Diriwayatkan daripada
seorang sahabat Nabi Salallahualaihiwasallam yang bernama Abu Tufail RA,
bahawa pernah tersebar pada zaman mereka berita tentang kemunculan
Dajjal.
Ringkas ceritanya, untuk mendapatkan kepastian maka
mereka pun pergi mendatangi Hufaizah bin Usaid RA, beliau ialah sahabat
Nabi yang lebih alim dan merupakan sahabat Nabi SAW yang lebih senior.
Huzaifah bin Usaid RA menolak dakwaan tersebut dan ternyata cerita
kemunculan Dajjal di Kufah itu ialah khabar angin yang dusta.
Kemudian Huzaifah memberi penjelasan dengan katanya ;
إن الدجال لو خرج في زمانكم لرمته الصبيان بالخذف ، ولكن الدجال يخرج في بغض من الناس ، وخفة من الدين ، وسوء ذات بين ، فيرد كل منهل ، فتطوى له الأرض طي فروة الكبش
Dajjal itu kalau keluar di zaman kamu nescaya kanak-kanak (kamu) akan melontarnya dengan batu. Tetapi Dajjal akan keluar apabila wujud kebencian di antara manusia, kurangnya pegangan agama dan buruknya hubungan sesama manusia (perpecahan). Dia (Dajjal) akan bebas bergerak ke mana sahaja dia mahu dan dibentangkan kepadanya bumi ini seperti terbentangnya kulit kambing (diraikan macam hamparan permaidani merah).
Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak.
# Dajjal tak akan muncul sehingga timbulnya permusuhan dan hilangnya ukhuwah dan kasih sayang sesama manusia.
Seperti kata Ibn Mas'ud RA bahawa di antara tanda kiamat itu ialah seseorang itu tidak akan memberi Salam kecuali kepada orang yang dikenalinya sahaja.
Justeru marilah kita menangguhkan kiamat dan kemunculan Dajjal dengan menyebarkan ukhuwah dan kasih sayang sesama manusia.
WA.

No comments:
Post a Comment