Apabila seseorang isteri dipukul oleh suaminya maka hendaklah dia melakukan 7 perkara berikut :
1. Beristigfar dan bersabar ketika mula-mula dipukul tanpa menyebutkan perkataan yang buruk seperti mencaci, memaki dan mengikut emosi. Ini berdasarkan hadith rasulullah salallahualaihiwassalam ;
إنما الصبر عند الصدمة الأولى
"Sesungguhnya sabar itu adalah pada waktu pukulan yang pertama. " [Hadith Riwayat Muslim]
Maksudnya ialah kesabaran itu bermula pada saat-saat pertama kali ditimpa musibah. Diriwayatkan juga bahawa Umar al-Khattab RA pernah berkata ;
وجدنا خير عيشنا بالصبر
Kami mendapati kebaikan pada hidup kami datang dari sifat sabar. [al-zuhd wa al-raqaiq]
2. Mengucapkan kalimah istirja' iaitu ucapan ;
إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali.”
Ini berdasarkan firman Allah SWT yang menyebut;
وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ. الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ. أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
“Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan: ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.’ Mereka itulah orang yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”[Al-Baqarah: 155-157]
3. Tidak bertindak terburu-buru, bertenang dan melakukan muhasabah
Diriwayatkan ada hadith menyebut;
التأني من الله و العجلة من الشيطان
Ketenangan itu dari Allah dan tergesa-gesa itu dari syaitan [Riwayat Abu Ya'la dan Al-Baihaqi, dhaif]
Hendaklah seorang isteri itu melakukan muhasabah seperti kenapa dia dipukul? Apakah kesalahannya dan mengapa suami memukul dirinya? Perlu bezakan keadaan antara diri tidak bersalah lalu dipukul tanpa sebab dengan keadaan diri bersalah tetapi suami tidak sepatutnya memukul kerana pelbagai sebab.
Jika ada kesalahan, perbaiki dahulu diri kita sebelum mempertikaikan tindakan suami yang melampaui batas memukul isteri. Utamakan pembaikan sebelum terjun dalam pertengkaran yang berlanjutan.
4. Jangan menceritakan atau menyebarkan aib rumahtangga kepada orang lain sekalipun kepada ibubapa, kawan atau saudara-mara
Apa yang berlaku dalam rumahtangga ialah amanah dan aib yang tidak perlu dibuka kepada orang lain kecuali kepada sang alim yang ingin diminta fatwa atau mereka yang amanah dan bertaqwa untuk diminta nasihat serta hakim dan pihak berkuasa yang mahu menjalankan kewajipan hukum. Banyak perceraian berlaku bukan kerana 'suami pukul isteri' tetapi kerana cerita suami pukul isteri tersebar, wujud campur tangan keluarga mertua, sentimen dan emosi yang mengakibatkan JALAN DAMAI TERTUTUP.
Bukan semua orang boleh diceritakan masalah. Apatah lagi dalam laman sesawang atau di forum-forum terbuka.
Diriwayatkan Khalifah Umar Al-Khattab RA pernah berkata ;
ولا تشاور في أمرك إلا الذين يخشون الله عز وجل
'Dan janganlah kamu bermesyuarat tentang urusan kamu kecuali bersama-sama dengan orang yang takut kepada Allah Azza wa Jalla.' [Sifatus Sofwah, Ibn Al-Jauzi]
5. Membuat keputusan apakah mahu berdamai dengan suami atau memilih jalan keluar daripada perkahwinan
Seorang isteri memiliki hak untuk memilih apakah mahu meneruskan rumahtangganya dengan harapan ianya akan kembali menjadi lebih baik atau mahu keluar daripada kongkongan suami yang pemarah dengan meminta khulu atau fasakh di mahkamah syariah.
Setiap kes dan situasi tidak sama, jadi setiap orang perlu membuat keputusan dengan melakukan istikharah, pertimbangan buruk-baik dan kesan perceraian kepada diri sendiri, anak-anak dan masa depan.
Kata Imam Ibn Taimiyyah rahimahullah ;
ما ندم من استخار الخالق وشاور المخلوقين وثبت في أمره
'Tidak menyesal orang yang selalu istikharah kepada Sang Khaliq dan bermusyawarah kepada makhluk serta teguh dalam perkaranya.'
6. Menjaga adab dan akhlak ketika berurusan dengan suami dan menunjukkan contoh yang baik di hadapan anak-anak
Kehidupan ini adalah sementara, akhirat itu yang utama. Dan setiap musibah yang menimpa akan menjadi kaffarah dosa dan penghapus keburukan seseorang. Justeru adalah penting bagi seorang isteri yang dipukul untuk menjaga akhlak dan adab-adabnya tanpa memberontak dan mengikut emosi serta menunjukkan teladan dan contoh yang terbaik buat anak-anaknya.
Kebiasaan wanita apabila dipukul suami akan merajuk, namun isteri yang solehah akan memperbaiki dirinya dan bersabar serta melayani suaminya dengan baik sehingga suaminya itu akan merasa bersalah sendiri kerana perbuatan memukul isterinya yang baik itu.
Ini kerana orang yang bahagia dengan hasil hubungannya dengan Allah tak akan terancam dengan apa yang dilakukan oleh manusia kepada dirinya.
Kata Imam Ibn Taimiyyah rahimahullah ;
ما يصنع أعدائي بي؟ أنا جنتي وبستاني في صدري، أين رحت فهي معي لا تفارقني، أنا حيسي خلوة، وقتلي شهادة، وإخراجي من بلدي سياحة
'Apa yang dapat diperbuat oleh musuhku kepada diriku? Sesungguhnya syurgaku dan tamanku ada di dalam dadaku. Ke mana aku pergi pun maka ia bersama denganku dan tidak berpisah denganku. Jika aku dipenjara maka ia menjadi tempat aku bersendiri dengan tuhanku dan jika mereka membunuhku maka aku beroleh syahid, dan jika mereka mengusirku keluar dari negeri maka ia adalah pelancongan bagiku.
Sebaliknya kata beliau lagi;
المحبوس من حبس قلبه عن ربه تعالى
والمأسور من أسره هواه
'Orang yang terpenjara atau terkurung itu ialah mereka yang hatinya terlindung dari tuhan-Nya. Dan orang yang tertawan itu ialah orang yang tunduk kepada hawa nafsunya.'
[Al-Waabil as-Sayyib min al-Kalim at-Tayyib, Ibn Qayyim]
7. Menjalinkan hubungan yang akrab dengan Allah, bertaubat dan sentiasa menjaga ibadah dan perintah-Nya
Mana-mana wanita yang menjadi hamba Allah yang bertaqwa, maka mereka pasti akan dipelihara oleh Allah seperti Maryam dan Asiah yang dipelihara daripada kejahatan manusia pada zaman mereka.
Daripada Utsman bin ‘Affan RA mengatakan, ‘Saya mendengar Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda, ‘Barang siapa yang mengatakan;
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dengan menyebut nama Allah yang dengan sebab nama-Nya tidak ada sesuatu pun di bumi maupun di langit yang dapat membahayakan (mendatangkan mudharat). Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, nescaya tidak akan ada sesuatu pun yang akan dapat memudharatkannya” [Riwayat Abu Daud dan al-Tirmidzi]
Sesungguhnya mereka yang zalim pasti tidak akan terlepas dan mereka yang tertindas dan teranaiya pasti akan dibalas dan dibela oleh Allah SWT.
Dia-lah sebaik-baik pembela dan pelindung !

25 comments:
salam ustaz,,tersebar poster di dalam fb baru2 ni,tentang nabi tidak pernah memukul wanita .dalam poster itu mendakwa hadith dari ibn majah.
Tapi tak disertakan matan arab.
boleh ustaz ulas tak?
:)
Assalamualaikum...ustz...
Situasi. ..suami dan isteri bertengkar...suami tidak mau isteri mengadu pada keluarga isteri...kalau mengadu juga jatuh talak satu...si isteri tidak dapat menahan rasa sedih lalu menceritakan masalahnya pada kakak si isteri....
Soalan saya:gugurkah talak pada si isteri?

Ustaz, kalau suami pukul isteri yg tgh mengandung 6 minggu sbb isteri tu pening bau kereta baru yg baru dibeli suami.lps tu bila isteri ajk keluar beli brg dapur yg dh habis suami maki hamun isteri sebut perkataan mencarut yg kasar bila isteri terpaksa keluar nak bli mknn sbb xde mknn kat umah.tp suami call suruh blk, isteri terus blk x jd beli mknn sbb takut kena maki hamun.tp sampai umah suami terus pukul isteri yg mengandung di bahagian muka dan lengan sehingga berbekas dan mencarut pd isteri.apa yg boleh isteri lakukan ustaz? Bukan ke tanggungjawab suami utk jaga isteri mengandung,pastikan makanan di rumah dan tidak pukul isteri? Dunia mmg dah akhir zaman kan ustaz?
klu mcmni senang2 la suami nk pkl bni dia..bni bt slh laki blh pkl p klu laki bt slh kita perempuan xblh plak pkl..kata sama taraf ni mcm dh diskriminasi dh..
assalammualaikum.. sy nk btanyakan pd ustz.. kalau suami kaki pukul, baran. dan sering ungkit wang, pertolongn pd isteri stp bulan. malah ungkit wang hntaran dan keprluan semasa mjlis nikah dlu. smpai la sy sedang hamil kn ank die. dia tak mengaku. tp lama2, dia berkata..mahu ambil ank dlm kndungan ini lps saya bersalin. sy tidak tahan. malah sy keluar rumah. takut di pukul lagi. pukul bukan sekali. malah di sepah sy dr belakang. tumbuk kepala sy. bila sy keluar rumah balik ke rumah family. die ugut sy nusyuz. sedang kn saya kecewa mempunyai suami yg tak menyayangi saya. apabila sy tanya sama ada lepas kn sy atau pn bia kn sy gantung tak bertali. sy tak kisah.. asl kn saya xhidup dgn laki seperti itu. saya tak nak anak saya juga tertekan.bahaya pada kandungn sy. tp die masih tak punyai simpati dan sifat ingt insaf.. adakah saya di kira nusyuz?
Al nisa verse 34
kuncinya bersabar je lah ye...yg si suami xblh plk nak bersabar...guna kuasa veto dia je
salam ustaz. sy nak mintak email ustaz. bertanyakan soalan.
Sepatutnyer si suami perlu lengkapkan segala ilmu agama di dada kerana dia adalah ketua keluarga.yer betul..si isteri harus bersabar..tp jika hanya isteri sahaja harus bersabar menghadap karenah suami..sampai bila? Sepatutnya lelaki islam di malaysia ni ditekankan supaya mendalami ilmu agama..jangan hanya suruh perempuan sahaja..si suami yang sepatutnya membimbing bukan dibimbing.masalah nyer zaman sekarang ni..lelaki mudah lepas macam tu sahaja..guna kuasa veto..sbb drg rasa kalau jd apa2..perempuan yang akan dipersalahkan..perempuan yg harus lebih sabar..bukankah sepatutnya si suami yg lebih sabar sbb dia yg membimbing keluarga?
suami suka mnguna kn perkataan "aq suami kau kne dgr ckp aq" mngndung pon kne pukul . islam mmg hebat sebb ada kn peraturn utk mmkul isteri . islam mmg agma yg indah sbb mmbnr kn istri hdup tseksa . well done islam
Waalaikumsalam.
Kepada isteri isteri yang kena pukul oleh suami kaki pukul, tolong pergi klinik kemudian buat report polis.
Assalammualaikum.. saya seorang suami berusia 28tahun. sudah berumah tangga hampir 4tahun. sepanjang perkhawinan saya. saya tidak pernah jentik atau pukul isteri saya. tetapi 2 hari lepas. saya mendapat tahu & bukti isteri saya menpunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. saya telah memukul isteri saya di bahagian tangan sehingga menyebabkan lebam. niat saya cuma ingin memberi peringatan pada nya. tetapi isteri saya langsung meminta saya lepas kan nya kerana menyebabkan lebam tersebut & terus halau saya keluar dari rumah kerana rumah yg kami duduki itu rumah keluarga nya. adakah saya memang patut lepaskan nya sedang kan saya amat menyayangi isteri saya. saya amat buntu sekarang ini.
Setuju.. mcm sstuju plk isteri slh mmg wajib dh pukul.. xjmp
Ke hosp dptkn rawatan dan pengesahan kesan kena pukul.. buat lapuran polis dan ke makamah utk pembubaran ikatan perkahwinan. Berhadapan dgn suami pemukuĺyg xsabar lebih baik berpisah..
This is sick!!! Rasulullah SAW sangat bertegas apa bila melihat sahabat memukul seorang pembantu atau hamba yang di miliki sahabat tersebut. Menyuruh mangsa penindasan bersabar adalah menyokong penindasan.
Islam membenarkn pukul isteri dgn pukuln yg perlahan saja.. cth pukul guna kain.. xleh kuat.. jgn slh phm,Islam itu benar,suci..jgn hina Islam dsebabkn anda xphm agama, itu slh anda..

jgn slh phm, leh pukul perlhn je..cth pukl guna kain..yg xphm agama tlg dia..silap2 jdi murtad kang..
Btul..
Zmn sekarang ni dh xde konsep wanita untuk dilindungi ye..tp untuk dizalimi. Wanita insan yg lemah, tapi bila kena pukul hanya boleh bersabar je. Makin berleluasa la suami kaki pukul mcm ni. Kalau dah sampai di pijak2 kepala pun tetap tak boleh beritahu sesiapa.. Kang mengaibkan suami pulak. Bukankah tugas suami membimbing, tapi dah jadi menzalimi pulak. Kalau agama suami ke laut, keluarga pun musnah. Ada isteri yg beragama pun xboleh menegur kerana isteri bukan ketua keluarga. Siapalah isteri.. Hanya wanita lemah yg wajib bersabar je.
Isteri jk kena pukul, buat report polis & doktor byk2 kumpul bukti. Skg ni slp akad nikah, suami kena lafaz taklik, ada tulis blkg sijil nikah kita. Jk dah tak tahan, pergi pej agama beserta bukti2 report, pertahankan hak kita.
Asmkm ustaz apakah hukum suami yang memukul isterinya ketika hamil. . Dengan kasr dan mencederakan. . Kemudian dia selalu menyebut saya tak suka hidup bersama awak saya akn ceraikan awak. .adakah cerai telah jatuhatas kami berdua? Bagaimana saya nak mnjdik .Suami saya yg dulunya elok bersolat dan skg ini langsumg tidak solat. Saya dah bercakap dgn dia namun tidak dilakukan juga. Memandang remwh dlm hal membahagiakan isteri..perlukan isteri utk meniduri dia sahaja? Apakah kami ini bukan manusia yg mmpunyai naluri juga. .Saya mohon sgt ustad mmberi pnjelasan. .tma kaseh
Assalamualaikum,pa ustat sy mau tny?apakah hukum suami bila menangani istri yg telah lama ber Rt dgn suami nya,sdh menjadi istri ygv sabar walaupun trs disakiti,dikhianati,di caci maki,apakah ada azab Allah utk suami seperti itu pa ustat,mohon jawaban nya
In shaa allah, pengadilan yg tertinggi itu ada di akhirat,allah akan tunjukan kebenaran dan kesabaran yg selalu di pendam oleh seorang istri yg terzolimi oleh suami, innalillahi wainnailaihi rojiun.
Post a Comment