Monday, March 13, 2006

Batas-Batas Kita (Ahlul Sunnah Wal Jamaah) Dengan Ahlul Bid'ah


Dimaksudkan dari tajuk yang ditulis di atas ialah sejauh mana pembeza dan perselisihan yang berlaku di antara kita ahlul sunnah wal jamaah dengan ahlul bid'ah wal hawa.

“Allah menetapkan orang yang beriman itu dengan perkataan yang tetap pada kehidupan dunia dan akhirat” (Ibrahim : 27).

Penulisan di weblog ini selamanya diminati orang ramai apabila kita membincangkan soal yang menarik, topik lembut, bahasa yang cantik, diselangi dengan hiburan, tidak mencerca mana-mana pihak dan juga tidak menyebut kesalahan mana-mana golongan.

Namun itu bukanlah manhaj yang benar menurut ahlul sunnah kerana kita bukanlah mencari wajah manusia dan sokongan orang ramai supaya kita dapat menang dalam undi pilihanraya bagi menjayakan “kumpulan” kita dan misi Islam kita dengan cara mengumpul orang tetapi sebaliknya.

“Apakah kamu tahu akan perihal golongan yang mengambil hawa nafsunya sebagai tuhan ?” (Al-Furqan : 43).

Kita mencari redha Allah dan mengikuti jalan tarbiyah dan tasfiyah yang dilalui oleh rasulullah dan para sahabat ra dan salaf soleh dan manhaj sunnah yang ditetapkan sebelum kita walau berapa ramai yang membenci kita, menuduh kita dengan pelbagai tuduhan.

“Sesungguhnya jawapan orang-orang yang beriman, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka maka mereka menjawab : “Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan.” (An-Nur: 51-52).

Kepada pelajar ilmu yang setia dengan penulisan ini ketahuilah dan peganglah kata-kata ana sebelum ini iaitu kita tidak mahu membebaskan Baitul Maqdis dan tidak menjadikannya salah satu dari misi kita tetapi kita menjadikan Islam sebagai matlamat dan Al-Qur’an dan sunnah sebagai jalan.

Apabila tiba masa dan waktunya kita akan menjadi golongan pertama yang akan membebaskan Baitul Maqdis dan golongan pertama yang menumpahkan darah yahudi dan musyrikin. Yakinlah pada janji Allah dan tetaplah pada jalan kitab Allah dan sunnah rasulullah salalallahualaihiwasalam.

"Belum tahukah kamu, bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Dia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmat-Nya yang terlihat mahupun yang tidak kelihatan." (Luqman: 20).

Batas Pembeza Antara Ahlul Sunnah dan Ahli Bid’ah

Berkata Al-Hafidz Al-Asfahani bahawa “Telah berkata sebahagian ulama usul yang membezakan manusia kepada pecahan ialah sebanyak tujuh hal utama iaitu : Perihal pada zat Allah, Perihal pada sifat-Nya, Perihal pada perbuatan-Nya, Perihal pada janji dan hal iman, Perihal tentang Al-Qur’an, Perihal tentang kepimpinan (imamah)”

Maka golongan Taysbih tersesat pada zat Allah dan golongan Jahmiyah (golongan yang menafikan sifat Allah) tersesat pada sifat Allah dan golongan Qadariyah sesat pada perihal perbuatan Allah dan Khawarij tersesat pada ancaman Allah dan Murji’ah sesat pada hal keimanan dan Muktazilah sesat mengenai Al-Qur’an dan Rafidhah (Syiah) sesat pada persoalan kepimpinan.

(Al-Hujah m/s 409 Jilid 2).


Ahlul sunnah wal Jamaah membawa dakwah dan penekanan pada usul-usul Islam yang disebut persoalan aqidah dan hal ini ialah sekaligus memahamkan kita bahawa perjuangan kita disibukkan oleh persoalan –persoalan aqidah dan hal mendasar yang menetapkan seseorang sebagai muslim atau musyrik atau iman dan kufur.

“ Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri.” (Surah Al-Isra : 15).

Kita tidak ada masa untuk khuruj (keluar bid'ah) mengikuti gerakan tabligh, juga kita tidak ada masa disibukkan dengan amalan kesufian khurafat dan kisah-kisah wali berjalan di atas air dan kisah perempuan murahan seperti Rabiatul Adawiyah serta para-para tokoh sufi bid'ah.

Sabda baginda Salallahualaihiwasalam : “ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .

Sebaliknya kita disibukkan dengan mengajarkan dan mendakwahkan umat Islam dengan usul Ahlul Sunnah dan aqidah yang sahih dan membela rasulullah, para sahabat ra, para ibu kita ummul mukminah (isteri-isteri rasulullah) dan mengajarkan kepada umat Islam ilmu mereka dan jalan yang sahih dan selamat menuju kepada Allah swt.

“Barangsiapa yang mentaati Allah dan rasul-Nya dan orang-orang yang beriman maka mereka itulah hizbullah (iaitu golongan yang Allah bersama dengannya) dan golongan yang Allah bersama dengannya itulah golongan yang berjaya” (Al-Maidah : 56).

Ketika puak sufi mendondongkan syair-syair Rabiatul Adawiyah dan kisah teladannya maka kita ahlul sunnah dengan teguh dan lantang membaca hadith-hadith dan ilmu dari ibu kita Aisyah ra dan mengajarkan anak-anak perempuan kita dan isteri-isteri kita akan teladan para isteri rasulullah, sahabat-sahabat wanita ra.

“Katakanlah; jika kamu benar-benar cintakan Allah maka ikutlah aku (rasul) maka Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa kamu dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih” (Alil-Imran –31).

Ketika Tabligh mengajarkan orang ramai akan hal iman dengan perihal menyeleweng dari sunnah dan dengan kejahilan serta kecetakan ilmu sebaliknya kita mengajarkan umat Islam akan hal iman menurut Ahlul sunnah dan kita membaca kitab Al-Iman tulisan Imam Ibn Abi Syaibah, Al-Iman oleh Al-Imam Ibn Battah dan kitab Al-Iman oleh Imam Baihaqi dan lain-lain ulama ahlul sunnah.

"Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia." (an-Nahl: 116)

Ketika Tabligh membaca kitab Fadhailul Amal yang mengajak kepada amalan soleh dengan bercampur hadith dhaif dan palsu maka kita membaca kepada sanak saudara kita hadith-hadith sahih dan membuka serta mengajar kitab Sahih Bukhari dan Muslim.

Sedang baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : " Berhati-hatilah kamu terhadap apa yang disampaikan dari aku melainkan kamu mengetahuinya (akan kebenarannya)” (Hadith Hasan, Riwayat Tirmidzi, Abi Syaibah dan Ahmad).

Ketika Tabligh keluar (khuruj bid'ah) untuk berdakwah dengan ahli-ahlinya yang jahil agama dan tidak boleh berbahasa arab dan kemudian ke rumah-rumah menganggu umat Islam dan mempersebarkan kejahilan serta mengajak orang ramai menyertai mereka maka kita golongan ahlul sunnah melakukan sebaliknya pula.

Dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda bersabda : “Barangsiapa yang mengatakan sesuatu perihal Al-Quran dengan menggunakan akalnya atau dengan apa yang tidak diketahuinya maka bersedialah dia dengan tempat di neraka.” (Hadith hasan, riwayat Ibn. Jarir 34 Jilid 1 & Tirmidzi no. 2950).

Kita menghantar keluar dari markaz-markaz kita pendakwah-pendakwah muda yang berilmu, mahir berbahasa arab dan boleh mengajarkan Al-Qur'an dan sunnah untuk ke rumah-rumah, ke masjid dan ke dalam masyarakat bagi mendamaikan umat Islam, mempersatukan umat Islam di atas aqidah yang sahih, menyelesaikan masalah feqah umat Islam, menyelesaikan kekeliruan agama, menghilangkan syak dan wasangka pada iman dan agama, menanamkan semangat cinta agama, mempersatukan dan mendamaikan suami dan isteri, membantu umat Islam yang bermasalah, menikahkan anak-anak muda yang berhasrat untuk bernikah dan paling utama kita tidak pernah dan sama sekali tidak akan mengajak orang ramai kepada kita, kumpulan kita atau persatuan kita !!

“ Bersatulah kamu semua di atas tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah” (Ali-Imran : 103).

Kita bukan persatuan jadi kita tidak mengajak orang ramai kepada menyertai persatuan kita, kita bukan tanzim yang mesti diwala dan ditaati lalu kita tidak mengajak umat Islam kepada organisasi kita dan kita bukan pula kumpulan tariqat sufi bid’ah sehingga perlu mengajak orang ramai mengikuti kita dan membaiah dengan guru-guru kita.

“Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang mereka punyai” (Ar-Rum 31-32).

Sebaliknya kita ahlul sunnah wal jamaah yang bersatu di bawah aqidah dan kita mengajak umat Islam kepada deen Allah dan kembali kepada Al-Qur’an dan sunnah tanpa mengira dari kumpulan mana mereka berada dan sama sekali bukan kepada diri kita.

“Sesungguhnya hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan agama kamu dan aku sempurnakan nikmatku pada kamu dan aku meredhai Islam sebagai agama kamu.” (Surah Al-Mai’dah : 3).

Kita tidak menyuruh mereka (umat Islam) mengikuti kita kerana kita tidak maksum, juga kita tidak mengajak mereka meniru uslub dan cara kita atau method yang kita guna kerana kemungkinan masyarakat akan menjumpai method dan cara yang lebih sesuai dan uslub yang lebih menarik, mudah dan berkesan dalam dakwah.

“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (surah : at-taghabun :16).

Cukuplah kita pada pertunjuk dari sabda baginda rasulullah : “Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Qur’an) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).

Tetapi kita mengajak manusia kembali kepada Al-Qur’an yang terjamin benar dan sunnah yang dipelihara dan Islam yang dipegang oleh salaf soleh sekalipun kita (yang menyeru seruan ini) ada yang melakukan kesalahan, berdosa, membuat maksiat dan melakukan pelbagai lagi kesalahan tetapi kita menyeru manusia kepada seruan ketuhanan.

“ Untuk menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka.” ( An-Nahl :44).

Kita ahlul sunnah tidak seperti Tabligh yang hanya mendengar ilmu dari kumpulan mereka, dari guru-guru mereka yang berfaham seperti mereka dan mereka membaca kitab-kitab pemikiran mereka dan melakukan amalan-amalan mereka tanpa ilmu dan pengkajian.

Baginda rasul juga pernah bersabda sebagai maksud " Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah ucapan Allah dan sebaik-baik ajaran adalah ajaran Rasulullah. Dan sesungguhnya sejelek-jelek perkara adalah sesuatu yang diada-adakan (dalam agama), kerana sesungguhnya sesuatu yang baru diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah kesesatan." (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 867).

Mereka menguasai masjid dengan ahli mereka berhimpun di masjid dan mereka tidak akan mendengar ceramahan dan teguran kita sekalipun kita ke masjid-masjid mereka dan berusaha menasihati mereka. Tetapi bagi kita masjid kita ialah di mana-mana di bumi Allah ini yang dapat kita jadikan tempat sujud dan demikian dari ilmu yang kita warisi dari rasulullah.

“Iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri , duduk dan sewaktu berbaring dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi sambil berkata : Wahai tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menjadikan segalanya ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka peliharalah kami dari siksaan neraka” (Alil-Imran : 191).


Sebaliknya Ahlul sunnah mendengar ilmu dari mana-mana ulama dan kemudian kita menapis dan mengkaji serta menilai isi kata-kata dan isi ilmu itu apakah ianya menepati kalam Allah dan sunnah rasulullah.

Namun begitu kita tolak mereka yang punyai latar belakang jelas keterlibatannya dengan amalan bid’ah dan kejahilan tanpa ada kemahuan kepada kebenaran sehingga mereka ini bertaubat dan kembali kepada aqidah yang sahih.


Isi Dasar Perjuangan Dakwah Ahlul Sunnah Wal Jamaah

Kita Ahlul sunnah Wal Jamaah sibuk menyampaikan dakwah dalam hal-hal berikut :

1) Perihal tauhid dan menerapkan kefahaman tauhid yang sahih
2) Perihal iman yang sahih menurut faham ahlul sunnah
3) Persoalan Kufur,nifaq dan syirik dan perkara yang melibatkannya yang perlu diketahui
4) Perihal rukun Islam dan Iman danhal berkait Ihsan
5) Perihal kedudukan ahlul zimmah dan sekitar agama lain dalam agama
6) Perihal sekitar hal ghaib seperti malaikat, jin, syaitan dan sepertinya
7) Keimanan kepada Al-Qur’an dan hal-hal ajarannya
8) Persoalan kenabian dan kerasulan serta hak-hak dan ajaran mereka
9) Perihal karamah dan perkara yang mencarik adat ajaran Islam
10) Permasalahan Qadha dan takdir serta hal berkait kehendak Allah
11) Membahas perihal keimanan tentang akhirat , azab kubur, hari kebangkitan, mizan, sirath, Haudh dan sekitarnya dari janji Allah
12) Membincangkan hukum dosa dan kita tidak mengkafirkan perlaku dosa besar sebaliknya mengajar dan membimbing mereka bertaubat
13) Mengajar perihal syafaat
14) Menerangkan persoalan tawasul dan berkat dan perihal jampi dan sekitarnya antara yang benar dan salah
15) Menerangkan tentang fitnah akhir zaman, tanda kiamat dan memberi pertunju jalan yang selamat
16) Mengajarkan hukum-hukum Allah dan kaedah perlaksanaannya
17) Menegakkan persoalan kepimpinan Islam dan haknya dan membela kepimpinan Islam dan membangunkannya dari usaha dakwah dan tarbiyah serta mempertahankannya dari pemberontakkan dan kezaliman
18) Menentang ahlul bid’ah dan menerangkan kesesatan mereka serta menjelaskan perihal sunnah dan ajaran Islam yang sahih
19) Membela dan menerangkan hak rasulullah, para sahabat dan ahli bait rasulullah dalam Islam dan mengajar cara memenuhi tuntutan kepada hak mereka dan menyampaikan ajaran ilmu mereka serta menganjurkan mencintai rasulullah , ahlul bait termasuk isteri-isteri baginda dan para sahabat dan menentang golongan yang menghina dan membenci mereka dari puak syiah dan lain-lain.
20) Persoalan wala dan baraah dan perihal berkait hubungan dengan kufar
21) Menegakkan usaha dakwah kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran menurut teladan dan tunjuk ajar sunnah rasulullah
22) Menerima ilmu dan meneliti serta menjaga warisan ilmu islam dari pencemaran dan penyelewengan kepalsuan pendusta dengan menguasahakan pengkajian sanad-sanad hadith, kitab-kitab ilmu dan menelitinya dari kepalsuan hadith yang disebut sunnah, menerima hadith yang telah jelas sahih sekalipun hadith ahad dan menolak hadith dhaif dan palsu dan berusaha menjelaskan darjah hadith serta hukum hadith kepada masyarakat bagi membela sunnah.
23) Menerangkan kumpulan-kumpulam yang sesat dan jalan yang selamat yang disebut manhaj ahlul sunnah wal jamaah dan menerangkan kesalahan-kesalahan dan kesesatan firqah (kumpulan lain) yang tersesat dari pertunjuk Allah dan rasul serta jalan salaf soleh.
24) Menyeru umat Islam kepada berpegang teguh dengan kitab Allah dan sunnah rasulullah dan menjauhi bid’ah dan kekal dalam keadaan sunnah sekalipun berseorangan dan menderita dan menyakinkan pejuang dakwah salafiyah akan janji-janji Allah dan berusaha mengukuhkan semangat mereka dan menyabarkan mereka dari derita musibah perjuangan.

Daripada Anas ibn Malik ra bekata, Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api” (hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 2260).

Kesimpulannya hendaklah kepada sesiapa yang hendak menganggu jalan kita khasnya kepada tabligh yang mahu memesongkan kita dari penumpuan kita ini dan mengalihkan tumpuan kita dari dakwah yang utama kepada hal yang bid’ah dan merugikan umat Islam maka katakan kepada golongan Tabligh yang berusaha mengetuk pintu email kita bagi mengajak kita Khuruj (keluar bid’ah) di jalan mereka atau katakan kepada kumpulan jemaah-jemaah pelajar di universiti yang sibuk membuat usrah akan pendirian kita ini dan beritahu mereka bahawa jadual kita sudah dipenuhi.

Kembalilah kepada As-Sunnah dan bersamalah dengan golongan Ahlul Sunnah Wal-Jamaah seperti mana di sebut dalam hadith baginda yang diriwayatkan oleh Ibn Umar ra yang bermaksud “ Akan datang kepada umatku perkara seperti yang pernah menimpa kaum bani Israel , selangkah demi selangkah sehingga akan berlaku dikalangan mereka yang berzina dengan ibunya secara terang -terangan. Sehingga ada umatku akan melakukan sedemikian . Sesungguhnya umat bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan dan kesemuanya di neraka kecuali satu golongan. Maka bertanyalah para sahabat ra siapakah golongan yang satu itu wahai rasulullah ? Maka jawab baginda “ Golongan yang aku berada di dalamnya dan para sahabatku .” (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.26 Jilid 5, Hakim no.218 Jilid 1).

Katakan bahawa waktu kita sudah disibukkan dengan dakwah dan perjuangan yang lebih utama dan katakan kepada mereka bahawa kita sangat sibuk untuk membuang masa bermain guli bersama mereka kerana kita mahu menerapkan dan membawa dakwah ini supaya dapat disempurnakan dengan segera moga akhirnya setelah terlahir masyarakat yang bersama memiliki aqidah seperti kita ini maka kita dapat terus mara ke bumi musuh-musuh Allah mengambil tanah-tanah mereka, merobohkan kubu-kubu mereka dan memusnahkan tentera-tentera mereka dan menguasai bumi mereka lalu menjadikan segala sesuatu kepada milik Allah dan menegakkan kalimah Allah dan jadilah seluruh dunia ini kembali kepada Allah.

“Dan kepada-Nyalah (Allah), semuanya menyerah diri baik yang berada di langit dan di bumi sama ada secara sukarela mahupun paksa dan kepada-Nya mereka semua kembali.” (Alil -Imran : 83).

1 comment:

LIHAT, DENGAR, FIKIR, KATA & TULIS said...

Alhamdulillah Ustaz,

Saya sangat tertarik dengan blog ustaz. Masalahnya, adakah dakwah ustaz benar-benar sampai kepada golongan maksiat, jahil dan lalai seperti kami? Tolong sampaikan hajat Rasulullah SAW sehingga kepada golongan seperti kami. Kaki rempit, kaki botol, kaki judi, kaki lorong dan sebagainya. Jangan hanya biarkan golongan 'pembuat bidaah' dan golongan kufar yang datang mendekati dan terus menghanyutkan kami seperti yang dikatakan oleh ustaz. Jangan juga cuma mengharapkan hidayat akan datang kepada golongan seperti kami tanpa usaha dan korban daripada golongan seperti ustaz. Maka, apalah maksud Rasulullah SAW sedia menghadapi penghinaan, dipukul dan sebagainya, walhal, baginda boleh saja duduk di dalam rumah seperti kita dan berdoa. Sedangkan hakikat doa Rasulullah SAW sendiri lebih makbul daripada jari-jari kita yang menyampaikan dakwah melalui teknologi yang belum tentu manhajnya seperti ibadat dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW. Saya takut, kita juga dikatakan sebagai pembuat bidaah. Jari-jari yang sekadar menaip mungkin belum lagi diuji dengan dengan mujahadah di medan dan lautan manusia seperti yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Alhamdulillah, ustaz boleh menceritakan dan menghuraikan panjang lebar tentang firman-firman Allah, hadis-hadis Nabi SAW, hukum-hakam, sirah Nabi dan sahabat, susah payah mereka. Maka, umat memerlukan orang yang berilmu dan beramal tinggi seperti ustaz untuk turun padang dan menghadapi umat yang semakin parah. Saya jahil, pendosa dan sebagainya tetapi, sentiasa mengharapkan rahmat Allah untuk tidak berputus asa dan terus berusaha untuk belajar dan mencari kebenaran. Ingat, setiap kata-kata kita terutamanya daripada golongan yang berilmu dan beramal sahih dan soleh seperti ustaz akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT. Seperti mana juga ustaz cuma berpegang kepada Al-Quran dan Hadis / Sunnah yang sahih, maka untuk mempastikannya, hanya sumber-sumber yang sahih dan jauh daripada fitnah sahaja yang dipilih oleh ustaz. Begitu juga harapan saya, sebelum memandang, menghukum dan membuat penilaian terhadap mana-mana saudara seagama yang membuat penyaksian dua kalimah syahadah hendaklah berdasarkan sumber yang sahih.

Salam hormat daripada orang jahil agama. Insya'Allah, ustaz boleh mendoakan kebaikan untuk saya.