Friday, February 24, 2006

Perkara Yang PElik TApi BEnar


Sesungguhnya banyak perkara pelik dan janggal berlaku di sisi masyarakat Islam namun kerana kejahilan atau mungkin kerana kealpaan maka ianya berlaku menjadi kebiasaan.


1) Seorang penyanyi lebih mulia dan dihormati dari seorang ustaz dan ulama’
2) Muslimat yang bertudung kerana kononnya menutup aurat (rambut dari dilihat lelaki) tetapi berjalan berpegangan tangan dengan pakwe (boyfriend) bukan setakat bersentuh kulit lagi bahkan ada yang sampai berpelukan.
3) Muslimat yang menutup rambut dan pakai tudung tapi memakai pakaian ketat sehingga menampak bentuk badan.
4) Muslimat yang siqah dan nampak wara’ tidak melayan lelaki tapi ramai pula kawan lelaki dan berhubung dan bertukar-tukar fikiran dengan lelaki.
5) Muslimat yang nampak baik dan siqah tapi bermusafir tanpa mahram atas alasan yang tidak syar’ie namun kerana dia siqah maka jadi tidak mengapa.
6) Orang ramai lebih gemar ke umrah berkali-kali dan menunaikan haji sedangkan haji hanya wajib sekali dan bersedekah kepada fakir miskin, anak yatim lebih utama dari mengerjakan umrah berkali-kali.
7) Orang lebih suka kepada ceramah yang banyak ketawa dan hiburan lelucon dari ceramah pengisian ilmiah sedangkan tujuan mendengar ceramah ialah untuk mendapat ilmu bukan untuk berhibur.
8) Nasyid walaupun disertai oleh alatan muzik dan bunyian rancak seperti lagu rock dan lain-lain namun kerana penyanyinya ialah seorang penyanyi nasyid maka apa pun lagu dan muzik yang dinyanyikan akan tetap dinamakan nasyid dan diterima.
9) Pendakwah bebas selalunya kaya mengapa ?
10) Mengapa apabila kita bertemu seseorang yang cintakan Islam dan sukakan agama dan berani berkorban untuk agama maka dia mesti terpengaruh dengan ajaran ikhwan muslimun yang di asaskan oleh hasan Al-banna sedangkan gerakan ini baru ditubuhkan bukankah ajaran Islam yang dibawa oleh rasulullah dan keilmuan Islam dan perjaungan salaf soleh itu sudah lama mengapa sukar bertemu orang yang bersemangat untuk Islam tetapi tidak terikat dan bukan dari fikrah ikhwan muslimun sebaliknya bersemangat dengan ajaran salaf soleh yang lebih lama dan terdahulu dari ikhwan ? Apakah perjuangan Islam itu sudah dimonopoli oleh ikhwan ?
11) Mengapa kita sukar bertemu muslimat yang tidak suka mendengar nasyid lagu dan muzik-muzik sebaliknya suka mendengar Al-Qur’an ?
12) Mengapa sukar menemui muslimat yang tidak bermusafir tanpa mahram dan tidak keluar rumah tanpa ditemani mahramnya ?
13) Mengapa sukar menemui muslimat yang menutup muka dan wajahnya serta menjaga peribadinya ?
14) Mengapa setiap kali kita menemui muslimat bertudung labuh, berjubah berakhlak baik maka kita akan mendapati dia mesti terlibat dengan jemaah tertentu ? Mengapa ? Apakah tarbiyah ayah ibu tidak cukup ? Apakah tarbiyah dari Al-Qur’an dan sunnah sudah tidak cukup atau kerana mungkin ibu ayah jahil agama lalu menyebabkan dia terpaksa mencari tarbiyah dari kumpulan dan jemaah tertentu untuk menjadi muslimah yang solehah ?
15) Mengapa muslimah yang berakhlak baik dan berjubah, bertudung labuh serta kuat pegangan agamanya ini mesti terlibat dalam jemaah atau kumpulan tertentu ? Mengapa dia mudah bergaul dan menghormati ahli kumpulannya dari orang luar walaupun wujud orang luar jemaahnya yang lebih baik dan bagus ?
16) Mengapa ramai muslimat suka untuk musafir ke Negara barat seperti Paris, New Zealand, Britain, Amerika ?
17) Mengapa ramai muslimah sukakan sajak, syair dan cerpen atau novel dan kisah-kisah cinta ?

Akan bersambung Mengapa dan mengapa ????

1 comment:

saya said...

Assalamualaikum,

berkaitan dengan muslimat bermusafir tanpa mahram, tidak dibenarkan ker?
Kerana saya harus bermusafir tanpa mahram saya atas urusan tertentu, boleh ustaz terangkan lagi..

salam.