Saturday, November 24, 2012

Salah faham hadith Fatimah RA tolak poligami


Ada ustazah/ustaz yg keliru atau sengaja mengelirukan org awam dengan kenyataan bahawa sedangkan Fatimah anak Nabi SAW pun menolak poligami inikan pula kita (wanita biasa). Hal ini ialah suatu celaan/tuduhan buruk terhadap Nabi SAW sebagai pilih kasih, serta tuduhan terhadap peribadi wanita mulia Fatimah RA. Sedangkan baginda SAW menyebut jelas : 


لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها


'Kalaulah Fatimah binti Muhammad itu mencuri nescaya aku potong tangannya'.[riwayat al-Bukhari] 

Sebagai bukti tiada beza antara anak baginda Salallahualaihiwassalam dan umat Islam dalam hukum syarak.

Adapun hadith tentang Ali RA ingin berpoligami dan ditolak oleh Fatimah ialah kerana calon madunya ialah anak Abu Jahal (anak musuh Allah) dan Fatimah mengadu hal tersebut kepada baginda SAW dan baginda menyokong hujah anaknya. Hal ini jelas disebut dlm hadith dengan kata baginda SAW 'وإني لست أحرم حلالا ولا أحل حراما ولكن والله لا يجمع ابنة رسول الله وابنة عدو الله مكان واحد أبدا ' Dan Aku tidaklah mengharamkan apa yg halal (poligami) dan tidaklah pula menghalalkan apa yg haram, tetapi Demi Allah, tidak akan berkumpul anak perempuan Rasul Allah dengan anak perempuan musuh Allah di suatu tempat yg sama selama-lamanya. [riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmidzi, Nasaie, Ibn Majah]

Kata fuqaha dan ramai ahli hadith bahawa larangan ini semata2 kerana hasrat Ali untuk mengumpulkan Fatimah dan Anak Abu Jahal bersama-sama dan juga kerana faktor calon orang yang hendak dikahwini itu. Fatimah membesar bersama ayahnya menyaksikan bagaimana keluarga Abu Jahal menyakiti bapanya dan takala abu Jahal meletakkan najis/perut unta di atas tengkuk nabi SAW ketika solat di Ka'abah maka Fatimah-lah orgnya yg datang membersihkan najis2 itu. Hadith ini sama dengan hadith Wahsyi pembunuh Hamzah RA yang datang menghadap baginda lalu apabila melihat Wahsyi maka baginda berasa sedih dan tidak dapat memandang wajahnya.

قدمت على رسول الله صلى الله عليه وسلم فلما رآني قال آنت وحشي قلت نعم قال أنت قتلت حمزة قلت قد كان من الأمر ما بلغك قال فهل تستطيع أن تغيب وجهك عني قال فخرجت
{Kisah Wahsyi RA yang menghadap Rasulullah dan baginda berpaling lalu menyuruh Wahsyi beredar daripada pandangan baginda kerana merasa sedih melihat beliau} Riwayat Al-Bukhari.

Perbuatan Ali RA mahu menikahi anak musuh Allah itulah yang menyakiti Fatimah bukannya soal poligami. Buruklah org yg mengadakan tafsiran dusta terhadap peribadi-peribadi mulia para sahabat dan nabi SAW dengan menyamakan mereka dengan kita. Kenapa tidak diikut contoh Fatimah RA yang tidak boleh memiliki orang gaji/pembantu rumah? Kenapa tidak diikut contoh Fatimah RA yang berkhidmat kepada suaminya siang dan malam ? Kenapa hanya mencari hal yang negatif untuk dijadikan hujah dan diikut ?

Firman Allah SWT :"Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah."[Ali-Imran: 7]

Keburukkan niat membawa kepada keburukkan amal !

1 comment:

Arcane said...

ASsalamualaikum.

Perkara yg sudah lama berlaku ni ustaz. Apakah ilmu2 Allah ini tidak memberikan kesan amalan dan akhlak kepada para asatizah yang mengamalkan perkara ini?

Kalau mereka sebagai guru kencing berdiri, anak2 murid zaman ini bukan lagi setakat kencing berlari, bahkan kencing sambil TERBANG!

Wallahul musta'an.