حَدَّثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ نِسَاءَهُ حَدِيثًا ، فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ : يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا حَدِيثُ خُرَافَةَ . قَالَ : " أَتَدْرِينَ مَا خُرَافَةُ ؟ كَانَ رَجُلا مِنْ عَاذِرَةَ أَسَرَتْهُ الْجِنُّ فَمَكَثَ فِيهِمْ دَهْرًا ، ثُمَّ رَدُّوهُ إِلَى الإِنْسِ ، فَكَانَ يُحَدِّثُ النَّاسَ بِمَا رَأَى فِيهِمْ مِنَ الأَعَاجِيبِ ، فَقَالَ النَّاسُ : حَدِيثُ خُرَافَةَ
Pada
suatu malam, ketika Rasullah salallahualaihiwassalam bercerita kepada
isteri-isteri baginda tentang suatu kisah maka mereka semua pun berteriak
dengan kagum dan salah seorang dari mereka itu pun berkata,: "Cerita
itu hanyalah cerita khurafat". Maka baginda pun bertanya, : "Tahukah
kalian apakah itu khurafat ? Sesungguhnya ada seorang lelaki dari suku A'zirah
(satu suku di Yaman) yang ditawan oleh bangsa jin sehingga dia tinggal bersama
mereka dalam waktu yang lama. Kemudian para jin itu mengembalikannya ke dunia
manusia sehingga dia menceritakan kepada orang-orang tentang keanehan-keanehan
yang telah dilihat olehnya di dalam di dunia jin. Maka orang-orang kemudiannya
pun mula berkata,: "Itu ialah cerita Khurafat". [riwayat Ahmad dan
Tirmidzi]
1.Hadith ini menjelaskan tentang baginda rasulullah salallahualaihiwassalam melayani isteri-isteri baginda dengan bercerita kepadamereka di waktu malam bagi melayani dan menghiburkan mereka. Adalah patut menjadi contoh kepada kaum lelaki di kalangan muslimin untuk menghiburkan para isteri dengan bercerita kepada mereka dan mengajar mereka perkara-perkara tentang kejadian yang berlaku di dunia sebagai ganti kepada televisyen yang penuh dengan cerita-cerita buruk.
2. Isteri-isteri rasulullah salallahualaihiwassalam biasa berkumpul beramai-ramai bersama nabi di waktu malam atau selepas insyak kerana rumah masing-masing berdekatan dan mereka selalu merasa senang berhampiran dengan suami mereka. Poligami di tanah Melayu kebanyakkannya penuh dengan sangkaan buruk dan persepsi negatif serta dilakukan dengan cara yang jahil dan gagal mengikuti sunnah nabi salallahualaihiwassalam.
No comments:
Post a Comment