Termasuk budaya buruk yang berkembang dikalangan ahli ilmu dan anak-anak
muda zaman sekarang ialah sikap suka membandingkan alim ulama' dan para
asatizah akan yang manakah lebih alim dan yang mana lebih berilmu
sedangkan ianya tak wajar dilakukan kerana termasuk dalam akhlak yang buruk dan tidak boleh diukur keilmuan seseorang hanya pada status 'degree' atau kerana ada Phd.
Tidak patut seseorang berkata, ustaz itu lebih alim dari ustaz ini, atau syeikh fulan lebih alim dari tok guru atau syeikh fulan, kerana siapa kita untuk menilai mereka? Sedang setiap alim dan para asatizah itu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Imam Ibn Taimiyyah rahimahullah menyebutkan;
أن الاشتغال بالتفضيل بين بعض المذاهب ، أو الشيوخ المتبوعين ، وتنقص الآخرين ، هو من أصول أهل البدع
'Sesungguhnya perbuatan menyibukkan diri dengan membeza-bezakan keutamaan di antara sebahagian mazhab ke atas mazhab yang lain, atau membandingkan antara syeikh-syeikh yang lebih patut diikuti dan kemudian merendahkan pihak yang lain, hal ini adalah termasuk dasar ahli bid’ah....[Majmuk al-fatawa, Ibn Taimiyyah]
Imam Abu Hanifah Rahimahullah pernah ditanya tentang Alqomah bin Qais dan juga al-Aswad bin Yazid, antara mereka berdua siapakah yang lebih alim ? Lalu dijawab ;
واللَه ما نحن بأهلٍ أن نذكرهم ؛ فكيف نفضل بينهم
'Demi Allah, kita bukanlah orang yang selayaknya untuk bercakap tentang peribadi mereka, lalu bagaimana kita boleh membandingkan antara mereka ?'
Di dalam Kitab Al-Asybah Wan Nazoir, Imam Tajuddin al-Subki rahimahullah ada menyatakan bahawa perbuatan membandingkan para ulama' adalah buruk dan membawa dosa serta merugikan dunia dan akhirat.
# Para ulama itu diambil ilmu mereka dan dimaafkan kesalahan mereka. Perbuatan membanding-bandingkan antara mereka tidak wajar dilakukan oleh orang awam dan para penuntut ilmu.
# Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan.

No comments:
Post a Comment