Friday, December 14, 2012

Harus menikah tanpa izin ibubapa apabila takut terjebak dengan dosa zina




1. Di dalam Islam, zina merupakan dosa yang sangat besar dan termasuk di dalam amalan yang dimurkai oleh Allah SWT serta dicela di dunia dan di hari akhirat. Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” [Al-Isra : 32]

Al-Imam Ibn Qayyim meriwayatkan bahawa Al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah pernah berkata: "Aku tidak mengetahui tentang sebuah dosa yang lebih besar daripada membunuh selain daripada dosa zina.  Bahaya zina bukan sahaja kepada orang yang melakukannya bahkan turut membawa musibah kepada seluruh masyarakat dan keturunan. 

Ini kerana perbuatan zina telah mencemarkan benih dan keturunan mereka yang melakukannya serta membawa pelbagai kesan buruk seperti penyakit berjangkit dan lain-lain musibah.

Oleh yang demikian mencegah zina dan menolaknya ialah wajib di dalam Islam dan sekiranya perkahwinan diperlukan untuk mengelak daripada terjebaknya zina maka ianya menjadi wajib dan fardhu ke atas mereka yang berkenaan. 

Ini berdasarkan kepada kaedah fiqh yang menyebut :


ما لايتم الواجب إلا به فهو واجب
 Apa-apa yang diperlukan untuk menyempurnakan perkara wajib maka ianya juga turut menjadi wajib. [Lihat dalam kitab Usul fiqh]

2. Mentaati ibubapa ialah wajib dan bagi seorang perempuan yang masih bujang maka bapa atau datuk sebelah bapanya ialah wali mujbir yang diperlukan sebagai wali di dalam pernikahan kerana baginda sallahualaihiwassalam pernah bersabda:
  
لا نكاح إلا بولي
 Maksudnya : Tidak ada nikah tanpa wali. [riwayat Abu Daud dan Tirmidzi] 


Namun sekiranya pihak ibubapa tidak berusaha menikahkan anak-anak mereka setelah diminta oleh anak-anak tanpa ibubapa mempunyai alasan yang sah disisi syarak maka tiadalah ketaatan kepada mereka dalam hal pernikahan ini disebabkan mentaati perintah Allah iaitu supaya jangan berzina ialah lebih utama dan lebih patut dipatuhi daripada mematuhi perintah ibubapa yang melarangnya.

Ini berdasarkan kaedah dalam Islam yang menyebut :

لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق

Maksudnya : Tidak ada ketaatan pada makhluk dalam hal yang bermaksiat kepada Pencipta. [Kaedah ini berasal daripada hadith yg sahih dan dikeluarkan dari banyak jalan antaranya oleh Imam As-Suyuthi dalam Jami As-Soghir]

Adalah salah mentaati perintah ibubapa yang tidak mengizinkan anak-anak mereka bernikah tanpa alasan yang sah disisi syarak dalam keadaan anak-anaknya sudah terdesak untuk bernikah dan tidak mampu mengawal nafsu syahwat dan khuatir akan terjebak dalam dosa zina.

3.  Walaubagaimanapun pernikahan tidak boleh dilakukan secara sembunyi diluar pengetahuan ibubapa sebelum berdepan dan memberitahu atau memaklumkan kepada mereka.

Nikah hanya boleh dilakukan setelah berusaha mendapatkan keizinan mereka. Jika mereka tidak mengizinkan atau menentang tanpa alasan yang munasabah barulah anak-anak itu boleh meneruskan  pernikahan tanpa izin mereka.

Ada sesetengah anak-anak yang bernikah tanpa pernah memaklumkan langsung hasrat mereka kepada ibubapa adalah berdosa dan bertentangan dengan hukum Islam. Nikah hanya boleh dilangsungkan setelah ibubapa dimaklumkan sekalipun mereka membangkang namun ianya mesti berlaku dalam pengetahuan mereka. Supaya jika mereka dilembutkan hati atau menerima kebenaran maka mereka akan tampil membantu menyempurnakan pernikahan atau berusaha mencari jalan alternatif bagi membantu anak-anak mereka dari terjebak ke lembah penzinaan. 

Atau jika mereka tidak meredhainya sekalipun pernikahan itu telah memenuhi kehendak syarak supaya mendapatkan persetujuan wali dan jika wali itu enggan maka pernikahan itu berhak diwalikan oleh orang lain.

Ini berdasarkan hadis Nabi salallahualaihiwassalam yang bersabda : “Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali”. (Hadis riwayat Ahmad,Tirmizi dan Abu Daud)

Oleh yang demikian maka anak-anak yang telah berada dalam keadaan yang gawat oleh desakan nafsu wajib meminta izin daripada ibubapa terlebih dahulu untuk menikah sebelum meneruskan usaha akad nikah dengan cara wali hakim atau bernikah diluar kawasan  seperti di Thailand atau sebagainya.

WA


9 comments:

Ammar ZulQarnain said...

alhamdulillah~ ada jugak post tentang hal ni... Jazakallah ustaz.... :)

Ammar ZulQarnain said...

Assalamualaikum wbt ~, alhamdulillah... ada jugak enrty tentang hal macam ni... jazakallah khairan ustaz..... saya memang memerlukan tentang ni :) Syukran Jazilan....

red antz said...

Maaf ustaz, saya tidak bersetuju, bagaimanakah anak kita boleh terjebak dgn zina,jika asas ugama tlh begitu kuat kita tanamkan dijiwa mrk,sekiranya anak kita balik lelaki ataupun perempuan dididik dgn ajaran islam, adakah mrk masih tergamak melakukan dosa besar,adakah alasan ibubapa tidak membenarkan perkahwinan yg mereka rasakan tidak sesuai dgn alasan mengikut syarak,membolehkan mereka berzina, dan ibubapa yg menanggungnya, mohon pencerahan ustaz.

Nazmi Alfiee said...

Salam ustaz....adakah berdosa ibubapa ITU...Anak perempuan yg telah bercerai melakukan zona Dan berpakaian seksi dihadapan ibubapa tersebut... Dan ibubapa terse but berkata kami telah beri segala ajar an Agama tetapi kamu tidal mahu mengikuti nya ..Dan tanggung lah dosa kamu sendiri...adakah ITU be nar ustaz...

Julia mohamed said...

Salam ustaz,sy&psgan telah beberapa kali mnyatakan hasrat pd kluarga utk menikah pd usia yg muda namun tidak dpt persetujuan kdue2 pihak.Sy&psgn sudah bekerja&bisnes smpingan bersama,kami juga yakin boleh hidup bersama dengan hasil pndpatan kami malah si dia turut yakin boleh beri nafkah seckupnya kpd sy.Bolehkah kami bernikah tnp pngetahuan keluarga demi kbaikan kami,kluarga&mnjaga diri dr difitnah agar dpt memudahkan urusan kami?Alasan kluarga hnylah kerana kami masih muda(baru msuk 20tahun) Ayh sy juga pernah beritahu tidak mahu menjadi wali&bg sy beliau mmg tidak boleh mnjd wali ats beberapa faktor kerana tidak mngikut bbrpe syarat sah wali.Bantu sy ustaz

Mawar Merah Berduri said...

Salam ustaz saya igt bertanya,
Hubungan saya dan teman lelaki tidak mendpt restu ibu dan juga wali(abg saya),abah saya da meninggal.Atas alasan sebab dia sudah beristeri dan tk sanggup saya bermadu,walaupun dia dan isterinya dtg sdri berjumpa dgn ibu saya utk mendpt restu dan izin.
Kami bernikah dithailand songkhla,tanpa pengetahuan wali iaitu abg saya dan ibu saya.
Apa pernikahan saya ini sah? Saya mohon jawapan ustaz.. saya sgt buntu skrg ni.

ikwan iskandar said...

Assalamualaikum ustaz sy nak kawin dengan awek sy ustaz tapi mak ayah die macam bangsat yang amat sangat, awek sy syg dan cintakan sy sy pon cintakan awek sy, tapi ibu bapa dia noe tetap tidak benarkan kami menikah sampai buat report polis buat laporan cabul anaknya itu perbuatan yang boleh mendatangkan dendam, sy nak kawin dengan awek sy ustaz

Ella_Armani said...

Assalamualaikum Ikwan,

Mmg tak dinafikan kekadang soal hati tak mudah nak diuruskan. Setiap Ibu bapa inginkan yg terbaik buat anak2 mereka. Itu tidak bermakna bahawa awak tidak cukup baik. Mungkin mereka ada expectations mereka sendiri. Boleh cuba mengambil hati mereka. Usaha, berdoa dan bertawakkal. Dan paling penting bersabar dan hormati mereka walau seburuk mana pun layanan mereka terhadap awak, jika ada.

Saya pegang prinsip, "Kalau jodoh tidak kemana. Kalau cinta tak semestinya memiliki." Mudah bercakap berat nak tanggung especially jika dia adalah orang yg sangat kita sayangi tapi kata2 ini mmg telah terbukti benar.

Sebenarnya tindakan paling mudah adalah dengan melakukan istikharah dan disudahkan dgn sholat hajat agar segala urusan dipermudahkan.

Cuba dan terapkan dlm diri awak..Jawapannya ada di tangan Allah swt. Kerana soal jodoh hidup dan mati semua rahsia Allah.

Theresa Trubel said...

assalamualaikum ustaz saya nak minta pendapat, saya dan sidia, bercadang nak bernikah kat jabatan agama islam. sbb saya tak mampu nak tunaikan hantaran 10k atas permintaan opah dan atok nye. sbb saya kerja biase² je kalau nak simpan duit sbnyak tu saya tak tahu bila akan dpat, dan tak yakin boleh capai atau tak. mngkin ambil masa sngat lama. jdi untuk langkah² brjaga jaga. dlm prhubunggan yg lama, tkut jadi apa apa nnti. mcm tlanjur ke . nak elak dri itu.. dia dan saya brcadang nak nikah dkat jabatan agama islam je sbb saya nak hubunggan yg halal.. lagipon ibu dan bapa dia langsung tak ambil peduli pon pasal sidia, so nak dpatkan wali tu susah untk blah perempuan...klau bla ibu bapa saya mereka stuju . cuma bla prmpuan je jdi pnghalang... sidia sudah brtnya dngan opah dan atoknye.. opah dia snyap je xde jawapan atoknye pon bkasar kat dia smpai tolak . dia ada cuba btnya kat paklong dia. tpi paklong dia pon mcm tak suka cadangan tu. smpai pak long dia tampar dia..padahal bnda nak bincang je .. so ustaz bolehkah dia mndapatkan wali hakim untuk pakara mcm ni ? kami nak di halalkan harap ustaz bagi jawapan.. :(