Friday, December 28, 2012

Masalah berkaitan perayaan bukan Islam seperti Krismas (Hari Natal) dan lain-lain.


Kedudukan seorang muslim dan bukan Muslim tidak sama disisi Islam. Walaubagaimanapun Islam mengizinkan kaum bukan Islam untuk merayakan hari kemuliaan mereka dan mengamalkan ajaran agama mereka berdasarkan 3 syarat :

a) Tidak memudharatkan umat Islam atau menganggu masyarakat awam.
b) Tidak dilakukan majlis di tempat2 umum atau ditengah kotaraya Islam sehingga kelihatan seperti menyebarkan syiar mereka.
c) Perayaan tersebut tidak dihadiri oleh orang Islam dan tiada perkara-perkara seperti menyebarkan ajaran mereka atau promosi tentang agama mereka berlaku.

Hal di atas berlaku sekiranya umat Islam adalah pihak yang memerintah dan kaum yang kafir adalah dibawah kuasa Islam.

Manakala jika umat Islam berada dibawah jajahan orang-orang yang kafir maka kaedahnya adalah seperti berikut :

1. Disunnahkan untuk menghindari perayaan keagamaan tersebut dan mengelak dari menyertainya sedaya-upaya.
2. Jika terpaksa menghadiri atas faktor keselamatan umat Islam dan bagi mengelak permusuhan ke atas komuniti Islam maka hukumnya harus diwakilkan kepada satu orang atau sebahagian anggota masyarakat Islam untuk mengucapkan tahniah atau menghadiri sambutan perayaan tersebut semata-mata demi menjaga hak-hak dan kepentingan umat Islam dari ditindas oleh orang-orang kafir.

----

Hukum mengucapkan ucapan selamat menyambut hari natal, Merry Christmas, Deepavali dll ?

Al-jawab, hukumnya adalah ditegah tanpa ada keperluan kerana Allah SWT berfirman, فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. [Al-Hijr:94]

Namun apabila kita diberi ucapan tersebut atau diucapkan selamat atau sesuatu yang baik maka disunnahkan menunjukkan akhlak yang baik dengan menjawab ' dan kepada kamu juga' seperti mana hadith Aisyah RA, عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، أَنَّ الْيَهُودَ دَخَلُوا عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالُوا : السَّامُ عَلَيْكَ فَلَعَنْتُهُمْ ، فَقَالَ : " مَا لَكِ " ، قُلْتُ : أَوَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا ، قَالَ : " فَلَمْ تَسْمَعِي مَا قُلْتُ وَعَلَيْكُمْ Daripada Aisyah RA, bahawa ada sekumpulan yahudi masuk menemui Nabi SAW, lalu mereka berkata As-sam' (kematian) ke atas kamu lalu Aisyah pun melaknat mereka. Maka Nabi SAW menegur Aisyah. 'Apa kamu ni?' Lalu kata Aisyah menjawab Tidakkah engkau mendengar apa kata mereka ? Jawab baginda. Tidakkah engkau mendengar aku menjawab 'Dan ke atas kalian.' [riwayat al-Bukhari]

Kita tidak memulakan ucapan selamat dsbnya kpd orang kafir, tetapi apabila menerima ucapan mereka maka kita disunnahkan menjawab kembali dengan berkata : 'وَعَلَيْكُمْ ' dan ke atas kamu juga.

 WA

Prinsip dakwah dari hadith Rasulullah

Di dalam hadith Ibn Abbas RA, bahawa Abu Sufyan RA telah memberitahu kepadanya tentang kisahnya bertemu Heraclius (disebut هرقل hiraqla) Raja Rom sebelum Islam. Hadith tersebut panjang tetapi mengandungi banyak pelajaran dakwah antaranya :

1. Memiliki keturunan yang baik. Raja Rom, Hiraqla bertanya, كيف نسبه فيكم Bagaimana nasabnya (keturunan Nabi Muhammad) disisi kamu? Abu Sufyan menjawab : هو فينا ذو نسب Dia disisi kami mempunyai nasab yang baik.

Seorang pendakwah harus menjaga keturunannya, memiliki isteri yang solehah dan dari keturunan yang baik dan beragama bukan penzina atau mereka yang terkenal dengan rasuah, penjahat atau orang yang zalim.

2. Membela orang-orang yang lemah dan mengutamakan golongan yang tertindas. Seterusnya Hiraqla bertanya, فأشراف الناس يتبعونه أم ضعفاؤهم Apakah yang mengikutinya terdiri dari manusia yang bangsawan atau golongan yang lemah? Maka dijawab oleh Abu Sufyan, بل ضعفاؤهم Bahkan yang paling lemah dikalangan mereka.

Dakwah yg terhad kepada golongan elit, bukan dakwah Nabi SAW, dakwah yang tidak memberi fokus atau ruang pembelaan kepada golongan lemah ialah dakwah yg menyalahi sunnah.

3. Dakwah itu berkembang dan bergerak. Soalan Hiraqla, أيزيدون أم ينقصون؟ Apakah bilangan mereka bertambah atau berkurang? Maka dijawab Abu Sufyan : بل يزيدون Bahkan bertambah.

Ini bukti bahawa dakwah ini disokong oleh golongan dhaif dan lemah lalu berkembang dan bertambah ramai. Kerana ajarannya membela mereka. Dakwah yang berkurang sokongannya, atas alasan kononnya ahli-ahli yang keluar adalah 'tapisan' Allah ialah bercanggah dengan sunnah.

4. Peribadi pendakwah bersih dari tohmahan sebelum memulakan dakwah. Ini berdasarkan soalan raja rom, فهل كنتم تتهمونه بالكذب قبل أن يقول ما قال؟ Apakah kamu pernah menuduhnya sebagai pembohong sebelum dia mengatakan apa yang dikatakan olehnya sekarang? Abu Sufyan menjawab : لا Tidak. Kemudian ditanya lagi, فهل يغدر؟ Apakah dia pernah berkhianat? Lalu dijawab Abu Sufyan : لا، ونحن منه في مدة لا ندري ما هو فاعل فيها Tidak, selama kami bersama dengannya tidak pernah kami tahu akan hal itu dilakukannya.

Sebelum memulakan dakwah, seorang muslim harus membersihkan dirinya dari segala tohmahan buruk, memperbaiki akhlak dan jiwanya agar Islam tidak tertohmah oleh kerana keburukan peribadinya.

5. Teguh dalam prinsip dan mempertahankan kebenaran walaupun terpaksa diperangi. Soal Hiraqla, فكيف كان قتالكم إياه Bagaimana keadaan kamu memeranginya ? Jawab Abu Sufyan : الحرب بيننا وبينه سجال ينال منا وننال منه Peperangan antara kami dan dia silih berganti, ada kalanya dia yang menang dan ada kalanya kami yang menang.

Maknanya, dakwah yang benar sama sekali tidak pernah berhenti dari diperangi dan memerangi musuh. Hanya yang bertukar adalah menang dan kalah. Ini menunjukkan prinsip perjuangan dakwah Islam yang tidak berganjak demi mencari kemenangan semata-mata.

Matlamat dakwah bukan kemenangan tetapi mempertahankan kebenaran dan keadilan !

6. Ajaran dakwah mesti jelas dan difahami oleh masyarakat. Ini dibuktikan oleh pertanyaan Raja Rom : ماذا يأمركم؟ Apa yang dia perintahkan kepada kamu ? Dijawab oleh Abu Sufyan : يقول: اعبدوا الله وحده ولا تشركوا به شيئا واتركوا ما يقول آباؤكم ويأمرنا بالصلاة والصدق والعفاف والصلة Dia berkata, sembahlah Allah semata-mata jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, dan menyuruh meninggalkan apa yang dikatakan oleh bapa-bapa kamu, menyuruh kam mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menjaga kehormatan diri serta menjalin silaturrahim.

Alangkah hebatnya dakwah Nabi SAW, musuh walaupun memerangi baginda namun tetap faham dan jelas dengan apa yang cuba disampaikan oleh baginda.

7. Dakwah yang memberi insiprasi, motivasi dan harapan kepada orang lain. Bak kata Abu Sufyan RA, فما زلت موقنا أنه سيظهر حتى أدخل الله علي الإسلام Sejak dari hal itu aku pun menyakini bahawa dia (Muhammad) akan menang sehinggalah Allah kemudiannya memasukkan aku ke dalam Islam.

[riwayat Al-Bukhari di dalam Jami As-sahih]


Friday, December 14, 2012

Harus menikah tanpa izin ibubapa apabila takut terjebak dengan dosa zina




1. Di dalam Islam, zina merupakan dosa yang sangat besar dan termasuk di dalam amalan yang dimurkai oleh Allah SWT serta dicela di dunia dan di hari akhirat. Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” [Al-Isra : 32]

Al-Imam Ibn Qayyim meriwayatkan bahawa Al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah pernah berkata: "Aku tidak mengetahui tentang sebuah dosa yang lebih besar daripada membunuh selain daripada dosa zina.  Bahaya zina bukan sahaja kepada orang yang melakukannya bahkan turut membawa musibah kepada seluruh masyarakat dan keturunan. 

Ini kerana perbuatan zina telah mencemarkan benih dan keturunan mereka yang melakukannya serta membawa pelbagai kesan buruk seperti penyakit berjangkit dan lain-lain musibah.

Oleh yang demikian mencegah zina dan menolaknya ialah wajib di dalam Islam dan sekiranya perkahwinan diperlukan untuk mengelak daripada terjebaknya zina maka ianya menjadi wajib dan fardhu ke atas mereka yang berkenaan. 

Ini berdasarkan kepada kaedah fiqh yang menyebut :


ما لايتم الواجب إلا به فهو واجب
 Apa-apa yang diperlukan untuk menyempurnakan perkara wajib maka ianya juga turut menjadi wajib. [Lihat dalam kitab Usul fiqh]

2. Mentaati ibubapa ialah wajib dan bagi seorang perempuan yang masih bujang maka bapa atau datuk sebelah bapanya ialah wali mujbir yang diperlukan sebagai wali di dalam pernikahan kerana baginda sallahualaihiwassalam pernah bersabda:
  
لا نكاح إلا بولي
 Maksudnya : Tidak ada nikah tanpa wali. [riwayat Abu Daud dan Tirmidzi] 


Namun sekiranya pihak ibubapa tidak berusaha menikahkan anak-anak mereka setelah diminta oleh anak-anak tanpa ibubapa mempunyai alasan yang sah disisi syarak maka tiadalah ketaatan kepada mereka dalam hal pernikahan ini disebabkan mentaati perintah Allah iaitu supaya jangan berzina ialah lebih utama dan lebih patut dipatuhi daripada mematuhi perintah ibubapa yang melarangnya.

Ini berdasarkan kaedah dalam Islam yang menyebut :

لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق

Maksudnya : Tidak ada ketaatan pada makhluk dalam hal yang bermaksiat kepada Pencipta. [Kaedah ini berasal daripada hadith yg sahih dan dikeluarkan dari banyak jalan antaranya oleh Imam As-Suyuthi dalam Jami As-Soghir]

Adalah salah mentaati perintah ibubapa yang tidak mengizinkan anak-anak mereka bernikah tanpa alasan yang sah disisi syarak dalam keadaan anak-anaknya sudah terdesak untuk bernikah dan tidak mampu mengawal nafsu syahwat dan khuatir akan terjebak dalam dosa zina.

3.  Walaubagaimanapun pernikahan tidak boleh dilakukan secara sembunyi diluar pengetahuan ibubapa sebelum berdepan dan memberitahu atau memaklumkan kepada mereka.

Nikah hanya boleh dilakukan setelah berusaha mendapatkan keizinan mereka. Jika mereka tidak mengizinkan atau menentang tanpa alasan yang munasabah barulah anak-anak itu boleh meneruskan  pernikahan tanpa izin mereka.

Ada sesetengah anak-anak yang bernikah tanpa pernah memaklumkan langsung hasrat mereka kepada ibubapa adalah berdosa dan bertentangan dengan hukum Islam. Nikah hanya boleh dilangsungkan setelah ibubapa dimaklumkan sekalipun mereka membangkang namun ianya mesti berlaku dalam pengetahuan mereka. Supaya jika mereka dilembutkan hati atau menerima kebenaran maka mereka akan tampil membantu menyempurnakan pernikahan atau berusaha mencari jalan alternatif bagi membantu anak-anak mereka dari terjebak ke lembah penzinaan. 

Atau jika mereka tidak meredhainya sekalipun pernikahan itu telah memenuhi kehendak syarak supaya mendapatkan persetujuan wali dan jika wali itu enggan maka pernikahan itu berhak diwalikan oleh orang lain.

Ini berdasarkan hadis Nabi salallahualaihiwassalam yang bersabda : “Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali”. (Hadis riwayat Ahmad,Tirmizi dan Abu Daud)

Oleh yang demikian maka anak-anak yang telah berada dalam keadaan yang gawat oleh desakan nafsu wajib meminta izin daripada ibubapa terlebih dahulu untuk menikah sebelum meneruskan usaha akad nikah dengan cara wali hakim atau bernikah diluar kawasan  seperti di Thailand atau sebagainya.

WA


Saturday, December 08, 2012

10 cara mudah untuk menikmati hidup - 'How to Enjoy Life'

Ramai orang yang hidup tetapi tidak menikmatinya kerana gagal menyedari nikmat dan rezeki kehidupan. Syukur ialah permulaan kepada sebuah kebahagiaan. Berikut ialah 10 cara mudah untuk menikmati hidup :

1. Bangun pagi dengan rasa syukur kepada Allah kerana masih berpeluang hidup.

2. Menghargai nikmat air ketika mandi (Fakta : 780 juta manusia di dunia ini tidak dapat menikmati kemudahan air bersih dan 660 juta tidak dapat mandi setiap hari - Sumber UNICEF)

3. Menikmati makanan bukan sekadar memakannya. Ramai orang makan tanpa 'mempedulikan' isi makanannya. Makanlah dengan perlahan, nikmati rasa garamnya, manisnya dan bersyukur kepada Allah SWT. Kata Anas bin Malik RA, 'كَانَ يُعْجِبُهُ الثُّفْلُ' Bahawa rasulullah SAW amat suka makan saki-baki sisa-sia makanan. [riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Hakim]

4. Memakai pakaian-pakaian yang baik dan cantik. Seorang lelaki bertanya Nabi SAW, apa hukumnya seorang lelaki yang suka memakai pakaian dan kasut yang cantik ? Maka baginda menjawab, "Allah itu cantik dan menyukai kecantikan". [riwayat Muslim]

5. Menghirup udara segar sambil menikmati kewangian bunga, kehijauan pokok, dan kesejukan angin. Firman Allah SWT : 'Apakah kamu tiada melihat, bahawasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? ' [Al-Hajj:63]

6. Keluar bekerja mencari rezeki dengan berniaga, mengambil upah atau menguasakan tanah, menternak binatang atau memburu dll. Firman Allah SWT 'dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.' [An-Naba:11] Nabi SAW menyebutkan bahawa para rasul pun bekerja dan pernah menjadi pengembala kambing. Ada hadith lain menyebut, Nabi Zakaria ialah seorang tukang kayu. [riwayat Muslim]

7. Berkongsi nikmat rezeki dan hasil usaha dengan orang lain. Para sahabat RA pernah mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa mereka makan tetapi tak pernah kenyang maka baginda pun berkata mungkin kamu makan sendiri-sendiri? Lalu mereka pun membenarkan. Maka Nabi SAW bersabda : Makanlah berjamaah dan sebutlah nama Allah maka nescaya makanan itu akan menjadi berkat. [riwayat Abu Daud]

8. Bernikah dengan pasangan yang soleh/solehah jika bujang dan menjalinkan hubungan mesra dengan ahli keluarga serta anak-anak. Dalam hadith menyebut kelebihan menjalinkan silaturrahim seperti keberkatan rezeki dan dipanjangkan umur.

9. Mencari ilmu dan meluaskan pengetahuan dengan membaca dan menghadiri majlis-majlis pengajian. Ilmu mencerahkan akal dan melapangkan jiwa yang sempit dan membuka pintu kegelapan serta menerangi kehidupan. Kata Sahl bin Abdullah, Tulislah ilmu kerana jika engkau mampu bertemu dgn Allah sambil membawa buku dan pena maka lakukanlah.

10. Bersahabat dengan orang-orang yang soleh. Persahabatan merungkaikan gelisah dan menghilangkan kebosanan. Nabi SAW berpesan, Janganlah bersahabat kecuali dengan orang yang beriman dan jangan pula memakan hidanganmu melainkan orang yang bertakwa.” [Riwayat Abu Daud dan At Tirmizi]

Akhirnya pesan Syeikh Abd Rahman al-Sa'di, Seorang muslim itu patut bersegera melakukan kebaikan serta ibadah dan mengabaikan kesusahan serta menikmati keperitan hidup kerana apa yang terdapat disisi Allah itu lebih bernilai dan disediakan oleh Allah untuk mereka yang masuk ke syurgaNya. [Al-Qawl al-Sadeed ala Maqaasid Kitab Al-Tauhid]

Thursday, November 29, 2012

Jihad menjadi fardhu Ain apabila wilayah Islam diserang

Petikan Twitter Ustaz Emran, 23/November/2012 : Tak patut kita suruh orang Palestin lari dari negara mereka. Kita bukan di era Makkiyah lagi yang orang Islam sedikit bilangannya sebaliknya umat Islam sekarang sudah berjumlah 1.6 billion !



Berkata Imam Ibn Abideen ra,

'فرض عين إذا هجم العدو على ثغر من ثغور الإسلام، فيصير فرض عين على من قرب منه
 ' Fardhu Ain apabila musuh menyerang sempadan dari perbatasan Islam maka hukumnya ialah fardhu Ain ke atas mereka yang berdekatan dengannya. Para ulama bersepakat bahawa jatuh hukum fardhu ain kepada ahli negeri yang berdekatan dengan kawasan yang diserang oleh musuh Islam jika mereka yang diserang itu tadi tidak mampu menghadapi musuh bersendirian.

'على أهل البلد القريب، ثم على من يليهم، ثم على من يليهم...'
Maka bagi ahli negeri yang berdekatan dan kemudian bagi mereka yang berdekatan sehinggalah berterusan selepas itu


Berkata oleh Imam AlRomli dlm Nihayah al-Muhtaj :

'إن دخلوا بلدة لنا، وصار بينهم وبيننا دون مسافة القصر، فيلزم أهلها الدفع، حتى من لا جهاد عليه، من فقير وولد وعبد ومدين وامرأة
'Jika musuh memasuki negeri kita lalu antara mereka dan kita itu jarak yang kurang dari jarak yang membolehkan qasar solat maka wajib bagi ahlinya untuk mempertahankan diri dan berjihad ketika itu menjadi wajib ke atas mereka walaupun ke atas golongan yang pada asalnya tidak wajib untuk berjihad seperti kanak-kanak, hamba, orang yang berhutang dan kaum perempuan.

Imam Ibn Taimiyyah ra membuat kesimpulan dalam fatwanya :

'إذا دخل العدو بلاد الإسلام فلا ريب أنه يجب دفعه على الأقرب فالأقرب'

Apabila musuh memasuki wilayah Islam maka tidak syak lagi kewajipan ke atas mereka untuk mempertahankannya adalah jatuh ke atas orang yang dekat dan kemudian yang berdekatan..[Majmuk Al-fatawa]

Rumusannya, penduduk Palestin telah menunaikan kewajipan mereka dengan berjihad melawan Israel tetapi penduduk/negara sekitarnya yang tidak menunaikan kewajipan mereka untuk mempertahankan Palestin dan berjihad melawan musuh sedangkan jihad sekarang ini sudah menjadi fardhu ain kepada mereka. Maka tidaklah wajar kita menyuruh penduduk Palestin berhijrah sebaliknya kitalah yang harus mendesak dan menyuruh Negara-negara di sekitar Palestin untuk turun berjihad menunaikan kewajipan fardhu ain mereka !

Tidak beramal dengan hadith yang sahih ialah haram

Kata Imam Abu Bakr Muhammad bin Ahmad As-Sarkhasi ra :

ترك العمل بالحديث الصحيح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم حرام ، كما أن العمل بخلافه حرام

Meninggalkan beramal dengan hadith yang sahih daripada Rasululullah salallahualaihiwassalam adalah haram seperti mana beramal dengan amalan yang menyalahinya juga ialah haram. [Kitab Usul al-Sarkhasi]

Panduan beramal dengan hadith yang sahih pula ialah dengan merujuk kepada para ulama hadith' dan fuqaha yg lebih memahami maksudnya daripada orang awam yang jahil. Ini bertepatan dengan kata-kata ulama salaf yg bernama Sufyan bin Uyainah rahimahullah 'الحديث مضلة إلا للفقهاء' Hadith itu menyesatkan kecuali untuk para fuqaha, maksudnya kalau berhujah dengan hadith tanpa ilmu nescaya membahayakan.

Berkata Imam Abdullah bin Wahab bin Muslim (wafat 197 H) :
 كل صاحب حديث ليس له إمام في الفقه فهو ضال و لولا أن الله أنقذني بمالك والليث لضللت 
Setiap ahli hadith yg tidak mempunyai Imam di dalam fiqh maka nescaya dia akan sesat, kalaulah tidak kerana Allah menyelamatkan aku dengan Malik dan Al-Laits nescaya aku pun sesat.

Al-Haafiz Adz-Zahabi ra, meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun Ar-Rasyid hendak menghukum bunuh seorang zindiq lalu si zindiq itu pun berkata kamu boleh hukum aku tetapi apa yg dapat kamu buat terhadap seribu hadith palsu yang telah aku reka? Maka jawab Harun Ar-rasyid, 'Apa yang boleh engkau lakukan wahai musuh Allah (terhadap hadith-hadith nabi Salallahualaihiwassalam) apabila ada Abu Ishaq al-Fazaari dan Abdullah bin Mubarak yang akan memeriksa dan mentakhrijkan setiap hadith-hadith tersebut huruf demi huruf? [Tazkirah al-huffaz] 

Kata Imam Sufyan as-Sauri ra, ' الملائكة حراس السماء وأصحاب الحديث حراس الأرض' Malaikat ialah penjaga kepada langit manakala ahli hadith ialah penjaga kepada bumi. [Syaraf Ashab al-Hadith]


Allah SWT menjadikan mereka sebagai pembela agama daripada kesesatan dan penyelewengan !

Saturday, November 24, 2012

Mahar dan belanja kahwin isteri Rasulullah SAW

Kata Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid, berdasarkan hadith riwayat Muslim dan tarikh kiraan matawang zaman nabi SAW maka mahar isteri rasulullah SAW ialah sebanyak USD 400 (kira2 dalam ringgit Malaysia ialah RM 1,224.80)

Hal ini berdasarkan hadith riwayat Muslim spt berikut :

عن أبي سلمة بن عبد الرحمن أنه قال : سألت عائشة زوج النبي صلى الل

ه عليه وسلم كما كان صداق رسول الله صلى الله عليه وسلم . قالت : كان صداق لأزواجه ثنتي عشرة أوقية ونشّاً . قال أتدري ما النَّشُّ . قال قلت لا قالت : نصف أوقية : فتلك خمس مائة درهم فهذا صداق رسول الله صلى الله عليه وسلم لأزواجه

Perlu diingat, maksud mahar ini ialah belanja yg wajib dikeluarkan oleh pihak lelaki kepada si isteri.

Maknanya kos pernikahan isteri rasulullah SAW cuma kira2 USD 400 sahaja. Sebaik2 muslimah ialah yang murah belanja nikahnya !

Perlu diingat bahawa kos sara hidup pada hari ini sepatutnya tidak ada kaitan dengan mahar atau belanja perkahwinan. Kalau kita bercakap soal gaji memanglah ianya berkait dengan kos sara hidup.

Tetapi sebenarnya mahar tak ada kaitan dengan kos sara hidup kerana mahar ialah pemberian lelaki untuk mengembirakan calon isteri dan sebagai penghargaan/hadiah wajib yang ditetapkan oleh syarak. Adapun perbelanjaan kenduri dan persiapan sebagainya tidak perlu dibuat serta merta semasa akad.

Boleh sahaja ditangguhkan kenduri selepas nikah apabila ada kemampuan dari sudut kewangan.

Kerana itu bagi sahabat yang miskin mahar dan belanja nikahnya cuma ayat Al-Quran. WA

-----------------

Info tambahan berkenaan cara kira nilai mahar baginda SAW dengan kadar semasa:
 العلامة ابن خلدون :

فاعلم أن الإجماع منعقد منذ صدر الإسلام وعهد الصحابة والتابعين : أن الدرهم الشرعي هو الذي تزن العشرة منه سبعة مثاقيل من الذهب ، والأوقيَّة منه : أربعين درهماً ، وهو على هذا سبعة أعشار الدينار .. .. وهذه المقادير كلها ثابتة بالإجماع .

" مقدمة ابن خلدون " ( ص 263 )

وعلى هذا :

فوزن الدرهم بالجرامات = 2.975 جراماً .

فيكون مهر أزواج الرسول صلى الله عليه وسلم = 500×2.975 = 1487.5 جراماً من الفضة .

وحيث إن سعر جرام الفضة الخالص بدون مصنعية حاليا حوالي 1 ريال فيكون المهر

بالريال = 1487.5ريالاً تقريباً .

وبالدولار = 396.7 تقريباً .