Thursday, November 29, 2012

Jihad menjadi fardhu Ain apabila wilayah Islam diserang

Petikan Twitter Ustaz Emran, 23/November/2012 : Tak patut kita suruh orang Palestin lari dari negara mereka. Kita bukan di era Makkiyah lagi yang orang Islam sedikit bilangannya sebaliknya umat Islam sekarang sudah berjumlah 1.6 billion !



Berkata Imam Ibn Abideen ra,

'فرض عين إذا هجم العدو على ثغر من ثغور الإسلام، فيصير فرض عين على من قرب منه
 ' Fardhu Ain apabila musuh menyerang sempadan dari perbatasan Islam maka hukumnya ialah fardhu Ain ke atas mereka yang berdekatan dengannya. Para ulama bersepakat bahawa jatuh hukum fardhu ain kepada ahli negeri yang berdekatan dengan kawasan yang diserang oleh musuh Islam jika mereka yang diserang itu tadi tidak mampu menghadapi musuh bersendirian.

'على أهل البلد القريب، ثم على من يليهم، ثم على من يليهم...'
Maka bagi ahli negeri yang berdekatan dan kemudian bagi mereka yang berdekatan sehinggalah berterusan selepas itu


Berkata oleh Imam AlRomli dlm Nihayah al-Muhtaj :

'إن دخلوا بلدة لنا، وصار بينهم وبيننا دون مسافة القصر، فيلزم أهلها الدفع، حتى من لا جهاد عليه، من فقير وولد وعبد ومدين وامرأة
'Jika musuh memasuki negeri kita lalu antara mereka dan kita itu jarak yang kurang dari jarak yang membolehkan qasar solat maka wajib bagi ahlinya untuk mempertahankan diri dan berjihad ketika itu menjadi wajib ke atas mereka walaupun ke atas golongan yang pada asalnya tidak wajib untuk berjihad seperti kanak-kanak, hamba, orang yang berhutang dan kaum perempuan.

Imam Ibn Taimiyyah ra membuat kesimpulan dalam fatwanya :

'إذا دخل العدو بلاد الإسلام فلا ريب أنه يجب دفعه على الأقرب فالأقرب'

Apabila musuh memasuki wilayah Islam maka tidak syak lagi kewajipan ke atas mereka untuk mempertahankannya adalah jatuh ke atas orang yang dekat dan kemudian yang berdekatan..[Majmuk Al-fatawa]

Rumusannya, penduduk Palestin telah menunaikan kewajipan mereka dengan berjihad melawan Israel tetapi penduduk/negara sekitarnya yang tidak menunaikan kewajipan mereka untuk mempertahankan Palestin dan berjihad melawan musuh sedangkan jihad sekarang ini sudah menjadi fardhu ain kepada mereka. Maka tidaklah wajar kita menyuruh penduduk Palestin berhijrah sebaliknya kitalah yang harus mendesak dan menyuruh Negara-negara di sekitar Palestin untuk turun berjihad menunaikan kewajipan fardhu ain mereka !

No comments: