Tuesday, August 30, 2005

Kemerdekaan Menurut Islam-Kupasan Jujur


Mencari perkataan merdeka tidak ditemui dalam kamus Islam sebaliknya mungkin kemerdekaan ditemui dalam Islam jika dilihat pada konsep dan pemahaman bagaimana bentuk pengertian merdeka yang ingin dimaksudkan.

Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu (sila lihat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka) . Jika dilihat pada takrif bahasa mengenai merdeka mungkin agak sukar mengaitkannya dengan Islam pada suatu aspek iaitu kebebasan.

Ini kerana kedatangan Islam sebagai agama yang diutuskan oleh Allah swt sememangnya merupakan suatu sistem peraturan syariat yang mengongkong manusia dan membataskan perilaku manusia terhad kepada apa yang dibawa oleh syariat Islam.

Tidaklah kamu akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat itu melanggar batasan had Allah dan rasul-Nya (Al-Mujadalah : 22).

“Apakah mereka belum mengetahui bahawa barangsiapa yang melanggar batasan ketentuan Allah dan rasul-Nya maka baginya neraka jahannam dan dia kekal di dalamnya” (At-taubah : 63).

Sabda baginda rasulullah : “ Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka bersyahadah bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad sebagai rasulullah.” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 25 & Muslim no.22).

Sebagai misalnya, sebelum munculnya syariat Islam, manusia bebas bercampur lelaki perempuan, bebas berzina, berjudi dan meminum arak namun apabila kedatangan Islam maka sudah tiada lagi kilang arak, tidak dikeluarkan lagi lesen arak dan ditutup semua pusat-pusat arak dan pusat judi.

Begitu juga dengan kedatangan Islam di Madinah maka sudah tiada lagi pusat pelacuran, tiada lagi jual beli perempuan dan tiada lagi zina sebaliknya manusia dikawal dan dikongkong oleh undang-undang hudud dan syariat yang menghukum mereka yang melakukan kesalahan dari sudut syariat.

Demikianlah juga apabila ditegakkan syariat Islam maka sudah tiada lagi percampuran bebas lelaki perempuan di jalanan, di pusat Bandar, di pasaraya dan juga tidak wujud percampuran lelaki perempuan di sekolah-sekolah dan madrasah pada zaman baginda rasulullah salallahualaihiwasalam.

“Katakanlah kepada orang yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka” (An-Nur : 30).

“Katakanlah perempuan yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka” (An-Nur : 31).

“Dan tetaplah kamu (perempuan yang beriman) dalam rumah kamu dan janganlah berhias seperti hiasan jahiliyyah” (Al-Ahzab : 33).

“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).

Oleh yang demikian, maka tiadalah berlaku kerosakan dan fitnah serta kehancuran akhlak dan fitrah manusia yang ditetapkan oleh Allah swt telah dapat dikawal dan terjaga serta berjalan menurut panduan yang benar dan dipenuhi dengan wajar.

“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).

Maka jika dilhat bahawa kemerdekaan itu dari sudut kebebasan melakukan sesuatu menurut akal fikiran dan bebas menurut kehendak sendiri maka sesungguhnya Islam menolak kemerdekaan jenis ini bahkan Islam menentang kebebasan ini dan menjajah pemikiran manusia, perilaku mereka, budaya dan semua aspek kehidupan sehingga manusia itu menurut apa yang dibawa oleh Islam.

Dari Abdullah ibn Amru ibn Al-Ash ra berkata bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam “ Tidaklah beriman seseorang kamu sehinggalah hawa nafsunya mengikuti apa yang dibawa olehku (Islam)” (hadith hasan sahih lihat dalam hadith 40 Imam Nawawi).

Maka bagi golongan liberal dan sosial yang inginkan kebebasan mutlak, ingin hak persamaan lelaki dan perempuan sehingga wanita dapat berdiri dan berjalan setanding lelaki sehingga wanita dapat juga bekerja di pelantar minyak seorang diri bercampur bersama lelaki, wanita juga dapat memandu jet pejuang dan kapal terbang seperti lelaki, wanita juga dapat mendaki gunung Averest seperti lelaki, wanita juga dapat menjelajah ke kutub Utara dan Selatan tanpa mahram seperti lelaki maka Islam menolak kebebasan ini.

“Dan tidaklah lelaki itu seperti perempuan” (Ali-Imran : 36).

“Dan kepada lelaki itu diberikan kelebihan yang tidak ada pada perempuan dan Allah itu Maha perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Baqarah : 228).

Maka Islam menolak kebebasan seperti ini sehingga Islam juga menolak wanita bekerja di pejabat bercampur bersama lelaki dengan menjadi setiausaha kepada lelaki yang bukan mahramnya sehingga mengikuti bos lelakinya itu ke pelbagai tempat termasuk ke hotel dan tidur sebilik bersama bosnya dan Islam juga melarang dan menghadkan kebebasan manusia dalam berpakaian sehingga wanita terpaksa menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan dan lelaki terpaksa memakai pakaian yang menutupi auratnya.

“Wahai nabi katakanlah kepada kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan kepada perempuan mukminah supaya mereka menutup (melabuhkan) jubah mereka ke seluruh tubuh badan mereka” (Al-Ahzab : 59).

“Dan hendaklah mereka menutup kepala mereka sehingga ke leher mereka” (An-Nur : 31).

Maka kemerdekaan atau kebebasan yang berbentuk bebas melakukan sesuatu seperti menjadi penyanyi, menyanyikan lagu-lagu yang disebut sebagai bunyian seruling syaitan, berpakaian tidak menutup aurat seperti menampakkan rambut bagi perempuan, memakai pakaian seksi dan tidak menutup tubuh badanya selain muka dan tapak tangan , menjadi ratu cantik, atau bagi lelaki menjadi ahli sukan bina badan dengan hanya memakai seluar dalam, menjadi perenang professional yang terpaksa memakai seluar pendek tidak menutup aurat maka Islam melarang kebebasan ini.

“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf, ayat 157).

Islam juga melarang kemerdekaan apabila manusia menganggap kemerdekaan itu bebas melakukan sesuatu sehingga pemerintah dapat mengaut keuntungan dari kejahilan rakyat dan menzalimi rakyat secara sedar mahupun tidak dengan menyelewengkan harta rakyat, melakukan rasuah dan menerima rasuah, menyelewengkan lesen dan permit import eksport baik kereta atau barangan lain , penyelewengan balak dan kayu bakau, penyelewengan petroleum atau pun pembinaan empangan dan litar lumba bertaraf dunia maka Islam melarang semua perlakukan zalim ini.

“Maka hukumlah di antara manusia dengan keadilan dan janganlah engkau menurut hawa nafsu” (Shaad : 26).

“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada mereka yang berhak dan apabila kamu menghukum di antara manusia hendaklah berlaku adil” (An-Nisa : 58).

Islam juga melarang kemerdekaan apabila ianya bermakna bebasnya syarikat-syarikat kerajaan melabur di pusat perjudian dan perniagan yang berunsurkan riba dan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan perihal haji dan kewangan haji juga turut melabur di syarikat judi dan perniagaan arak dan lain-lain jenis perniagaan yang haram dari sisi syariat Islam.

“Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba..” (Al-Baqarah : 275).

“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu takut kepada Allah dan meninggalkan bekas dan kesan riba itu jika kamu benar-benar takut kepada Allah” (Al-Baqarah : 278).

Islam juga melarang kemerdekaan apabila ianya bererti kerajaan bebas menangkap sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan pemikiran kerajaan tanpa dibicarakan dan di adili menurut syariat untuk dimasukkan ke dalam penjara atau pusat tahanan di bawah sebuah undang-undang zalim walau namanya Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dalam bahasa Inggerisnya ialah ISA.

Barangsiapa yang tidak mendatangkan saksi maka sesungguhnya mereka di sisi Allah ialah golongan yang berdusta” (An-Nur : 13).


Dari Abdullah ibn Abi Aufa ra bahawa bagind rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya Allah menyukai qadhi (pemimpin) selagi dirinya tidak zalim dan apabila dia berlaku zalim maka Allah meninggalkannya dan syaitan akan mendampinginya” (hadith hasan riwayat tirmidzi no. 1330).

Juga baginda rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya bukti dan hujah keterangan itu mestilah diberikan oleh mereka yang mendakwa dan sumpah itu bagi mereka yang didakwa” (hadith sahih riwayat tirmidzi no. 1341).

Apabila kemerdekaan yang ingin disambut setiap tahun oleh rakyat Malaysia itu ialah kemedekaan yang bermaksud kebebasan melakukan sesuatu seperti yang disebut di atas maka hukumnya ialah haram dan bertentangan dengan syariat Islam dan para mujahid (pejuang) Islam yang terdiri di bawah kepimpinan negara Islam yang mempunyai senjata dan kekuatan perlulah segera mencegah perkara ini dengan cara menjajah kembali umat Islam Malaysia dengan syariat Islam baik dengan kemampuan hati, lisan dan anggota perbuatan.

Bersabda baginda rasul : “Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya dan jika dirinya tidak mampu maka hendaklah mencegahnya dengan lisan dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia mencegah dengan hatinya” (hadit sahih riwayat Nasaie no 5008).

Sekiranya kemerdekaan yang ingin disambut saban tahun oleh rakyat Malaysia pada setiap tanggal 31 Ogas ialah kemerdekaan yang membebaskan rakyat Malaysia dari agama dan kongkongan syariat seperti mana Islam telah mengongkong pemikiran umat Islam sejak zaman berzaman bermula dari zaman Kesultanah Melayu Melaka dari zaman selepas Parameswara sehinggalah kepada zaman datangnya Portugis ke tanah Melayu dan ditentang hebat oleh pejuang agama dan tanah air yang mahu mempertahankan kedaulatan agama dan tanahair dari dijajah pula oleh ajaran kristian seperti yang dibawa oleh Portugis (Gold, Gospel, Glory) maka kemerdekaan ini ialah satu yang jelas haram.

“Orang-orang yang zalim itu mengikut hawa nafsu yang ada pada mereka dan jadilah mereka itu golongan yang berdosa” (Hud : 116).

Sekiranya kemerdekaan yang disambut oleh rakyat Malaysia ialah kemerdekaan yang membebaskan rakyat Malaysia dari ajaran Islam seperti yang pernah dipertahankan oleh para pejuang tanahair seperti Hang Tuah, Hang Liku, Hang Lekuk, Hang Jebat dan lain-lain perwira Melayu yang bermati-matian menghalau penjajah Protugis keluar dari tanah Melayu dan kemudiannya Belanda dan juga British seperti perjuangan Dato Bahaman, Dato Maharajalela, Mat Kilau, Tok Janggut, Haji Abd Rahman Limbong yang bermati-matian menghalau penjajah British dari bertapak di tanah Melayu dan mempertahankan ajaran Islam agar terus mekar dan membudaya dan mendarah daging dalam masyarakat Melayu maka kemerdekaan yang membebaskan rakyat Malaysia dari ajaran Islam yang dipertahankan oleh para pejuang ini bererti merupakan pengkhianatan kepada usaha jihad dan perjuangan mereka.

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan rasul-Nya..” (Al-Anfaal : 27).

Sekiranya kemerdekaan yang disambut oleh rakyat Malaysia merupakan kemerdekaan dan kebebasan melakukan sesuatu tanpa perlu menurut syariat dan ianya bermaksud kebebasan yang diberikan oleh penjajah British yang kafir dan membenci syariat Islam lalu datang ke tanah Melayu dengan membawa pemikiran sekuler dan kebencian kepada Islam lalu bertapak di tanah Melayu, menguasai dan merompak harta dan hasil bumi tanah Melayu, mmeperbudak orang Islam bangsa Melayu, merosakan akhlak pemuda pemudi Melayu dengan memperkenalkan budaya hidup barat yang jauh dari Islam kepada Melayu.

“Barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai Deen (agama & panduan) maka tidaklah akan diterima darinya sedikitpun dan dia di akhirat dari kalangan orang yang rugi.” (Surah Ali Imran 85).

Seperti memperkenalkan tarian seni dan memperkembangkannya, memperkenalkan arak dan brandy, memperkenalkan gaya hidup koboi dan joget dan tari (break dance) , memperkenalkan gitar, drum, memperkenalkan percampuran lelaki perempuan, mewujudkan kelab malam (kalbu Malami ikut istilah P. Ramle) , memperkenalkan kaberet, adanya pelacuran melayu di Singapura, membuka panggung wayang.

“Janganlah kamu menurut golongan yang hatinya dilalaikan dari mengingati Allah dan hidup menurut hawa nafsu mereka” (Al-kahfi : 18).

Lalu setelah puas melihat bangsa Melayu sudah dirosakkan, sudah puas menjilat dan meragut dara dan manisnya faraj perempuan Melayu, sudah puas melihat tarian bogel perempuan Melayu di Kuala Lumpur dan Singapura maka penjajah British pun mula merasakan orang Melayu perlu diberi kemerdekaan dan kebebasan memerintah sendiri supaya dengan kebodohan dan kesesatan mereka dari agama itu dapat berdikari dan membesar menjadi Negara sekuler yang membenci syariat Islam dan menjadi sekutu serta rakannya seperti negara lain yang dijajahnya (Komenwel).

“Janganlah orang yang beriman itu mengangkat orang yang kafir sebagai pemimpin selain orang yang beriman dan barangsiapa yang melakukan demikian maka bukanlah dia dari golongan Allah” (Ali-Imran : 28).

Maka apabila munculnya perwira tanah air seperti golongan Pan Islam yang membawa dakwah dan seruan kesedaran kepada Islam dan ajaran Islam yang sebenar hasil dari pengajian agama mereka dari timur tengah seperti Syeikh Al Hadi, Syeikh Tahir dan lain-lain maka British menjadi takut lalu gerakan kaum muda ini dimusuhi serta majalah mereka diharamkan lalu usaha mempengaruhi kaum Melayu perlu disegerakan maka British meminta jasa baik kaum tua seperti tok-tok guru pondok supaya bekerjasama dengan pihak istana yang diugut untuk menyokong pemerintahan British dan menjawab seruan dakwah kaum muda yang banyak bertapak di Perlis, Pulau Pinang dan negeri Sembilan serta Sinagpura maka menjawablah kaum tua baik tok kenali dan lain-lain membela British dan kerajaannya mengkhianati perjuangan orang yang lebih tua dan lebih lama dari mereka yang berkorban menentang British.

“Dan janganlah kamu menjual ayat-ayatku (Allah) dengan harga yang murah kerana takutlah kamu kepada Aku (Allah)” (Al-Baqarah : 41).

Bukankah seruan kaum muda dan Pan Islam di Singapura yang pernah melancarkan Dahagi dahulu itu mengajak umat Islam bersatu di bawah pemerintahan Islam kerajaan Turki Ottmaniyah dan mereka ini kaum muda yang pernah digelar wahabbi oleh kaum tua ? Lebih memelikkan kaum tua yang memerangi kaum muda ialah guru pondok dan mereka inilah yang menuduh kaum muda sebagai wahhabi sehingga hari ini sedangkan kaum muda inilah yang menyebar dakwah Islam dan mengajak bersatunya orang Melayu dengan kerajaan Turki Ottmaniyah namun perjuangan mereka dipatahkan dan ditewaskan oleh British.

“Tidaklah sama orang yang duduk dari kalangan orang yang beriman selain yang menghadapi kesulitan dengan orang yang beriman yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan diri mereka” (An-Nisa : 95).

Datangnya Jepun menyerang tanahair menambah bimbang British takut usahanya tergendala dan bimbang orang Melayu akan melupakan budaya barat dan sekuler yang diajarkan oleh Biritish apatah lagi Jepun adalah dari Asia dan golongan ini mudah didakwahkan dan menerima Islam apabila ramai pula tokoh agama berkembang di tanah Melayu melawan British mereka berkerjasama dengan Jepun dan Jepun banyak lembutnya dengan orang Melayu berbanding orang Cina dan ini dilhat berpontensi mengembalikan kekuasaan orang Melayu yang sudah hilang melalui proses yang dilaksanakan oleh British apabila meletakkan orang Melayu di kampung, orang India di ladang getah dan orang cina di pekan menjadi peniaga dan pelombong.

Kedatangan Jepun banyak menghalau orang Cina pulang ke negara mereka dan mengembalikan orang Melayu kepada kekuasaan mereka dan Jepun ibarat penjajah yang menjajah demi nafsu yang mudah dilembutkan dengan agama dan dakwah namun berbeza denagn British yang menjajah dengan perancangan dan tujuan agama, politik dan ekonomi.

Bukankah Jepun dari kuasa paksi yang menyokong Jerman dan Rusia dan bukankah Kerajaan Islam Turki Otthmaniyah pun menyertai perang dunia dengan menyokong kuasa ini ? Maka secara faktor kecil pendudukan Jepun membahayakan sekuler dan British dan dibimbangi apabila pejuang agama dan tanah air seperti Ibrahim Ya’akob diberi penghormatan oleh Jepun dan Islam dalam kesusahan mula mendapat tempat dihati penduduk tanah Melayu.

“Bahkan ada dikalangan mereka berhasad kepada manusia ..” (An-Nisa : 54).

Bukankah apabila Jepun datang maka hidup menjadi susah ? Maka bukankah kesusahan itu menjadikan rakyat mula kembali bersatu dan kuat dan semangat perjuangan Islam itu mula timbul ? maka British bimbang lalu mula memperluaskan dan menyebarkan khabar angin dan menyebarkan kejahatan Jepun dan dakyah-dakyah serta mengajak orang Melayu menentang Jepun sehingga akhirnya tewasnya Jepun dan British kembali berkuasa dengan kerjasama orang Melayu.

Sekali lagi British berkuasa di tanah Melayu selepas undurnya Jepun dan setelah melihat orang melayu amat taat kepada british, cara hidup dan budaya British maka British mula mahu berundur dengan syarat orang Melayu mesti menerima konsep dan sistem perundangan dan pemerintahan sekuler dan fahaman barat dalam kehidupan.

“Dan tidaklah akan sekali-kali yahudi dan nasrani itu meredhai kamu sehinggalah kamu mengikuti jejak langkah mereka” (Al-baqarah : 120).

Konsep parlimen, perlembangaan, mahkamah berasaskan undang-undang british, pilihanraya, demokrasi berasaskan sistem kenegaraan barat, parti politik, undid an lain-lain maka wujudlah kelompok manusia yang menentang namun suara mereka sudah tidak kedengaran lagi apabila rakyat tanah Melayu sudah terasuk dan ketagih kemerdekaan dan kebebasan dari konkongan dan belenggu penjajahan yang pelbagai.

Maka akhirnya setelah muncul tokoh-tokoh seperti Tengku Abd Rahman Putra Al-Hajj, Dato Onn , Dato Ja’far dan lain-lain yang pernah menerima tarbiyah barat, menerima pendidikan barat dan terpengaruh dengan pendidikan dan cara hidup barat yang jauh dari kefahaman Islam dari pendedahan negara Islam maka mereka ini menyokong British dan menyatukan penduduk tanah Melayu dalam sebuah parti politik dan memasuki pilihanraya yang dibuat oleh British dengan sokongan British.

Lalu setelah memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan dan akhirnya diberikan kemerdekaan iaitu kebebasan dari sistem Islam, kebebasan dari cara hidup Islam, kebebasan dari kongkongan Islam, dari kongkongan hukum Islam, dari belenggu ajaran Islam dan dari belenggu pemerintahan menurut sistem Islam kepada sistem demokrasi iaitu rakyat bebas menentukan hukum apa sahaja walaupun menentang hukum Allah dan pembebasan dan merdeka dari Islam kepada sekuler di mana suara majoriti lebih utama dari firman Allah swt, undang-undang mahkamah sekuler dari Britain lebih utama dari hukum syariat Islam.

“Barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah maka sesungguhnya mereka itu ialah golongan yang kafir” (Al-Maidah : 44).

“Barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah maka sesungguhnya mereka itu ialah golongan yang zalim” (Al-Maidah : 45).

“Barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah maka sesungguhnya mereka itu ialah golongan yang fasiq ” (Al-Maidah : 47).

Maka pada tanggal 31 Ogas 1957 maka merdekalah penduduk tanah Melayu dari Islam , dari kehidupan Islam, dari hukum Islam yang ditegakkan sejak zaman kesultanan Melayu Melaka kepada undang-undang sekuler, kepada Demokrasi, kepada sistem barat dan menjadi gembiralah penduduk tanah Melayu menyambut merdeka.

“Celupan (acuan, sistem, manhaj) Allah , maka siapakah yang lebih baik celupannya dari Allah ? (Al-baqarah : 138).


Merdeka !!! Merdeka !!! Merdeka !!!

Jika demikian merdeka yang disebut di atas jika apa yang disebutkan itu benar dan memang realiti merdeka itu sebegitu maka sesungguhnya merdeka itu ialah haram dan berdosalah sesiapa yang menyambut kemerdekaan tanah Melayu.

“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf, ayat 157).
Sekiranya kemerdekaan tanah melayu benar seperti yang disebutkan di atas maka hukumnya ialah haram dan syiriklah sesiapa yang menyambut merdeka iaitu bererti menyambut gembira perbuatan membebaskan diri dari ajaran Islam iaitu murtad pada Islam dari sudut politik, dari sudut undang-undang, cara hidup, sistem kenegaraan dan hanya Islam pada ibadah dan muamalah.

Syiriklah sesiapa yang menyegutukan Allah pada hak hukum dan hak perundangan apabila hukum jenayah tidak lagi menurut hukum syariat yang diturunkan oleh Allah dan hak menentukan hukumnya yang sepatutnya hanya dari Allah dan dijatuhkan hukuman hanya menurut kitab dan sunnah sebaliknya ditentukan menurut peraturan dan kanun akta akal manusia (Equity Law) dari barat dan dari undang-undang berdasarkan Customary Law (undang-undang yang diimport dari asal usul peraturan hidup orang kafir barat dahulu).

“Dan siapa yang menentang Rasul setelah jelas bagi mereka petunjuk serta mengikuti jalan yang bukan jalannya kaum Mukminin, Kami biarkan dia memilih apa yang diingini nafsunya dan Kami masukkan dia ke jahanam sedangkan jahanam itu adalah sejelek-jelek tempat kembali.” ( An Nisa’ : 115) ]

Kemerdekaan sebaliknya menjadi ibadah, menjadi satu kewajipan, menjadi satu kebaikan dan berpahala serta di anggap sebagai satu usaha kebajikan apabila ianya merupakan kebebasan yang membebaskan manusia dari kejahilan, dari kesesatan, dari penghambaan dan pengabdian sesama manusia kepada pengabdian kepada Allah swt.

“ Dan tidaklah kami menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada kami.” (Surah Adz-zariyat : 56).

Kemerdekaan yang membawa makna pembebasan manusia dari dijajah minda oleh barat, dari dijajah jiwa dan agama dari kekufuran, dari dijajah hati oleh nafsu dan dari dijajah akal oleh iblis maka ianya disebut sebagai kemerdekaan yang berkebajikan yang dibuat demi membebaskan manusia dari kejahatan kepada kebaikan.

Kedatangan Islam merupakan satu ajaran yang membebaskan manusia dari kezaliman kepada kerahmatan dan kebajikan. Islam datang membawa bersama rahmat dan azab iaitu rahmat kepada mereka yang mahu menerima kebaikan dan mahu mengamalkan kebaikan dan azab bagi mereka yang melakukan kejahatan dan enggan menerima kebaikan sebaliknya menyukai kerosakan dan kezaliman.

“Janganlah kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan ” (Surah Al-Baqarah, ayat 195).

Islam membawa ilmu dan keterangan dan menmusuhi serta memerangi jahiliyyah dan kebathilan serta kesesatan. Maka jika dilihat dalam hal ini, bagi golonga susah yang teraniaya maka Islam di anggap sebagai penyelamat demikianlah yang berlaku di Madinah apabila kaum Ansar yang sebelumnya ialah suku arab dari khajraj dan Aus sering berperang akibat menjadi alat permainan kepada kaum Yahudi di Madinah dan diperlagakan, diperhambakan maka apabila datangnya Islam mereka menganggap Islam sebagai pembebas kepada penderitaan mereka, Islam sebagai penyelamat, Islam sebagai rahmat , Islam sebagai penyatu dan persaudaraan.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” (Ali – Imran :102).

Namun bagi Yahudi di Madinah atau kaum munafiqin yang hatinya enggan menerima kebaikan dan menyukai kezaliman dan kejahatan maka mereka merasakan kedatangan Islam sebagai pemusnah, sebagai azab, sebagai zalim, sebagai pembunuh, sebagai perompak, sebagai perampas kenikmatan dan kesenangan mereka selama ini.


“ Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri.” (Surah Al-Isra : 15).

Demikianlah apabila berlakunya pembukaan kota-kota dan ekspedisi (penjajahan dan penaklukan) Islam ke negara-negara lain dan pelbagai kawasan di dunia. Islam pernah menakluki Sepanyol, Konstantinopal, baitul Maqdis, Afrika, Timur dan barat serta pelbagai tempat di dunia maka kedatangan Islam dilihat sebagai rahmat yang membawa ilmu, tamadun, harta dan kebajikan serta keadilan.

Namun bagi mereka yang zalim melihat kedatangan Islam sebagai penjahat yang merampas kemewahan mereka seperti yang difikirkan oleh raja-raja negara yang ditakluki Islam, mereka mengatakan Islam sebagai pencemar budaya dan agama kata golongan paderi dan rahib tua negara yang dijajahi oleh Islam sebab ilmunya sudah tidak diterima pakai lagi kerana telah datang Islam membawa kebenaran.

Demikianlah prinsip Islam iaitu sentiasa menentang kebathilan dan jahiliyyah dan mustahil berdiri sama antara keduanya dan mustahil Islam bertolak ansur dengan kejahatan dan jika tertegaknya kejahatan bererti jatuhnya Islam dan jika tertegaknya Islam bererti jatuhnya kejahatan. Maka Islam itu sudah sempurna dan tiada memerlukan tambahan, ubahsuai nama atau gelaran sehingga ditukar tukar namanya menurut keadaan masa sungguh Islam tidak memerlukan hal demikian.

“ Katakanlah (hai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah ke jalan Allah dengan bashirah (petunjuk dan ilmu), maha suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf: 108).

Islam tidak memerlukan sebutan “Islam hadhari” , “Islam Badawi”, “Islam politik” , “Islam Liberal”, “Islam Sosial” atau lain-lain gelaran kerana semua ini ialah acuan barat dan musuh Islam yang menerapkan kepada umat Islam yang jahil dan bodoh walaupun mempunyai gelaran Phd, MA, atau BA dalam pelbagai bidang ilmu kerana mereka hanya belajar di universiti akan silibus yang diterapkan kepada mereka sedang ilmu yang tiada dalam silibus maka jahillah mereka.

“Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan” (Al-baqarah : 208).

Baginda rasul pernah bersabda : “ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467).

Sebaliknya Allah memberikan kefahaman agama kepada golongan yang disukainya yang belajar agama demi kebenaran dan demi mengamalkan isi kandungan Islam yang sebenar maka mereka inilah yang diberikan kebenaran dan kefahaman.

Sabda rasulullah : " Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya Maka Allah akan memberikannya kefahaman dalam urusan agama." (Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari no. 3116 & Muslim no. 1037).


Islam itu sudah membawa merdeka (pembebasan dari kesyirikkan dan kesesatan) sejak awal kita mengucapkan kalimah syahadah, sejak awal didengarkan kalimah azan ke telingga (pembebasan dari kekufuran) sejak awal ibu dan bapa membacakan doa persetubuhan sehinggalah kepada lahirnya kita (pembebasan dari gangguan syaitan) kerana Islam itu sudah lengkap dan merupakan syariat yang diturunkan oleh Allah swt tuhan semesta Alam.

“Dan kepadanyalah (Allah), semuanya menyerah diri baik yang berada di langit dan di bumi sama ada secara sukarela mahupun paksa dan kepadanya mereka semua kembali.” (Surah Ali Imran : 83).


Merdeka !! Merdeka !!

Menyambut kemerdekaan ialah dengan Islam, dengan mengamalkan Islam dengan melaksanakan ajaran Islam. Membebaskan diri , jiwa dan raga dari bidah dan kepalsuan, dari budaya dan adat, dari fahaman dan fikrah akal manusia, dari kejahilan dan kebodohan taqlid buta, dari khabar angin dan fitnah, dari umpatan keji kepada nasihat berguna dan berhikmah, dari perlacuran dan mempamerkan bentuk badan kepada menutup aurat.

Dari memakai jubah lawa dan berwarni – warni sambil berfesyen-fesyen dalam bertudung dengan mendakwa dirinya sebagai ustazah atau pendakwah muslimah dikaca televisyen yang jika lalu ustazah atau pendakwah muslimah ini di depan India atau Bengali pun akan dirogol kerana terlalu ghairah pakainya kepada memakai pakaian muslimah yang menutup aurat, yang menjaga pandangan dan mengelak tarikan lelaki dan menjaga maruah dirinya.

Dalam hadith baginda rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antaranya ialah perkara musytabihat (syubhat-syubhat) yang tidaklah diketahui oleh ramai orang” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 19).


Dari berjalan keluar ke pekan-pekan tanpa tujuan kepada berjalan ke kedai buku atau mendengar ceramah, dari keluar rumah bagi perempuan tanpa mahram kepada keluar rumah dengan mahram atau belajar menetap di rumah untuk mengurus urusan rumah dan membantu ibu bapa menyelesaikan kerja rumah.

Dari seorang bapa yang jauh dari hidayah Islam kepada bapa yang soleh dan melaksanakan Islam dalam rumahtangga dan menegakkan dakwah kepada keluarga. Dari seorang bapa yang keras kepada anak-anak tanpa pasal dan sebab kepada bapa yang penyayang dan rahmat kepada anak-anak.

Dari seorang bapa dan ibu yang sukar mahu menikahkan anak perempuannya dan enggan mahu mengahwinkan anak-anaknya sehingga telah mendapat kerja kepada memudahkan anak-anak dan membantu supaya anak-anak segera mendapat jodoh yang baik dan membantu mereka supaya segera bernikah.

“Dan nikahkanlah golongan bujang dikalangan kamu dan orang yang soleh….Jika mereka itu miskin maka Allah akan mengayakan mereka dengan kurnia-Nya ” (An-Nur : 31).

Dari seorang yang suka membuat maksiat kepada banyak beribadah dan melakukan taubat. Dari seorang bujang dan berteman dengan ahli maksiat kepada menjadi seorang yang berkahwin dengan tujuan mengelakkan maksiat dan bersahabat dengan orang yang soleh dan bertaqwa.

Dari seorang muslimat yang suka mendengar nasyid, membaca novel-novel cinta baik cinta cintan ustazah atau ustaz kepada muslimat yang suka membaca al-qur’an, menyemak tafsir al-qur’an, memahami maksud ayat dan tuntutan, membaca hadith dan kisah sahabat dan sejarah Islam untuk diamalkan.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahwa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini. Dan sebaliknya apabila ia rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (HR. Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Itulah merdeka, itulah erti merdeka iaitu satu kebebasan dari kejahatan dan kejahilan kepada kebaikan dan ilmu pengetahuan.


" Dan berilah peringatan kepada mereka yang berpaling dari perintah Allah bahawa akan menimpa mereka dari fitnah atau azab yang pedih" (Surah An-Nur : 63).



Wallauhualam…

Saturday, August 27, 2005

Wanita Islam Yang Bijak



Memahami perintah Allah dan seruan yang terkandung dalam Al-Qur'an dan sunnah tidaklah mudah apatah lagi mengutip hikmat yang tersimpan rahsia di dalamnya.



Selain memerlukan kepada ilmu dan pemahaman yang mendalam ianya juga memerlukan kepada kemahiran dan kebijaksanaan yang tinggi dan pendedahan kepada suasana sekeliling yang membantu.



Di dalam Islam wanita sebenarnya juga merupakan golongan yang pintar dan bijak dan diberi kemuliaan dalam Ilmu dan kedudukan.


Ini dibuktikan dengan banyak hujah antaranya ialah seperti apa yang diriwayatkan dari Shofiyah binti Syaibah ra berkata: “Ketika kami bersama Aisyah ra, beliau berkata: “Saya teringat akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka.” Aisyah berkata: “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan, dan demi Allah, saya tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab Allah dan lebih meyakini ayat-ayat-Nya melebihi wanita-wanita Anshar. Ketika turun kepada mereka ayat:
Dan hendaklah mereka menutupkan (melabuhkan) kain tudung ke dadanya.” (Q.S. An-Nur: 31).


Maka para suami segera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak wanita, saudara wanita dan kaum kerabatnya. Dan tidak seorang pun di antara wanita itu kecuali segera berdiri mengambil kain (tirai) dan menutupi kepala dan wajahnya, karena percaya dan iman kepada apa yang diturunkan Allah dalam kitab-Nya.

Sehingga mereka (berjalan) di belakang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dengan kain penutup seakan-akan di atas kepalanya terdapat burung gagak.

"Sesungguhnya jawapan orang-orang muk’min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka maka mereka menjawab :

“Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan.”
(Q.S. An-Nur: 51-52) .




Malangnya wanita hari ini kurang memahami isi kandungan al-qur'an kurang meneliti maknanya dan kurang sekali yang mengamalkan isi kandungannya. Kebijaksanaan itu ialah apabila cepat dapat memahami maksud dan segera mengamalkan tanpa tangguh terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah dan rasul.


Wanita Islam tidak banyak khayalnya atau rambangnya dalam sirah Islam, mereka menyedari bahawa matlamat hidup ialah untuk beribadah kepada Allah lalu mereka berlumba-lumba kepada kebaikan.

“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48).
Di antara kebaikan ialah menerima dan menyukai kebaikan serta berani melakukannya tanpa ragu-ragu.


Sayang sekali wanita yang baik dan dididik dengan suasana yang baik tidak menghargai peluang untuk menerima kebaikan dan sebaliknya bersikap ragu-ragu dan masih bertanya untuk apa kebaikan tersebut diberikan kepadanya.

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma 'ruf, mencegah dari yang munkar." (At-Taubah: 71).



Kehidupan manusia tidak lama, perlu dimanfaatkan dengan mencapai kebaikan supaya Allah memberkati hidup di dunia dan di akhirat.
w/s

Thursday, August 25, 2005

Doa Penghilang Sedih & Derita







Diriwayatkan dalam kitab ibn Sunni dari Abi Musa Al-Asya’ari ra bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :

“Barangsiapa yang ditimpa kesedihan atau mengalami penderitaan maka berdoalah dengan kalimah ini dengan berkata :


اللَهُمَّ انِِّي عَبدُكَ , ابن عبدك , ابن أمتك , ناصيتي بيدك , ما ض في حكمك عدل في قضأؤك أسألك بكل اسم هو لك سميته به نفسك او أنزلته في كتابك أو علّمته احدا من خلقك أواستأثرت به في علم الغيب عندك أن تجعل القرآن ربيع قلبي ونور صدري و جلاءحزني و ذهاب همّي

Maka berkatalah seorang lelaki kepada baginda : Wahai rasulullah apakah kami dapat mengajarkan doa ini kepada yang tidak hadir di kalangan kami ? Maka bersabdalah baginda : “Bahkan sampaikanlah doa ini dan ajarkanlah mereka kerana sesungguhnya barangsiapa yang membaca doa ini maka nescayalah Allah akan menghilangkan derita sedihnya dan memberikan kegembiraan kepada dirinya” (hadith sahih riwayat Ahmad no 391 Jilid 1 dan Ibn Hibban no 972 dan Abu Ya’la dan Hakim).

Diriwayatkan dalam sahihain (kitab sahih bukhari dan Muslim) bahawa baginda rasulullah apabila ditimpa bala musibah akan membaca doa berikut :
" لا اله الا الله العظيم الحليم , لا اله الا الله رب العرش العظيم , لا اله الا الله رب السموات ورب الارض ورب العرش الكريم "

(hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).


اللهم رحمتك ارجو فلا تكلني الى نفسي طرفة عين وأصلح شاني كله لا اله الا أنت

(hadith hasan riwayat Abu Daud dan Ahmad).


Diriwayatkan oleh Anas bahawa baginda nabi salalallahualaihiwasalam pernah bersabda : “Janganlah sesiapa di kalangan kamu yang mengharapkan kematian dari akibat derita kesusahan yang menimpanya sebaliknya jika sudah tidak mampu maka berdoalah Allahumma (ya Allah) hidupkanlah aku jika hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku jika mati itu lebih baik bagiku” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 5671 dan Muslim no. 2680).


" Dan berdoalah kamu kepada Aku(Allah) nescaya Aku(Allah) akan makbulkan" (Surah Al-Ghafir : 60).

Pesanan Buat Orang Bujang : Janganlah Engkau bersedih kerana dirimu Bujang


Pesanan Buat Orang Bujang : Janganlah Engkau bersedih kerana dirimu Bujang


Terdetik di hati ini ketika melalui beberapa friendster dan weblog rakan dan teman yang kini sudah bergelar suami dan isteri kepada orang serta tidak kurang yang bakal bergelar ibu dan ayah membuatkan hati ini terasa perlu memberi peringatan buat teman dan sahabat yang masih belum kesampaian dan belum berkemampuan.

Ukur baju di badan sendiri menjadi pembuka kata satu nasihat mulia dari ana bahawa orang yang bujang itu tetap mulia di sisi Islam. Artikel kali ini akan mengungkapkan kedudukan bujang dan keadaan mereka dalam Islam.

“Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu merasa sedih kerana sesungguhnya kedudukan kamu lebih tinggi (mulia) jika kamu beriman” (Ali-Imran : 139).


Maksud Bujang

Bujang dalam bahasa arab disebut ( عزب ) iaitu bermaksud tidak mempunyai keluarga yang secara khusus jika lelaki disebut tidak mempunyai isteri dan perempuan yang tidak mempunyai suami (lihat Ibn Manzur dalam Lisan Arab m/s 224 Jilid 6).

Manakala dalam bahasa English disebut bujang sebagai single yang membawa erti tidak mempunyai ikatan atau komitmen dengan sesiapa dan masih belum berkahwin. Merujuk kepada takrifan yahoo dan MSN atau friendster serta tickle match.com, single bermakna belum mempunyai pasangan dan ikatan komitmen.

Bahkan bagi yang belum berkahwin atau belum bernikah itu pun mempunyai beberapa taraf iaitu :

a) In a relationship – Sudah menjumpai pasangan dan kini dalam hubungan secara tidak rasmi tetapi masing-masing sudah menjelaskan perasaan.
b) In a commitment – sedang dalam komitmen terhadap hubungan yang serius dan bakal membawa perkahwinan.

Dalam Islam kedudukan belum bernikah tetapi sudah mempunyai komitmen dan hubungan secara tidak rasmi dinamakan sebagai “kitbah” iaitu pertunangan dengan syarat hubungan itu memang berhasrat kepada perkahwinan bukan sekadar brsuka-suka.

“Tidaklah berdosa bagi kamu jika kamu meminang perempuan dengan kata sindiran atau kamu sembunyikan dalam hati kamu…” (Al-Baqarah : 235).

Kitbbah dibaca dengan mengkasrahkan ( خ ) “kha” membawa maksud usaha peminangan atau permintaan untuk pernikahan yang menjadi pemula kepada perkahwinan (lihat sahih fiqh sunnah m/s 107 Jilid 3).

Menurut mazhab syafie ra khitbah (pertunangan) ialah sunat yang dituntut (lihat raudatu talibin m/s 30 Jilid 7) dan ianya merupakan sunnah nabi salallahuaalihiwasalam seperti yang dilakukan oleh baginda rasul kepada isteri baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar ra dan Hafsah binti Umar ra (lihat hadith sahih riwayat bukhari no. 5081).

Para ulama’ mensyaratkan khitbah itu dilakukan dengan melalui walinya namun sebahagian yang lain membolehkan peminangan itu terus kepada pihak perempuan itu sendiri jika dia seorang permpuan yang berakal dan cerdik (Sahih Fiqh Sunnah m/s 109 Jilid 3).


Kembali kepada tajuk perbincangan kita iaitu perihal golongan bujang maka yang ingin ditujukan isi pesanan ini ialah kepada mereka yang masih belum beristeri dan masih belum berkhitbah, belum berkomitmen dengan mana-mana perempuan atau lelaki, belum mempunyai pasangan dan belum pun mempunyai teman istimewa baik dalam apa jua bahasa dan istilah baik arab, english atau parsi atau hindi.

Seperti kata syair :

Bujang ertinya engkau seorang
Bujang ertinya engkau tidak dikehendaki orang


Kedudukan Bujang Dalam Islam

Islam merupakan agama fitrah yang diturunkan oleh Allah swt bagi memenuhi fitrah manusia menurut syariat-Nya. Salah satu dari fitrah dan kehendak manusia ialah perkahwinan kerana manusia semuanya diciptakan dengan mempunyai fitrah berpasang-pasangan.

Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).”(Surah Ar-Rum :30).

“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).

Pembujangan dalam Islam ialah salah satu perkara yang dibenci dan diharamkan bagi sesiapa yang mampu bernikah ini disebabkan baginda rasulullah pernah bersabda :

“Dan aku ini bernikah maka barangsiapa yang membenci sunnah aku maka dia bukanlah dari golongan aku” (hadith sahih riwayat Bukhari no 5063 dan Muslim no 1301 )

Islam mengalakkan pernikahan supaya dapat berkembang biaknya umat manusia melalui jalan yang halal dan menepati syariat sebagaimana sabda baginda :

“Bernikahlah perempuan yang subur dan melahirkan anak kerana aku berbangga dengan mempunyai umat yang ramai” (hadith sahih riwayat Abu Daud no 2050 dan Nasaie).

Dari riwayat Abu Zar ra bahawa baginda nabi pernah bersabda : “Dan pada kemaluan (persetubuhan) kamu itu sedekah” lalu baginda ditanya oleh sahabat, wahai rasulullah apakah seseorang yang memenuhi syahwatnya (dengan isteri) itu mendapat pahala ? maka dijawab oleh baginda : “Apakah kamu tidak melihat bahawa jika seseorang itu meletakkan syahwatnya pada yang haram itu satu dosa ? Maka demikianlah jika dia meletakkan syahwatnya pada yang halal maka baginya pahala” (hadith sahih riwayat Muslim no 1006 dan Abu Daud no 1286)

Sesungguhnya tidak adalah golongan yang membenci perkahwinan dan pernikahan melainkan dia telah berlaku zalim kepada dirinya sendiri dan kepada agama Allah yang di datangkan dengan pertunjuk yang jelas.

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas” (Al-Maidah : 87).

Kembali kepada topik perbincangan, kita tidak mengalakkan pembujangan dan sesiapa yang mampu bernikah maka hendaklah dia berusaha menikah dan berkahwin namun tujuan penulisan ini demi memberikan semangat dan pemahaman kepada golongan bujang yang miskin, susah dan tidak mampu bernikah bahawa mereka juga merupakan sebahagian dari golongan yang mulia dan penting dalam Islam sekalipun mereka tidak mampu bernikah lantaran kesusahan, masalah dan kesempitan yang mereka hadapi dalam menunaikan ibadah nikah.


Wahai orang-orang yang bujang

Sesungguhnya Islam itu agama rahmat dan memahami keadaan umatnya dan sesungguhnya manusia sekarang sudah tidak menurut panduan syariat Al-Qur’an dan sunnah lalu terjadilah kalian sebahagian golongan yang tersisih dan terpinggir dalam kumpulan masyarakat.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan keadaan kamu dan dia Maha pengasih lagi Maha penyayang lalu Dia berpesan kepada kalian dengan firman-Nya :

“Dan orang-orang yang tidak mampu bernikah lantaran kesusahan maka mereka itu hendaklah memelihara kesucian mereka sehingga dikurniakan Allah dari kesenangan dari rahmat-Nya” (An-Nur : 33).

Di akhir zaman ini melaksanakan ibadah kepada Allah tidaklah mudah akibat jahil dan sesatnya umat dari pertunjuk kitab dan sunnah dan salah satu ibadah yang sukar dilaksanakan ialah nikah. Dewasa ini ramai pemuda dan pemudi Islam menghadapi masalah untuk bernikah akibat beberapa perkara :

a) Tidak mampu dari sudut kebendaan dan kewangan
b) Tidak mendapatkan calon yang sesuai
c) Tidak dikehendaki oleh orang lain akibat memiliki kekurangan, kecacatan atau kelemahan fizikal atau mental
d) Tidak mampu bernikah lantaran pernah kecewa dan putus cinta dan menghadapi tekanan jiwa
e) Mendapat tentangan dari keluarga dan dihalang dari bernikah

Golongan bujang yang tidak mampu bernikah disebabkan mempunyai masalah dan kesulitan dan kesusahan mereka ini mendapat perhatian dalam Islam dan Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Islam memberikan pertolongan kepada golongan bujang yang tidak mampu bernikah kerana masalah kewangan dan kesusahan kebendaan dengan membenarkan mereka bernikah dengan hamba baik perempuan atau lelaki.

“Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221).

Namun pada zaman sekarang sudah tidak ada lagi penghambaan namun sebenarnya masih banyak jalan Islam membantu antaranya ialah dengan membolehkan sedekah dan zakat diberikan kepada golongan yang ingin bernikah seperti yang dilakukan pada zaman Khalifah Umar Ibn Aziz ra dengan memberikan harta dan bantuan kepada lelaki dan perempuan yang tidak berkemampuan supaya dapat bernikah seperti dari riwayat Yahya ibn hamzah dari Sulaiman bin Daud dari Abdah ibn Abi Lubabah akan kisah ini.

Ini dibolehkan berdasarkan hadith dari Abu Hurairah ra yang dari baginda pernah bersabda : “Tiga golongan yang menjadi hak ke atas Allah untuk membantu mereka iaitu pejuang di jalan Allah, golongan yang berhutang yang ingin membayarkan hutang mereka dan golongan yang mengingini nikah demi menjaga kehormatan” (hadith hasan sahih riwayat tirmidzi, Ahmad dll).

Islam juga membolehkan bernikah dengan mahar yang murah dan rendah sehingga dibolehkan bernikah dengan hanya menggunakan mahar dari ayat-ayat suci Al-Qur’an. Seperti hadith yang diriwayatkan dari Sahl bin Said ra bahawa baginda menikahkan seorang sahabat dengan maskahwin dari ayat-ayat Al-Qur’an kerana sahabat tersebut terlalu susah tidak mempunyai apa-apa untuk dibuat sebagai maskahwin (lihat hadith sahih riwayat Bukhari no 5126 dan Muslim no 1425).

Juga Islam membolehkan nikah dengan mahar yang murah dan memudahkan dari ayat-ayat suci Al-Qur’an walau bagaimana pun pada hari ini para pemuda Islam dan pemudi tidak dapat bernikah kerana mereka kesempitan kewangan dan harta benda yang dierketatkan oleh keluarga dan adat setempat yang langsung jauh dari pertunjuk Islam lalu kesalahan bukan ke atas bujang sebaliknya ke atas masyarakat.

Para bujang menjadi mangsa keadaan dan kezaliman masyarakat lalu bukankah menjadi golongan yang dizalimi itu satu kemuliaan ?

“....Dan orang-orang yang sabar di atas kesusahan , kemelaratan dan ketika peperangan maka mereka itulah golongan yang benar dan mereka itulah golongan yang bertaqwa” (Al-Baqarah : 177).

Golongan bujang yang tidak dapat bernikah kerana tiada calon yang sesuai, tidak menjumpai pasangan yang serasi, tidak menemui pasangan kerana kecacatan atau kekurangan fizikal dan sebagainya sesungguhnya mereka tidaklah perlu merasa risau dan bimbang sebaliknya bersyukur kepada Allah swt dalam apa jua keadaan dan membanyakkan mendekat diri kepada Allah kerana dunia ini hanyalah sementara dan hidup manusia ialah demi Akhirat.

“Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat” (Ali-Imran : 152).



Kelebihan orang bujang yang tidak mampu bernikah


Golongan bujang yang tidak mampu bernikah dan terpaksa menahan dirinya dan menahan nafsunya akibat kesusahan yang di alaminya maka mereka ini dijanjikan oleh Allah swt dengan syurga dan ganjaran yang besar.

“Adapun golongan yang takut kepada kebesaran tuhan mereka maka mereka menahan hawa nafsunya (tidak menurut hawa nafsu) maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal mereka” (An-Na’ziaat: 40).

Sebenarnya tidaklah Islam menyebut kelebihan golongan yang bujang disebabkan bujang tidak digalakkan dalam Islam namun bagi mereka yang terpaksa hidup bujang maka melalui pemahaman terhadap sunnah dan syariat kita akan dapat melihat bahawa mereka ini sebenarnya mempunyai kelebihan dalam beberapa hal.

a) Golongan bujang tidak dibebani tanggungjawab terhadap keluarga kerana tidak mempunyai keluarga

Sesungguhnya tanggungjawab terhadap keluarga itu bukanlah sesuatu yang ringan, dengan mengabaikan tanggungjawab dapat menjerumuskan seseorang itu ke dalam neraka dan mendapat azab siksa.

“ Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari apa api neraka…” (At-Tahrim : 6).

Kita orang bujang tidak akan ditanyai tentang isteri dan anak-anak sebaliknya golongan yang berkahwin akan ditanyai tentang anak-anak mereka, isteri mereka dan lain-lain tanggungjwab.

“ Setiap dari kamu merupakan pemimpin dan setiap dari kamu akan ditanyai mengenai apa yang kamu pimpin” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 893 dan Muslim no. 1829).

Sesungguhnya golongan yang telah bernikah sekalipun mereka memang bahagia dari kita tetapi jika isteri mereka misalnya tidak menunaikan solat atau melakukan maksiat maka suami itu terpaksa menanggung dosa dan demikianlah bagi bapa terhadap anak-anak yang di dalam jagaannya.

b) Golongan bujang dapat mengunakan masa dan waktunya yang banyak terhadap ilmu, dakwah dan jihad memperjuangkan Islam

Sebagai golongan bujang yang tidak mempunyai anak dan isteri yang dapat melalaikan kita dalam beribadah maka kita mempunyai masa yang banyak yang dapat kita gunakan dalam ibadah, menuntut ilmu dan berjuang serta berdakwah di jalan Allah swt.

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta benda kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah dan barangsiapa yang melaukan demikian maka mereka itulah golongan yang rugi” (Al-Munafiqun : 9).

Kita hidup sendiri, kita tidak diganggu oleh kanak-kanak dan kita tidak diganggu oleh kecantikan isteri yang melalaikan kita sekalipun di satu aspek kita menderita kerana tiada belaian kasih isteri dan tiada ketawa riang anak-anak menghibur hati namun kita dapat gunakan peluang ini untuk menambah ilmu dan beribadah kepada Allah untuk bekalan kita di hari akhirat kelak.


c) Golongan bujang lebih dekat kepada Allah swt kerana tidak mudah dilalaikan oleh dunia dan kesedihan dan penderitaannya membantu mendekatkan dirinya kepada Allah

Disebabkan kita kurang dilalaikan oleh anak-anak dan isteri serta dunia dan kita pula merupakan golongan yang dizalimi oleh keadaan, sering merasa sedih dan kecewa, merasa derita maka kita akan lebih mudah mencapai khusyuk dalam ibadah dan merasa dekat dengan Allah kerana bukankah manusia itu lebih dekat dengan tuhannya di waktu susah ?

Disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Syuhaib ra yang meriwayatkan baginda bersabda :

“ Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya” (Hadith sahih riwayat Muslim no. 2999).

“Sesungguhnya Allah bersama dengan golongan yang sabar” (Al-baqarah : 153).

“ Dan bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama orang-orang yang sering berdoa kepada tuhan mereka” (Al-Kahfi : 28).

Dari Mus’ab bin Said dari bapanya ra berkata : Aku bertanya kepada rasulullah siapakah manusia yang paling dahsyat menerima bala ? Maka dijawab : Para nabi kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Diuji seorang manusia itu berdasarkan kadar agamanya, jika dia seorang yang kuat beragama maka kuatlah pula bala yang diterimanya, dan jika seseorang itu lemah agamanya maka diuji hanya pada kadar agamanya. Tidaklah hilangnya bala itu pada seorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah dengan telah terhapus segala dosa-dosanya” (hadith hasan Sahih, riwayat tirmidzi no. 2398, Ibn majah, Ahmad).

Dari riwayat Abu Hurairah ra bahawa sesungguhnya nabi bersabda : “Barangsiapa yang diingini oleh Allah akan kebaikan maka diujinya dengan musibah” (hadith Sahih riwayat Bukhari, Muwatho dan Ahmad).


“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian” (Ali Imran : 200).


d) Golongan bujang mempunyai ketegasan dan semangat yang lebih tinggi dalam perjuangan dan sanggup berkorban

Mereka yang bujang itu biasanya mampu menjadi kukuh jiwa dan tabah hati terhadap perjuangan dan tidak takut kehilanagn dunia dan rela mati demi Islam berbanding orang yang sudah bernikah merasai nikmat dunia yang merasa sayang dan cinta kepada dunia dan takut mati.

Siapa yang sanggup mati apabila punyai isteri cantik terbaring di atas katil ? namun bujang seperti kita yang tidak mempunyai sesiapa maka kita lebih kehadapan di banding mereka dan kita lebih tabah dalam perjuangan dan kita lebih berani berkorban jiwa dan nyawa serta harta.

“Wahai orang yang beriman sesungguhnya isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu itu musuh bagi kamu maka berhati-hatilah” (At-taghabun : 14).

Kesedihan dan penderitaan dunia yang menimpa orang yang bujang menyebabkan dirinya sanggup berkorban dan berjihad di jalan Allah mengharap balasan syurga tanpa gentar dan tanpa bimbang walau di perjuangan itu dirinya sudah hampir di hadapan musuh dan bekalan peluru dan senjata sudah kehabisan namun dirinya masih mampu memecut laju ke hadapan kerana yakin dan tidak goyah oleh tipuan dunia.

“Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu merasa sedih kerana sesungguhnya kedudukan kamu lebih tinggi (mulia) jika kamu beriman” (Ali-Imran : 139).

Oleh :

Anak yatim yang bujang
San’a Yaman.

Salahkah Jika Wanita Meminang & Menawar Diri Kepada Lelaki ?





Di dalam Islam kita sebagai muslim haruslah mengutamakan Al-Qur’an dan sunnah sebagai panduan dan bukan akal, bukan persekitaran atau pun adat.

Firman Allah swt :

" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul.." (An-Nisa :50).

Sekalipun dalam kaedah fiqhiyah menyebut “Al-A’dah Muhakamah” iaitu adat itu menjadi penghukum dan diambil kira dalam menentukan keputusan (lihat dalam Al-Wajiz fi Qawaid fiqhiyah m/s 100) namun sebenarnya pemahaman terhadap kaedah ini sering disalah erti oleh orang awam.

“Tidaklah kebanyakkan mereka itu mengikuti melainkan hanya berdasarkan semata-mata sangkaan dan tidaklah sangkaan mereka itu membawa mereka kepada kebenaran sedikit pun” (Yunus : 36).

Dimaksudkan adat sebagai diambil kira dalam hukum dan keputusan ialah apabila tiada dalil dan pertunjuk yang jelas dalam sesuatu perkara dari Al-Qur’an dan sunnah dan tidak wujud riwayat dari para sahabat dan salaf soleh. Selain itu terjadi adat sebagai pertimbangan hanya dalam perkara furu’ yang berbentuk kaedah pelaksanaan bukan dasar atau pegangan.

Misalnya dalam ibadah korban, jika pelaksanaan ibadah tersebut dilakukan di Malaysia maka adat terpakai dengan melakukan korban mengunakan binatang yang mudah didapati dan biasa dibuat korban misalnya lembu atau kambing bukan unta atau kibasy yang hanya terdapat di Negara arab.

Begitulah juga adat terpakai dalam penakrifan sesuatu perkara menurut sesuatu kaum misalnya orang yang bersumpah nazar tidak mahu memakan daging lalu dia memakan ayam kerana menurut kebiasaan daging merujuk kepada lembu, kerbau dan ayam tidak dikira sebagai daging demikianlah contoh pelaksanaan adat.

Dan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).

Adapun dalam hal ibadah dan perkara dasar Islam seperti nikah dan perkahwinan yang merupakan sunnah dan ketetapan syariat maka hendaklah kita merujuk kepada Al-Qur’an dan sunnah selagi terdapat pertunjuk dan panduan dari keduanya.

Sebagaimana sabda baginda rasulullah :

" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).

Sesungguhnya di dalam Islam disyariatkan kepada seorang wanita untuk menawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh dan beragama apabila dirinya mendapati lelaki tersebut benar akhlaknya dan benar peribadinya menurut syariat Islam (lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 107 Jilid 3).

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).

Sesungguhnya hadith di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum.

“Dan sesungguhnya pada peribadi rasulullah itu sebagai contoh teladan yang terbaik.” (Surah Al-Ahzab : 21).

Adapun menjawab ayat al-Qur’an yang menyebut kekhususan hanya untuk nabi seperti :

“Dan perempuan mukminah yang menghadiahkan dirinya kepada rasul…..hanya khusus untuk kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ” (Al-Ahzab : 50).

Dimaksudkan pengkhususan di sini ialah dalam masalah maskahwin iaitu dikhususkan untuk rasulullah bernikah dengan perempuan yang menghadiahkan dirinya kepada baginda nabi tanpa perlu baginda membayar maskahwin sedangkan bagi umat Islam yang lain diwajibkan membayar maskahwin namun untuk nabi diberi pengecualian (lihat Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid 3).

Sebagai kesimpulan adalah menjadi sunat dan galakkan kepada wanita muslimah bagi menawarkan diri mereka kepada lelaki yang soleh dan beragama jika benar lelaki tersebut dilihat dapat membimbing diri mereka dan memandu mereka ke jalan yang benar.


Malu itu sebahagian dari iman seperti yang disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa baginda rasul menyebut : “Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman” (hadith sahih riwayat Bukhari no 24 dan Muslim no. 36 , Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah).

Begitu juga dalam hadith yang lain baginda mengatakan : “Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).

Sungguhpun wanita Islam yang muslimah dan solehah itu akan mempunyai malu dan sebagai perempuan, sifat malu itu merupakan perhiasan namun tidaklah patut malu itu menahan dari tercapainya kebaikan dan terlaksananya fitrah dan amal ibadah kerana golongan yang beriman dan solehah itu antara ciri-ciri mereka ialah bersegera kepada kebaikan dan kebajikan.

“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48).

Bagi mereka yang merasa malu dan segan menawarkan diri secara berdepan mereka boleh menggunakan bahasa lapik atau perumpamaan, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah dan perantara sebagai menyampai pesanan dan hasrat .

Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra :

“Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).

Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra ? Wanita pertama Islam, serikandi utama dan mulia yang disebut dalam hadith yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya :

Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan : Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata : “Hantarkanlah sebahagian daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari : Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah :
“ Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya” (hadith sahih riwayat Muslim no. 134 Jilid 7 dalam kitab Al-Minhaj).

Sesungguhnya Ummul Mukminah Khadijah ra yang kini di jannah merupakan wanita pertama dan mulia yang menawarkan dirinya kepada baginda demi mencari kebaikan dan kebajikan.

“ Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am : 38).

Wednesday, August 24, 2005

Pesanan Berharga Buat Ummah



Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi ra dalam sunannya akan hadith dari Ibn Abbas, Abdullah ibn Abbas ra yang berkata : “Sesungguhnya aku berada di belakang nabi salallahualaihiwasalam pada suatu hari dan baginda lalu bersabda :

“Wahai pemuda sesungguhnya aku akan mengajarkan kamu beberapa kalimah (pesanan) iaitu :

Peliharalah Allah (pelihara hak-Nya) maka nescaya Allah akan memelihara kamu, Peliharalah Allah (taati perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya) maka nescaya engkau akan mendapati Dia (Allah) akan membantu engkau,

jika kamu hendak meminta sesuatu maka mintalah kepada Allah dan jika kamu hendak memohon perlindungan dari sesuatu maka mohonlah perlindungan dari Allah.

Ketahuilah jika umat seluruhnya berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu maka tidaklah mereka dapat memberi manfaat kepada engkau melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan kepada engkau dan

jika seluruh umat berkumpul untuk memudharatkan engkau dengan sesuatu maka tidaklah memberi mudharat mereka itu melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan buat engkau.

Telah terangkat qalam-qalam dan telah kering dakwat (satu perumpamaan yakni telah selesai urusan penyampaian pesanan)”.

(Hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 2516).

Wara' Satu Penjelasan Ringkas


Peribadi yang mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya sangat susah dicari pada zaman sekarang maka apatah lagi mencari peribadi yang wara’.

Menjawab mengenai apakah makna wara’ dan bagaimana cara mengenal orang yang wara’ maka ianya seolah bertanyakan tentang satu mahkluk yang sudah pupus dari muka bumi ini sama seperti Dinousour.

Pertama-tama sekali biarlah saya jelaskan bahawa saya bukanlah orang yang wara’ dan mempunyai sifat ini namun marilah kita melihat dan mengenali wara’ moga kita dapat beroleh pengajaran dan berusaha menjadi wara’ .

Menurut dari riwayat yang isnadnya baik bahawa telah menguji Khalifah Ali ib Abi Talib ra kepada Hassan Al-basri ra yang mengajar di masjid dengan bertanya kepada Hassan basri yang masih kecil itu apakah yang menjaga agama ? Maka dijawab oleh Hassan bahawa ianya ialah wara’ lalu dibenarkan oleh Khalifah Ali ibn Abi Thalib ra untuk Hassan basri terus mengajar di masjid.

Wara’ dalam bahasa arab bermaksud menyempitkan atau menyusahkan dan jika dinisbahkan kepada manusia maka ia bermaksud lelaki yang bertaqwa dan menyempitkan hidupnya atau juga disebut siqah (yang dipercayai dan adil) juga dapat membawa maksud bercukupan dengan apa yang ada (lihat Lisan Arab oleh Ibn Manzur m/s 276 Jilid 9).

Perngertian wara’ sangat banyak dan berbeza-beza menurut pendapat ulama’ dan berkata Ibn Qayyim ra dalam kitabnya Madarijus salikin bahawa wara’ itu bermaksud seseorang yang sentiasa berhati-hati dan menyempitkan dunianya. Menurut riwayat bahawa sebahagian sahabat rasulullah meninggalkan 70 pintu dari perkara yang halal semata-mata takut dalam perkara yang haram (lihat Madarijus salikin m/s 20 Jilid 2).

Berkata Dhahak ra wara’ ialah memperbaiki amalan engkau dan berkata Said ibn Jubair ialah membersihkan hatimu dan tempat tinggalmu dan berkata pula Hassan ialah membaiki akhlakmu. Berkata Yahya ibn Muadz wara’ itu ialah berhenti sekadar apa yang engkau ketahui dari perbuatan tanpa menggunakan ta’wil akal. Berkata sebahagian mereka wara’ ialah meninggalkan apa yang halal demi menjaga diri dari yang haram.

Manakala wara’ menurut Ibrahim Ibn Adham ialah meninggalkan syubhat dan keraguan serta apa-apa yang tidak perlu dalam kehidupan dan sebahagian ulama salaf menasihati bahawa berlaku wara ialah dengan menjaga agama dengan menyempitkan hidup dunia dan mengharap balasan akhirat.

“Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat” (Ali-Imran : 152).

Berhati-hati dalam menjaga diri serta menjaga hati , lisan dan perbuatan agar tidak sampai terjatuh kepada hal yang syubhat apatah lagi haram. Menyempitkan dunia bermaksud tidak menerima perkara sia-sia atau tidak bersenang-senang sebaliknya mencukupi dunia dengan sekadarnya bahkan menjaga serta mengetatkan diri melawani kehendak nafsu.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman yang mengerjakan amalan soleh serta mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan bagi mereka itu pahala di sisi tuhan mereka dan tidaklah ada ketakutan ke atas mereka dan tidaklah mereka berdukacita” (Al-Baqarah : 277).


Juga disebut wara’ ialah sesuatu darjat yang dicapai dengan meninggalkan perkara makruh dan berhati-hati pada yang halal dengan mempunyai sikap zuhud.

“Makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak suka golongan yang berlebih-lebihan (melampaui batas)” (Al-A’raf : 31).

Sesungguhnya pemahaman pada wara’ itu bukanlah seperti yang dibaca oleh orang jahil iaitu memakai pakaian buruk dan berjalan tunduk. Jika di sini iaitu di negara arab mereka mengelar orang wara’ sebagai “mutawwek” iaitu orang yang dilihat berjanggut dan berjubah digelar orang wara’ sedangkan hakikatnya mereka inilah paling penipu dan suka mengambil kesempatan.

“Apabila engkau melihat mereka (orang yang munafiq) maka nescaya engkau akan takjub kerana keindahan peribadi mereka dan jika mereka bercakap-cakap akan mengejutkan engkau kerana kefasihan dan kebaikan perkataan mereka seolah-olah mereka itu satu pesandaran yang kukuh, mereka menyangka setiap suara percakapan (pujian) manusia itu tertuju kepada mereka dan sebenarnya mereka itu ialah musuh dan berwaspadalah kamu terhadap mereka dan akan binasalah mereka oleh Allah” (Al-Munafiqun : 4).

Pengertian sebenar wara’ ini ialah pada hati kerana wara’ ini ialah sifat yang lahir dari amal perbuatan , lisan dan hati.

Menjaga hati dari maksiat kepada Allah, dari kebesaran dan pujian dunia serta takut dan mengharap kepada Allah swt.

Turut disertai dengan lisan yang kerap berzikir, tidak bercakap sia-sia dan bercakap yang baik dengan banyak diam serta dari sudut perbuatan ialah menjaga dari yang haram dan syubhat, menjauhi makruh dan melaksanakan segala yang wajib dengan tidak meninggalkan yang sunat.

Setelah itu mereka ini mengambil langkah hati-hati dalam agama dan menjauhi segala kemungkinan-kemungkinan yang boleh menjerumuskan mereka kepada keburukan.

Misalnya tidak memakai telepon tangan kerana takut mendengar suara perempuan, tidak ke Bandar dan pekan kerana takut terlihat maksiat, tidak memakan dan minum di kedai-kedai sebarangan kerana takut syubhat dicampur bahan yang haram atau tidak menerima wang pemberian orang kecuali yang diusaha sendiri melalui jalan yang halal demikianlah serba sedikit sikap mereka yang wara’.

“Adapun golongan yang takut kepada kebesaran tuhan mereka maka mereka menahan hawa nafsunya (tidak menurut hawa nafsu) maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal mereka” (An-Na’ziaat: 40).

Mereka ini benar-benar melaksanakan sabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dari riwayat Abu Hurairah ra dengan sabda baginda : “ Sebaik-baik perkara dalam Islam ialah seseorang itu meninggalkan apa yang tidak perlu baginya” (hadith hasan, riwayat tirmidzi dan ibn Majah).

Secara kesimpulan kita dapat mengenal seseorang itu wara’ apabila dirinya tidak terpaut oleh dunia dan mengaharp balasan akhirat. Dia beramal dengan Islam menurut panduan dari Al-Kitab dan sunnah dan menurut panduan salaf soleh. Akhlaknya merupakan akhlak yang mulia dan terpuji membuatkan kita terpegun dengan kesolahan dan kebaikan ibadahnya dan perilaku muamalah dengannya.

Wara’ itu lebih dekat kepada lelaki dan sukar bagi perempuan dalam beberapa hal dan sukar bagi lelaki dan mudah bagi perempuan dalam beberapa hal.

Wara’ dekat kepada lelaki dalam perkara mengerjakan ketaatan dan kebaikan dan jauh dari lelaki dalam soal meninggalkan keburukan dan kebiasaan kehidupan. Manakala bagi perempuan wara itu dekat dalam meninggalkan larangan dan jauh dalam mengerjakan ketaatan dan kebaikan.

Diriwayatkan oleh Fadholah ibn Ubaid ra yang menyebut beliau mendengar baginda rasulullah bersabda : “Berbahagialah mereka yang diberi hidayah Islam dan hidup dengan bercukupan dan bersederhana” (hadith sahih riwayat tirmidzi ).

Penjelasan Hadith Musalsal



Dewasa ini sangat kerap kita terdengar wujudnya guru agama dan ustaz yang memberikan sanad di pondok-pondok dan surau serta masjid tentang hadith-hadith dari nabi lalu berkerumunlah orang ramai memburu dan mendapatkan ustaz dan syeikh tersebut konon demi mendapatkan sanad kitab dan sanad merawikan hadith.

Sesungguhnya berterima kasih kepada seseorang muslimat yang menguna nick syahiditusuci kerana memberikan ana hadith dari riwayat Jabir ra yang sekaligus mengingatkan ana untuk menulis dalam tajuk ini yang telah lama ana lupakan untuk menulisnya.

Hadith tersebut menyebut sabda baginda salalallahualaihiwasalam :

Barangsiapa yang mempelajari ilmu demi bertujuan untuk menyaingi para ulama’ , dan berdebat atau mengalahkan orang jahil, atau mencari pandangan (penghormatan) manusia padanya maka dia akan berada di neraka” (Hadith Sahih,Riwayat Tirmidzi no. 2578 dan Ibn Majah no.249).

Manakala dalam hadith yang lain baginda juga pernah bersabda :

“ Siapa yang mempelajari ilmu selain mencari redha Allah, dan mempelajarinya bertujuan untuk habuan dan ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat (diharamkan) mencium bau syurga di hari akhirat” (Hadith Sahih, Riwayat Abu Daud no. 3179).

Bukanlah bermaksud kita menyangka buruk namun kita sedih apabila memang wujud segolongan ahli agama yang menipu dengan memperdagangkan sanad palsu dan riwayat yang tidak sahih dalam mendapatkan penghormatan orang ramai kononnya beliau memiliki banyak sanad agama dan memiliki banyak sanad hadith dan kitab dalam merawikan hadith walau hakikatnya tidak semuanya benar.

Penjelasan hadith Musalsal

Tidak lama dahulu ana ditanyakan tentang hadith musalsal namun kerana lupa ana tidak menjawab sehinggalah baru diingatkan tentang hal ini kelmarin.

Musalsal merupakan salah satu sifat yang terdapat pada sanad rawi hadith yang saling bersamaan dan berkaitan sehingga disebut musalsal (iaitu tali temali atau sambung menyambung).

Dari sudut mustalahah para muhadith menyebut ianya sebagai “hadith yang rawi-rawi pada hadith itu saling mengikuti seseorang demi seseorang dalam satu sifat , keadaan atau perkataan”.

Maksudnya ialah para perawi hadith itu saling meniru guru mereka dalam merawikan hadith itu dan menyamakan keadaan , perbuatan atau pun sifat dalam merawikan hadith itu kepada orang selepas mereka.

Dalam hal ini kita akan menemui dua jenis :

a) Musalsal fi ruwah
b) Musalsal fi riwayah

Maksud musalsal fi ruwwah ialah bersambungnya atau wujudnya ciri-ciri hadith musalsal pada sifat perawi hadith tersebut seperti hadith Muaz ibn Jabal ra yang mana pernah baginda rasul bersabda kepada beliau :

“ Wahai Muadz, demi Allah aku cinta padamu, demi Alah aku cinta padamu kerana itu aku wasiatkan pada-Mu wahai Muadz, ucapkanlah pada setiap akhir solat : “ya Allah tolonglah aku untuk mengingati-Mu dan mensyukuri-Mu dan dalam memperbaiki ibadahku” (hadith sahih, riwayat Abu Daud no. 1522 dan Nasaie no. 1302).

Perawi dalam hadith ini selalu selepas meriwayatkan hadith ini dari Muadz mereka selalu menggunakan perkataan “aku cinta padamu” yang sebenarnya kalimah itu hanya diguna oleh baginda nabi untuk Muadz sahaja.

Selain itu dapat juga kita ambil contoh pada perbuatan dalam hadith musalsal seperti hadith Abu Hurairah ra dengan berkata “ Abu Qassim (rasulullah) menyalam tangan baginda dengan tangan ku lalu bersabda : “Allah menjadikan bumi pada hari Sabtu, gunug pada hari Ahad dan seterusnya..” (hadith sahih, riwayat Muslim no. 2789).

Abu Hurairah ra dan perawi seterusnya dalam meriwayatkan hadith ini selalu melakukan perbuatan yang sama dengan menyalam tangan mereka kepada orang yang mereka rawikan hadith itu.

Begitu juga dalam hadith Anas ra bahawa baginda rasul pernah bersabda : “Seseorang tidak akan mendapatkan kemanisan iman sehingga mempercayai qadar Allah baik yang elok atau yang malang baik yang manis atau pun yang getir” rasulullah setelah itu memegang janggut Anas lalu bersabda : “Aku beriman kepada qadar baik yang elok mahupun yang buruk dan baik yang manis serta yang getir” (hadith riwayat Hakim dan pada isnadnya ada Yazid al raqasyi dan dianya dhaif).

Anas ra melakukan dan mengatakan sama seperti apa yang diucapkan oleh rasulullah dan demikianlah para rawi selepasnya.

Manakala Musalsal fi riwayah ialah hadith yang sifat musalsal itu terletak pada riwayat keadaan hadith, masa atau tempat berlakunya hadith bukan pada sifat perawi.

Seperti hadith Ibn Abbas ra yang meriwayatkan hadith perihal Multazam di mana kata ibn Abbas ra “ Tidaklah sesiapa yang berdoa di Multazam ini melainkan dimakbulkan” dan kemudian ibn Abbas ra melanjutkan dengan katanya : Tidaklah aku pernah berdoa di sini pada Allah melainkan doa aku itu dimakbulkan-Nya”.

Para perawi selepas beliau pun ketika mahu meriwayatkan hadith ini akan ke Multazam dan merawikan sewaktu di Multazam dan mengucap serupa seperti kata ibn Abbas.

Begitulah juga apabila menyebut perihal hadith yang lain yang juga dari ibn Abbas ra yang menyebut : “ Saya hadir bersama rasulullah salallahualaihiwasalam pada solat aidul fitri dan aidul adha dan setelah selesai solat baginda lalu memandang kepada kami sambil bersabda : “ Wahai manusia kamu sekalian telah memperolehi kebaikan , Maka barangsiapa yang ingin pulang maka pulanglah dan barangsiapa yang ingin tetap mendengar khutbah maka tunggulah”.

Hadith di atas musalsal pada hari raya dengan perawi yang meriwayatkan hadith ini meriwayatkan pada hari raya fitri atau aidul adha.

Masalah hukum hadith Musalsal

Permasalahan hadith Musalsal ini menjadi perkhilafan yang banyak dikalangan ulama’ dan tidak ramai mementingkan hadith Musalsal ini pada sifat periwayatannya sebaliknya pada hukum kesahihannya atau tidak untuk beramal dengan isi kandungannya.

Namun ramai ahli agama memandang rendah hal ini sebaliknya mementingkan sanad yang mereka punyai walaupun hadith itu sebenarnya dhaif atau pun maudhu’ (palsu).

Misalnya pada hadith Abu Hurairah ra sanadnya ialah sahih begitulah juga matannya namun sifat musalsalnya hadith itu adalah tidak sahih seperti yang disebut oleh Imam Sakhawi ra dan hadith ini terdapat dalam sahih Muslim.

Eloklah kita merujuk kitab “Fihrusul Faharis Wal Asbath” karya Al-hafidz Muhammad Abdul hayyi Al-Kattani yang mengumpukan hadith-hadith Musalsal secara khusus.


"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

Monday, August 22, 2005

Palestin Satu Isu Ummah



Palestine merupakan tempat mulia dalam sejarah Islam kerana di situlah terletak masjid yang ketiga mulia dalam Islam.

Palestine Satu Isu Ummah


Membicarakan isu Palestine memerlukan kita membaca terlebih dahulu firman Allah swt :

“Dan berperanglah di jalan Allah dengan memerangi mereka yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas” (Al-Baqarah : 190).

Perangilah mereka di mana sahaja kamu menjumpai mereka dan usirlah mereka sebagaimana mereka mengusir kamu dan fitnah itu lebih bahaya dari pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sisi masjidil haram kecuali jika kamu diperangi di sana dan jika mereka menyerangi kamu maka perangilah mereka demikianlah balasan untuk orang-orang yang kafir” (Al-Baqarah : 191).

“Jika mereka itu berhenti dari memerangi kamu maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-baqarah : 192).

“Dan Perangilah Mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi di muka bumi sehinggalah agama itu hanyalah untuk Allah” (Al-baqarah : 193).
"Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu. Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu." (An-Nisaa', 75).


Ketika kami belajar dengan guru kami akan tafsir Al-Qur’an dan sunnah kami didedahkan dengan manhaj salaf dan penafsiran serta teladan dari ulama’ ummah dalam ilmu dan amalan.

Kami bukan tidak berjihad namun kami memulakan langkah utama demi utama, kami bukan tidak mengangkat senjata dan menumpahkan darah musuh Allah tetapi kami memulakan usaha membela ummah dari ditumpahkan darah.

Ketika bulan Jun 1997, kami pernah menghadiri sidang Palestine di Malaysia dan kami berhasrat untuk berjihad di Palestine dan meninggalkan tanahair untuk menyertai Briged Muda Al-Aqsa menentang Yahudi laknatullah.

Di antara kami ada yang bijak dan cerdik dan ada yang berkemahiran dan berpengetahuan lalu kami bertekad tidak melakukan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan kerana firman Allah swt kepada kami :

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

Setelah membuat pengkajian dan meneliti nasihat serta pertunjuk Al-Qur’an dan sunnah serta ulama ummah terdahulu, kami juga meneliti risalah jihad dari syeikh kami yang dirahmati Allah iaitu As-Syahid Dr. Abdullah Azzam ra.

Lalu kami menyimpulkan bahawa masih bukan waktunya kami berangkat ke sana hanya sekumpulan kami sebaliknya harus bersama jamaah umat Islam keseluruhannya ke baitullah Al-Aqsa untuk membebaskannya dari tangan manusia laknat dan golongan yang dimurkai Allah.

Ini disebabkan perintah nabi salallahualaihiwasalam kepada kami dalam hadith yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmidzi ra , dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda pernah bersabda :

“Tangan Allah itu bersama jemaah” (Riwayat Tirmidzi m/s 367 Jilid 6) dan dalam hadith yang lain dari riwayat Abi Dzar ra yang berkata bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam: “Barangsiapa yang memisahkan dirinya dari jemaah walaupun sejengkal maka Allah akan mencabut ikatan Islam dari tengkuknya” (Hadith sahih riwayat Abu Daud no. 4750).

Pada hadith dari riwayat Umar Al-Khatab ra yang menyebut bahawa rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : “ Hendaklah Kamu berada dalam jamaah dan jauhilah kamu dari perpecahan sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua dan barangsiapa yang menginginkan tempat tinggal di syurga maka hendaklah berada dalam jemaah” (Hadith Sahih riwayat Tirmidzi, Ibn Majah dan Humaidi).

Juga Allah swt telah berfirman kepada kami :

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” (Ali – Imran :102).

Lalu kerana kami memahami perintah Allah dan rasul menurut apa yang diajarkan oleh kepada kami dari pedoman ulama salaf soleh kami tidak sampai menurut kata hati kami dalam berjuang dan berjihad sebaliknya menanti keputusan dari Allah dan rasul.

Dari Huzaifah al-yamani bahawa bahawa baginda pernah bersabda :
“ Hendaklah kamu beriltizam dengan jemaah umat Islam dan kepimpinannya” (sahih riwayat bukhari dan Muslim). Menyedari bahawa kami wajib berintima dengan jamaah Islam (masyarakat Islam) dan kepimpinan umat Islam yang ada, mentaati mereka dan menanti keputusan mereka untuk mengarahkan kami keluar berjihad maka kami sabar dan menunggu.

Kami sedih, kerana kami belum dapat syahid, kami sedih kerana kami belum dapat habisi usia muda kami di jalan Allah dengan mengangkat senjata dengan membunuh dan dibunuh oleh musuh Allah swt seperti firman Allah swt :

Mereka yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah maka mereka itulah yang mengharap rahmat Allah” (Al-Baqarah : 218).

“Di antara orang-orang yang beriman itu ada beberapa lelaki yang menepati apa yang dijanjikannya kepada Allah swt maka ada di antara mereka yang telah pun sampai ajal mereka (menunaikan janji mereka) dan di antara mereka ada yang masih menanti dan tidaklah mereka menukar janji mereka itu dengan sesuatu gantian apa pun” (Al-Ahzab : 23).

Sekalipun kami sedih dan kecewa kerana masa sudah berlalu lama dan kami belum pun dapat keluar berangkat ke sisi Masjidil Aqsa yang kami cintai dan berjihad memerangi musuh Allah di sana namun kami terpaksa menerima ketentuan Allah swt kepada kami kerana Allah telah berfirman :

“ Tidaklah patut bagi mereka yang beriman baik lelaki atau perempuan jika telah diputuskan oleh Allah dan rasul-Nya dalam sesuatu urusan untuk mempunyai pilihan lagi (melainkan mentaati) dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab : 36).

“Sesungguhnya perkataan orang yang beriman apabila diseru oleh Allah dan rasul-Nya dalam sesuatu hukum ialah kami dengar dan kami patuh dan mereka itulah golongan yang berjaya” (An-Nur : 51).

Maka kami putuskan untuk tetap menanti dan menunggu waktu tibanya kami berangkat ke jalan Allah swt.

Sesungguhnya penungguan kami bukanlah penantian yang sia-sia, bukanlah pula kami ditangguhkan untuk berjihad hanya kerana dunia sebaliknya ini tanggungjawab agama kepada kami iaitu :

a) Kami tidak boleh keluar berjihad tanpa izin kepimpinan jamaah Islam iaitu ulil Amri dan kami mestilah menanti keluarnya berjihad itu secara berjamaah.
b) Kami mestilah terlebih terlebih dahulu mencukupi syarat untuk berjihad.
c) Kami mestilah terlebih dahulu memiliki persediaan kekuatan dan kelengkapan untuk berjihad
d) Kami mestilah terlebih dahulu punyai ketua dan kepimpinan dalam perang dan mentaati arahannya dan berperang dalam satu soff bukan berpecah-pecah tanpa kepimpinan dan berterabur tanpa panduan.

Melihat kepada keadaan realiti sekarang kami sangat sedih, kerana umat Islam semakin jauh kepada Allah dan meninggalkan kitab dan sunnah. Lalu semakin lama semakin menjauh jihad dari kami lantaran kami terpaksa bertungkus lumus melakukan usaha islah dan pembaikan dalam masyarakat (jamaah) Islam akibat kejahilan dan kesesatan umat Islam dan pemimpinnya seperti :


a) Tidak tertegaknya hukum Islam dan pemerintah tidak melaksanakan Islam dalam pemerintahan dan tidak menurut kitab Allah dan sunnah
b) Aqidah dan tauhid umat Islam penuh dengan penyelewengan dan kesesatan
c) Ibadah umat Islam penuh bid’ah, kesyirikan dan kejahilan serta jauh dari pertunjuk sunnah
d) Para pemuda dan pemudi umat Islam tersesat oleh dunia dan hanyut dalam maksiat dan mereka tidak dibimbing kepada kitab dan sunnah
e) Tidak wujudnya ilmu dan tersebarnya kejahilan serta kesesatan dan jauhnya masyarakat dari pertunjuk sunnah
f) Berpecahnya umat Islam kepada pelbagai kelompok dan kumpulan yang masing-masingmendakwa mereka benar sedangkan mereka telah tersesat jauh dari kitab dan sunnah dan termasuk penyebab perpecahan ummat.

Melihat keadaan kerosakan umat Islam Malaysia dan lain-lain negara Islam yang sedemikian membuatkan kami menyedari bahawa jihad kami ke Al-Aqsa akan menjadi mustahil dan kami tidak mungkin dapat berjihad jika kami tidak melakukan sesuatu lalu kerana itulah kami perlu islahkan (membaiki) masyarakat dan berusaha memulihkan keadaan umat islam supaya kami akhirnya dapat bersatu dan menuju di bawah peemrintahan Islam dalam jamaah serta soff (barisan) yang tersusun menuju ke Al-Aqsa membebaskannya dari kuffar dan musuh Allah swt.

“Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berperang di jalan-Nya dengan berbaris-baris seolah-olah mereka itu satu bangunan tembok yang tersusun” (As-Soff : 4).

Akhirnya sebahagian dari kami memutuskan menceburkan diri dalam ilmu dan menuntut ilmu terlebih dahulu supaya kami dapat menjadi pertunjuk kitab Allah dan sunnah kepada masyarakat dan umat serta melakukan islah (pembaikan) dalam jamaah Islam.

Bukanlah kami menjadi ustaz untuk mendapat gaji mengajar di sekolah atau belajar agama supaya dapat mengajar di universiti beroleh gaji dan kesenangan dunia atau mencari makan dengan menjual ilmu Allah sebaliknya kami mengaji dan mengajar manusia supaya mengenal Allah, kembali kepada sunnah supaya mentaati perintah Allah dan rasul dan supaya dapat bersama kami dalam satu barisan bersatu menuju ke musuh Allah dan membunuh mereka dan dibunuh.

Tidaklah kami mencari dunia, kami pejuang akhirat kami inginkan balasan rahmat Allah dan kami hidup untuk Allah lalu apakah yang kalian semua tahu tentang hidup kami, jalan kami dan kekecewaan kami ? Kami manusia, punyai hati dan perasaan dan kehendak kepada fitrah seperti manusia lainnya iaitu kami juga inginkan wanita sebagai isteri, inginkan anak-anak sebagai penghibur hati dan inginkan harta sebagai perhiasan dunia seperti firman Allah swt :

“Dihiaskan kepada manusia mencintai syahwat kepada wanita, anak-anak dan harta benda yang banyak dari emas dan perak , kuda yang bagus , biantang ternak dan tanam-tanaman dan demikian itulah kehidupan dunia namun di sisi Allah jugalah sebaik-baik tempat kembali” (Ali –Imran : 14).


Tidak ramai manusia menyedari jalan ini iaitu jalan menuju jihad kepada Allah, ramai yang bercakap itu dan ini, ramai hanya bermimpi dan bernasyid lagu-lagu jihad tanpa pernah memahami makna sebenar jihad dan tanggungjawab berat menuju jihad dan membawa jihad dalam kehidupan mereka.

Kami menangis, kami menangis di malam hari lantaran jihad semakin hari semakin kami rindui, kami menangis dan sedih setiap hari kerana usia kami semakin bertambah menandakan umur kami semakin berkurang. “Ya Allah janganlah Engkau mematikan kami tanpa sempat kami mengangkat senjata memerangi musuhmu dan menitis darah kami kepada-Mu”.

Tidak ada perempuan dan wanita sudi bersama kami dalam jalan ini untuk kami tarbiyah membina usrah jihad dan bertakhta di bawah kesusahan dunia dan tidak ada teman yang sanggup berkorban bersama kami memperjuangkan agama dalam jalan sunnah kerana tiada keglamouran, tiada pangkat atau gelaran, tiada kenikmatan bersama jalan kami.

“Jika seandainya (mendapat kemenangan dari Allah) itu jalannya dekat dan perjalanannya tidaklah jauh maka nescaya ramailah yang akan mengikut engkau sebaliknya hakikatnya ialah jalannya sangat jauh dan padanya halangan” (At-Taubah : 42).

Bersama kami tiada muslimat sebagai sayap kiri kerana tiada wanita sanggup menjadi isteri lantaran kesusahan jalan kami, wanita dunia hanya tahu menghiasi diri mereka demi kecantikan dunia dan menjauhi akhirat dengan keburukan amalan mereka.

Bersama kami tiada sponsor atau dermawan yang menabur wang ringgit lantaran tiada faedah dunia dan tidak beroleh nama menyumbang wang di jalan kami. Bersama kami tidak mendapat gelaran “jaguh” atau “tokoh” sebaliknya bersama kami dihina dan dikeji dikata sesat, dituduh pemecah belah, dituduh jumud, dituduh membawa Islam ke zaman kuno.

Bersama kami tidak beroleh pertolongan orang ramai jika dipenjara, tidak ada sesiapa yang membela, tidak ada sesiapa yang akan bersuara kerana kami ghuraba (asing) dan kami terpinggir di sisi manusia dan jalan mereka kerana kami di jalan Allah membawa sunnah rasulullah.

Dari Abu Hurairah ra bahawa baginda pernah bersabda :
“Bermulanya Islam itu asing dan akan kembali asing sepertimana ianya bermula maka berbahagialah golongan yang asing” (Sahih, riwayat Muslim no 370 dan Ibn majah 3986).

“Katakanlah bahawa inilah jalan aku yang padanya aku menyeru kepada Allah di atas keterangan yang nyata aku dan mereka yang mengikutiku dan Maha Suci Allah sesungguhnya aku bukanlah dikalangan mereka yang mensyirikkan Allah” (Yusof : 108).

Sesungguhnya akan sampai masanya Islam akan tertegak di muka bumi ini sekali lagi sebelum tibanya bencana kiamat . Berkenaan diri kami apakah kami akan dapat melihat kegemilangan Islam, apakah kami akan sempat menikmati cahaya pemerintahan Islam, apakah kami akan sempat menikmati tertegakkan kalimah Allah di muka bumi ini kami tidaklah begitu peduli yang penting kami di jalan Allah sekarang ini dan berjuang menuju ke jihad ke jalan Allah walau tidak berperang kami menuju untuk berperang dan tidaklah yang menghalangi kami melainkan mereka itu akan ditewaskan oleh kami.

Dari Mughirah Ibn Syu’bah ra telah bersabda baginda rasulullah : “Tidaklah akan hilang golongan manusia dari umat aku yang tetap zahir tegas di atas kebenaran sehingga datangnya ketentuan Allah ke atas mereka dan mereka dalam keadaan tetap zahir (dalam kebenaran)” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim ).

“Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat” (Ali-Imran : 152).

Sekarang jika kalian memahami kami sedikit, maka biarlah pula kami menceritakan kepada kalian tentang keinginan kami berjihad di masjidil Aqsa.

Kemuliaan Masjidil Aqsa dalam Islam


Masjidil Aqsa merupakan tempat yang mulia dalam sejarah Islam dan merupakan masjid kedua yang dibina di muka bumi ini untuk beribadah kepada Allah sw selepas masjidil haram di Makkah Mukaramah. Disebut dalam riwayat yang sahih bahawa yang memulakan pembinaan Masjid Al-Aqsa ini ialah Nabi Allah Ya’kub alaihisalam selepas dibinanya Ka’bah di Masjidil Haram oleh Nabi Allah Ibrahim alaihisalam dan jarak di antaranya ialah 40 tahun (lihat dalam hadith dari riwayat Abu Dzar ra dalam Sahih Muslim).

Kemudian pada zaman Nabi Allah Sulaiman alaihisalam ianya ditambah dan dibangunkan sekali lagi (lihat Za’dul Ma’ad oleh Ibn Qayyim ra ) Sesungguhnya Masjid Al-Aqsa inilah juga merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum diubah kepada Ka’bah di Masjidil Haram.

Bahkan pada Masjid Al-Aqsa inilah baginda rasulullah diisrakan dan kemudiannya bersolat di situ dan mengimamkan seluruh para nabi .

Firman Allah swt :

“ Maha Suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya di waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya..” (Al-Isra : 1).

Bahkan dalam hadith yang sahih baginda rasul pernah bersabda : “Janganlah menyusahkan diri kamu bermusafir kecuali kepada tiga masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan masjidku ini” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).

Dan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi ra dengan sanad yang hasan dari Jabir ra bahawa baginda nabi pernah bersabda : “ Solat di Masjidil Haram itu menyamai seratus ribu solat dan solat di Masjid aku ini menyamai seribu solat dan solat di Masjidil Aqsa menyamai lima ratus solat”.

Bahkan Masjid Aqsa dan kawasan sekitarnya diberkati Allah swt sejak zaman berzaman seperti dalam firman-Nya :

“Dan kami selamatkan Luth ke tempat yang diberkati di seluruh alam” (Al-Anbiya : 71).

“ Kami tundukkan kepada Sulaiman akan angin badai yang bertiup dengan perintahnya menuju bumi yang kami berkati di dalamnya dan kami amat mengetahui setiap sesuatu” (Al-Anbiya : 81).

Perkataan barakah dalam syariat membawa maksud “ Jelasnya kebaikan dari Allah dalam sesuatu” dan yang dimaksudkan dengan bumi yang berkah ialah tempat yang diberkati dan muliakan oleh Allah swt dan dilimpahi nikmat dan kebaikan padanya.

Dalam firman yang lain :

“ Dan di antara negeri yang kami berkati dan kami jadikan perjalanan di sana dan kami katakana : berjalanlah kamu baik malam dan siang dengan aman dan selesa” (As-Saba : 18).

Negeri atau tempat yang diberkati dalam ayat di atas juga menunjukkan baitulmaqdis dan sekitarnya dalam negeri Syam seperti dalam riwayat Ibn Abbas ra bahawa negeri Syams itu mengandungi baitul Maqdis dan berkata Imam Ibn Taimiyah ra bahawa dalam ayat ini dan ayat yang lain menunjukkan berkatnya bumi baitul maqdis dan sekitarnya dari negeri Syam dan yang paling berkat ialah yang paling mendekat dengan baitul Maqdis (jika sekarang ialah Palestine).

Begitulah juga dalam ayat yang lain Allah swt menyebut :

“Wahai kaum masuklah kamu ke dalam bumi yang diberkati iaitu yang telah ditetapkan buat kamu dan janganlah kamu berpaling dari agama kamu lalu jadilah kamu golongan yang merugi” (Al-Maidah : 21).

Semua para mufasir menyebutkan bahawa bumi yang diberkati itu ialah baitul Maqdis yang padanya dibentangkan sayap malaikat menaungi ahlul Syam (kawasan sekitar baitul Maqdis). Ini jelas dalam hadith Zaid Ibn Sabit ra yang menyebut aku mendengar baginda bersabda :
“ Berbahagialah ahli Syam bahagialah kepada ahli Syam” lalu aku bertanya mengapa demikian wahai rasulullah ? lalu baginda menjawab : “Sesungguhnya malaikat melebarkan sayapnya menaungi negeri Syam” (hadith Sahih riwayat Tirmidzi , Ahmad, Tibrani dan Hakim).

Sesungguhnya semua para nabi pernah melewat atau menjejakkan kaki mereka ke baitul maqdis atau sekurangnya disuruh supaya memasuki negeri yang diberkati ini seperti perintah Allah kepada kaum Nabi Musa as :

“ Dan ketika kami berkata masuklah kamu ke dalam negeri itu dan makanlah apa yang kamu inginkan dan masuklah melalui pintunya serta kemudian sujudlah dan berkata Ya Allah ampunilah kami maka nescaya kami akan mengampuni dosa kamu” (Al-baqarah : 58).

Berkata Imam Ibn katsir ra bahawa negeri yang diperintah supaya dimasuki oleh kaum Nabi Musa as ini ialah Baitul Maqdis yang dijadikan sebagai tempat sujud dan beribadah.

Dimaksudkan sebagai tempat yang suci kerana di situlah tempat beribadah yang menyucikan diri dari dosa . Manakala sebahagian ulama yang lain mengatakan ianya kerana disitulah tempat bertasbih menyucikan dan memuliakan Allah swt sebagaimana firman-Nya :

“ Dan kami menyucikan dan memuji serta memuliakan Engkau (Allah) ” (Al-baqarah : 30).


Nama Masjidil Aqsa

Sesungguhnya Masjidl Aqsa mempunyai pelbagai nama dan disebut namanya yang pertama ialah Masjidil Aqsa iaitu bermaksud masjid yang jauh perjalanannya dari Masjidil Haram kerana kalimah الا قصى itu bermaksud jauh dan memberi pengertian ianya masjid yang jauh perjalanan dan memerlukan kekuatan untuk ziarah padanya.

Ianya juga disebut Baitul Iliya’ iaitu masjid tempat rumah Allah dan dinisbahkan namanya ini kepada pekan yang terletak padanya masjid.

Juga dikenali dengan baitul Muqadas iaitu bermaksud tempat yang menyucikan dan membersihkan diri dari dosa dan membawa barakah.

Juga disebut baitul maqdis iaitu sama maknanya cuma disebut khas sebagai tempat kemuliaan dan menyucikan.

Juga disebut Al-Quds atau baitul quds iaitu rumah suci dan tempat suci serta disebut juga dengan salam iaitu sebagai tempat selamat dan aman dan dalam bahasa ibrani disebut syalam iaitu tempat selamat dan pelbagai lagi namanya yang banyak yang menunjukkan kemuliaannya dan kebesarannya dalam Islam.


(akan bersambung...insyaAllah akan ditulis dengan kupasan menurut panduan sunnah dan menjatuhkan bathil)

Sunday, August 21, 2005

Penjelasan Kebathilan "Hadith Perselisihan Itu rahmat"

Berikut nukilan perkataan Ahlul Hadits tentang sebuah hadits masyhur : “Perselisihan Umatku adalah Rahmat”.


Asy Syeikh Al Muhadits Nashiruddin Al Albani rohimahullah dalam Silsilah Ahadits Adh Dho’ifah mengenai “hadits” ini, beliau berkata : “Hadits ini tidak ada asalnya”.
Para muhadits sudah berupaya keras untuk mendapatkan sanad hadits ini tetapi mereka tidak mendapatkannya.

Sampai beliau (Al Albani) berkata : “Al Munawi menukil dari As Subki bahwa dia berkata : “Hadits ini tidak dikenal oleh para muhadits, dan saya belum mendapatkannya baik dalam sanad yang shohih, dho’if, atau maudhu’.



Syaikh Zakariya Al Anshori menyetujuinya dalam ta’liq atas Tafsir Al Baidlawi 2/92 Qaaf (masih dalam manuskrif) Makna hadits ini pun diingkari oleh para ulama peneliti hadits.


Al ‘Allamah Ibnu Hazm berkata dalam kitabnya Al Ihkam fi Ushulil Ahkam Juz 5/hal 64 setelah beliau mengisyaratkan bahwasanya “ucapan” itu bukan hadits : “Ini adalah ucapan rosak yang paling rosak.

Karena jika perselisihan itu rahmat, tentu kesepakatan itu sesuatu yang dibenci dan tidak ada seorang muslim pun yang mengatakan yang demikian dan yang ada hanyalah kesepakatan atau perselisihan, rahmat atau azab yang dibenci".


Di kesempatan lain beliau mengatakan : “batil dan dusta”. (Silsilah Ahadits Adh Dho’ifah juz 1, hadits no 57 hal 141).


Dalam kitab Zajrul Mutahawin bi Adz Dzoror Qo’idatil Ma’dzaroh wa Ta’awun hal 32, yang ditulis oleh Hamad bin Ibrohim Al Utsman dan kitab ini telah dimuroja’ah (diteliti ulang) oleh Asy Syeikh Al Allamah Sholeh bin Fauzan Al Fauzan.
Disebutkan bahwa : “Hadits ini lemah secara sanad dan matan.


Tidak diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadits dengan lafadz ini.


Adapun yang masyhur adalah hadits “Perselisihan para shahabatku adalah rahmat”. Dan sebagian dari ulama ahli ushul menyebutkan hadits tersebut sebagaimana yang dilakukan Ibnul Hajib di dalam Mukhtashornya tentang ushul fiqih.


Berkata Abu Muhammad ibnu Hazm : “Adapun hadits yang telah disebutkan “Perselisihan umatku adalah rahmat” adalah kebatilan dan kedustaan yang bermuara dari orang yang fasik.” (Al Ahkam fi Ushulil Ahkam 5/61)
Al Qoshimy mengomentari (sanad dan matan) hadits ini, dalam kitab Mahasinut Ta’wil 4/928 : “

Sebagian ahli tafsir menyebutkan bahwa hadits ini tidak dikenal keshohihan sanadnya. At Thobrony dan Al Baihaqy meriwayatkannya di dalam kitab Al Madkhol dengan sanad yang lemah dari Ibnu ‘Abbas secara marfu’
.



Adapun ‘ilat (kelemahan) hadits ini adalah :


1. Adanya perawi yang bernama Sulaiman bin Abi Karimah, Abu Hatim Ar Rozy melemahkannya.


2. Perawi yang bernama Juwaibir, dia seorang Matrukul Hadits (ditinggalkan haditsnya) sebagaimana yang dinyatakan Nasa’i, Daruquthny. Dia meriwayatkan dari Adh Dhohhak perkara-perkara yang palsu termasuk “hadits” ini.


3. Terputusnya (jalur riwayat) antara Adh Dhohhak dan Ibnu ‘Abbas.
Berkata sebagian ulama : “Hadits ini menyelisihi nash-nash ayat dan hadits, seperti firman Allah Ta’ala :
“ Jika Allah kehendaki nescaya dapat Dia menjadikan semua manusia itu umat yang satu tetapi mereka itu (dijadikan ) berselisih kecuali ORANG YANG DIKASIHI OLEH TUHAN-MU” (Surah hud : 118).


sabda Rasulullah “Janganlah kalian berselisih, maka akan berselisihlah hati-hati kalian” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan dikeluarkan di dalam Sunan Abu Daud oleh Asy Syeikh Al Albani) dan hadits-hadits yang lain banyak sekali.

Maka kesimpulannya bahwa kesepakatan (di atas kebenaran) itu lebih baik daripada perselisihan.


Penutup


Setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan hari Akhir, nescaya akan menyatakan bahwa dirinya cinta kepada Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam.

Namun cinta tidaklah cukup di lisan saja.


Bahkan harus diwujudkan dalam amal perbuatan.
Salah satu bukti cinta kita kepada Beliau adalah tidak lancang/berani dalam menukil suatu ucapan, lalu mengatas namakan Rasulullah.

Hendaklah takut akan ancaman Beliau : “Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah ia menempatkan tempat duduknya dari api neraka”. (HR.Bukhori)
Alhamdulillah dari penjelasan Ahlul Hadits di atas, dapat diketahui bahwa hadits “Perselisihan umatku adalah rahmat” ternyata bukan merupakan sabda Rasulullah. Atau disebut juga hadits maudhu’.


Padahal hadits ini sangat popular dan menyebar bahkan menjadi pegangan para aktivis dakwah. Namun sebagai seorang muslim yang mahu menerima kebenaran, tentulah akan bersegera meninggalkan hadits ini, sebagai salah satu tanda wujud cinta dia kepada Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam.


Allah berfirman : “Dan berpegang teguhlah kalian semua dengan tali (agama) Allah dan janganlah kalian bercerai-berai.” (Ali Imron : 103)


Al Hafidz Ibnu Katsir rohimahullah berkata : “Allah telah memerintahkan kepada mereka (umat Islam) untuk bersatu dan melarang mereka dari perpecahan. Dalam banyak hadits juga terdapat larangan dari perpecahan dan perintah untuk bersatu dan berkumpul (di atas kebenaran).” (Tafsir Ibnu Katsir 1/367).


Oleh kerana tiada dalil dan hujah yang sahih yang mendokong perselisihan itu ada kebaikan maka hendaklah kita ketahui bahawa perpecahan itu bukanlah rahmat sebaliknya azab dan keburukan. Marilah kita bersatu di atas Al-Qur'an dan as-sunnah sebagai seorang muslim soleh yang berpegang teguh kepada agama Allah swt.

Friday, August 19, 2005

Pengenalan Imam Syafie ra

Berkenaan soalan mengenai sejarah Imam syafie dan sebagainya ana mencadangkan eloklah kiranya dicari sendiri sejarah hidupnya dan buku mengenai sejarah Imam Syafie begitu banyak jadi carilah sirah yang sahih dari rujukan yang tepat.

Berkata Imam Ahmad ibn hanbal ra tentang Imam Syafie ra : “Sesungguhnya Allah memberi nikmat kepada kami melaluinya dan telah kami pelajari ilmu dari sesuatu kaum dan menulis ilmu dari mereka sehinggalah munculnya As-Syafie kepada kami dan setelah kami mendengar ilmu darinya maka tahulah kami bahawa dia itu lebih alim dari orang selainnya dan kami duduk bersamanya pagi dan petang tidaklah kami menemui darinya melainkan yang baik-baik” (sila lihat Tarikh Islam oleh Ad-dzahabi m/s 334).

Sesungguhnya menurut ulama tarikh, nama beliau ialah Muhammad ibn Idris bin Abbas ibn Usman bin Syafie bin Sai’ib bin Ubaid ibn Yazid bin Hisyam bin Muthalib ibn Abd Manaf bin Qais. Iaitu bertemu keturunan nabi salallahualaihiwasalam pada sebelah datuk.

(Demikian menurut ulama seperti yang disebut dalam Tazkirat Huffaz Jilid 1 m/s 329, tahzibul tahzib m/s 25 Jilid 9 dll).

Dilahirkan pada 150 Hijrah di Gaza , Palestin walaupun pada asalnya bapanya merupakan asal dari Yaman dan menetap di Makkah dan bapanya mati setelah Imam Syafie ra lahir dan dijaga oleh ibunya selepas itu. Keluarga mereka kemudiannya berhijrah ke Makkah ketika Imam Syafie masih berumur 2 tahun.

Imam Syafie menamatkan hafazan Al-Qur’an ketika umurnya 7 tahun dan hal ini satu perkara biasa dan sekiranya dilihat adat orang arab mereka memang membiasakan anak kecil dengan menghafaz Al-Qur’an. Walaubagaimanapun Imam Syafie ra diberkati Allah swt dengan kekuatan menghafaz kerana diasuh dalam minat ilmu dan tarbiyah Islamiyah apabila dia mampu memahami apa yang dihafaznya.

Beliau juga telah menghafaz kitab Al-Muwatho karya Imam Malik ra ketika umurnya 10 tahun dan mula belajar di sisi Imam Malik ketika umurnya 13 tahun. Dia belajar Al-Qur’an di sisi gurunya Syeikh Ismail ibn Qastantin dan beliaulah yang menjelaskan kepada Imam Syafie bahawa Al-Qur’an itu ialah isim (kata nama) bukan di’irabkan dari kalimat qira’atu (dibaca) dan juga Imam Syafie ra mengambil ilmu dari Sufyan Ibn Uyainah ra dan Muslim bin Khalid Az-Zanji serta Said ibn Salim dan Daud bin Abd Rahman, Abd Majid bin Abd Aziz bin Abi Daud dan mereka ini semuanya merupakan gurunya di Makkah.

Manakala gurunya di Madinah ialah Imam Malik bin Anas ra, serta Ibrahim bin Said Al-ansori, Abd Aziz bin Muhammad Ad-Darawardi dan Abdullah ibn Nafi’.

Adapun Syeikh dan guru Imam Syafie di Yaman ialah Mutharif bin Mazan, Hisyam bin Yusof (Qadhi San’a) , Amru bin Abi Salamah (sahabat Imam Auzaie) dan Yahya bin Hasan (sahabat Imam Laits Bin Said).

Manakala gurunya dari Iraq pula ialah seperti Waqi’ ibn Jarrah ra, Hammad ibn Usamah dan Ismail bin Aliyah serta Abd Wahab bin Abd Majid dan Muhammad bin Hassan.

Sesungguhnya Imam Syafie bukan sahaja alim dalam fiqh dan hadith bahkan juga ilmu bahasa dan sastera arab serta pelbagai lagi cabang ilmu sekalipun dirinya masih muda tetapi telah dikenali dan diiktiraf oleh ulama pelbagai bidang dan tempat.

Di antara anak muridnya pula yang menadah ilmu dari Imam Syafie ra ialah Abu Abdullah Imam Ahmad ibn Hanbal ra yang terkenal sebagai ulama mazhab dan alim hadith sehingga disebut oleh Imam Syafie ra kepada Imam Ahmad dengan kata Imam Syafie :

" Kamu lebih alim tentang hadith dan ilmu rijal dari aku (katanya kepada Imam Ahmad ibn Hanbal) maka jika sesuatu hadith itu sahih maka beritahulah aku tentangnya…".

(Sila rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya "Adabul Syafi'ie", m/s 94).

Selain dari Imam Ahmad ramai lagi ulama dan fuqaha yang belajar dengan Imam Syafie seperti Hassan Bin Muhammad Az-Za’farani, Hussin Al-Karabisi, Ismail bin Yahya Al-Muzni, Rabi bin sulaiman al-Maradi dan Rabi bin Sulaiman al-Jizi dan Abu Ya’kub Yusof bin Yahya Al-Buwaiti, dan Hurmalah bin Yahya dan Muhammad bin Abdullah Al-Misri dan Abdullah bin Zubair Al-Humaidi dan lain-lain.

Imam Syafie menghabisi umurnya dalam belajar dan mengajar sehingga ke akhir hayat tanpa menamatkan pengajian dan pembelajaran walaupun sudah bergelar Imam tidak seperti insan sekarang yang merasakan sudah alim dengan hanya mempunyai gelaran Doktor atau Master di depan atau belakang namanya.

Lebih teruk dari itu, gelaran ustaz sudah cukup membuatkan dirinya berlagak dan mengaku alim sedangkan para imam terdahulu begitu merendah diri dan memuliakan ilmu. Namun sekarang dengan hanya bertitle phd yang diperolehi dengan kajian sejemput dalam tajuk tertentu sudah berlagak mengetahui semua perkara dalam Islam.

Pada tahun 198 Hijrah, Imam Syafie brhijrah ke Mesir dan mengahwini perempuan di sana dan menetap di sana sehinggalah wafatnya dan mengajar di Masjid Amru bin Ash ra dalam pelbagai ilmu sehinggalah pada tanggal 204 Hijrah beliau mengalami sakit buasir dan melemahkan badannya yang membawa kepada kematiannya pada bulan Rejab di pangkuan muridnya Rabi’ ibn Sulaiman Al-Jizi dan dikebumikan di Mesir dan umurnya ketika itu ialah 54 tahun.

Pujian ummah dan ulama kepada Imam Syafie :

Berkata Imam Ahmad ra : “ Sesungguhnya Imam Syafie bagaikan matahari di dunia ini..”

Berkata Imam Abd Rahman bin Mahdi ra : “Tidaklah aku bersolat melainkan aku mendoakan kepada Imam Syafie ra”

Berkata Yunus bin Abd A’la : “Jika dikumpulkan kebijaksanaan umat ini tidaklah menyamai kebijaksanaan Imam Syafie”

Kitab Imam Syafie yang terkenal ialah “Ar-Risalah” yang merupakan kitab pertama dalam Usul fiqh yang ditulis secara tersusun seterusnya kitab Al-Umm serta Kitab “Al-Imla ul Shaghir” dan “Al-Imla ul Kabir” dan Mukhtasar Al-Muzni” dan “Mukhatsar Al-Buwaithi” yang dicetak di kitab Al-Umm di jilid pengakhiran dan lain-lain dari risalahnya.

Kesimpulan

Setelah kita mengetahui kealiman Imam Syafie, kefadhilan dan kelebihannya maka seharusnya kita tidak mengabaikan nasihat dan ajaran ilmunya serta mengambil kemanfaatan dari susah payah diri beliau mencari ilmu yang kemudiannya diperkembangkan usul dan fahamannya terhadap fiqh Islam serta manhaj Islam itu sendiri sehingga tersebarnya mazhab syafie yang bermakna pegangan usul syafie ra dalam fiqh Islam.

Maka wajarlah kita memegang benar nasihat beliau yang banyak mengajar kita supaya berpegang kepada Islam dengan ilmu dan menjauhi taqlid dan kejahilan seperti pesanan beliau :

"Jika sahih sesuatu hadith maka itulah mazhabku (peganganku)"
(Sila rujuk Imam An-Nawawi dalam kitabnya "Al-Majmuk", m/s 63 / 2).

" Setiap Hadith dari Nabi Salallahulaihiwasalam itulah sebenarnya pendapat aku cuma sahaja mungkin kamu tidak mendengarkannya dari aku."
(Sila rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya " Adabul Syafi'ie" m/s 93).

"Barangsiapa yang bertaqlid pada mengharamkan sesuatu atau menghalalkan sesuatu dan jelas taqlidnya itu berlawanan dengan hadith dan kerana taqlidnya itu menyebabkan dia dilarang atau menyekatnya dari beramal dengan sunnah maka sesungguhnya dia telah mengambil orang yang ditaqlidnya itu sebagai tuhan selain dari Allah swt ."


" Dan sesungguhnya hadith nabi itu lebih utama, dan janganlah bertaqlid padaku”

(Sila rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya " Adabul Syafi'ie" m/s 93).

Dengarilah pesanan Imam Syafie dengan menuruti Al-Qur’an dan sunnah dan mengambil pertunjuk salaf soleh yang alim dan faham akan islam dnegan kefahaman yang sahih dan menjauhi taqlid buta dan ikutan jahil tanpa hujah dan dalil kerana itulah pesana para ulama dan perintah Islam kepada kita semua.


" Apakah kamu mengatakan sesuatu perihal Allah tanpa ilmu ?" (Surah Al-Baqarah : 80).

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

Thursday, August 18, 2005

Kasyful Syubhat : Menolak Kesenian Islam dan Penulisan Sastera Islam Yang Semakin Bercambah dan Menyemak

Dewasa ini kita sudah semakin lari dari landasan Islam dan syariat yang sebenar yang diturunkan oleh Allah swt dan apa yang di bawa oleh baginda rasulullah salallahualaihiwasalam.

Rata-rata masyarakat Malaysia semakin hari semakin kacau oleh kerosakan dan semakin silau oleh pancaran duniawi sehingga sudah tidak mengerti lagi mana jalan yang benar dan mana yang salah.

Bermula dari yang kecil di dalam buaian kini sudah terdedah kepada kerosakan apabila si ibu dan bapa menyuapkan sarapan pemikiran yang silap dan salah tentang kehidupan dan agama sehinggalah yang di sekolah di kolej atau kepada remaja lepak atau sehingga kepada mereka yang sudah tua dan mereka yang bergelar ustaz dan ustazah tidak terkecuali dari kekeliruan pemikiran dan kesilap fahaman tentang Islam dan syariatnya.

Dalam hadith baginda rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antaranya ialah perkara musytabihat (syubhat-syubhat) yang tidaklah diketahui oleh ramai orang” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 19).

Permasalahan sastera dan kesenian di antaranya termasuk perkara syubhat yang tidak diketahui hukumnya oleh ramai orang lantaran kecetekkan ilmu dan kefahamannya dari kitab dan sunnah rasulullah.

Sesungguhnya syariat Islam itu syumul dan padanya segala-gala panduan dalam kehidupan. Bercakap dan memberi komen kepada sastera Islam dan kesenian Islam maka saya akan mengungkapkan bahawa kehadiran karya-karya seni yang dinisbahkan kepada Islam hari ini sebagai karut dan mengarut.

" Dan apakah lagi selepas Haq (kebenaran) melainkan kesesatan…" (Surah Yunus : 32).

Penulisan pandangan seorang ustaz pada kali ini akan menjawab dan membantah penisbahan penulisan karya-karya yang semakin tersebar di khalayak dan dipuji sebagai sastera Islam. Sebenarnya baru-baru ini saya banyak menemui golongan remaja dan muda yang berkecimpung dalam dunia sastera dan mereka begitu asyik dengan khayalan dan kegilaan yang tidak berkesudahan.

Kelahiran penulis muda dari kalangan golongan agama dikagumi dan dipuji sebagai sasterawan Islam sedangkan hakikat adalah sebaliknya. Maafkan saya, sebagai seorang ustaz saya tidak berhak mengkritik penulisan mereka kerana sastera bukan bidang saya dan tidaklah bermaksud saya mengkritik mereka dalam bidang sastera bermakna saya lebih baik dari mereka sebaliknya sebagai seorang muslim maka saya ialah saudara mereka dan kritikan saya bermaksud membantu sesama saudara seIslam agar bersama-sama ke jalan yang benar.

Juga sebenarnya dalam bidang sastera realiti kita memang tidak punyai hak mutlak dalam bercakap soal karya orang lain atau soal persembahan , genre dan cara penampilan serta corak aliran penulisan seseorang kerana setiap manusia itu bebas dalam menghasilkan dan melahirkan karya yang dia ingini, itulah konsep yang dipegang oleh golongan sasterawan zaman Renaissance dulu yang kata mereka “ As the wind couldn’t be stopped from moving and the mind can’t be stopped from thinking and also the hand shouldn’t be stopped from writing”.

Namun apabila seseorang Muslim itu melakukan sesuatu maka ceritanya sudah lain pula kerana biarpun sehebat mana kesusasterawanannya maka dia tetap tertakluk kepada kekekuasaan tuhannya yang menciptakan akal sehingga mampu baginya berkarya dan menulis dan mengecapi nikmat kepopularan dan kehidupan.

Hendaknya saya menulis ialah untuk menerangkan bahawa yang menjadi permasalahan soal kesasteraan Islam ini ialah apabila ianya mencemari Islam dan disalah ertikan oleh golongan awam yang jahil lantaran perbuatan seleweng ini dilakukan oleh para ustaz dan ustazah dan mereka yang belajar Islam.

Pertama,

Kewujudan novel-novel hasil karya tulisan para penulis muda dan mereka yang bergelar ustaz hari ini sering dianggap sebagai sastera Islam sedangkan ianya tidaklah benar.

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

Kewujudan istilah kesenian Islam, sastera Islam tidak ubah seperti kita dan ramai pihak yang lain yang menolak konsep Islam hadhari. Seolah dalam Islam itu masih wujud satu bidang atau konsep yang tersembunyi dan baru hari ini ditimbulkan apabila muncul karya seperti “cinta Islam” dan lain-lain.

Sebenarnya jika kesenian Islam itu diterima sebagai salah satu bidang dalam keilmuan Islam seperti feqah, usul feqah, sirah dan lain-lain yang merupakan hasil ijtihad dan cari gali para ulamak dari sumber al-qur’an dan sunnah maka seharusnya juga sastera Islam menjadi satu keilmuan yang ditimbulkan hasil dari cali gali para ustaz dan ustazah dari sumber asas Syariah iaitu Al-Qur;an dan sunnah.

Namun malangnya jika kita lihat konsep penulisan para ustaz-ustaz dan ustazah muda ini kita akan mendapati penulisan mereka berkisar soal cinta Islam , kisah hidup ustaz dan ustazah, kecomelan ustazah, kegenitkan ustazah dan kenakalan ustaz Azhar dan ustaz Jordan, ustaz Yaman dalam bercinta dan bergurau, kisah perjuangan dakwah yang jauh dari konsep sunnah dan kisah hidup yang lari dari kehendak Islam yang sebenar.

“Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat keji dan seburuk-buruk jalan” (Al-Isra : 32).

Kegilaan sastera Islam ini semakin merebak pesat di Al-Azhar sehingga dalam apa sahaja majalah dan buletin penulisan pihak persatuan mereka akan dimuatkan dengan cerpan Islam atau novel Islam iaitu ? Kisah cinta ustaz dan ustazah !!!

Apakah sastera Islam itu bermaksud ustazah dan ustaz menjadi objek cinta ??? Memperlihatkan bagaimana cinta sepatutnya dengan menjadikan objek ustaz dan ustazah sebagai model, kisah ustazah tersenyum kemalu-maluan melihat ustaz berceramah, kisah ustaz meminang ustazah, kisah ustazah menghantar email rahsia dan bersajak dan bersyair kepada ustaz maka inikah sastera Islam ??

Permasalahan mengelarkan pemuda-pemuda dan ustaz yang menulis cerpen, sajak, syair, novel yang memuatkan sedikit kata-kata agama, sedikit sedutan cerita sejarah Islam, sedikit fakta tentang Islam bukanlah bermakna ianya sudah diiktiraf sebagai sastera Islam.

Juga tidak bermakna apabila watak-watak dan objek cerita berkisar hidup seorang ustaz dan ustazah maka ianya menjadi sastera Islam kerana apa ada pada ustaz ? apa ada pada ustazah ? Ustaz yang hensem dan kacak, pandai berceramah, belajar di Al-Azhar, di Jordan, di Yaman kemudian tidak fasal-fasal ditulis ke barat pula sambung Master belajar dengan orinetalis atau cari sijil dunia lalu mengajar maka itu dianggap perjuangan dan dakwah ?

“ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 269).

Apa ada pada ustaz dan ustazah ? apakah dengan menceritakan masalah dalam persatuan pelajar agama di timur tengah baik persatuan pelajar melayu di Jordan, di Al-Azhar, di Yaman, lalu mengisahkan kehidupan mereka hidup berpersatuan berceramah, berdakwah (dakwah apalah agaknya) bagaimana akhirnya mereka menyelesaikan masalah mereka dan kemudian mengakhiri novel dengan ustaz dan ustazah yang menjadi hero dan heroin itu bercinta kemudian bersatu dalam cinta dengan ikatan pernikahan ??? atau putus cinta lalu kecewa berserah pada Allah kemudian mengembara membawa hati luka ???

Allahuakbbar, Allahuakkbar

Bermula contoh dan teladan dari beberapa orang ustaz muda yang bergiat dalam bidang sastera dengan kemahiran dan kefahaman sasteranya belum pun melepasi matang maka kita melihat akibat yang besar di bawa dan dibentuk oleh mereka. Betapa ramai sekarang ustaz dan ustazah menjadi gila novel dan cerita ? Sangat ramai wanita dan remaja perempuan mengendong novel dan cerpen disebalik buku-buku agama dan kitab sunnah.

Tidak ada ustazah yang menyelesaikan pengajian kitab Riyadus Solihin karya Imam Nawawi ra dengan berserta syarahnya di waktu lapang sebaliknya si ustazah menyelesaikan membaca novel “Cinta Islam” dan lain-lain (saya tidak ingat sangat apa nama novel sekadar membaca tanpa minat lalu tak terhadam oleh ingatan ).

Kita melihat fenomena ustaz dan ustazah yang semakin “jiwang” dan suka berawang-awangan berangan kisah mimpi cerita-cerita ilusi dan perjuangan yang tidak realiti langsung tidak bertapak di muka bumi. Saya tidaklah menyalahkan para penulis muda dan ustaz-ustaz seperti itu dalam menulis kerana itu mungkin sudah gaya mereka cari makan atau minat mereka dalam penulisan iaitu suka menulis kisah cinta para ustaz dan ustazah dan kisah cinta romantis yang berkisar dalam kehidupan pengalaman mereka belajar di Jordan, Syiria dan Mesir atau yaman dan lain-lain.

Benarlah memang begitu pun para ustaz-ustazah kita orang Malaysia di sana, bukan seperti orang Indonesia yang belajar dan gigih menuntut ilmu. Sebaliknya sebagaimana yang digambarkan oleh novel-novel yang memaparkan kisah hidup pelajar Malaysia timur tengah itu banyak yang benar iaitu mereka tidak belajar sangat, hanya ikut kelas bagi yang memang ke kelas dan bagi yang tidak ada kelas mereka sibukkan diri dalam bisnes, dalam persatuan, dalam cinta atau kegilaan lain.

Mereka habisi masa dengan bermesyuarat bagi yang berpersatuan, adakan ukhuwah yang tidak benar lelaki perempuan, ustaz dan ustazah, berkenalan dari jemaah dan persatuan lalu bercinta…begitulah mereka. Kegiatan politik juga ada disibukkan dengan fikrah yang tidak berguna dan ditambah pula oleh kegiatan berjalan-jalan ke sana-sini sambil urusan tidak penting.

Begitulah pelajar agama Malaysia di timur tengah, setelah 4 tahun mereka pun pulang bergelar ustaz dan ustazah, rasa diri sudah berilmu lalu mula mengajar agama dan ialah 4 tahun ditolak cuti dan masa bercinta, masa berpersatuan mana sangat ilmunya. Saya menginsafi diri sendiri dan bukanlah kata-kata ini mencela sebaliknya mengajak kita memuhasabah diri sendiri kerana diri saya juga seorang ustaz dan pelajar agama.

Bukan saya tidak minat sastera bahkan saya juga punyai bakat dan gaya penulisan serta bijak menyusun kata-kata. Tetapi bila berfikir sebagai ustaz tanggung-jawab utama saya ialah bidang agama maka sastera saya jadikan sebagai kenangan lama.

Sebagai ustaz saya memikirkan bahawa dari saya menghasilkan kisah cinta tidak berguna sehingga mengalakkan zina mata, hati dan jiwa lebih elok saya menghasilkan karya agama, syarah hadith atau buku fiqih yang menjawab soal-soal agama. Daripada saya menghasilkan karya tidak berguna, sajak-sajak pengkhayal minda lebih bermakna saya menghasilkan kisah-kisah sirah nabi dan sahabat baginda yang banyak berjasa pada agama lalu paparkan istifadah pengajaran agar berguna buat semua.

Kedua,

Penolakan penisbahan sastera Islam kepada buku-buku novel yang tidak bermakna dan khayalan minda perlu dibuat sebagai memelihara kata nama Islam dan gelar islam pada kalimah sastera.

Sastera itu satu bidang ilmu dalam bidang kesenian manusia yang hidupnya penuh makna dan nilai-nilai semula jadi yang wajar dihargai. Oleh yang demikian Islam mengiktiraf sastera sebagai bidang ilmu namun apabila menisbahkan sastera itu sebagai “Sastera Islam” maka perlu beberapa syarat :

a) Wajarlah sastera itu atau kesenian itu mesti dilandasi dan dihasili dari cari gali bersumber kitab dan sunnah.

Kepentingan syarat ini supaya memang benar maksud dan matlamat sastera dan karya atau kesenian yang digubah dan dicipta itu selari dan wajar seperti yang sesuai dengan Al-Qur’an dan sunnah.

" Dan taatlah kamu kepada Allah dan kepada rasul jika kamu benar-benar beriman " (Surah Al-Anfaal : 1).

" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).

Tidak hanya mensyaratkan mesti tidak berlanggar dengan syariat sebaliknya semestinya karya itu disumberkan dari syariat Islam iaitu al-qur’an dan sunnah.

Sabda baginda “ Al-Quran itu hujah bagi kamu dan hujah ke atas kamu.” (Hadith Sahih, riwayat Muslim no.223 ).

Perkataan Islam itu ialah kalimah suci dan mulia yang padanya di ambil iktibar dan pengajaran serta panduan maka mana mungkin di ambil karya manusia lalu diletakkan dengan nama agama serta mendakwa maka inilah hasil agama ?

Seorang penulis matang dan mahir apabila berdepan dengan syarat ini akan mengerti bahawa tidak lagi menjadi fikirannya, atau khayalannya atau kegilaannya itu yang mencorak arah seni dan sastera atau karyanya sebaliknya agama dan maksud syariat yang menjadi pokok utama.

Seorang penulis lama dan matang akan mengerti bahawa menulis persoalan karya agama dan sastera Islam bererti sumbernya harus dikutip dari sumber Islam iaitu Al-Kitab dan sunnah.

Tema sesuatu karya itu pun harus bertepatan dengan kalimah mulia iaitu Islam dan terkandung dalam sumbernya. Sebagai contoh buat penulis muda, misalan ingin memilih tema percintaan dan ternyata dalam Al-Qur’an dan sunnah wujud kalimah cinta dan sayang maka diperbolehkan diguna tema sedemikian.


“ Dan tidaklah kami tertinggal dalam Al-Quran itu akan sesuatu (melainkan telah kami terangkannya) dan kepada tuhanlah mereka akan dihimpunkan .” (Surah Al-An'am : 38).

Lalu isinya maka dipetik dari kalimah Allah dan kisah Al-Qur’an, serta dinukil dari riwayat sirah atau sunnah yang bersanad sahih atau sekurangnya dhaif jika hanya untuk cerita, maka akhirnya dengan akal dan kebijaksanaan diolahlah, ukirlah, canailah sehingga segala bahan dan sumber menjadi satu turutan dan satu kisah yang berpermulaan dan berpengakhiran sebagai kisah yang berpengajaran sambil di tambah dengan peringatan dan teladan buat manusia zaman berzaman sesuai waktu dan keadaan.

Terciptalah sastera penulisan Islam, terhasil karya keaslian Islam yang bersumber hanya Al-Qur;an dan sunnah dan akal sebagai penafsir dan penggubah ukir pencantik penyusun gaya penyampaian dan dipersembahkan sebagai pengajaran.

Bukankah al-qur’an dan sunnah itu sudah lengkap untuk semua keadaan dan kisah kehidupan ? Pengambaran sebuah kisah kehidupan sudah pun lengkap terisi di dalam Al-Qur’an dan di tambah serta di jelaskan pula oleh sunnah mulia. Segala tema kehidupan, kesasteraan wujud dalam Al-Qur’an dan sunnah maka akhirnya akan terbentuk sastera apabila dan diacu oleh tangan yang mempunyai kuasa minda atau bakat kebijaksanaan seorang sasterawan.

Seandainya penulisan itu tidak disumberkan dari Al-Qur’an dan sunnah maka tidaklah dinamakan ianya sebagai karya Islam atau hasil dari kesenian Islam. Apakah komunis tiada nilai mulia ? Apakah sosialai, kaitalis atau agama seperti kristian, budha, yahudi tiada nilai harmonis dan mulia ?

Jika hanya sekadar mengatakan syaratnya ialah konsep nilai mulia dan karya itu membawa kebaikan dan nilai bahagia harmonis dan keamanan maka bukanlah lagi mencapai kedudukan sastera atau karya Islam.

Jika sekadar sedikit petikan ayat Al-Qur’an, sekadar sedikit kata-kata hikmah dan hadith yang dimuat untuk menjadi penambah rasa penyedap cerita cinta ustaz dan ustazah maka tetap tidak dapat menginjakkan kaki karya itu ke kedudukan mulia untuk digelar sebagai sastera Islam.

" Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah ucapan Allah dan sebaik-baik ajaran adalah ajaran Rasulullah. Dan sesungguhnya sejelek-jelek perkara adalah sesuatu yang diada-adakan (dalam agama), kerana sesungguhnya sesuatu yang baru diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah kesesatan." (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 867).


b) Mestilah yang menulis dan orang yang menghasilkan karya atau kesenian itu seorang yang benar agamanya pada ilmu dan amalan moga selamat karyanya itu dari penyelewengan dan kesesatan yang membawa bahaya kepada mereka yang beriman.

Penulisan dan penghasilan karya Islam itu haruslah dilakukan oleh seseorang yang tekun dan diiktiraf ilmunya sebagai seorang berkelayakan oleh para ulama’ atau sekurangnya memiliki pengetahuan yang mendalam dalam syariat Islam.

Penulis itu haruslah benar aqidahnya supaya dirinya tidak menjadikan karyanya itu sebagai agen penyebar kesesatan. Sesungguhnya penghasilan karya itu jika dibuat tanpa kefahaman yang jelas dan benar akan menyebabkan seringkali berlaku penyelewengan dalam agama sehingga isi karya dan penulisannya selalu melanggar syariat.

“ Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa darjat dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Surah Al-Mujadalah :11).

Menurut riwayat Abdullah Ibn Mas'ud ra pernah menyebut bahawa “Manusia akan selalu dalam keadaan baik selama mahu mengambil ilmu dari para pembesar(ulama') mereka dan jika mereka mengambil dari As-shaghir dan buruk, mereka pasti hancur.”

"Sesungguhnya yang takut pada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah para Ulama” (Surah Al-Fathir : 28).

Mereka yang dimaksud sebagai As-shaghir adalah ahli bid’ah seperti yang diriwayatkan Ibnul Abdil Bar, bahawa Abdullah bin Mubarak ditanya, “Siapakah Ashaghir itu ?”. Ia menjawab,”Orang yang berbicara dengan ra’yu (akal/menafsir sendiri tanpa merujuk dalil). Adapun orang yang mengambil ilmu dari pembesar (Ulama') bukan termasuk Ashaghir.” (Lihat Ibn Abd Bar' dalam Jami’ Bayan al Ilmi, m/s 246).

Tidaklah menjadi syarat untuk menulis karya sastera Islam itu harus seorang ulama’ namun jika yang menulis itu ialah ulama’ maka lebih afdhal. Sebaliknya cukup jika disyaratkan seseorang penulis itu benar aqidah, pemahamannya terhadap Islam diketahui benar dan sahih berdasar pegangan para salaf soleh dengan terbukti bersih sahsiahnya dari bid’ah dan keburukan.

c) Perlulah penulisan itu mencapai matlamat dan membawa manfaat dan memberi hasil kepada manusia dan memberi kebaikan dan tidak hanya sebagai sesuatu yang membuang masa dan tidak memberi faedah.

Dimaksudkan tidak sia-sia dan memberi manfaat ialah Islam tidak menerima sesuatu yang hanya membuang masa dan melalaikan kerana dalam Islam menganggap masa dan kehidupan ini sesuatu yang berharga dan singkat demi persediaan d hari akhirat.

Dunia merupakan medan ujian dan medan mengumpulkan amalan untuk dihisab di hari akhirat. Oleh itu sebarang perbuatan tidak bermanfaat adalah ditegah dan dilarang oleh Islam disebut dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra bahawa baginda bersabda : “Sebaik perkara dalam Islam ialah meninggalkan apa yang tidak berkaitan denganya (tidak penting)” (hadith hasan riwayat tirmidzi).
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah.Barangsiapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (al-Munaafiqun: 9).
Kelalaian dengan menyibukkan diri dalam sesuatu yang perlu seperti lalai mengingati Allah kerana sibuk mengurus anak dan harta itu pun ditegah oleh agama apatah lagi menyibukkan diri dalam sesuatu yang tidak penting serta tidak membawa manfaat kepada Islam sebaliknya hanya untuk berkahayalan dan berimaginasi yang tidak membawa manfaat maka lebih-lebih lagi ditegah oleh Islam. Oleh yang demikian hendaklah karya dan hasil penulisan sastera Islam itu sesuatu yang membawa kebaikan dan kemanfaatan yang berguna sehingga boleh diambil pengajaran oleh Umat Islam yang lain.
“Sesungguhnya dalam kisah-kisah mereka itu (umat terdahulu) terdapat pengajaran bagi golongan yang berakal dan bukanlah Al-Qur’an ini perkhabaran yang direka sebaliknya membenarkan kitab-kitab yang terdahulu dan menerangkan segala sesuatu serta pertunjuk dan rahmat bagi mereka yang beriman” (Ar-Radd : 111).


Sekiranya syarat-syarat di atas itu dipenuhi maka dengan ini kita secara lapang dan senang mampu mengiktiraf sesuatu karya itu sebagai karya Islam dan sebagai satu kesenian Islam yang wajar dianugerahi dan dikagumi oleh umat Islam. Malahan kita tentu sahaja dapat menisbahkan penulisnya sebagai sasterawan Islam dan sebagai penulis muda Islam.

Dalam riwayat Abu Dzar berkata : Rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda : “Tidaklah tertinggal sesuatu yang dapat mendekatkan ke Syurga dan menjauhkan dari Neraka kecuali telah diterangkan pada kalian.” Juga disebut oleh Abu Zar ra akan katanya “ Rasulullah meninggalkan kami dalam keadaan tidak ada seekor burung pun yang mengepak-ngepakkan kedua sayapnya di udara kecuali beliau menyebutkan ilmunya pada kami.” (Hadith Sahih riwayat Thabrani dalam Mu’jamul Kabir, lihat As Sahihah oleh Syeikh Albani ra 416 Jilid 4 dan hadith ini memiliki pendukung dari riwayat lain).

Jika dalam sejarah Islam kita melihat beberapa ramai tokoh matang digelar sebagai Imam dalam agama seperti Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik ra, Imam Syafie ra dan Imam Ahmad ra dan lain-lain serta kita juga melihat para ulamak Islam dalam pelbagai bidang mendapat gelaran dan penghormatan yang berhak seperti gelaran al-hafidz dalam bidang hadith (Al-hafidz Ibn Hajar ra, Al-hafidz Ibn katsir ra ) juga gelaran syeikhul Islam kepada mereka yang berjasa kepada umat Islam seperti Syeikhul Islam Ibn taymiyyah ra, Syeikhul Islam Al-Ghazalie dan lain-lain maka tidak ada salahnya jika dalam bidang sastera kita mengelar sasterawan Islam kepada mereka yang benar-benar layak menyandang penghormatan tersebut apabila mereka memang berhak demikian.

“ Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwalah kamu kepada Allah, dan dengar serta patuhlah kepada pemimpin walaupun dia diangkat dari hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpeganglah kamu pada Sunnah aku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin yang diberi pertunjuk selepas aku . Peganglah ia (sunnah) sesungguh-sungguhnya sehingga kalau pun kamu terpaksa mengigitnya dengan gigi geraham kamu. Dan berhati-hatilah kamu dengan perkara baru !!! Sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama) ialah bid’ah !!! dan setiap bid’ah itu sesat !!! (Hadith Sahih , riwayat Tirmidzi (no.2676) , Abu Daud (no. 4607) dan Ahmad (no.12561).


Sesungguhnya segala pandangan ini merupakan pandangan seorang pelajar dan pengajar agama sebagai membela agama dan bukanlah bermakna saya mencela atau memburukkan segala yang baik itu ialah dari Allah dan segala yang buruk itu dari kelemahan kita semua sebagai manusia.


“ Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya aku kembali” (Surah Hud :88).


Segala puji hanyalah bagi Allah.

p/s :

Bukan apabila kita mencela bermakna menghina
Sebaliknya kita menegur kerana kita seagama
Celaan kita celaan manusia
Wajar ada sebagai hamba
Tidak sempurna iman kita
Selagi tidak mengasihi saudara seagama

Wednesday, August 17, 2005

Teori Evolusi Menurut Islam

Menjawab persoalan Teori Evolusi , saya bukanlah orang yang sesuai kerana ianya memerlukan kemahiran dalam sains dan saya tidak begitu membuat kajian dalam bidang sains dan sudah lama meninggalkan bidang ini sejak sekian lama. Namun saya mencadangkan pihak yang ingin maklumat berkenaan ini supaya merujuk laman
http://www.evolutiondeceit.com/malaysian/ karya saudara Adnan Okhtar atau dikenali dengan nama harun yahya.
Ada Apa dengan Teori Evolusi?

Sebagian orang yang pernah mendengar "teori evolusi" atau "Darwinisme" mungkin beranggapan bahwa konsep-konsep tersebut hanya berkaitan dengan bidang studi biologi dan tidak berpengaruh sedikit pun terhadap kehidupan sehari-hari. Anggapan ini sangat keliru sebab teori ini ternyata lebih dari sekadar konsep biologi. Teori evolusi telah menjadi pondasi sebuah filsafat yang menyesatkan sebagian besar manusia.

Filsafat tersebut adalah "materialisme", yang mengandung sejumlah pemikiran penuh kepalsuan tentang mengapa dan bagaimana manusia muncul di muka bumi. Materialisme mengajarkan bahwa tidak ada sesuatu pun selain materi dan materi adalah esensi dari segala sesuatu, baik yang hidup maupun tak hidup. Berawal dari pemikiran ini, materialisme mengingkari keberadaan Sang Maha Pencipta, yaitu Allah. Dengan mereduksi segala sesuatu ke tingkat materi, teori ini mengubah manusia menjadi makhluk yang hanya berorientasi kepada materi dan berpaling dari nilai-nilai moral. Ini adalah awal dari bencana besar yang akan menimpa hidup manusia.

Kerusakan ajaran materialisme tidak hanya terbatas pada tingkat individu. Ajaran ini juga mengarah untuk meruntuhkan nilai-nilai dasar suatu negara dan masyarakat dan menciptakan sebuah masyarakat tanpa jiwa dan rasa sensitif, yang hanya memperhatikan aspek materi. Anggota masyarakat yang demikian tidak akan pernah memiliki idealisme seperti patriotisme, cinta bangsa, keadilan, loyalitas, kejujuran, pengorbanan, kehormatan atau moral yang baik, sehingga tatanan sosial yang dibangunnya pasti akan hancur dalam waktu singkat. Karena itulah, materialisme menjadi salah satu ancaman paling berat terhadap nilai-nilai yang mendasari tatanan politik dan sosial suatu bangsa.

Satu lagi kejahatan materialisme adalah dukungannya terhadap ideologi-ideologi anarkis dan bersifat memecah belah, yang mengancam kelangsungan kehidupan negara dan bangsa. Komunisme, ajaran terdepan di antara ideologi-ideologi ini, merupakan konsekuensi politis alami dari filsafat materialisme. Karena komunisme berusaha menghancurkan tatanan sakral seperti keluarga dan negara, ia menjadi ideologi fundamental bagi segala bentuk gerakan separatis yang menolak struktur kesatuan suatu negara.

Teori evolusi menjadi semacam landasan ilmiah bagi materialisme, dasar pijakan ideologi komunisme. Dengan merujuk teori evolusi, komunisme berusaha membenarkan diri dan menampilkan ideologinya sebagai sesuatu yang logis dan benar. Karena itulah Karl Marx, pencetus komunisme, menuliskan The Origin of Species, buku Darwin yang mendasari teori evolusi dengan "Inilah buku yang berisi landasan sejarah alam bagi pandangan kami"1

Namun faktanya, temuan-temuan baru ilmu pengetahuan modern telah membuat teori evolusi, dogma abad ke-19 yang menjadi dasar pijakan segala bentuk ajaran kaum materialis, menjadi tidak berlaku lagi, sehingga ajaran ini - utamanya pandangan Karl Marx - benar-benar telah ambruk. Ilmu pengetahuan telah menolak dan akan tetap menolak hipotesis materialis yang tidak mengakui eksis-tensi apa pun kecuali materi. Dan ilmu pengetahuan menunjukkan bahwa segala yang ada merupakan hasil ciptaan sesuatu yang lebih tinggi.

Tujuan penulisan buku ini adalah memaparkan fakta-fakta ilmiah yang membantah teori evolusi dalam seluruh bidang ilmu, dan mengungkapkan kepada masyarakat luas tujuan sesungguhnya dari apa yang disebut "ilmu pengetahuan" ini, yang ternyata tidak lebih dari sebuah penipuan.
Perlu diketahui bahwa evolusionis tidak memiliki bantahan terhadap buku yang sedang Anda baca ini. Mereka bahkan tidak akan berusaha membantah karena sadar bahwa tindakan seperti itu hanya akan membuat setiap orang semakin paham bahwa teori evolusi hanyalah sebuah kebohongan.

1. Cliff, Conner, "Evolution vs. Creationism: In Defense of Scientific Thinking", International Socialist Review (monatliche Zeitschriftenbeilage zu The Militant), November 1980

Sejarah Singkat Teori Evolusi

Akar pemikiran evolusionis muncul sezaman dengan keyakinan dogmatis yang berusaha keras mengingkari penciptaan. Mayoritas filsuf penganut pagan di zaman Yunani kuno mempertahankan gagasan evolusi. Jika kita mengamati sejarah filsafat, kita akan melihat bahwa gagasan evolusi telah menopang banyak filsafat pagan.

Akan tetapi bukan filsafat pagan kuno ini yang telah berperan penting dalam kelahiran dan perkembangan ilmu pengetahuan modern, melainkan keimanan kepada Tuhan. Pada umumnya mereka yang memelopori ilmu pengetahuan modern mempercayai keberadaan-Nya. Seraya mempelajari ilmu pengetahuan, mereka berusaha menyingkap rahasia jagat raya yang telah diciptakan Tuhan dan mengungkap hukum-hukum dan detail-detail dalam ciptaan-Nya. Ahli Astronomi seperti Leonardo da Vinci, Copernicus, Keppler dan Galileo; bapak paleontologi, Cuvier; perintis botani dan zoologi, Linnaeus; dan Isaac Newton, yang dijuluki sebagai "ilmuwan terbesar yang pernah ada", semua mempelajari ilmu pengetahuan dengan tidak hanya meyakini keberadaan Tuhan, tetapi juga bahwa keseluruhan alam semesta adalah hasil ciptaan-Nya 1 Albert Einstein, yang dianggap sebagai orang paling jenius di zaman kita, adalah seorang ilmuwan yang mempercayai Tuhan dan menyatakan, "Saya tidak bisa membayangkan ada ilmuwan sejati tanpa keimanan mendalam seperti itu. Ibaratnya: ilmu pengetahuan tanpa agama akan pincang." 2

Salah seorang pendiri fisika modern, dokter asal Jerman, Max Planck mengatakan bahwa setiap orang, yang mempelajari ilmu pengetahuan dengan sungguh-sungguh, akan membaca pada gerbang istana ilmu pengetahuan sebuah kata: "Berimanlah". Keimanan adalah atribut penting seorang ilmuwan.3

Teori evolusi merupakan buah filsafat materialistis yang muncul bersamaan dengan kebangkitan filsafat-filsafat materialistis kuno dan kemudian menyebar luas di abad ke-19. Seperti telah disebutkan sebelumnya, paham materialisme berusaha menjelaskan alam semata melalui faktor-faktor materi. Karena menolak penciptaan, pandangan ini menyatakan bahwa segala sesuatu, hidup ataupun tak hidup, muncul tidak melalui penciptaan tetapi dari sebuah peristiwa kebetulan yang kemudian mencapai kondisi teratur. Akan tetapi, akal manusia sedemikian terstruktur sehingga mampu memahami keberadaan sebuah kehendak yang mengatur di mana pun ia menemukan keteraturan. Filsafat materialistis, yang bertentangan dengan karakteristik paling mendasar akal manusia ini, memunculkan "teori evolusi" di pertengahan abad ke-19.

Khayalan Darwin

Orang yang mengemukakan teori evolusi sebagaimana yang dipertahankan dewasa ini, adalah seorang naturalis amatir dari Inggris, Charles Robert Darwin.

Darwin tidak pernah mengenyam pendidikan formal di bidang biologi. Ia hanya memiliki ketertarikan amatir pada alam dan makhluk hidup. Minat tersebut mendorongnya bergabung secara sukarela dalam ekspedisi pelayaran dengan sebuah kapal bernama H.M.S. Beagle, yang berangkat dari Inggris tahun 1832 dan mengarungi berbagai belahan dunia selama lima tahun. Darwin muda sangat takjub melihat beragam spesies makhluk hidup, terutama jenis-jenis burung finch tertentu di kepulauan Galapagos. Ia mengira bahwa variasi pada paruh burung-burung tersebut disebabkan oleh adaptasi mereka terhadap habitat. Dengan pemikiran ini, ia menduga bahwa asal usul kehidupan dan spesies berdasar pada konsep "adaptasi terhadap lingkungan". Menurut Darwin, aneka spesies makhluk hidup tidak diciptakan secara terpisah oleh Tuhan, tetapi berasal dari nenek mo-yang yang sama dan menjadi berbeda satu sama lain akibat kondisi alam.

Hipotesis Darwin tidak berdasarkan penemuan atau penelitian ilmiah apa pun; tetapi kemudian ia menjadikannya sebuah teori monumental berkat dukungan dan dorongan para ahli biologi materialis terkenal pada masanya. Gagasannya menyatakan bahwa individu-individu yang beradaptasi pada habitat mereka dengan cara terbaik, akan menurunkan sifat-sifat mereka kepada generasi berikutnya. Sifat-sifat yang menguntungkan ini lama-kelamaan terakumulasi dan mengubah suatu individu menjadi spesies yang sama sekali berbeda dengan nenek moyangnya. (Asal usul "sifat-sifat yang menguntungkan" ini belum diketahui pada waktu itu.) Menurut Darwin, manusia adalah hasil paling maju dari mekanisme ini.

Charles Darwin

Darwin menamakan proses ini "evolusi melalui seleksi alam". Ia mengira telah menemukan "asal usul spesies": suatu spesies berasal dari spesies lain. Ia mempublikasikan pandangannya ini dalam bukunya yang berjudul The Origin of Species, By Means of Natural Selection pada tahun 1859.

Darwin sadar bahwa teorinya menghadapi banyak masalah. Ia mengakui ini dalam bukunya pada bab "Difficulties of the Theory". Kesulitan-kesulitan ini terutama pada catatan fosil dan organ-organ rumit makhluk hidup (misalnya mata) yang tidak mungkin dijelaskan dengan konsep kebetulan, dan naluri makhluk hidup. Darwin berharap kesulitan-kesulitan ini akan teratasi oleh penemuan-penemuan baru; tetapi bagaimanapun ia tetap mengajukan sejumlah penjelasan yang sangat tidak memadai untuk sebagian kesulitan tersebut. Seorang ahli fisika Amerika, Lipson, mengomentari "kesulitan-kesulitan" Darwin tersebut:

Ketika membaca The Origin of Species, saya mendapati bahwa Darwin sendiri tidak seyakin yang sering dikatakan orang tentangnya; bab "Difficulties of the Theory" misalnya, menunjukkan keragu-raguannya yang cukup besar. Sebagai seorang fisikawan, saya secara khusus merasa terganggu oleh komentarnya mengenai bagaimana mata terbentuk.4

Saat menyusun teorinya, Darwin terkesan oleh para ahli biologi evolusionis sebelumnya, terutama seorang ahli biologi Perancis, Lamarck.5 Menurut Lamarck, makhluk hidup mewariskan ciri-ciri yang mereka dapatkan selama hidupnya dari satu generasi ke generasi berikutnya, sehingga terjadilah evolusi. Sebagai contoh, jerapah berevolusi dari binatang yang menyerupai antelop. Perubahan itu terjadi dengan memanjangkan leher mereka sedikit demi sedikit dari generasi ke generasi ketika berusaha menjangkau dahan yang lebih tinggi untuk memperoleh makanan. Darwin menggunakan hipotesis Lamarck tentang "pewarisan sifat-sifat yang diperoleh" sebagai faktor yang menyebabkan makhluk hidup berevolusi.

FOKUS: Rasisme Darwin

Salah satu aspek diri Darwin yang terpenting namun tidak banyak diketahui adalah pandangan rasisnya: Darwin menganggap orang-orang kulit putih Eropa lebih "maju" dibandingkan ras-ras manusia lainnya. Selain beranggapan bahwa manusia adalah makhluk mirip kera yang telah berevolusi, Darwin juga ber-pendapat bahwa beberapa ras manusia berkembang lebih maju dibandingkan ras-ras lain, dan ras-ras terbelakang ini masih memiliki sifat kera. Dalam bukunya The Descent of Man yang diterbitkannya setelah The Origin of Species, dengan berani ia berkomentar tentang "perbedaan-perbedaan besar antara manusia dari beragam ras".1 Dalam bukunya tersebut, Darwin berpendapat bahwa orang-orang kulit hitam dan orang Aborigin Australia sama dengan gorila, dan berkesimpulan bahwa mereka lambat laun akan "disingkirkan" oleh "ras-ras beradab".
Ia berkata:

Di masa mendatang, tidak sampai berabad-abad lagi, ras-ras manusia beradab hampir dipastikan akan memusnahkan dan menggantikan ras-ras biadab di seluruh dunia. Pada saat yang sama, kera-kera antropomorfus (menyerupai manusia)... tak diragukan lagi akan musnah. Selanjutnya jarak antara manusia dengan padanan terdekatnya akan lebih lebar, karena jarak ini akan memisahkan manusia dalam keadaan yang lebih beradab - kita dapat berharap bahkan lebih dari Kaukasian - dengan jenis-jenis kera serendah babun, tidak seperti sekarang yang hanya memisahkan negro atau penduduk asli Australia dengan gorila.2

Pendapat-pendapat Darwin yang tidak masuk akal ini tidak hanya dijadikan teori, tetapi juga diposisikan sebagai "dasar ilmiah" paling penting bagi rasisme. Dengan asumsi bahwa makhluk hidup berevolusi ketika berjuang mempertahankan hidup, Darwinisme bahkan dimasukkan ke dalam ilmu-ilmu sosial, dan dijadikan sebuah konsep yang kemudian dinamakan "Darwinisme Sosial".

Darwinisme Sosial berpendapat bahwa ras-ras manusia berada pada tingkatan berbeda-beda pada "tangga evolusi", dan ras-ras Eropa adalah yang paling "maju" di antara semua ras, sedangkan ras-ras lain masih memiliki ciri-ciri "kera".

1 Benjamin Farrington, What Darwin Really Said, London, Sphere Books, 1971, S. 54 ff.2 Charles Darwin, The Descent of Man, 2. Aufl., New York, A.L. Burt Co., 1874, S. 178

Namun Darwin dan Lamarck telah keliru, sebab pada masa mereka, kehidupan hanya dapat dipelajari dengan teknologi yang sangat primitif dan pada tahap yang sangat tidak memadai. Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti genetika dan biokimia belum ada sekalipun hanya nama. Karenanya, teori mereka harus bergantung sepenuhnya pada kekuatan imajinasi.

Di saat gema buku Darwin tengah berkumandang, seorang ahli botani Austria bernama Gregor Mendel menemukan hukum penurunan sifat pada tahun 1865. Meskipun tidak banyak dikenal orang hingga akhir abad ke-19, penemuan Mendel mendapat perhatian besar di awal tahun 1900-an. Inilah awal kelahiran ilmu genetika. Beberapa waktu kemudian, struktur gen dan kromosom ditemukan. Pada tahun 1950-an, penemuan struktur molekul DNA yang berisi informasi genetis menghempaskan teori evolusi ke dalam krisis. Alasannya adalah kerumitan luar biasa dari kehidupan dan ketidakabsahan mekanisme evolusi yang diajukan Darwin.

Perkembangan ini seharusnya membuat teori Darwin terbuang dalam keranjang sampah sejarah. Namun ini tidak terjadi, karena ada kelompok-kelompok tertentu yang bersikeras merevisi, memperbarui dan mengangkat kembali teori ini pada kedudukan ilmiah. Kita dapat memahami maksud upaya-upaya tersebut hanya jika menyadari bahwa di belakang teori ini terdapat tujuan ideologis, bukan sekadar kepentingan ilmiah.
Usaha Putus Asa Neo-Darwinisme

Teori Darwin jatuh terpuruk dalam krisis karena hukum-hukum genetika yang ditemukan pada perempat pertama abad ke-20. Meskipun demikian, sekelompok ilmuwan yang bertekad bulat tetap setia kepada Darwin berusaha mencari jalan keluar. Mereka berkumpul dalam sebuah pertemuan yang diadakan oleh Geological Society of America pada tahun 1941. Ahli genetika seperti G. Ledyard Stebbins dan Theodosius Dobzhansky, ahli zoologi seperti Ernst Mayr dan Julian Huxley, ahli paleontologi seperti George Gaylord Simpson dan Glenn L. Jepsen, dan ahli genetika matematis seperti Ronald Fisher dan Sewall Right, setelah pembicaraan panjang akhirnya menyetujui cara-cara untuk "menambal sulam" Darwinisme.

Kader-kader ini berfokus kepada pertanyaan tentang asal usul variasi menguntungkan yang diasumsikan menjadi penyebab makhluk hidup berevolusi -sebuah masalah yang tidak mampu dijelaskan oleh Darwin sendiri dan dielakkan dengan bergantung pada teori Lamarck. Gagasan mereka kali ini adalah "mutasi acak" (random mutations). Mereka menamakan teori baru ini "Teori Evolusi Sintetis Modern" (The Modern Synthetic Evolution Theory), yang dirumuskan dengan menambahkan konsep mutasi pada teori seleksi alam Darwin. Dalam waktu singkat, teori ini dikenal sebagai "neo-Darwinisme" dan mereka yang mengemukakannya disebut "neo-Darwinis".

Beberapa dekade berikutnya menjadi era perjuangan berat untuk membuktikan kebenaran neo-Darwinisme. Telah diketahui bahwa mutasi - atau "kecelakaan" - yang terjadi pada gen-gen makhluk hidup selalu membahayakan. Neo-Darwinis berupaya memberikan contoh "mutasi yang menguntungkan" dengan melakukan ribuan eksperimen mutasi. Akan tetapi semua upaya mereka berakhir dengan kegagalan total.

Mereka juga berupaya membuktikan bahwa makhluk hidup pertama muncul secara kebetulan di bawah kondisi-kondisi bumi primitif, seperti yang diasumsikan teori tersebut. Akan tetapi eksperimen-eksperimen ini pun menemui kegagalan. Setiap eksperimen yang bertujuan membuktikan bahwa kehidupan dapat dimunculkan secara kebetulan telah gagal. Perhitungan probabilitas membuktikan bahwa tidak ada satu pun protein, yang merupakan molekul penyusun kehidupan, dapat muncul secara kebetulan. Begitu pula sel, yang menurut anggapan evolusionis muncul secara kebetulan pada kondisi bumi primitif dan tidak terkendali, tidak dapat disintesis oleh laboratorium-laboratorium abad ke-20 yang tercanggih sekalipun.

Teori neo-Darwinis telah ditumbangkan pula oleh catatan fosil. Tidak pernah ditemukan di belahan dunia mana pun "bentuk-bentuk transisi" yang diasumsikan teori neo-Darwinis sebagai bukti evolusi bertahap pada makhluk hidup dari spesies primitif ke spesies lebih maju. Begitu pula perbandingan anatomi menunjukkan bahwa spesies yang diduga telah berevolusi dari spesies lain ternyata memiliki ciri-ciri anatomi yang sangat berbeda, sehingga mereka tidak mungkin menjadi nenek moyang dan keturunannya.

Neo-Darwinisme memang tidak pernah menjadi teori ilmiah, tapi merupakan sebuah dogma ideologis kalau tidak bisa disebut sebagai semacam "agama". Oleh karena itu, pendukung teori evolusi masih saja mempertahankannya meskipun bukti-bukti berbicara lain. Tetapi ada satu hal yang mereka sendiri tidak sependapat, yaitu model evolusi mana yang "benar" dari sekian banyak model yang diajukan. Salah satu hal terpenting dari model-model tersebut adalah sebuah skenario fantastis yang disebut "punctuated equilibrium".
Coba-Coba: Punctuated Equilibrium

Sebagian besar ilmuwan yang mempercayai evolusi menerima teori neo-Darwinis bahwa evolusi terjadi secara perlahan dan bertahap. Pada beberapa dekade terakhir ini, telah dikemukakan sebuah model lain yang dinamakan "punctuated equilibrium". Model ini menolak gagasan Darwin tentang evolusi yang terjadi secara kumulatif dan sedikit demi sedikit. Sebaliknya, model ini menyatakan evolusi terjadi dalam "loncatan" besar yang diskontinu.
Sthephen Jay Gould

Pembela fanatik pendapat ini pertama kali muncul pada awal tahun 1970-an. Awalnya, dua orang ahli paleontologi Amerika, Niles Eldredge dan Stephen Jay Gould, sangat sadar bahwa pernyataan neo-Darwinis telah diruntuhkan secara absolut oleh catatan fosil. Fosil-fosil telah membuktikan bahwa makhluk hidup tidak berasal dari evolusi bertahap, tetapi muncul tiba-tiba dan sudah terbentuk sepenuhnya. Hingga sekarang neo-Darwinis senantiasa berharap bahwa bentuk peralihan yang hilang suatu hari akan ditemukan. Eldredge dan Gould menyadari bahwa harapan ini tidak berdasar, namun di sisi lain mereka tetap tidak mampu meninggalkan dogma evolusi. Karena itulah akhirnya mereka mengemukakan sebuah model baru yang disebut punctuated equilibrium tadi. Inilah model yang menyatakan bahwa evolusi tidak terjadi sebagai hasil dari variasi minor, namun dalam per-ubahan besar dan tiba-tiba.

Model ini hanya sebuah khayalan. Sebagai contoh, O.H. Shindewolf, seorang ahli paleontologi dari Eropa yang merintis jalan bagi Eldredge dan Gould, menyatakan bahwa burung pertama muncul dari sebutir telur reptil, sebagai "mutasi besar-besaran" (gross mutation), yakni akibat "kecelakaan" besar yang terjadi pada struktur gen.6 Menurut teori tersebut, seekor binatang darat dapat menjadi paus raksasa setelah mengalami perubahan menyeluruh secara tiba-tiba. Pernyataan yang sama sekali bertentangan dengan hukum-hukum genetika, biofisika dan biokimia ini, sama ilmiahnya dengan dongeng katak yang menjadi pangeran! Dalam ketidakberdayaan karena pandangan neo-Darwinis terpuruk dalam krisis, sejumlah ahli paleontologi pro-evolusi mempercayai teori ini, teori baru yang bahkan lebih ganjil daripada neo-Darwinisme itu sendiri.

Satu-satunya tujuan model ini adalah memberikan penjelasan untuk mengisi celah dalam catatan fosil yang tidak dapat dijelaskan model neo-Darwinis. Namun, usaha menjelaskan kekosongan fosil dalam evolusi burung dengan pernyataan bahwa "seekor burung muncul tiba-tiba dari sebutir telur reptil" sama sekali tidak rasional. Sebagaimana diakui oleh evolusionis sendiri, evolusi dari satu spesies ke spesies lain membutuhkan perubahan besar informasi genetis yang menguntungkan.
Akan tetapi, tidak ada mutasi yang memperbaiki informasi genetis atau menambahkan informasi baru padanya. Mutasi hanya merusak informasi genetis. Dengan demikian, "mutasi besar-besaran" yang digambarkan oleh model punctuated equilibrium hanya akan menyebabkan pengurangan atau perusakan "besar-besaran" pada informasi genetis.

Lebih jauh lagi, model punctuated equilibrium runtuh sejak pertama kali muncul karena ketidakmampuannya menjawab pertanyaan tentang asal usul kehidupan; pertanyaan serupa yang menggugurkan model neo-Darwinis sejak awal. Karena tidak satu protein pun yang muncul secara kebetulan, perdebatan mengenai apakah organisme yang terdiri dari milyaran protein mengalami proses evolusi secara "tiba-tiba" atau "bertahap" tidak masuk akal.
Kajian-Kajian mendalam tentang sel hanya munkin setelah panamuan mikroskop elektron. Pada masa Darwin, dengan mikroskop primitif seperti ini, hanya mungkin untuk mengamati permukanluar sebuah sel.

FOKUS : Ilmu Pengetahuan Primitif di Masa Darwin

Ketika Darwin mengajukan asumsinya, disiplin-disiplin ilmu genetika, mikrobiologi, dan biokimia belum ada. Seandainya ilmu-ilmu ini ditemukan sebelum Darwin mengajukan teorinya, ia akan dengan mudah menyadari bahwa teorinya benar-benar tidak ilmiah dan tidak akan berupaya mengemukakan pernyataan-pernyataan tanpa arti. Informasi yang menentukan spesies terdapat dalam gen dan tidak mungkin seleksi alam memproduksi spesies baru melalui perubahan gen.

Begitu pula, dunia ilmu pengetahuan pada saat itu hanya memiliki pemahaman yang dangkal dan kasar tentang struktur dan fungsi sel. Jika Darwin memiliki kesempatan mengamati sel dengan menggunakan mikroskop elektron, dia mungkin akan menyaksikan kerumitan dan struktur yang luar biasa dalam bagian-bagian kecil sel.
Dia akan menyaksikan dengan mata kepala sen-diri bahwa tidak mungkin sistem yang demikian rumit dan kompleks terjadi melalui variasi minor. Jika ia mengenal biomatematika, maka dia akan menyadari bahwa jangankan keseluruhan sel, bahkan sebuah molekul protein saja, tidak mungkin muncul secara kebetulan.

Kendati demikian, neo-Darwinisme masih menjadi model yang terlintas dalam pikiran ketika "evolusi" menjadi pokok perbincangan dewasa ini. Dalam bab-bab selanjutnya, kita akan melihat dua mekanisme rekaan model neo-Darwinis, kemudian memeriksa catatan fosil untuk menguji model ini. Setelah itu, kita akan membahas pertanyaan tentang asal usul kehidupan yang menggugurkan model neo-Darwinis dan semua model evolusionis lain seperti "evolusi dengan lompatan" (evolution by leaps).

Dewasa ini, puluhan ribu ilmuwan di seluruh dunia, terutama di AS dan Eropa, menolak teori evolusi dan telah menerbitkan banyak buku tentang ketidakbenaran teori tersebut. Di samping ini beberapa contohnya.

Sebelumnya, ada baiknya meng-ingatkan pembaca bahwa fakta yang akan kita hadapi di setiap tahap adalah bahwa skenario evolusi merupakan sebuah dongeng belaka, kebohongan besar yang sama sekali bertentangan dengan dunia nyata. Ini adalah sebuah skenario yang telah digunakan untuk membohongi dunia selama 140 tahun. Berkat penemuan-penemuan ilmiah terakhir, usaha kontinu mempertahankan teori tersebut akhirnya menjadi mustahil.

1. Dan Graves, Science of Faith: Forty-Eight Biographies of Historic Scientists and Their Christian Faith, Grand Rapids, MI, Kregel Resources 2. Science, Philosophy, And Religion: A Symposium, 1941, Kap.13 3. J. De Vries, Essential of Physical Science, Wm. B. Eerdmans Pub. Co., Grand Rapids, SD 1958, hlm. 154. H. S. Lipson, "A Physicist's View of Darwin's Theory", Evolution Trends in Plants, Bd. 2, Nr. 1, 1988, S. 6 5. Kendati Darwin menyatakan teorinya sama sekali terlepas dari teori Lamarck, ia sedikit demi sedikit mulai bersandar pada klaim Lamarck,hususnya edisi ke-6 yang merupakan edisi terakhir The Origin of Species dipenuhi contoh-contoh dari buku Lamarck "inheritance of acquired traits" (Pewarisan Sifat-Sifat yang Diperoleh). Lihat Benjamin Farrington, What Darwin Really Said, New York: Schocken Books, 1996, hlm. 64.6. Steven M. Stanley, Macroevolution: Pattern and Process, San Francisco: W.H. Freeman and Co. 1979, hlm. 35, 159
PENIPUAN EVOLUSI

Tidak terdapat sebarang bukti kukuh untuk menyokong imej "manusia-beruk" yang terus didoktrinkan oleh pihak media dan golongan akademik evolusionis. Dengan berus yang masih di tangan, para evolusionis ini menghasilkan makhluk khayalan mereka, tetapi kenyataan bahawa lukisan-lukisan mereka ini langsung tidak menepati fosil-fosil yang ditemui, telah memberikan masalah yang besar kepada mereka. Antara cara yang digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan "mencipta" fosil-fosil yang sebenarnya tidak pernah ditemui. Piltdown Man, skandal terbesar di dalam sejarah sains, merupakan di antara contoh metode tersebut.
Piltdown Man: Sekeping Rahang Orang Utan dan Sebiji Tengkorak Manusia
Kisah Sebuah Penipuan

Fosil-fosil tersebut telah digali oleh Charles Dawson dan telah diberikan kepada Sir Arthur Smith Woodward.

Serpihan-serpihan telah dipasang semula untuk membentuk tengkorak terkena.
Serpihan Tengkorak Manusia

Rahang Orang Utan

Berdasarkan kepada pemasangan semula tengkorak tersebut, beberapa lukisan dan ukiran telah dihasilkan, sejumlah artikel dan dokumentari telah ditulis. Tengkorak asal telah dipamerkan di Muzium British.

Setelah 40 tahun selepas penemuannya, fosil Piltdown Man telah dibuktikan sebagai satu penipuan oleh sekumpulan penyelidik.

Seorang doktor yang amat dikenali yang juga seorang ahli paleontologi (ilmu kaji manusia), Charles Dawson telah mendakwa menemui sekeping tulang rahang dan serpihan tengkorak manusia di dalam sebuah lombong di Piltdown, England dalam tahun 1912. Walau pun, rahang tersebut menyerupai beruk tetapi gigi dan tengkoraknya lebih mirip kepada manusia. Ia kemudian telah dikenali sebagai "Piltdown Man". Ia didakwa berusia 500 ribu tahun dan telah dipamerkan di beberapa buah muzium sebagai bukti evolusi manusia yang jelas. Selama 40 tahun, ramai saintis telah menulis berbagai artikel berkenaan Piltdown Man ini. Berbagaitafsiran dan lakaran lukisan telah dihasilkan, dan fosil ini kemudian telah dikemukakan sebagai sebuah bukti penting terhadap evolusi manusia. Tidak kurang daripada 500 tesis kedoktoran telah ditulis di bawah tajuk ini.55Seorang ahli paleontologi Amerika, Henry Fairfield Osborn, ketika melawat Muzium British dalam tahun 1935, telah berkata, "... kita perlu diperingatkan berulang-ulang kali bahawa Alam Semula jadi ini dipenuhi dengan berbagai paradok dan ini merupakan sebuah penemuan yang memeranjatkan tentang manusia terawal ..."56

Pada tahun 1949, Kenneth Oakley, daripada Jabatan Paleontologi Muzium British telah melakukan "ujian florin", satu ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti usia sesebuah fosil lama. Suatu ujian telah dijalankanke atas fosil Piltdown Man ini. Hasilnya amat memeranjatkan! Ketika ujian, didapati tulang rahang tersebut tidak mengandungi sebarang florin. Ini menunjukkan bahawa ia telah ditanam beberapa tahun sahaja di dalam tanah. Sementara, tengkorak tersebut pula hanya mengandung sedikit florin, menunjukkan bahawa ia hanya berusia beberapa ribu tahun sahaja.

Kajian seterusnya yang dijalankan dengan menggunakan kaedah ujian florin yang sama telah mendapati bahawa tengkorak tersebut hanya berusia beberapa ribu tahun sahaja. Ia juga telah menunjukkan bahawa gigi-gigi yang terdapat pada rahang tersebut adalah kepunyaan seekor orang utan yang telah dipasangkan (pada rahang tersebut) dan segala peralatan primitif yang ditemui adalah bahan tiruan yang telah dipalsukan dengan peralatan-peralatan besi.57 Di dalam ujian lebih terperinci yang telah disempurnakan oleh Weiner, penipuan ini telah didedahkan kepada umum pada tahun 1953.
Tengkorak tersebut adalah kepunyaan manusia berusia 500 ribu tahun dan tulang rahang tersebut pula adalah kepunyaan seekor orang utan moden yang telah mati !. Gigi-giginya pula telah diaturkan di dalam satu susunan dan dimasukkan ke dalam rahang, dan ia juga telah ditokok tambah untuk menjadikannya lebih mirip kepada manusia. Kemudian semua serpihan ini telah disalut dengan "potassium dichromate" * untuk menjadikannya kelihatan usang. Lapisan yang disalut ini mulai hilang apabila ia direndam ke dalam asid. Le Gros Clark, antara individu yang terlibat di dalam kumpulan yang membongkar penipuan ini tidak dapat menyembunyikan rasa terperanjatnyadan berkata, "Bukti kepalsuan ini amat jelas kelihatan. Ianya amat ketara sehinggakan mereka tertanya-tanya – bagaimana mereka tidak dapat mengesannya sebelum ini?".58 Setelah menyedari keadaan ini, Piltdown Man telah dipindahkan dengan segera daripada Muzium British setelah dipamerkan selama 40 tahun.

* Potassium Dichromate – sejenis bahan kimia tidak berwarna seperti kristal, digunakan di dalam perusahaan mancis dan bahan letupan. (KC103)

Nebraska Man: Sebatang Gigi Babi

Di dalam tahun 1922, Henry Fairfield Osborn, pengurus American Museum of Natural History, mendakwa telah menemui sebatang fosil gigi geraham di barat Nebraska berhampiran Snake Brook, kepunyaan Zaman Pliocene. Gigi tersebut mempunyai kriteria-kriteria yang mirip kepada manusia dan beruk. Perbalahan di antara saintis mula berlaku apabila sebahagian daripada mereka mendakwa ianya adalah daripada Pithecanthropus erectus. Sementara yang lain pula mendakwa ianya adalah lebih mirip kepada manusia. Fosil yang telah menimbulkan perbalahan ini telah dinamakan sebagai "Nebraska Man". Ia juga telah dinamakan dengan "istilah saintifik", Hesperopithecus haroldcooki.

Gambar ini telah dilukis berdasarkan kepada sebatang gigi dan ia telah diterbitkan di dalam majalah Illustrated London News pada 24 Julai 1922. Bagaimana pun, para evolusionis merasa amat kecewa apabila ia telah dikenal pasti bukan kepunyaan beruk atau manusia, tetapi sebenarnya ia dalah kepunyaan satu spesies babi yang telah pupus.

Banyak pihak telah memberikan sokongan mereka kepada Osborn. Dengan hanya berdasarkan kepada sebatang gigi ini, pembinaan semula kepala dan badan Nebraska Man telah dilakarkan semula. Malah Nebraska Man telah digambarkan bersama dengan isteri dan anak-anaknya seperti sebuah keluarga, dengan berlatarbelakangkan alam semula jadi.

Semua senario ini telah dihasilkan dengan hanya berdasarkan kepada sebatang gigi. Para evolusionis amat mengiktiraf "manusia hantu" ini. Sehinggakan apabila seorang penyelidik, William Bryan membantah keputusan mereka yang tidak adil dengan hanya berpandukan kepada sebatang gigi, maka beliau telah dikritik dengan hebatnya.

Pada 1927, bahagian-bahagian lain tengkorak telah ditemui. Berdasarkan kepada serpihan-serpihan baru ini, didapati gigi tersebut bukan kepunyaan seorang manusia atau seekor beruk. Sebaliknya, ia adalah kepunyaan sejenis babi liar di Amerika yang telah pupus, dikenali sebagai prostennops. William Bryan telah menulis sebuah artikel di dalam majalah Science bertajuk "Hesperopithecus: Apparently not an ape nor a man".59 Setelah itu, semua lukisan-lukisan Hesperopithecus haroldcooki telah dibuang daripada bacaan-bacaan evolusi.

OTA BENGA: Orang Asli Afrika Yang Dimasukkan Ke Dalam Sangkar

Setelah Darwin melanjutkan dakwaan beliau di dalam buku bertajuk "The Descent of Man", bahawa manusia terbentuk daripada beruk, dia mula mencari fosil-fosil untuk menyokong dakwaannya. Bagaimana pun, evolusionis percaya makhluk separuh manusia-beruk tidak hanya dapat ditemui di dalam bentuk fosil, tetapi ia juga hidup di kawasan-kawasan tertentu dunia. Pada awal kurun ke-20, penemuan "rangkaian peralihan hidup" telah menyebabkan berlakunya sebuah tragedi yang tidak diduga. Tragedi paling kejam melibatkan seorang kerdil yang digelar Ota Benga.

OTA BENGA: Pigmi di dalam zoo

Ota Benga telah ditangkap pada tahun 1904 oleh seorang penyelidikdi Congo. Nama yang diberikan kepadanya bermaksud "kawan". Dia mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Setelah dikurung dan dirantai seperti binatang, dia telah dibawa ke Amerika Syarikat dan evolusionis telah mempamerkannya di khalayak ramai di Pesta Dunia St. Louis bersama dengan spesies-spesies beruk yang lain. Ia diperkenalkan sebagai "rangkaian peralihan paling hampir dengan manusia". Dua tahun kemudian, mereka membawanya ke Zoo Bronx di New York dan mereka mempamerkannya di bawah sektor "Peninggalan Nenek Moyang Manusia", bersama dengan beberapa ekor cimpanzi, seekor gorila bernama Dilah dan seekor orang utan bernama Dohung. Dr. William T. Hornaday, pengarah zoo berkenaan telah memberikan ucapan yang panjang lebar betapa beliau merasa amat bangga kerana menempatkan "formasi peralihan" ganjil ini di zoonya. Dia telah melayan Ota Benga seolah-olah ia adalah benar-benar seekor haiwan. Kerana tidak tahan menerima layanan buruk ini, Ota Benga telah membunuh diri.60

Piltdown Man, Nebraska Man, Ota Benga... semua skandal-skandal ini menunjukkan bahawa saintis evolusionis tidak akan teragak-agak untukmenggunakan apa sahaja cara yang tidak saintifik untuk membuktikan teori mereka. Tanamkan fakta ini di dalam fikiran apabila melihat bukti-bukti yang didakwa sebagai legenda evolusi manusia, kerana kita berhadapan dengan situasi yang sama. Terdapat berbagai cerita khayalan dan sekumpulan sukarelawan yang bersedia untuk melakukan apa sahaja bagi mengesahkan cerita ini.

55 Malcolm Muggeridge, The End of Christendom, Grand Rapids, Eerdmans, 1980, p. 59. 56 Stephen Jay Gould, "Smith Woodward's Folly", New Scientist, February 5, 1979, p. 44. 57 Kenneth Oakley, William Le Gros Clark & J. S, "Piltdown", Meydan Larousse, Vol 10, p. 133. 58 Stephen Jay Gould, "Smith Woodward's Folly", New Scientist, April 5, 1979, p. 44. 59 W. K. Gregory, "Hesperopithecus Apparently Not An Ape Nor A Man", Science, Vol 66, December 1927, p. 579. 60 Philips Verner Bradford, Harvey Blume, Ota Benga: The Pygmy in The Zoo, New York: Delta Books, 1992.

Monday, August 15, 2005

Permasalahan Mengenai Muzik dan Hukum Mendengar Muzik serta Nyanyian

Membincangkan mengenai hukum muzik dan nyanyian ianya akan memenatkan kita kerana persoalan ini ialah ibarat satu persoalan fitrah yang berlawanan dengan hukum.

Permasalahan muzik dan nyanyian ini termasuk perkara syubhat yang tidak diketahui akan hukum sebenarnya secara jelas lantaran ianya secara fitrah berlaku dan terjadi dengan meluas dan secara hukum tidak menyebut keharaman dan larangan secara terang.

Dalam hadith baginda rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antaranya ialah perkara musytabihat (syubhat-syubhat) yang tidaklah diketahui oleh ramai orang” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 19).

Fitrah manusia memerlukan hiburan dan muzik serta nyanyian menjadi salah satu hiburan semulajadi yang disukai fitrah manusia. Siapa yang tidak senang dengan muzik dan nyanyian.

Apakah itu muzik dan nyanyian ? Sebenarnya kedua perkara ini tidak sama, rasanya biarlah pakar seni dan muzik menjelaskan kepada kita apakah itu muzik dan apakah pula itu nyanyian.

Cukup saya simpulkan muzik ialah seni bunyi, dan nyanyian ialah seni suara iaitu secara mudah, muzik ialah bunyi-bunyian yang menghiburkan dan terhasil dari alatan atau dari satu komponan yang diatur menghasilkan irama yang merdu.

Dalam bahasa arab, muzik disebut sebagai al-ma'azif iaitu ialah jamak dari mi’zaf. Dalam Al Muhieth halaman 753, kata ini diertikan sebagai al malahi (alat-alat muzik dan permainan-permainan), contohnya al ‘ud (sejenis kecapi), ath thanbur (gitar atau rebab). Sedangkan dalam An Nihayah diartikan dengan duf-duf.

Dikatakan pula al ‘azif artinya al mughanni (penyanyi) dan al la’ibu biha (yang memainkannya). (Tahrim ‘alath Tharb, Syaikh Al Albani halaman 79)

Ibnul Qayyim dalam Mawaridul Aman halaman 330 menyatakan bahwa al ma’azif adalah seluruh alat musik atau permainan. Dan ini tidak diperselisihkan lagi oleh ahli-ahli bahasa.
Imam Adz Dzahabi dalam As Siyar 21/158 dan At Tadzkirah 2/1337 memperjelas definisi ini dengan mengatakan bahwa al ma’azif mencakup seluruh alat musik maupun permainan yang digunakan untuk mengiringi sebuah lagu atau syair. Contohnya : Seruling, rebab, simpal, terompet, dan lain-lain. (Lihat Tahrim ‘alath Tharb oleh Syaikh Al Albani halaman 79).

Nyanyian pula ialah dari seni suara manusia yang keluar dari mulut dengan mempunyai pengertian dan kata-kata baik sajak, syair atau lagu yang membawa mesej tertentu disamping dipersembahkan dengan mengawal irama suara dan nada tinggi rendah supaya menghasilkan tidak hanya lagu itu dinyanyikan untuk menyampaikan maksudnya sebaliknya juga turut mengutamakan kesedapan dan kemerduan penyampaian sesuatu lagu itu.

Dalam bahasa arab, nyanyian itu disebut sebagai "al- ghina"

Imam Ahmad Al Qurthubi menyatakan dalam Kasyful Qina’ halaman 47 : “Al ghina’ secara bahasa adalah meninggikan suara ketika bersyair atau yang semisal dengannya (seperti rajaz secara khusus).Di dalam Al Qamus (halaman 1187), al ghina’ dikatakan sebagai suara yang diperindah.”

Imam Ahmad Al Qurthubi melanjutkan bahwa sebagian dari imam-imam kita ada yang menceritakan tentang nyanyian orang Arab berupa suara yang teratur tinggi rendah atau panjang pendeknya, seperti al hida’, yaitu nyanyian pengiring unta dan dinamakan juga dengan an nashab (lebih halus dari al hida’). (Lihat Kasyful Qina’ oleh Imam Ahmad Al Qurthubi 47 dan Al Qamus halaman 127)

Bentuk-Bentuk Dan Jenis Al Ghina’ (nyanyian)

Dengan definisi yang telah disebutkan ini, para ulama membagi al ghina’ menjadi dua kelompok :
Nyanyian yang pertama, seperti yang sering kita temukan dalam berbagai aktiviti manusia sehari-hari, dalam perjalanan, pekerjaan dan sebagainya. Sebagian di antara mereka ada yang menghibur dirinya dengan bernyanyi untuk menambah gairah dan semangat (kerajinan), menghilangkan kejenuhan, dan rasa sepi.
Contoh yang pertama ini di antaranya al hida’, lagu yang dinyanyikan oleh sebagian kaum wanita untuk menenangkan tangisan dan rengekkan anak kecil mereka atau nyanyian gadis-gadis kecil dalam sendau gurau dan permainan mereka, wallahu a’lam. (Kaffur Ri’a’ halaman 59-60, Kasyful Qina’ halaman 47-49)

Imam Ahmad Al Qurthubi dalam Kasyful Qina’ halaman 48 yang menyebutkan bahawa yang seperti ini termasuk nasihat yang berguna dan besar ganjarannya.
Demikian pula yang dikatakan Imam Al Mawardi bahwa syair-syair yang diungkapkan oleh orang-orang Arab lebih disukai apabila syair itu mampu menumbuhkan rasa waspada terhadap tipuan atau rayuan dunia, cinta kepada akhirat, dan mendorong kepada akhlak yang mulia. Kesimpulannya, syair seperti ini boleh jika selamat atau bebas dari kekejian dan kebohongan. (Kaffur Ri’a’ halaman 50)

Nyanyian di kalangan orang Arab waktu itu seperti al hida’, an nashbur, dan sebagainya yang biasa mereka lakukan tidak mengandungi sesuatu yang mendorong keluar dari batas-batas yang telah ditentukan. (Lihat Muntaqa Nafis min Talbis Iblis oleh Syaikh Ali Hasan halaman 290)

Secara kesimpulan, baik muzik yang merupakan bunyi-bunyian yang terhasil dari alatan ciptaan manusia seperti gitar, kecapi, serunai, seruling atau lain-lain atau pun bunyi yang terhasil dari semulajadi tetapi disusun oleh manusia seperti bunyi air yang mengalir di sunyai tetapi di atur batu-batu dan pengaliran air dalam lubang-lubang kayu supaya menghasilkan bunyian merdu atau di susun lubang-lubang pokok di tengah padang bagi menghasilkan bunyian merdu apabila di tiup angin semuanya merupakan satu kesedapan dan fitrah manusia menyukai hal ini.

Begitulah juga nyanyian manusia , ianya jika diteliti sama sahaja seperti seseorang wanita yang sangat cintakan suaminya lalu berkata :" Oh kekanda, datanglah peluk dinda…" sudah pasti nada suara wanita itu manja dan dihasilkan kalimah katanya itu dengan penuh perasaan dan penumpuan dan suaranya itu jika dirakam pasti sedap dan indah.

Begitu juga penyanyi, mereka sudah bijak menghasilkan lagu yang mempunyai makna-makna indah dan kemudian menyanyikan bagi menghiburkan. Seperti ibu yang menyanyikan anaknya, seperti bapa yang mengendong anak kecilnya lalu mengiburkannya dengan bacaan nasyid, qasidah atau zikir dengan nada merdu dan nyaring maka demikianlah nyanyian.

Nyanyian hukumnya tidak haram secara mutlak, dan secara segi hukum baik nyanyian, muzik tidaklah haram namun akibat dari beberapa keadaan maka jadilah muzik atau nyanyian itu haram.

Terlebih dulu membincangkan soal hati dan fitrah manusia,

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahwa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini. Dan sebaliknya apabila ia rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (HR. Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Dalam hadith di atas, kita berdepan dengan masalah hati dalam menentukan kedudukan muzik dan nyanyian.

Ini kerana, seperti yang dibaca oleh saudara sekalian tulisan saya di atas, muzik atau nyanyian merupakan fitrah manusia yang terlahir dari kehidupan.

Saya sendiri sebagai ustaz, pernah terkadang nyanyian kecil dalam hati saya walau tidak sampai terkeluar ke mulut dan saya yakin tiada sesiapa pun tidak pernah menyanyi walau para ulamak termasuk Imam Masjidil Haram misalnya sewaktu beliau masih kecil dan bermain-main bersama rakan mana mungkin tidak pernah menyanyi ??

Bermula dari ibu menyanyikan anak dengan zikir-zikir seperti : lailahaillallah x 20 ketika menghayunkan buaian anaknya…bukankah sang ibu itu melantunkan zikir itu dengan nada enak merdu supaya anaknya tidur ?

Termasuk perbuatan ibu itu dalam kategori nyanyian secara umum jadi kesimpulannya hukum muzik itu atau nyanyian bergantung kepada keadaan dan syarat tertentu yang membuatkan ianya haram atau halal dan ini akan kita bincangkan.

Demikianlah ketika di bilik air, ramai manusia menyanyi ketika mandi sama ada menyebut " la,la, la, la, la, la, " atau seorang yang kesedihan , atau seorang yang sedang bercinta sekalipun dirinya tidak menyanyi maka dirinya tetap akan tersentuh dengan lagu dan nyanyian dari orang lain terutamanya apabila nyanyian dan muzik (bunyian) itu sangat menyedihkan dan sayu sehingga mampu membuatkan seseorang itu menangis.

Contohnya, sebuah lagu dalam bahasa English yang saya sudah lupa penyanyinya, iaitu berbunyi :

" Please tell me the word to say
The road to take
To find the way back to your heart …


Sesiapa yang pernah terpisah dengan kekasihnya kemudian berhasrat untuk kembali kepada kekasihnya itu apabila terdengar lagu ini secara tidak sengaja pasti tertarik merasakan lagu ini menangisi dan mengicahkan hidupnya.

Bukankah lagu dan muzik itu menandakan fitrah manusia dan dekatnya dengan hati manusia ?

Begitu juga seseorang yang sangat mencintai kekasihnya maka dirinya pasti akan tersentuh dengan lagu dari Richard Max :

" Wherever you go, what ever you do , I will be right here waiting for you….!! Treng…treng..teng…teng…lupalah lama dah tak dengar lagu…


Kembali kepada persoalan apakah hukum muzik dan lagu

Maka setelah difahami bahawa lagu dan muzik merupakan fitrah maka dengan ini wajarlah kita memegang kepada suatu kaedah usul fiqh iaitu : Asal hokum sesuatu itu ialah harus (lihat Qawaid fiqhiyah m/s 179 oleh Dr Abd Karim Zaidan).

Juga Firman Allah swt :

"Belum tahukah kamu, bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Dia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmat-Nya yang terlihat mahupun yang tidak kelihatan." (Luqman: 20).

Islam telah pun sempurna dan syariat Islam yang di bawa oleh rasulullah telah pun selesai menentukan segala persoalan hukum tanpa perlu-perlu di tambah oleh sesiapa pun walau oleh para ulamak. Dalam hal ini Allah swt berfirman :

"Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia." (an-Nahl: 116)

Menghalalkan apa yang diharamkan dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah merupakan suatu dosa besar yang hampir menyamai syirik oleh yang demikian maka dalam penentuan hukum para ustaz dan para ulamak diperlukan memiliki kebolehan dan pemikiran yang luas dalam menentukan keputusan supaya tidak melampaui batas tanpa ilmu.

Sabda baginda rasulullah : “Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Qur’an) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).

Jadi dalam persoalan muzik dan nyanyian tiada sesiapa yang dapat menentukan hukumnya baik halal atau haram secara membuta tuli melainkan dengan telah menilai secara ilmiah hujah dan dalil di samping memerhatikan beberapa perkara yang menentukan kehalalan dan keharaman.

Kaedah Penghukuman Muzik dan Nyanyian

Setelah meneliti pelbagai hujah maka kita akan mendapati hukum muzik itu dan nyanyian tergantung di atas beberapa neraca pertimbangan iaitu :

- Niat dan tujuan sesuatu Muzik atau Nyanyian dibuat
- Kesan sesuatu muzik atau nyanyian itu kepada pendengarnya
- Isi Kandungan lagu atau nyanyian tersebut
- Cara perlakuan & pelaksanaan muzik atau nyanyian itu
- Keadaan waktu muzik atau nyanyian itu dilakukan

Perkara di atas menjadi sebab dan punca halal atau haramnya muzik dan nyanyian berdasarkan kajian para ulamak dan hasil telitian menurut hujah dan dalil yang diperbahaskan sekian lama oleh fuqaha Islam.

Tidaklah haram lagu " Hijau" nyanyian Zainal Abidin hanya kerana peminat yang mendengarkan lagunya semuanya perempuan yang tidak menutup aurat di stadium atau kerana mereka berbogel sekalipun maka tidaklah haram lagu atau nyanyian Zainal Abidin itu sebaliknya biarpun Kumpulan Raihan yang bernasyid yang sekalipun yang mendengarnya ialah para mufti, para fuqaha dan wali-wali maka ianya tetap akan menjadi haram apabila wujudnya cacat disebabkan oleh salah satu dari 4 perkara yang disebutkan oleh keadah di atas.

1) Niat dan Tujuan sesuatu muzik dan nyanyian itu dibuat

Sesuatu matlamat atau tujuan itu menjadi pokok dan urusan penting serta penentuan penerimaan atau penolakannya. Muzik atau nyanyian tidak terkecuali dari perlu diteliti menurut tujuan dan matlamat dilakukannya.

Di sebut dalam hadith baginda salallahualaihiwasalam yang diriwayatkan dari Umar ibn Khatab ra :

انما الاعمال بالنيات وانما لكل امريء ما نوى
Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan bagi amalnya (balasan pada amalnya) dengan apa yang diniatkan” (Hadith Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari no. 41 & Muslim no.158).

Sesuatu perbuatan itu tidaklah sia-sia dilakukan melainkan pasti wujud tujuan dan matlamat. Dalam soal muzik dan nyanyian maka ianya terbahagi kepada dua keadaan :

a) Tanpa mempunyai tujuan dan niat
b) Mempunyai tujuan dan niat

Muzik atau nyanyian yang dilakukan tanpa tujuan dan niat, seperti perbuatan secara fitrah dan semulajadi atau kebiasaan manusia seperti nyanyian kegembiraan dan semangat atau nyanyian kesedihan maka hal ini tidaklah menjadi pertikaian bahawa dimaafkan dan dibolehkan kecuali dalam beberapa keadaan yang menjadikan ianya haram seperti nyanyian kesedihan ketika kematian.

Walaubagaimanapun hal ini diterhadkan kepada hujah bahawa sesuatu yang dilakukan tanpa niat dan tujuan merupakan termasuk sesuatu yang sia-sia seperti disebut dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra bahawa baginda bersabda : “Sebaik perkara dalam Islam ialah meninggalkan apa yang tidak berkaitan denganya (tidak penting)” (hadith hasan riwayat tirmidzi).

Adapun pada muzik dan nyanyian yang dilakukan dengan mempunyai niat dan tujuan maka ianya dilihat pada niatnya apakah berniat baik atau buruk. Ini kerana dalam kaedah fiqhiyah juga turut menyebut “ Sesuatu itu terhukum melalui apa yang diniatkannya” (lihat Al-Wajiz fi usul fiqh m/s 11). Iaitu sekiranya diniatkan baik maka ianya diterima dan dibenarkan sekiranya sebaliknya maka ianya ditolak dan diharamkan.

Misalnya, seseorang yang bernyanyi dengan menyebut kalimah : “The life is not easy…I feel lonely” atau pun dirinya bernasyid : “ Al-hayah laisa sahlan ..wa ana asy’uru wahdi..(hidup ini tidak mudah…aku merasa seorang diri)

Sebenarnya, nasyid dan nyanyi itu sama sahaja Cuma orang kita lebih nampak nasyid itu keagamaan dan nyanyi itu lagu bukan agama sedangkan itulah hasil pemikiran sekuler sebaliknya keduanya sama sahaja.

Baik lagu atau nasyid jika haramnya lagu maka haramlah juga nasyid…maka di sinilah kaedah yang empat ini memainkan peranan menimbulkan beza di antara nyanyian yang halal atau haram baik nasyid atau lagu maka perlu diteliti.

Niat kebaikan itu misalnya bernyanyi demi menghilangkan kejemuan dan memberi semangat diri dan memujuk diri maka ini dibolehkan. Demikian juga perbuatan melakukan perubatan dengan menggunakan muzik.

Seperti wujud rawatan moden mengunakan kaedah terapi bunyi dan gelombang dengan menenangkan pesakit jiwa dan mental menggunakan muzik dan bunyi-bunyian indah. Maka ini dibolehkan dan bahkan Al-Qur’an itu sendiri disuruh supaya dilagukan seperti sabda baginda salallahuaalihiwasalam : “Barangsiapa yang yang tidak melagukan Al-Qur’an maka bukanlah dari kalangan kami” (Hadith riwayat Abu Daud dengan isnad jayyid).

Juga tidak salah seorang ibu melagukan zikir dan lagu-lagu yang baik maknanya kepada anak kecilnya atau sebenarnya lebih baik dibacakan ayat suci Al-Qur’an kepada anaknya secara lagu maka ianya dibolehkan semuanya.

Namun apabila menjadikan muzik dan nyanyian sebagai hiburan dan diperkembangkan sehingga melalaikan manusia, demi mencari kemewahan dunia, demi kepopularan dan keglamouran maka ini sudah pasti diharamkan dan sekalipun jika dibuat demi kebaikan namun apabila melanggar kaedah yang lain pula maka tetap ianya haram.

2) Kesan sesuatu muzik atau nyanyian itu kepada pendengarnya

Menyebut mengenai kaedah pertama ini, maka kita akan mendapati bahawa dalam Islam kesan dan akibat itu menentukan kehalalan atau keharaman sesuatu perkara ini seperti para fuqaha menjatuhkan hukum haram ke atas rokok akibat kemudharatan dan keburukkannya.

Firman Allah swt :

“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf, ayat 157).

“Janganlah kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan ” (Surah Al-Baqarah, ayat 195).

Demikianlah dengan nyanyian dan muzik, maka hukum nyanyian dan muzik itu ditentukan dengan melihat kepada kesannya kepada umat Islam apakah ianya membawa kebaikan dan kerosakan.

Kadar pengharaman muzik dan nyanyian dinilaikan berdasar kepada akibat kesan buruk yang dibawa olehnya ini seperti menurut kaedah fiqhiyah “Kemudharatan itu dicegah dengan kadarnya” (lihat Al-Wajiz fi Qawaid fiqhiyah m/s 91 oleh Dr Abd Karim Zaidan).

Dalam hal ini maka para fuqaha, melihat kesan nyanyian dan muzik itu kepada hati manusia disebabkan hati merupakan perkara asas dalam kehidupan dan jiwa manusia selain dari nyawa dan akal.

Hati ibarat jiwa dan nyawa manakala akal ialah keilmuan dari hasil pengalaman yang menentukan baik dan buruk namun sekalipun hebat akal manusia ianya tetap tidak sepenting peranan hati.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahwa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini. Dan sebaliknya apabila ia rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (HR. Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Melihat kepada hadith di atas, kita mempelajari bahawa hati itu penting dan menjadi asas kebaikan dan kejahatan manusia, dalam soal penentuan hukum muzik dan nyanyian maka sejauh manakah muzik dan nyanyian itu mempengaruhi hati manusia dan apakah kepada kebaikan dan keburukan maka di situlah letaknya kaedah di atas dalam menghalalkan dan mengharamkan nyanyian.

Nyanyian dan Muzik yang melalaikan

Para ulama banyak yang mengharamkan lagu dan nyanyian apabila mereka menemui ianya melalaikan dan melekakan manusia dan hujah ini ialah benar dan tidak dapat di tolak.
Iaitu sekiranya di dapati nyanyian itu atau sesuatu muzik itu melalaikan dan mempengaruhi minda dan jiwa seseorang misalnya menjadi lebih ekstrim dan buruk atau mempengaruhi peribadinya kepada kejahatan maka nyanyian dan muzik itu tidak syak lagi ialah haram.

Ini berdasarkan kepada

Firman Allah Ta’ala :

“Dan di antara manusia ada yang membeli (menukar) lahwal hadits untuk menyesatkan orang dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya ejekan, bagi mereka siksa yang menghinakan.” (Luqman : 6)

Al Wahidi dalam tafsirnya menyatakan bahwa kebanyakan para mufassir mengartikan “lahwal hadits” dengan “nyanyian”.

Penafsiran ini disebutkan oleh Ibnu Abbas radliyallahu 'anhu. Dan kata Imam Al Qurthubi dalam tafsirnya, Jami’ Ahkamul Qur’an, penafsiran demikian lebih tinggi dan utama kedudukannya.

Hal itu ditegaskan pula oleh Imam Ahmad Al Qurthubi, Kasyful Qina’ halaman 62, bahwa di samping diriwayatkan oleh banyak ahli hadits, penafsiran itu disampaikan pula oleh orang-orang yang telah dijamin oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dengan doa beliau :

“Ya Allah, jadikanlah dia (Ibnu Abbas) faham terhadap agama ini dan ajarkanlah dia ta’wil (penafsiran Al Qur’an).” (HR. Bukhari 4/10 dan Muslim 2477 dan Ahmad 1/266, 314, 328, 335) .

Dengan adanya doa ini, para ulama dari kalangan shahabat memberikan gelar kepada Ibnu Abbas dengan Turjumanul Qur’an (penafsir Al Qur’an).

Ibnu Mas’ud menerangkan bahwa “lahwul hadits” itu adalah al ghina’. “Demi Allah, yang tiada sesembahan yang haq selain Dia, diulang-ulangnya tiga kali.” Riwayat ini shahih dan telah dijelaskan oleh Syaikh Nashiruddin Al Albani dalam Tahrim ‘alath Tharb halaman 143. Demikian pula keterangan ‘Ikrimah dan Mujahid.

Al Wahidi dalam tafsirnya (Al Wasith 3/411) menambahkan : “Ahli Ilmu Ma’ani menyatakan, ini termasuk semua orang yang cenderung memilih permainan dan al ghina’ (nyanyian), seruling-seruling, atau alat-alat musik daripada Al Qur’an, meskipun lafadhnya dengan kata al isytira’, sebab lafadh ini banyak dipakai dalam menerangkan adanya penggantian atau pemilihan.” (Lihat Tahrim ‘alath Tharb halaman 144-145).


Dan pengaruhilah siapa saja yang kau sanggupi dari mereka dengan suaramu.” (QS. Al Isra’ : 65)
Ibnu Abbas mengatakan bahwa “suaramu” dalam ayat ini artinya adalah segala perkara yang mengajak kepada kemaksiatan.
Ibnul Qayyim menambahkan bahwa al ghina’ adalah da’i yang paling besar pengaruhnya dalam mengajak manusia kepada kemaksiatan. (Mawaridul Aman halaman 325).Mujahid --dalam kitab yang sama-- menyatakan “suaramu” di sini artinya al ghina’ (nyanyian) dan al bathil (kebathilan). Ibnul Qayyim menyebutkan pula keterangan Al Hasan Bashri bahwa suara dalam ayat ini artinya duff (rebana), wallahu a’lam.

Maka apakah terhadap berita ini kamu merasa hairan. Kamu tertawa-tawa dan tidak menangis? Dan kamu bernyanyi-nyanyi?” (An Najm : 59-61).

Kata ‘Ikrimah --dari Ibnu Abbas--, as sumud artinya al ghina’ menurut dialek Himyar. Dia menambahkan : “Jika mendengar Al Qur’an dibacakan, mereka bernyanyi-nyanyi, maka turunlah ayat ini.”

Ibnul Qayyim menerangkan bahwa penafsiran ini tidak bertentangan dengan pernyataan bahwa as sumud artinya lalai dan lupa. Dan tidak pula menyimpang dari pendapat yang mengatakan bahwa arti “kamu bernyanyi-nyanyi” di sini adalah kamu menyombongkan diri, bermain-main, lalai, dan berpaling. Karena semua perbuatan tersebut terkumpul dalam al ghina’ (nyanyian), bahkan ia merupakan pemicu munculnya sikap tersebut. (Mawaridul Aman halaman 325).

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : Dua suara terlaknat di dunia dan di akhirat : “Seruling-seruling (muzik-muzik atau nyanyian) ketika mendapat kesenangan dan rintihan (ratapan) ketika mendapat musibah.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dalam Musnad-nya, juga Abu Bakar Asy Syafi’i, Dliya’ Al Maqdisy, lihat Tahrim ‘alath Tharb oleh Syaikh Al Albani halaman 51-52).

Imam Ahmad Al Qurthubi menyimpulkan keterangan para mufassir ini dan menyatakan bahwa segi pendalilan diharamkannya al ghina’ adalah karena posisinya disebutkan oleh Allah sebagai sesuatu yang tercela dan hina. (Kasyful Qina’ halaman 59).

Secara kesimpulan apabila sesuatu muzik dan lagu itu melalaikan maka hukumnya ialah haram dan berdosa kerana sesuatu yang melalaikan itu bererti melupakan manusia dari tanggungjawabnya sebagai hamba dan kewajipan syariat.

Seperti arak diharamkan kerana ianya memabukkan maka demikianlah juga muzik dan nyanyian diharamkan jika ianya melalaikan dan melekakan.

Dari Abi Malik Al Asy’ari dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam beliau bersabda : “Sesungguhnya akan ada sebagian manusia dari umatku meminum khamr yang mereka namakan dengan nama-nama lain, kepala mereka bergoyang-goyang kerana alat-alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita, maka Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan menjadikan sebagian mereka kera dan babi.” (HR. Bukhari dalam At Tarikh 1/1/305, Al Baihaqi, Ibnu Abi Syaibah dan lain-lain. Lihat Tahrim ‘alath Tharb oleh Syaikh Al Albani halaman 45-46).

Dari Abi ‘Amir --Abu Malik-- Al Asy’ari, dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam beliau bersabda : “Sungguh akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang menganggap halalnya zina, sutera, khamr, dan alat-alat muzik ” (HR. Bukhari 10/51/5590-Fath).

Dari ‘Abdurrahman bin ‘Auf ia berkata : Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya saya tidak melarang (kamu) menangis, tapi saya melarangmu dari dua suara (yang menunjukkan) kedunguan dan kejahatan, iaitu suara ketika gembira, iaitu bernyanyi-nyanyi, bermain-main, dan seruling-seruling syaitan dan suara ketika mendapat musibah, memukul-mukul wajah, merobek-robek baju, dan ratapan-ratapan syaitan.” (Dikeluarkan oleh Al Hakim, Al Baihaqi, Ibnu Abiddunya, Al Ajurri, dan lain-lain, lihat Tahrim ‘alath Tharb halaman 52-53).

Dari Ibnu Abbas, ia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan bagiku --atau mengharamkan-- khamr, judi, al kubah (gendang), dan seluruh yang memabukkan ialah haram.” (HR. Abu Dawud, Al Baihaqi, Ahmad, Abu Ya’la, Abu Hasan Ath Thusy, Ath Thabrani dalam Tahrim ‘alath Tharb halaman 55-56).

Dari ‘Imran Hushain ia berkata : Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Akan terjadi pada umatku, lemparan batu, perubahan bentuk, dan ditenggelamkan ke dalam bumi.” Dikatakan : “Ya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, bilakah hal itu akan terjadi?” Baginda menjawab : “Jika telah tersebarnya alat-alat muzik, banyaknya penyanyi wanita, dan diminumnya khamr-khamr.” (Dikeluarkan oleh Tirmidzi, Ibnu Abiddunya, dan lain-lain, lihat Tahrim ‘alath Tharb halaman 63-64).

Kesemua dalil dan hujah di atas secara jelas mengharamkan muzik dan nyanyian tanpa mengira apakah disebabkan ianya berpunca dari jenis bertali atau tidak bertali.

Pedulikan apa jenisnya, selagi ianya melalaikan maka ianya tetap haram dan membawa kepada dosa. Sekalipun nasyid In Team dan UNIC dengan lagu mereka berjudul kasih kekasih dapat membuatkan muslimat bertudung labuh tergedik-gedik berangan lelaki, membuatkan muslimat berjubah menghayun kepalanya kiri dan kanan sambil menikmati sedapnya lagu itu berkhayal maka jelas sekali haramnya nasyid ini.

Adapun apabila lagu kumpulan “ Scorpian” atau kumpulan “Fuck Ass Jackson” melagukan sebuah lagu misalnya bertajuk “ My mother” yang memuji ibu dan menjadikan pendengarnya menghargai ibu serta menghasilkan mesej dan kesan yang baik dan tidak melalaikan maka ianya jadi halal.

Demikian juga sekiranya wujud kumpulan bernama “ Your Father Is Hitler” menyanyikan lagu yang apabila kita mendengarnya kita menjadi kuat bekerja dan tidak mahu membuang masa maka menjadikan ianya harus.

Sebaliknya apabila kumpulan nasyid menasyidkan lagu cinta dan cinta-cintaan Islam konon-kononnya maka ianya jelas haram kerana melalaikan dan mengkhayalkan.

Ini bahkan jelas seperti yang dimaksudkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dalam Shahihnya membawakan hadis Abu Malik Al-Asy‘ari (dirajihkan oleh Ibnu Hajar dalam Fath Al-Bari, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Pasti akan ada golongan daripada umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan al-ma‘azif (alat bunyi-bunyian)" (Hadis sahih, riwayat Al-Bukhari).

Hadith ini juga disebut oleh Syeikh Al-Albani dalam Al-Shahih. Beliau telah menjelaskan bahawa hadis ini hadith maushul, shahih al-isnad dan tidak seperti yang didakwakan oleh Ibnu Hazm. Ulama telahpun menolak pendapat-pendapat yang melemahkan hadis ini, seperti Imam Ibnu Al-Qayyim, al-Hafiz dan lain-lain.

Manakala perkataan yastahillun (يستحلون) bermakna "mereka menghalalkan" dalam hadith ini memberi makna bahawa zina, sutera, arak dan ma‘azif (alat bunyi-bunyian dan nyanyian itu) adalah tidak halal (haram) tetapi mereka menghalalkannya juga.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah pun menyebutkan zina, sutera dan arak dalam hadis ini, sedang sedia dimaklumi bahawa zina dan arak itu telah sabit haramnya dalam Al-Qur‘an dan sunnah dengan tidak boleh dibantah-bantah lagi.

Kemudian Baginda menyambung pula dengan menyebutkan ma‘azif (sebagai penegasan) bahawa ma‘azif itu juga sama hukumnya iaitu haram seperti zina, sutera dan arak.

Mengapa Baginda menyebut dan menghimpunkannya bersama dengan zina dan arak pada hal keduanya itu telahpun sabit dan dimaklumi akan haramnya?

Kemudian datang lagi perkataan yastahillun (mereka menghalalkan). Mafhum daripada perkataan ini, bahawa walaupun benda-benda itu sudah jelas hukum haramnya namun akan terdapat daripada kalangan umat Baginda yang mahu menghalalkannya (bahkan ia sudah pun berlaku sekarang ini).

Maka ini menjelaskan kepada nasyid yang seolah dianggap halal oleh umat Islam kerana namanya berubah bukan lagi nyanyian sebaliknya ini ialah nasyid bukan lagu.

Sebenarnya nasyid itu menjadi lebih haram dari lagu kerana tidak susah menjatuhkan hukum kepada lagu dan nyanyian sebaliknya lantaran lagu dipersaluti dengan agama menjadikan kesamarannya lebih gelap dan menyusahkan dan kesan nasyid itu lebih merosakkan apabila lagu hanya merosakkan orang awam namun tidak sampai mengugat orang yang beragama namun nasyid kini merosakkan semua golongan sehingga kanak-kanak sekolah agama dan ustazah-ustazah bertudung labuh dan berjubah yang berjoget-joget sekalipun tidak dengan badan tapi hati kecilnya berjoget.
Maka jika muzik dan nyanyian itu tidak menglalaikan maka ianya tidaklah diharamkan apabila tidak ada membawa kesan buruk sebaliknya memberikan manfaat dan kebaikan dalam hal ini Allah swt befirman :
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah.Barangsiapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (al-Munaafiqun: 9).
Tidaklah Allah mengharamkan kepada kita anak-anak atau pun harta sebaliknya yang diharamkan ialah lalai maka demikianlah juga muzik dan nyanyian tidaklah diharamkan jika tidak sampai kepada membawa kelalaian atau keburukan.

Namun hakikat realitinya hari ini semua muzik membawa keburukan dan kelalaian dan kefasikan dan kerosakan. Sehingga seorang penyanyi boleh merosakkan pelbagai generasi dengan hanya bermodal satu atau dua buah lagu sahaja.

3) Isi Kandungan nyanyian atau muzik tersebut

Di antara penyebab dan punca pengharaman dan penghalalan sesuatu perkara seperti muzik dan nyanyian ini ialah isi kandungannya yang perlu diteliti apakah ianya mengisi kebaikan atau kejahatan.

Firman Allah swt :

“ Jauhilah kamu akan najis (kekotoran) iaitu dari berhala (syirik) dan perkataan keji (bohong, palsu dan kotor)” (Surah Al-Hajj : 30).

Menurut Imam Ibn katsir ra dalam tafsirnya menyebut perkataan keji itu ialah bermaksud perkataan dusta dan saksi palsu atau rekaan (Tafsir Ibn Katsir m/s 659 Jilid 2).

Sesungguhnya pegisian dalam lagu atau nyanyian serta muzik itu juga menentukan kehalalan atau keharaman. Sekiranya yang diisi dan dinyanyikan itu ialah kata-kata kotor dan lucah serta keji, penuh dengan maksud yang buruk dan bercanggah dengan Islam maka sesungguhnya tidak syak lagi lagu atau nyanyian itu ialah haram.

Demikian juga bunyian dan muzik, jika terhasil dari sesuatu bunyian yang kotor misalnya muzik itu berbunyi suara ghairah wanita dan bunyian persetubuhan dan dirakam serta dimuzikkan maka ianya jelas haram. Serta juga suara-suara kotor dari wanita yang memerdukan suara mereka sehingga menaikkan syahwat maka ini juga haram.

Firman Allah swt :"Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya ." (Al Ahzab: 32).
Suara wanita tidaklah aurat dan bukanlah haram kita mendengar suara mereka jika bekeperluan tetapi adalah sebaliknya dan disepakati bahawa suara wanita itu menjadi haram jika ianya demi hiburan dan keseronokkan maka bukankah suara wanita penyanyi itu demi menghiburkan pendengar lelaki dan bukankah ianya dilakukan dengan melunakkan suaranya serta memerdukan sehingga menimbulkan keseronokkan lelaki maka ini jelas haram seperti firman Allah swt di atas.
"Hai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al-Ahzab: 32).
Jelas sekali haramnya lagu-lagu dan nyanyian wanita yang berada dalam suasana hari ini kerana mereka menyanyikan dengan penuh lunak enak merdu dan menyeronokkan sedang Islam menghadkan untuk bercakap kepada lelaki itu sahaja pun seorang wanita tidak boleh melunakkan dan merendahkan suaranya sehingga menimbulkan tarikan maka apalagi jika sememangnya nyanyian itu sudah untuk menarik pendengar dan menyeronokkan dan menghiburkan maka jelas sekali haramnya.
Sudah terbukti lagu wanita “ oh sayang…” atau pelbagai lagi apabila penyanyi wanita menyanyi jika yang mendengarnya lelaki normal pasti terasa seram sejuk dan anggota dalam seluarnya pasti mengeras kuat namun jika tidak mengeras maka nyatalah itu lelaki tidak normal dan perlu mencari ubatan tradisional atapah lagi jika melihat wanita itu menari-nari dan berjoget ghairah. Allah melarang khudhu, yakni cara bicara yang dapat membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya "berpenyakit."
Namun, dengan ini bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan setiap lelaki . Perhatikan hujung ayat 32 dari surah Al-Ahzab di atas apabila Allah menyebut :
"Dan ucapkanlah perkataan yang baik" (Al-Ahzab : 32).
Iaitu dibolehkan wanita berbicara dengan lelaki tetapi bukan menyanyi atau memerdukan suara kepada mereka jadi maka tidak mungkin nyanyian itu dibuat dengan tanpa memerdukan suara dan tanpa tidak menarik perhatian maka jika demikian tidak nama menyanyi tetapi bercakap. Mana ada artis penyanyi naik di atas pentas dan bercakap dengan baik sebaliknya semuanya menyanyi dan meneran sekuat-kuatnya suara mereka serta melunakkan dan meneriakkan suara mereka sesedap yang mungkin.
Maka inilah yang diharamkan dan dilarang dalam Islam. Isi kandungan muzik dan nyanyian itu terdiri dari senikata, maksud lagu apakah bermaksud yang baik, serta suara penyanyi yang menyanyikan. Jika lelaki maka hukumnya haram suaranya didengari oleh wanita kerana hukumnya sama seperti lelaki yang haram mendengar suara wanita yang melunakkan percakapan yang menimbulkan ransangan dan demikian wanita yang jika mendengar suara lunak lelaki boleh membuatkan cair hatinya sehingga terkeluar cecair di farajnya maka hukumnya ialah haram.

4) Cara perlakuan & pelaksanaan muzik atau nyanyian itu

Perlakuan dan pelaksanaan muzik atau nyanyian itu juga menentukan apakah ianya halal atau haram. Ini kerana jika sesuatu nyanyian itu dinyanyikan dengan merentak-rentak badan sambil berjoget dan mengerakkan badan maka hukumnya ialah haram. Demikian juga jika dinyanyikan sambil berjoget dan menimbulkan ransangan seksual syahwat maka juga haram.

Juga dimaksud dengan cara pelaksanaan ialah berlakunya nyanyian itu dengan menutup aurat dan tidak melanggar batas-batas syariat seperti tidak menimbulkan finah dan terdedah kepada lain jantina.

Dalam hal ini maka di ambil faedah dari
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya ..." (An Nur: 30).
Ini berlaku apabila nyanyian atau muzik itu dilakukan dnegan percampuran lelaki dan wanita, dinyanyikan secara berduet dan bergandingan dan mendengarnya pun secara beramai-ramai maka hukumnya ialah haram dan ditegah.
Juga dari ayat di atas menjadi dalil bahawa tidak boleh melihat perempuan yang bukan mahram sebaliknya seorang yang beriman harus menundukkan pandangannya maka apa cerita dan keadaannya apabila sampai ke konsert dan melihat lelaki perempuan berjoget dan menari ? Jawabnya ialah haram secara jelas.
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya ..." (An Nur: 31).
Demikianlah para wanita Islam yang mengaku Islam dan beriman, apa ceritanya ini para muslimat-muslimat bertudung labuh, berjubah sambil mengaku solehah, tergedik-gedik menangkap gambar dengan kamera digital mereka akan konsert serta artis nasyid pujaan mereka dan melekatkan stiker dan poster artis nasyid mereka ?
Baik abang Raihan, baik abang Hijjaz, baik abang In-Team atau adik-adik comel UNIC mereka ini semua merupakan lelaki yang mempunyai zakar diulangi mereka ini semuanya lelaki yang mempunyai zakar maka apa ceritanya apabila muslimat-muslimat solehah kononnya menonton konsert nasyid dan bergambar mesra, menikmati suara nyanyian indah mereka sambil berangan-angan dan bernasyid –nasyid ?
Sedang Allah swt telah berfirman : "Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya ..." (An Nur: 31).
Dan Rasulullah saw. bersabda: "Wahai Ali, janganlah engkau ikuti pandangan yang satu dengan pandangan yang lain. Engkau hanya boleh melakukan pandangan yang pertama, sedang pandangan yang kedua adalah dosa bagimu." (Hadith sahih riwayat Ahmad, Abu Daud, dan Tirmidzi).
Maka dalam hal ini cara pelakuan sesuatu nyanyian atau muzik itu jika dilakukan dalam suasana menjaga syariat seperti tidak wujud percampuran lelaki dan perempuan, misalnya penyanyi perempuan menyanyi hanya untuk wanita dan penyanyi lelaki menyanyi hanya untuk lelaki dan tidak melakukan aksi gila seperti menari-nari dan berjoget menunjukkan pusat, menutup aurat maka ianya dibolehkan.
Pendapat yang mengunakan hujah dibolehkan nyanyian lelaki dan wanita dipetik dari Dr. Yuosf Al-Qaradhawi menyebut : Dalam sahih Bukhari dan Muslim menyebut bahwa Abu Bakar pernah masuk ke rumah Aisyah untuk menemui Nabi salallahualaihiwasalam ketika itu ada dua gadis di sisi Aisyah yang sedang menyanyi, lalu Abu Bakar mengherdiknya seraya berkata: "Apakah pantas ada seruling setan di rumah Rasulullah?" Kemudian Rasulullah saw membalas : "Biarkanlah mereka, wahai Abu Bakar, sesungguhnya hari ini adalah hari raya." Disamping itu, juga tidak ada larangan menyanyi pada hari selain hari raya. Makna hadits itu ialah bahawa hari raya termasuk saat-saat yang disukai untuk melahirkan kegembiraan dengan nyanyian, permainan, dan sebagainya yang tidak terlarang.

"Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata: Aisyah pernah mengahwinkan salah seorang kerabatnya dengan Ansar, kemudian Rasulullah s.a.w. datang dan bertanya: Apakah kamu akan memberi hadiah kepada gadis itu? Mereka menjawab: Benar ! Rasulullah s.a.w. bertanya lagi. Apakah kamu kirim bersamanya orang yang akan menyanyi? Aisyah menjawab: Tidak! Kemudian Rasulullah bersabda: Sesungguhnya orang-orang Ansar adalah suatu kaum yang merayu. Oleh karena itu alangkah baiknya kalau kamu kirim bersama dia itu seorang yang mengatakan: kami datang, kami datang, selamat datang kami, selamat datang kamu" (Riwayat Ibnu Majah) .

"Dan dari Aisyah r.a. sesungguhnya Abu Bakar pernah masuk kepadanya, sedang di sampingnya ada dua gadis yang sedang menyanyi dan memukul gendang pada hari Mina (Idul Adha), sedang Nabi s.a.w. menutup wajahnya dengan pakaiannya, maka diusirlah dua gadis itu oleh Abubakar. Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata kepada Abubakar : “ Biarkanlah mereka itu Wahai Abubakar, sebab hari ini adalah hari raya (hari bersenang-senang)." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Imam Ghazali dalam Ihya'nya setelah membawakan beberapa hadith tentang bernyanyinya dua orang gadis itu, permainannya orang-orang Habasyah di dalam masjid Nabawi yang didukungnya oleh Nabi dengan kata-katanya: karena kamu, aku melihat wahai Bani Arfidah, dan perkataan Nabi kepada Aisyah: engkau senang ya Aisyah melihat permainan ini; dan berdirinya Nabi bersama Aisyah sehingga dia sendiri yang bosan serta permainan Aisyah dengan boneka bersama kawan-kawannya itu, kemudian Ghazali berkata: Bahawa hadith-hadith ini semua tersebut dalam Bukhari dan Muslim dan merupakan nas yang tegas, bahwa nyanyian dan permainan, bukanlah haram.

Pendapat ini ditolak dan kurang tepat kerana :

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

"Iklankanlah pernikahan dan kamu pukullah rebana di atas pernikahan itu".
Menyanyikan lagu-lagu yang senikata atau liriknya tidak terkeluar daripada kaedah dan adab-adab Islam dengan iringan duff itu tidak harus memukulnya selain daripada majlis pernikahan menurut pendapat yang masyhur, tetapi lawan pendapat yang masyhur, harus memukul (alat rebana) dalam semua upacara majlis kegembiraan orang Islam. (Al-Majmuk : 23/58 & Majmuk Fatawa wa Rasail : 181-182).

Pengarang risalah Nushh Al-‘Uqala’ bima Ja’a fi Tahrim Alat Al-Lahw wa Al-Ghina, Fadhilah Al-Syeikh Umar Sulaiman Al-Asyqar pula telah mengemukakan satu ulasan yang bernas lagi menarik, katanya: "Al-Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dengan keluasan ilmu, penyelidikan dan dakwahnya, namun beliau telah tersilap daripada kebenaran dalam perkara ini. Kata-katanya (pendapatnya) itu adalah taqlid jua, terikut-ikut dengan pendapat orang-orang sebelumnya, seperti Al-Imam Ibnu Hazm dan lain-lain. Ia sudah dibantah dengan keterangan-keterangan berdasarkan hadis-hadis Nabi yang warid oleh ulama-ulama".

Al-Syeikh Al-Albani seorang pakar hadis dari Syria pada abad ini juga telah memberikan jawapan yang bernilai terhadap apa yang disebutkan oleh pengarang buku "Halal dan Haram". Mula-mula beliau mengulas hadith ‘Aisyah seperti berikut: "Daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bahawa Abu Bakar pernah masuk menemuinya, sedang di sampingnya dua anak perempuan sedang menyanyi dan memukul gendang pada Hari Mina (‘Idul Adha), ketika itu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menutup wajah Baginda dengan pakaiannya. Abu Bakar menengking kedua anak perempuan itu. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam membuka wajahnya dan bersabda: "Biarkan mereka, wahai Abu Bakar kerana hari ini adalah Hari Raya." (Hadis Shahih Muttafaq ‘Alaih, dikeluarkan oleh Al-Bukhari (1: 242,252), Muslim (3:22), Al-Nasa’I (1:236) dan Ahmad (6:33,84, 99,127, 134)

Al-Albani memberikan kesimpulan mengenai hadis di atas bahawa kesilapan Ibnu Hazm berpunca daripada kewahamannya, sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang Abu Bakar menegah dua budak perempuan itu secara mutlak bukannya daripada pengakuan (ikrar) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam terhadap dua anak perempuan tersebut. Kerana yang demikian itu menunjukkan dalil keharusan yang berkaitan dengan menyanyi pada hari raya dan memukul duff, adapun selain daripada itu, semuanya ditegah (sebagaimana pertunjuk daripada hadis-hadis yang tsabit yang mengharamkan ma‘azif dan alat-alat yang ditiup), dan harus menyanyi itu bagi anak-anak kecil perempuan sebagaimana yang diperjelaskan oleh para ulama. (Tahrim Alat At-Tharb: 113)

Ibnu Al-Jauzi berkata: "Dan kenyataannya bahawa dua anak perempuan itu adalah anak-anak kecil dan ketika itu Aisyah masih kecil dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam membenarkan dua orang anak perempuan itu bermain dengannya". (Talbis Iblis : 1/239)

Dalam hal ini Al-Albani juga berkata: "Pada saya ada satu juz yang mengandungi bantahan terhadap risalah Ibnu Hazm yang mengharuskan alat-alat muzik, di mana dalam juz ini saya sertakan sama semua hadis yang warid (yang benar-benar datangnya daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam) yang mengharamkan ma‘azif, dan saya juga memberikan kritikan ilmiyah dan penjelasan, bahawa Ibnu Hazm telah tersilap dari kebenaran ketika melemahkan sebahagian besar dari hadis-hadis itu".

Beliau juga menjelaskan bahawa kata-kata Al-Ghazali mengenai hadith Aisyah sebagai nash yang menunjukkan nyanyian itu tidak haram, adalah kata-kata ini batal dalam pandangan ulama, kerana hadith berkenaan itu khas pada nyanyian dua kanak-kanak perempuan kecil memalu duff pada Hari Raya. Inilah perkara yang diakui oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Ada pun orang yang menjadikannya sebagai dalil bagi mengharuskan nyanyian secara mutlak daripada wanita-wanita ajnabi (bukan mahram) yang sudah dewasa dan mengharuskan memetik apa jua alat muzik seperti gambus dan sebagainya, maka adalah perkara ini tidak syak lagi terkeluar daripada kebenaran dan dari jalan orang-orang yang insaf serta membawa hadith ini kepada makna yang tidak tepat".

Dengan ini memberi pengertian bahawa perkara tersebut memang ianya tidak harus selain pada Hari Raya, kecuali yang dikecualikan oleh syara‘ melalui nash yang lain, seperti duff di majlis perkahwinan menurut qaul yang masyhur dalam mazhab Syafi‘e. (Al-Majmuk : 23/58 & Majmuk Fatawa wa Rasail : 181-1820).

5) Keadaan waktu muzik atau nyanyian itu dilakukan

Keadaan dan masa perlakuan muzik dan nyanyian itu juga menjadi ukuran kerana dibolehkan nyanyian itu secara syariat pada waktu khas seperti waktu perkahwinan dan hari raya dengan tidak melampaui batas dan melanggar hukum syarak.

"Daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bahawa Abu Bakar pernah masuk menemuinya, sedang di sampingnya dua anak perempuan sedang menyanyi dan memukul gendang pada Hari Mina (‘Idul Adha), ketika itu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menutup wajah Baginda dengan pakaiannya. Abu Bakar menengking kedua anak perempuan itu. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam membuka wajahnya dan bersabda: "Biarkan mereka, wahai Abu Bakar kerana hari ini adalah Hari Raya." (Hadis Shahih Muttafaq ‘Alaih, dikeluarkan oleh Al-Bukhari (1: 242,252), Muslim (3:22), Al-Nasa’I (1:236) dan Ahmad (6:33,84, 99,127, 134).

Manakala dalam waktu tertentu seperti waktu kematian dan waktu lain yang membawa kepada kelalaian dan fitnah maka muzik dan nyanyian akan menjadi dosa dan fitnah. Contohnya seperti waktu solat dan telah azan menandakan tiba waktu solat maka ketika itu nyanyian dan muzik wajib dihentikan dan disegerakan untuk menunaikan kewajipan kepada Allah swt.

Jika dilakukan pada keadaan waktu ibadah seperti waktu solat maka hukumnya tidak syak lagi haram kerana melalaikan dari menunaikan ibadah wajib kepada Allah swt. Juga apabila ketika berada di tempat ibadah seperti di musim haji atau pada bulan puasa iaitu sewaktu kita diminta perbanyakkan ibadah maka kewujudan muzik dan nyanyian akan menjadi kelalaian dan fitnah kepada hati."Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata:
"Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil." (Al- Qashash: 55).

Ayat di atas menunjukkan sikap umat Islam bahawa perlu menjauhi ayat-ayat dan perkataan yang tidak bermanfaat termasuk muzik dan nyanyian dan segera kembali mengingati Allah swt dalam setiap perkara.

“Barangsiapa yang mengingini Allah dan hari akhirat (balasan) maka hendaklah mengingati Allah dengan banyak” (Al-Ahzab : 21).

Iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk dan waktu berbaring dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi..” (Ali Imran : 191).

Oleh yang demikian, dalam menentukan kehalalan dan keharaman muzik dan nyanyian pada hari ini maka penulis lebih menyetujui mengharamkan sekadar mencegah kemudharatan muzik dan nyanyian yang sekarang ini secara realiti sudah begitu parah dan menggila maka satu hukum tegas dan keras diperlukan bagi mencegah umat Islam dari terus menuju ke lembah kehancuran lalu pengharaman muzik dan nyanyian sememangnya patut dan wajar.

"Di antara manusia ada yang membeli perkataan yang dapat melalaikan untuk menyesatkan (orang) dari jalan Allah tanpa disedari, dan dijadikannya sebaqai permainan. Mereka itu kelak akan mendapat siksaan yang hina." (Luqman: 6)

Dalam ayat di atas benar sekali jika ditujukan kepada golongan penyanyi dan mereka yang suka mendengar muzik dan nyanyian. Ini kerana membeli perkataan yang melalaikan dapat dimaksudkan dengan nyanyian yang tidak membawa manfaat untuk melalaikan diri sendiri dan asyik seronok dan berhibur maka bukankah hiburan itu termasuk dari hasil perbuatan permainan maka walaupun para ulamak yang menafsirkan ayat ini dengan maksud yang lain namun menafsirkannya dengan suasana sekarang dengan memperumpamakan kepada nyanyian dan muzik tidaklah lari dan salah.

Pendapat yang dipilih

Memilih mengharamkan dan mencegah muzik dan nyanyian yang melalaikan dan merosakkan umat Islam itu satu keperluan dan menjadi kewajipan kerana inilah pendapat yang paling benar.
Bahkan dalam kaedah usul juga menyebut “ Mencegah kemudharatan itu lebih utama dari merawatinya” (lihat Al-Wajiz Fi Qawaid Fiqhiyah m/s 99). Maka dalam persoalan muzik dan nyanyian , kita menerima mana yang dapat dinilai sebagai bermanfaat dan tidak melalaikan sebaliknya menolak mana yang merosakkan dan membawa fitnah.

Dari Nafi’ maula Ibnu ‘Umar, dia bercerita bahwa Ibnu ‘Umar pernah mendengar suara seruling gembala lalu (‘Umar) meletakkan jarinya di kedua telinganya dan pindah ke jalan lain dan berkata : “Wahai Nafi’, apakah engkau mendengar?” Aku jawab : “Ya.” Dan dia terus berjalan sampai ku katakan tidak. Setelah itu dia meletakkan lagi tangannya dan kembali ke jalan semula. Lalu beliau berkata :

“Aku melihat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam mendengar suling gembala lalu berbuat seperti ini.” (Dikeluarkan oleh Abu Daud no. 4925 dan Baihaqi 10/222 dengan sanad hasan).

Imam Ibnul Jauzi dalam Talbis Iblis (Muntaqa Nafis halaman 304) mengomentari hadits ini sebagai berikut : “Jika seperti ini yang dilakukan mereka terhadap suara-suara yang tidak menyimpang dari sikap-sikap yang lurus, maka bagaimanakah dengan nyanyian dan muzik-muzik orang zaman sekarang (zaman beliau).

Dari Abi ‘Amir --Abu Malik-- Al Asy’ari, dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam beliau bersabda : “Sungguh akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang menganggap halalnya zina, sutera, khamr, dan alat-alat muzik ” (HR. Bukhari 10/51/5590-Fath).

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : Dua suara terlaknat di dunia dan di akhirat : “Seruling-seruling (muzik-muzik atau nyanyian) ketika mendapat kesenangan dan rintihan (ratapan) ketika mendapat musibah.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dalam Musnad-nya, juga Abu Bakar Asy Syafi’i, Dliya’ Al Maqdisy, lihat Tahrim ‘alath Tharb oleh Syaikh Al Albani halaman 51-52).

Dan Imam Ahmad Al Qurthubi dalam Kasyful Qina’ halaman 69 menyatakan : “Bahawa pendalilan dengan hadith-hadith ini dalam mengatakan haramnya nyanyian dan alat-alat muzik, hampir sama dengan segi pendalilan dengan ayat-ayat Al Qur’an. Bahkan dalam hadits-hadits ini disebutkan lebih jelas dengan adanya laknat bagi penyanyi mahupun yang mendengarkanya.”
Di dalam hadits pertama, Imam Al Jauhari menyatakan bahwa dalam hadith ini, digabungkannya penyebutan al ma’azif dengan khamr, zina, dan sutera menunjukkan kerasnya pengharaman terhadap alat-alat musik dan sesungguhnya semua itu termasuk dosa-dosa besar. (Kasyful Qina’ halaman 67-69).

Atsar ‘Ulama Salaf

Ibnu Mas’ud menyebutkan : “Nyanyian menumbuhkan kemunafikan dalam hati seperti air menumbuhkan tanaman.” Ini dikeluarkan oleh Ibnu Abiddunya dan dikatakan shahih isnadnya oleh Syaikh Al Albani dalam Tahrim ‘alath Tharb (halaman 145-148), ucapan seperti ini juga dikeluarkan oleh Asy Sya’bi dengan sanad yang hasan.

Dalam Al Muntaqa halaman 306, Ibnul Jauzi menyebutkan pula bahwa Ibnu Mas’ud berkata : “Jika seseorang menaiki kendaraan tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan ikut menyertainya dan berkata, ‘bernyanyilah kamu!’ Dan apabila dia tidak mampu memperindahkannya, syaitan berkata lagi : ‘Berangan-anganlah kamu (mengkhayal)’.” (Dikeluarkan oleh Abdul Razzaq dalam Al Mushannaf 10/397 sanadnya shahih).

Pada halaman yang sama beliau sebutkan pula keterangan Ibnu ‘Umar ketika melewati sekelompok orang yang berihram dan ada seseorang yang bernyanyi, dia berkata : Beliau berkata : “Ketahuilah, Allah tidak mendengarkanmu!” Dan ketika melewati seorang budak perempuan bernyanyi, ia berkata : “Jika syaitan membiarkan seseorang, tentu benar-benar dia tinggalkan budak ini.”

Dalam kitab yang sama beliau (Ibnul Jauzi) melanjutkan : Al Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr ditanya tentang nyanyian. Ia menjawab : “Saya melarangmu dari nyanyian dan membencinya untukmu.” Orang itu bertanya : “Apakah nyanyian itu haram?” Al Qasim menukas : “Wahai anak saudaraku, jika Allah memisahkan al haq (kebenaran) dan al bathil (kebathilan) pada hari kiamat, maka di manakah nyanyian itu berada?”

Ibnu Abbas juga pernah ditanya demikian dan balik bertanya : “Bagaimana pendapatmu jika al haq dan al bathil datang beriringan pada hari kiamat, maka bersama siapakah al ghina’ (nyanyian) itu?” Si penanya menjawab : “Tentu saja bersama al bathil.” Kemudian Ibnu Abbas berkata : “(Benar) pergilah! Engkau telah memberikan fatwa (yang tepat) untuk dirimu.”
Dan Ibnul Qayyim menerangkan bahawa jawaban Ibnu Abbas ini berkenaan dengan nyanyian orang Arab yang bebas dan bersih dari pujian-pujian dan penyebutan terhadap minuman keras atau hal-hal yang memabukkan, zina, homoseks, atau lesbian, juga tidak mengandung ungkapan mengenai bentuk dan rupa wanita yang bukan mahram dan bebas pula dari iringan muzik, baik yang sederhana sekalipun, seperti ketukan-ketukan ranting, tepukan tangan, dan sebagainya.

Dan tentunya jawaban beliau ini akan lebih keras dan tegas seandainya beliau melihat kenyataan yang ada sekarang ini.

Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid mengomentari jawaban ini dan menyatakan bahwa jawapan ini (jawapan Al Qasim dan Ibnu Abbas) adalah jawaban bijak dan sangat tepat. (Lihat Muntaqa Nafis halaman 306).

Ibnu Baththah Al Ukbari (ketika ditanya tentang mendengarkan nyanyian) berkata : “Saya melarangnya, saya beritahukan padanya bahawa mendengarkan nyanyian itu diingkari oleh ulama dan dianggap baik oleh orang-orang tolol. Yang melakukannya adalah orang-orang sufi yang dinamai para oleh muhaqqiq sebagai orang-orang Jabriyah. Mereka adalah orang-orang yang rendah kemahuannya, senang mengadakan bid’ah, menonjol-nonjolkan kezuhudan, … .” (Muntaqa Nafis halaman 308)

Asy Sya’bi mengatakan bahwa orang-orang yang bernyanyi dan yang (mengundang) penyanyi untuk dirinya pantas untuk dilaknat. (Dikeluarkan oleh Ibnu Abiddunya, lihat Kasyful Qina’ halaman 91 dan Muntaqa Nafis min Talbis Iblis halaman 306).

Fudhail bin ‘Iyadl mengatakan bahwa al ghina’ (nyanyian) adalah mantera zina. (Kasyful Qina’ halaman 90 dan Mawaridul Aman halaman 318).

Dalam kitab yang sama (halaman 318), disebutkan pula nasihat Yazid Ibnul Walid kepada pemuka-pemuka Bani Umayah : “Wahai Bani Umayah, hati-hatilah kamu terhadap al ghina’, sebab ia mengurangi rasa malu, menghancurkan kehormatan dan harga diri, dan menjadi pengganti bagi khamr, sehingga pelakunya akan berbuat sebagaimana orang yang mabuk khamr berbuat. Oleh karena itu, kalau kamu merasa tidak dapat tidak (mesti) bernyanyi juga, jauhilah perempuan, karena nyanyian itu mengajak kepada perzinaan.”

Adl Dlahhak menegaskan : “Nyanyian itu menyebabkan kerusakan bagi hati dan mendatangkan murka Allah.” (Muntaqa Nafis halaman 307).

Dalam kitab yang sama, Umar bin Abdul Aziz menulis surat kepada guru-guru anaknya : “Hendaklah yang pertama kau tanamkan dalam pendidikan akhlaknya adalah benci pada alat-alat muzik, karena awalnya (permainan musik itu) adalah dari syaitan dan kesudahannya adalah kemurkaan Ar Rahman Azza wa Jalla.”

Imam Abu Bakar Ath Thurthusi dalam khutbah (kata pengantar) kitabnya, Tahrimus Sima’, menyebutkan :

[ … oleh karena itu saya pun ingin menjelaskan yang haq dan mengungkap syubhat-syubhat yang bathil dengan hujjah dari Al Qur’an dan As Sunnah. Akan saya mulai dengan perkataan para ulama yang berhak mengeluarkan fatwa ke seluruh penjuru dunia agar orang-orang yang selama ini secara terang-terangan menampakkan kemaksiatan (bernyanyi dan bermain musik) sadar bahwa mereka telah teramat jauh menyimpang dari jalan kaum Mukminin. Allah ta’ala berfirman :

“Dan siapa yang menentang Rasul setelah jelas bagi mereka petunjuk serta mengikuti jalan yang bukan jalannya kaum Mukminin, Kami biarkan dia memilih apa yang diingini nafsunya dan Kami masukkan dia ke jahanam sedangkan jahanam itu adalah sejelek-jelek tempat kembali.” ( An Nisa’ : 115) ]

Selanjutnya beliau (Imam Ath Thurthusi) menyebutkan bahwa Imam Malik melarang adanya nyanyian dan mendengarkannya. Menurut Imam Malik, apabila seseorang membeli budak wanita dan ternyata ia penyanyi, hendaklah segera dikembalikan, sebab hal itu merupakan aib. Ketika beliau ditanya tentang adanya rukhshah (keringanan) yang dilakukan (sebagian) penduduk Madinah, beliau menjawab : “Yang melakukannya (bernyanyi dan bermain muzik) di kalangan kami adalah orang-orang fasik.”

Imam Abu Hanifah dan Ahli Bashrah maupun Kufah, seperti Sufyan Ats Tsauri, Hammad, Ibrahim An Nakha’i, Asy Sya’bi, dan lain-lain membenci al ghina’ dan menggolongkannya sebagai suatu dosa dan hal ini tidak diperselisihkan di kalangan mereka. Madzhab Imam Hanafi ini termasuk madzhab yang sangat keras dan pendapatnya paling tegas dalam perkara ini. Hal ini ditunjukkan pula oleh shahabat-shahabat beliau yang menyatakan haramnya mendengarkan alat-alat musik, walaupun hanya ketukan sepotong ranting. Mereka menyebutnya sebagai kemaksiatan, mendorong kepada kefasikan, dan ditolak persaksiannya.

Intisari perkataan mereka adalah : Sesungguhnya mendengar nyanyian dan muzik adalah kefasikan dan bersenang-senang menikmatinya adalah kekufuran. Inilah perkataan mereka meskipun dengan meriwayatkan hadits-hadits yang tidak tepat apabila dinisbatkan (disandarkan) kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam.

Mereka (ulama madzhab Hanafi) juga menyeru agar seseorang berusaha dengan sungguh-sungguh untuk tidak mendengarkan jika melewatinya atau jika bunyi muzik itu kebetulan berada di rumah tetangganya. Hal ini pernah dilakukan Abu Yusuf ketika mendengar ada yang bernyanyi dan bermain musik di sebuah rumah, beliau berkata : “Masuklah dan tidak perlu izin, karena mencegah kemungkaran adalah fardlu (wajib). Maka jika tidak boleh masuk tanpa izin, terhalanglah bagi manusia menegakkan kewajiban ini.”

Kemudian Imam Ath Thurthusi melanjutkan pula keterangannya bahwa Imam Syafi’i dalam kitab Al Qadla, Al Umm (6/214) menegaskan sesungguhnya al ghina’ adalah permainan yang dibenci dan menyerupai kebathilan bahkan merupakan sesuatu yang mengada-ada. Siapa yang terus-menerus (sering) bernyanyi maka ia adalah orang dungu dan ditolak persaksiannya.

Para shahabat Imam Syafi’i yang betul-betul memahami ucapan dan istinbath (pengambilan kesimpulan dari dalil), madzhab beliau dengan tegas menyatakan haramnya nyanyian dan musik dan mereka mengingkari orang-orang yang menyandarkan kepada beliau (Imam Syafi’i) mengenai penghalalannya. Di antara mereka adalah Qadly Abu Thayyib Ath Thabari, Syaikh Abi Ishaq, dan Ibnu Shabbagh. Demikian pernyataan Imam Ath Thurthusi rahimahullah. (Mawaridul Aman Muntaqa min Ighatsati Lahfan halaman 301).

Ibnul Qayyim menyebutkan bahwa Imam Ibnu Shalah dalam fatwanya menyatakan :

“Adapun yang perlu diketahui dalam permasalahan ini adalah bahwa sesungguhnya duf (rebana), alat musik tiup, dan nyanyian-nyanyian, jika terkumpul (dilakukan/dimainkan secara bersamaan) maka mendengarkannya haram, demikian pendapat para imam madzhab dan ulama-ulama Muslimin lainnya. Dan tidak ada keterangan yang dapat dipercaya dari seseorang yang ucapannya diikuti (jadi pegangan) dalam ijma’ maupun ikhtilaf bahwa ia (Imam Syafi’i) membolehkan keduanya (nyanyian dan muzik).

Adapun persaksian yang dapat diterima beritanya dari shahabat-shahabat beliau adalah dalam permasalahan ‘bagaimana hukum masing-masingnya bila berdiri sendiri, terompet sendiri, duff sendiri?’
Maka siapa saja yang tidak memiliki kemampuan mendapatkan keterangan rinci tentang hal ini dan tidak memperhatikannya dengan teliti, bisa jadi akan meyakini adanya perselisihan di kalangan ulama madzhab Syafi’i dalam mendengar seluruh alat-alat musik ini.
Hal ini adalah kekeliruan yang nyata dan oleh sebab itu, hendaknya ia mendatangkan dalil-dalil syar’i dan logis. Sebab tidaklah semua perselisihan itu melegakan dan bisa jadi pegangan. Maka siapa saja yang meneliti adanya perselisihan ulama dalam suatu persoalan dan mengambil keringanan (rukhshah) dari pendapat-pendapat mereka, berarti ia terjerumus dalam perbuatan zindiq atau bahkan hampir menjadi zindiq.” (Mawaridul Aman 303)

Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid Al Atsari hafidhahullah mengomentari pernyataan Ibnul Qayyim ini dengan menukil riwayat Al Khalal (dalam Al Amru bil Ma’ruf) dari Sulaiman At Taimy yang mengatakan : “Kalau kamu mengambil setiap keringanan (rukhshah) dari seorang alim atau kekeliruannya, berarti telah terkumpul pada dirimu seluruh kejahatan.” (Lihat Mawaridul Aman halaman 303)

Diriwayatkan dari Imam Syafi’i secara mutawatir bahwa beliau berkata : “Saya tinggalkan di Baghdad sesuatu yang diada-adakan oleh orang-orang zindiq, mereka menamakannya at taghbir dan menghalangi manusia --dengannya-- dari Al Qur’an.” (Juz’uttiba’ As Sunan Wajtinabil Bida’ oleh Dliya’ Al Maqdisi dalam Mawaridul Aman halaman 304)

Ditambahkan pula oleh Abu Manshur Al Azhari (seorang imam ahli lughah dan adab bermadzhab Syafi’i, wafat tahun 370 H) : “Mereka menamakan suara yang mereka perindah dengan syair-syair dalam berdzikrullah ini dengan taghbir, seakan-akan mereka bernyanyi ketika mengucapkannya dengan irama yang indah, kemudian mereka menari-nari lalu menamakannya mughbirah.” (Talbis Iblis halaman 230 dalam Kasyful Qina’ halaman 54)

Maka kalaulah seperti ini ucapan beliau terhadap at taghbir dengan ‘illahnya (alasan) karena menghalangi manusia dari Al Qur’an, --padahal at taghbir itu berisi syair-syair yang mendorong untuk zuhud (tidak butuh) terhadap dunia, para penyanyi mendendangkannya sementara hadirin mengetuk-ngetuk sesuatu atau dengan mendecakkan mulut sesuai irama lagu--, maka bagaimana pula ucapan beliau apabila mendengar nyanyian yang ada di jaman ini, at taghbir bagi beliau bagai buih di lautan dan meliputi berbagai kejelekan bahkan mencakup segala perkara yang diharamkan?!

Adapun madzhab Imam Ahmad sebagaimana dikatakan Abdullah, puteranya : “Saya bertanya pada ayahku tentang al ghina’ menumbuhkan kemunafikan dalam hati, ini tidaklah mengherankan aku.” (Lihat Mawaridul Aman 305).

Pada kesempatan lain, beliau berkata : “Saya membencinya. Nyanyian itu adalah bid’ah yang diada-adakan. Jangan bermajlis dengan mereka (penyanyi).” (Talbis Iblis halaman 228 dalam Kasyful Qina’ halaman 52).

Ibnul Jauzi menerangkan : “Sesungguhnya nyanyian itu mengeluarkan manusia dari sikap lurus dan merubah akalnya. Maksudnya, jika seseorang bernyanyi (bermain musik), berarti ia telah melakukan sesuatu yang membuktikan jeleknya kesehatan akalnya, misalnya menggoyang-goyangkan kepalanya, bertepuk tangan, menghentak-hentakkan kaki ke tanah.
Dan ini tidak berbeda dengan perbuatan orang-orang yang kurang akalnya, bahkan sangat jelas bahwa nyanyian mendorong sekali ke arah itu, bahkan perbuatannya itu seperti perbuatan pemabuk. Oleh sebab itu, pantas kalau larangan keras ditujukan terhadap nyanyian.” (Muntaqa Nafis 307)

Ibnul Qayyim pun menjelaskan dalam Mawaridul Aman halaman 320-322 : “Sesungguhnya ucapan Ibnu Mas’ud yang telah disebutkan tadi menunjukkan dalamnya pemahaman shahabat tentang keadaan hati, amalan-amalannya, sekaligus jelinya mereka terhadap penyakit hati dan obat-obatnya. Dan sungguh, mereka adalah suatu kaum yang merupakan doktor-doktor hati, mereka mengobati penyakit-penyakit hati dengan obat terbesar dan paling ampuh.”

Beliau melanjutkan : “Ketahuilah bahwa nyanyian bagaikan angin panas yang mempunyai pengaruh amat kuat dalam menebarkan bibit-bibit kemunafikan. Dan kemunafikan tersebut akan tumbuh dalam hati bagaikan tumbuhnya tanaman dengan air.”

Inti pernyataan ini adalah nyanyian itu melalaikan hati dan menghalanginya dari Al Qur’an dalam upaya pemahaman serta pengamalannya. Kerana sesungguhnya Al Qur’an dan al ghina’ tidak akan bersatu dalam sebuah hati, selamanya. Ya, karena keduanya memiliki berbagai perbedaan yang menyolok dan sangat bertolak belakang.
Al Qur’an mencegah kita untuk memperturutkan hawa nafsu, menganjurkan kita menjaga kehormatan dan harga diri sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya yang mulia, juga mengajak kita menjauhi dorongan-dorongan (syahwat) dan keinginan hawa nafsu serta berbagai sebab kesesatan lainnya. Al Qur’an juga melarang kita mengikuti dan meniru langkah-langkah syaithan. Sedangkan al ghina’ mengajak kita pada kebalikan dari yang diperintahkan dan dicegah oleh Al Qur’an.
Bahkan al ghina’ memperindah pandangan kita terhadap syahwat dan hawa nafsu, mempengaruhi yang tersembunyi sekalipun dan menggerakkannya kepada seluruh kejelekan serta mendorongnya untuk menuju kepada hal-hal yang (dianggap) menyenangkan.

Oleh karena itu, ketika kita melihat seorang yang memiliki kedudukan terhormat, kewibawaan, dan kecermelangan akal, serta keindahan iman dan keagungan Islam, dan manisnya Al Qur’an akan tetapi ia senang mendengarkan nyanyian dan cenderung kepadanya, berkuranglah akalnya dan rasa malu dalam dirinya pun mulai menipis, wibawanya lenyap, bahkan kecermelangan akalnya telah pula menjauhinya,.
Akibatnya syaitan bergembira menyambut keadaan ini. Imannya pun mengeluh dan mengadukannya kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan akhirnya Al Qur’an menjadi sesuatu yang berat baginya. Lalu ia (iman itu) berdoa kepada Rabbnya : “Ya Rabbku, jangan Kau kumpulkan aku dengan musuh-Mu dalam hati (dada) yang sama.”

Akhirnya, ia akan menganggap baik hal-hal yang dianggapnya jelek sebelum ia mendengarkan nyanyian dan membuka sendiri rahasia yang pernah dia sembunyikan. Setelah itu ia pun mulai berpindah dari keadaan dirinya yang semula penuh dengan kewibawaan dan ketenangan menjadi orang yang banyak bicara dan berdusta, menggoyang-goyangkan kepala, bahu, menghentakkan kakinya ke bumi, mengetuk-ngetuk kepala, melompat-lompat dan berputar-putar bagai keledai, bertepuk tangan seperti perempuan, bahkan kadang merintih bagai orang yang sangat berduka atau berteriak layaknya orang gila.

Sebagian orang-orang arif berkata : “Mendengar nyanyian mewariskan kemunafikan pada suatu kaum, dusta, kekafiran, dan kebodohan.”

Warisan yang paling besar pengaruhnya akibat nyanyian adalah rasa rindu (asyik) terhadap bayangan (gambaran khayal), menganggap baik segala kekejian, dan apabila ini terus berlanjut, akan menyebabkan Al Qur’an menjadi berat di hati, bahkan menimbulkan rasa benci apabila mendengarnya secara khusus.

Oleh sebab itu, jika hal yang seperti ini bukan kemunafikan, apalagi yang dikatakan hakikat kemunafikan itu? Demikian keterangan Ibnul Qayyim rahimahullah.

Adapun rahasia penting tentang hakikat kemunafikan adalah perbedaan atau perselisihan yang nyata antara lahir dan bathin. (Mawaridul Aman halaman 322).

Penyanyi maupun yang mendengarkannya berada di antara dua kemungkinan. Bisa jadi dia akan membuka kedoknya berbuat terang-terangan sehingga jadilah ia orang yang durhaka. Atau di samping bernyanyi, ia juga menampakkan ibadahnya, akibatnya jadilah ia seorang yang munafik.

Dalam hal terakhir ini, ia menampakkan rasa cintanya kepada Allah dan kampung akhirat, sementara hatinya mendidih oleh gelegak syahwat, kecintaan terhadap perkara yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, yaitu suara alat-alat musik dan permainan-permainan lainnya, serta hal-hal yang diserukan oleh nyanyian. Hatinya pun penuh dengan kejelekan itu dan kosong atau sepi dari rasa cinta terhadap apa yang dicintai Allah dan Rasul-nya. Inilah intinya nifak.

Juga seperti yang telah kita sepakati bahwa iman adalah keyakinan, perkataan, dan perbuatan. Tentunya perkataan dan perbuatan yang haq (taat).
Padahal iman itu hanya tumbuh di atas dzikrullah dan tilawatil Qur’an, sedangkan nifak sebaliknya. Ia merupakan perkataan yang bathil dan amalan-amalan sesat dan tumbuh di atas al ghina’.

Salah satu ciri kemunafikan adalah kurangnya zikrullah, malas dan enggan menegakkan shalat, kalaupun shalat mematuk-matuk seperti burung makan jagung, sangat sedikitnya zikirnya kepada Allah. Perhatikan firman Allah mengenai orang-orang munafik ini :

“Jika mereka menegakkan shalat mereka menegakkannya dalam keadaan malas, mereka ingin pujian dan perhatian manusia dan tidak mengingat Allah kecuali sedikit.” (QS. An Nisa’ : 142).

Ibnul Qayyim meneruskan : “Seandainya mereka yang memiliki bashirah memperhatikan dan membandingkan keadaan orang-orang yang bergelut dengan nyanyian dan mereka yang senantiasa menyibukkan diri dengan zikrullah, nyatalah baginya betapa dalamnya pengetahuan dan pemahaman para shahabat terhadap hati dan penyakit-penyakit serta pengubatannya.” (Demikian penjelasan Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Mawaridul Aman 322-323).

" Dan berilah peringatan kepada mereka yang berpaling dari perintah Allah bahawa akan menimpa mereka dari fitnah atau azab yang pedih" (Surah An-Nur : 63).

Thursday, August 11, 2005

Bahaya Para Ustaz Dan Penceramah

Sekali lagi kerana kemalasan penulis dan kebetulan ada ustaz yang menulis persoalan yang sama seperti yang ingin ditulis oleh ana maka ana cukup sekadar cut and paste sahaja petikan dari Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin (pensyarah USM).
Sejak kebelakangan ini, ramai para penceramah agama muncul di tengah gelanggang masyarakat. Dari yang diketahui asal-usul pendidikannya sehinggalah kepada yang tidak diketahui dari mana datangnya.
Modal sesetengah mereka ialah maklumat yang dikutip dari apa sahaja bahan yang sampai kepada mereka. Ibarat kata, membujur lalu, melintang patah.
Mereka tidak mempunyai kekuatan ilmiah dan minda dalam menilai dan menapis fakta. Maka, semua yang dibaca dianggap benar dan disampaikan. Sehingga buku palsu “Dialog Nabi s.a.w Dengan Iblis” juga dipercayai. Antaranya konon baginda Nabi s.a.w bertanya Iblis, “apakah tempat yang paling engkau suka?”. Jawab Iblis “panggung wayang”. Kita tahu pada zaman Nabi s.a.w belum ada panggung wayang.
Bagaimana mungkin istilah ini muncul.
Sudahlah cerita-cerita dalamnya tidak mempunyai sanad yang diterima, ditambah lagi dengan kebodohan jalan cerita yang boleh menyebabkan generasi yang berakal menolak agama.
Padahal itu bukan fakta agama. Al-Quran sendiri tidak menyebut peralatan senjata moden, sebaliknya menyebut kuda, bagi memahamkan senjata terbaik ketika itu.
Mana mungkin hadith menyebut istilah yang tidak wujud di zaman tersebut.
Orang ramai yang jahil menjadi mangsa. Mereka tidak dapat membezakan antara tokoh ilmiah dengan ‘ustaz jadi-jadian’ yang menjadi penceramah segera dengan hanya belajar beberapa hari atau baca beberapa buku melayu, atau terjemahan.
Lalu ada yang menghiasi ceramahnya dengan hadith-hadith palsu, fitnah, lawak jenaka, maki hamun yang ada pula pendengar yang sudi menadah telinga untuk mereka.
Jika keadaan ini dibiarkan, entah berapa ramai lagi ‘Sharil Long’ yang akan muncul.
Rosaklah kemurnian masjid dan surau.
Lebih malang lagi, orang melayu ada yang menganggap sesiapa sahaja yang pulang dari Timur Tengah mesti pandai agama. Mereka lupa berapa ramai Arab yang jahil agama dalam ertikata yang teramat sangat.
Mereka tidak sedar ramai juga yang ke Timur Tengah, tapi tidak belajar.
Hanya sekadar tidur, makan angin, duduk dengan sesama melayu. Jika belajar pun, belajar sesama sendiri, atau mana-mana ustaz Indon, kemudian pulang kononnya sebagai lulusan Timur Tengah.
Apa yang dia lulus pun kita tidak tahu?!! Siapa gurunya? Ada yang hanya mampu menyebut nama seorang dua Indon atau melayu yang mengajar di sana. Tokoh-tokoh ilmuan Arab ditinggalkan.
Mereka tidak ambil manfaat keilmuan tokoh-tokoh yang mereka kembara ke negera mereka itu. Kitab-kitab mereka yang hebat dan ilmiah tidak dibaca. Bahkan, jangan hairan, ada yang pulang dari Timur Tengah, kurang mampu membaca bahan dalam Bahasa Arab. Jika mampu, ada pula yang kurang menguasai bahan dan tidak banyak tahu tentang latar belakang bahan-bahan ilmiah. Apatah lagi sistem sesetengah pusat pengajian di Timur Tengah seperti al-Azhar tidak mengambil pusing tentang kehadiran pelajar.
Bagaimana mereka lulus, –jika betul lulus- tanyalah kepada yang jujur?!!!
Maaf saya katakan, sesetengah mereka sebenar tidak pulang membawa khazanah ilmu.
Mereka membawa diri mereka yang asal. Mereka bagaikan barangan Thailand yang dihantar ke Amerika, dicop di sana dan dikirim semula.
Dengan nama Timur Tengah, ramai juga yang menjadi penceramah. Hanya atas nama itu, orang ramai menganggap semua isi kandungan ucapan mereka benar. Maka mereka ini tidak memiliki penguasaan ilmiah dan metodologi yang betul dalam menilai bahan-bahan agama yang disampaikan.
Bidang keilmuan itu sendiri luas. Sekalipun bagi yang belajar, bukan semua ilmu dikuasainya. Maka bukan semua pula yang benar-benar bersijil, atau berguru menjadi alim. Ilmu diukur pada kemampuan dan pembuktian kajian.
Para ulama hadith sejak dahulu mengingatkan umat Islam tentang bahaya golongan qussas dan wu’adz.
Golongan ini adalah antara yang paling berperanan menyediakan hadith palsu, atau menyebarkannya. Bahkan melalui mereka tersebarnya Israiliyyat, petua-petua khurafat dan cerita-cerita karut yang disandarkan kepada tokoh itu dan ini.
Agama tercemar kerana mereka.
Secara ringkas kita terjemahkan wu’adz dan qussas sebagai para penceramah agama dan penglipurlara.
Mungkin kita akan bertanya, apakah bahaya? Tidakkah mereka ini memberi nasihat di masjid dan surau kepada orang ramai. Orang ramai pula dapat mengambil manfaat daripada mereka?!.
Kita katakan, bahayanya bukan kerana mereka memberikan nasihat, tapi bahayanya kerana ada isi kandungan agama yang terkandung dalam ucapan-ucapan mereka banyak yang tidak benar.
Orang ramai terseleweng kerana mereka. Walaupun kita sedar bukan semua penceramah begitu. Ramai juga penceramah yang berhati-hati dalam penyampaian maklumat dan hadith-hadith yang dibaca. Namun lebih ramai penceramah yang hanya memikirkan apa yang disukai oleh pendengar semata.
Kata Dr. Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql: “Qussas mereka itu adalah wu’`azd yang mengadakan majlis-majlis untuk memberi nasihat, yang mana ianya menyanggahi majlis ilmu. Mereka memberi nasihat kepada orang ramai dengan berbagai hikayat, israiliyyat dan seumpamanya yang tidak ada asal usulnya, atau palsu, atau apa yang akal orang awam tidak dapat memikirkannya.” (Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql, Al-Ahwa` wa al-Firaq wa al-Bida’ `ibr Tarikh al-Islam, m.s. 44, cetakan Dar al-Watan, Riyad).
Sepatutnya majlis-majlis nasihat mestilah berteraskan ilmu yang tulen. Ayat-ayat al-Quran yang dihuraikan mestilah memenuhi disiplin ‘Ulum al-Quran yang telah digariskan oleh para ulama. Demikian sesiapa yang ingin menghuraikan hadith mestilah mempunyai latar pengetahuan mengenai ‘Ulum al-Hadith. Begitu juga yang membicarakan persoalan fiqh, mestilah mempunyai pengetahuan tentang Usul al-Fiqh. Kata al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H)
ketika mengulas mengenai tipu daya iblis terhadap wu’adz dan qussas ini: “Dahulunya para wa’`azd adalah ulama dan fuqaha’..kemudian bidang ini dicemari maka ianya disertai oleh golongan jahil…maka golongan awam dan wanita begitu suka kepada mereka. Lantas orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu sebaliknya mereka berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang yang jahil. Maka timbullah berbagai bid`ah dalam bidang ini… di kalangan mereka ada yang memalsukan hadith-hadith dalam al-targhib (menggalakkan ibadah) dan al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat). Iblis menipu mereka lalu mereka berkata: “tujuan kami ialah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan. Mereka lupa sabda Nabi S.A.W: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 143 Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut)
Kita sedar ramai yang ingin jadi penceramah agama. Kata mereka ‘lumayan’. Mungkin benar bagi yang mencari wang untuk kesenangan sendiri, bukan untuk pembangunan minda dan kekuatan umat.
Justeru, ada yang berhenti kerja, kerana hendak berceramah. Orang ramai menamakan mereka pendakwah bebas atau seumpamanya.
Saya tidak pasti, apakah semua mereka benar-benar ingin berdakwah kepada Islam yang benar dan tulen. Dalam ertikata menghuraikannya dengan disiplin yang diletakkan oleh para sarjana Islam yang muktabar dalam berbagai bidang.
Atau mungkin hanya segelintir, selainnya dibimbangi seperti yang disebut oleh Imam al-Sakhawi (meninggal 902H): “Antara pereka hadith palsu itu ialah golongan yang mendapat untung dan mencari rezeki dengan hadith-hadith palsu dalam cerita-cerita dan nasihat-nasihat mereka” (Al-Sakhawi, Fath al-Mughith, 1/282, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut)
Malangnya apa yang disebut oleh para ulama itu berterusan sehingga ke hari ini. Walaupun kebanyakan penceramah tidak lagi mencipta sendiri hadith-hadith palsu, tetapi mereka mengambil hadith-hadith palsu daripada orang lain untuk menyukakan para pendengar.
Cerita-cerita dusta tentang para nabi dan wali menjadi bahan ceramah. Demikian juga riwayat-riwayat Israiliyyat dan seumpamanya. Apabila ada orang berbangsa cina di dalam majlis umpamanya, mereka pun menyebut Nabi bersabda: (Tuntutlah ilmu sekalipun ke China) Ini hadith yang palsu seperti yang disebut oleh para ulama. (Lihat: Al-Jarrahi, Kasyf al-Khafa 1/138, cetakan Dar Ihya al-Turath al-`Arabi, Beirut/ / Nasir al-Din al-Albani, Silsilah ad-Dha`ifah wa Al-Maudu`ah, 1/600, cetakan: Maktabah al-Ma`arif, Riyadh).
Malangnya ramai yang tidak memberi perhatian tentang hal ini. Sehingga ada forum perdana dianjurkan dengan tajuk hadith palsu ini.
Demikian juga apabila datang bulan Rejab atau Sya’ban, atau Ramadan, maka mereka pun membaca hadith palsu:
Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”.
Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if , m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria) Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab)
(lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut)Sekalipun ia adalah riwayat yang batil, mereka tidak peduli. Apa yang mereka pentingkan ialah orang ramai suka dengan apa yang mereka sebut.
Kata al-Syeikh Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib: “Kebanyakan qussas mereka hanya pentingkan orang ramai berkumpul kepada mereka. Maka mereka pun mencipta hadith apa yang orang ramai sukai yang boleh membangkitkan jiwa, menggerakkan perasaan dan memberikan harapan terhadap apa yang orang ramai suka. Di kalangan para qussas ada yang melakukan itu semua demi untuk memperolehi habuan dan faedah dari pendengar. Kebanyakan bala datang daripada mereka. Mereka berdusta kepada Nabi s.a.w.dan tidak pula menganggap itu sebagai dosa dan pembohongan. Peliknya, mendukacitakan mereka memperolehi pula telinga-telinga yang sudi mendengar, membenarkan dan membela mereka. Ini disebabkan kejahilan orang awam yang tidak mementingkan kajian dan penelitian”.( Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib, Usul al-Hadith, m.s. 424, cetakan Dar al-Fikr, Beirut)
Inilah hakikat yang sedang berlaku sehingga ke hari ini. Entah berapa ramai penceramah tidak meneliti kedudukan hadith-hadith yang dibacanya. Apa yang mereka pentingkan ialah jempuan orang ramai dan kesudian mereka untuk mendengar.
Sebab itulah pada zaman dahulu Ibn `Umar mengarahkan agar pihak berkuasa mengeluarkan mereka dari masjid dan `Umar bin `Abd al-`Aziz pula memenjarakan mereka dan sesiapa yang duduk dalam majlis mereka. ( Lihat: Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql, Al-Ahwa` wa al-Firaq wa al-Bida’ `ibr Tarikh al-Islam, m.s. 44.)
Kesalahan mereka bukan kerana mereka memberi nasihat kepada orang ramai.
Rasulullah S.A.W. dan para ulama salaf juga memberi ceramah dan nasihat kepada orang ramai. Namun yang salah ialah mereka menyebarkan perkara-perkara palsu. Menyandarkan maklumat palsu kepada Islam adalah sesuatu yang amat haram. Malangnya perkara yang amat diharamkan syarak ini berlaku di masjid-masjid.
Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadith al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadith, samada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadith)Mereka hanya membaca hadith apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadith tersebut. Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya. Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah." (Abu Syahbah, al-Wasit fi `Ulum wa al-Mustalah al-Hadith, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-`Arabi, Kaherah).
p/s :
" Maka diharapkan para pembaca dapat mengambil iktibar, sebenarnya jika saya yang menulis topik ini maka dikhuatiri bahasa dan uslub saya lebih keras dan berat sehingga takut menakutkan para pembaca jadi lebih baik saya sekadar mengutip dan memetik artikel yang ditulis oleh Dr. Mohd Asri yang agak lembut ini" (Ust Emran).

Perihal Hadith Palsu dan Dhaif Bulan Rejab

Dipetik dari (malas nak menulis psl dah ada artikel yg sesuai)
Hadith Palsu Rejab, Sya'ban
oleh : Dr. Mohd Asri b. Zainul Abidin(moasriza@yahoo.com)
Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan RasulNya. Jika agama boleh direkacipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan.
Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.Kita melihat di akhir-akhir ini perkembangan yang lebih mendukacitakan, dimana adanya individu-individu tertentu yang tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam atau sekadar sebulan dua di pusat pengajian tertentu kemudiannya muncul di tengah masyarakat dengan membawa huraian-huraian yang salah tentang Islam di sana-sini.
Fenomena ini mendukacitakan kita, akhirnya manusia mengambil agama daripada golongan jahil lalu mereka diselewengkan.Bahkan bukan sahaja golongan yang tidak pernah mengikut pengajian Islam membuat kesalahan dalam memetik dan menghuraikan hadith bahkan ada di kalangan yang menggunakan lebel nama sebagai ustaz juga sering membuat kesalahan dalam persoalan memetik dan menghuraikan hadith-hadith Nabi s.a.w.
Sebenarnya gelaran ustaz bukan bererti seseorang itu tahu segalanya dalam ilmu-ilmu Islam. Sebaliknya ada golongan yang digelar ustaz hanya kerana sepatah dua kalimat yang dihafalnya. Berbalik kepada persoalan hadith, ramai di kalangan kita yang begitu tidak berdisplin dalam memetik hadith-hadith Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadith. Apa sahaja yang dikatakan hadith terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadith terhadap kedudukannya. Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadith maka pastinya sahih dan wajib diimani. Dengan itu apa sahaja yang mereka jumpai daripada buku bacaan, yang dikatakan hadith maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa,
sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith yang mutawatir: "Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka" (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka) .Hadith ini adalah mutawatir (lihat: Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith, m.s. 239, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut)
Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat barat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. ialah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.
Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya. Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. samada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ianya disebut sebagai al-hadith.
Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadith pada hakikatnya, Cuma ianya disebut hadith berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu', atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadith palsu ialah: "Hadith yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara dusta, ianya tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w." (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi `Ulum al-Hadith, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut)
Perbuatan ini adalah jenayah memalsu ciptakan agama, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Seperti seseorang yang memalsukan passport di atas nama sesebuah kerajaan. Ianya sebenarnya melakukan pembohongan dan jenayah terhadap kerajaan tersebut. Kedudukan Nabi s.a.w tentunya lebih besar dan agung untuk dubandingkan. Oleh itu dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut: "Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) dalam mengulas hadith ini: "Ianya merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda. Maksudnya: Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku) (rujukan: Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, jld 1, m.s. 270, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).
Bukan sahaja membuat hadith palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ianya adalah hadith palsu juga adalah sesuatu yang haram. Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): "Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadith palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya" (Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith, m.s.98)
Misalnya di tanahair kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Sya`aban maka hadith-hadith palsu mengenai mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadith: "Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku".
Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)
Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab).
(lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).
Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).
Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99)
Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi agen menyebarkan hadith-hadith palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):
Hadith-hadith mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadith mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadith-hadith mengenai solat pada malam Nisfu Sya`aban (kesemuanya adalah palsu).
Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
Sebenarnya hadith sahih mengenai kebaikan malam nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.
Hadith yang boleh dipegang dalam masalah nisfu Sy`aaban ialah: "Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).
Syeikh Muhaddith Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh).
Hadith ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan.
Oleh itu amalan-amalan tertentu pada malam tersebut seperti baca Yasin, solat-solat tertentu adalah bukan ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: "Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi' tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan.
Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka." (Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati. Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ianya ternyata bercanggaha dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Justeru itu hadith-hadith palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.
Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan. Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama.
Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-Sunnah yang pasti kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadith. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadith al-Azhar): "Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadith, samada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadith). Mereka hanya membaca hadith apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadith tersebut. Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya. Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah." (Abu Syahbah, al-Wasit fi `Ulum wa al-Mustalah al-Hadith, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-`Arabi, Kaherah)
>Penulis menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak juga semua pihak yang membaca sesuatu hadith memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.
p/s :
" Tidak mengapa mahu beribadah dalam bulan rejab dengan tidak menkhususkan ibadah tersebut dibuat kerana bulan rejab sebaliknya dibuat kerana Allah swt seperti bulan-bulan biasa yang lain..." (ustaz emran)

Friday, August 05, 2005

Pernikahan Atau Zina Mana lebih mudah ?

Warning !!! @
(Hanya untuk bacaan 18 tahun ke atas)
Sebarang ketidakpuasan hati tidak akan dilayan-@#

Pada penulisan ringkas ini, saya ingin mengajak para umat Islam kembali memuhasabah (menginsafi) mengenai realiti keadaan hari ini akan persoalan sosial yang melanda umat Islam.

“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).

Hari ini gejala sosial dan keruntuhan akhlak semakin berleluasa dan kejahatan serta maksiat semakin tersebar. Bukan hanya rancangan televisyen, bukan hanya muzik, bukan hanya dadah, bukan hanya hubungan bebas, bukan hanya buang anak, bukan hanya pelacuran, bukan hanya murtad, bukan hanya pembunuhan dan pemerkosaan sebaliknya masyarakat Islam sekarang berdepan dengan keruntuhan dan kerosakan yang bakal menghancurkan institusi kehidupan Islam dari muka bumi.

Kehidupan itu bermula dari persetubuhan seorang lelaki dan wanita kerana darinya lahir benih yang menghasilkan nyawa yang membesar dari rahim seorang wanita sehingga mewujudkan seorang generasi baru yang bakal bergerak dan berjalan di muka bumi.

“Dan dari apakah manusia itu diciptakan ?” (Abasa : 18).

“Dari setitis air mani (air lelaki) ketika ianya tertumpah ke dalam rahim (kemaluan perempuan)” (An-Najm : 46).


Dari proses inilah maka sosial maysrakat itu terbentuk kerana dari hal inilah juga seorang manusia itu lahir dan wujud. Maka pada kali ini saya ingin membincangkan mengenai proses hubungan lelaki dan wanita yang menjadi teras kewujudan manusia ini yang semakin hari semakin terancam apabila kerosakan manusia dari sudut akal dan jauhnya mereka dari pertunjuk Islam.

Manusia diciptakan secara fitrah tertarik kepada lain jantina dan saling menyukai untuk mendekati antara satu sama lain lalu dari itu akan sampai berlakunya persetubuhan yang akan menjadi proses kelangsungan generasi dan zuriat. Hal ini merupakan fitrah manusia yang sudah ditetapkan oleh Allah swt.

“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).”
(Surah Ar-Rum :30).

Sesungguhnya apa yang ingin dibincangkan pada kali ini ialah bukan mengenai fitrah manusia yang memerlukan kepada hubungan lelaki perempuan kerana semua mereka yang mumayyiz (berakal dan mampu membezakan baik dan buruk) mampu mengetahui perihal tersebut.

Sehingga walaupun seorang bapa yang mempunyai anak perempuan dan menghalang anaknya itu dari bernikah dengan lelaki yang disukai oleh anaknya itu pun sebenarnya memahami bahawa manusia itu mempunyai fitrah inginkan teman dan inginkan kepuasan seksual (persetubuhan lelaki dan perempuan) .

Buktinya si bapa itu sendiri pada setiap malam Jumaat akan menyelak kain isterinya melihat apakah ada warna merah atau tidak kerana jika bersih dan berbau wangi maka dia sendiri akan menerokai apa yang ditutup dan ada di dalam kain isterinya itu demi mengaut nikmat yang dianugerahi Allah kepada hamba-Nya.

“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).


Cumanya seperti biasa manusia tanpa hidayah Allah mereka akan menjadi lugu, bodoh dan dungu sehingga mengakibatkan kerosakan kepada manusia lainnya akibat dari kejahilan mereka.

Demikianlah juga seorang ibu yang sangat pemarah dan tegas menghalang anak perempuan atau anak lelakinya dari mempunyai teman dan kekasih kononnya kerana anaknya itu masih belajar dan belum mempunyai pekerjaan namun sebenarnya si ibu itu sendiri apabila ditinggal lama oleh suaminya akan terasa panas bahagian bawahnya dan kosong serta sedih dan lemah juga pelbagai lagi rasa kurang selesa.

Sehinggalah datang suaminya pulang lalu membuka kain dalamnya yang menutupi bahagian bawah perutnya maka apabila diisi oleh sesuatu dari bahagian badan suaminya barulah si ibu itu terasa seronok, gembira dan bahagia serta lagi nikmat.

Apakah si ibu itu tidak mengerti nikmat dan fitrah manusia yang memerlukan teman ? kekasih ? atau pasangan dari lain jantina demi memuaskan keperluan batin ? Jawabnya tidak dan sudah tentu sesiapa pun manusia akan mengetahui akan hal ini jika dia itu berakal namun seperti biasa akibat kejahilan dan buta hatilah mereka tidak menyedarinya dan lupa kepentingannya kepada orang sekitar mereka.

“Sesungguhnya tidaklah mereka itu buta mata mereka tetapi sebaliknya yang buta itu ialah hati mereka” (Al-Hajj : 46).


Manusia seperti biasa tetap hanya pentingkan diri sendiri, hanya memikir keseronokkan sendiri dan lupa akan keperluan orang lain walaupun anak dan keluarganya sendiri.

Lalu bertolak dari sikap “selfish” pentingkan diri sendiri itulah maka setiap orang berpegang kepada prinsip bahawa aku sendiri yang perlu mencapai kepuasan tanpa mengharap kepada orang lain.

Si lelaki apabila menyedari bahawa keluarganya mustahil akan membantunya untuk sampai dapat menikmati kenikmatan duniawi dari persetubuhan lelaki dan perempuan itu akhirnya akan sampai berusaha sendiri dengan jalannya sendiri yang pastinya dikemudi dan dipandu oleh pertunjuk nafsu dan panduan syaitan.

“ Sesunnguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan…” (Yusof : 53).

Maka pelbagailah caranya, bermula secara kecil-kecilan dengan mempraktiskan kemahiran mata memfokus pada bentuk badan wanita, pinggul dan bahagian yang timbul-timbul baik gunung daik bercabang dua atau ketul berlubang atau apa sahaja darinya.

Bermula dari memfokus pada yang jauh maka akan dicuba pula pada close-up dengan yang dekat dengan memerhati pada ahli keluarga sekeliling maka jadilah kakak, adik perempuan, kawan sekelas dan perempuan sekitar sebagai mangsa percubaan. Tidak cukup lagi dengan itu akan dicuba pula oleh lelaki itu dengan mencari video dan rakaman live dokumentari hubungan badan lelaki perempuan yang dijual bercambah di jalanan dengan bertitle XXX .

Sudah tentu teriakan, raungan dan jeritan serta keluhan nikmat wanita akan menjadi igauan lalu ransangan ke otak akan segera memerlukan tindakan maka bermulalah adegan mengurut bahagian anggota dalam seluarnya bagi mengurangkan ketegangan. Ereksi keras perlu dilembutkan maka tangan dimainkan peranan mengurut sampai kurang tekanan dan tercapailah kepuasan dengan air putih tanda kelegaan.

Lama ke lamaan kebosanan mula menghambat badan dan jiwa inginkan pembaharuan maka wanita sebenar menjadi percubaan. Lalu terjadilah pemerkosaan bagi yang tidak dapat menahan akal dan perasaan dan zina menjadi kebiasaan bagi yang bijak memikat dan memain peranan.

Bukankan hal ini merosakkan akal dan memusnahkan tunas sosial masyarakat Islam ? Bukan hanya lelaki sahaja bahkan wanita tidak kurangnya dan mereka yang selalunya menjadi mangsa dan menjadi pemangsa kepada gejala sosial. Apakah wanita tidak punyai nafsu ? Sudah tentu sekali dan seharusnya lebih dari lelaki kerana mereka dijadikan Allah swt dengan kejadian yang unik sehingga penuh rangsangan nafsu di sekeliling mereka.

Tidak hanya pinggul mereka yang ramping molek, tidak hanya faraj mereka yang tersembunyi, tidak hanya gunung daik bercabang dua mereka, tidak hanya celahan pada badan cukup sahaja bau badan wanita dan suara mereka sudah menjadi perangsang nafsu. Bahkan bagi sesetengah yang gila cukup sahaja pakaian wanita menjadi satu tarikan rangsangan hebat.

Tentu kita pernah mendengar kejadian lelaki mencuri pakaian dalam wanita kerana dijadikan modal rangsangan dan tertarik kepada apa-apa sahaja yang menjadi simbol wanita. Sesungguhnya wanita juga apabila tidak dapat memenuhi tuntutan batin mereka dengan jalan yang hak (sebenar) akan menjadi lebih dahsyat dari lelaki.

Lelaki sekurang-kurangnya mampu mencapai klimaks dalam seks cuma sekali apabila zakarnya memancutkan mani namun wanita itu bukahkah mampu lebih dari sepuluh kali klimaksnya ? Maka nafsu wanita lebih kuat dan dahsyat lalu lantaran sikap manusia yang jahil dan buta hati maka wanita yang tidak dapat mencapai tuntutan batinnya biasanya akan memberontak.

Maka tidak hairan mereka tidak akan segan silu lagi menawarkan faraj kemaluan mereka dengan harga murah dan mudah bagi lelaki yang mampu memberikan mereka kepuasan.

Bayangkan, kalau isteri yang kegersangan sahaja sanggup memberi tubahnya kepada India pembawa tong gas, sanggup mengadai tubuhnya kepada jiran, kepada rakan sekerja, kepada kenalan internet, kepada pegawai telekom yang memeriksa bil di rumah, kepada pegawai elektirik yang menyemak dan menghantar bil di rumah, kepada posmen, kepada sanak keluarga maka apatah lagi wanita yang tidak punyai suami yang sangat dahagakan sentuhan belaian lelaki ?

“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).

Lalu biasa sahaja lahir gejala bohsia dan bohjan, sudah dilupakan maka muncul pula gejala seks mudah dan murah, mudah kerana ditepi jalan dan murah kerana cuma bermodal pil perancang keluarga. Kenikmatan tersembunyi disebalik semak samun lebih menyeronokkan dari kenikmatan di atas katil rasmi yang perlu melalui upacara gila adat istiadat kompang bersanding atau akad nikah di hadapan kadi.

Buat apa bersusah ? Perlu menghafaz doa itu dan ini, perlu belajar solat dan tahu hal agama dan lulus ujian nikah, perlu ada wang banyak dibuat belanja, hantaran yang tinggi semuanya ingin serba satu, maskahwin lagi, upah itu dan ini belum termasuk mak andam tentukan dara atau tidak.

Buat apa bersusah ? sedang lelaki muslim hari ini mampu merasai pelbagai jenis faraj wanita baik kecil atau besar, baik kulit putih atau gelap, pelbagai bangsa, pelbagai rasa dan nikmat, pelbagai status dengan mudah tanpa perlu bersusah. Jika ingin yang dara maka dituju sahaja ke sekolah dan madrasah lalu di sana itu banyak yang masih belum pecah dara maka digoda sahaja.

Dipujuk-pujuk dan dirayu maka selalu sahaja menaiki motorsikal dibawa berjalan, setelah itu cik adik dibawa ke tilam lalu dikorbankan dengan pelbagai gaya dan jika lebih malang dikenduri bersama rakan.

Apabila sudah bosan bersama dara kerana ingin yang berpengalaman maka isteri orang menjadi sasaran. Dicari isteri jiran, dipikat dan dimainkan atau guru yang mengajar disekolah atau ustazah semuanya sama sahaja yang punyai faraj lalu tidak selamat menjadi mangsa apabila tiba masa.

Begitu juga wanita, mereka juga tidak kurang bahaya, sudah biasa bersama seorang lelaki mereka ingin dua dan tiga. Bukankah pelbagai orang itu saiznya berbeza ? Ingin merasa pelbagai nikmat dan cara, sentuhan manja selalu sudah biasa kali ini ingin pula cara bahaya, aksi ganas menjadi biasa maka sudah rosak segala apa yang ada maka tidak hairan terkadang mereka sanggup menjadi begitu hina menjual tubuh demi mencari kepuasan.

Bermula dari keluarga yang gila dan pelbagai masalah, mereka mencari rakan teman sebagai tempat meluah masalah. Wanita ingin dibelai lelaki maka sudah pasti mereka menyerah bila bertemu idaman hati. Maka segala ceruk isi badan diserah dan apabila sudah terlajak maka nikmatnya sudah terasa dan ketagihan pasti menjadi biasa lalu kerosakan bertambah setiap masa.

Wanita muslimah hari ini mereka sudah cerdik dan bijak. Dulu hanya pil perangcang keluarga namun sekarang sudah ada pil yang pelbagai dan sudah ada cara jimat cukup kondom sebagai penyelamat. Atau memakai DDU atau alat di rahim yang mencegah kemasukan benih atau apa sahaja cara moden kaedah terkini.

Di rumah sudah ada internet, mereka lalu terdidik, biasa sahaja buka baju di depan kamera dan pamer di web atau berchatting bersama teman lelaki. Terbiasa dengan berbogel di bilik sendiri maka mereka biasa beronani mencari kepuasan diri. Maka kerana itu wanita pelangan utama alatan seksual dan mainan seksual. Mereka cukup bermula dengan alatan plastik lalu setelah bosan menjerat lelaki dan menjadi pengidam anggota sulit lelaki.

Seorang lelaki menjadi tempat setia, lalu badan di serah sahaja nampak menolak tapi kakinya dibuka, suaranya pun mengerang juga kerana itu nampak sahaja wanita seolah berpura tidak mahu tetapi hatinya sering meminta mahu. Apabila teman lelaki curang dengan wanita lain maka dia pun mengambil alasan meninggalkan kekasihnya kerana curang lalu mencari peluang bersama lelaki lain pula lalu seterusnya lalu seterusnya maka menjadi biasa sebelum sampai dapat bernikah mungkin sudah sepuluh orang.

“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).


Tidak susah wanita Islam, teknologi sudah berkembang lalu bukankah ada perkhidmatan memulih dara ? Selaput dara dibuat semula kata orang putih “re-make” itu sudah biasa, siap boleh keluar darah di malam pertama maka cantiklah, boleh menjadi penyelamat keluarga.

Sekarang ini mendapat isteri perlu berhati-hati kerana yang disunting mungkin sudah ternoda atau dinoda atau penoda. Tapi bila difikir kembali sama sahaja, baik lelaki baik wanita semuanya pernah merasa hubungan seks sebelum bernikah lalu buat apa berpura-pura wanita penzina bersama lelaki penzina bukankah keduanya sama sahaja ?

“Penzina lelaki itu tidak bernikah melainkan dengan wanita penzina atau wanita musyrikah (kafir) dan wanita penzina itu tidak bernikah melainkan dengan lelaki penzina atau lelaki musyrik (kafir) dan yang demikian itu diharamkan kepada orang yang beriman” ( An-Nur : 3).


Terima kasihlah kepada kerajaan yang memerintah kerana merekalah penyumbang jasa. Zina dan kejahatan serta kerosakan semuanya dimula oleh yang berkuasa kerana mereka tidak mencegah sebaliknya pengalak dan pencetus kerosakan. Namun tidak mengapalah kerana insyaAllah balasan mereka sudah siap terjamin oleh hadith baginda seperti dari riwayat Abdullah ibn Umar ra bahawa baginda nabi pernah bersabda :

“ Setiap dari kamu merupakan pemimpin dan setiap dari kamu akan ditanyai mengenai apa yang kamu pimpin” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 893 dan Muslim no. 1829).

Juga dari Abdullah Ibn Mas’ud ra bahawa baginda bersabda :

“Golongan yang paling dashyat di azab di neraka ialah mereka yang membunuh para nabi dan pemerintah yang jahat” (hadith hasan riyawat Ahmad no. 407 Jilid 1 dan tibrani ).

Para ulamak tidak berperanan kerana ada yang sibuknya dengan politik lalu anaknya menjual diri lalu dibiar kainnya diselak oleh lelaki atau pun ulamak turut terlibat membenarkan segala omongan kerajaan kerana mereka diberi bayaran. Ceramah cuma menyentuh bab demokrasi dan pilihanraya sambil sekali sekala mengutuk pemimpin yang berkuasa.

Dakwah pula tidak mengait soal nikah dan perkahwinan kerana ini hal sampingan. Tok kadi dan guru agama masjid pun saling berkaitan bahkan turut penyumbang menyusahkan. Pelbagai syarat nikah diperkenalkan ada kebaikan ada kegilaan. Dari memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan martabat perkahwinan lebih baik fikir bagaimana untuk memudahkan perkahwinan kerana ramai yang tidak bernikah bukan terkilan kerana tiada jalan.

Cukup banyak jalan dan cara sampingan untuk mencapai kepuasan apa guna nikah bila ianya hanya menjadi halangan kesusahan ? Ibu bapa perlu diucapkan syukran atau diberi penghormatan oleh sultan iblis dan diberi gelaran pangkat kebesaran syaitan.

Merekalah penyumbang utama kerosakan anak, pencetus utama kerosakan akhlak. Dimulakan dengan keluarga yang berpecah atau dari kegiatan yang sering bertelagah maka rumahku syurgaku menjadi nerakaku bapa ibuku. Anak yang kecil mula mempelajari erti derita dan sengsara, dipukul dan dicerca perkara biasa. Anak wanita mula membesar terkadang menjadi mangsa, bapa perkosa anak sudah biasa.

Semuanya akibat manusia yang jahil dan hina yang membutakan hati mereka. Cukuplah mengikuti jejak langkah syaitan dan terikut adat gila yang membawa petaka.

“Sesungguhnya tidaklah mereka itu buta mata mereka tetapi sebaliknya yang buta itu ialah hati mereka” (Al-Hajj : 46).

Di Negeri sembilan ada adat perpatihnya yang konon menjaga wanita lalu seronoknya sampai susah nikah wanita menjadi derita lalu faraj dijual murah sahaja. Wang hantaran sekarang sudah sampai RM 10 000 maka ibu bapa mendapat malu bila anak sudah tidak lagi malu berjalan keluar dikepit lelaki tanpa perlu membayar dahulu.

Lucu sekali zaman ini, setelah dipersusahkan sunnah nabi salallahualaihiwasalam , diperketatkan, ditinggalkan dan dihinakan lalu maksiat tersebar maka akhirnya ibadah menjadi haram jadah.

“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).

Pernikahan yang Dicela


Nikah yang sepatutnya menjadi penyelamat sosial masyarakat umat Islam kini cuma menjadi duri dan halangan yang menyusahkan dan menyempitkan. Pernikahan atau perkahwinan yang dicela sangat banyak dan berleluasa pada hari ini.

Sesungguhnya saya tidak dapat menulis semua sebab dan jenis kecelaan kerana ianya terlampau banyak cukuplah menyatakan beberapa kecelaan sebagai contoh.

a) Pernikahan yang menyusahkan

Sesungguhnya pernikahan itu ialah ibadah dalam dalam islam dan tidaklah Allah menjadikan sesuatu dalam ibadah Islam itu sebagai menyusahkan.

“ Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan” (Al-hajj : 78).

Maka barangsiapa yang menyusahkan pernikahan maka sesungguhnya dia telah menyusahkan ibadah dalam agama ini maka hukumnya samalah seperti golongan zalim yang menyusahkan agama dalam urusan lain.

Jika seorang bapa itu ahli politik pembangkang yang memarahi kerajaan dan menuduh kerajaan sebagai zalim kerana menolak pelaksanaan hukum Islam dan menuduh kerajaan menyusahkan usaha menegakkan Islam di Malaysia maka sesungguhnya si bapa itu juga zalim apabila dia sendiri menyusahkan pernikahan anaknya dan menghalang anaknya dari menunaikan kewajipan sebagai muslim dan menuruti sunnah nabi salallahualaihiwasalam iaitu nikah.

Baginda salallahualaihiwasalam pernah menyebut :


فمن رغب عن سنتي فليس مني
“ Barangsiapa yang membenci sunnahku maka dia bukanlah dari golonganku (ummatku).”
(Hadith Sahih Bukhari, Bab Nikah, no.1).


Bahkan dipersusahkan pernikahan itu dengan mengadakan pelbagai syarat dan adat yang memberatkan pernikahan.

Belanja kahwin atau dikenali hantaran itu tidak wujud dalam Islam bahkan ianya termasuk perkara bid’ah yang baru dan menyusahkan serta memberatkan. Sabda baginda Salallahualaihiwasalam :


من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهوا رد
“ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.”
(Hadith sahih disepakati Bukhari no.156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .



Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan” (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim).

Islam cuma menetapkan maskahwin kepada umatnya dengan pihak lelaki perlu membayarkan maskahwin (mahar) kepada si perempuan yang akan dinikahi bukan kepada keluarganya tetapi kepada si perempuan itu !!!

Bahkan maskahwin itu sendiri tidak dibebani sampaikan pernah baginda menikahkan seorang sahabat dengan bacaan dari ayat Al-Qur’an seperti hadith Sahl bin Said As-Sa’adi bahawa baginda pernah menikahkan seorang sahabat dengan maskahwin (mahar) hanya berupa beberapa ayat dari Al-Qur’an disebabkan sahabat tersebut terlalu miskin sehingga tidak punyai apa-apa untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin besi (sila lihat hadith sahih riwayat bukhari no. 5087 dan Muslim no. 3472 dan daruquthni dll).

Sabda baginda : “Sesungguhnya agama ini ialah mudah dan tidaklah yang (sengaja) menyusahkan dirinya dalam hal agama ini melainkan dia akan dikalahkan (tidak mampu)” (hadith sahih riwayat bukhari syarah ibn hajar jilid 1 m/s 93).

Namun pada hari ini, selain perlu mempunyai wang hantaran yang banyak maka si pengantin lelaki juga terpaksa membayar pelbagai upah itu dan ini.

- upah mak andam
- upah kenduri memasang khemah
- upah catering atau memasak
- upah membuat tempat persandingan
- upah tok kadi
- upah saksi
- upah utusan rombongan
- sewa hotel atau tempat kenduri

Sesungguhnya pernikahan itu akhirnya menjadi kesusahan dan berpadalah para pemuda Islam dengan hanya cukup sekadar mempunyai teman wanita tanpa nikah cukup zina penyedap rasa dan penenang jiwa.


b) Pernikahan yang tanpa keberkatan dan tidak kerana ibadah

Dimaksudkan pernikahan yang dibina tanpa keberkatan ialah pernikahan yang berlaku sekadar menutup aib apabila anak perempuan sudah sarat mengandung 7 bulan atau dibuat kerana demi dunia bukan kerana ibadah kepada Allah swt.

“ Dan tidaklah kamu diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhlas kepada-Nya melalui deen yang lurus” (Al-Baiyinah : 3).

Menikahnya perempuan dengan lelaki tua yang kaya demi kerana harta dan kemewahan. Dibimbangi apabila suami tua itu tidak mampu memberi nafkah batin maka si isteri akan mencari gigolo sebagai pemuas nafsunya. Juga seperti contohnya menikahnya seseorang kerana dunia seperti demi kerana harta, demi kerana pangkat dan kedudukan yang dimiliki oleh seseorang.

Sabda baginda rasulullah : “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang beragama kelak kamu akan beruntung” (hadith sahih riwayat bukhari dan muslim).

Sering menjadi trend budaya orang kaya menikahi para artis kerana kepopularannya atau menikahi juruhebah televisyen atau pengacara rancangan wanita di televisyen yang cantik molek disebabkan cantik atau glamour. Tidak kurang juga wanita sekarang mencari lelaki kaya demi kerana ingin kesenangan duniawi dan boleh melancong ke Eropah.

Pernah seorang pensyarah wanita di UIA berkata kepada pelajar wanitanya : “ kalau kamu mahu berkahwin nanti mintalah bakal suami kamu membawa kamu ke eropah” .

Demikianlah pernikahan yang sekadar “ kita kan orang Islam kenalah bernikah” iaitu sekadar melepaskan batuk di tangga bukannya sebagai ibadah seperti perbuatan seorang remaja wanita sekolah agama apabila zip seluarnya telah dilondehkan oleh teman lelakinya dan setelah puas berkucupan dan teman lelakinya sudah tidak sabar mahu memasukkan zakarnya ke dalam faraj perempuan tersebut lalu apabila dicuba untuk ditanggalkan seluar dalam wanita itu maka wanita itu berkata kepada teman lelakinya “ ala janganlah sayang, kita kan orang Islam kenalah nikah dulu”.

Sesungguhnya pernikahan ini ialah ibadah maka tidaklah ditegakkan ibadah itu melainkan dengan menuruti sunnah dan berniat ikhlas maka barangsiapa yang tidak ikhlas dan tidak menuruti sunnah maka nikahnya sia-sia dari sudut ibadah kepada Allah swt dan hanya bebanan serta kesusahan. Adapun bagi yang bernikah kerana ingin menjaga agama dan ibadah maka Allah pasti akan membantu mereka dan memudahkan urusan mereka.

“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya” (Surah Thalaq : 2-3).



Pernikahan yang sepatutnya

Pernikahan dari sudut bahasa ialah “bersatu” atau “berhimpun” dan menurut istilah lainnya ia bermaksud bersetubuh apabila dirujuk kepada manusia. Pada ta’rif syariat, nikah bermakna satu hubungan yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan wanita melalui aqad yang khusus (lihat Fiqh manhaji ala Mazhab Syafie m/s 7 Jilid 2).

Pernikahan merupakan ibadah yang dituntut oleh Islam dan dianjurkan kepada manusia baik lelaki dan perempuan. Hukum nikah ini tertakluk kepada individu namun secara umum ianya diwajibkan untuk dituruti kerana ianya merupakan sunnah baginda salallahualaihiwasalam.

Baginda salallahualaihiwasalam pernah menyebut :
“ Barangsiapa yang membenci sunnahku maka dia bukanlah dari golonganku (ummatku).” (Hadith Sahih Bukhari, Bab Nikah, no.1).

Pernikahan ini sebagai ibadah kepada Allah maka pelaksanaanya perlulah dibuat dengan ikhlas demi menjaga agama dan memelihara diri dari terjatuh ke perkara yang haram dan menyalurkan nafsu ke arah yang benar.

Pernikahan itu sendiri dari segi makna ialah persetubuhan ini bererti Islam itu sangat memahami sunnah dan fitrah manusia yang dijadikan oleh Allah swt.

“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).

Semua manusia baik para ustaz, baik guru agama baik ustazah semuanya mahukan persetubuhan tidak kira apakah seseorang itu baik atau buruk, bagus akhlak atau tidak , muda atau tua semuanya inginkan nikmat fitrah yang dijadikan Allah swt kepada kita sebagai manusia.

“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).


Demikianlah seperti tajuk awal perbincangan ini bahawa telah berlaku kehancuran sistem sosial dalam masyarakat Malaysia dan Islam dalam waktu yang sama tidak mampu menyediakan pemulihan dan menjadi penyelamat kerana ibadah nikah ini yang merupakan jawapan bagi kewujudan sistem sosial masyarakat yang terjamin tidak dilaksanakan dengan sebenarnya dan tidak menurut pertunjuk sunnah yang sahih.

Sebenarnya Islam mengerti akan keperluan rohani dan batin manusia yang memerlukan isteri dan suami serta memerlukan kepuasan nafsu seksual.

“Maka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi kamu” (An-Nisa : 3).

“Isteri-isteri kamu itu ialah ladang bagi kamu maka datangilah (setubuhilah) dia menurut cara yang kamu suka” (Al-baqarah : 223).

Islam sebagai ad-deen yang benar di sis Allah swt telah diturunkan sebagai panduan kepada manusia dan pertunjuk serta pemberi batas dari melampaui had yang ditetapkan oleh Allah swt.


“Sesungguhnya hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan agama kamu dan aku sempurnakan nikmat-Ku pada kamu dan aku meredhai Islam sebagai agama kamu." (Surah Al-Mai'dah : 3).

“Alif, Lam, Ra , Kitab yang kami turunkan kepada –Mu supaya kamu dengannya dapat mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya (pertunjuk) dengan izin tuhan ke jalan-Nya yang Maha Perkasa dan Maha Terpuji.” (Surah Ibrahim :1).


Islam memahami bahawa fitrah manusia memerlukan persetubuhan maka kerana itulah Islam mengharuskan persetubuhan namun dengan mengikut panduan dan pertunjuk yang diturunkan oleh Allah swt supaya dengan persetubuhan itu sendiri dapat menjadi ibadah dan kebajikan kepada Allah sekaligus tetap membenarkan usaha pengibadatan seorang hamba itu dalam apa jua keadaan walaupun kita sedang enak mengerang kenikmatan persetubuhan.

“ Dan tidaklah kami menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada kami” (Adz-Zariyat : 56).

Bahkan disebut oleh baginda rasulullah : “ Sesungguhnya pada persetubuhan kamu dengan isteri kamu itu sedekah” Maka ditanya oleh sahabat apakah pada persetubuhan yang memuaskan syahwat itu sedekah ? maka dijawab oleh baginda : “Apakah kamu tidak melihat bahawa apabila seseorang meletakkan zakarnya pada yang haram itu termasuk satu dosa ? maka demikianlah jika diletakkan pada yang halal maka itu baginya pahala” (hadith sahih riwayat Muslim).

Pernikahan yang sepatutnya menurut Islam ialah :

a) Suami isteri itu dipilih berdasarkan agama

Islam mementingkan calon suami isteri itu hendaklah dipilih berdasarkan agama dan apabila seorang anak perempuan itu sudah berkenan kepada seseorang lelaki yang baik agamanya maka si bapa dan ibu haruslah segera berusaha menikahkan anak perempuan mereka tanpa tangguh.

Ini bertepatan kepada perintah dari baginda salallahualaihiwasalam :

“Jika datang kepada kamu seseorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak maka pastinya akan berlaku fitnah ke atas muka bumi dan kerosakan yang besar” (hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 1085).

Demikianlah bagi ibu dan bapa yang apabila anak lelakinya itu sudah berkenan kepada mana-mana perempuan dan perempuan itu bagus agama dan akhlaknya maka segeralah dinikahkan.

Sabda baginda rasulullah : “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang beragama kelak kamu akan beruntung” (hadith sahih riwayat bukhari dan muslim).

Demikian juga baginda bersabda : “Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah” (hadith sahih, riwayat Muslim no. 3628).

Janganlah si ibu dan bapa melihat kepada kereta mewah yang berkilat-kilat dan wang ringgit yang tebal yang dimiliki oleh calon suami isteri anak mereka kerana yang demikian itu biasanya mampu menjadi bahan bakar api neraka yang berkualiti.

Begitulah juga bagi seorang ibu dan bapa apabila melihat kepada calon menantu perempuan mereka janganlah dilihat kecantikan atau kehebatan atau darjat keluarganya kerana biasanya kebesaran dan darjat itu akan menjadi sebab penghinaan dan kecelakaan di hari akhirat.

Sebaliknya cukup menerima bakal menantu yang miskin dan hodoh namun penuh budi bahasa, baik akhlak dan kukuh agama serta benar aqidah dan imannya kepada Allah swt.

b) Pernikahan itu memudahkan dan disegerakan

Setiap ibadah dalam Islam itu tidaklah menyusahkan kerana Allah swt menjadikan manusia itu dalam keadaan yang lemah.

“Allah mengehendaki kemudahan bagi kamu dan sesungguhnya diciptakan manusia itu dalam keadaan yang dhaif (lemah)” (Surah An-Nisa : 27).

Sesungguhnya pernikahan merupakan satu tuntutan fitrah yang perlu dipermudahkan dan tidaklah mereka yang menyusahkannya melainkan telah zalim dan melanggar fitrah yang ditakdirkan Allah ke atas hambanya.

Apabila berlaku zina dan kejahatan maka ibu dan bapa yang perlu dipersalahkan apabila anak itu tidak dinikahkan sedang umurnya sudah mencapai waktu baligh dan keinginan untuk bernikah sudah ada.

Jangan beralasan dengan mengatakan anaknya masih muda atau masih perlu belajar kerana mulut di dalam seluar anaknya atau kain anaknya itu perlukan makanan batin yang perlu dipenuhi seperti mana mulut di muka yang memerlukan makan minum fizikal.

Bertanggungjawablah ibu bapa apabila anak lelaki dan perempuan mereka berzina lantaran merekalah yang sepatutnya membantu memudahkan dan menyenangkan ibadah nikah itu terlaksana.

c) Pernikahan yang tidak membazir

Hendaklah pernikahan itu dibuat dalam keadaan yang sederhana dan tidak membazir kerana sesungguhnya pembaziran itu merupakan amalan syaitan.

“Janganlah kamu membazir kerana Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu merupakan saudara syaitan dan syaitan itu amat engkar kepada tuhan-Nya” (Al-Isra : 26- 27).

Tentulah sekali termasuk membazir ialah apabila mengunakan wang ringgit dan dihabiskan kepada sesuatu yang tidak perlu atau semata-mata mahu mengikut adat. Katakan kepada mereka yang beriman, celakalah adat, celakalah adat, celakalah adat, apabila adat itu menjadikan mereka mengikut sesuatu yang bertentangan dengan agama dan menyusahkan agama.

Berkata Imam Syafie ra : "Barangsiapa yang bertaqlid pada mengharamkan sesuatu atau menghalalkan sesuatu dan jelas taqlidnya itu berlawanan dengan hadith dan kerana taqlidnya itu menyebabkan dia dilarang atau menyekatnya dari beramal dengan sunnah maka sesungguhnya dia telah mengambil orang yang ditaqlidnya itu sebagai tuhan selain dari Allah swt " ( Sila rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya " Adabul Syafi'ie" m/s 93).


d) Pernikahan yang dibantu oleh keluarga dan didirikan dengan kerjasama dan saling tolong menolong.
Sesungguhnya keluarga itu sepatutnya membantu anak-anak mereka supaya dapat mendirikan rumah tangga dan jika si bapa mempunyai wang simpanan untuk dibuat haji atau umrah maka sesungguhnya menikahkan anak gadisnya atau menikahkan anak lelakinya lebih utama dan afdhal dari ke haji atau umrah.
Sesungguhnya memenuhi tuntutan fitrah dengan menuruti syariat Allah lebih utama dari menunaikan fardhu haji kerana disebabkan jika dibiarkan anak-anak itu tanpa nikah dikhuatiri akan mampu merosakan agama dan akhlak mereka dan mencegah yang mudharat itu ialah wajib.
Sesungguhnya golongan yang paling dekat membantu si bujang ialah keluarganya dan sebaik-baik bantuan itu ialah yang membawa kebaikan dan taqwa seperti firman Allah :

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).

Kebaikan apakah lagi yang lebih utama dari nikah yang mampu menjaga agama dan jiwa serta memelihara kehormatan dan menjaga institusi kemasyarakatan ? Taqwa itulah yang bermaksud menuruti syariat Allah dan mengerjakan yang halal dan meninggalkan yang haram.

e) Pernikahan yang dibuat demi ibadah
Sesungguhnya pernikahan itu ialah ibadah maka perlulah diniatkan melakukannya sebagai ibadah kepada Allah dan demi memelihara diri dari perkara yang haram bukan sebaliknya bernikah demi melakukan yang haram.
Ramai berfikir dengan bernikah maka tujuannya ialah bersetubuh seebenarnya pemikiran itu tidak salah namun yang sebenarnya harus dipegang bahawa bersetubuh itu ialah satu ibadah yang perlu diniatkan kepada LAlah dengan melakukannya pada cara yang halal iaitu dengan bernikah.

“ Dan tidaklah kamu diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhlas kepada-Nya melalui deen yang lurus” (Al-Baiyinah : 3).

Sesungguhnya apabila bersetubuh, maka keikhlasan untuk menjauhi yang haram dan niat yang bersih itulah yang sampai kepada Allah bukannya perbuatan persetubuhan itu.


f) Pernikahan yang menghubungkan silaturahim dan persaudaraan.

Di antara tanda lain keberkatan dan kebaikan nikah itu ialah dengan perkahwinan dan nikah itu ianya dapat menjalinkan hubungan silaturahim dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

“Wahai manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu dari berbangsa-bangsa serta bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang mulia di sisi kamu ialah yang paling bertaqwa” (Al-hujurat : 13).

Bukanlah seperti hari ini, apabila selepas nikah, maka mak mertua bergaduh dengan menantu dan keluarga isteri berperang bersama keluarga suami, wujud perebutan harta, perselisihan itu dan ini. Maka demikianlah perkahwinan kerana adat dan sekadar nak tunjuk kata depa tu Islam maka akhirnya wujudlah pelbagai masalah dan derita.

wallahualam...


Thursday, August 04, 2005

Hukum Onani Bagi Mereka Yang Malang


Permasalahan fitrah sebenarnya merupakan sesuatu yang menjadi perhatian besar bagi Islam namun kerana kegilaan, kecelakaan dan kedurjananya masyarakat Islam hari ini maka kita semua menerima balanya.

“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).


Sudah beberapa kali saya ditanya mengenai masalah onani ini dan saya sudah menjelaskan kepada setiap individu secara peribadi tanpa menulis dikhalayak kerana ianya mengaibkan namun demi kerana sudah terlalu ramai memerlukan maka saya tampilkan penulisan ini bagi menjawab permasalahan ini.

Manusia diciptakan secara fitrah yang memerlukan pasangan dan teman serta memerlukan kepuasan batin dari hubungan lain jantina dan ini disebut oleh Allah swt :

“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).

Sesungguhnya setiap lelaki bagi tua atau muda mereka diciptakan dengan mempunyai zakar sebagai alat untuk memenuhi fitrah batin mereka sebagaimana mulut dijadikan sebagai alat untuk makan bagi memenuhi fitrah manusia yang perlu makan dan minum demi meneruskan kehidupan maka demikianlah zakar yang diciptakan Allah swt demi sebagai anggota yang memerlukan faraj demi memenuhi keperluan batinnya secara fitrah.


“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).”
(Surah Ar-Rum :30).


Tidaklah golongan yang menyalahi fitrah yang diciptakan Allah swt melainkan dia itu zalim dan melampaui batas manakala bagi mereka yang tidak terpenuhi fitrah yang diciptakan Allah maka menderitalah mereka dalam kesusahan.

Golongan lelaki yang tidak mampu berkahwin di Malaysia ini begitu ramai sekali khususnya golongan remaja yang berumur di antara 17 hingga 25 tahun apabila waktu ini merupakan waktu kemuncak syahwat dan asmara yang secara fitrah memerlukan wanita dan kepuasan seks.

Demikianlah juga wanita dalam tempoh sebegini mereka juga tidak dapat mengelak diri dari terjatuh ke lembah maksiat lantaran godaan nafsu dan fitrah yang memerlukan pasangan dan seks.

Islam menyelesaikan masalah fitrah bagi lelaki dan wanita dalam soal seks ialah dengan mewujudkan ibadah nikah dan perkahwinan namun hal ini hanyalah tinggal teori sahaja sebabnya pelaksanaan nikah dan perkahwinan itu pada masa kini bukanlah lagi sesuatu yang mudah sebaliknya menjadi satu kerja gila yang menyerabutkan.

“ Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al-Baqarah : 185).


Perkahwinan di Malaysia sebagai contoh, memerlukan seorang lelaki itu mempunyai belanja dan wang yang banyak sehingga belanja kahwin sahaja boleh menjangkau sehingga RM 10 000 dan itu belum termasuk belanja kehidupan keluarga yang semakin hari semakin mahal.

Tidak ramai yang mampu untuk bernikah kerana pernikahan itu sukar sekali baik kerana masalah kewangan, kerana masalah keluarga dan kerana masalah sukar mencari pasangan atau pelbagai lagi.

Wanita Islam di Malaysia juga ramai yang sudah berumur lewat 28 tahun atau 30 an namun masih belum mempunyai pasangan dan belum bekeluarga lantaran tiada jodoh atau pun bermasalah keluarga seperti mempunyai ibubapa yang gila.


Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan” (Al-hajj : 78).


Kembali pada topik asal, lalu akibat dari kesusahan untuk melepaskan nafsu dan memuaskan fitrah menurut kaedah yang asal iaitu bernikah maka ramai orang baik lelaki dan wanita mengambil jalan mudah dengan melakukan onani bagi menyelesaikan masalah mereka.


“Allah mengehendaki kemudahan bagi kamu dan sesungguhnya diciptakan manusia itu dalam keadaan yang dhaif (lemah)” (Surah An-Nisa : 27).


Onani ialah perbuatan mengeluarkan air mani bagi lelaki dengan mengunakan tangan dan inilah kaedah yang biasa dilakukan manakala bagi sesetengah golongan ialah mengunakan alatan seperti patung wanita yang diperbuat dengan getah seperti yang dijual di farmasi Eropah.

Berdasar maklumat yang diperolehi dari pakar perubatan seperti Dr Ismail Thamby mereka menyebut onani dilakukan sambil mengunakan alatan pelican seperti sabun, gel dan lain-lain bagi mendatangkan kepuasan syahwat sementara sebagai melepaskan tekanan seksual.

Manakala bagi wanita ialah dengan memasukan jari atau sesuatu alatan keras ke dalam faraj mereka bagi menimbulkan rangsangan pada faraj sehingga mencapai klimaks iaitu kepuasan syahwat.

Hukum Onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat ialah harus dan tidak berdosa. Bahkan kaedah fiqhiyah juga menyebut : الضرورات تبيح المحظورات
Kemudharatan itu membolehkan apa yang terlarang” (lihat Qawaid fiqhiyah m/s 67 oleh Dr Abd Karim Zaidan).


Inilah pendapat yang diriwayatkan dari Imam Ibn taimiyyah dan Ibn Qayyim serta dari Ibn Aqil bahkan pendapat ini diperkuatkan oleh Imam Ahmad dengan riwayat bahawa para sahabat terdahulu beronani dalam perang dan ketika musafir sebagai keharusan melakukan onani apabila terdesak dan perlu (lihat Al-bada’I wal fawa’id m/s 870 Jilid 2).

Adapun apabila melakukan onani itu hanya kerana mencari keseronokan dan berhibur dengannya maka hukumnya ialah haram dan ditegah ini kerana ianya termasuk perbuatan yang keji dan kotor serta memudharatkan akal dan jiwa sehingga menjadikan diri dikuasai oleh syahwat dan dibimbangi terjebak kepada zina.

Namun apabila syahwat itu terlalu mendesak dan mengoda maka tidaklah mengapa beronani dengan tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syhawat demi mencegah zina.

Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan” (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim).

Walaubagaimana pun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam beronani iaitu :

Hukum onani akan menjadi haram apabila seorang lelaki itu mengunakan gambar lucah, atau bayangan di otaknya akan perkara kotor atau berkhayal wanita kerana ini bukan lagi beronani demi mencegah zina sebaliknya ianya sudah bertujuan mencari kepuasan dan berseronok dan ini diharamkan.

Tidak boleh berseronok dengan jalan yang haram.

Adapun sebaliknya mereka yang terdesak cukup sahaja beronani tanpa perlu bayangan dan khayalan atau apa-apa modal yang haram kerana niatnya sekadar untuk mengurang tekanan seksual dan ini dibolehkan.

Begitu juga wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka tidak mengapa mereka beronani dengan mengunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokkan.

Firman Allah swt :

“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (surah : at-taghabun :16).

Juga diharamkan berkhayal kotor dan menonton filem kotor kerana Islam mengharamkan demikian. Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ianya terdesak dan demi mencegah zina.

Menjawab golongan yang mengharamkan onani secara mutlak

Mereka (para fuqaha) yang mengharamkan onani secara mutlak adalah kerana hujah mereka berdasarkan hadith Abdullah ibn Mas’ud yang baginda pernah bersabda :

“ Wahai Para pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka bernikahlah kerana sesungguhnya dengan nikah itu dapat menundukkan pandangan dan menyelamatkan kemaluan (kehormatan) dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa sesungguhnya bagi berpuasa itu satu perlindungan” (hadith sahih riwayat bukhari no. 5063 , Muslim no. 3389 nasaie dan Ahmad).

Hadith ini dijadikan hujah bahawa bagi golongan yang tidak mampu bernikah maka hendaklah dia berpuasa dan menuruti pertunjuk sunnah dalam menghadapi suasana kesusahannya yang tidak mampu bernikah itu dengan berpuasa bukan dengan melakukan onani yang merupakan perbuatan kotor.

Menjawab kepada hadith ini ialah :

Pertama baginda menyebut perkataan ( الباءة) yang diterjemahkan oleh saya sebagai “mampu bernikah” secara lafaz umum namun sebenarnya menurut fuqaha perkataan “alba’ath” ini bermaksud kemampuan untuk berjima ‘ (bersetubuh) maka itulah yang dimaksudkan oleh baginda sebagai kemampuan untuk bernikah dalam hadith di atas (sila lihat fiqh sunnah m/s 105 Jilid 2).

Baginda tidak pernah menjadikan atau menilai kemampuan untuk bernikah itu mesti berharta atau mempunyai RM 10 000 untuk belanja nikah baru boleh bernikah atau mesti mempunyai kerja tetap sebab takut si perempuan nantinya kena makan pasir sebab si suami tiada kerja.

Ini kerana dalam hadith yang lain seperti hadith Sahl bin Said As-Sa’adi bahawa baginda pernah menikahkan seorang sahabat dengan maskahwin (mahar) hanya berupa beberapa ayat dari Al-Qur’an disebabkan sahabat tersebut terlalu miskin sehingga tidak punyai apa-apa untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin besi (sila lihat hadith sahih riwayat bukhari no. 5087 dan Muslim no. 3472 dan daruquthni dll).

Maka inilah yang disebut dalam firman Allah :


“Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).


Oleh yang demikian, apabila disimpulkan dalam hadith ini bahawa barangsiapa yang mampu bersetubuh maka hendaklah bernikah maka bukankah semua orang sekarang mampu bersetubuh kecuali mereka yang sakit dan yang punyai nafsu namun tidak mampu bersetubuh lantaran lemah ereksi atau punyai masalah kesihatan maka mereka itulah yang wajar berpuasa.

Selain itu, sangat tidak dapat diterima bahawa bagi mereka yang gagah dan kukuh mampu bersetubuh dan kuat syahwatnya hanya disuruh berpuasa sedang di jalan-jalan dan sekitar penuh wanita dan godaan siang malam baik dalam televisyen, jalan-jalan tempat kerja dan tempat belajar dan sekeliling.

Sungguh pun Islam menyuruh menundukkan pandangan, menjaga hati dan ditambah berpuasa namun dalam suasana hari ini tekanan dan desakan itu tetap akan menekan dan memberi kesan besar bagi jiwa lalu dalam hal ini ubat seperti onani diperlukan namun haruslah digunakan sekadar menutup dan menolak mudharat sahaja tanpa berlebih. Sabda baginda : “Sesungguhnya agama ini ialah mudah dan tidaklah yang (sengaja) menyusahkan dirinya dalam hal agama ini melainkan dia akan dikalahkan (tidak mampu)” (hadith sahih riwayat bukhari syarah ibn hajar jilid 1 m/s 93).

Kesimpulan :

Diperbolehkan barangsiapa yang terdesak dan perlu menurunkan tekanan syahwatnya untuk beronani dan ini dibuat dengan turut berusaha mempertingkatkan usahanya untuk membolehkan nikah demi mencapai perintah Allah.


“ Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar dengan kemampuannya” (Al-Baqarah : 286).

Tidak boleh beronani jika ianya dibuat semata-mata untuk seronok dan mencari kepuasan kerana Islam mengharamkan perbuatan onani yang mencari keseronokkan kerana ianya mendekati zina dan kekejian.


“ Adapun orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan diri daripada hawa nafsunya maka syurgalah tempatnya” (An-Nazi’at : 40-41).


Baik lelaki mahupun perempuan yang beronani demi terpaksa menenangkan syahwatnya hendaklah banyak mengawal diri dan berusaha mendekat diri kepada Allah swt sambil banyak berdoa kerana Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan memberikan ubatnya dan ubat syahwat ialah nikah.

Bagi mereka yang berusaha untuk nikah namun tidak mampu kerana masalah kewangan, masalah keluarga akibat punyai ibu bapa yang bodoh dan gila lagi tidak memahami maka hendaklah mengadu kepada mereka yang alim dan mempunyai kelebihan moga dapat dibantu.

" Bertanyalah kamu kepada orang yang mengerti jika kamu tidak mengetahui " (Surah An-Nahl : 43).

“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya” (Surah Thalaq : 2-3).


Segala puji hanyalah bagi Allah swt.



p/s :

Semoga diharapkan risalah ini dapat menjawab permasalahan dan tidak perlu lagi menghubungi saya untuk bertanya soal ini .

Saya banyak mencela golongan ibubapa dalam masyarakat sekarang kerana merekalah yang menjadi penyebab kerosakan akibat kejahilan mereka, akibat kegilaan mereka.

Saya menyebut mereka jahil kerana :

Jahil apabila anak yang sudah dewasa dan besar sepatutnya dibantu dan dicarikan pasangan…sebagaimana ibubapa menyuap dan mencari rezeki untuk memberi makan minum kepada anak-anak maka seperti itulah juga ibu bapa patut fikirkan untuk memenuhi tuntutan batin anak-anak kerana seks itu juga seperti makan dan minum masing-masing keperluan fitrah.

Saya menyebut mereka gila apabila :

Menjadi satu kegilaan apabila anak sudah besar dan matang masih dilarang bernikah lantaran belum bekerja dan masih belajar. Bukankah mulut itu terlekat di muka dan perlu disuap dengan makan dan minum apabila perut itu lapar ?

Baik belajar atau bekerja atau tidak seseorang itu tetap perlu makan kerana itu fitrah dan tuntutan penting maka samalah dengan nikah.

Maka bukankah zakar dan faraj itu juga perlu dipenuhi keperluannya apabila sudah terlekat di badan ?

Soal masih belajar atau belum bekerja seseorang itu dia tetap perlu memenuhi tuntutan batinnya maka gilalah golongan yang cuba melawan fitah dan menahan tuntutan fitrah anaknya.