percuma pun orang tak nak datang..
cuma saya nak bagi tau cara ustaz beri teguran itu tidak pun ikut cara Rasulullah s.a.w. kalau ada orang datang jumpa ustaz nak minta izin berzina tak taulah apa jawapan yang dia kena..
maafkan zahir dan batin..saya minta maaf menurut ustaz saya orang tak cukup ilmu dan telah sesat kerana esq semoga Allah mengampunkan saya.
wasalam
sama-sama kasih,
saya patut kata, saudari perlu melihat kembali dan merenungi jawapan dan komen saya moga padanya ada kebaikan...
Soal bahagi masa ? patut saudari kena belajar fiqh aulawiyat iaitu feqah keutamaan...masa yg terhad ke mana harus dihabiskan...
saya tak rasa saudari perlukan bimbingan org mcm saya atau ustaz2..saya mendapati dari komen saudari, sudah terasa diri berilmu, bijak dan boleh menjaga diri sendiri...dr tulisan saudari seolah-olah nak luahkan kenapa ustaz ni salah...kenapa ustaz ni macam ni dsbnya...
komen saya mudah...dah ustaz2 macam saya ni salah..saudari sajalah lakukan apa yg saudari rasa betul..
sekali lagi apa yg dirasakan...rasa dan rasa..sampai bila kita menentukan benar dan salah hanya pada apa yg kita rasa..?
sebaliknya kembalilah pada Al-quran dan as-sunnah...biarlah al-quran dan as-sunnah yang menentukan apakah kita benar dan salah...
macam mana nak tau ? senang saja, pilah mengaji isi kandungan Al-quran dan as sunnah..
Ianya bukan milik saya tetapi milik semua org yg beriman...jadi apa kata saudari belajar al-quran dan as-sunnah kemudian cari kebenaran yg terdapat di dalamnya..
mungkin saya benar dan mungkin saya salah...hanya akan diketahui dr al-quran dan as-sunnah..
bukan main rasa-rasa...pendapat dan pendapat...atau sangka dan sangka..
tapi hujah dan ilmu.
Pasal kaizen...saya pun kerja bahagian training jugak, siap ada sijil dalam ISD (Instructional System Design)
Macamlah saya tak reti bab2 Kaizen, 5s dan seumpamanya..member saya dulu kerja syarikat motorola bahagian training...dah muak dgn benda2 ni..
alahai..psl hal kecik ni pun (ESQ) awak nak terasa hati dekat saya ka ? tak berbaloi la..
Kalau ada org nak minta izin untuk berzina dari saya...
saya akan jawab seperti yg diajar oleh nabi...semua yg saya jawab pd awak sebelum ni pun berdasarkan al-quran dan hadis...awak je tak tahu kemudian terasa hati...
sebab ikut hati.
saya akan jawab macam mana yg nabi bagitau...seperti dlm hadis..sebab benda ni ada dlm hadis...
saya akan tanya dia..sanggupkah dia melihat org berzina dgn ahli keluarga dia dsbnya...
tapi yelah..awak pun sangka saya akan jawab dengan jawapan yg kasar dan dahsyat...sebab yelah aku ni tak tahu hadis tuh...
sebab itu bila kita ada ilmu..kita akan bertindak berdasarkan ilmu kita...persoalannya apakah kita ada ilmu ?
yg kedua apakah ilmu kita betul ?
misalnya berdasarkan sumber yg sahih...
sekali lagi balik kepada isu asal yg saya komplain...
kena kembali pd al0quran dan as-sunnah.
Salam...
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya" (Riwayat Tarmizi)
-wallahu 'alam...
Assalamualaikum wbt..
alhamdulillah setelah mendapatkan 2nd opinion dari orang-orang yang jujur insya'Allah sy telah faham beberapa perkara.
Sekali lagi saya minta maaf kepada ustaz dan pembaca. Sy mengaku sy ada melakukan kesilapan.untuk mengelak mudharat yang bertambah sy tak mahu beri apa-apa komen lagi.sesiapa yang membaca ambil yang baik buang yang tak baik dan mintalah Allah pelihara kita semua.
Semoga Allah akan memberi hidayah dan sentiasa memelihara kita dengan kasih sayangNya di dunia dan akhirat.
Saya mengundur diri dan janganlah ustaz dan pembaca tuntut apa-apa lagi dari saya di akhirat kelak. saya mohon maaf.
Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya, api nerakalah yang layak untuk dirinya.” (Hadis riwayat Baihaqi). Sabda Rasulullah SAW, “Tidaklah dihumban muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelik) lidahnya.” (Hadis riwayat At-Tarmizi)
maafkan sy zahir dan batin
wasalam
Assalamualaikum warahmatullah..saya baru saja menghadiri program ESQ 165 di tempat saya bulan lepas. Melalui penilaian saya. program ini memang ada bagusnya dari sudut cara pendekatan psikologi. Mungkin kerana Dr Ary telah membuat pelbagai reserch dari segenap sudut samada psikology, sains, dan lainnya. Namun, pada pendapat saya, cara simulasi yang digunakan untuk menguji pegangan aqidah tidak sepatutnya dilakukan terhadap audience. Contohnya, fsilitator telah menggelapkan lampu dan menubi audience dengan 3 unsur penting dalam alam iaitu udara, bulan, matahari, lalu ditanya berulang kali akan ; Apakah yang udara berikan pada kamu...sehingga salah seorang drpd audience yg teruja menjawab dengan katanya"kehidupan". Fasilitator meneruskan pertanyaan dan hampir semua audience secara sedar atau tidak mengikut jawaban yang diberikan tadi sehinggalah akhirnya seorang menjerit dan bersujud pada Allah, diikuti dengan saya melafazkan La hawla wala quwwata illa billah sambil menjelaskan kepada rakan sebelah jawaban yang selayaknya kami jawab dan ada seorang lagi yg melaungkan kalimah Allah.
Ustaz, saya dan group fasilitator dari jabatan Agama biasa mengendalikan program motivasi untuk pelajar dan kami biasa membuat simulasi terhadap pelajar-pelajar tersebut agar mereka insaf dan sedar tanggungjawab mereka terhadap Allah swt serta keluarga. Namun pada pendapat saya, menubi sudut iktiqad dan syahadah adalah sesuatu yang baru dan boleh menyebabkan terbatal kalimah syahadah yang selama ini jadi benteng pegangan. Seperti kata saudari Rossesatilite bahawa beliau jahil, dah tentu ramai lagi yang jahil di dalam audience tu yang mudah saja terikut-ikut bila dibuat simulasi sedemikian. Siapakah yang mahu bertanggungjawab atas kalimah syahadah yang terbatal itu....? Mohon pandangan ustaz...
Saya sangat respect dengan pendirian Ustaz. Perlunya kita mendahulukan Islam dan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai Sumber utama dalam memacu kegemilangan ISlam.
Dan adalah lebih baik jika penulisan Ustaz, Ustaz dasari juga dengan "Ajaklah kepada jalan ALLAH dengan Hikmah" hadis . Ustaz orang yang berilmu agama menjadi rujukan kepada kami yang kurang dari sudut tersebut. Bagaimana pandangan Roses terhadap insan bergelar Ustaz yang dikatakan jemu oleh sebahagian peringkat akan berubah jika Ustaz sendiri tidak mengubahnya??
Berbalik pada persolan ESQ.
"Al Hasanu ma hasanu syar'. Al-qabihu ma qabbahu syar'" Apakah salah jika ESQ menggunakan pendekatan baru dalam dakwahnya?? Jika begitu, TRAFFIC LIGHT yang tiada pada zaman Rasulullah swa perlu dihapuskan lah?? Mentol yang asalnya dari orang jahiliyyah juga perlu di pecahkan lah??
Sabda baginda rasulullah : Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama ini maka ianya tertolak. (hadis sahih riwayat Bukhari)
Saya seperti Ustaz, cuba menjadikan Al-Quran dan As Sunnah sebagai sumber utama.
Selagi ia tidak melanggari syara', kita dibolehkan menerimanya.
Masyarakat kini di jurang kehancuran Ustaz. Tidakkah ESQ dalam usaha untuk memberi nafas baru dan akhirnya masyarakat akan mula nampak kehidupan ISLAM. Di waktu itu mereka pasti akan kaji dengan lebih mendalam dan akan menerima Insan yang bergelar Ustaz.
Saya tidak pernah ikuti program ESQ ttp saya pernah ikuti program yang serupa dengan ESQ, RMC.
Secara jujurnya saya cakap, saya tidak berminat nak explore blogger2 islamik seblum saya mengikti program tersebut. Insya'ALLAH jika tidak diizinkan NYA saya ikuti program tersebut, tidaklah saya menjumpai blog Ustaz yang banyak menekankan Al Quran dan As Sunnah.
Ustaz, Segala percaturan saya yang melanggari hukum ALLAH saya terbuka untuk dibimbing.
Saya hanya seorang pemain yang memburu satu gol kemenangan. Ustaz adalah seorang yang menjadi jurulatih saya dan blogger2 yang lain.
hadis rasullullah berkenaan tanda tanda kiamat iaitu: (http://annurshd.blogspot.com/2009/08...peristiwa.html )
(salah satu tanda kiamat)
Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama;
-Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. “;-(Riwayat Bukhari dan Muslim)
akhi , Ibrahim..
aku ingin mengomentari hal ini..
hendaknya kita beristighfar..
'Insya'ALLAH jika tidak diizinkan NYA saya ikuti program tersebut, tidaklah saya menjumpai blog Ustaz yang banyak menekankan Al Quran dan As Sunnah.'
janganlah kita mengingkari qada dan qadar Allah , dan hasil dari do'a kita ( apabila kita meminta ) .
sesungguhnya bisa dan bisa BUKAN hal itu yang menunjukkan akhi kepada al-Qur'an dan as-Sunnah , tetapi ALLAH subhana wa ta'ala lah yang menunjukkanmu kepada jalan lurus . kata lainnya , ALLAH lah yang memberikanmmu hidayah .
wallahua'lam.
wassalamu'alaikum wa rahmatullah.
masya ALLAh , hadits paling bawah mengingatkan kita .. jika hendak berbicara tentang dien ALLAH kita mesti ber'ilmu dulu...
itulah mengapa aku tidak sukai orang'' baru yang membuat cara cara baru dalam berdakwah dan tidak memperhatikan contoh dari Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam.
wallahua'lam
JazakALLAH khair atas peringatan Tuan Wira. dan terima kasih juga atas perkongsian hadis daripada ukhti ina. Hadis tersebut memang mendalan isinya. Dan menjadi pendorong untuk ana betul2 faqeh dalam ilmu Islam.
Seperti yang Tuan Wira perkatakan, kita mesti menerima qada' dan qadar ALLAH. dan ingat, ketentuan ALLAH pasti sebelumnya ALLAH mendatangkan asbab.
"Barangsiapa yang menjadi penyebab hidayah ALLAH sampai kepada seseorang, Itu lebih baik daripada dunia dan seisinya" Au kama kala Rasulullah saw.
Bismillahirahmanirahim,Assalamualaikum....saya alumni ESQ Public Kuala Lumpur Angkatan 26,ESQ MCB Kuala Lumpur 03 & ESQ Parenting 04di Jakarta.
Di sekitar tahun 80 an dangdut disco bersepah... Bayangkanlah sekarang di ambang tahun 2010.
berapa ramai yang dah sesat...arak seperti biasa ....seks rambang perkara biasa juga malah sesama jantina juga makin galak...Jalan di Bukit Bintang malam ni ditutup untuk menyambut New Year dan sama juga halnya di Jalan Bangsar,Dataran Merdeka,Brickfields dan lain2 lagi....Disco Gay ,Pondan Disco,Pub Hotel-hotel penuh untuk berpesta.. SAYA NAK LA TENGOK USTAZ-USTAZ SALAFI NI BUAT SESUATU UNTUk KEKANG SEMUA NI, BUKAN CAKAP JE SANA SINI MACAM TIN KOSONG... BUNYI JE LEBIH, ISI TAK ADA. PEGI LA TENGOK PUSAT DANGDUT,PUB,DISCO,LOBBY HOTEL. PEGI LA TARBIAHKAN MEREKA YANG KAT SITU BAHAWA MABUK ITU HARAM...MENUNJUK AURAT HARAM ...JANGAN LUPA BAWA KITAB SEKALI....LEPAS ITU PI LAH PULAK KE BRICKFIELDS JUMPA PEREMPUAN SUNDAL ATAU PONDAN DENGAN HARGA SEKITAR RM 15.BAWA KHEMAH DAN LETAKKAN DI TEMPAT STRATEGIK SPT:
1.KEMAH DI BRICKFIELDS 10 USTAZ
2.KEMAH DI JLN BKT BINTANG 20 USTAZ
3.KEMAH DI BANGSAR 20 USTAZ
4.KEMAH DI LORONG HJ TAIB 20 USTAZ
5 KEMAH DIDATARAN MERDEKA 20 USTAZ
6 KEMAH DI GENTING HIGHLAND 20 USTAZ
7.DI CHANGKAT RAJA CHULAN 10 USTAZ
8.DI DEPAN DANGDUT JALAN IPOH 10 USTAZ
9.DI DEPAN DANGDUT MAWAR BIRU 10 USTAZ
10.MUTIARA DAMANSARA 20 USTAZ
DAN BANYAK LAGI TEMPAT MAKSIAT OH...TERLUPA DI SETIAP PUSAT NO EKOR....
SAYA RASA INI LEBIH BERMANFAAT UNTUK USTAZ LAKUKAN BUKAN BERSEMBUNYI DALAM MASJID, DALAM SURAU, DALAM PEJABAT HAWA DINGIN, DALAM RUMAH DEPAN KOMPUTER... Setakat cakap je, buat apa. Bergeraklah lakukan sesuatu untuk ke jalan Allah..'Innas Solati Wa Nausuki Wama Maati Lillahi Rabbil'alamin' bukan asyik komplen, komplen, komplen tapi tak buat pun sesuatu yang lebih baik. Saya Rosile Saat 019 2990429 @ i.ksatria165@yahoo.com @ www.rose165.com
Jangan takut wahai ustaz. Kalau dibaling botol arak atau ditembak atau dihina di sana. Anggaplah ini perjuangan ke jalan allah.... Kalau ada berani, bawa sekali anak bini dan saudara-mara untuk tunjuk kat depa realiti kehidupan sebenar. Dengan cara tu, dapat juga ustaz pastikan anak2 dan saudara-mara terdekat di mana supaya tak la pulak tertangkap darah daging sendiri buat maksiat. Pastikan hasil pendapatan Ustaz tidak syubhah dgn riba'. Company/majikan ustaz HALAL sumbernya. Baca paper pun bukan paper yang ada nombor ekor. Kalau beli rumah pun, jangan amik loan sebab nanti ada interest pulak. Haram macam yang Ust Zaharudin tulih dalam buku dia. Jangan la dok bergendang nak hantam orang yang dah buat kerja sedangkan ustaz hanya tahu bercakap saja. Saya letih la dengar ustaz yang macam ni. Ingat sendiri saja bagus. Orang lain semua salah. Kalau orang suruh timba ilmu, amanhlah. Fokus. Bukan keluar masuk. Dah tahu tak tahan sejuk, bawakla peralatan secukupnya. Stokin ke, baju sejuk ke, selimut ke. Barulah bersedia namanya. KAlau tak bersedia dan rasa diri dah terror, inilah jadinya. Gelas yang dah penuh memang susah nak terima isi baru sebab dah tepu. Kasihan!!! Al-fatihah pada yang hidup mahu pun yang dah arwah....amin! Tahun baru ni, sukalah saya nak cakap... kurang-kurangkanlah kontroversi. Lebihkan prestasi. Ustaz2 pun dah main dakwa-dakwi dalam mahkamah. Kecoh-kecoh sampai hilangkan hormat orang. Amende??? Lu pikirlah sendiri...
Salam Perjuangan,
Untuk teman-teman seagama,
Setelah membaca tulisan ini ,saya ingin bertanya pada kalian..
Adakah para Pendakwah sekalian sedar takkala Malaikat Jibril bertemu Rasullulah mengajar Islam,Iman dan Ihsan ....tetapi telah dipecahkan oleh musuh-mush islam....Kalau sedar, Sila akui ilham dari Allah kepada hambanya untuk menyatukan kembali..
jika tidak lihatlah, berapa ramai yang solat tetapi mencuri...berapa ramai yang dalam hatinya tiada lagi ihsan pada Allah...
Fikirlah....
Wahai Ustaz, amanah dari Allah padamu lebih berat dari pelajarmu..jangan lihat dengan mata kasar tetapi lihatlah dengan Mata Hati,,...Lihatlah berapa ramai yang tidak sedar atau tidak asa CINTA pada ALLAH..Ustaz tahu ALLAH itu wujud, tetapi tidak rasa ALLAH itu wujud...kalau ustaz rasa CINTA dan KAsih ALLAH ustaz tidak akan menghalang hamba ALLAH untuk meyebarkan agamanya...
buktikan pada ana ,bahawa ESQ adalah sesat atau benci...kerana ana ingin tahu dimana dalam training ada unsur SYIRIK pada ALLAH...dari AQIDAH, SYARIAT & TASAUF....
" Ada Ilmu, tetapi kena tipu dengan ilmunya
Ada Harta , tetapi kena tipu dengan hartanya
Ada Pangkat, tetapi kena tipu dengan Pangkatnya...
Jangan Ustaz bangga dengan ILMU yang Ustaz ada...Tulisan Ustaz berdasrkan Logik bukan dalil naqli..Ustaz ada lagi yang Ilmunya jauh & ada AL- QURAN lagi di dada yang hadir ESQ...masing-msing terpukul dengan firman-firman ALLAH beserta bukti yang nyata...
Ingin bertanya adakah Ustaz Membaca Firman ALLAH dan SABDA RASUL hingga ustaz akan tertunduk insaf???
Ketahuilah sesungguhnya" INNAMA YAHSYALLAH HA MIN IBADI HIL ULAMAK"
Kalau ada hujjah NAQLi bersanad RASulullulah bahawa ESQ sesat...katakan bahawa Ustaz bersaksi bahawa ESQ adalah ajarn baru bukannya besandar dari hadith yang Ustaz telah pelajari ketika kulliah dulu...
Saya menanti
ABU ZAR AHMAD ZUBIR
( zar_mufc10@yahoo.com)
Salam semua,
saya teruja membaca artikel saudara. Membuktikan saudara berhujah dengan ilmu dan kefahaman yang jelas. Mengapa saya kata jelas?
kerana ia mampu memberi kefahaman kepada saya.
Saya juga mengikuti ESQ165 melalui sahabat saya.
Saya bukanlah orang yg tepat untuk menceritakan 'kebenaran tanpa menyimpang'ESQ165 ini,namun saya ingin nyatakan pendirian bahawa tulisan saudara cukup jelas untuk menyatakan pendirian saudara.
Saya merasakah tidak perlu lagi saudara menyatakan dan mejawab kepada mereka yang mahu dibuktikan adakah benar atau salah esq 165 ini.
Kita pun sedar bahawa matlamatnya adalah benar, namun bagaimana soal pelaksaannya?
yang jelas ia perlu telus.
Dan telus yang bagaimana?
-persoalan ini telah diterangkan melalui artikel ini.
wassalam.
p/s: sekadar tidak mahu menghasilkan 'aroma' bias, jadi saya bahasakan diri penulis artikel sebagai ustaz.Pembaca perlu menghormati pandangan insan lain melalui hujah ilmunya, bukan perbandingan semasa yang profilik, berbaur emosi yang mendalam,atau terpaku dengan pendirian yang tegar.
p/s/s; Terima kasih yang tidak terhingga kepada komen2 yang menjaga budi tatasusila berbicara, tanpa menafikan perasaan dan hak orang lain meluahkan pandangan.
p/s/s/s: terima kasih kepada mereka yang berkongsi ilmu, bukan sekadar pandangan mulus dengan paksi yang goyah.
Salam,
saudara zaer,
saya rasa anda perlu membaca artikel ini sekali lagi.
terima kasih.
Assalammualaikum.. akal dan hati.. yang sering berperang sejak dijadikan sampai kita mati. maka beruntunglah sesiapa yang dapat mengawal kedua2nya pada darjat yang selayaknya dengan pengisian seusia hidup.
kita diajar agama, tetapi tidak boleh takliq buta, akal kena jalan juga. input dari pancaindera kita ditafsir oleh akal dan dirasai oleh hati.Dan segala output pula terpapar dari tingkah laku kita.
Dalam berdakwah, kita hanya mementingkan diri, tidak mementingkan Allah sebab itu kita sering sangka kita telah diberi petunjuk dan yang lain itu buta. berhati2lah pada mereka yang belajar agama tetapi hanya gunakan ia untuk bersengketa dan untuk beradu kepandaian.
malah ramai yang mengaku pandai agama sering merajuk dan menunjukkan sifat tidak beriman dan tidak tahan ujian Allah yang ditimpa kepada mereka apabila dakwah mereka ditolak..
jangan sangka kalian yang terasa beragama itu telah punyai tiket ke syurga dan orang lain selayaknya menerima kutukan Allah di Neraka !
tidakkah kita semua sedar, syurga dan neraka itu milik Allah dan Allah berhak kurniakan kepada sesiapa pun.
sebelum ESQ atau selepas ESQ, pribumi kat Malaysia masih ramai pergi ke AGAMA LAIN berbanding berhijrah ke islam, kenapa ? kerana pendakwah kita lebih pentingkan diri dari jemaah yang masih dalam jahil.
mereka takut pergi ke rumah panjang untuk berdakwah kerana disitu banyak babi dan anjing. tak ramai yang sanggup memegang babi dan anjing dan kemudiannya samak setelah kamu balik dari rumah2 panjuang itu.. that why, rata2 negeri yang dipimpin oleh orang islam di Sabah Sarawak tetapi umat islam di bumi itu sangat menyedihkan..
Assalamualaikum buat saudara2 seislamku..
pertama2 sekali, ada sebuah hadis yg mengisahkan, pada suatu hari, Rasulullah melakukan solat sunat yg agak panjang. para sahabat berasa hairan dan bertanyakan baginda tentang itu. Baginda menjawab, di dalam solat td, Baginda memohon 3 perkara kepada Allah.Pertama,janganlah umat islam dihapuskan oleh org kafir secara serentak, kedua, janganlah dibiarkan umat Islam kesemuanya mati kebuluran dan yg ketiga adalah, janganlah umat Islam bergaduh sesama sendiri. permintaan pertama dan kedua diterima tetapi permintaan ketiga ditolak...
Apa yg dpt sy rumuskan drpd hadis ini, terbukti sudah kebenarannya.
kepada ustaz emran, sy tau ustaz dah join esq n dah jadi alumni. tp sy hairan, kenapa semua perkara tentang esq ustaz jadikan negatif? padahal kalau difikirkan mengikut sudut pandangan islam, ada benarnya.
Saya nk tnya, ustaz bg hadis td mengenai sebuah hadis yg mengisarkan bahawa sesuatu yg x dilakukan nabi adalah ditolak. pertama2 sekali, isteri ustaz seorang doktor kan? so, maybe isteri ustaz ada melakukan pembedahan atau mencipta ubat untuk pesakit. Perkara ini tidak dilakukan nabi..so,kalau isteri ustaz membedah pesakit/mencipta ubat utk membantu org laen adalah x diterima la kan kalau gitu?
dan seterusnya,kita tahu bahawa dalam al-quran melarang dadah dan arak..tp kalau ustaz demam or sakit, ustaz x makan ubat ke? kan ubat tu adalah dadah? bg saya, kalau ustaz nk bercakap pasal hadis, baek ustaz tnya pakar2 tafsir hadis terlebey dahulu sebelum bg kenyataan untuk mengelakkan salah faham..
masa zaman umar dlu, semayang terawih sampai 30 rakaat..tp nabi buat sampai 8 je..adakah ibadat seorang ahli syurga (umar) tidak diterima??renungkan lah saudara2ku..
sedarlah ustaz...umat islam sekarang sudah semakin teruk..kita kena fikirkan jalan utk sama2 menyeru umat islam ke jalan yg lurus bukan kita yg bergaduh..
bukan nak menghentam satu sama laen.apa yg baek, kita ambik..yg buruk kita sama2 betolkan.bukan nak menghentam. bg sy, cara esq menghuraikan hadis dan ayat2 suci sgat menyentuh jiwa saya..
kalau ustaz bley bg ceramah sampai org nangis2 keinsafan, sy respek habis la..(tu pun kalau bley)..
sedangkan ada seorang ustaz kat timur tengah (lupa namanya) bg khutbah jumaat sampai org nangis2 dan pengsan. ini lebih berkesan kalau nak dibandingkan dengan ceramah yg buat org mengantuk..
apa yg esq ajar tentang suara hati itu sy rasa mmg benar.siapa yg menciptakan hati kita? Allah kan?sudah tentu Allah telah tiupkan sifat2 mulia ke dalam hati kita. cuma yg menutup sifat2 itu adalah belenggu..saya ulang.. BELENGGU...
sy bg contoh, kalau org buat robot, mesti kita kena programkannya.baru bleh gerak ikut kemahuan kita. Tapi kalau Allah x 'programkan' kita agar menjadi baek, terasa ingin menemui Allah, rindukan syurga, masakan kita tau cara nak buat baik kan?Sbg contoh, kalau Allah dah 'programkan' kita agar menjadi jahat, suka kerosakan tapi Allah nak kita sembahNya, sudah tentu tidak jadi kan? Maka Allah telah meniupkan sifat2 mulia ke dalam diri manusia agar kita sama2 menyucikannya. dan bukan mengotorinya dengan belenggu yg akan menutup hati kita..begitulah maksud surah As-Syam, "Allah mengilhamkan sukma kebaikan dan keburukan.beruntung bagi yg mensucikannya, merugi bg yg mengotorinya"
saya rasa,apa yg ustaz buat ni mmg x patut..kalau nak sangat hentam,sila dtg jmpa org2 yg sepatutnya dan bincang leklok..
pesan saya : jadi peserta biarlah lengkap.jgn suka keluar masuk dewan.ikuti program dengan hati terbuka sehingga ke akhirnya.
kepada rosesatellite : terima kasih banyak2 kerana memberi pandangan berdasarkan pandangan kedua2 belah pihak.
Yang benar,
Muhammad Zuhair Al-Fateh,
Alumni ESQ Angkatan Ke-2 Mahasiswa UTP
Salam Semua,
Telah beberapa kali saya di ajak untuk hadiri satu sesi percuma ESQ165 oleh rakan karib. Ini setelah saya celupah lafaz "tiada jual beli(business) dlm dakwah"(Allah ampuni ku jika ku silap). Setiap kali saya tolak, tetapi kebelakangan ini terasa nak mengalah dan hadir sajalah....pikiran hati. Tetapi setelah membaca komentar dari ahli Alumni, sekarang jelaslah tak perlu saya hadir. Sebabnya, panjang tapi saya summarisekan saja nasehat buat diri saya sahaja. ESQ165 walau dapat bangkit kesedaran, tapi tidak upaya rupanya meninggalkan kesan yang mendalam bab zuhud. Kalau dah tau kebaikan, sekarang apa harus buat, Ilmu tu untuk diamalkan, bukan cakap cakap tak habis habis cakap, tak habis habis nak membangkitkan, bila nak buatnya. Rileks brothers and sisters, mengamalkan Islam tak susah.
Mohamed Mokhsin
Salam Semua,
Telah beberapa kali saya di ajak untuk hadiri satu sesi percuma ESQ165 oleh rakan karib. Ini setelah saya celupah lafaz "tiada jual beli(business) dlm dakwah"(Allah ampuni ku jika ku silap). Setiap kali saya tolak, tetapi kebelakangan ini terasa nak mengalah dan hadir sajalah....pikiran hati. Tetapi setelah membaca komentar dari ahli Alumni, sekarang jelaslah tak perlu saya hadir. Sebabnya, panjang tapi saya summarisekan saja nasehat buat diri saya sahaja. ESQ165 walau dapat bangkit kesedaran, tapi tidak upaya rupanya meninggalkan kesan yang mendalam bab zuhud. Kalau dah tau kebaikan, sekarang apa harus buat, Ilmu tu untuk diamalkan, bukan cakap cakap tak habis habis cakap, tak habis habis nak membangkitkan, bila nak buatnya. Rileks brothers and sisters, mengamalkan Islam tak susah.
Mohamed Mokhsin
assalamu'alaikum pak ustaz yang amat saya hormati...
mohon maaf sebelumnya, nak comen sikit bole tak? saya tau ustaz orang baik, pasti bolelah saya kasi komen,,,klo gak gak mungkin ustaz nulis diblog ni, bettul tak ustaz...
ustaz yang baik....
perkenalkan, saya salah satu alumni training yang ustaz tulis diblog ni...
bagi saya, dari sekian banyak training yang saya ikuti baru training ini yang dapat menyentuh kepribadian seseorang, hal ini berbanding terbalik dengan apa yang ustaz utarakan....
menurut hemat saya, ustaz berkata demikian karna beberapa hal yang tak dapat saya ungkapkan, tapi disini saya nak cakap bahwa ustaz hanya mengikuti training ini setengah-setengah, pesan saya, kalo nak melakukan sesuatu jangan setengah-setengah ustaz...mungkin waktu ngikut training ni ustaz sering keluar masuk ruangan...atau ketika penjelasan tentang background, ustaz kabur.....
kembali saya ingin menukilkan, segala sesuatu itu taklah bole di pandang dari satu segi saja, klo makin banyak orang seperti ustaz mungkin islam ni gakan maju-maju, islam hanya dikenal dimesjid, giliran dinegara islam dikesampngkan....
yuk ustaz jangan setengah-setengah, masuk islampun gak bole setengah-setengah ustaz...harus full, kaffah....(ni cakap orang awam ustaz)
islam bukan cuma bejenggot, islam bukan cuma pake cadar...percuma kalo bejenggot n bercadar kalo hati busuk....
Rasulullah sendiri tak pernah mengajarkan seperti ni...
diawal dan akhir dari training ni dah dijelasin bahwa segala sesuatu yang ada dalam training bukan berasal dari pak Ary,,,,mungkin ustaz gak dengar, makanya asal coment....hehehehehe....
terima kasih ustaz....(kayaknya gelar ustaz tu gak cocok)jangan ngaku-ngaku ustaz kalo gak mampu memaknai ajaran Rasul yang bersumber dari AlQuran n Hadist.
Salam.
Kalau setelah menghadirinya maka anda terasa sesuatu yang tidak kena dan tidak suka maka insyaAllah anda akan memahami sendiri apa yang saya telah maksudkan di sini.
Saya telah menghadiri kursus ini kerana dihantar oleh majikan. Saya juga telah membaca komen UZAR lama sebelum saya mengikuti kursus ini. Oleh itu, saya sememangnya ada menyimpan 'expectation' tertentu ketika menghadiri ESQ 165.
Benar seperti kata Ustaz Emran, berkenaan perasaan ada sesuatu yang tidak kena. Memandangkan perbincangan yang amat panjang lebar di atas pun sudah mengupas isu yang sama, tidak perlulah saya menambah lagi, kecuali perkara yang belum disentuh.
UZAR sudah menegur tentang peserta wanita yang sedang khusyuk berdoa dan menangis tidak sepatutnya diberikan mikrofon, tapi semasa angkatan saya, perkara ini masih berlaku. Saya tidak menyetujuinya, maka apabila saya diberikan mikrofon - meskipun ketika itu saya bukannya sedang terisak-isak -sekadar menundukkan kepala dan badan, saya menolak mikrofon tersebut.
Soalan trainer "apakah yang diberikan oleh udara kepada kita?", diberikan sendiri jawapannya oleh fasilitator, iaitu kehidupan. Soalan seterusnya ialah berkenaan cahaya bulan yang memberikan kelembutan. Akhirnya trainer berteriak menyatakan kepada peserta bahawa Allah yang memberikan kesemua nikmat itu, seolah-olah hendak mengingatkan kami yang jawapan kami semuanya tadi itu tersilap belaka. Sesi ini amat mencengangkan kebanyakan kami para peserta. Saya dan kebanyakan rakan peserta lain memang tidak dapat menangkap apa sebenarnya yang hendak cuba dicapai oleh trainer dan fasilitator. Mereka yang berikan panduan jawapan, kemudian mereka seolah menyalahkan kami atas jawapan yang diteriakkan bersama-sama itu tadi. Takkanlah kita hendak menyatakan: "apa yang diberikan oleh udara, maka jawapannya ialah Allah?"
Sesi di atas disusuli dengan 'katarsis', yakni pengakuan "siapa kamu" dan "apa yang kamu mahu" secara berulangkali. Dari kesimpulan yang dibuat di penghujung sesi ini, jelas trainer beranggapan bahawa para peserta pastinya akan memberi jawapan 'keduniaan' seperti "aku mahu kereta besar", "aku mahu pangkat tinggi", dan sebagainya. Namun sebaliknya yang berlaku, kerana para peserta sudahpun berulang kali 'disedarkan' dalam sesi terdahulu betapa keinginan material tidak kekal dan tidak membawa kebahagian abadi. Kononnya sesi katarsis ini yang paling disukai oelh alumni, tapi saya secara peribadi berpendapat ia kurang berkesan, kerana trainer menganggap kami seolah-olah masih kabur dalam membezakan antara kepentingan dunia dengan akhirat.
Kesimpulannya, saya menolak sebahagian perkara yang diajarkan dalam ESQ, yang mana saya sebagai orang awam yang kurang ilmu ini dapat rasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Namun perkara yang baik yang menyentuh nurani yang membawa kepada kebaikan, seperti peringatan tidak meletakkan kecintaan kita kepada sesuatu atau seseorang melebihi kecintaan kita kepada Allah dan Rasul, adalah antara perkara yang boleh diterima pakai.
Sekian, wassalam.
Assalamualaikum,
Saya alumni ESQ. Tapi saya sependapat dengan Ustaz. Saya suka komen bunnybaby. Ada yang ok pasai kursus ESQ, cuma saya rasa (penmdapat saya) yang tak ok lebih banyak. In the end, saya merumuskan ianya adalah cara beberapa orang mencari makan. Saya sendiri berpegang kita tak boleh cari makan dengan 'menjual' ayat Quran.
Cukuplah saya alumni ESQ, Insya Allah tak akan pergi lagi mana-mana ESQ training.
yang suka ESQ, itu hak anda, yang tak suka, mereka pun ada hak unutk tidak suka.
Allahu a'lam.
ASSALAMULAIKUM..PAGI....
Buat tatapan seluruh umat islam yg saya sayangi....jangan la kita menuding jari siapa yang benar atau pun siapa yang salah..."Barang sesiapa yg menyebut bhw manusia itu sudah rosak, maka dia itulah yg paling dalam kalangan mereka"(hadith riwayat Muslim), Fahamilah sedalam2 nya...."ALLAH MENGILHAMKAN SUKMA KEFASIKAN DAN KETAKWAAN...BERUNTUNG BG YG MENSUCIKANNYA....MAKA MERUGILAH BG YANG MENGOTORINYA.." Marilah kita bersama2 membawa saudara2 kita ke jlan yg benar...
"HIDAYAH BUKAN MILIK SESIAPA..!MILIK ALLAH JUA,..MAKANYA,..BERDOALAH DAN MENCARI...!ITU YG PERLU DITEKANKAN!CARI!..CARI!..ALLAH PASTI AKAN MENEMUKAN KERNA SELANGKAH KITA KEPADANYA,1000 LANGKAH ALLAH KPD KITA"...
Semoga kita bersama2 berjuang FISABILLILLAH.......
AMIN.....
Assalamualaikum wbt.
berkatalah benar walau pun pahit.
teruskan perjuangan ustaz Emran.
sudah, game over. Mufti KL sudah mengharamkan ESQ Training. BOleh rujuk sini:
http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/fatwa_esq.pdf
http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/fatwa_esq.pdf
dapat disimpulkan di sini terdapat dua golongan manusia yang cuba mempengaruhi antara satu dengan yang lain. pertama golongan yang mempunyai semangat dan kedua golongan yang mempunyai tanggungjawab. golongan yang mempunyai semangat adalah golongan yang mengikuti sesuatu program dan berpuas hati dengan program tersebut lalu cuma mempertahankan program yang disertainya sedangkan ianya mempunyai banyak kesalahan mengikut pandangan golongan yang mempunyai tanggungjawab. bagi golongan yang bertanggungjawab pula adalah mereka yang mempunyai ilmu yang luas dan cuba memperbetulkan golongan yang bersemangat untuk kembali ke jalan yang lebih baik agar tidak terkeluar dari landasan sebenar. cukup jelas semangat dan tanggungjawab adalah dua perkara yang sangat berbeza di mana semangat hanya untuk seketika dan tanggungjawab adalah yang selamanya. renungkan .... wallahu taala a'alam
Salam Saudara2 Islamku,
ESQ AJARAN BARU ISLAM LIBERAL??
Mufti W.Persekutuan dah keluarkan fatwa. ESQ Haram & Sesat, Tapi bagaimanakah pendirian Mufti2 dan Bekas2 Mufti yg lain dan yg pernah hadiri Training HR ini? Dan Pendirian Panel Syariah ESQ? Apakah mereka2 semua bersubahat dlm "memesongkan dan Meyesatkan Akidah dgn Ajaran Baru ESQ"?? Saya Pasti semua org tahu siapakah Mufti Wilayah Persekutuan dan Siapakah Ahli2 Panel Syariah dan Sunnah ESQ dan Siapakah Mufti & Bekas Mufti yg telah hadir ke Training ESQ.
Salam Sejahtera...
nak menyampuk jugak sikit dr saya yg tak berapa tinggi ilmu agama ni...
bagi saya tak perlu berdebat ttg sesuatu yang boleh memecahbelahkan kita...
lg 1 x perlu buang duit riburiban utk menhadiri kursus mcm ni kalau setakat nak menegak benang yg basah...
lebih baik setiap minggu pi dengar ustaz baca kitab (percuma & dpt pahala pulak tu) dan bila habis dengar sebaiknya time sebelum tidur, kita review kembali apa yg kita dengar uztaz tu ckp siang tadi..muhasabah diri....
tp saya SETUJU ngan ustaz EMRAN..
ada 1001 mcm cara dakyah barat nak memecahbelahkan umat Islam...elok kita berhati2 dgnnya...amin
Saya bukanlah Ustaz seperti saudara² sekelian.. Ilmu Agama pun x setanding dengan Saudara² sekelian.
Pegangan saya, Jika nak berkongsi Hadith² se elok²nya sertakan lah situasi² yang berkaitan semasa Hadith tersebut dikeluarkan. Bukan apa, takut Hadith tersebut tiada kene mengena dengan apa yang diperbincangkan.
Saya nak kongsikan apa yang telah saya baca sebelum ini dimana ia mengisahkan peristiwa semasa kepimpinan Khulafah.. suatu hari sahabat bertemu khulafah untuk menyatakan perasaan tidak puas hati dengan umat Islam yang lain kerana ia berpakaian cantik, kemas dan anggun. Sahabat menyatakan ia melanggar saranan Nabi s.a.w supaya umat islam hendaklah hidup bersederhana, tidak melebih dan tidak terkurang dari segala benda termasuk berpakaian.
Kemudian, Khalifah tersebut mengeluarkan arahan supaya sahabat yang diperkatakan tersebut datang mengadap beliau. Memang benar apa yang diperkatakan, sahabat ini berpakaian mewah semasa bertemu khalifah. Khalifah mula menyoal beliau mengapa berpakaian mewah? sedangkan ia tidak disarankan oleh Nabi s.a.w.
Sahabat berkata : "aku berpakaian sebegini semata-mata kerana Allah, untuk menunjukkan Islam itu adalah agama yang mulia kepada Orang-orang kafir, Bagaimana aku hendak menyebarkan Agama Allah jika pakaian yang dipakai oleh orang kafir lebih mewah daripada aku?"
Sekian.. Sebagai renungan, sahabat pernah berkata : "carilah 30 alasan untuk menyejukkan hati Mengapa kita perlu 'bersangka baik' atas sesuatu perkara yang kita lihat, dengar dan sertai"
Ternyata, apa yang hendak dilakukan adalah disertai dengan niat.. adakah kamu tahu dan faham apa Niat EQS? adakah kamu tahu dan faham apa niat saya memberi komen ini? adakah kamu tahu dan faham apa RASA air teh yang diRASA oleh orang di sebelah kamu tu sama seperti rasa air teh di dalam cawan kamu?
p/s: saya rasa pendapat individu terhadap perkara berkaitan akidah perlu dapat kelulusan atau diperbincangkan ditempat yang sepatutnya sebelum dikeluarkan secara bebas dalam blog. Ia akan menambahkan lagi perpecahan Ummah. (walaupun dicanang sebagai pendapat sendiri), Cukuplah pecahan 4 mazhab sekarang. Jangan ditambah lagi.
p/s2: "tiada siapa yang dapat memastikan burung yang terbang itu akan hinggap di ranting pokok yang mana dan mendapat makanan untuk hidup tanpa mendapat kebenaran daripadaNya"
Sekian coretan saya, Jika salah, harap dapat diperbetulkan tanpa mengubah maksud yang ingin saya sampaikan..
Assalammualaikum.
Salam sahabatku...
Saya terpanggil mencari di google tentang ESQ selepas kenyataan Majlis agama wpkl mengharamkannya. Sehingga secara tidak sengaja saya masuk ke blog ini. Sedih melihat sesama kita bertelagah. Saya juga bersetuju dengan kenyataan keliorganik. Yang panjang berjela komennya, saya fikir mungkin mereka2 ini pernah menghadiri program ini.Nampak begitu bersungguh2 mempertahankan.Apa-apapun jadikan Al-Quran sebagai rujukan.Banyak majlis ilmu yang free, dlm youtube pun byk. Kenapa nak pergi yang jauh. Apa-apapun yang penting diri kita. Cermin diri kita dulu. Muhasabah diri. Kepada para ustaz,teruskan usaha anda. Terima kasih kerana mengingatkan. Sekurang-kurangnya, akan membuatkan kita terfikir kepada perkara-perkara yang terlepas pandang. Amin..
Salam...
Apa yang boleh saya simpulkan. Yang panjang berjela komennya ni, mungkin pernah menghadiri program ESQ. Nampak bersungguh-sungguh sangat mempertahankan. Apa-apa pun rujukan kita tetap Al-Quran. Dalam mencari Ilmu Allah, kenapa perlu ada bayaran yang mahal. Yang free pun kita susah nak pergi. Walhal dalam Youtube banyak majlis-majlis ilmu yang dirakamkan untuk kita kongsi bersama. Contohnya ceramah Ustaz Muhamad Kazim. bagus apa. Yang penting diri kita.Sedih tengok sesama kita bertelagah. Kepada Rosesatellite, ada ketika, kita perlu merendahkan diri kita. Pendapat yang diberikan oleh para ustaz, adalah pendapatnya yang ikhlas,tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Dengar, kaji dan renung-renungkan. Jangan menyalahkan mereka. Mereka lebih mendalami ilmu daripada kita yang cuma mendengar ceramah cuma sekali-sekala. Para para ustaz, saya hormati pandangan ustaz. Tegurlah, keluarkan pandangan anda sekiranya anda rasa ada kesilapan. Itu tugas anda, satu amanah berat yang perlu dipikul oleh kita sesama Islam. Kepada warga ESQ, kaji semula program-program yang dijalankan. Perbetulkan apa yang silap.Terima pandangan dan teguran. Jika ilmu yang diberikan boleh menggoyahkan kepercayaan sesama islam, kelak nanti susah kita nak berjawab semasa di 'court' Allah.
Amin...
Bismillah
Salam
Ustaz, sangat-sangat setuju dengan apa yang ditulis.
Berkenaan campur lelaki/wanita. Perkara ini yang menjadi kekeliruan ana suatu masa dahulu join training ini.
Diakhirnya ana tertanya, apakah begini yang perlu dimotivasikan...dari segi muzik, cara untuk sujud syukur, solat tanpa tabir tirai/hijab, luahan hati... Wallahua'lam..
Dari segi lihat +ve itu ada tapi tidak kena gaya. maka serupa jugalah tiada yang mengikut tuntutanNya..
(2,3 kali join..kemudian dah rasa tek kena... terus senyapkan diri sehingga rakan sebilik ana caci ana dengan pelbagai kata2.. paksa minta ikut & dia pun secara tak langsung dah terlalu taksub dengan program ini.)
Sekian.
Salam Ustaz dan Tuan2 Puan2
Alhamdulillah setelah membaca pandangan Ustaz dan respon juga komen dari pembaca, pada pandangan saya yang terhad ini, saya nampak lebih banyak keikhlasan yang ditunjukkan untuk mencari yang benar dan hak disisi Allah berkenaan ESQ. Dalam memberi pandangan, kadang2 kita terlepas satu dua perkataan yang agak terkeluar sedikit dari lingkungan berhikmah sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Kalau boleh saya cadangkan jalan yang terbaik adalah kita berbincang secara tertutup atau bermuzakarah. Kita semua beragama Islam, cuma peringkat ilmu sahaja berbeza. Yang kurang ilmunya boleh belajar dari yang alim atau lebih ilmunya. Demi untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari dan diterima Allah.
Ada dua peringkat Muzakarah boleh diadakan, pada pandangan saya (IMHO). Pada peringkat Ustaz, boleh kiranya Ustaz jemput tuan2 puan2 duduk berlapang dada dan berbincang dimajlis tertutup. Ataupun tuan2 puan2 boleh membuat ziarah kerumah Ustaz.
Peringkat kedua yang lebih penting adalah untuk pihak2 yang mempunyai 'authority' bermuzakarah Dan menetukan ESQ ini. Lebih cepat lebih bagus bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat. Maksud saya yang mempunyai 'authority' adalah alim2 ulamak.
Ada kemungkinan, hasil dari perbincangan ilmiah dan muzakarah ini, module ESQ ini dibetulkan untuk dipandu atas Quran dan Hadith. Mungkin juga diharamkan sama sekali. Kalau kita biarkan perbincangan ini secara terbuka melalui blog begini kita takut kekeliruan masyarakat umum terhadap ESQ makin parah. Lebih teruk lagi isu2 lain yang takde kena mengena dgn ESQ dan boleh menjurangkan sesama kita dibangkitkan secara tidak sengaja. Ini tidak menguntungkan semua pihak.
Saya amat faham masing2 mempunyai 'strong opinion' mengenai ESQ. Harap boleh 'step back' sekejap dan berlapang dada.
Salam,
Ex-ESQ participant
Assalamu'alaikum wr wb
ana tak nak menjabarkan apa-apa pasal disini.
Ana hanya coba mengingatkan saudara saudari semuanya....
"sebelum evaluasi pihak lain, marilah kita evaluasi pihak kita"
Salam..
Betullah akhir zaman..
Nak buat duit bnyk pakai nama Islam..
Nak buat apa2 pown pakai label Islam..
Hakikatnya kursus mahal2 tetapi kesan kesedaran tu berapa lama la agak2 boleh tahan?
baik pegi dengar kuliah ustaz2 tradisonal tu lagi bagos la kowt sekurang2nya ada keimanan pegi musolla..walaupun ustaz2 tradisonal berbeza dengan ustaz salaf dari segi amalan..
yg penting ada keimanan dahulu..kemudian bab2 amalan2 tu boleh adjust punya slow and steady..
cuma jgn pandang rendah je dekat orang2 awam yg ikut tradisonal dah 0k dah...
akhlak adab jaga insyallah terbukak la hati tu untuk mengenal manhaj salafusoleh..
Wallah uaklam
Assalam.
sejauh mana kesedaran klau follow ni kursus?
adakah 1 hari?2hari atau selama2nya?
senang2 je orang nak buat duit pakai nama Islam..
apa2 nak kaya pakai label Islam..
bagos la akhir zaman nih mcm2 jenis manusia ada..
Engkau bagai air yang jernih (Islam adalah suci dan jernih)
Di dalam bekas yang berdebu (didalam kehidupan dunia yang penuh muslihat)
Zahirnya kotoran itu terlihat (yang batil tetap kelihatan jelas dan menjadi kebiasaan)
Kesucian terlindung jua (yang benar dipandang asing dan terpinggir)
Cinta bukan hanya di mata (Pandngan mata itu tidak penting)
Cinta hadir di dalam jiwa (yang penting itu iman di dada)
Biarlah salah di mata mereka
(biarkan siapa yang tidak memahami untuk mengata)
Biar perbezaan terlihat antara kita (yang benar itu perlu ditegakkan)
beruntungla orang yg asing dlm memberi pendapat yg asing berasaskan quran dan sunnah..
rosesatellite
Cari la al-jamaah yg betul!
sebaik2nya yang membawa quran dan hadits
dan sebaik2nya mereka2 yg mengikut manhaj para2 salafussoleh
jgn la cari jamaah yg duk dlm gelap bertafakur menangis2..
itu bukan caranya mendekatkan diri pd yg Esa..
cukop la Quran dan Sunnah ditinggalkan pada kita umat Islam..
Gigit la dengan geraham Quran dan Sunnah Insyallah selamat duniawi akhrawi..
tidak perlu kita bergantung pada seminar2 seperti ini..
yang kebnyakkan nya meniru style dari barat dan dari mereka2 yg ingin mencari duit melalui cara aktiviti2 keagamaan..
kepada rose165 yang dikasihi
apa pasal pula al-fatihah pada yg arwah?
arwah dah dlm kubur tidak sampai kemana pown al-fatihah untuk simati..
cukop la sampai pada anda dan sihidup...
hehe..
Rose...para2 ustaz dan ulama berdakwah dengan ikhlas kerana Allah...
Allah tidak menilai sesorang jika berdakwah samaada ramai pengikut atau tidak..
yg penting niat ikhlas!
jangan nak pertikaikan kerja2 ustaz2 sunnah dan ulama sakaf oleh kerana terlalu bnyk maksiat berleluasa?
jgn menyalahkan mereka2 yg berusaha sedaya upaya mengtarbiah manusia kembali pd jalan benar..
Dalam hidup nih ada 2 macam hidayah..
1st Hidayah lisan iaitu dari manusia ke manusia dengan penjelasan dengan dalil2 yg sohih dan kukuh...
2st Hidayah plg besar hak mutlak Allah untuk membuka pintu hati hamba2nya selagi mana hamba2nya nak kembali padanya...
klau dah ustaz2 dan para ulama berdakwah tapi manusia taknak ikut nak buat mcm mana?
nak salahkan ustaz2 dan ulama?
Subhanallah mereka la orang yg paling takot dgn azab Allah jika tidak menjalankan tugas dengan menyampaikan kebenaran dan ilmu yg hak dan benar...
JANGAN ANDA MEMANDANG USTAZ2 DAN ULAMA ITU DENGAN PANDANGAN KEJIAN dan HINAAN,,,
Nauzubillahiminzalik!
Salam Ustaz.RASULULLAH dulu pun buat businesss.Kalau kita nak islam kan org,jgn terlampau fanatik sgt,org naik takut la mcm tu.Ustaz pulak byk ckp dosa,pahala,ni tak baik,tu tak baik tapi yg tak baik tu juga yg ustaz duk buat.Cuba tunjuk contoh yg baik jgn duk nak tunjuk alim sgt.Aurat tu apa ustaz?Dlm tutup aurat,terkeluar juga anak2 dlm tutupan yg bapak tak tau siapa.Kan dah d ceritakan dlm quran semua tapi tak paham kiasan.Nabi tu apa ustaz?kafir tu apa ustaz?ada ustaz yg btl tapi ada ustaz yg lbh btl bila dah jadi office boy seitan.Ustaz2 ada yg bagus tapi seorang dua yg salah guna,semua ustaz jadi mangsa.Apa kata kalau kita debat dgn cara diplomasi tapi jgn la emosi,tak best.Saya tgk skrg perempuan pun dah ramai jadi keturunan ninja turtle,kecewa saya tgk sebab nak mkn pun seksa.Perangai baik dah la,tak payah nak tunjuk zahir alim sdg kan kat dlm simpan telur2 seitan,bila menetas ramai lah.Jgn marah dulu tau,kan kita bcg.Biar bersih luar dlm,jgn luar je cantik.
salam ustaz.....
first impression dah salah....ustaz yg benar2 pun takkan mengaku dia ni ustaz. Tp ustaz? Atau untuk melariskan blog semata2? Pikir la Sendiri....
Ada bermacam cara untuk berdakwah. Sy ni adalah alumni ESQ ke 49. Sy berbangga utk mengatakan sy adalah antara yg pernah attend. Terima kasih diucapkan kepada sykt yg menaja kakitangan seperti kami.
Betul bak kata rakan2 sebelum ini. Jgn mudah menabur persepsi yg buruk klu tak ikuti sepenuhnya.
Come on..jgn nak bergaduh2 dlm ni. Klu ustaz betul2 hendak meninggikan martabat islam...binalah ummah...apa yg telah ustaz lakukan. Jgn lah setakat nak komen apa yg org dah buat, tp fikirkan apa yg telah kita lakukan.
Adios...
Assalamualaykum. Ada baiknya sdr memperbetul cara penghujahan sdr. Sesuatu kenyataan seperti 'saya yakin', 'pasti' mestilah berdasarkan fakta-fakta yang cukup bukan agakan, sangkaan dan dugaan. Saya ingin merujuk kepada kenyataan sdr "Apapun saya yakin orang-orang Malaysia yg terdiri daripada kelas professional sp "org-org dari gerakan dan badan NGO Islam seperti JIM, ABIM dan seumpamanya pasti berbondong-bondong memasuki latihan ESQ ini dan bertempik bersorak menyatakan kesukaan mereka". Alangkah buruknya 'keyakinan' dan 'kepastian' sdr yang hanya berasaskan hanya sangkaan-sangkaan (dhan). Ditambah pula dengan kata-kata sinis 'berbondong-bondong' dan 'bertempik bersorak'. Sedangkan mainstream ABIM dan kebanyakan ahli-ahli ABIM khususnya, sejak awal berwaspada terhadap ESQ dan menjauhkan diri dari program seumpama itu. Kami berkeyakinan komitmen terhadap Islam hanya dapat dibina dengan tarbiyah yang berterusan, integrated merangkumi akal, ruh, hati dan emosi. ESQ yang bersifat 'quick-fix' dan lebih mempermainkan emosi insan, tidak akan bertahan lama. Ingat bahawa, 'Sesungguhnya sangkaan tidak sedikitpun berguna untuk melawan kebenaran' (Yunus, 36). Ingat juga, 'Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diperolok-olokkan lebih baik dari mereka yang memperolo-olokkan' (al-Hujurat, 11). Wassalam.
assalamualaikum...
tidak salah rasanya sekiranya sy mencelah bg menenangkan keadaan.tidak baik sekiranya kalau dibiarkan kita yg sesama saudara ini terus menyalahkan antara satu sama lain.sebelum itu mohon maaf ustaz,saudara dan saudari..pada pandangan sy tujuan ustaz menulis di dlm blog ini hanyalah untuk meluahkan pandangan dan pendapatnya sahaja.tidak salah sekiranya kita mengambil serba sedikit isi setiap hujah yg cuba disampaikan.kita bukannya nk mengatakan itu tak baik,ini tak baik..tp itu semua pandangan masing2.setiap org ada pandangan dan penilaian masing2 melalui pengalaman.sama2 kita memperbetulkan antara satu sama lain.mari la kita bersama membincangkan isu ini secara aman,jgn smpai timbul salah faham antara kita bersaudara.bersama-samalah kita memperbaiki apa jua kekurangan yg ada.ilmu itu harus dikongsi.anggapla segala yg baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yg buruk itu datang daripada diri kita sendiri.harap maaf kepada semua,semoga kita dpt membincangkan perkara ini dgn lebih hati terbuka tanpa ada pihak yg akan terasa atau tersinggung...wasallam
Assalamualaikum,
Saya nie seorang CEO di bermaustautin Selangor. Saya sebelum ini seorang yang tersangatlah jauh dengan agama dan bergelumang dengan maksiat.
Saya telah mengikuti ESQ angkatan 33 di PWTC oleh Pak Legisan.
Disitu saya mendapat hidayah dan bertukar 360 darjah kepada seseorang yang mendekatkan diri kepada agama.
Apa yang saya ingin katakan ialah ESQ bukanlah untuk ustaz2, ulamak2 tetapi adalah untuk orang-orang yang dahulunya terpesong jauh dari agama.
Ustaz2 dan ulamak2 olehlah membahaskan dari segi pegangan dan pandangan masing2 tetapi janganlah mengatakan bahawa ESQ tidak baik kerana ianya telah menjadikan orang ramai tersalah anggap.
Saya telah berjumpa ramai orang 'biasa', 'artis', 'korporat' dan ramai lagi yang mendapat hidayah di ESQ ini.
Kami bukanlah orang yang belajar di agama di Mesir atau pondok yang sangatlah daif ilmu agama.
Orang 'biasa' yang jauh dari agama ini jaranglah sangat pergi surau atau masjid. Sembahyang Jumaat sahaja pergi surau.
Dengan cara ini dapat membawa orang 'biasa' seperti masa ini mendengar motivasi tetapi yang menyelitkan unsur kerohanian yang dapat membawa orang ramai balik kepada agama.
Oleh itu saya menyeru kepada semua oarang-orang 'biasa' untuk mencuba ESQ ini.
Yang baik datang dari Allah dan tidak baik datangnya dari saya.
salam yusnita..
sy pon insan biasa mcm anda..tp pada pndangan sy, sangatlah x patot awak memberi komen sebegitu..tindakan awak seolah2 menghina ustaz..sy pon org biasa saja dan disebabkan org biasalah,sy sedar bahawa ilmu agama ni terlalu cetek..jadi,sy x berani memberi apa2 komen berkaitan agama..mcm ustaz dah ckap,mungkin disebabkan cetek ilmu maka sy xkan faham pa yang ustaz sampaikan..disebabkab tu lah, sy bertekad ntk tinggikan ilmu..mudah2an sy boleh faham maksud ustaz suatu hari nanti,insha allah..apa2 pon,jgn emosional ok;)...dan kita mndapat syurga allah bukanlah disebabkan ilmu ataupun amal kita,tetapi disebabkan keredhaan allah pd kita..jadi,sama2lah kita perbaiki diri,moga2 hijrah kita menuju keredhaan allah...
kepada ustaz...hurm,barangkali betul apa yg ustaz sampaikan berkenaan aqidah..tp agak x molek lah kalo kita cemuh jemaah(ABIM,JIM dll..)sebab jemaah2 ni yg bnyak bawa sy & sahabiah lain mengenal islam,insha allah....
maf zahir batin..wallahualam
Sebagai salah seorang alumni ESQ saya setuju hampir keseluruhan tulisan Ust Emran. Mungkin disebabkan sedikit ilmu yang saya ada dan juga pendedahan ilmu ilslam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta pemahaman para sahabat dan salafussoleh. Dan betullah tulisan Ustaz tentang majoriti mufti2 di negara ini akan memandang ESQ baik disebabkan seperti yang ditulis. Mujurlah ada seorang mufti wilayah yang mengeluarkan fatwa sebegitu, setidak2nya ia akan mencetus minda orang2 yang mahu berfikir dengan sandaran syariat yang sohih, bukan berdasarkan persangkaan semata2.
Pengalaman dan pemerhatian saya, memanglah ramai yang bersemangat selepas kursus 3 hari, kononnya ia akan merubah hidup mereka. Fenomena begini sebenarnya amat biasa sekali selepas mana2 kursus motivasi. Tapi adakah benar perubahan itu akan berlaku? Tenyata sekadar semangat untuk 2-3 hari sahaja. Selepas itu, mana yang kaki gossip teruskan dengan gossipnya, yang tak tutup aurat tetap dengan pendedahannya, dan macam2 lagi..
Melihat kepada respon thread ini, saya sangat sedih dengan akhlak kita terhadap ahli ilmu. Mereka ikhlas menyampaikan pandangan mereka berdasarkan ilmu mereka tanpa mendapat bayaran sedikit pun drpd kita, dan ada antara kita yang begitu “tinggi akhlaknya” membidas, menyindir, mencemuh, malah bukan setakat ustaz yang dicaci, wanita2 yang menutup aurat dengan sempurna pun turut dikeji. Ittaqillah wahai saudara2 muslim ku. Belajar agama hendaklah dengan kaedah yang betul, bukan setakat kursus 3 hari dengan dentuman musik, jeritan2, suara2 memainkan emosi, menari sambil mengikut alunan musik dan gambar, menangis secara jemaah dalam gelap dll…. Ruangkan waktu untuk mengikuti majlis2 ilmu selepas Ramadan ini. Jangan harapkan sangat majlis ilmu dalam Ramadan kerana Ramadan bulan kita meningkatkan ibadah, bulan2 lain kita cari ilmu.. Wassalaamu’alaikum.
Wasalam Ustaz,
Saya nih kategori rock tp tak lupa ibadah yg perlu dilakukan. Saya telah dipaksa utk masuk training ESQ di Uitm Penang.
Dan saya telah bertengkar serta keluar dari dewan apabila penceramah meminta saya menangis mcm org tak siuman. Saya rasa ustaz pon paham maksud saya. Bg saya kita patut haramkan ESQ kerana ia sesat. Lgpon kenapa kita perlu agungkan ajaran yg dtg dari Indon kerna kita sudah maklum di Indon islam dan bukan islam buleh berkahwin???? itu dah lari dari mazhab yg kita guna di Malaysia.
Saudara Zam, pertama kali saya join esq, saya tak menangis cuma saya terkejut dan terpegun. Selepas itu saya kerap juga datang join semula dan setiap kali saya datang semula tu saya akan menangis. Tiada siapa memaksa kerana saya menangis memikirkan diri ini yg banyak melupakan segala nikmat yang Allah berikan selama ini dan menangis kerana teringatkan betapa susahnya Rasulullah berjuang untuk menegakkan agama Islam. Bila diingat-ingatkan balik tak pernah sekali pun para trainer tu memaksa untuk menangis dan kalau menangis pun rasanya orang tersentuh dengan cara dan pengisian didalam training itu sendiri.
Assalamualaikum
ESQ ,sy bersetuju dgn ustaz adalah susuatu ya br.Untuk pangetaun Ustaz dan shbt sekalian sy tidak pernan mengikuti sebarang program melibatkan ESQ,mungkin ada yg berpendapat sy x layak untuk memberi sebarabg komen ttg ESQ ini.tp melalui,perbincangan,perdebatan ,pembacaan ,etc seolah-olah saya membaca sinopsis ttg ESQ ini dan memahami secara asas shj.Pd saya ESQ ini lebih kepada program mencari diri yang hilang,kesedaran diri,mengenali dr dan PENCIPTA.tatapi kalo di baca komen2 dan pendebatan dalam ruangan ini program ESQ ini menjurus kepada keinsafan diri dr makhluk yg hilang diri akhirnya apabila melibatkan diri dengan program ini secara sengaja atau terpaksa akhirnya diri yang hilang itu muncul kembali.Selama ini di mana menghilang??.ALLAH SWT menurunkan AL_QURAN kepada NABI MUHAMMAD SAW, untuk apa??cuba jawab untuk saya dan program ESQ ini untuk apa??jika untuk keinsafan yg mane lebih memberi keinsafan.
MAU LIHAT SETAN YANG BENAR BENAR SESAT EMRAN ??????
BERKACALAH DAN LIHAT WAJAH SETAN ITU
EMRAN
KENAPA TIDAK DENGAN UPAYA ESQ YANG MENCOBA MEMBUAT MANUSIA KEMBALI INGAT PADA TUHANNYA..
KALAU ANDA TIDAK SENANG,DIAMLAH DAN LAKUKAN YANG LEBIH BAIK
BUKAN HANYA MENCELA DAN MENGELUH DIBELAKANG SERAYA DIAM BAGAI BATU @!!
Wallahu'alam. 1st expression saya yang melahirkan rasa tidak suka cukuplah dengan harga kursusnya yang mahal. Seakan-akan ini hidayah-hidayah special buat orang yang kaya raya. Namun saya kira okelah sikit berbanding duit itu orang kaya bazirkan ke tempat-tempat yang tidak elok. Sekurang-kurangnya itu jadi salah satu wasilah untuk diorang dekatkan diri pada Allah. Nah, habis-habis nanti semua itu Allah yang nilaikan.
Oh teringat pulak saya hadis tentang golongan kaya yang tertipu dengan menghadiri majlis-majlis zikir. Disangka ilmu dan zikir itu sudah mencukupkannya dekat dengan Allah. Mata menangis bila hati disentuh. Namun sedar time tu je tanpa disusuli amal tidak bermakna apa-apa.. Itulah yang membezakan pergi ke program sehari yg mahal dgn terlibat dgn program dakwah fardhiyah yang berterusan yang memerlukan kita berinfaq secara berterusan juga. Takpalah ustaz, kita doakanlah kebaikan buat semua.. terima kasih berkongsi pandangan
Maaf, saya tersilap. merujuk pd komen saya di atas tentang golongan kaya tu, sumbernya bukan dari hadis, tapi ia adalah kata-kata dari Imam Ghazali
Salaam,
Hehehehe.. Tak payah la nak komen pepanjang lagik.. Cermin diri kamu tu berada dimana? apa landasannya? dan cukup ker? Gerenti akan ke Syurga ker?
Apa pegangan kita.. Apa tujuan kita.. dimana kedudukan kita..?
Kat bawah tapak kaki org kufar jugak bro.. Ada mata pandang, ada telinga dengar ada Mulut diam..
Ada tangan buat keje, tak payah tulis apapa.. tu tak betol, ni tak betol dan sebagainya..
Tanya balik.. Kamu di level mana? sedang berjaya ker atau papa kedana?
Sekian.. Maaf lah.. Yang baik dan buruk semua dari Allah s.w.t.
Maha Suci Allah yang menjadikan setiap sesuatu tanpa sia-sia..
Jazakallah.. Tak sedar² lagik? g la bertaubat bro..
tokey ESQ jadik jutawan dah wei kikis duit ahli2 ESQ yang sekali masuk, beribu. tak sedar2 lagi ke. dok nangis kat seminar, tokey ESQ terbahak2 ketawe dah jadik kaye. asyik nak tegakkan kandungan ESQ je, ape kate korang pergi opis ESQ, korang tengok macamane marketing department die kerje. semuenye duit, duit, duit!
Assalamu'alaykum Ustaz,
Saya sekadar ingin tahu akan pendirian ustaz dan isteri (yang berpurdah) kerana agak terkejut melihat gambar beliau yang tidak berpurdah dalam majalah Nur yang terbaru yang memuatkan cerita tentang keluarga ustaz. Adakah kerana beliau memegangnya sebagai mustahab maka gambar tanpa purdah juga boleh disebarkan kepada orang ramai?
Sangat2 hargai respon Ustaz.. syukran.
assalamualaikum...
simple and easy
"walk your talk"
Jika kedua2 nya ada dalil yang sahih... apa kata berlapang dada?
walaupun pada awal wujudnya ESQ, saya sudah rasa pelik. Seperti ada saja benda tidak kena..
Namun bagi pendapat peribadi saya, jika ada dalil yang sohih dari kedua pihak. Maka lebih baik berlapang dada.
dan sy setuju dgn ustaz Emran. Tumpukan kepada perkara yg lebih auliyat. Wallahua'lam.. :)
assalamualaikum, terimakasih atas komen ustaz,saya juga pernah mengikuti kursus ESQ dan saya juga sependapat ustaz tentang program ESQ.Kita kena balik kpd Al-Quran dan sunnah Nabi utk membezakan yg betul dan yg salah bukan pakai akal kita semata-mata.Kalau ikhlas nak membentuk ummah menuju jln Allah tak perlulah nak mengaut keuntungan (RM) berlebih-lebih.Kerana Fee kursus yg disediakan olej ESQ melampaulah mahal..... terimakasih ustaz kerana berkongsi pendpt.... saya sokong ustaz...
Assalamualaikum w.r.t.,
saya belum pernah menghadiri ESQ walaupun beberapa rakan dalam organisasi saya telah mengikutinya, dan meminta supaya saya kesana untuk mengalami pengalaman tersebut. Saya hanya melihat dari cerita mereka yang telah mengikuti program tersebut, dan berdasarkan dari komen Ustaz juga dan komen yang lainnya. ye lah, setiap perkara ada sebabnya, ESQ team berbuat demikian mungkin ada sebabnya tersendiri dan jika mereka hanya ingin berceramah/berdakwah, maka program ini tidaklah menjadi seperti yang diinginkan pada kesudahannya. Akan tetapi, berhati-hatilah jika menggunakan soal agama untuk mana-2 tujuan. Tetapi selagi jika merasakan ianya tidak menyalahi dalam Islam, maka harus dan dengan niat yg betul dan mengagungkan Allah s.w.t. Tetapi saya tidak merasakan ini adalah utk satu unsur sahaja, sebab itu juga mungkin maksudnya Ust Emran dalam blog beliau lagi pula beliau tahu mmg peminat ESQ ini agak ramai.
Jangan terlalu taksub dengan program ini, ianya hanya membantu kita mengenali diri dan jadikanlah Al-Quran sebagai pedoman kita. Insyallah kita tidak akan tersesat. Niat kita juga harus dijaga selalu, kerana niat juga akan menjadikannya sia-2(akhirat) atau bermakna(dunia)
Bagi saya sendiri, saya mungkin tidak akan mengikuti program ini kecuali ada unsur paksaan oleh majikan saya. Kerana ada sesetengah perkara yg saya kurang bersetuju semasa program ini berlangsung dan perkara itu tidak perlulah saya katakan disini kerana itu lebih kpd pndpt peribadi saya sama spt penulisan Ust Emran.
Assalamualaikum ustaz,
Saya faham pendapat peribadi yg ustaz Cuba sampaikan. Sy faham juga kenapa ustaz perlu zahirkan pendapat ustaz dlm blog ini...kerana tanggungjawab ustaz sebagai pendakwah yg tak senang duduk tgk benda baru yg dicipta manusia serta dikaitkan dgn agama kononnya! MasyaAllah, org yg betul berilmu pun takut nak ada2kan sesuatu yg mengaitkan agama tanpa alquran hadis Dan sunnah...takut Tuhan laknat kita Dok buat rasa2 sangka2 pandai2 pendapat jahil org awam Ni...huhu...buat hape la nak Dok tiru mcm org kristian Kat gereja tutup Mata nyanyi2 menangis2 ramai2 pastu mcm org yahudi Dok menangis ramai2 mengadapdinding ratapan depa tu Sbb nak dekat dgn Tuhan? Nangis jela sorang2 Lepas smyg fardu hari2 tu Dah cukup....Tuhan Maha Mendengar... lagilah free xpayah bayar!
Pendakwah Ni ada berbagai gaya...ada yg lemah lembut pendekatan berhikmah. Ada pulak yg jenis tegas! Tak BOLEH is tak BOLEH! Hukum Allah tak boleh diubah..Yg jenis tegas Ni bagus juga terutama tukang nak sound pemimpin2 yg halalkan pusat2 maksiat dibuka dsb...pastu pendakwah disalahkan 100%...so Kalau cik tak BOLEH nak telan yg tegas Ni, pergi carik blog pendakwah yg lemah lembut ok?
Kita sebagai org awam yg cetek ilmu agama Ni perlu ada pendakwah yg tegas Sbb kita Ni jahil kdg2 kita boleh2 nak Cuba menghalalkan cara yg salah dgn mcm2 pendapatlah hape2 tu suma lah! Teruskan perjuangan ustaz...semoga cabaran Dan liku2 menguatkan LG dakwah ke Jalan Allah..
Assalamualaikum...,
Saya telah menjadi alumni ESQ di indonesia, dan saya pun dapat mengambil kesimpulan dari ilmu dan ajaran yang saya dapat di ESQ. Intinya, jika kita memahami Qur'an dan sunnah pastilah kita mengetahui jawaban yang sebenarnya..
Karena pegangan kita untuk menjalani hidup semuanya ada di Al Qur'an. Kenalilah Islam lebih dalam dan pandai-pandai lah menyaring ilmu yang diterima. Bila kita ragu terhadap suatu hal, maka kembalilah ke Qur'an.
Ustad, sy hanya orang awam... Saya pun sedang belajar memperdalam ilmu Islam.. Saat ini banyak sekali ilmu yg tanpa disadari dapat menjeremuskan kita... smoga kita smua berada dalam golongan orang2 yang diselamatkan Allah di akhirat nanti Amin ya Rabbal alamin ...
Assalammualaikum w.b.t
Saya juga salah seorang Alumni ESQ. Bagi saya ada juga perubahan dalam diri saya setelah menghadiri kursus ini. InshaAllah peserta lain juga akan dapat bezakan yang mana salah yang mana betul. Yang penting adalah Allah dan Iman kita. Setiap program tidak semuanya sempurna mungkin kerana kita berbeza Mazhab di sana dan disini. Daripada kita memperkatakan hal yang itu ini. Lebih baik kita fikirkan sesuatu untuk wujudkan satu program yang boleh tarik minat golongan yang masih tercari2 ilmu dan masih lagi tercari2 dan tertanya2 apa sebenarnya tujuan hidup ini. Walaubagaimanapun pendapat org lain tidak boleh dinafikan. Semoga bermanfaat pada umat Islam di Malaysia kerana umat Islam di Malaysia sendiri berpecah belah dan berbalah.
wassalam
assalamualaikum,....
jika kita diberi satu peluang berdiri di hadapan Rasulullah sewaktu Baginda menerima wahyu ....apa kita rasa..?
dapat kita bercakap sepert apa yang saudara saudari comment di atas....saya tak menyalahkan atau menyokong sesiapa..saya nak Tanya.....susah sangat kah nak ikut al-quran dan sunnah....biarlah ESQ tuh nak buat apa....biar..kita tengok hasilnya..kalau ada bagus untuk kia..simpan..kalau tak buang...tuh jaa.....
Alhamdulillah..semoga sampai msg ni kpd ustaz empunya blog
Makrifat dan syariat sama pentingnya dan saling mengisi. Dapatkan makrifat keislaman tersebut dengan mengikuti training ESQ dan kemudian perdalam ketentuan syariat islam dari Ustaz2 yang berkompeten seperti Ustaz Erham ini.
Mari berdamai, bersatu dalam islam. Aamiin YRA
Sy setuju dgn pandangan saudara/saudari..
Setuju... sy pelik dgn perangai ustaz2 skrg ... mereka pandang org lain sebelah mata...sdgkn kerja berdakwah menyampaikn Islam bukan kerja2 ustaz2 shj.. tp tanggungjawab semua org Islam...
Alangkah indahnya jika kepelbagaian kaedah (form) dalam menuju Allah walau daripada apa jua kelompok bagaikan pelangi..walaupun berlainan warna namun menjadi indah jika bersama dalam menyampaikan intipati (content).
Setuju dgn pendapat anda. Pendekatan Human Resources menggunakan teras islam. Cuba ambik dari sudut yg positif. Jangan cuba sempitkan cuma kepada satu sudut. Islam itu mudah untuk semua jangan sempitkan dgn ilmu dan dan pemerhatian semasa. Masih banyak ilmu yg perlu dikaji untuk kita umat manusia. Pendapat kita tidak semestinya betul kerana kita memberi pendapat berasaskan apa yg kita tahu dan pernah alami tapi tanpa kita tahu masih banyak ilmu yg belum kita ketahui bila kita mula mengkaji lebih dalam. Seperti selalu kita dengar belajar laa ilmu hingga ke Negara China membayangkan bertapa luasnya ilmu pengetahuan yg patut kita kaji. Jangan mendabik dada dgn ilmu yg kita ada sehingga lupa ilmu yg kita ada masih kerdil kalau nak dibandingkan ilmu yg Allah kurniakan kepada kita sebagai khalifah utk mentadbir muka bumi ini.
Jika diri kita kosong dan ingin mendalami agama seperti saya,alhamdulilah.tetapi bergurulah dgn guru dan jika guru itu guru yg bagus dan berilmu die akan ajarkan ilmu yg sesuai dgn tahap pmikiran dan pemahaman kita.jika guru itu ajar lebih dr tahap pemikiran kita,kembali pada asas kita.kembali pada rukun iman dan rukun islam.rumah perlu dibina asas sebelum bumbung.jgnlah diri yg kosong ini dicurah dan diisi dgn ilmu yg tinggi tahap sebelum asas dimahiri.kesemua aliran 4 adalah benar dan tidak salah dan tujuan semua aliran hanya menuju kepada satu yakni menuju Allah s.w.t.jgnlh dgn sedikit ilmu yg kita dpt terus menerus menjadi ahli agama yg boleh pertikai hukum2 Allah.telah Allah tetApkan hukum.jgnlah kita melanggar hukum.Islam itu mudah tetapi jgn permudhkn islam.
assalamualaikum.... sya ni biasa2 ja.. tu ayat biasa yg si komen biasa guna. padahal ilmu semuanya mantap. subhanallah, macam2 laa pendapat masing2 ouh.. pendapat saya, kalau esq menganjurkan pgram yg di dalam nya pengikut ada yg tidak menutup aurat dgn sempurna, biarkanlah.. kalau nak tunggu org yg sempurnaa, konon rasa diri sempurna. memang taklah nak join. baik duk umah ja.
ok, apa pandangan kalian Dr. Zakir Naik bagi ceramah, tapi non muslim semuaaaaa ada. dari tak tutup aurat, sampai masuk islam. apakah kita tahu yg selepas pgram ini, ada org yg sedar, lalu laksanakan kewajiban nya dgn sempurna. apa kita tahu?? tidak kan.. janganlah mengoreksi sesuka hati. dakwah kita mcm mana? anak istri sudah sempurna auratnya.. tapi keluarga kita? apa kita tahu.. sudahlah2 tu.. dakwah bil hikmah.. islam bukan agama debat, tapi agama menyelesaikan masalah.. maaf andai ada yg terguris.. wassalam ustaz2 sekalian.. semoga kita ketemu di sana nanti...peace
Assalamualaikum ustaz.. terima kasih di atas pendapat yg dikongsikan.
Saya sebenarnya dari mula2 sudah ada keraguan di dalam hati.. zikir asma ul husna pak ary mmg amat merdu didengari tp ada sesuatu yg tak kena semakin kerap didengari.
Saya bkn org yg berilmu utk berbahas bab agama tp benarlah kata Rasulullah SAW.. pegang kuat pada Al Quran dan Sunnah..insyaallah kita akan selamat.
Apa yg merisaukan saya pada masa kini.. kebanyakan org melayu yg berjaya di malaysia dan berpengaruh di media sosial merupakan alumni esq.. dan ada diantara mereka bangga menunjukkan hubungan erat bersama leader esq tersebut.
Corak perniagaan mereka turut menggunakan modus operandi yg sama dgn esq seolah2 ingin membina puak atau tribe mereka sendiri yg perlu mengorbankan bkn sedikit wang ringgit utk mendapat hak istimewa itu.
Assalamualaikum ustaz.. terima kasih di atas pendapat yg dikongsikan.
Saya sebenarnya dari mula2 sudah ada keraguan di dalam hati.. zikir asma ul husna pak ary mmg amat merdu didengari tp ada sesuatu yg tak kena semakin kerap didengari.
Saya bkn org yg berilmu utk berbahas bab agama tp benarlah kata Rasulullah SAW.. pegang kuat pada Al Quran dan Sunnah..insyaallah kita akan selamat.
Apa yg merisaukan saya pada masa kini.. kebanyakan org melayu yg berjaya di malaysia dan berpengaruh di media sosial merupakan alumni esq.. dan ada diantara mereka bangga menunjukkan hubungan erat bersama leader esq tersebut.
Corak perniagaan mereka turut menggunakan modus operandi yg sama dgn esq seolah2 ingin membina puak atau tribe mereka sendiri yg perlu mengorbankan bkn sedikit wang ringgit utk mendapat hak istimewa itu.
Assalamualaikum semua
Saya yg jahil ini rasa ustaz emran sudah salah faham terhadap Esq. Esq adalah utk org awam yg jauh dari Allah.bukan untuk para ilmuan yang tinggi ilmu agamanya datang until menilai dan berdebat.kerana apa? Kerana nak tunjuk pd org yg aku ni bagus
dr dia.justeru dgn senang hati mengomentari org lain. Dah la x dpt ilmu yg sepenuhnya..Lalu dgn bangganya mengata Dan mengutuk. Marilah Kita sucikan hati masing2. Hanya Allah yang Maha Mengetahui
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Akhi, islam memang bukan cuma jenggot, bukan juga cuma cadar.
Tapi jangan lupa,
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam mengajarkan kita untuk memanjangkan jenggot dan menipiskan kumis.
Bunda 'Aisyah radhiyallahu anhum pun memakai cadar
Husnudzanlah pada orang-orang yang menjalankan sunnah, bukankah di akhir zaman, menjalankan sunnah seperti menggenggam bara panas?
Perbaikilah sikap kita terhadap para ulama, pada siapa lagi kita akan memahami jalan keselamatan ini jika bukan dari para ulama yang menjadi pewaris para nabi?
Pun di awal, ustadz sudah memberi peringatan bagi kita-kita awam yang belum pernah belajar islam sesuai pemahaman salafush shalih.
Tidak pantas sama sekali bagi kita mencela, apalagi menuduh dengan yang tidak etis dan tidak berdasar.
Pun soal kaffah, bukankah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam mengajarkan amar ma'ruf nahi munkar?
Apabila ada yang salah, menurut Al-Qur'an dan Sunnah, maka mesti disampaikan.
Yang menjadi bahasan, akhi, bukan soal menyentuh, tetapi mengenai hal-hal yang memang kurang berkenan berkenaan agama, yang dalilnya pun jelas.
Apa yang ustadz sampaikan, perlu disampaikan agar mereka yang awam dapat memahami agama dengan baik, serta dapat memahami jalan-jalan yang menyimpang dari ajaran yang benar.
Jangan sampai kita menjadi seperti orang yang berteriak pada nabi shallallahu 'alaihi wasallam agar berlaku adil.
Padahal siapakah kita?
Siapakah yang lebih adil dari nabi muhammad shallallahu 'alaihi wasallam?
Apabila Al-Qur'an dan As-Sunnah berkata demikian, maka patutlah kita tunduk dan taat.
Semoga kita semua bisa menjadi umatnya yang senantiasa berjalan di jalan yang lurus yang Allah ridhai hingga jannah.
Aamiin..
Assalaamualaikum, bertuturlah dengan cara berhikmah.. jangan kerana pertuturan kita tidak kena, perkara yang betul boleh dibuat fitnah.
Wallaahu A'lam..
Post a Comment