Friday, March 24, 2006

Kesesatan Fahaman Sufi - Fahaman Nur Muhammad

Melalui beberapa laman web di alam maya membuatkan hati saya menjadi sakit dan sedih dan merasakan bahawa amatlah wajar Tok Guru Haji Nik Abd Aziz dan Tok Guru Hj Abd Hadi Awang dan lain-lain pimpinan Pas beralih arah dari menumpukan kepada politik dan memerangi UMNO kepada berehat sekejap dan menumpukan kepada memerangi golongan sufi dan kesesatan aqidah yang dilakukan oleh mereka.

Golongan sufi yang rata-ratanya berasal dari pelajar-pelajar Al-Azhar Mesir, Hadramut, Syiria, Jordan, Oman, Sudan dan lain-lain kini dengan seronok dan bermaharajalela di sebalik kesibukkan para ulama memerangi sekuler dan sebagainya mereka (golongan sufi) mengambil kesempatan di sebalik itu untuk menyebarkan fahaman sufi dan bid'ah yang bercanggah dari Al-Qur'an dan sunnah.

Ana hairan, kenapa Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang yang pernah menuntut di Universiti Islam Madinah dan memahami manhaj salaf berdiam diri dalam penyelewengan sufi ini ? Mana perginya kelantangan Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz yang satu masa dulu kuat memegang faham salaf soleh ?

Apakah kesibukkan politik menjadikan mereka dilalaikan dari menjelaskan penyelewengan-penyelewengan aqidah, kesesatan bid'ah dan kebathilan yang dilakukan oleh golongan sufi.

Oleh itu ana merayu kepada para ulama yang memahami manhaj salaf agar gigih berusaha menjelaskan dan mendedahkn penyelewengan dan kesesatan sufi.

Semoga Allah mengembalikan kekuatan kepada para ulama di Malaysia untuk kembali gigih dan bangkit memperjelaskan kebathilan kaum sufi dan bid'ah-bid'ah mereka yang merosakkan aqidah umat Islam malaysia.


Berikut ialah laman web merbahaya bagi umat Islam di Malaysia melayarinya kerana mengandungi fahaman sufi dan bid'ah dan kesesatan fahaman Nur Muhammad dan lain-lain faham ilmu kalam, kebatinan dan tariqat dan ajaran-ajaran sufi yang menyeleweng dari kitab dan sunnah rasulullah dan jalan salaf soleh.




Berhubung dengan Wahdatul Wujud 001 Kategori : Akidah


Tajuk : Fahaman Wahdatul Wujud

Isu : Fahaman Wahdatul Wujud Adalah Menyalahi Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah


Fatwa : Jawatankuasa Fatwa telah mengkaji dan bersetuju dengan sebulat suara bahawa fahaman Wahdatul Wujud menyalahi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Rujukan Pewartaan : No. 20 Jd. 44

Tarikh Pewartaan : 27 September 2001


Keterangan : Bersetuju dengan Fatwa Johor pada tahun 1948 bahawa fahaman wahdatul wujud adalah kufur dan sesiapa yang mempercayai dan megamalkannya adalah murtad.

Jika pengamal ajaran tersebut mempunyai isteri maka tertalaklah ia dan adalah anaknya luar nikah dan hartanya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

Pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat.

http://ii.islam.gov.my/e-fatwa/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=495


dan ada beberapa fatwa lagi yang berhubung dengan perkara yang serupa dan berhubung dengan Nur Muhammad


Kategori : Akidah

Tajuk : Pengharaman 4 Buah
Buku.

Isu : Isu akuan haram 4 buah buku penerbitan yang diharamkan oleh Jawatankuasa penapisan bahan-bahan penerbitan berunsur Islam, Jakim


Keputusan : Mesyuarat bersetuju memperakukan haram bagi 4 buah


buku tersebut:
1. hakikat sembahyang, Imam al-Soufi 1994

2. Kumpulan Ilmu Ghaib, Al-Auqaf terjemahan Ustaz Masoap Suhaimi tahun 1984.

3. Nur Muhammad, terjemahan Abdul Ghoni Asyukur, tahun 1992 (m/s192)

4. Ahlul sunnah dan Shiah Sebenarnya Kristian, Oleh Abdullah Muhammad, terbitan tarbiyah Hisbullah, Darul bait.


Mesyuarat juga memutuskan supaya pengharamanya hendaklah difatwa dan diwartakan.

http://ii.islam.gov.my/e-fatwa/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=647


Komentar Ulama Terhadap Kesesatan Sufi Termasuk Faham Nur Muhammad yang di Pegang oleh kebanyakkan ahli agama pondok-pondok di tanah Melayu,Mesir dan Hadramaut.

As-Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz di dalam Fatwanya menyebut :

"Apa yang diperkatakan oleh manusia bahawasanya Rasulullah s.a.w diciptakan daripada Nur, maka semua ini tidak ada asal padanya.
Mereka berkata bahawasanya baginda diciptakan daripada Nur atau Nur Baginda itu yang terawal diciptakan. Semua dakwaan ini adalah PALSU TIDAK ADA ASAL BAGINYA.

Tidak terdapat juga asas tentangnya dari Nabi s.a.w. Bahkan ianya adalah KEPALSUAN dan PEMBOHONGAN atas ar-Rasul s.a.w. Sesungguhnya yang benar ialah Baginda s.a.w. diciptakan daripada Air Mani sepertimana diciptakan semua manusia yang lain. Baginda diciptakan daripada Air Mani bapa Baginda iaitulah Abdullah bin Abdul Mutallib (عبد الله بن عبد المطلب ) dan daripada benih Ibu baginda iaitu Aminah binti Wahb ( آمنة بنت وهب ) .

Baginda tidak diciptakan daripada Nur......"
- Tamat petikan fatwa Bin Baz.

As-Syeikh 'Atiah Saqr (ketua Lajnah Fatwa al-Azhar yang dahulu) pula berkata :

".... Sesungguhnya Ar-Rasul s.a.w. tidak diciptakan daripada Nur, dan Baginda dari zuriat Adam dan Adam (diciptakan) daripada tanah...."

Prof Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (Ulama Qatar) Menjawab :

" Telah diketahui bahawa hadis-hadis yang menyatakan bahawa makhluk pertama adalah itu atau ini ... dan seterusnya, tidak satu pun yang sahih, sebagaimana ditetapkan oleh para ulama Sunnah.

Oleh kerana itu, kami mendapati sebahagiannya bertentangan dengan sebahagian yang lainnya.
Sebuah hadis mengatakan, "Bahawa yang pertama kali diciptakan oleh Allah adalah kalam."
Hadis lainnya mengatakan, "Yang pertama kali diciptakan Allah adalah akal."

Telah tersiar di kalangan orang awam dari kisah-kisah maulid yang sering dibaca bahawa Allah menggenggam cahaya-Nya, lalu berfirman, "Jadilah engkau Muhammad." maka jadilah beliau makhluk yang pertama kali diciptakan Allah, dan dari situ diciptakan langit, bumi dan seterusnya.

Dari itu tersiar kalimat: "Selawat dan salam bagimu wahai makhluk Allah yang pertama," hingga kalimat itu dikaitkan dengan azan yang disyariatkan, seakan-akan sebahagian daripadanya.

Perkataan itu TIDAK SAH riwayatnya dan TIDAK DIBENARKAN oleh akal, TIDAK akan mengangkat agama, dan TIDAK BERMANFAAT bagi perkembangan peradaban dunia Islam.

Keawalan Nabi Muhammad saw. sebagai makhluk Allah tidak Terbukti dan seandainya terbukti tidaklah mempengaruhi keutamaan dan kedudukannya di sisi Allah.
Tatkala Allah Ta'ala memujinya dalam Kitab-Nya, maka Allah memujinya dengan alasan keutamaaan yang sebenarnya.

Allah berfirman: "Dan sesungguhnya kamu benar-benar orang yang berbudi pekerti agung" (Q.s. Al-Qalam: 4).

Hal itu yang terbukti dan ditetapkan secara mutawatir.

Nabi kita Muhammad saw. adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalib Al-Hasyimi Al-Quraisy yang dilahirkan lantaran kedua orang tuanya, Abdullah bin Abdul Muththalib dan Aminah binti Wahab, di Mekkah, pada tahun Gajah.

Beliau dilahirkan sebagaimana halnya kelahiran manusia biasa dan dibesarkan sebagaimana manusia biasa dibesarkan. Beliau diutus sebagaimana diutusnya para Nabi dan Rasul sebelumnya, dan bukan Rasul yang pertama di antara para Rasul.

Beliau hidup dalam waktu terbatas, kemudian Allah memanggilnya kembali kepada-Nya/wafat: "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)." (Q.s. Az-Zumar: 30).

Beliau akan ditanya pada hari Kiamat, sebagaimana para Rasul ditanya: "(Ingatlah) hari di waktu Allah mengumpulkan para Rasul, lalu Allah bertanya (kepada mereka), 'Apa jawapan kaummu terhadap (seruan)mu?' Para Rasul menjawab, 'Tidak ada pengetahuan kami (tentang itu) sesungguhnya Engkau-lah yang mengetahui perkara yang ghaib'." (Q.s. Al-Maidah: 109).

Al-Quran telah menegaskan hakikat bahawa Nabi Muhammad saw adalah seorang manusia.
Ini ditegaskan oleh Allah di berbagai tempat dalam al-Quran dan Allah memerintahkan Nabi menyampaikan hal itu kepada orang ramai dalam berbagai surah, antara lain: "Katakanlah, 'Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku. Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa ...'." (Q.s. Al-Kahfi: 110).

"Katakanlah, 'Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?'" (Q.s. Al-Isra': 93).

Ayat di atas menunjukkan bahawa beliau adalah manusia seperti manusia-manusia lainnya, tidak memiliki keistimewaan, kecuali dengan wahyu dan risalah.

Nabi saw. menegaskan makna kemanusiaannya dan penghambaannya terhadap Allah, dan memperingatkan agar tidak mengikuti kebiasaan-kebiasaan dari orang-orang sebelum kita, iaitu penganut agama-agama terdahulu dalam hal memuja dan menyanjung: "Janganlah kamu sekalian menyanjungku sebagaimana kaum Nasrani menyanjung Isa putera Maryam. Sesungguhnya aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya." (H.r. Bukhari).

Nabi yang agung ini adalah manusia seperti manusia lainnya dan tidak diciptakan daripada cahaya mahupun emas, tetapi dia diciptakan daripada air yang memancar dan keluar dari tulang sulbi laki-laki dan tulang rusuk wanita sebagai bahan penciptaan Muhammad saw.

Adapun DARI SEGI RISALAH dan hidayat-Nya, maka beliau adalah cahaya Allah dan pelita yang amat terang.
Al-Qur'an menyatakan hal itu dan berbicara kepada Nabi saw.: "Wahai Nabi sesungguhnya Kami mengutusmu untuk menjadi saksi dan pembawa khabar gembira serta pemberi peringatan. Untuk menjadi penyeru pada agama Allah dengan izin-Nya dan untuk menjadi cahaya yang menerangi."(Q.s. Al-Ahzab: 45-6).

Allah swt. berfirman yang ditujukan kepada Ahlul kitab: "... Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan." (Q.s. Al-Maidah: 15).

"CAHAYA " dalam ayat itu adalah Rasulullah saw, sebagaimana Al-Qur'an yang diturunkan kepada beliau adalah juga cahaya. Allah swt. berfirman: "Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya serta cahaya (Al-Qur an) yang telah Kami turunkan." (Q.s. At-Taghaabun: . "... dan telah Kami turunkan kepada kamu cahaya yang terang-benderang." (Q.s. An-Nisa': 174).

Allah telah menentukan tugasnya dengan firman-Nya: "... Supaya kamu mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya terang-benderang..." (Q.s. Ibrahim: 1).

Doa Nabi saw.: "Ya Allah, berilah aku cahaya di dalam hatiku, berilah aku cahaya dalam pendengaranku, dan berilah aku cahaya dalam penglihatanku, berilah aku cahaya dalam rambutku, berilah aku cahaya di sebelah kanan dan kiriku , di depan dan di belakangku." (Hadith Muttafaq Alaih)

Maka, beliau adalah Nabi PEMBAWA CAHAYA dan Rasul PEMBAWA HIDAYAH. Semoga Allah menjadikan kita sebagai orang-orang yang mengikuti petunjuk cahaya dan Sunnahnya."

Dipetik dari :

12 comments:

jalil said...

Assalamualaikum ustaz..
maafkan saya untuk bertanya satu soalan bodoh daripada saya yang jahil... Adakah ustaz mengenali Allah yang ustaz sembah setiap hari, kalau jawapannya ya, bagaimana cara ustaz mengenalinya. Sebelum ustaz menjawab soalan di atas, satu lagi soalan saya, adakah ustaz mengenali diri ustaz sebenarnya...kalau jawapannya ya, bagaimana cara ustaz mengenali diri ustaz.... Mengenal diri adalah jambatan untuk mengenal Allah. Syeikh Abdul Qadir Jailani adalah ahli sufi yang bergelar sultanul awlia'...adakah beliau sesat...begitu juga dengan tok kenali...seorang ahli sufi...adakah dia sesat....

maafkan saya bertanya soalan bodon macam ni...

Unknown said...

salam..

ustaz..sy pon nk tnye mcm jalil y=tu gak la..apjwapannye eh?

maaf..bdak bru blaja..

ali

awaluddin makrifatullah said...

....

awaluddin makrifatullah said...

Assalamualaikum sdr Saya jalil, blogger yg bagi komen kat atas tu....saja letak nama lain...sdr. muhd@ali...ai...sdr pun ada soalan bodoh mcm saya...kalau x keberatan email la saya (jalil464@yahoo.com atau abdulfana@gmail.com) kita share soalan bodoh sama2 sampai sekarang ustaz x jawab... Tentang hakikat Nur MUhammad yang kecoh sangat kat atas ni... sampai bilapun tak akan tau apa tu Nur Muhammad yang sebenar kalau kita sendiri memusuhi ilmu tasauf.. Ilmu tasauf adalah ilmu pokok yang wajib dipelajari bukan ilmu2 cabang..Penjelasan kat atas tentng Nur Muhammad semuanya tak ada yang tepat...Ia tak kena mengena dgn. Rasulullah Muhammad bin Abdullah... penat je sembang panjang2 kat atas... Tu la pasal, bila sebut tasauf atau sufi semuanya sesat.. memang ada sufi palsu tapi bilangannya macam beras putih di dalam pulut hitam...kena tau ilmu tasauf dulu baru tau dia palsu atau tidak... kalau belum apa-apa semua dah sesat, hakikatnya memang diri sendiri yang sesat....Belajarlah mengenal diri untuk mengenal Allah, tanpa mengenal diri saya boleh jamin memang mustahil mengenal Allah...Kalau x percaya tanya Syeikh Abdul Qadir Jailani ahli sufi yang "orang ramai" kata sesat.... Banyak sangat ke ilmu kita...kalau setakat belajar ilmu-ilmu kalam seperti fekah, muamalat, jinayat, hadis dsb. setakat sepintas lalu...cukupla kat situ je...Tak payah nak hukumkan orang sesat...Entah-entah kita sendiri yang syok sendiri dan kita pula yang sesat. Cuba tanya Tok Guru Nik Aziz tentang kesufian...takut nanti ustaz lari x cukup tanah malu pada diri sendiri.... Jangan tafsir al-Quran hanya pada yang tersurat, tapi cari makna yang tersirat...kalau setakat makna tersurat, al-Quran tu setakat mcm buku sejarah je...tapi kitab ni lebih dari itu, sebab tu dinamakan mukjizat...ada yang tersirat yang boleh menggegarkan hati orang yang merungkainya....sapa yang nak merungkainya kalau dia sendiri tak mengenal dirinya dan mengenal Allah. Hanya yang mengenal Allah sahaja mampu merungkainya.....Kalau setakat hafal sifat 20 x payahla nak mengaku mengenal Allah. Atau ilmu tauhid yang kita belajar di sekolah atau di masjid itupun hanya lapisan luar sahaja. Teras tauhid itu tidak ramai yang tahu. Yang tahu kebanyakannya ahli sufi tetapi mereka lebih suka mendiamkan diri daripada menjaja ilmunya kecuali hanya kepada yang ahli. Kalau kita memusuhi tasauf dan sufi...bacalah alQuran tu sebagai tafsir umum sahaja...al Quran tidak akan ada kesan pada jiwa....sedangkan rahsia alQuran itu ada di dalam diri setiap manusia...fikir2kan...siapakah sebenarnya Muhammad itu....

aku manusia jahil....

Mujahid Nordin said...

TG haji hadi & TG nik aziz tak menentang golongan sufi sbb mereka tahu kebenarannya. Walaupun haji hadi belajar kat madinah, x smestinya pemikirannya spt yg diimpikan ustaz. Kerana smua tu ats pertimbangan ilmu masing2. TG Nik Aziz plak mmg brpegang manhaj salaf, bahkan blajar hadis bersanad di india. Namun beliau juga menerima tasawuf, guru hadis beliau pun bertarekat Naqsyabandiah. Cuma beliau tak bertarekat tp menerima tasawuf. Beliau pernah bgtau saya, beliau x berani utk bertarekat krn ianya akn menimbulkn kontroversi. Untuk makluman ustaz, ayah nik aziz mengamalkan tarekat ahmadiah idrisiah. Ulama' saudi spt Dr.Aidh Al-Qarni juga byk menggunakan kitab2 tasawuf. Jika kita tidak mempelajari tasawuf layakkah kita mengkritiknya? Ulama' yg mengkritik spt Bin Baz, beliau x pernah blajar tasawuf pun. Namun itu bkn salah beliau. Salahnya x blajar tp nak mengkritik.

Unknown said...

jawab la "ustaz"...takkan nak diam jer...orang2 bodo tunggu jawapan...ustaz takkan nak tumpang bodo skali...

awaluddin makrifatullah said...

alamak sdr azizi pun tanya soalan pelik macam saya juga...kira kita ni sama-sama pelik la...soalan macamana nak kenal diri kan kira soalan pelik tu..sebab jawapannya pun pelik tapi mudah dan masuk akal...tapi pelik-pelik soalan nipun rasanya ramai sangat yang masih tak dapat kenal diri sendiri atau sengaja tak mau atau menolak untuk mengenal diri sendiri...kalau macam ni, imposible nak kenal Allah....

Unknown said...

ustaz ni dah meninggal kot...itu sebab senyap aja...

Atan said...

Salam.
Cuba perhatikan kata2 Imam Syafii berikut : Imam Al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanadnya dari Yunus bin Abdil A’la, dia berkata: Aku mendengar Imam Asy-Syafii berkata: “Kalau seorang menganut ajaran tasawuf (tashawwuf) pada awal siang hari, tidak datang waktu zhuhur kepadanya melainkan engkau mendapatkan dia menjadi dungu.” (Manaqib Imam As-Syafii 2/207, karya Imam Al-Baihaqi)

Arcane said...

Assalamualaikum ustaz emran yang saya kasihi. Saya juga sama seperti beberapa saudara terawal yang komen kat atas mengenai perkara ini, seperti saudara "Jahil".

Apa kata ustaz search "Tasawuf Ustaz Tengku Fouzy" di Youtube, kat sana ada video Ust Fouzy berceramah mengenai ilmu membersihkan hati/tasawuf.

Yang anehnya mengapa ustaz diam tidak menjawab pertanyaan di atas, dan pertanyaan saya ini adalah yg ke sepuluh (komen) dalam ni.......

Wallahul musta'an.

MK said...

Semua hadith2 tentang nur muhammad adalah tidak sahih.tasawwuf tidak boleh lari drp al quran dan sunnah.apa yg menyanggahi keduanya kita tolak apa yg selari dgn keduanya kita terima. Jauh drp ketaksuban pd syeikh2..wali2..semua kata2 mereka boleh diterima dan ditolak kecuali nabi saw.
Ilmu mengenal diri apa shj nama yg diberikan tidak terlepas drp ikatan syariat Allah..apa yg menyanggahinya dgn fahaman dan falsafah yg pelik tdk bersumberkan quran dn sunnah yg sahih sewajibnya ditolak..
Syeik Abdul Qadir jailani tidak mengajarkan melainkan berpegang teguh pada quran dan sunnah.Mana2 pegangan yg bertentangan ditolak.

Ipin said...

kitab Sirrul Asrar syeikh abd qadir jailani ada menyentuh tentang nur muhammad ni.jadi di mana yg tak kenanya .pencerahanan plis ?