Lelaki yang hebat tidak akan merasa sedih dan lemah kerana pinangannya
ditolak oleh wanita. Bahkan lelaki-lelaki yang hebat dalam sejarah pun
semuanya pernah melaluinya baik Rasulullah, Abu Bakar, Umar dan
sahabat-sahabat yang lain. Rasulullah pernah meminang Ummu Hani binti
Abu Talib (namanya ialah Fakhitah) semasa zaman muda sebelum Islam, tetapi
pinangan baginda ditolak. Kemudian selepas Islam dan selepas Fathul
Mekah, baginda pernah meminang sekali lagi dan pinangan baginda juga
ditolak secara baik.
Sedang Umar al-Khattab RA juga tidak kurang pernah meminang ramai perempuan dan ditolak antaranya Ummu Aban binti Utbah yang kemudian memilih Talhah RA.
Jadilah seperti Bilal bin Rabah RA yang pergi meminang wanita dari Bani Khaulan bersama saudaranya yang bernama Abu Ruwaihah dengan berkata ;
أنا بلال، وهذا أخي قد أتيناكم خاطبين، وقد كنا كافرين فهدانا الله عز وجل، ومملوكين فأعتقنا الله عز وجل، وفقيرين فأغنانا الله، فإن تزوجونا فالحمد لله، وإن تردونا فلا حول ولا قوة إلا بالله
'Saya ini Bilal, ini saudara saya. Sesungguhnya kami berdua datang untuk meminang. Sesungguhnya dahulu kami kafir lalu Allah Azza Wajjalla memberikan kami hidayah, dahulu kami hamba lalu Allah Azza Wajjalla membebaskan kami. Dulu kami miskin maka Allah Azza Wajjalla memberikan kami kekayaan. Sekiranya kamu mahu menikahkan kami berdua maka kami mengucapkan alhamdulillah dan jika kamu menolak kami maka kami akan mengucapkan : Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.'
[Usd al-Ghaba fi Ma'rifat al-Sahabah]
Hidup mesti diteruskan, jangan lemah dan rebah hanya kerana wanita kerana jika ada yang menolak maka pasti akan ada pula yang sudi !

1 comment:
" Sekiranya kamu mahu menikahkan kami berdua maka kami mengucapkan alhamdulillah dan jika kamu menolak kami maka kami akan mengucapkan : Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.' "
ini adalah kesabaran tiada tolok banding dengan manusia zaman sekarang
Post a Comment