Friday, December 28, 2012

Masalah berkaitan perayaan bukan Islam seperti Krismas (Hari Natal) dan lain-lain.


Kedudukan seorang muslim dan bukan Muslim tidak sama disisi Islam. Walaubagaimanapun Islam mengizinkan kaum bukan Islam untuk merayakan hari kemuliaan mereka dan mengamalkan ajaran agama mereka berdasarkan 3 syarat :

a) Tidak memudharatkan umat Islam atau menganggu masyarakat awam.
b) Tidak dilakukan majlis di tempat2 umum atau ditengah kotaraya Islam sehingga kelihatan seperti menyebarkan syiar mereka.
c) Perayaan tersebut tidak dihadiri oleh orang Islam dan tiada perkara-perkara seperti menyebarkan ajaran mereka atau promosi tentang agama mereka berlaku.

Hal di atas berlaku sekiranya umat Islam adalah pihak yang memerintah dan kaum yang kafir adalah dibawah kuasa Islam.

Manakala jika umat Islam berada dibawah jajahan orang-orang yang kafir maka kaedahnya adalah seperti berikut :

1. Disunnahkan untuk menghindari perayaan keagamaan tersebut dan mengelak dari menyertainya sedaya-upaya.
2. Jika terpaksa menghadiri atas faktor keselamatan umat Islam dan bagi mengelak permusuhan ke atas komuniti Islam maka hukumnya harus diwakilkan kepada satu orang atau sebahagian anggota masyarakat Islam untuk mengucapkan tahniah atau menghadiri sambutan perayaan tersebut semata-mata demi menjaga hak-hak dan kepentingan umat Islam dari ditindas oleh orang-orang kafir.

----

Hukum mengucapkan ucapan selamat menyambut hari natal, Merry Christmas, Deepavali dll ?

Al-jawab, hukumnya adalah ditegah tanpa ada keperluan kerana Allah SWT berfirman, فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. [Al-Hijr:94]

Namun apabila kita diberi ucapan tersebut atau diucapkan selamat atau sesuatu yang baik maka disunnahkan menunjukkan akhlak yang baik dengan menjawab ' dan kepada kamu juga' seperti mana hadith Aisyah RA, عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، أَنَّ الْيَهُودَ دَخَلُوا عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالُوا : السَّامُ عَلَيْكَ فَلَعَنْتُهُمْ ، فَقَالَ : " مَا لَكِ " ، قُلْتُ : أَوَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا ، قَالَ : " فَلَمْ تَسْمَعِي مَا قُلْتُ وَعَلَيْكُمْ Daripada Aisyah RA, bahawa ada sekumpulan yahudi masuk menemui Nabi SAW, lalu mereka berkata As-sam' (kematian) ke atas kamu lalu Aisyah pun melaknat mereka. Maka Nabi SAW menegur Aisyah. 'Apa kamu ni?' Lalu kata Aisyah menjawab Tidakkah engkau mendengar apa kata mereka ? Jawab baginda. Tidakkah engkau mendengar aku menjawab 'Dan ke atas kalian.' [riwayat al-Bukhari]

Kita tidak memulakan ucapan selamat dsbnya kpd orang kafir, tetapi apabila menerima ucapan mereka maka kita disunnahkan menjawab kembali dengan berkata : 'وَعَلَيْكُمْ ' dan ke atas kamu juga.

 WA

No comments: