Sunday, September 18, 2005

Bagaimana Memahami Ayat 54 Surah Ali Imran ?

Berikut ialah soal-jawab di antara ustaz emran dan mereka yang bertanya. Sila ke nisal_fizan@yahoo.com bagi bertanyakan soalan dan elakkan dari terus menuju kepada ust emran atas kesibukan beliau dan menyesakkan email beliau..wallahualam



Bagaimana memahami
ayat “ ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين”
yang terdapat dalam surah Alil-Imran ayat 54 ?


Dalam kesibukan ana menuntut ilmu ana tidak dapat mengelak dari terpaksa menjawab soalan-soalan penting antaranya ialah yang berkait masalah pemahaman Al-Qur’an dan sunnah serta perihal aqidah.

Pertanyaan di atas sangatlah penting apabila kita mendapati hari ini ramai jahil lalu menafsirkan ayat Allah sewenang-wenang mereka dan mentakwil sifat dan perilaku Allah yang disebut sendiri oleh-Nya di dalam kitab suci Al-Qur’an tanpa ilmu.

Berikut ialah tafsiran Ulama ummah’ pelita penerang kegelapan umat Muhadith dari Negeri Syam yang dirahmati Allah, Syeikh Muhammad Nasiruddin Albani ra dalam memahami ayat 54 surah Ali imran :


وَمَكَرُوا وَمَكَرَ الله وَاللهُ خَيرُ المَاكِرِينَ

“Mereka itu melakukan muslihat dan tipudaya kepada Allah dan Allah membalas muslihat mereka dan Allahlah sebaik-baik pembuat muslihat dan tipudaya (bagi membalas tipudaya mereka)” ( Ali Imran : 54).

“Masalah ini sangatlah mudah dengan izin Allah, ianya disebabkan kita dapat mengenali apakah makna ( المكر ) “makar, tipu daya, helah, muslihat ” dalam ayat ini dari pengertian kalimah “makar, tipu daya, helah, muslihat” .

Sesungguhnya tidaklah disifatkan makar, tipu daya, helah, muslihat itu dinisbahkan selamanya dengan sifat yang buruk sebagaimana kita tidaklah pula menisbahkan ia kepada sifat yang baik.

Adakalanya, orang yang kafir mengadakan muslihat kepada seorang muslim tetapi si muslim tersebut tidaklah bodoh dan lalai lalu si muslim tersebut bertindak mencegah dari dirinya ditipu dan terpedaya oleh muslihat si kafir sehingga akhirnya si kafir itu sendiri terpedaya kembali atas perbuatannya maka apakah jika berlaku demikian maka dikata si lelaki muslim ini melakukan sesuatu yang tidak syar’ie ?

Maka tiada seorang pun yang akan berkata demikian.

Lebih mudah memahami hakikat kalimah ini ialah dari mengambil perhatian kepada sabda rasulullah salallahualaihiwasalam :


الحرب خدعة

“Perang itu ialah satu tipu daya” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 3030 dan Muslim no. 1740 )


Maka erti kalimah ( الخدعة) iaitu tipu daya samalah maknanya dengan kalimah ( المكر ) iaitu juga membawa pengertian tipudaya, muslihat. Maka hukum seorang muslim mengadakan muslihat kepada saudara semuslim dengannya ialah HARAM.

Hal ini tidak dapat dibenarkan sekalipun dalam urusan peraduan atau pertandingan sesama muslim kerana hendaklah seorang muslim itu tidak melakukan helah terhadap saudaranya kerana ianya satu dosa.

Tetapi mengadakan muslihat oleh seorang muslim kepada seorang kafir yang memusuhi Allah dan rasul-Nya maka ini tidaklah haram bahkan menjadi wajib dan demikianlah juga keadaannya bagi seroang muslim memelihara dirinya dari ditipu daya oleh si kafir.

Maka apa pula kaitannya kalimah المكر yang disebut dalam firman Allah itu membawa kaitannya kepada zat Allah yang menguasai semesta alam dan berkuasa lagi Maha Mengetahui serta Bijaksana ?

Maka disinilah disebut ulama bahawa makar (المكر ) muslihat dalam ayat ini ialah Dia (Allah) yang Maha membatalkan segala tipudaya dan musihat dengan muslihatnya yang mengatasi segalanya. Bahkan apabila Allah menyifatkan dirinya dengan sifat makar , helah atau tipudaya dalam ayat ini maka jadilah perbuatan ini tidak selamanya jahat atau buruk seperti ia tidak selamanya benar dan baik tetapi bergantung kepada keadaan dan pembuatnya.

Juga disebut (خير الماكرين ) “Sebaik-baik pembuat tipudaya dan helah muslihat” memberi erti Allah itu melakukan makar dan helah atau muslihat dalam keadaan yang paling baik dan membawa kebaikan.

Secara kesimpulannya menunjukkan dalam melakukan makar, helah atau muslihat ada peringkat dan taraf yang berbeza iaiatu ada yang baik, ada yang jahat dan buruk dan ada yang mulia dan sebaik-sebaiknya serta yang paling mulia dan agung ialah apa yang dilakukan oleh Allah swt dan itulah yang disebut sendiri oleh Allah akan sifat-Nya maka wajiblah kita beriman dengan segala sifat-Nya yang disebut dalam Al-Qur’an tanpa mengubah maknanya.

“Dan tidaklah ada sesuatu yang seperti-Nya (Allah) dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat” (As-Syura : 11).



bersambung...

2 comments:

..nor.. said...

Assalamu'alaikum ustaz..
berkenaan tafsiran ayat 54 surah Ali-Imran ni...bagaimana pula kalau ada yang mentafsirkan sebagai
"kita merancang, Tuhan pun merancang, tapi sebaik-baik rancangan, adalah rancangan Allah"

Shaza said...

Saya pon confius... Mohon penjelasan ustaz