Permasalahan yang perlu dipecahkan oleh pendakwah bernama Muhammad
salallahualaihiwassalam ialah bagaimana mahu menyedarkan masyarakat atau
rakyat awam bahawa hidup ini bukan hanya untuk makan, minum dan hidup
senang tetapi sebuah perjuangan untuk mendapatkan ganjaran dan syurga di
akhirat.
Dakwah nabi bernama Muhammad salallahualaihiwassalam itu ialah supaya masyarakat berprinsip, mengambil peduli soal ummah, berjiwa tinggi, biar mati kelaparan asal jangan mati kehinaan. Ini disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Huzaifah al-Yamani RA,
لا تكونوا إمعة تقولون إن أحسن الناس أحسنا وإن ظلموا ظلمنا
'Janganlah kamu menjadi Immaat (orang yang tiada berpendirian) dan berkata jika orang ramai baik maka kami pun akan jadi baik dan jika mereka berbuat zalim maka kami pun jadi zalim.' [riwayat al-Tirmidzi, hadith dhaif dan yang sahih ialah ia merupakan kata-kata Ibn Mas'ud RA]
Malangnya dakwah ini tak mudah, ia susah kerana rakyat tidak mahu hidup susah walaupun telah disebut kepada mereka bahawa mereka akan diazab kerana salah mengambil pemimpin.
وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلا
"Dan mereka berkata;:"Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). "[Al-Ahzab:67]
Rakyat awam tidak peduli siapa yang mentadbir mereka, apakah Abu Jahal, Abu Lahab, atau Abu Bakar asalkan hidup mereka senang. Selagi mereka boleh berniaga, berjudi, berzina dan hidup dengan gembira sambil minum arak maka itu sudah mencukupi.
ذَلِكَ بِأَنَّهُمُ اسْتَحَبُّوا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآَخِرَةِ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
"Yang demikian itu disebabkan kerana sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahawasanya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir." [An-Nahl:107]
Tiba-tiba datang lelaki bernama Muhammad salallahualaihiwassalam memberitahu mereka bahawa perbuatan mereka itu salah. Hidup mereka perlu untuk Tuhan, perbuatan mereka akan dihisab di akhirat dan jasad mereka akan dibangkitkan.
Maka apa lagi, marahlah rakyat kerana kehidupan mereka terancam, budaya mereka yang menyembah berhala sejak sekian lama dicemuh dan cuba diubah oleh 'Nabi' ini. Mereka tidak boleh berzina lagi, tidak boleh menipu, mencuri, memakan riba, berjudi dan menyembah berhala.
Inilah antara perkara yang menyebabkan Nabi yang bernama Muhammad Salallahualaihiwassalam itu ditentang.
(Kamu yang tidak duduk di Mekah waktu itu dan tidak mengalami kesusahan atau tekanan rakyat Mekah jangan komen banyak. Mereka lebih tahu sebab apa mereka menentang Nabi Muhammad, sangka baiklah pada Abu Jahal dan Abu Lahab)
Orang awam ini hanya mahu hidup senang, makan-pakai, kerja semua senang. Peduli apa mereka itu tentang Palestin, Syria, syariat Allah atau kekuasaan Islam asalkan mereka dapat hidup senang !
Firman Allah,
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.' [Al-a'raaf: 179]

No comments:
Post a Comment