Memahami dan mengenali sifat Allah, dan perihal lain dalam hal aqidah Islam dilakukan dengan kesungguhan serta memerlukan penelitian keilmuan dari pemahaman Islam dan warisan sunnah bukan hawa nafsu serta akal bodoh yang tidak seberapa sebaliknya kembali kepada menuruti pertunjuk Al-Qur’an dan Sunnah berdasarkan pertunjuk para salaf soleh.
" Dan sebelumnya kamu tidak pun mengetahui apakah itu Al- Kitab (Al-Quran) dan tidak juga mengetahui apakah itu Iman. Tetapi kamilah yang menjadikan Al-Quran itu cahaya dan pertunjuk kepada sesiapa yang kami kehendaki dari kalangan hamba kami." (Surah As-Syura : 52).
Ramai hari ini demi menunaikan fitrahnya untuk mengetahui di manakah tuhannya lalu mereka pun mengada-adakan cerita-cerita gila dan bodoh demi menghiburkan hati kecilnya, dengan menggunakan akalnya yang sebijak Keldai.
Mungkin celaan ini sangat layak bagi mereka yang mereka-cipta cerita karut apabila ditanyakan kepada mereka di manakah Allah ?
Lalu berceritalah mereka mengenai seorang pengembala kambing yang apabila ditanyakan mengenai di manakah Allah lalu berkata mereka apakah dalam susu itu ada lemak ? Maka jika di jawab ya maka jawablah mereka apakah engkau nampak lemak dalam susu itu lalu dijawab tidak maka demikianlah Allah !! Wujud tapi tidak nampak…
Juga ada cerita lagi seorang yang ditanya di manakah Allah lalu dijawab ada di mana-mana, sambil berkata apakah engkau ada nyawa dan akal ? jika di jawab ya maka dikatakan di mana akal kamu dan nyawa kamu tentu tidak nampak maka demikianlah Allah wujud tapi tidak nampak.
Sesungguhnya jawapan-jawapan seperti ini lahir dari masyarakat Melayu lama yang mengambil agama dari ulama kalam dan mantiq yang sangat dicela oleh Islam. Pemikiran akal seperti ini lahir dari fahaman muktazilah dan bukan dari ahlul sunnah.
Ilmu kalam dan akal menurut Imam Abu Yusof ra (Ya’kub Ibn Ibrahim) merupakan sesuatu yang tercela dan dibenci oleh para ulama salaf soleh. Bahkan diriwayatkan beliau pernah berkata : “ Ilmu kalam itu ialah suatu kejahilan dan mempelajarinya ialah kebodohan dan barangsiapa yang tidak mempelajarinya maka itulah kecerdikan” dan beliau berkata lagi “ Jika kamu berjumpa dengan ahli ilmu kalam maka hendaklah kamu berkata kepadanya “Wahai si Zindiq” dan lagi katanya “ Barangsiapa yang belajar ilmu kalam maka sesungguhnya dia telah menjadi zindiq” (lihat dalam riwayat yang pelbagai oleh Imam Khatib Al-Baghdadi dalam Syarif Ashabul Hadith m/s 168).
Demikianlah juga celaan dari Imam Syafie ra yang diriwayatkan pernah berkata : “Hukum aku kepada mereka yang terlibat dengan ilmu kalam ialah disebatnya mereka itu dengan kayu dan dibaling dengan kasut lalu di bawa berarak ke sekeliling jalan-jalan sambil dilaungkan kepada orang ramai bahawa inilah hukuman bagi mereka yang meninggalkan kitab Allah dan sunnah rasul-Nya” (riwayat Baihaqi dalam Manaqib Syafie m/s 462 Jilid 1).
Subhanallah, MasyaAllah telah bodoh umat Islam atas kebodohan para guru agama mereka yang malas tidak kira dari mana dia belajar apakah dari universiti Al-Azhar, apakah Hadramut atau apakah dari mana-mana tempat lagi selama mereka tidak kembali kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah dan tidak menyelongkar dan belajar ilmu serta mengambil manfaat dari ulama salaf soleh terutama dalam hal yang paling mendasar dan penting iaitu di manakah Allah !!!
“ Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya aku kembali” (Surah Hud :88).
Kasihan golongan yang miskin imannya apabila ditanya di manakah tuhan kamu ? Di manakah Allah ? lalu kerana kejahilan tidak dapat menjawab di manakah Allah swt maka dia lalu terpaksa mengadakan cerita palsu dan berdusta supaya dapat menyelamatkan agama Islam yang menjadi sangat hina ini.
Hinalah Islam apabila agama ini terpaksa diselamatkan oleh seorang pendusta untuk mereka-cipta cerita palsu bagi mempertahankan agama ini dalam hal yang paling mendasar di manakah Allah !!! Di manakah tuhan yang menciptakan langit dan bumi ? Di manakah tuhan yang menurunkan agama Islam ini ??
Apakah kalian umat Islam sudah lupa firman Allah swt :
“ Dan tidaklah kami tertinggal dalam Al-Quran itu akan sesuatu (melainkan telah kami terangkannya) dan kepada tuhanlah mereka akan dihimpunkan .” (Al-An'am : 38).
Bukankah Islam itu sudah sempurna dan lengkap sehingga tidak perlu ditambah-tambah oleh oleh si pendusta , pembuat cerita palsu, cerita khayal untuk menyakinkan manusia dengan keimanan kepada Allah sedang hal keimanan itu perkara dasar dan usul.
“Sesungguhnya hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan agama kamu dan aku sempurnakan nikmatku pada kamu dan aku meredhai Islam sebagai agama kamu.” (Surah Al-Mai’dah : 3).
Benarlah umat Islam itu masih diselimuti oleh kesesatan dan kejahilan dan mereka yang beriman kepada Allah hanyalah mainan dan dalam tahap yang bukan ilmu sebaliknya hanya bertaqlid buta, menurut sangka-sangka dan agak-agak sahaja.
" Sungguh sangkaan mereka langsung tidak membawa manfaat pada mereka (dalam membawa mereka) kepada kebenaran sedikitpun" (Yunus : 36).
Mereka umat Islam di Malaysia (khususnya) bukanlah sahaja hanya taqlid buta dalam hal feqah, ibadah mereka seperti solat yang tungging-terbalik, puasa menahan lapar dan lain-lain semuanya hanya taqlid buta (ikutan jahil tanpa ilmu) dan sangatlah malang apabila aqidah, keimanan mereka juga lebih nipis dari kulit bawang apabila mereka juga turut taqlid buta (ikut buta) melampaui binatang atau haiwan yang melata di muka bumi akibat kejahilan.
“Sesungguhnya kami jadikan dalam neraka itu untuk golongan jin dan manusia yang disebabkan mereka itu mempunyai hati tetapi tidak mahu menggunakan hati mereka untuk memahami dan takut pada Allah dan mereka itu ada mata namun tidak mahu menggunakan mata mereka untuk melihat ayat Allah dan mereka itu mempunyai telinga namun tidak mengunakan telinga mereka untuk mendengar nasihat dan pertunjuk dari Allah maka mereka itu seperti binatang ternak dan bahkan lebih teruk dan sesat lagi..” (Al-A’raf : 179).
Sedang Allah swt telah memperingati mereka dengan menyebut :
"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Al-Isra : 36).
Wahai umat Islam !
Apakah kalian belum tahu di manakah Allah iaitu tuhan yang kamu sembah ? Sudah tentu kalian tidak tahu dengan akal kalian dan kemampuan jasadiyah dan fizikal kalian kerana disebut oelh Allah swt : “ Dan tidaklah kami berikan ilmu kepada manusia melainkan sedikit.” (Al-Isra : 85).
Maka bagaimana mahu mengetahui di manakah Allah swt ?
Sudahkah kalian lupa firman Allah swt dalam memberi pertunjuk dalam mengetahui sesuatu iaitu telah menyebut tuhan kalian :
" Bertanyalah kamu kepada orang yang mengerti jika kamu tidak mengetahui" (An-Nahl : 43).
Dan Allah swt telah menyebut perihal orang alim dan ulama yang menguasai ilmu Islam, mewarisi keilmuan dari salaf soleh, dari hadith yang sahih dan dari kefahaman Islam yang sebenar itu merupakan golongan mulia yang perlu kalian turuti dalam mencari kebenaran.
“ Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa darjat dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Al-Mujadalah :11).
Ketahuilah dalam mengetahui hal aqidah dan memahami persoalan keimanan termasuk di manakah Allah maka tiada ulama yang lebih alim dari mereka salaf soleh dalam Islam.
Para sahabat dan anak-anak mereka dari kalangan tabien dan cucu mereka dari kalangan tabi’ tabien inilah merupakan pendokong ummah dan pembela agama kerana merekalah salaf soleh yang dimuliakan Alalh swt . Sabda baginda salallahualaihiwasalam melalui riwayat Aisyah ra : “ Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi’ien). “ (hadith Sahih riwayat Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud 44 Jilid 5).
Wahai umat Islam, tetaplah kalian pada Al-Qur’an dan As-Sunnah yang merupakan asas dan dasar Islam. Sesungguhnya tidaklah tinggal Islam itu pada kalian jika berjauhnya kalian dari sumber mulia yang ditinggalkan oleh baginda rasulullah salallahualaihiwasalam sebagaimana sabda-Nya :
" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).
Sebagaimana dalam riwayat Abu Dzar berkata : Rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda : “Tidaklah tertinggal sesuatu yang dapat mendekatkan ke Syurga dan menjauhkan dari Neraka kecuali telah diterangkan pada kalian.” Juga disebut oleh Abu Zar ra akan katanya “ Rasulullah meninggalkan kami dalam keadaan tidak ada seekor burung pun yang mengepak-ngepakkan kedua sayapnya di udara kecuali beliau menyebutkan ilmunya pada kami.” (Hadith Sahih riwayat Thabrani dalam Mu’jamul Kabir, lihat As Sahihah oleh Syeikh Albani ra 416 Jilid 4 dan hadith ini memiliki pendukung dari riwayat lain).
Persoalan Aqidah yang merupakan perihal keimanan, kepercayaan dan asas keIslaman seseorang wajiblah ditekuni dan dikuasai oleh semua umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah swt dan rasulullah salallahualaihiwasalam.
Mustahil Islam yang lengkap dan disebut mempunyai hukum hudud, mempunyai persoalan syariah, berkembang ilmu pelbagai baik usul fiqh, feqah dan lain-lain tetapi apabila datang dalam persoalan paling remeh dan asas iaitu di manakah Allah ?
Maka langsung tiada jawapan dari Islam ?? Sedangkan dalam perihal solat yang lebih rendah darjatnya dari aqidah dan keimanan kepada Allah itu pun disebut dalam hadith melalui riwayat Malik bin Humairis ra menyebut bahawa baginda Rasulullah Salallahulaihiwasalam pernah bersabda : Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku bersolat” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 631 dan Ahmad no. 53 Jilid 5 ).
Maka jelaslah kalian sangat menjauh dari Islam apabila kalian membincangkan soal hudud, soal Negara Islam tapi dalam hal mendasar kalian masih sesat dan jahil lagi jauh dari sunnah baginda rasulullah salallahualaihiwasalam.
" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul.. .." (An-Nisa :59).
Baginda rasul juga pernah bersabda sebagai maksud : "Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah ucapan Allah dan sebaik-baik ajaran adalah ajaran Rasulullah. Dan sesungguhnya sejelek-jelek perkara adalah sesuatu yang diada-adakan (dalam agama), kerana sesungguhnya sesuatu yang baru diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah kesesatan." (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 867).
Bukanlah menjadi asas tujuan pengutusan rasul Muhammad salalalhuaiahiwasalam untuk menegakkan Negara Islam !! Bukanlah pula untuk membina empayar Islam sebaliknya berdepan dan ditegakkan dakwah rasul itu atas dua perkara asas iaitu :
“Telah kami bangkitkan pada setiap umat itu rasul-rasul untuk mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhi taghut” (An-Nahl : 36).
Tugas dakwah dan perjuangan Islam itu dilandasi di atas dua perkara iaitu : Mentauhidkan Allah (mendokong perjuangan aqidah) dan yang kedua ialah menentang syirik dan thagut iaitu kezaliman dan melampaui batas dan yang terjahat dari kezaliman itu ialah syirik kepada Allah dan kejahilan dalam hal aqidah.
Wahai umat Islam
Dengan ini marilah kalian belajar dengan apa yang akan diterangkan kepada kalian mengenai “Di manakah Allah menurut pegangan para salaf soleh menurut sunnah yang sahih” sebelum kalian lebih sesat lagi memperjuangkan perkara yang belum utama sedang yang paling mendasar telah kalian lalaikan akibat disesatkan oleh rahib-rahib kalian dan tok-tok guru kalian yang kalian telah sembah mereka di bawah nama guru agama.
" Mereka menjadikan para ulama' dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain dari Allah " (At-Taubah : 31).
Maka apabila ayat ini dibacakan oleh Rasulullah Salallahualaihiwasalam kebetulan Adi' bin Hatim ra (bekas yahudi) mendengarnya lantas beliau menegur Rasulullah Salallahualaihiwasalam dengan mengatakan bahawa tidaklah mereka (orang yahudi) menjadikan rahib-rahib dan orang alim mereka sebagai tuhan (yakni tidaklah sampai menyembah).
Maka jawab baginda Rasul Salallahualaihiwasalam : " Mereka (para rahib) jika menghalalkan sesuatu maka orang ramai pun ikut menghalalkannya (yakni mengikutinya & mentaqlidnya ) dan mereka jika mengharamkan sesuatu maka orang ramai pun ikut mengharamkannya maka itulah pengibadatan mereka (itulah bukti mereka menyembah para rahib) (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.3095 & Baihaqi).
Di manakah Allah swt ?
Jawapan orang yang beriman itu ialah sentiasa teguh, yakin dengan ilmu yang mereka miliki itulah aqidah Islam yang disebut sebagai kalimah yang teguh seperti firman-Nya :
“ Allah meneguhkan orang yang beriman itu dengan perkataan yang tetap (tauhid) baik dalam kehidupan dunia mahupun di akhirat” (Ibrahim : 27).
Menjawab di manakah Allah jika tanpa ilmu boleh mengakibatkan kekufuran dan dosa yang besar dan ini sering berlaku kepada masyarakat Islam apabila mereka menjawab :
1. Allah ada pada diri kita ini !
2. Allah berada dimana-mana di segala tempat !
Jawapan yang pertama berasal dari kaum wihdatul wujud (kesatuan wujud Allah dengan manusia) yang telah dikafirkan oleh para Ulama kita yang terdahulu dan yang sekarang kecuali golongan sufi Hadramut yang mempercayai aqidah sesat ini. Sedangkan jawapan yang kedua berasal dari kaum Jahmiyyah (faham yang menghilangkan sifat-sifat Allah) dan Mu'tazilah, serta mereka yang sefaham dengan keduanya dari ahlul bid'ah.
Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum dia dimerdekakan oleh tuannya iaitu Mu'awiyah dengan baginda bertanya kepada hamba perempuan tersebut : "Di manakah Allah ? Maka Jawab budak hamba perempuan tersebut menjawab : "Di atas langit” . Lalu Baginda bertanya lagi : "Siapakah Aku ..?". Maka jawab budak (hamba perempuan itu) : "Engkau adalah Rasulullah". Baginda pun bersabda : "Merdekakan dia ! kerana sesungguhnya dia ialah seorang perempuan mu'minah (seorang perempuan yang beriman)".
Hadits sahih dan ianya dikeluarkan (diriwayatkan) oleh Jama'ah ahli hadith, di antaranya :
1. Imam Malik (Tanwirul Hawaalik syarah Al-Muwath-tho juz 3 halaman 5-6).
2. Imam Muslim (2/70-71)
3. Imam Abu Daud (No. 930-931)
4. Imam Nasa'i (3/13-14)
5. Imam Ahmad (5/447, 448-449)
6. Imam Darimi 91/353-354)
7. Imam Ath-Thayaalis di Musnadnya (No. 1105)
8. Imam Ibnul Jaarud di Kitabnya "Al-Muntaqa" (No. 212)
9. Imam Baihaqy di Kitabnya "Sunanul Kubra" (2/249-250)
10. Imam Ibnu Khuzaimah -Imamnya para Imam- di Kitabnya "Tauhid" (hal. 121-122)
11. Imam Ibnu Abi 'Aashim di Kitab As-Sunnah (No. 489 di takhrij oleh ahli hadits besar Muhammad Nashiruddin Al-Albani).
12. Imam Utsman bin Sa'id Ad-Darimi di Kitabnya "Ar-Raddu 'Alal Jahmiyyah" (No. 60,61,62 halaman 38-39 cetakan darus Salafiyah).
13. Imam Al-Laalikai di Kitabnya "As-Sunnah " (No. 652).
Perbincangan & Pemahaman
Pertama
Hadith ini merupakan cabaran serta panahan petir yang menyambar di kepala dan telinga ahlul bid'ah dari kaum Jahmiyyah dan Mu'tazilah dan yang sefaham dengan mereka, iaitu ; dari kaum yang menyandarkan aqidah mereka kepada Imam Abul Hasan Ali bin Ismail Al-Asy'ary, yaitu ; mereka mempunyai i'tiqad (berpendapat) :
"ALLAH BERADA DI TIAP-TIAP TEMPAT ATAU ALLAH BERADA DIMANA-MANA .!?"
Katakanlah kepada mereka : Jika demikian, yakni Allah berada dimana-mana tempat, maka Allah berada di jalan-jalan, di pasar-pasar, di tempat kotor dan berada di dalam lubang zakar dan dubur serta punggung mahluknya !?.
Jawablah kepada mereka dengan firman Allah 'Azza wa Jalla :
"Maha suci Engkau ! ini adalah satu dusta yang sangat besar" (An-Nur : 16).
"Maha suci Allah dari apa-apa yang mereka sifatkan " (Al-Mu'minun : 91).
"Maha Suci Dia ! Dan Maha Tinggi dari apa-apa yang mereka katakan dengan ketinggian yang besar" (Al-Isra : 43).
Berkata Imam Adz-Dzahabi setelah membawakan hadits ini, di kitabnya "Al-Uluw" (hal : 81 diringkas oleh Muhammad Nashiruddin Al-Albani).
Ertinya :
"Dan demikian ra'yu (pendapat) kami (setuju dengan hadits) setiap orang yang ditanya : "Dimana Allah ? "Dia segera dengan fitrahnya menjawab : Di atas langit !. Di dalam hadits ini ada dua masalah : Pertama : Disyariatkan pertanyaan seorang muslim : Dimana Allah ?. Kedua : Jawapan orang yang ditanya : Dengan berkata (Allah) di atas langit ! Maka barangsiapa yang mengingkari dua masalah ini berarti dia telah mengingkari Al-Musthafa (Nabi) SAW".
Dan telah berkata Imam Ad-Daarimi setelah membawakan hadits ini di kitabnya "Ar-Raddu 'Alal Jahmiyah (hal: 39): "Di dalam hadits Rasulullah SAW ini, ada dalil bahawa seseorang apabila tidak mengetahui sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla berada di atas langit bukan di bumi, tidaklah dia seorang mu'min".
Tidaklah engkau memperhatikan bahawa Rasulullah SAW telah menjadikan tanda/alamat keimanannya (iaitu budak perempuan) tentang pengetahuannya sesungguhnya Allah di atas langit. Dan pada pertanyaan Rasulullah SAW (kepada budak perempuan): "Dimana Allah ?".
Golongan yang mengatakan : "Dia (Allah) ada di mana-mana dan tiap-tiap tempat dan golongan yang mengatakan tidak boleh kita bertanya di manakah Allah bererti telah mengingkari kerasulan baginda rasulullah salallahualaihiwasalam.
Kedua
Lafadz 'As-Samaa" menurut lughoh/bahasa Arab ertinya : Setiap yang tinggi dan berada di atas. Berkata Az-Zujaaj (seorang Imam ahli bahasa) :
Ertinya :
"(Lafadz) As-Samaa/langit di dalam bahasa dikatakan : Bagi tiap-tiap yang tinggi dan berada di atas. Dikatakan : atap rumah langit-langit rumah".
Dinamakan "Awan" itu langit/As-Samaa, karena ia berada di atas manusia. Firman Allah 'Azza wa Jalla.
Artinya :
"Dan Ia turunkan dari langit Air (hujan)" (Al-Baqarah : 22).
Adapun huruf "Fii" dalam lafadz hadits "Fiis-Samaa" bermakna " 'Alaa" seperti firman Allah 'Azza wa Jalla :
Ertinya :
"Maka berjalanlah kamu di atas/di muka bumi" (At-Taubah : 2).
"Mereka tersesat di muka bumi" (Al-Maa'idah : 26).
Lafadz "Fil Arldhii" dalam dua ayat diatas maknanya " 'Alal Arldhii",
Maksudnya : Allah 'Azza wa Jalla berada di pihak/di arah yang tinggi -di atas langit- yakni di atas 'Arsy-Nya yang sesuai dengan kebesaran-Nya. Dia tidak serupa dengan satu pun mahluk-Nya dan tidak ada satu pun mahluk menyerupai-Nya.
Firman Allah 'Azza wa Jalla :
Ertinya :
"Tidak ada sesuatupun yang sama dengan-Nya, dan Dia-lah yang Maha Mendengar (dan) Maha Melihat". (As-Syura : 4).
"Dan tidak ada satupun yang sama/sebanding dengan-Nya" (Al-Ikhlas : 4).
"Ar-Rahman di atas 'Arsy Dia istiwaa (bersemayam)". (Thaha : 5).
"Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia istiwaa (bersemayam) di atas 'Arsy".(Al-A'raf :54).
Madzhab Salaf -dan yang mengikuti mereka- seperti Imam yang empat : Abu Hanifah, Malik, Syafi'iy dan Ahmad bin Hambal dan lain-lain Ulama termasuk Imam Abul Hasan Al-Asy'ari sendiri, mereka semuanya beriman bahwa ; Allah 'Azza wa Jalla ISTIWAA diatas 'Arsy-Nya sesuai dengan kebesaran dan keagungan-Nya.
Mereka tidak menta'wil ISTIWAA/ISTAWAA dengan ISTAWLA yang artinya : Berkuasa. Seperti halnya kaum Jahmiyyah dan yang sefaham dengan mereka yang mengatakan "Allah istiwaa di atas 'Arsy" itu maknanya : Allah menguasai 'Arsy !.
Bukan Dzat Allah berada di atas langit yakni di atas 'Arsy-Nya, kerana Allah berada dimana-mana tempat !?... Mereka ini telah merubah perkataan dari tempatnya dan telah mengganti perkataan yang tidak pernah dikatakan Allah kepada mereka sama seperti kaum Yahudi (baca surat Al-Baqarah : 58-59).
Katakan kepada mereka : Kalau makna istiwaa itu adalah istawla/berkuasa, maka Allah 'Azza wa Jalla berkuasa atas segala sesuatu bukan hanya menguasai 'Arsy. Dia menguasai langit dan bumi dan apa-apa yang ada diantara keduanya dan sekalian mahluk (selain Allah dinamakan mahluk).
Allah 'Azza wa Jalla telah mengkhabarkan tentang istawaa-Nya diatas 'Arsy-Nya dalam tujuh tempat di dalam kitab-Nya Al-Qur'an. Dan semuanya dengan lafadz "istawaa".
Ini menjadi dalil yang sangat besar bahwa yang dikehendaki dengan istawaa ialah secara hakikat, bukan "istawla" dengan jalan menta'wilnya.
Telah berfirman Allah 'Azza wa Jalla di Muhkam Tanzil-Nya.
Artinya :
"Ar-Rahman di atas 'Arsy Ia istawaa" (Thaha : 5).
"Kemudian Dia istawaa (bersemayam) di atas 'Arsy".
Pada enam tempat. Dia berfirman di kitab-Nya yaitu :
1. Surat Al-A'raf ayat 54
2. Surat Yunus ayat 3
3. Surat Ar-Ra'du ayat 2
4. Surat Al-Furqaan ayat 59
5. Surat As-Sajdah ayat 4
6. Surat Al-Hadid ayat 4
Menurut lughoh/bahasa, apabila fi'il istiwaa dimuta'adikan oleh huruf 'Ala, tidak dapat difahami/diertikan lain kecuali berada diatasnya.
Firman Allah 'Azza wa Jalla :
Ertinya :
"Dan berhentilah kapal (Nuh) di atas gunung/bukit Judi" (Hud : 44).
Di ayat ini fi'il "istawaa" dimuta'addikan oleh huruf 'Ala yang tidak dapat difahami dan diertikan kecuali kapal Nabi Nuh as secara hakikat betul-betul berlabuh/berhenti di atas gunung Judi.
Dapatkah kita ertikan bahwa "Kapal Nabi Nuh menguasai gunung Judi" yakni menta'wil lafadz "istawat" dengan lafadz "istawlat" yang berada di tempat yang lain bukan di atas gunung Judi..? (yang sama dengan ayat di atas, baca surat Az-Zukhruf : 13).
Berkata Mujahid (seorang Tabi'in besar murid Ibnu Abbas).
Ertinya :
"Dia (Allah) istawaa (bersemayam) di atas "Arsy" maknanya :
"Dia berada tinggi di atas "Arsy"
(Riwayat Imam Bukhari di sahihnya Juz 8 hal : 175).
Berkata Imam Ibnu Khuzaimah -Imamnya para Imam- di kitabnya "At-Tauhid" (hal: 101):
Ertinya :
"Kami beriman dengan khabar dari Allah Jalla wa A'laa (yang Maha Besar dan Maha tinggi) sesungguhnya pencipta kami (Allah) Dia istiwaa di atas 'Arsy-Nya. Kami tidak akan mengganti/mengubah Kalam (firman) Allah dan kami tidak akan mengucapkan perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada kami sebagaimana (kaum) Jahmiyyah yang menghilangkan sifat-sifat Allah, dengan mengatakan "Sesungguhnya Dia (Allah) istawla (menguasai) 'Arsy-Nya tidak istawaa!". Maka mereka telah mengganti perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada mereka seperti perbuatan Yahudi tatkala mereka diperintah mengucapkan : "Hith-thatun (ampunkanlah dosa-dosa kami)" Tetapi mereka mengucapkan : "Hinthah (gandum).?". Mereka (kaum Yahudi) telah menyalahi perintah Allah yang Maha Besar dan Maha tinggi, begitu pula dengan (kaum) Jahmiyyah".
Yakni, Allah telah menegaskan pada tujuh tempat di kitab-Nya yang mulia, bahawa Dia istiwaa di atas 'Arsy-Nya (Dzat Allah istiwaa/bersemayam di atas 'Arsy-Nya yang sesuai dengan kebesaran-Nya, sedangkan ilmu-Nya berada dimana-mana/tiap-tiap tempat tidak satu pun tersembunyi dari pengetahuan-Nya).
Kemudian datanglah kaum Jahmiyyah mengubah firman Allah istawaa dengan istawla yakni menguasai 'Arsy supaya memaksudkan Dzat Allah berada dimana-mana/tiap-tiap tempat !!!.
Maha Suci Allah dari apa-apa yang disifatkan kaum Jahmiyyah !
Adapun madzhab Salaf, mereka telah beriman dengan menetapkan (istbat) sesungguhnya Allah Azza wa Jalla istiwaa -dan bukan istawla- di atas 'Arsy-Nya tanpa :
1. Tahrif yakni ; Merubah lafadz atau ertinya.
2. Ta'wil yakni ; Memalingkan dari arti yang zhahir kepada arti yang lain.
3. Ta'thil yakni ; Meniadakan/menghilangkan sifat-sifat Allah baik sebagian maupun secara keseluruhannya.
4. Tasybih yakni ; Menyerupakan Allah dengan mahluk.
5. Takyif yakni ; Bertanya dengan pertanyaan : Bagaimana (caranya) ?
Alangkah bagusnya jawapan Imam Malik ketika beliau ditanya :
"Bagaimana caranya Allah istiwaa di atas 'Arsy ?.
Beliau menjawab : "Istiwaa itu bukanlah sesuatu yang tidak dikenal (yakni telah kita ketahui ertinya), tetapi bagaimana caranya (Allah istiwaa) tidaklah dapat diketahui, sedang iman dengannya (bahawa Allah istiwaa) wajib, tetapi bertanya tentangnya (bagaimana caranya) adalah bid'ah".
(baca : Fatwa Hamawiyyah Kubra hal : 45-46) .
Perhatikan !
1. 'Arsy adalah mahluk Allah yang paling tinggi berada di atas tujuh langit dan sangat besar sekali sebagaimana diterangkan Ibnu Abbas : "Dan 'Arsy tidak seorangpun dapat mengukur berapa besarnya".
Berkata Imam Dzahabi di kitabnya "Al-Uluw" (hal : 102) : rawi-rawinya tsiqaat (terpercaya).
Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani mengatakan : Sanadnya sahih semua riwayatnya tsiqaat. (dikeluarkan oleh Imam ibnu Khuzaimah di kitabnya "At-Tauhid").
2. Bahawa Allah 'Azza wa Jalla -istiwaa-Nya di atas 'Arsy- tidak tergantung kepada 'Arsy. Bahkan sekalian mahluk termasuk 'Arsy bergantung kepada Allah Azza wa Jalla.
Firman Allah 'Azza wa Jalla.
Ertinya :
"Sesungguhnya Allah Maha Kaya dari sekalian alam" (Al-Ankabut : 6) Yakni : Allah tidak berkeperluan kepada sekalian mahluk".
Ketiga
Penunjukan Beberapa Dalil dari Al-Qur'an dan Hadits yang Sahih
Firman Allah 'Azza wa Jalla.
"Apakah kamu merasa aman terhadap DZAT yang di atas langit, bahwa Dia akan menenggelamkan ke dalam bumi, maka tiba-tiba ia (bumi) bergoncang ?" (Al-Mulk : 16).
"Ataukah kamu (memang) merasa aman terhadap DZAT yang di atas langit bahwa Dia akan mengirim kepada kamu angin yang mengandung batu kerikil ? Maka kamu akan mengetahui bagaimana ancaman-Ku". (Al-Mulk : 17).
Berkata Imam Ibnu Khuzaimah -setelah membawakan dua ayat di atas di kitabnya "At-Tauhid" (hal : 115).
"Bukankah Dia telah memberitahukan kepada kita -wahai orang yang berakal- yaitu ; apa yang ada diantara keduanya sesungguhnya Dia (Allah) di atas langit".
Berkata Imam Abul Hasan Al-Asy'ary di kitabnya "Al-Ibanah Fi Ushulid-diayaanah hal : 48) setelah membawakan ayat di atas : "Di atas langit-langit itu adalah 'Arsy, maka tatkala 'Arsy berada di atas langit-langit.
Dia berfirman : "Apakah kamu merasa aman terhadap Dzat yang berada di atas langit ?" Kerana sesungguhnya Dia istiwaa (bersemayam) di atas 'Arsy yang berada di atas langit, dan tiap-tiap yang tinggi itu dinamakan 'As-Samaa" (langit), maka 'Arsy berada di atas langit.
Bukankah yang dimaksud apabila Dia berfirman : "Apakah kamu merasa aman terhadap Dzat yang diatas langit ?" yakni seluruh langit ! Tetapi yang Dia kehendaki adalah 'Arsy yang berada di atas langit".
Dua ayat di atas sangat tegas sekali yang tidak dapat dibantah dan ta'wil bahawa lafadz "MAN" tidak mungkin difahami selain dari Allah 'Azza wa Jalla. Bukan Malaikat-Nya sebagaimana dikatakan oleh kaum Jahmiyyah dan yang sepaham dengannya, yang telah merubah firman Allah 'Azza wa Jalla. Bukankah dlamir (kata ganti) pada fi'il (kata kerja) "yakhtsif" (Dia menenggelamkan) dan "yartsil" (Dia mengirim) adalah "huwa" (Dia) ? siapakah Dia itu kalau bukan Allah 'Azza wa Jalla.
Firman Allah :
"Mereka (para Malaikat) takut kepada Tuhan mereka yang berada di atas mereka, dan mereka mengerjakan apa-apa yang diperintahkan". (An-Nahl : 50).
Ayat ini tegas sekali menyatakan bahwa Allah 'Azza wa Jalla berada di atas bukan di mana-mana tempat. Karena lafadz "fawqo" (di atas) apabila di majrur dengan huruf "min" dalam bahasa Arab menunjukkan akan ketinggian tempat.
Dan tidak dapat di ta'wil dengan ketinggian martabat, sebagaimana dikatakan kaum Jahmiyyah dan yang sepaham dengan mereka. Alangkah zalimnya mereka ini yang selalu merubah-rubah firman Tuhan kita Allah Jalla Jalaa Luhu.
Berkata Imam Ibnu Khuzaimah di kitabnya "At-Tauhid" (hal : 111):
"Tidaklah kalian mendengar firman pencipta kita 'Azza wa Jalla yang mensifatkan diri-Nya.
"Dan Dialah (Allah) yang Maha Kuasa di atas hamba-hamba-Nya". (Al-An'am : 18 & 61).
Berkata Imam Ibnu Khuzaimah di kitabnya tersebut : "Tidakkah kalian mendengar wahai penuntut ilmu. Firman-Nya Subhanahu wa Ta'ala kepada Isa bin Maryam :
"Wahai Isa ! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dan mengangkatmu kepada-Ku" (Ali Imran : 55) .
Ibnu Khuzaimah menerangkan : Bukankah "mengangkat" sesuatu itu dari bawah ke atas (ke tempat yang tinggi) tidak dari atas ke bawah!. Dan firman Allah 'Azza wa Jalla.
Ertinya :
"Tetapi Allah telah mengangkat dia (yakni Nabi Isa) kepada-Nya" (An-Nisa' : 158).
Karena "Ar-raf'ah" = mengangkat dalam bahasa Arab yang dengan bahasa mereka kita diajas berbicara (yakni Al-Qur'an) dalam bahasa Arab yang hanya dapat diartikan dari bawah ke tempat yang tinggi dan di atas" (kitab At-Tauhid : 111).
Sekarang dengarlah wahai orang yang berakal, kisah Fir'aun bersama Nabi Allah Musa 'Alaihis Salam di dalam kitab-Nya yang mulia, dimana Fir'aun telah mendustakan Musa yang telah mengabarkan kepadanya bahwa Tuhannya Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas langit :
"Dan berkata Fir'aun : Hai Haman! Buatkanlah untukku satu bangunan yang tinggi supaya aku (dapat) mencapai jalan-jalan. (Yaitu) jalan-jalan menuju ke langit supaya aku dapat melihat Tuhan(nya) Musa, karena sesungguhnya aku mengira dia itu telah berdusta". (Al-Mu'min : 36-37. Al-Qashash : 38).
Perhatikanlah wahai orang yang berakal!. Perintah Fir'aun kepada Haman -menterinya- untuk membuatkan satu bangunan yang tinggi supaya dia dapat jalan ke langit untuk melihat Tuhannya Musa. Hal ini menunjukkan bahwa Nabi Musa telah memberitahukan kepadanya bahwa Tuhannya -Allah Subhanahu wa Ta'ala- berada di atas langit-.
Kalau tidak demikian, yakni misalnya Nabi Musa mengatakan bahwa Tuhannya ada dimana-mana tempat -sebagaimana dikatakan kaum Jahmiyyah- tentu Fir'aun yang disebabkan kerana kekafirannya dan pengakuannya sebagai Tuhan, akan mengerahkan bala tentaranya untuk mencari Tuhannya Musa di istananya, di rumah-rumah Bani Israil, di pasar-pasar dan di seluruh tempat di timur dan di barat !?.
Tetapi tatkala Nabi Musa dengan perkataannya: "Sesungguhnya aku mengira dia ini berdusta !". Yakni tentang perkataan Musa bahwa Tuhannya di atas langit.
Perhatikanlah, wahai orang yang berakal !. Keadaan Fir'aun yang mendustakan Nabi Musa dengan kaum Jahmiyyah dan yang sepaham dengan mereka yang telah merubah firman Allah dengan mengatakan : Allah ada di segala tempat !.
Ketahuilah ! Bahwa pemahaman di atas bukanlah hasil dari pikiran saya tetapi pemahaman Ulama-ulama kita diantaranya :
1. Imam Ibnu Khuzaimah di kitabnya "At-Tauhid" (hal : 114-115) diantara keterangannya : "Perkataan Fir'aun (sesungguhnya aku menyangka/mengira ia termasuk dari orang-orang yang berdusta) terdapat dalil bahwa Musa telah memberitahukan kepada Fir'aun :" Bahawa Tuhannya Yang Maha Besar dan Maha Tinggi berada di tempat yang tinggi dan di atas".
2. Berkata Imam Al-Asy'ary setelah membawakan ayat di atas : "Fir'aun telah mendustakan Musa tentang perkataannya : Sesungguhnya Allah di atas langit" (Al-Ibanah : 48).
3. Berkata Imam Ad-Daarimi di kitabnya "Raddu 'Alal Jahmiyyah hal : 37 Setelah membawakan ayat di atas : " Di dalam ayat ini terdapat keterangan yang sangat jelas dan dalil yang nyata, bahwa Musa telah mengajak Fir'aun mengenal Allah bahawa Dia berada di atas langit. Oleh karena itu Fir'aun memerintahkan membuat bangunan yang tinggi".
4. Berkata Syaikhul Islam Al-Imam As-Shaabuny di kitabnya "Itiqad Ahlus Sunnah wa Ashabul Hadits wal A'imah " (hal : 15) : "Bahwasanya Fir'aun mengatakan demikian (yakni menuduh Musa berdusta) karena dia telah mendengar Musa as menerangkan bahwa Tuhannya berada di atas langit. Tidakkah engkau perhatikan perkataannya : "Sesungguhnya aku mengira dia itu berdusta" yakni tentang perkataan Musa : Sesungguhnya di atas langit ada Tuhan".
5. Imam Abu Abdillah Haarits bin Ismail Al-Muhaasiby diantara keterangannya : "Berkata Fir'aun : (Sesungguhnya aku mengira dia itu berdusta) tentang apa yang ia (Musa) katakan kepadaku : Sesungguhnya Tuhannya berada di atas langit". Kemudian beliau menerangkan : "Kalau sekiranya Musa mengatakan : "Sesungguhnya Allah berada di tiap-tiap tempat dengan Dzatnya, nisacaya Fir'aun akan mencari di rumahnya, atau di hadapannya atau ia merasakannya, -Maha Tinggi Allah dari yang demikian- tentu Fir'aun tidak akan menyusahkan dirinya membuat bangunan yang tinggi". (Fatwa Hamawiyyah Kubra : 73).
6. Berkata Imam Ibnu Abdil Bar : "Maka (ayat ini) menunjukan sesungguhnya Musa mengatakan (kepada Fir'aun) : "Tuhanku di atas langit ! sedangkan Fir'aun menuduhnya berdusta". (baca Ijtimaaul Juyusy Al-Islamiyyah hal : 80).
7. Berkata Imam Al-Waasithi di kitabnya "An-Nahihah fi Shifatir Rabbi Jalla wa 'Alaa" (hal : 23 cetakan ke-3 th 1982 Maktab Al-Islamy) : "Dan ini menunjukkan bahwa Musa telah mengabarkan kepadanya bahwa Tuhannya yang Maha Tinggi berada di atas langit. Oleh karena itu Fir'aun berkata : "Sesungguhnya aku mengira dia ini berdusta".
Demikianlah penjelasan dari tujuh Imam besar di dalam Islam tentang ayat di atas, selain masih banyak lagi yang kesimpulannya: "Bahwa mendustakan Allah Subhanahu wa Ta'ala berada di atas langit di atas 'Arsy-Nya, Dia istiwaa (bersemayam) yang sesuai dengan kebesaran dan keagungan-Nya, adalah; sunnahnya Fir'aun". Na'udzu billah !!.
Sampai disini pembahasan beberapa dalil dari kitab Allah -salain masih banyak lagi- yang cukup untuk diambil pelajaran bagi mereka yang ingin mempelajarinya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.
"Ambillah pelajaran wahai orang-orang yang mempunyai pandangan !" (Al-Hasyr : 2).
Adapun dalil-dalil dari hadits Nabi SAW banyak sekali. Di bawah ini akan disebutkan beberapa diantaranya :
Nabi kita Salallahualaihiwasalam telah bersabda :
"Orang-orang yang penyayang, mereka itu akan disayangi oleh Allah Tabaaraka wa Ta'ala (Yang Maha berkat dan Maha Tinggi). oleh karena itu sayangilah orang-orang yang di muka bumi, nescaya Dzat yang di atas langit akan menyayangi kamu". (Sahih. Diriwayatkan oleh Imam-imam : Abu Dawud No. 4941. Ahmad 2/160. Hakim 4/159. dari jalan Abdullah bin 'Amr bin 'Ash. Hadits ini telah disahihkan oleh Imam Hakim dan telah pula disetujui oleh Imam Dzahabi. Demikian juga Al-Albani telah menyatakan hadits ini sahih dikitabnya "Silsilah Sahihah No. 925).
"Barangsiapa yang tidak menyayangi orang yang di muka bumi, niscaya tidak akan disayang oleh Dzat yang di atas langit". (Sahih, diriwayatkan oleh Imam Thabrani di kitabnya "Mu'jam Kabir No. 2497 dari jalan Jarir bin Abdullah. Imam Dzahabi di kitabnya "Al-Uluw" hal : 83 diringkas oleh Al-Albani) mengatakan : Rawi-rawinya tsiqaat/kepercayaan).
"Tidakkah kamu merasa aman kepadaku padahal aku orang kepercayaan Dzat yang di atas langit, datang kepadaku berita (wahyu) dari langit di waktu pagi dan petang". (Sahih, diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim 3/111 dan Ahmad 3/4 dari jalan Abu Sa'id Al-Khudry).
"Demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya ! Tidak seorang suami pun yang mengajak isterinya ke tempat tidurnya (bersetubuh), lalu si isteri menolaknya, melainkan Dzat yang di atas langit murka kepadanya sampai suaminya redha kepadanya ". (Sahih, diriwayatkan oleh Imam Muslim 4/157 dari jalan Abu Hurarirah).
Keterangan
"Dzat yang di atas langit yakni Allah 'Azza wa Jalla (perhatikan empat hadits diatas)".
"Silih berganti (datang) kepada kamu Malaikat malam dan Malaikat siang dan mereka berkumpul pada waktu solat subuh dan solat ashar. Kemudian naik malaikat yang bermalam dengan kamu, lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka, padahal Dia lebih tahu keadaan mereka : "Bagaimana (keadaan mereka) sewaktu kamu tinggalkan hamba-hamba-Ku ? Mereka menjawab : "Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami datang kepada mereka dalam keadaan solat". (Sahih, diriwayatkan oleh Imam Bukhari 1/139 dan Muslim 2/113 dll).
Keterangan
"Sabda Nabi SAW : "Kemudian NAIK Malaikat-malaikat yang bermalam ..." Menunjukkan bahawa Pencipta itu Allah Subhanahu wa Ta'ala berada di atas.
Hal ini juga menunjukkan betapa rosaknya pikiran dan fitrahnya kaum Jahmiyyah yang mengatakan Pencipta kita, tidak berada di atas tetapi di segala tempat ? Maha Suci Allah ! Dan Maha Tinggi Allah dari segala ucapan kaum Jahmiyyah dan yang sepaham dengan mereka !.
"Jabir bin Abdullah telah meriwayatkan tentang sifat haji Nabi dalam satu hadits yang panjang yang didalamnya diterangkan khutbah Nabi salallahualaihiwasalam di padang 'Arafah : "(Jabir menerangkan) : Lalu Nabi Salallahualaihiwasalam mengangkat jari telunjuknya ke arah langit, kemudian beliau tunjukkan jarinya itu kepada manusia, (kemudian beliau berdo'a) : "Ya Allah saksikanlah ! Ya Allah saksikanlah ! ( Riwayat Imam Muslim 4/41).
Sungguh hadits ini merupakan tamparan yang pedas di muka-muka kaum Ahlul Bid'ah yang selalu melarang kaum muslimin merisyarat dengan jarinya ke arah langit. Mereka berkata : Kami khawatir orang-orang akan mempunyai i'tiqad bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala berada di atas langit ! Padahal Allah tidak bertempat tetapi Dia berada di segala tempat !?.
Demikianlah kekhawatiran yang dimaksudkan syaithan ke dalam hati ketua-ketua (tok-tok Guru) mereka. Sebenarnya yang pada hakikatnya mereka ini telah memperbodohkan Nabi salalallahualaihiwasalam yang telah mengisyaratkan jari baginda ke arah langit.
Perhatikanlah perkataan mereka : "Allah tidak bertempat tetapi Dia berada di segala tempat !?"
Perhatikanlah ! Adakah akal yang sahih dan fitrah yang bersih dapat menerima dan mengerti perkataan di atas !?.
Mereka mengatakan Allah tidak bertempat karena akan menyerupai dengan mahluk-Nya. Tetapi pada saat yang sama mereka tetapkan bahawa Allah berada di segala tempat atau di mana-mana tempat !?.
Subhanallah (Maha Suci Allah)
"Dari Ibnu Abbas (ia berkata) : " Bahawa Rasulullah Salallahualaihiwasalam berkhutbah kepada manusia pada hari Nahr (10 Zulhijah) -kemudian Ibnu Abbas menyebutkan khutbah Nabi kemudian baginda mengangkat kepalanya (ke langit) sambil mengucapkan : Ya Allah bukankah Aku telah menyampaikan ! Ya Allah bukankah aku telah menyampaikan !. (Riwayat Imam Bukhari Juz 2 hal : 191).
Perhatikan wahai orang yang berakal ! Perbuatan Rasulullah SAW mengangkat kepalanya ke langit mengucapkan : Ya Allah !.
Rasulullah SAW menyeru kepada Tuhannya Allah Subhanahu wa Ta'ala yang berada di atas langit yakni di atas 'Arsy di atas sekalian mahluk-Nya.
Kemudian perhatikanlah kaum Jahmiyyah yang mengatakan Allah ada di segala tempat, di bawah mahluk, di jalan-jalan, di tempat-tempat yang kotor, dan di perut-perut haiwan !?
Maha Suci Allah ! Maha Suci Allah dari apa yang disifatkan oleh kaum Jahmiyyah dan yang sama dengan mereka !.
"Dari Aisyah, ia berkata : "Nabi SAW mengangkat kepalanya ke langit. (Riwayat Imam Bukhari 7/122).
Keempat
Keterangan Para Sahabat Nabi Salallahualaihiwasalam , dan Ulama-Ulama Islam.
Adapun keterangan dari para sahabat Nabi SAW, dan Imam-imam kita serta para Ulama dalam masalah ini sangat banyak sekali, yang tidak mungkin kami turunkan satu persatu dalam risalah kecil ini, kecuali beberapa diantaranya.
1. Umar bin Khatab pernah mengatakan : "Bahawasanya segala urusan itu (datang/keputusannya) dari sini". Sambil Umar mengisyaratkan tangannya ke langit " [Imam Dzahabi di kitabnya "Al-Uluw" hal : 103. mengatakan : Sanadnya seperti Matahari (yakni terang benderang keshahihannya)].
2. Ibnu Mas'ud berkata : Artinya : "'Arsy itu di atas air dan Allah 'Azza wa Jalla di atas 'Arsy, Dia mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan".
Riwayat ini shahih dikeluarkan oleh Imam Thabrani di kitabnya "Al-Mu'jam Kabir" No. 8987. dan lain-lain Imam.
Imam Dzahabi di kitabnya "Al-Uluw" hal : 103 berkata :
sanadnya sahih,dan Muhammad Nashiruddin Al-Albani menyetujuinya (beliau meringkas dan mentakhrij hadits ini di kitab Al-Uluw).
Tentang 'Arsy Allah di atas air ada firman Allah 'Azza wa Jalla.
"Dan adalah 'Arsy-Nya itu di atas air" (Hud : 7) .
3. Anas bin Malik menerangkan : "Adalah Zainab memegahkan dirinya atas isteri-isteri Nabi Salallahualaihiwasalam yang lain, Dia berkata : "Yang mengahwinkan kamu (dengan Nabi) adalah keluarga kamu, tetapi yang mengahwinkan aku (dengan Nabi) adalah Allah Ta'ala dari ATAS TUJUH LANGIT".
Dalam satu lafadz Zainab binti Jahsyi mengatakan :
"Sesungguhnya Allah telah menikahkan aku (dengan Nabi) dari atas langit". (Riwayat Bukhari juz 8 hal:176).
Yakni perkahwinan Nabi salalalhualaihiwasalam dengan Zainab binti Jahsyi dilangsungkan oleh Allah Ta'ala yang menikahkannya dari atas 'Arsy-Nya.
Firman Allah di dalam surat Al-Ahzab : 37
"Kami kawinkan engkau dengannya (yakni Zainab)".
4. Imam Abu Hanifah berkata :
"Barangsiapa yang mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir".
Adapun terhadap orang yang tawaqquf (diam) dengan mengatakan "aku tidak tahu apakah Tuhanku di langit atau di bumi". Berkata Imam Abu Hanifah : "Sesungguhnya dia telah 'Kafir !".
Kerana Allah telah berfirman : "Ar-Rahman di atas 'Arsy Dia istiwaa". Yakni : Abu Hanifah telah mengkafirkan orang yang mengingkari atau tidak tahu bahwa Allah istiwaa diatas 'Arsy-Nya.
5. Imam Malik bin Anas telah berkata :
"Allah berada di atas langit, sedangkan ilmunya di tiap-tiap tempat, tidak tersembunyi sesuatupun dari-Nya".
6. Imam Asy-Syafi'iy telah berkata :
"Dan sesungguhnya Allah di atas 'Arsy-Nya di atas langit-Nya"
7. Imam Ahmad bin Hambal pernah di tanya : "Allah di atas tujuh langit diatas 'Arsy-Nya, sedangkan kekuasaan-Nya dan ilmu-Nya berada di tiap-tiap tempat.?
Jawab Imam Ahmad : "Benar ! Allah di atas 'Arsy-Nya dan tidak sesuatupun yang tersembunyi dari pengetahuan-nya".
8. Imam Ali bin Madini pernah ditanya : "Apa perkataan Ahlul Jannah ?".
Beliau menjawab : "Mereka beriman dengan ru'yah (yakni melihat Allah pada hari kiamat dan di syurga khusus bagi kaum mu'minin), dan dengan kalam (yakni bahwa Allah berkata-kata), dan sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla di atas langit di atas 'Arsy-Nya Dia istiwaa".
9. Imam Tirmidzi telah berkata : "Telah berkata ahli ilmu : "Dan Dia (Allah) di atas 'Arsy sebagaimana Dia telah sifatkan diri-Nya".
(Baca : "Al-Uluw oleh Imam Dzahabi yang diringkas oleh Muhammad Nashiruddin Al-Albani di hal : 137, 140, 179, 188, 189 dan 218. Fatwa Hamawiyyah Kubra oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah hal: 51, 52, 53, 54 dan 57).
10. Telah berkata Imam Ibnu Khuzaimah -Imamnya para imam- :
"Barangsiapa yang tidak menetapkan sesungguhnya Allah Ta'ala di atas 'Arsy-Nya Dia istiwaa di atas tujuh langit-Nya, maka dia telah kafir dengan Tuhannya...".
(Riwayat ini shahih dikeluarkan oleh Imam Hakim di kitabnya Ma'rifah "Ulumul Hadits" hal : 84).
11. Telah berkata Syaikhul Islam Imam Abdul Qadir Jailani -diantara perkataannya- :
"Tidak boleh mensifatkan-Nya bahawa Dia berada diatas tiap-tiap tempat, bahkan (wajib) mengatakan : Sesungguhnya Dia di atas langit (yakni) di atas 'Arsy sebagaimana Dia telah berfirman :"Ar-Rahman di atas 'Arsy Dia istiwaa (Thaha : 5). Dan patutlah memuthlakkan sifat istiwaa tanpa ta'wil sesungguhnya Dia istiwaa dengan Dzat-Nya di atas 'Arsy. Dan keadaan-Nya di atas 'Arsy telah tersebut pada tiap-tiap kitab yang. Ia turunkan kepada tiap-tiap Nabi yang Dia utus tanpa (bertanya):"Bagaimana caranya Allah istiwaa di atas 'Arsy-Nya ?" (Fatwa Hamawiyyah Kubra hal : 87).
Yakni : Kita wajib beriman bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala istiwaa di atas 'Arsy-Nya yang menunjukkan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas sekalian mahluk-Nya. Tetapi wajib bagi kita meniadakan pertanyaan : "Bagaimana caranya Allah istiwaa di atas 'Arsy-Nya ?".
Kerana yang demikian tidak dapat kita mengerti sebagaimana telah diterangkan oleh Imam Malik dan lain-lain Imam. Allah istiwaa sesuai dengan kebesaran-Nya tidak serupa dengan istiwaanya mahluk sebagaimana kita meniadakan pertanyaan : Bagaimana Dzatnya Allah ?.
Demikianlah aqidah salaf, salah satunya ialah Imam Abdul Qadir Jailani yang kononnya di Malaysia dan Indonesia, di sembah-sembah dijadikan berhala oleh penyembah-penyembah qubur dan orang-orang bodoh.
Kalau sekiranya Imam kita ini hidup pada zaman kita sekarang ini dan beliau melihat betapa banyaknya orang-orang yang menyembah dengan meminta-minta kepada beliau dengan "tawasul", tentu beliau akan mengingkari dengan sangat keras dan berlepas diri dari qaum musyrikin tersebut.
Inna lillahi wa innaa ilaihi raaji'un !!.
Kelima
Kesimpulan
Hadits Jariyah (budak perempuan) ini bersama hadits-hadits yang lain yang sangat banyak dan berpuluh-puluh ayat Al-Qur'an dengan tegas dan terang menyatakan : "Sesungguhnya Pencipta kita Allah 'Azza wa Jalla di atas langit yakni di atas 'Arsy-Nya, yang sesuai dengan kebesaran dan keagungan-Nya". Maha Suci Allah dari menyerupai mahluk-Nya.!.
Dan Maha Suci Allah dari ta'wilnya kaum Jahmiyyah yang mengatakan Allah ada dimana-mana tempat !??.
Dapatlah kami simpulkan sebagai berikut :
1. Sesungguhnya bertanya dengan pertanyaan : "Dimana Allah ?, disyariatkan dan penyoal telah mengikuti panduan Rasulullah salallahualaihiwasalam.
2. Wajib menjawab : "Sesungguhnya Allah di atas langit atau di atas 'Arsy". Kerana yang dimaksud di atas langit adalah di atas 'Arsy. Jawapan ini membuktikan keimanannya sebagai mu'min atau mu'minah. Sebagaimana Nabi salallahualaihiwasalam, telah menyatakan keimanan budak perempuan, karena jawabannya : Allah di atas langit !.
3. Wajib mengi'tiqadkan sesungguhnya Allah di atas langit, yakni di atas 'Arsy-Nya.
4. Barangsiapa yang mengingkari wujud Allah di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir.
5. Barangsiapa yang tidak membolehkan bertanya : Dimana Allah ? maka sesungguhnya ia telah menjadikan dirinya lebih pandai dari Rasulullah, bahkan lebih pandai dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Na'udzu billah.
6. Barangsiapa yang tidak menjawab : Sesungguhnya Allah di atas langit, maka bukanlah dia seorang mukmin atau mukminah.
7. Barangsiapa yang mempunyai iti'qad bahwa bertanya :"Dimana Allah ?" akan menyerupakan Allah dengan mahluk-nya, maka sesunguhnya dia telah menuduh Rasulullah SAW jahil/bodoh !. Na'udzu billah !
8. Barangsiapa yang mempunyai iti'qad bahwa Allah berada dimana-mana tempat, maka sesunguhnya dia telah kafir.
9. Barangsiapa yang tidak mengetahui dimana Tuhannya, maka bukanlah dia penyembah Allah 'Azza wa Jalla, tetapi dia menyembah kepada "sesuatu yang tidak ada".
10. Ketahuilah ! Bahawa sesunguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas langit, yakni di atas 'Arsy-Nya di atas sekalian mahluk-Nya, telah setuju dengan dalil naqli dan aqli serta fitrah manusia. Adapun dalil naqli, telah datang berpuluh ayat Al-Qur'an dan hadits yang mencapai derajat mutawatir.
11. Demikian juga keterangan Imam-imam dan Ulama-ulama Islam, bahkan telah terjadi ijma' diantara mereka kecuali kaum ahlul bid'ah. Sedangkan dalil aqli yang sederhanapun akan menolak jika dikatakan bahwa Allah berada di segala tempat !. Adapun fitrah manusia, maka lihatlah jika manusia -baik muslim atau kafir- berdo'a khususnya apabila mereka terkena musibah, mereka angkat kepala-kepala mereka ke langit sambil mengucapkan 'Ya ... Tuhan..!. Manusia dengan fitrahnya mengetahui bahwa penciptanya berada di tempat yang tinggi, di atas sekalian mahluk-Nya yakni di atas 'Arsy-Nya. Bahkan fitrah ini terdapat juga pada haiwan dan tidak ada yang mengingkari fitrah ini kecuali orang yang telah rosak fitrahnya.
Tambahan
Sebagian ikhwan telah bertanya tentang ayat : "Dan Dia-lah Allah di langit dan di bumi, Dia mengetahui rahsia kamu dan yang kamu nyatakan, dan Dia mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan ". (Al-An'am : 3) .
Ahli tafsir telah sepakat sebagaimana dinukil oleh Imam Ibnu Katsir mengingkari kaum Jahmiyyah yang membawakan ayat ini untuk mengatakan :
"Innahu Fii Qulli Makaan"
"Sesungguhnya Ia (Allah) berada di tiap-tiap tempat !".
Maha Suci Allah dari perkataan kaum Jahmiyyah ini !
Adapun maksud ayat ini ialah :
1. Dialah yang dipanggil (diseru/disebut) Allah di langit dan di bumi.
2. Yakni : Dialah yang disembah dan ditauhidkan (diesakan) dan ditetapkan bagi-Nya Ilaahiyyah (Ketuhanan) oleh mahluk yang di langit dan mahluk yang di bumi, kecuali mereka yang kafir dari golongan Jin dan manusia.
Ayat tersebut seperti juga firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.
"Dan Dia-lah yang di langit (sebagai) Tuhan, dan di bumi (sebagai) Tuhan, dan Dia Maha Bijaksana (dan) Maha mengetahui". (Az-Zukhruf : 84).
Yakni : Dia-lah Allah Tuhan bagi mahluk yang di langit dan bagi mahluk yang di bumi dan Dia disembah oleh penghuni keduanya. (baca : Tafsir Ibnu Katsir Juz 2 hal 123 dan Juz 4 hal 136).
Bukanlah dua ayat di atas maksudnya : Allah ada di langit dan di bumi atau berada di segala tempat!. Sebagaimana ta'wilnya kaum Jahmiyyah dan yang sepaham dengan mereka. Atau perkataan orang-orang yang "diam" bodoh yang Tidak tahu Allah ada di mana !.
Mereka selain telah menyalahi ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadits Nabi serta keterangan para sahabat dan Imam-imam Islam seluruhnya, juga bodoh terhadap bahasa Arab yang dengan bahasa Arab yang terang mengenai Al-Quran ini diturunkan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Imam Abu Abdillah Al-Muhasiby dalam keterangan ayat di atas (Az-Zukhruf : 84) menerangkan : "Yakni Tuhan bagi penduduk langit dan Tuhan bagi penduduk bumi.
Dan yang demikian terdapat di dalam bahasa, (umpamanya ) engkau berkata : "Si Fulan penguasa di (negeri) Khirasan, dan di Balkh, dan di Samarqand", padahal dia berada di satu tempat".
Yakni : Tidak berarti dia berada di tiga tempat meskipun dia menguasai ketiga negeri tersebut.
Kalau dalam bahasa Melayu, umpamanya kita berkata "Si Fulan penguasa di Kuala Lumpur, dan penguasa di Kedah, dan penguasa di Selangor". Sedangkan dia berada di satu tempat.
Bagi Allah ada perumpamaan/misal yang lebih tinggi (baca : Fatwa Hamawiyyah Kubra hal : 73).
Adapun orang yang "diam" (tawaqquf) dengan mengatakan : "Kami tidak tahu Dzat Allah di atas 'Arsy atau di bumi", mereka ini adalah orang-orang yang telah memelihara kebodohan !.
Allah Rabbul 'Alamin telah sifatkan diri-Nya dengan sifat-sifat ini, yang salah satunya bahawa Dia istiwaa (bersemayam) di atas 'Arsy-Nya supaya kita mengetahui dan menetapkannya. Oleh karena itu "diam" darinya dengan ucapan "kita tidak tahu" nyata telah berpaling dari maksud Allah.
Pantaslah kalau Al-Imam Abu Hanifah ra mengkafirkan orang yang berfaham demikian, sama seperti orang yang menta'wilnya.
Segala Puji Bagi Allah swt
Penulisan risalah ini diedit dan diambil dari tulisan Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat Al-Indonesi dengan ditambah dan diperbetulkan oleh Ustaz Emran Ahmad Umar Al-Hakim Al-Yamani Al-Qadahi.
P/s :
Segala penulisan di atas dipetik dari kitab, sunnah dan kitab-kitab ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah serta dari naskah-naskah hadith dan tidaklah dari pendapat kami sendiri.
Adapun yanfg mengkafirkan golongan yang tidak tahu di manakah Allah dan yang menjawab Allah bukan di langit ialah Al-Imam Abu Hanifah ra dan kami tiada kena mengena dengan hal ini atau mengkafirkan mana-mana individu sebaliknya Cuma membawa pendapat beliau (Al-Imam Abu Hanifah ra salah seorang ulama mazhab dan salah seorang Imam Ahlul Sunnah Wal Jamah).
Sekiranya ada golongan pondok-pondok Melayu, pelajar-pelajar Al-Azhar, budak-budak sufi yang belajar di Hadramaut merasa marah dengan tulisan ini maka ana meminta jasa baik supaya tidak membalas kepada ana sebaliknya hendaklah kalian menulis risalah jawapan dan balasan kepada pihak berikut dan menegur mereka :
i) Rasulullah
ii) Para sahabat
iii) Para ulama Salaf seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad dan lain-lain ulama yang kami petik fatwa mereka.
Pastikan surat kalian, risalah jawapan kalian di alamatkan kepada pihak di atas bagi menegur kefahaman mereka dan sekiranya tidak sampai teguran kalian maka ianya tiada kena mengena dengan ana atau pihak ana.
Segala puji hanyalah bagi Allah
Syukur pada-Nya yang menyelamatkan ana dari aqidah bathil pondok-pondok Melayu dan Aqidah sufi dan muktazilah serta jahmiyah yang tersebar di Al-Azhar dan Hadramaut.