tag:blogger.com,1999:blog-10193945.post114226768909325263..comments2023-12-20T08:20:23.792+03:00Comments on Pandangan Seorang Ustaz: Batas-Batas Kita (Ahlul Sunnah Wal Jamaah) Dengan Ahlul Bid'ahUstaz Emranhttp://www.blogger.com/profile/12063347693637978451noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-10193945.post-2844667394375531112009-09-14T18:40:32.087+03:002009-09-14T18:40:32.087+03:00Alhamdulillah Ustaz,
Saya sangat tertarik dengan ...Alhamdulillah Ustaz,<br /><br />Saya sangat tertarik dengan blog ustaz. Masalahnya, adakah dakwah ustaz benar-benar sampai kepada golongan maksiat, jahil dan lalai seperti kami? Tolong sampaikan hajat Rasulullah SAW sehingga kepada golongan seperti kami. Kaki rempit, kaki botol, kaki judi, kaki lorong dan sebagainya. Jangan hanya biarkan golongan 'pembuat bidaah' dan golongan kufar yang datang mendekati dan terus menghanyutkan kami seperti yang dikatakan oleh ustaz. Jangan juga cuma mengharapkan hidayat akan datang kepada golongan seperti kami tanpa usaha dan korban daripada golongan seperti ustaz. Maka, apalah maksud Rasulullah SAW sedia menghadapi penghinaan, dipukul dan sebagainya, walhal, baginda boleh saja duduk di dalam rumah seperti kita dan berdoa. Sedangkan hakikat doa Rasulullah SAW sendiri lebih makbul daripada jari-jari kita yang menyampaikan dakwah melalui teknologi yang belum tentu manhajnya seperti ibadat dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW. Saya takut, kita juga dikatakan sebagai pembuat bidaah. Jari-jari yang sekadar menaip mungkin belum lagi diuji dengan dengan mujahadah di medan dan lautan manusia seperti yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Alhamdulillah, ustaz boleh menceritakan dan menghuraikan panjang lebar tentang firman-firman Allah, hadis-hadis Nabi SAW, hukum-hakam, sirah Nabi dan sahabat, susah payah mereka. Maka, umat memerlukan orang yang berilmu dan beramal tinggi seperti ustaz untuk turun padang dan menghadapi umat yang semakin parah. Saya jahil, pendosa dan sebagainya tetapi, sentiasa mengharapkan rahmat Allah untuk tidak berputus asa dan terus berusaha untuk belajar dan mencari kebenaran. Ingat, setiap kata-kata kita terutamanya daripada golongan yang berilmu dan beramal sahih dan soleh seperti ustaz akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT. Seperti mana juga ustaz cuma berpegang kepada Al-Quran dan Hadis / Sunnah yang sahih, maka untuk mempastikannya, hanya sumber-sumber yang sahih dan jauh daripada fitnah sahaja yang dipilih oleh ustaz. Begitu juga harapan saya, sebelum memandang, menghukum dan membuat penilaian terhadap mana-mana saudara seagama yang membuat penyaksian dua kalimah syahadah hendaklah berdasarkan sumber yang sahih.<br /><br />Salam hormat daripada orang jahil agama. Insya'Allah, ustaz boleh mendoakan kebaikan untuk saya.LIHAT, DENGAR, FIKIR, KATA & TULIShttps://www.blogger.com/profile/06222031668305469535noreply@blogger.com