Thursday, June 30, 2005

Kesilapan Menjawab Azan & Iqamah

Ramai orang silap dan tersalah dalam menjawab azan disebabkan kejahilan dan taqlid buta kepada orang-orang dahulu.

Adapun bacaan yang patut dibaca ketika menjawab azan ialah membaca kembali apa yang disebutkan oleh muazzin kerana sabit dari sunnah dari hadith riwayat Abu Said Al-Khudri ra dari nabi salallahualaihiwasalam yang pernah bersabda :
اذا سمعتم النداء فقولوا مثل ما يقول المؤذن
“Dan jika kamu mendengar azan (termasuk iqamah) maka hendaklah kamu menyebut seperti apa yang disebutkan oleh muazzin”
(Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 611 dan Muslim no. 383).

Adapun mengenai bacaan tambahan seperti yang dibaca pada waktu subuh iaitu الصلاة خير من النوم maka para ulama’ turut mengatakan bahawa ianya dijawab dengan menyebut bacaan itu kembali sebagai memenuhi perintah nabi salallahualaihiwasalam adapun mengenai golongan yang menjawab dengan menyebut صدقت وبررت maka tidaklah benar dan hal ini tiada dalil dan pertunjuk baik dari sunnah mahupun dari perbuatan ulama’ Islam.
Begitu juga bacaan iqamah iaitu apabila muazzin menyebut قد قامت الصلاة قد قامت الصلاة maka dijawab sebagaimana ia disebut dan tidak benar dibaca seperti kebanyakan orang iaitu
أقامها الله وأدامها kerana juga tidak ada pertunjuk dari sunnah mahupun perbuatan para ulama’ Islam.

Saya cuma tahu hal ini banyak diamalkan oleh golongan tua dan jika mereka berhujah bahawa hal ini dibuat kerana mengikuti orang-orang tua dan orang alim maka harus dijawab kepada mereka bahawa nabi salallahualaihiwasalam lagi tua dan lebih alim tentang syariat Islam.

No comments: