Thursday, November 29, 2012

Tidak beramal dengan hadith yang sahih ialah haram

Kata Imam Abu Bakr Muhammad bin Ahmad As-Sarkhasi ra :

ترك العمل بالحديث الصحيح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم حرام ، كما أن العمل بخلافه حرام

Meninggalkan beramal dengan hadith yang sahih daripada Rasululullah salallahualaihiwassalam adalah haram seperti mana beramal dengan amalan yang menyalahinya juga ialah haram. [Kitab Usul al-Sarkhasi]

Panduan beramal dengan hadith yang sahih pula ialah dengan merujuk kepada para ulama hadith' dan fuqaha yg lebih memahami maksudnya daripada orang awam yang jahil. Ini bertepatan dengan kata-kata ulama salaf yg bernama Sufyan bin Uyainah rahimahullah 'الحديث مضلة إلا للفقهاء' Hadith itu menyesatkan kecuali untuk para fuqaha, maksudnya kalau berhujah dengan hadith tanpa ilmu nescaya membahayakan.

Berkata Imam Abdullah bin Wahab bin Muslim (wafat 197 H) :
 كل صاحب حديث ليس له إمام في الفقه فهو ضال و لولا أن الله أنقذني بمالك والليث لضللت 
Setiap ahli hadith yg tidak mempunyai Imam di dalam fiqh maka nescaya dia akan sesat, kalaulah tidak kerana Allah menyelamatkan aku dengan Malik dan Al-Laits nescaya aku pun sesat.

Al-Haafiz Adz-Zahabi ra, meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun Ar-Rasyid hendak menghukum bunuh seorang zindiq lalu si zindiq itu pun berkata kamu boleh hukum aku tetapi apa yg dapat kamu buat terhadap seribu hadith palsu yang telah aku reka? Maka jawab Harun Ar-rasyid, 'Apa yang boleh engkau lakukan wahai musuh Allah (terhadap hadith-hadith nabi Salallahualaihiwassalam) apabila ada Abu Ishaq al-Fazaari dan Abdullah bin Mubarak yang akan memeriksa dan mentakhrijkan setiap hadith-hadith tersebut huruf demi huruf? [Tazkirah al-huffaz] 

Kata Imam Sufyan as-Sauri ra, ' الملائكة حراس السماء وأصحاب الحديث حراس الأرض' Malaikat ialah penjaga kepada langit manakala ahli hadith ialah penjaga kepada bumi. [Syaraf Ashab al-Hadith]


Allah SWT menjadikan mereka sebagai pembela agama daripada kesesatan dan penyelewengan !

No comments: