Saturday, July 16, 2005

Kaedah Penyusunan Riwayatan Hadith

Sebuah hadith terkadang mempunyai perawi yang lebih dari seorang lalu para ulama’ hadith telah mengadakan satu kaedah dan sistem yang memudahkan mereka menyimpulkan para perawi dengan satu kalimah.

Mereka (para ulama’) mengadakan beberapa rumusan bagi memudahkan penulisan nama-nama perawi yang lebih dari seorang dalam sesuatu hadith.

Antara ulama’ yang mengadakan rumusan tersebut ialah Ibn ismail As-San’ani dalam kitabnya Subulussalam. Beliau mengadakan rumusan tertentu bagi memudahkan dikenal para perawi yang lebih dari seorang seperti :

أخرجه السبعة
Maksudnya : hadith ini dikeluarkan atau diriwayatkan oleh tujuh orang perawi iaitu Imam Ahmad, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam At-Tidmidzi, Imam An-Nasa’ie dan Ibn Majah.

أخرجه الستة
Maksudnya : hadith ini dikeluarkan atau diriwayatkan oleh enam orang perawi iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam At-Tidmidzi, Imam An-Nasa’ie dan Ibn Majah. Ini bermakna tidak termasuk Imam Ahmad.

أخرجه الخمسة
Maksudnya : hadith ini dikeluarkan atau diriwayatkan oleh lima orang perawi iaitu Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam At-Tidmidzi, Imam An-Nasa’ie dan Ibn Majah.

أخرجه الأربعة
Maksudnya : hadith ini dikeluarkan atau diriwayatkan oleh empat orang perawi iaitu Imam Abu Daud, Imam At-Tidmidzi, Imam An-Nasa’ie dan Ibn Majah.
أخرجه الثلاثة
Maksudnya : hadith ini dikeluarkan atau diriwayatkan oleh tiga orang perawi iaitu Imam Abu Daud, Imam At-Tidmidzi dan Imam An-Nasa’ie.

أخرجه الشيخان
Maksudnya : hadith ini dikeluarkan atau diriwayatkan oleh kedua imam hadith iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim.

أخرجه الجماعة
Maksudnya : hadith ini dikeluarkan atau diriwayatkan oleh perawi-perawi hadith yang banyak sekali jumlahnya.

(sila lihat kaedah ini dalam kitab Subulusalam mengenai muka surat ianya berbeza menurut cetakan masing-masing).


Manakala dalam Kitab At-Taju’l Jami’ Li usul oleh Mansur Ali Nashif pada jilid 1 m/s 1 disebut kaedah yang berbeza dan ada tambahan.

Misalnya :

رواه الشيخان

Maksudnya : hadith ini dikeluarkan atau diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

رواه الثلاثة
Maksudnya : hadith ini dikeluarkan atau diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim dan Abu Daud.

رواه الأربعة
Maksudnya : hadith ini dikeluarkan atau diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud dan Imam At- Tirmidzi.

رواه الخمسة

Maksudnya : hadith ini dikeluarkan atau diriwayatkan oleh empat orang perawi di atas ditambah Imam An-Nasaie.

رواه أصحاب السنن
Maksudnya : hadith ini dikeluarkan atau diriwayatkan oleh tiga orang pemilik kitab sunan iaitu Imam Abu Daud, Imam Tirmidzi dan An-Nasaie.

Sebenarnya Imam As-Syaukani ra juga dalam kitabnya Nailul Authar ada mengadakan beberapa kaedah ringkas seperti ini yang agak berbeza dengan kaedah di atas iaitu :

متفق عليه
Maksudnya : hadith ini dikeluarkan atau diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Ahmad. Sekiranya hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim maka ianya akan disebut sebagai :

اخرجه البخاري و مسلم


No comments: