"Dan generasi yang terdahulu dan pertama-tama (masuk Islam) diantara kaum Muhajirin dan Anshar serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah telah redha kepada mereka (Muhajirin & Anshar = Sahabat/Salafus Sholih) dan mereka redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai dan mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung". (At Taubah : 100).
Abu Fadhl Al Hamadzani berkata : “Ahli bid’ah serta orang-orang yang memalsukan hadith lebih berbahaya daripada orang-orang kafir yang secara terang-terangan menentang Islam. Orang-orang kafir bermaksud menghancurkan Islam dari luar sedangkan ahli bid’ah bermaksud menghancurkan Islam dari dalam. Mereka seperti penduduk suatu kampung yang ingin menghancurkan keadaan kampung tersebut sedangkan kaum kuffar bagaikan musuh yang sedang menunggu di luar benteng sampai pintu benteng tersebut dibuka oleh ahli bid’ah. Sehingga ahli bid’ah lebih jelek akibatnya terhadap Islam dibanding orang yang menentang secara terang-terangan.” (Al Maudlu’at Ibnul Jauzi lihat kitab Naqdur Rijal halaman 128).
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya As Siyasah Asy Syar’iyyah halaman 123 mengatakan : “Sekelompok dari kalangan pengikut Imam Syafi’i, Ahmad, dan selainnya memperbolehkan membunuh orang yang berdakwah pada kebid’ahan yang menyelisihi Al Qur’an. Demikian pula pengikut Imam Malik, mereka mengatakan bahawa Imam Malik membolehkan membunuh Qadariyah bukan karena mereka murtad (keluar dari Islam) tetapi kerana mereka menyebarkan kerosakan di muka bumi.” (Naqdur Rijal halaman 127).
Fudhail bin ‘Iyadl berkata : “Barangsiapa mencintai ahli bid’ah nescaya Allah akan menggugurkan amalnya dan mengeluarkan cahaya Islam dari hatinya. Barangsiapa menikahkan anak perempuannya dengan ahli bid’ah maka dia telah memutuskan silaturahminya. Barangsiapa duduk dengan ahli bid’ah maka dia tidak akan diberi hikmah. Dan kalau Allah mengetahui bahawa seseorang telah memiliki rasa benci kepada ahli bid’ah maka saya berharap semoga Allah mengampuni dosa-dosanya.”
Kepada pelajar ku dengarlah :
Sebahagian ahli bid’ah berkata kepada Abi ‘Imran An Nakha’i : “Dengarlah dariku satu kata!” Lalu Abu ‘Imran berpaling darinya seraya berkata : “Saya tidak mahu mendengar sekalipun setengah kata.” (Lihat Al Jami’ li Ahkamil Qur’an oleh Imam Al Qurthubi jilid 7 halaman 11).
Pernah suatu ketika ada seorang lelaki-lelaki yang dilaporkan kepada Al Auza’i bahawa dia berkata : “Saya duduk bersama Ahli Sunnah dan suatu ketika juga saya duduk dengan ahli bid’ah.” Maka Al Auza’i berkata : “Orang ini ingin menyamakan antara yang haq dengan yang bathil.” (Ilmu Ushulil Bida’ oleh Syaikh Ali Hasan halaman 300).
Sebahagian ahli bid’ah datang kepada Ibnu Taimiyah dengan niat ingin memperindah dan menghiasi bid’ah mereka di hadapan beliau. Mereka berkata : “Ya Syeikh, betapa banyak orang yang bertaubat karena dakwah kami!” Ibnu Taimiyah berkata : “Mereka taubat dari perbuatan apa?” Kata mereka : “Mereka taubat dari mencuri, merompak, dan lain-lainnya.” Lalu Ibnu Taimiyah menjawab : “Keadaan mereka sebelum bertaubat lebih baik daripada keadaan mereka sekarang, kerana sesungguhnya mereka dahulu dalam keadaan fasiq dan meyakini keharaman apa yang mereka kerjakan sehingga mereka selalu mengharap rahmat dari Allah dan mereka ingin bertaubat. Adapun sekarang mereka menjadi sesat dan musyrik akibat dakwah kalian bahkan mereka keluar dari Islam dan mencintai apa yang dibenci Allah dan membenci apa yang disukai Allah … .”
Kemudian Ibnu Taimiyah menjelaskan kepada mereka bahawa bid’ah yang mereka kerjakan lebih jelek daripada kemaksiatan lainnya. (Lihat pula kitab Ilmu Ushulil Bida’ halaman 220).
Ucapan Asy Syathibi : “Ahlul bid’ah ialah musuh dan penghancur syariat.” (Al I’tisham jilid 1 halaman 65 tahqiq Salim Al Hilali).
Ucapan Umar bin Khaththab radliyallahu 'anhu : “Hati-hatilah kalian dari ashhabir ra’yi (kaum yang menilai kebenaran dengan akalnya) karena sesungguhnya mereka itu adalah musuh-musuh sunnah. Mereka merasa sulit untuk menghafal hadits sehingga mereka berkata dengan akalnya dan akhirnya mereka sesat dan menyesatkan.” (Sunan Ad Daruquthni, Al Washaya 4/146, Jami’ Bayanil Ilmi 2/123, dan Al Lalika’i 1/123. Lihat kitab Muqaddimat fil Ahwa’ wal Bida’ oleh Nasir bin Abdul Karim Al ‘Aql halaman 61)
Ucapan Said bin Jubair radliyallahu 'anhu : “Kalau seandainya anakku berteman dengan perompak yang sunni maka lebih aku sukai daripada dia berteman dengan ahli ibadah yang mubtadi’ (ahli bid’ah).” (Lihat kitab Ilmu Ushulil Bida’ halaman 218).
Perkataan Ibnu Taimiyah : “Sesunguhnya ahli bid’ah itu lebih jelek daripada ahli maksiat yang berupa syahwat. Karena dosa ahli maksiat karena mengerjakan larangan seperti mencuri, zina, minum khamr, atau memakan harta secara bathil. Sedangkan dosa ahli bid’ah iaitu kerana meninggalkan perintah untuk mengikuti sunah dan ijma’ kaum Mukminin.” (Ilmu Ushulil Bida’ halaman 219).
Cukuplah setakat ini bagi ana daripada memperpanjangkan sesuatu yang tidak berguna dan sebenarnya ana cukup tersinggung dengan tulisan pelajar ana di sebuah web peribadi beliau yang sangat menampakkan beliau sudah jauh menyasar dari jalan yang pernah ana anjurkan kepadanya.
Jauhilah pemikiran bahaya seorang muslimah yang tersasar dari sunnah apabila menyebut :
"Sesungguhnya, jaminan Allah SWT terhadap hamba-Nya ; ahli syurga adalah kepada orang yang mukmin, tidak ada klasifikasi apakah mukmin ikhwani, mukmin tahriri, mukmin tablighi, mukmin wahabi, mukmin salafi, mukmin sufi, dan mukmin-mukmin tertentu saja.
Selama mukmin tersebut menjalankan semua perintah-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya, maka Allah SWT menjanjikan syurga bagi mukmin tersebut." (dipetik dari sebuah web muslimat yang belajar di luar negara) .
Jawapan :
Ayat ini sangat berbahaya seolah-olah walau apa pun aqidah seseorang itu baik murjiah, baik qadariyah baik syiah dan baik muktazilah maka dia akan masuk ke syurga Allah selama dia beramal kebaikan (sekalipun amal kebaikan itu dibuat menurut fahamannya) dan ayat di atas ditulis seolah-olah membawa maksud kepada mencabar pegangan Ahlul sunnah Wal Jamaah.
Tentu sahaja ada beza, sekiranya seseorang itu salafi maka fahamannya tentu sahaja berbeza dengan aqidah dan fahaman seorang sufi dari banyak hal.
“ Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya aku kembali” (Surah Hud :88).
InsyaAllah ana akan menulis sebuah artikel khusus menjawab pemikiran-pemikiran bahaya dari web ini dan tulisan-tulisan seperti ini yang membawa syubhat dan kejahilan kepada masyarakat.
Tidaklah terhasil pemikiran sebegini melainkan dari akibat hanya mengambil patah-patah ayat-ayat Al-Qur'an dan hadith dari laman-laman web tertentu kemudian mengubah suai menurut fahaman akal sendiri maka inilah yang disebut ahlul ray'yi atau disebut sebagai as-saghir seperti kata ‘Umar bin Al-Khatab ra ketika dia berkata: “Hati-hatilah dan jauhilah oleh kalian orang-orang yang menggunakan ra`yunya (akalnya) . Kerana sesungguhnya mereka adalah musuh-musuh As-Sunnah. Mereka dilemahkan oleh hadith-hadith, hingga tidak mampu menghafalnya. Akhirnya mereka berbicara dengan ra`yu mereka, maka mereka tersesat dan menyesatkan (orang lain).” (Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni rahimahullah dalam Sunan dan Al-Lalikai rahimahullah dalam Syarhu Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah wal Jama’ah).
Allah swt pula mengajarkan supaya :
" Bertanyalah kamu kepada orang yang mengerti jika kamu tidak mengetahui" (An-Nahl : 43).
Sabda rasulullah “ Sesungguhnya ulama’ itu pewaris nabi dan para nabi tidak mewariskan harta tetapi mereka mewariskan ilmu.” ( Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no. 2606, Abu Daud dan Ibn Majah) .
Menurut riwayat Abdullah Ibn Mas'ud ra pernah menyebut bahawa “Manusia akan selalu dalam keadaan baik selama mahu mengambil ilmu dari para pembesar(ulama') mereka dan jika mereka mengambil dari As-shaghir dan buruk, mereka pasti hancur.”
Mereka yang dimaksud sebagai As-shaghir adalah ahli bid’ah seperti yang diriwayatkan Ibnul Abdil Bar, bahawa Abdullah bin Mubarak ditanya, “Siapakah Ashaghir itu ?”. Dia menjawab,”Orang yang berbicara dengan ra’yu (akal/menafsir sendiri tanpa merujuk dalil). Adapun orang yang mengambil dari pembesar (Ulama') bukan termasuk Ashaghir.” (Lihat Ibn Abd Bar' dalam Jami’ Bayan al Ilmi, m/s 248).
Berkata Yahya ibn Abi Katsir ra : “Sekiranya aku melihat ahli bid’ah berjalan di suatu lorong maka aku pasti akan mencari lorong yang lain” (Siyar A’lamun Nubala oleh Adz-Zahabi).
Benarlah seperti kata Sufyan As-Sauri bahawa “ Bid’ah lebih disukai oleh Iblis dari maksiat kerana maksiat manusia akan bertaubat darinya sedang bid’ah manusia akan merasa tidak bersalah dan berterusan melakukannya.”. (Sila lihat Hilyatul Auliya oleh Abu Nu’aim m/s 26 Jilid 7).
“ Dan siapakah yang lebih baik perkataannya selain dari mereka yang mengajak kepada Allah dan amal soleh ?” (Fusilat :33).
4 comments:
Alhamdulillah, seronok saya membaca tulisan-tulisan ustaz. Moga-moga lebih ramai lagi tokoh-tokoh Islam salaf seperti ustaz, Dr Asri, Ustaz Hussin Yee dll yang berusaha memerangi bid'ah dan mengajar agama dengan ikhlas daripada sibuk memaki-hamun kerajaan BN dikhalayak ramai tanpa segan dan silu.
Seorg Muslim yg beriman dan berdakwah kepada org utk kembali kepada Allah, pasti akan menghadapi tentangan yg mungkin tidak pernah terlintas di dalam benaknya, atau tidak pernah dibayangkan. Sebagaimana sabda Rasulullah yg bermaksud:
“Org yg paling berat mendapatkan cubaan adalah para Nabi, kemudian org2 salih, kemudian org yg sifatnya paling mendekati golongan yg sebelumnya”
Hadith yg dikeluarkan oleh Tirmidzi dan Ibnu Majah. Al-Albani mensahihkannya dalam Silsilah Shahihah no. 143, 144.
Maka, barangsiapa yg berpegang teguh kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah kemudian mendakwahkannya, pasti akan mendapat gangguan, kecuali jika Allah mengkehendaki yg lain. Oleh itu mantapkanlah diri utk BERSABAR.
Jangan perasan
Salam,
ini artikel lama....zaman saya masih dok perasan sebagai seorang salafy.....sekarang ini saya sudah tidak mempunyai perasaan seperti itu.
Apapun terima kasih di atas komen anda semua.
Wallahu'alam.
Post a Comment