Thursday, August 25, 2005

Doa Penghilang Sedih & Derita







Diriwayatkan dalam kitab ibn Sunni dari Abi Musa Al-Asya’ari ra bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :

“Barangsiapa yang ditimpa kesedihan atau mengalami penderitaan maka berdoalah dengan kalimah ini dengan berkata :


اللَهُمَّ انِِّي عَبدُكَ , ابن عبدك , ابن أمتك , ناصيتي بيدك , ما ض في حكمك عدل في قضأؤك أسألك بكل اسم هو لك سميته به نفسك او أنزلته في كتابك أو علّمته احدا من خلقك أواستأثرت به في علم الغيب عندك أن تجعل القرآن ربيع قلبي ونور صدري و جلاءحزني و ذهاب همّي

Maka berkatalah seorang lelaki kepada baginda : Wahai rasulullah apakah kami dapat mengajarkan doa ini kepada yang tidak hadir di kalangan kami ? Maka bersabdalah baginda : “Bahkan sampaikanlah doa ini dan ajarkanlah mereka kerana sesungguhnya barangsiapa yang membaca doa ini maka nescayalah Allah akan menghilangkan derita sedihnya dan memberikan kegembiraan kepada dirinya” (hadith sahih riwayat Ahmad no 391 Jilid 1 dan Ibn Hibban no 972 dan Abu Ya’la dan Hakim).

Diriwayatkan dalam sahihain (kitab sahih bukhari dan Muslim) bahawa baginda rasulullah apabila ditimpa bala musibah akan membaca doa berikut :
" لا اله الا الله العظيم الحليم , لا اله الا الله رب العرش العظيم , لا اله الا الله رب السموات ورب الارض ورب العرش الكريم "

(hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).


اللهم رحمتك ارجو فلا تكلني الى نفسي طرفة عين وأصلح شاني كله لا اله الا أنت

(hadith hasan riwayat Abu Daud dan Ahmad).


Diriwayatkan oleh Anas bahawa baginda nabi salalallahualaihiwasalam pernah bersabda : “Janganlah sesiapa di kalangan kamu yang mengharapkan kematian dari akibat derita kesusahan yang menimpanya sebaliknya jika sudah tidak mampu maka berdoalah Allahumma (ya Allah) hidupkanlah aku jika hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku jika mati itu lebih baik bagiku” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 5671 dan Muslim no. 2680).


" Dan berdoalah kamu kepada Aku(Allah) nescaya Aku(Allah) akan makbulkan" (Surah Al-Ghafir : 60).

4 comments:

gadis kampung said...

salam ustaz..boleh bgi maksud untuk doa ni x?

Ustaz Emran said...

Bismilah,

maksudnya :

Ya Allah, sesungguhnya aku ini hamba-Mu, anak kepada hambamu yang lelaki dan anak kepada hambu-mu yang perempuan. Ubun-ubunku di tangan-Mu, berlaku ke atas ku hukuman mu, keadilanmu kepada ku adalah ketetapanmu, Aku memohon dengan setiap nama bagi zatmu, nama yang engkau namakan buat dirimu sendiri, atau engkau turunkan di dalam kitabmu, atau engkau ajarkan kepada makhlukmu, atau engkau khususkan dengannya dalam ilmu ghaib di sisimu, jadikanlah al-quran itu cahaya sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap kesedihanku, dan penghapus kegelisahanku.

(hadis riwayat Ahmad, disahihkan oleh syeikh albani)

tengah bersedihkah ? ubat kesedihan ialah kahwin :) jika sudah brkahwin maka ubat kesedihan ialah anak, jika tiada anak maka ubat kesedihan ialah kebajikan..

bahagiakan orang lain maka ianya pengubat kesedihan dirimu...

doakan saya.

Candy Star said...

Assalamualaikum Ustaz, boleh Ustaz bg baris saya tak boleh baca kalau tiada baris..Terima kasih Ustaz

jabirun said...

assalamualaikum..

ustaz..kene kahwin ye baru dapat ubat kesedihan?:)jodoh xsampai lg...
kesedihan hidup ni yang bermacam2..dugaan yang bertimpa2..ALLAh nk uji hambaNYa kerana sebenarnya kita adalah insan terpilih..~