Berdasarkan hadith dari Imran ibn Hussin ra yang berkata telah datang seorang sahabat lelaki kepada nabi salallahualaihiwasalam lalu memberi salam dengan berkata : Assalamualaikum maka di jawab oleh baginda lalu sahabat itu pun duduk dalam majlis baginda maka bersabdalah nabi salalallahualaihiwasalam : “Sepuluh” . Kemudian datanglah lagi sahabat yang lain lalu memberi salam : Assalamualaikum warahmatullah maka dibalas salam tersebut sambil baginda bersabda : “Dua puluh” . Kemudian datanglah lagi sahabat yang lain : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh lalu dibalas salamnya oleh baginda sambil bersabda : “Tiga puluh iaitu ganjaran pahala sebanyak tiga puluh kali ganda” (hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5195 dan Tirmidzi no. 2689).
Manakala penambahan kalimah “wamaghfiratuh waridhwanuh” ialah dhaif dan merupakan tambahan yang tidak sahih ini kerana ianya di dasari oleh hadith Sahl ibn Muadz ibn Anas dari bapanya dari nabi salallahualaihiwasalam dengan maknanya dari dirinya dengan menambah hadith di atas yang awal dengan berkata kemudian datangnya sahabat yang lain lalu memberi salam dengan berkata : Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh lalu di balas oleh baginda dan bersabda : “empat puluh” lalu bersabda lagi “inilah fadhilat (iaitu fadhilat salam)” (hadith ini dhaif isnadnya dan diriwayatkan dalam Abu Daud no. 5196 ditolak oleh ulama hadith akan penambahan yang berlaku dan tidak diterima sebagai hujah yang sahih dalam penambahan kalimah “wamaghfiratuh dan waridhwanuh” lihat Syarh sunan Abu Daud dalam hadith ini).

(Diharap dapatlah kita semua mendoakan kebaikan dan kesembuhan kepada ustaz emran)
No comments:
Post a Comment