Ibadah mendengar, bercakap dan diam
Sesuatu yang jarang dilakukan oleh kita ialah duduk sebentar bersama rakan-rakan lalu mengingati Allah di antara satu sama lain dengan membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran atau hadith-hadith yang sahih kemudian beredar setelah itu tanpa diselangi oleh perkara yang lagha atau sia-sia.
Diriwayatkan bahawa sahabat yang bernama Muadz bin Jabal RA pernah berkata :
اجْلِسْ بِنَا نُؤْمِنْ سَاعَةً
“Duduklah bersama kami, marilah kita beriman sejenak.” [Riwayat al-Bukhari]
Puasa mengajar kita untuk berdiam diri dari mengucapkan kata-kata yang sia-sia. Ada dikalangan orang-orang yang soleh di zaman dahulu mereka mengira dan cuba mengurangkan patah perkataan yang diucapkan oleh mereka dalam sehari tanpa keperluan.
Baginda Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda;
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أَوْ لِيَصْمُتْ
'Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata baik atau berdiam diri.' [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
Maka berdiam diri kerana menjaga dari mengucapkan perkara yang buruk atau sia-sia ialah ibadah dan merupakan salah satu perintah sunnah.

Bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum daripada kasturi kerana orang yang berpuasa itu meninggalkan syahwatnya dan perkataan keji serta sia-sia kerana Allah.
Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda,
وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
'Dan bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah daripada bau kasturi.' [riwayat Muslim]
Namun bagi mereka yang berpuasa tetapi mulutnya tetap jahat mengucapkan kata-kata yang buruk, sia-sia dan lagha atau mengutuk orang lain maka ianya akan menjadi sangat busuk di sisi Allah dan jua manusia !
No comments:
Post a Comment