Wanita ialah makhluk Allah swt yang terkadang sangat menyusahkan dan kerap-kali membawa masalah dan fitnah di mana-mana dia berada. Bukan dirinya mahu menimbulkan fitnah tetapi perbuatan dirinya membawa fitnah dan bukan hatinya berniat fitnah tetapi tubuh badan dan perilakunya mengundang fitnah.
Al-Qur'an menyebut satu perumpamaan yang menarik untuk dikongsi bersama :
" Allah membuat perumpamaan bagi orang yang kafir akan perihal isteri Nuh dan isteri Luth. Keduanya berada di bawah penguasaan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba kami lalu kedua isteri mereka itu melakukan khianat kepada suami mereka dan kedua suami mereka itu tidak sedikit pun dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah dan dikatakan kepada kedua isteri itu : Masuklah ke neraka bersama-sama orang yang dimasukkan ke dalamnya" (Surah At-Tahrim : 10).
Berkata Dhahak dari Ibn Abbas ra bahawa tidaklah isteri-isteri para nabi itu apabila dimaksudkan khianat bererti melakukan maksiat (zina) keji dengan kecurangan kerana isteri para nabi terpelihara dari zina dan kecurangan sebaliknya dimaksudkan khianat ialah mereka mengkhianati suami mereka pada agama (lihat tafsir Ibn Katsir m/s 565 Jilid 3 dan demikian juga pegangan Imam Syaukani dalam Fathul Qadirnya lihat m/s 339 jJilid 5).
Demikianlah para ulama tafsir dalam menerangkan ayat ini menyebut bahawa pengkhianatan yang dilakukan oleh wanita isteri nabi ialah pada perjuangan suami mereka, pada agama, sikap nifaq (dusta) mereka kepada perjuangan agama yang dibawa oleh suami mereka sekaligus melayakkan mereka dimasukkan ke dalam neraka bersama ahli maksiat.
Kaitan ayat di atas dengan realiti hari ini sangat jelas iaitu pada beberapa aspek :
1) Lelaki yang soleh tidak dapat menjamin boleh memastikan isterinya turut menjadi solehah dan beriman tanpa rahmat dari Allah.
“ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 269).
Hal ini jelas diperhatikan dalam ayat di atas apabila seorang nabi Allah sekalipun tidak dapat dan tidak mampu menjaga isterinya dari melakukan khianat dan kejahatan kepada agama.
Maka wajarlah orang ramai memahami bahawa kadang-kadang kita melihat lelaki yang beragama, teguh mengikuti sunnah namun isterinya adalah sebaliknya berperangai buruk, melayani mertua dan keluarga pihak suami dengan tidak baik, angkuh, degil dan pelbagai lagi sifat.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (Hadith riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).
Seharusnya kita tidak menyalahkan lelaki sekalipun Islam menetapkan suami ialah ketua keluarga dan bertanggungjawab di atas isterinya namun apakah kita berani mengatakan Nabi Allah Nuh dan Luth ialah contoh suami yang gagal sedang wahyu Allah turun kepada mereka ?
Nauzubillahumin dzalik, sebaliknya sehingga rasulullah sendiri ditegur oleh Allah swt dengan firman-Nya :
“ Wahai nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkan bagi kamu demi mencari kesenangan hati isteri-isteri-mu dan Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang” (At-Tahrim : 1).
Bukti dan dalil hujah terlalu banyak menyebutkan wanita dan isteri kerap melalaikan suami-suami dan lebih dari itu dalam masalah perjuangan mereka seringkali menyusahkan, memberi bebanan dan paling kerap melakukan pengkhianatan dalam perjuangan.
Bahkan suami yang membawa perjuangan, mereka diberi oleh Allah swt akan pilihan yang luas dan pintu peluang untuk menceraikan isteri-isteri wanita yang menghalang terjalannya dakwah dan perjuangan tanpa menghiraukan kehilangan isteri mereka kerana Allah swt akan mengantikan dengan yang lebih baik.
“Jika Nabi menceraikan kamu semoga tuhan-Nya akan mengantikan kepadanya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu iaitu yang menyerah diri, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang beribadah, yang berpuasa baik janda atau dara” ( At-Tahrim : 5).
Juga ayat di atas menjelaskan ciri-ciri wanita yang sepatutnya menjadi pilihan kepada para muslim lelaki dalam mencari pasangan. Kita tidak mahu mempunyai isteri yang aktif , bijak, cerdik, mengaji di luar negara atau mempunyai Master dalam agama tetapi tidak menyerah diri (menjadi muslimat yang benar) kepada agama dan perjuangan yang dibawa oleh kita.
Apabila suami membawa perjuangan sunnnah, dakwah salafiyah maka pastinya kita harus mengelakkan para wanita yang jauh dari sunnah, bersahabat (cenderung) dengan ahli bid’ah sekalipun dia tidaklah jelas-jelas melakukan bid’ah atau berselindung di sebalik sunnah.
Menikahi para wanita ahli kitab lebih disukai oleh para ulama ahlul sunnah wal jamaah kerana dengannya dapat membuatkan isteri terdakwah dan kemungkinan mendapat hidayah kepada Islam.
“Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221).
Sebaliknya menikahi wanita ahli bid’ah, atau cenderung kepada sufi dan golongan seumpamanya sebaliknya memudharatkan perjuangan kerana mereka kemungkinan melakukan khianat dan menyusahkan perjuangan dakwah sunnah. Ini kerana wanita ahli bid’ah dan yang bersahabat dengan ahli bid’ah (misalnya sufi baik dari Hadramaut atau Mesir dan lain-lain) mereka ini tidak merasa melakukan apa-apa kesalahan.
Diriwayatkan Ali bin Abi Thalib ra pernah berkata, " Lihatlah dari mana kamu mengambil ilmu kerana ilmu adalah agama” (Lihat Al Khatib Al Baghdadi, dalam At Tankil, m/s 121).
Misalnya mereka berkata : “ Ana cuma suka menziarahi laman web ahli bid’ah kerana mahu mengambil cerita-cerita tentang tempat-tempat menarik di negaranya sahaja” atau mereka juga mungkin berkata : “ ustaz, ana tahu perkara ini tidak patut tapi…”
Perkataan tapi, cuma, hanya, sebenarnya dan macam-macam lagi alasan diputar belit oleh wanita seperti ini yang tidak “memiliki sifat menyerah diri” kepada perjuangan dakwah salaf dan sunnah rasulullah ialah bukan ciri-ciri wanita yang kita (ahlul sunnah) kehendaki.
Sekaligus membawa pemahaman bahawa pemikiran kebanyakkan wanita hari ini yang mahu mencari calon suami dari kalangan orang agama seperi ustaz dan sebagainya supaya mahu memastikan mereka dibimbing dan menjadi solehah adalah tidak semestinya betul dan sebaliknya menyusahkan dan membebankan para ustaz dan pendakwah apabila mendapat isteri yang degil seperti yang disebut tadi.
Sebaliknya wanita bodoh, lurus, lugu, lembab (sindrom down) atau apa macam lagi kelemahannya tetapi jika dia seorang wanita yang menyerah diri kepada Allah dan rasul dan kepada perjuangan sunnah maka dialah wanita pilihan kita dan wanita yang menjadi harapan membantu dan menyokong suami di dalam perjuangan.
Wanita ini membiasakan diri mereka dengan berkata : “ Maafkan ana”, “Maaf ustaz ana tidak tahu”, “ Saya minta maaf, tolong ajarkan saya apa patut saya buat”, “Ustaz, beri saya peluang bertaubat, bimbinglah saya” dan macam-macam lagi kata-kata mulia yang indah yang disukai oleh Allah dan rasul.
Dari Shofiyah binti Syaibah berkata: “Ketika kami bersama Aisyah ra, beliau berkata: “Saya teringat akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka.” Aisyah berkata: “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan, dan demi Allah, saya tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab Allah dan lebih meyakini ayat-ayat-Nya melebihi wanita-wanita Ansar. Ketika turun kepada mereka ayat: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke dada mereka.” (An-Nur: 31) Maka para suami segera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak wanita, saudara wanita dan kaum kerabatnya dan tidak seorangpun di antara wanita itu kecuali segera berdiri mengambil kain tirai dan menutupi kepala dan wajahnya, kerana percaya dan iman kepada apa yang diturunkan Allah dalam kitab-Nya. Sehingga mereka (berjalan) di belakang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dengan kain penutup seakan-akan di atas kepalanya terdapat burung gagak”.
2) Hendaklah para wanita mengetahui bahawa kelebihan mereka (para wanita Islam) bukanlah apabila mereka (wanita) itu lulusan Al-Azhar yang kononnya alim agama sehingga pergi ke Mesir dengan musafir tanpa mahram, kemudian menetap di Iskandariah dan musim cuti berjalan-jalan ke pantai-pantai dan berkelah serta ke sana-sini tanpa mahram hanya berteman kawan-kawan perempuan yang semuanya wanita-wanita tudung labuh yang merasa dirinya baik (mujur mereka tidak diculik oleh lelaki Mesir untuk dijual dengan harga 50 dirham).
Juga wanita Islam tidaklah mulia apabila dia memiliki dua tiga buah laman web bagi mencerita dia pergi ke sana sini, apa dia buat, dengan kawan-kawan siapa dia keluar dan lain-lain kisah hidupnya supaya dibaca oleh orang ramai satu dunia.
Lucu wanita solehah pergi mengembara ke hulu eropah tanpa mahram lalu masukkan catatan perjalanan maksiatnya di dalam blog untuk dibaca dan dibanggakan sebagai satu permusafiran penuh pengalaman…masyaAllah.
Penuh ego, takabur dan berlagak kepada syariat Islam, sudahlah berbuat maksiat sebaliknya berlagak pula dengan mencabar Allah dan rasul dengan mempamerkan perbuatannya di khalayak umum.
Wanita Islam juga tidaklah menjadi solehah apabila menceritakan detik-detik harian hidupnya kepada orang ramai, apa perasaannya sehingga ibarat dirinya tiada malu.
Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.”
Juga baginda menyebut : “Malu itu adalah sebahagian dari iman dan iman itu di syurga.”
Namun ternyata perempuan tudung labuh, berjubah, mengaji agama ialah perempuan yang paling kurang malunya khususnya yang berfahaman sufi dan kecuali sedikit sahaja yang diselamatkan Allah swt dengan kebaikan dan rahmat-Nya dan mereka itu ialah muslimah salafiyah dan teguh mendokong sunnah dan mengikuti jejak langkah salafus soleh.
Wallahualam
p/s :
“Wahai tuhanku, Engkaulah Ahad dan tiada ilah yang berhak disembah selain Engkau, kepada-Mu Aku bermohon supaya jauhi aku dari wanita-wanita berlagak dengan ilmu agama mereka tapi jahil, wanita bertudung labuh tapi busuk akhlak, wanita pelajar agama tapi memiliki sifat nifaq, wanita yang konon mencari hakikat dan makrifat tapi seorang sufi pekat, wanita yang berlagak baik tapi jahat, wanita yang merasa dirinya cerdik tapi bodoh, wanita yang suka mengikut perasaan tapi mengaku hebat dalam dakwah, wanita yang belajar di Mesir kecuali yang menurut faham salaf, wanita yang berada di luar Negara kecuali yang insaf, wanita yang mengikuti jemaah kecuali yang tidak ta’asub dan ya Allah, aku rela hidupku membujang selamanya demi memelihara agama-Mu dan memelihara diri-Ku dari dicemari oleh wanita nifaq dan musuh perjuangan sunnah rasul-Mu”.
“Ya Allah, dengan rahmat-Mu kurniakanlah kami isteri-isteri yang solehah, yang menyedari dirinya jahil, insaf dirinya lemah, gigih berusaha mempelajari agama, menghormati kami sebagai ahli agama, mentaati kami sebagai pembela dan suami mereka, melayani kami dengan setia, mencintai kami tanpa putus asa, menjauhi sufi dan mengikuti manhaj salafi, membenci bid’ah dan menjauhi ahli bid’ah dan berikanlah kami setia kepada mereka selama-lamanya dan bahagiakan kami dengan mereka”
Amin.
Segala puji hanyalah bagi Allah.
1 comment:
No blog wahabi rupanya... Mengutuk sufi.
Post a Comment