Thursday, June 30, 2005

Wanita Haid boleh membaca Al-Qur'an

Mengenai masalah ini ianya merupakan perkara khilaf (perselisihan) dikalangan para ulama dan ahlul ilmu. Walaubagaimana pun cukup saya katakan saya memilih pendapat untuk mengatakan perempuan haid boleh memegang Al-Qur’an bahkan membacanya serta berzikir dalam keadaannya itu.

Pendapat ini mashyur dikalangan ulama’ Abu Hanifah ra, Syafie dan Ahmad bahkan mereka mengatakan tidak salah memegang Al-Qur’an serta membacanya juga tidak salah melakukan sujud tilawah seperti yang disebut oleh Imam Ibn Hazm ra dan adapun mengenai pendapat yang melarangnya tidaklah pula mereka mempunyai hujah dan dalil yang kuat (lihat Al-Muhalla m/s 78 Jilid 1). Juga terdapat riwayat dari Ummul Mukminin Aisyah ra yang telah menyebut bahawa baginda nabi salallahualaihiwasalam pernah bersabda mengenai apa yang boleh dibuat oleh wanita yang datang haid dengan sabdanya kepada Aisyah ra :
افعلى ما يفعل الحاج غير أن لا تطوفى بالبيت حتى تطهرى
“Dan lakukanlah apa yang dibuat oleh orang lain dalam haji kecuali bertawaf di baitullah sehingga dirimu telah suci” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 1650).
Bahkan para ulama’ dalam meneliti hujah-hujah mengenai keadaan wanita haid turut menyebut bahawa tidak ada larangan bagi wanita untuk memasuki masjid dan berada di dalamnya jika bekeperluan (seperti mendengar ceramah, kuliah dll).
Adapun dalil yang mengatakan dilarang wanita haid dari memasuki masjid ialah lemah dan hadithnya pun dhaif seperti hadith dari riwayat Jasrah binti Dajajah dari Aisyah ra yang diriwayatkan pernah mengatakan bahawa baginda diriwayatkan pernah bersabda
اني لا أحل المسجد الحائض ولا جنب
Aku tidak menghalalkan masjid bagi wanita yang haid dan orang yang berjunub” (Hadith Dhaif, riwayat Abu Daud no. 233 dan Baihaqi no. 332 Jilid 2).

No comments: