Palestine merupakan tempat mulia dalam sejarah Islam kerana di situlah terletak masjid yang ketiga mulia dalam Islam.
Palestine Satu Isu Ummah
Membicarakan isu Palestine memerlukan kita membaca terlebih dahulu firman Allah swt :
“Dan berperanglah di jalan Allah dengan memerangi mereka yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas” (Al-Baqarah : 190).
“Perangilah mereka di mana sahaja kamu menjumpai mereka dan usirlah mereka sebagaimana mereka mengusir kamu dan fitnah itu lebih bahaya dari pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sisi masjidil haram kecuali jika kamu diperangi di sana dan jika mereka menyerangi kamu maka perangilah mereka demikianlah balasan untuk orang-orang yang kafir” (Al-Baqarah : 191).
“Jika mereka itu berhenti dari memerangi kamu maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-baqarah : 192).
“Dan Perangilah Mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi di muka bumi sehinggalah agama itu hanyalah untuk Allah” (Al-baqarah : 193).
"Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu. Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu." (An-Nisaa', 75).
Ketika kami belajar dengan guru kami akan tafsir Al-Qur’an dan sunnah kami didedahkan dengan manhaj salaf dan penafsiran serta teladan dari ulama’ ummah dalam ilmu dan amalan.
Kami bukan tidak berjihad namun kami memulakan langkah utama demi utama, kami bukan tidak mengangkat senjata dan menumpahkan darah musuh Allah tetapi kami memulakan usaha membela ummah dari ditumpahkan darah.
Ketika bulan Jun 1997, kami pernah menghadiri sidang Palestine di Malaysia dan kami berhasrat untuk berjihad di Palestine dan meninggalkan tanahair untuk menyertai Briged Muda Al-Aqsa menentang Yahudi laknatullah.
Di antara kami ada yang bijak dan cerdik dan ada yang berkemahiran dan berpengetahuan lalu kami bertekad tidak melakukan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan kerana firman Allah swt kepada kami :
"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).
Setelah membuat pengkajian dan meneliti nasihat serta pertunjuk Al-Qur’an dan sunnah serta ulama ummah terdahulu, kami juga meneliti risalah jihad dari syeikh kami yang dirahmati Allah iaitu As-Syahid Dr. Abdullah Azzam ra.
Lalu kami menyimpulkan bahawa masih bukan waktunya kami berangkat ke sana hanya sekumpulan kami sebaliknya harus bersama jamaah umat Islam keseluruhannya ke baitullah Al-Aqsa untuk membebaskannya dari tangan manusia laknat dan golongan yang dimurkai Allah.
Ini disebabkan perintah nabi salallahualaihiwasalam kepada kami dalam hadith yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmidzi ra , dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda pernah bersabda :
“Tangan Allah itu bersama jemaah” (Riwayat Tirmidzi m/s 367 Jilid 6) dan dalam hadith yang lain dari riwayat Abi Dzar ra yang berkata bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam: “Barangsiapa yang memisahkan dirinya dari jemaah walaupun sejengkal maka Allah akan mencabut ikatan Islam dari tengkuknya” (Hadith sahih riwayat Abu Daud no. 4750).
Pada hadith dari riwayat Umar Al-Khatab ra yang menyebut bahawa rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : “ Hendaklah Kamu berada dalam jamaah dan jauhilah kamu dari perpecahan sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua dan barangsiapa yang menginginkan tempat tinggal di syurga maka hendaklah berada dalam jemaah” (Hadith Sahih riwayat Tirmidzi, Ibn Majah dan Humaidi).
Juga Allah swt telah berfirman kepada kami :
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” (Ali – Imran :102).
Lalu kerana kami memahami perintah Allah dan rasul menurut apa yang diajarkan oleh kepada kami dari pedoman ulama salaf soleh kami tidak sampai menurut kata hati kami dalam berjuang dan berjihad sebaliknya menanti keputusan dari Allah dan rasul.
Dari Huzaifah al-yamani bahawa bahawa baginda pernah bersabda :
“ Hendaklah kamu beriltizam dengan jemaah umat Islam dan kepimpinannya” (sahih riwayat bukhari dan Muslim). Menyedari bahawa kami wajib berintima dengan jamaah Islam (masyarakat Islam) dan kepimpinan umat Islam yang ada, mentaati mereka dan menanti keputusan mereka untuk mengarahkan kami keluar berjihad maka kami sabar dan menunggu.
Kami sedih, kerana kami belum dapat syahid, kami sedih kerana kami belum dapat habisi usia muda kami di jalan Allah dengan mengangkat senjata dengan membunuh dan dibunuh oleh musuh Allah swt seperti firman Allah swt :
“Mereka yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah maka mereka itulah yang mengharap rahmat Allah” (Al-Baqarah : 218).
“Di antara orang-orang yang beriman itu ada beberapa lelaki yang menepati apa yang dijanjikannya kepada Allah swt maka ada di antara mereka yang telah pun sampai ajal mereka (menunaikan janji mereka) dan di antara mereka ada yang masih menanti dan tidaklah mereka menukar janji mereka itu dengan sesuatu gantian apa pun” (Al-Ahzab : 23).
Sekalipun kami sedih dan kecewa kerana masa sudah berlalu lama dan kami belum pun dapat keluar berangkat ke sisi Masjidil Aqsa yang kami cintai dan berjihad memerangi musuh Allah di sana namun kami terpaksa menerima ketentuan Allah swt kepada kami kerana Allah telah berfirman :
“ Tidaklah patut bagi mereka yang beriman baik lelaki atau perempuan jika telah diputuskan oleh Allah dan rasul-Nya dalam sesuatu urusan untuk mempunyai pilihan lagi (melainkan mentaati) dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab : 36).
“Sesungguhnya perkataan orang yang beriman apabila diseru oleh Allah dan rasul-Nya dalam sesuatu hukum ialah kami dengar dan kami patuh dan mereka itulah golongan yang berjaya” (An-Nur : 51).
Maka kami putuskan untuk tetap menanti dan menunggu waktu tibanya kami berangkat ke jalan Allah swt.
Sesungguhnya penungguan kami bukanlah penantian yang sia-sia, bukanlah pula kami ditangguhkan untuk berjihad hanya kerana dunia sebaliknya ini tanggungjawab agama kepada kami iaitu :
a) Kami tidak boleh keluar berjihad tanpa izin kepimpinan jamaah Islam iaitu ulil Amri dan kami mestilah menanti keluarnya berjihad itu secara berjamaah.
b) Kami mestilah terlebih terlebih dahulu mencukupi syarat untuk berjihad.
c) Kami mestilah terlebih dahulu memiliki persediaan kekuatan dan kelengkapan untuk berjihad
d) Kami mestilah terlebih dahulu punyai ketua dan kepimpinan dalam perang dan mentaati arahannya dan berperang dalam satu soff bukan berpecah-pecah tanpa kepimpinan dan berterabur tanpa panduan.
Melihat kepada keadaan realiti sekarang kami sangat sedih, kerana umat Islam semakin jauh kepada Allah dan meninggalkan kitab dan sunnah. Lalu semakin lama semakin menjauh jihad dari kami lantaran kami terpaksa bertungkus lumus melakukan usaha islah dan pembaikan dalam masyarakat (jamaah) Islam akibat kejahilan dan kesesatan umat Islam dan pemimpinnya seperti :
a) Tidak tertegaknya hukum Islam dan pemerintah tidak melaksanakan Islam dalam pemerintahan dan tidak menurut kitab Allah dan sunnah
b) Aqidah dan tauhid umat Islam penuh dengan penyelewengan dan kesesatan
c) Ibadah umat Islam penuh bid’ah, kesyirikan dan kejahilan serta jauh dari pertunjuk sunnah
d) Para pemuda dan pemudi umat Islam tersesat oleh dunia dan hanyut dalam maksiat dan mereka tidak dibimbing kepada kitab dan sunnah
e) Tidak wujudnya ilmu dan tersebarnya kejahilan serta kesesatan dan jauhnya masyarakat dari pertunjuk sunnah
f) Berpecahnya umat Islam kepada pelbagai kelompok dan kumpulan yang masing-masingmendakwa mereka benar sedangkan mereka telah tersesat jauh dari kitab dan sunnah dan termasuk penyebab perpecahan ummat.
Melihat keadaan kerosakan umat Islam Malaysia dan lain-lain negara Islam yang sedemikian membuatkan kami menyedari bahawa jihad kami ke Al-Aqsa akan menjadi mustahil dan kami tidak mungkin dapat berjihad jika kami tidak melakukan sesuatu lalu kerana itulah kami perlu islahkan (membaiki) masyarakat dan berusaha memulihkan keadaan umat islam supaya kami akhirnya dapat bersatu dan menuju di bawah peemrintahan Islam dalam jamaah serta soff (barisan) yang tersusun menuju ke Al-Aqsa membebaskannya dari kuffar dan musuh Allah swt.
“Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berperang di jalan-Nya dengan berbaris-baris seolah-olah mereka itu satu bangunan tembok yang tersusun” (As-Soff : 4).
Akhirnya sebahagian dari kami memutuskan menceburkan diri dalam ilmu dan menuntut ilmu terlebih dahulu supaya kami dapat menjadi pertunjuk kitab Allah dan sunnah kepada masyarakat dan umat serta melakukan islah (pembaikan) dalam jamaah Islam.
Bukanlah kami menjadi ustaz untuk mendapat gaji mengajar di sekolah atau belajar agama supaya dapat mengajar di universiti beroleh gaji dan kesenangan dunia atau mencari makan dengan menjual ilmu Allah sebaliknya kami mengaji dan mengajar manusia supaya mengenal Allah, kembali kepada sunnah supaya mentaati perintah Allah dan rasul dan supaya dapat bersama kami dalam satu barisan bersatu menuju ke musuh Allah dan membunuh mereka dan dibunuh.
Tidaklah kami mencari dunia, kami pejuang akhirat kami inginkan balasan rahmat Allah dan kami hidup untuk Allah lalu apakah yang kalian semua tahu tentang hidup kami, jalan kami dan kekecewaan kami ? Kami manusia, punyai hati dan perasaan dan kehendak kepada fitrah seperti manusia lainnya iaitu kami juga inginkan wanita sebagai isteri, inginkan anak-anak sebagai penghibur hati dan inginkan harta sebagai perhiasan dunia seperti firman Allah swt :
“Dihiaskan kepada manusia mencintai syahwat kepada wanita, anak-anak dan harta benda yang banyak dari emas dan perak , kuda yang bagus , biantang ternak dan tanam-tanaman dan demikian itulah kehidupan dunia namun di sisi Allah jugalah sebaik-baik tempat kembali” (Ali –Imran : 14).
Tidak ramai manusia menyedari jalan ini iaitu jalan menuju jihad kepada Allah, ramai yang bercakap itu dan ini, ramai hanya bermimpi dan bernasyid lagu-lagu jihad tanpa pernah memahami makna sebenar jihad dan tanggungjawab berat menuju jihad dan membawa jihad dalam kehidupan mereka.
Kami menangis, kami menangis di malam hari lantaran jihad semakin hari semakin kami rindui, kami menangis dan sedih setiap hari kerana usia kami semakin bertambah menandakan umur kami semakin berkurang. “Ya Allah janganlah Engkau mematikan kami tanpa sempat kami mengangkat senjata memerangi musuhmu dan menitis darah kami kepada-Mu”.
Tidak ada perempuan dan wanita sudi bersama kami dalam jalan ini untuk kami tarbiyah membina usrah jihad dan bertakhta di bawah kesusahan dunia dan tidak ada teman yang sanggup berkorban bersama kami memperjuangkan agama dalam jalan sunnah kerana tiada keglamouran, tiada pangkat atau gelaran, tiada kenikmatan bersama jalan kami.
“Jika seandainya (mendapat kemenangan dari Allah) itu jalannya dekat dan perjalanannya tidaklah jauh maka nescaya ramailah yang akan mengikut engkau sebaliknya hakikatnya ialah jalannya sangat jauh dan padanya halangan” (At-Taubah : 42).
Bersama kami tiada muslimat sebagai sayap kiri kerana tiada wanita sanggup menjadi isteri lantaran kesusahan jalan kami, wanita dunia hanya tahu menghiasi diri mereka demi kecantikan dunia dan menjauhi akhirat dengan keburukan amalan mereka.
Bersama kami tiada sponsor atau dermawan yang menabur wang ringgit lantaran tiada faedah dunia dan tidak beroleh nama menyumbang wang di jalan kami. Bersama kami tidak mendapat gelaran “jaguh” atau “tokoh” sebaliknya bersama kami dihina dan dikeji dikata sesat, dituduh pemecah belah, dituduh jumud, dituduh membawa Islam ke zaman kuno.
Bersama kami tidak beroleh pertolongan orang ramai jika dipenjara, tidak ada sesiapa yang membela, tidak ada sesiapa yang akan bersuara kerana kami ghuraba (asing) dan kami terpinggir di sisi manusia dan jalan mereka kerana kami di jalan Allah membawa sunnah rasulullah.
Dari Abu Hurairah ra bahawa baginda pernah bersabda :
“Bermulanya Islam itu asing dan akan kembali asing sepertimana ianya bermula maka berbahagialah golongan yang asing” (Sahih, riwayat Muslim no 370 dan Ibn majah 3986).
“Katakanlah bahawa inilah jalan aku yang padanya aku menyeru kepada Allah di atas keterangan yang nyata aku dan mereka yang mengikutiku dan Maha Suci Allah sesungguhnya aku bukanlah dikalangan mereka yang mensyirikkan Allah” (Yusof : 108).
Sesungguhnya akan sampai masanya Islam akan tertegak di muka bumi ini sekali lagi sebelum tibanya bencana kiamat . Berkenaan diri kami apakah kami akan dapat melihat kegemilangan Islam, apakah kami akan sempat menikmati cahaya pemerintahan Islam, apakah kami akan sempat menikmati tertegakkan kalimah Allah di muka bumi ini kami tidaklah begitu peduli yang penting kami di jalan Allah sekarang ini dan berjuang menuju ke jihad ke jalan Allah walau tidak berperang kami menuju untuk berperang dan tidaklah yang menghalangi kami melainkan mereka itu akan ditewaskan oleh kami.
Dari Mughirah Ibn Syu’bah ra telah bersabda baginda rasulullah : “Tidaklah akan hilang golongan manusia dari umat aku yang tetap zahir tegas di atas kebenaran sehingga datangnya ketentuan Allah ke atas mereka dan mereka dalam keadaan tetap zahir (dalam kebenaran)” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim ).
“Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat” (Ali-Imran : 152).
Sekarang jika kalian memahami kami sedikit, maka biarlah pula kami menceritakan kepada kalian tentang keinginan kami berjihad di masjidil Aqsa.
Kemuliaan Masjidil Aqsa dalam Islam
Masjidil Aqsa merupakan tempat yang mulia dalam sejarah Islam dan merupakan masjid kedua yang dibina di muka bumi ini untuk beribadah kepada Allah sw selepas masjidil haram di Makkah Mukaramah. Disebut dalam riwayat yang sahih bahawa yang memulakan pembinaan Masjid Al-Aqsa ini ialah Nabi Allah Ya’kub alaihisalam selepas dibinanya Ka’bah di Masjidil Haram oleh Nabi Allah Ibrahim alaihisalam dan jarak di antaranya ialah 40 tahun (lihat dalam hadith dari riwayat Abu Dzar ra dalam Sahih Muslim).
Kemudian pada zaman Nabi Allah Sulaiman alaihisalam ianya ditambah dan dibangunkan sekali lagi (lihat Za’dul Ma’ad oleh Ibn Qayyim ra ) Sesungguhnya Masjid Al-Aqsa inilah juga merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum diubah kepada Ka’bah di Masjidil Haram.
Bahkan pada Masjid Al-Aqsa inilah baginda rasulullah diisrakan dan kemudiannya bersolat di situ dan mengimamkan seluruh para nabi .
Firman Allah swt :
“ Maha Suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya di waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya..” (Al-Isra : 1).
Bahkan dalam hadith yang sahih baginda rasul pernah bersabda : “Janganlah menyusahkan diri kamu bermusafir kecuali kepada tiga masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan masjidku ini” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).
Dan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi ra dengan sanad yang hasan dari Jabir ra bahawa baginda nabi pernah bersabda : “ Solat di Masjidil Haram itu menyamai seratus ribu solat dan solat di Masjid aku ini menyamai seribu solat dan solat di Masjidil Aqsa menyamai lima ratus solat”.
Bahkan Masjid Aqsa dan kawasan sekitarnya diberkati Allah swt sejak zaman berzaman seperti dalam firman-Nya :
“Dan kami selamatkan Luth ke tempat yang diberkati di seluruh alam” (Al-Anbiya : 71).
“ Kami tundukkan kepada Sulaiman akan angin badai yang bertiup dengan perintahnya menuju bumi yang kami berkati di dalamnya dan kami amat mengetahui setiap sesuatu” (Al-Anbiya : 81).
Perkataan barakah dalam syariat membawa maksud “ Jelasnya kebaikan dari Allah dalam sesuatu” dan yang dimaksudkan dengan bumi yang berkah ialah tempat yang diberkati dan muliakan oleh Allah swt dan dilimpahi nikmat dan kebaikan padanya.
Dalam firman yang lain :
“ Dan di antara negeri yang kami berkati dan kami jadikan perjalanan di sana dan kami katakana : berjalanlah kamu baik malam dan siang dengan aman dan selesa” (As-Saba : 18).
Negeri atau tempat yang diberkati dalam ayat di atas juga menunjukkan baitulmaqdis dan sekitarnya dalam negeri Syam seperti dalam riwayat Ibn Abbas ra bahawa negeri Syams itu mengandungi baitul Maqdis dan berkata Imam Ibn Taimiyah ra bahawa dalam ayat ini dan ayat yang lain menunjukkan berkatnya bumi baitul maqdis dan sekitarnya dari negeri Syam dan yang paling berkat ialah yang paling mendekat dengan baitul Maqdis (jika sekarang ialah Palestine).
Begitulah juga dalam ayat yang lain Allah swt menyebut :
“Wahai kaum masuklah kamu ke dalam bumi yang diberkati iaitu yang telah ditetapkan buat kamu dan janganlah kamu berpaling dari agama kamu lalu jadilah kamu golongan yang merugi” (Al-Maidah : 21).
Semua para mufasir menyebutkan bahawa bumi yang diberkati itu ialah baitul Maqdis yang padanya dibentangkan sayap malaikat menaungi ahlul Syam (kawasan sekitar baitul Maqdis). Ini jelas dalam hadith Zaid Ibn Sabit ra yang menyebut aku mendengar baginda bersabda :
“ Berbahagialah ahli Syam bahagialah kepada ahli Syam” lalu aku bertanya mengapa demikian wahai rasulullah ? lalu baginda menjawab : “Sesungguhnya malaikat melebarkan sayapnya menaungi negeri Syam” (hadith Sahih riwayat Tirmidzi , Ahmad, Tibrani dan Hakim).
Sesungguhnya semua para nabi pernah melewat atau menjejakkan kaki mereka ke baitul maqdis atau sekurangnya disuruh supaya memasuki negeri yang diberkati ini seperti perintah Allah kepada kaum Nabi Musa as :
“ Dan ketika kami berkata masuklah kamu ke dalam negeri itu dan makanlah apa yang kamu inginkan dan masuklah melalui pintunya serta kemudian sujudlah dan berkata Ya Allah ampunilah kami maka nescaya kami akan mengampuni dosa kamu” (Al-baqarah : 58).
Berkata Imam Ibn katsir ra bahawa negeri yang diperintah supaya dimasuki oleh kaum Nabi Musa as ini ialah Baitul Maqdis yang dijadikan sebagai tempat sujud dan beribadah.
Dimaksudkan sebagai tempat yang suci kerana di situlah tempat beribadah yang menyucikan diri dari dosa . Manakala sebahagian ulama yang lain mengatakan ianya kerana disitulah tempat bertasbih menyucikan dan memuliakan Allah swt sebagaimana firman-Nya :
“ Dan kami menyucikan dan memuji serta memuliakan Engkau (Allah) ” (Al-baqarah : 30).
Nama Masjidil Aqsa
Sesungguhnya Masjidl Aqsa mempunyai pelbagai nama dan disebut namanya yang pertama ialah Masjidil Aqsa iaitu bermaksud masjid yang jauh perjalanannya dari Masjidil Haram kerana kalimah الا قصى itu bermaksud jauh dan memberi pengertian ianya masjid yang jauh perjalanan dan memerlukan kekuatan untuk ziarah padanya.
Ianya juga disebut Baitul Iliya’ iaitu masjid tempat rumah Allah dan dinisbahkan namanya ini kepada pekan yang terletak padanya masjid.
Juga dikenali dengan baitul Muqadas iaitu bermaksud tempat yang menyucikan dan membersihkan diri dari dosa dan membawa barakah.
Juga disebut baitul maqdis iaitu sama maknanya cuma disebut khas sebagai tempat kemuliaan dan menyucikan.
Juga disebut Al-Quds atau baitul quds iaitu rumah suci dan tempat suci serta disebut juga dengan salam iaitu sebagai tempat selamat dan aman dan dalam bahasa ibrani disebut syalam iaitu tempat selamat dan pelbagai lagi namanya yang banyak yang menunjukkan kemuliaannya dan kebesarannya dalam Islam.
(akan bersambung...insyaAllah akan ditulis dengan kupasan menurut panduan sunnah dan menjatuhkan bathil)
Sesungguhnya semua para nabi pernah melewat atau menjejakkan kaki mereka ke baitul maqdis atau sekurangnya disuruh supaya memasuki negeri yang diberkati ini seperti perintah Allah kepada kaum Nabi Musa as :
“ Dan ketika kami berkata masuklah kamu ke dalam negeri itu dan makanlah apa yang kamu inginkan dan masuklah melalui pintunya serta kemudian sujudlah dan berkata Ya Allah ampunilah kami maka nescaya kami akan mengampuni dosa kamu” (Al-baqarah : 58).
Berkata Imam Ibn katsir ra bahawa negeri yang diperintah supaya dimasuki oleh kaum Nabi Musa as ini ialah Baitul Maqdis yang dijadikan sebagai tempat sujud dan beribadah.
Dimaksudkan sebagai tempat yang suci kerana di situlah tempat beribadah yang menyucikan diri dari dosa . Manakala sebahagian ulama yang lain mengatakan ianya kerana disitulah tempat bertasbih menyucikan dan memuliakan Allah swt sebagaimana firman-Nya :
“ Dan kami menyucikan dan memuji serta memuliakan Engkau (Allah) ” (Al-baqarah : 30).
Nama Masjidil Aqsa
Sesungguhnya Masjidl Aqsa mempunyai pelbagai nama dan disebut namanya yang pertama ialah Masjidil Aqsa iaitu bermaksud masjid yang jauh perjalanannya dari Masjidil Haram kerana kalimah الا قصى itu bermaksud jauh dan memberi pengertian ianya masjid yang jauh perjalanan dan memerlukan kekuatan untuk ziarah padanya.
Ianya juga disebut Baitul Iliya’ iaitu masjid tempat rumah Allah dan dinisbahkan namanya ini kepada pekan yang terletak padanya masjid.
Juga dikenali dengan baitul Muqadas iaitu bermaksud tempat yang menyucikan dan membersihkan diri dari dosa dan membawa barakah.
Juga disebut baitul maqdis iaitu sama maknanya cuma disebut khas sebagai tempat kemuliaan dan menyucikan.
Juga disebut Al-Quds atau baitul quds iaitu rumah suci dan tempat suci serta disebut juga dengan salam iaitu sebagai tempat selamat dan aman dan dalam bahasa ibrani disebut syalam iaitu tempat selamat dan pelbagai lagi namanya yang banyak yang menunjukkan kemuliaannya dan kebesarannya dalam Islam.
(akan bersambung...insyaAllah akan ditulis dengan kupasan menurut panduan sunnah dan menjatuhkan bathil)
No comments:
Post a Comment