Mereka mungkin berkeluarga, ada pekerjaan
dan berpenampilan biasa sekalipun mempunyai perhubungan dengan jin dan
mengamalkan sihir.
الاستعانة بالشياطين على تحصيل ما لا يقدر عليه
Meminta pertolongan kepada syaitan untuk mendapatkan sesuatu yang diluar kemampuannya atau sesuatu yang luar biasa.
Berikut adalah sedikit panduan yang dapat dikongsikan sebagai cara
mengenali dukun, bomoh serta mereka yang mengamalkan sihir dan berurusan
dengan jin;
1. Mampu merawat dan melakukan pelbagai perkara ajaib tetapi cara hidupnya menyalahi Islam dan tidak ikut syariat.
Seorang tukang sihir pasti berusaha menyembunyikan rahsia dan amalannya
kerana bimbang akan dibinasakan oleh orang yang beriman. Namun status
mereka akan terbongkar jika disoal tentang agama, tauhid, ilmu-ilmu
alQuran dan syariah serta melihat cara hidup mereka yang ternyata jahil
dan menyalahi Islam namun memiliki kelebihan serta kemampuan yang luar
biasa.
Sebagaimana pesan Imam al-Syafie rahimahullah ;
بَلْ إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَمْشِي عَلَى الْمَاءِ، وَيَطِيرُ فِي
الْهَوَاءِ، فَلَا تَعْتَبِرُوا بِهِ حَتَّى تَعْرِضُوا أَمْرَهُ عَلَى
الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ.
"bahkan jika kalian melihat seseorang berjalan di atas air dan terbang di atas udara maka janganlah terpedaya olehnya sehingga kalian menimbang perkaranya di atas Al-Qur'an dan As-Sunnah." [Riwayat Ibn Abi Hatim]
"bahkan jika kalian melihat seseorang berjalan di atas air dan terbang di atas udara maka janganlah terpedaya olehnya sehingga kalian menimbang perkaranya di atas Al-Qur'an dan As-Sunnah." [Riwayat Ibn Abi Hatim]
Ingatlah, Allah sangat cinta
kepada Nabi Salallahualaihiwassalam dan Dia tidak akan memuliakan
seseorang yang bermaksiat dan menyalahi syariat baginda kecuali itu
adalah dari syaitan.
2. Bomoh, dukun atau si perawat itu meminta
sesuatu dari pesakit seperti rambut, bajunya, gambar dll. Hal ini
seperti sihir Labid bin al-asham kepada baginda Salallahualaihiwasallam.
3. Si perawat atau sang bomoh meminta nama pesakit dan nama ibunya
serta menyuruh melakukan petua-petua tertentu yang pelik. Itu adalah
permintaan jin dan ianya haram dipatuhi. Termasuk juga menjadi amalan
mereka mengenakan pengeras atau upah tertentu yang ditetapkan oleh jin
atau tukang sihir.
Contohnya minta sediakan garam, pulut kuning, kunyit, halia, ajinomoto, beras, kain hitam dll.
Hakikatnya baginda rasul, para salaf merawat penyakit sihir dan gangguan syaitan dengan berpandukan kepada alQuran dan iman.
Daun bidara, air zam zam, tamar dll yang digunakan para salaf tak lebih
dari sekadar penguat zahir pesakit, membantu jiwanya melawan sihir.
Bukannya menjadi bahan rawatan. Ianya umpama panadol, ubat doktor bagi
mengurangkan derita pesakit sihir, bukan untuk menyembuhkannya kerana
hanya Allah yang dapat menyembuhkannya dengan berwasilah kepada alQuran
dan Iman.
4. Si perawat, tukang urut, bomoh dan dukun serta ustaz
melakukan upacara tertentu seperti jampi-serapah yang bercampur antara
ayat Quran dan bacaan lain seperti seruan azimat, meniup pada kemenyan,
memotong limau, membuat ikatan dan pintalan, melukis rajah, mengguna
tangkal, sembelihan, menyebut nama-nama jin atau ketua jin, menyeru nama
wali, orang mati atau pendekar.
Perawat yang sebenar yang mengikut syariat, mana ada benda ni semua. Mereka cukup sekadar baca alQuran, solat dan berzikir.
5. Mana-mana insan yang menjalin hubungan dengan syaitan orangnya
pengotor, berbau busuk atau tidak sedap, wajahnya gelap, masam, matanya
merah, liar dan biadap, suka berbicara lucah, jika pun dia pandai
menyamar disebalik 'topeng ustaz' akan terdedah melalui ujian perempuan
dan wang. Mereka amat gilakan kedua-duanya dan akan terdedah
tembelangnya ketika berurusan dalam hal ini.
6. Tidak telus dan
tidak jujur, banyak berahsia serta bercakap sesuatu tentang pesakit
secara tergantung. Dia tidak mahu kita dengar jampi-serapahnya, disoal
banyak dia akan marah.
7. Tidak mampu berdepan dengan ayat Allah
yang dibaca oleh orang yang beriman dan bertaqwa. Jika diperhatikan para
Ustaz yang beramal dengan sihir dan ilmu kedukunan menambah kekuatan
sihir mereka melalui dosa penyebaran hadith palsu, pembohongan atas nama
agama dan lain-lain maksiat agar bertambah mujarab bantuan syaitan
kepada mereka.
Namun jika bertembung dengan alim-ulama yang
soleh, mereka akan takut, resah dan lemah. Bahkan jin mereka akan lari
meninggalkan mereka.
وَلا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى
WA
1 comment:
Assalamualaikum ustaz..izinkan kongsi artikel ustaz dalam bentuk Instant Article dalam Facebook..
Post a Comment