Monday, August 22, 2005

Palestin Satu Isu Ummah



Palestine merupakan tempat mulia dalam sejarah Islam kerana di situlah terletak masjid yang ketiga mulia dalam Islam.

Palestine Satu Isu Ummah


Membicarakan isu Palestine memerlukan kita membaca terlebih dahulu firman Allah swt :

“Dan berperanglah di jalan Allah dengan memerangi mereka yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas” (Al-Baqarah : 190).

Perangilah mereka di mana sahaja kamu menjumpai mereka dan usirlah mereka sebagaimana mereka mengusir kamu dan fitnah itu lebih bahaya dari pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sisi masjidil haram kecuali jika kamu diperangi di sana dan jika mereka menyerangi kamu maka perangilah mereka demikianlah balasan untuk orang-orang yang kafir” (Al-Baqarah : 191).

“Jika mereka itu berhenti dari memerangi kamu maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-baqarah : 192).

“Dan Perangilah Mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi di muka bumi sehinggalah agama itu hanyalah untuk Allah” (Al-baqarah : 193).
"Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu. Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu." (An-Nisaa', 75).


Ketika kami belajar dengan guru kami akan tafsir Al-Qur’an dan sunnah kami didedahkan dengan manhaj salaf dan penafsiran serta teladan dari ulama’ ummah dalam ilmu dan amalan.

Kami bukan tidak berjihad namun kami memulakan langkah utama demi utama, kami bukan tidak mengangkat senjata dan menumpahkan darah musuh Allah tetapi kami memulakan usaha membela ummah dari ditumpahkan darah.

Ketika bulan Jun 1997, kami pernah menghadiri sidang Palestine di Malaysia dan kami berhasrat untuk berjihad di Palestine dan meninggalkan tanahair untuk menyertai Briged Muda Al-Aqsa menentang Yahudi laknatullah.

Di antara kami ada yang bijak dan cerdik dan ada yang berkemahiran dan berpengetahuan lalu kami bertekad tidak melakukan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan kerana firman Allah swt kepada kami :

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

Setelah membuat pengkajian dan meneliti nasihat serta pertunjuk Al-Qur’an dan sunnah serta ulama ummah terdahulu, kami juga meneliti risalah jihad dari syeikh kami yang dirahmati Allah iaitu As-Syahid Dr. Abdullah Azzam ra.

Lalu kami menyimpulkan bahawa masih bukan waktunya kami berangkat ke sana hanya sekumpulan kami sebaliknya harus bersama jamaah umat Islam keseluruhannya ke baitullah Al-Aqsa untuk membebaskannya dari tangan manusia laknat dan golongan yang dimurkai Allah.

Ini disebabkan perintah nabi salallahualaihiwasalam kepada kami dalam hadith yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmidzi ra , dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda pernah bersabda :

“Tangan Allah itu bersama jemaah” (Riwayat Tirmidzi m/s 367 Jilid 6) dan dalam hadith yang lain dari riwayat Abi Dzar ra yang berkata bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam: “Barangsiapa yang memisahkan dirinya dari jemaah walaupun sejengkal maka Allah akan mencabut ikatan Islam dari tengkuknya” (Hadith sahih riwayat Abu Daud no. 4750).

Pada hadith dari riwayat Umar Al-Khatab ra yang menyebut bahawa rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : “ Hendaklah Kamu berada dalam jamaah dan jauhilah kamu dari perpecahan sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua dan barangsiapa yang menginginkan tempat tinggal di syurga maka hendaklah berada dalam jemaah” (Hadith Sahih riwayat Tirmidzi, Ibn Majah dan Humaidi).

Juga Allah swt telah berfirman kepada kami :

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” (Ali – Imran :102).

Lalu kerana kami memahami perintah Allah dan rasul menurut apa yang diajarkan oleh kepada kami dari pedoman ulama salaf soleh kami tidak sampai menurut kata hati kami dalam berjuang dan berjihad sebaliknya menanti keputusan dari Allah dan rasul.

Dari Huzaifah al-yamani bahawa bahawa baginda pernah bersabda :
“ Hendaklah kamu beriltizam dengan jemaah umat Islam dan kepimpinannya” (sahih riwayat bukhari dan Muslim). Menyedari bahawa kami wajib berintima dengan jamaah Islam (masyarakat Islam) dan kepimpinan umat Islam yang ada, mentaati mereka dan menanti keputusan mereka untuk mengarahkan kami keluar berjihad maka kami sabar dan menunggu.

Kami sedih, kerana kami belum dapat syahid, kami sedih kerana kami belum dapat habisi usia muda kami di jalan Allah dengan mengangkat senjata dengan membunuh dan dibunuh oleh musuh Allah swt seperti firman Allah swt :

Mereka yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah maka mereka itulah yang mengharap rahmat Allah” (Al-Baqarah : 218).

“Di antara orang-orang yang beriman itu ada beberapa lelaki yang menepati apa yang dijanjikannya kepada Allah swt maka ada di antara mereka yang telah pun sampai ajal mereka (menunaikan janji mereka) dan di antara mereka ada yang masih menanti dan tidaklah mereka menukar janji mereka itu dengan sesuatu gantian apa pun” (Al-Ahzab : 23).

Sekalipun kami sedih dan kecewa kerana masa sudah berlalu lama dan kami belum pun dapat keluar berangkat ke sisi Masjidil Aqsa yang kami cintai dan berjihad memerangi musuh Allah di sana namun kami terpaksa menerima ketentuan Allah swt kepada kami kerana Allah telah berfirman :

“ Tidaklah patut bagi mereka yang beriman baik lelaki atau perempuan jika telah diputuskan oleh Allah dan rasul-Nya dalam sesuatu urusan untuk mempunyai pilihan lagi (melainkan mentaati) dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab : 36).

“Sesungguhnya perkataan orang yang beriman apabila diseru oleh Allah dan rasul-Nya dalam sesuatu hukum ialah kami dengar dan kami patuh dan mereka itulah golongan yang berjaya” (An-Nur : 51).

Maka kami putuskan untuk tetap menanti dan menunggu waktu tibanya kami berangkat ke jalan Allah swt.

Sesungguhnya penungguan kami bukanlah penantian yang sia-sia, bukanlah pula kami ditangguhkan untuk berjihad hanya kerana dunia sebaliknya ini tanggungjawab agama kepada kami iaitu :

a) Kami tidak boleh keluar berjihad tanpa izin kepimpinan jamaah Islam iaitu ulil Amri dan kami mestilah menanti keluarnya berjihad itu secara berjamaah.
b) Kami mestilah terlebih terlebih dahulu mencukupi syarat untuk berjihad.
c) Kami mestilah terlebih dahulu memiliki persediaan kekuatan dan kelengkapan untuk berjihad
d) Kami mestilah terlebih dahulu punyai ketua dan kepimpinan dalam perang dan mentaati arahannya dan berperang dalam satu soff bukan berpecah-pecah tanpa kepimpinan dan berterabur tanpa panduan.

Melihat kepada keadaan realiti sekarang kami sangat sedih, kerana umat Islam semakin jauh kepada Allah dan meninggalkan kitab dan sunnah. Lalu semakin lama semakin menjauh jihad dari kami lantaran kami terpaksa bertungkus lumus melakukan usaha islah dan pembaikan dalam masyarakat (jamaah) Islam akibat kejahilan dan kesesatan umat Islam dan pemimpinnya seperti :


a) Tidak tertegaknya hukum Islam dan pemerintah tidak melaksanakan Islam dalam pemerintahan dan tidak menurut kitab Allah dan sunnah
b) Aqidah dan tauhid umat Islam penuh dengan penyelewengan dan kesesatan
c) Ibadah umat Islam penuh bid’ah, kesyirikan dan kejahilan serta jauh dari pertunjuk sunnah
d) Para pemuda dan pemudi umat Islam tersesat oleh dunia dan hanyut dalam maksiat dan mereka tidak dibimbing kepada kitab dan sunnah
e) Tidak wujudnya ilmu dan tersebarnya kejahilan serta kesesatan dan jauhnya masyarakat dari pertunjuk sunnah
f) Berpecahnya umat Islam kepada pelbagai kelompok dan kumpulan yang masing-masingmendakwa mereka benar sedangkan mereka telah tersesat jauh dari kitab dan sunnah dan termasuk penyebab perpecahan ummat.

Melihat keadaan kerosakan umat Islam Malaysia dan lain-lain negara Islam yang sedemikian membuatkan kami menyedari bahawa jihad kami ke Al-Aqsa akan menjadi mustahil dan kami tidak mungkin dapat berjihad jika kami tidak melakukan sesuatu lalu kerana itulah kami perlu islahkan (membaiki) masyarakat dan berusaha memulihkan keadaan umat islam supaya kami akhirnya dapat bersatu dan menuju di bawah peemrintahan Islam dalam jamaah serta soff (barisan) yang tersusun menuju ke Al-Aqsa membebaskannya dari kuffar dan musuh Allah swt.

“Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berperang di jalan-Nya dengan berbaris-baris seolah-olah mereka itu satu bangunan tembok yang tersusun” (As-Soff : 4).

Akhirnya sebahagian dari kami memutuskan menceburkan diri dalam ilmu dan menuntut ilmu terlebih dahulu supaya kami dapat menjadi pertunjuk kitab Allah dan sunnah kepada masyarakat dan umat serta melakukan islah (pembaikan) dalam jamaah Islam.

Bukanlah kami menjadi ustaz untuk mendapat gaji mengajar di sekolah atau belajar agama supaya dapat mengajar di universiti beroleh gaji dan kesenangan dunia atau mencari makan dengan menjual ilmu Allah sebaliknya kami mengaji dan mengajar manusia supaya mengenal Allah, kembali kepada sunnah supaya mentaati perintah Allah dan rasul dan supaya dapat bersama kami dalam satu barisan bersatu menuju ke musuh Allah dan membunuh mereka dan dibunuh.

Tidaklah kami mencari dunia, kami pejuang akhirat kami inginkan balasan rahmat Allah dan kami hidup untuk Allah lalu apakah yang kalian semua tahu tentang hidup kami, jalan kami dan kekecewaan kami ? Kami manusia, punyai hati dan perasaan dan kehendak kepada fitrah seperti manusia lainnya iaitu kami juga inginkan wanita sebagai isteri, inginkan anak-anak sebagai penghibur hati dan inginkan harta sebagai perhiasan dunia seperti firman Allah swt :

“Dihiaskan kepada manusia mencintai syahwat kepada wanita, anak-anak dan harta benda yang banyak dari emas dan perak , kuda yang bagus , biantang ternak dan tanam-tanaman dan demikian itulah kehidupan dunia namun di sisi Allah jugalah sebaik-baik tempat kembali” (Ali –Imran : 14).


Tidak ramai manusia menyedari jalan ini iaitu jalan menuju jihad kepada Allah, ramai yang bercakap itu dan ini, ramai hanya bermimpi dan bernasyid lagu-lagu jihad tanpa pernah memahami makna sebenar jihad dan tanggungjawab berat menuju jihad dan membawa jihad dalam kehidupan mereka.

Kami menangis, kami menangis di malam hari lantaran jihad semakin hari semakin kami rindui, kami menangis dan sedih setiap hari kerana usia kami semakin bertambah menandakan umur kami semakin berkurang. “Ya Allah janganlah Engkau mematikan kami tanpa sempat kami mengangkat senjata memerangi musuhmu dan menitis darah kami kepada-Mu”.

Tidak ada perempuan dan wanita sudi bersama kami dalam jalan ini untuk kami tarbiyah membina usrah jihad dan bertakhta di bawah kesusahan dunia dan tidak ada teman yang sanggup berkorban bersama kami memperjuangkan agama dalam jalan sunnah kerana tiada keglamouran, tiada pangkat atau gelaran, tiada kenikmatan bersama jalan kami.

“Jika seandainya (mendapat kemenangan dari Allah) itu jalannya dekat dan perjalanannya tidaklah jauh maka nescaya ramailah yang akan mengikut engkau sebaliknya hakikatnya ialah jalannya sangat jauh dan padanya halangan” (At-Taubah : 42).

Bersama kami tiada muslimat sebagai sayap kiri kerana tiada wanita sanggup menjadi isteri lantaran kesusahan jalan kami, wanita dunia hanya tahu menghiasi diri mereka demi kecantikan dunia dan menjauhi akhirat dengan keburukan amalan mereka.

Bersama kami tiada sponsor atau dermawan yang menabur wang ringgit lantaran tiada faedah dunia dan tidak beroleh nama menyumbang wang di jalan kami. Bersama kami tidak mendapat gelaran “jaguh” atau “tokoh” sebaliknya bersama kami dihina dan dikeji dikata sesat, dituduh pemecah belah, dituduh jumud, dituduh membawa Islam ke zaman kuno.

Bersama kami tidak beroleh pertolongan orang ramai jika dipenjara, tidak ada sesiapa yang membela, tidak ada sesiapa yang akan bersuara kerana kami ghuraba (asing) dan kami terpinggir di sisi manusia dan jalan mereka kerana kami di jalan Allah membawa sunnah rasulullah.

Dari Abu Hurairah ra bahawa baginda pernah bersabda :
“Bermulanya Islam itu asing dan akan kembali asing sepertimana ianya bermula maka berbahagialah golongan yang asing” (Sahih, riwayat Muslim no 370 dan Ibn majah 3986).

“Katakanlah bahawa inilah jalan aku yang padanya aku menyeru kepada Allah di atas keterangan yang nyata aku dan mereka yang mengikutiku dan Maha Suci Allah sesungguhnya aku bukanlah dikalangan mereka yang mensyirikkan Allah” (Yusof : 108).

Sesungguhnya akan sampai masanya Islam akan tertegak di muka bumi ini sekali lagi sebelum tibanya bencana kiamat . Berkenaan diri kami apakah kami akan dapat melihat kegemilangan Islam, apakah kami akan sempat menikmati cahaya pemerintahan Islam, apakah kami akan sempat menikmati tertegakkan kalimah Allah di muka bumi ini kami tidaklah begitu peduli yang penting kami di jalan Allah sekarang ini dan berjuang menuju ke jihad ke jalan Allah walau tidak berperang kami menuju untuk berperang dan tidaklah yang menghalangi kami melainkan mereka itu akan ditewaskan oleh kami.

Dari Mughirah Ibn Syu’bah ra telah bersabda baginda rasulullah : “Tidaklah akan hilang golongan manusia dari umat aku yang tetap zahir tegas di atas kebenaran sehingga datangnya ketentuan Allah ke atas mereka dan mereka dalam keadaan tetap zahir (dalam kebenaran)” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim ).

“Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat” (Ali-Imran : 152).

Sekarang jika kalian memahami kami sedikit, maka biarlah pula kami menceritakan kepada kalian tentang keinginan kami berjihad di masjidil Aqsa.

Kemuliaan Masjidil Aqsa dalam Islam


Masjidil Aqsa merupakan tempat yang mulia dalam sejarah Islam dan merupakan masjid kedua yang dibina di muka bumi ini untuk beribadah kepada Allah sw selepas masjidil haram di Makkah Mukaramah. Disebut dalam riwayat yang sahih bahawa yang memulakan pembinaan Masjid Al-Aqsa ini ialah Nabi Allah Ya’kub alaihisalam selepas dibinanya Ka’bah di Masjidil Haram oleh Nabi Allah Ibrahim alaihisalam dan jarak di antaranya ialah 40 tahun (lihat dalam hadith dari riwayat Abu Dzar ra dalam Sahih Muslim).

Kemudian pada zaman Nabi Allah Sulaiman alaihisalam ianya ditambah dan dibangunkan sekali lagi (lihat Za’dul Ma’ad oleh Ibn Qayyim ra ) Sesungguhnya Masjid Al-Aqsa inilah juga merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum diubah kepada Ka’bah di Masjidil Haram.

Bahkan pada Masjid Al-Aqsa inilah baginda rasulullah diisrakan dan kemudiannya bersolat di situ dan mengimamkan seluruh para nabi .

Firman Allah swt :

“ Maha Suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya di waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya..” (Al-Isra : 1).

Bahkan dalam hadith yang sahih baginda rasul pernah bersabda : “Janganlah menyusahkan diri kamu bermusafir kecuali kepada tiga masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan masjidku ini” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).

Dan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi ra dengan sanad yang hasan dari Jabir ra bahawa baginda nabi pernah bersabda : “ Solat di Masjidil Haram itu menyamai seratus ribu solat dan solat di Masjid aku ini menyamai seribu solat dan solat di Masjidil Aqsa menyamai lima ratus solat”.

Bahkan Masjid Aqsa dan kawasan sekitarnya diberkati Allah swt sejak zaman berzaman seperti dalam firman-Nya :

“Dan kami selamatkan Luth ke tempat yang diberkati di seluruh alam” (Al-Anbiya : 71).

“ Kami tundukkan kepada Sulaiman akan angin badai yang bertiup dengan perintahnya menuju bumi yang kami berkati di dalamnya dan kami amat mengetahui setiap sesuatu” (Al-Anbiya : 81).

Perkataan barakah dalam syariat membawa maksud “ Jelasnya kebaikan dari Allah dalam sesuatu” dan yang dimaksudkan dengan bumi yang berkah ialah tempat yang diberkati dan muliakan oleh Allah swt dan dilimpahi nikmat dan kebaikan padanya.

Dalam firman yang lain :

“ Dan di antara negeri yang kami berkati dan kami jadikan perjalanan di sana dan kami katakana : berjalanlah kamu baik malam dan siang dengan aman dan selesa” (As-Saba : 18).

Negeri atau tempat yang diberkati dalam ayat di atas juga menunjukkan baitulmaqdis dan sekitarnya dalam negeri Syam seperti dalam riwayat Ibn Abbas ra bahawa negeri Syams itu mengandungi baitul Maqdis dan berkata Imam Ibn Taimiyah ra bahawa dalam ayat ini dan ayat yang lain menunjukkan berkatnya bumi baitul maqdis dan sekitarnya dari negeri Syam dan yang paling berkat ialah yang paling mendekat dengan baitul Maqdis (jika sekarang ialah Palestine).

Begitulah juga dalam ayat yang lain Allah swt menyebut :

“Wahai kaum masuklah kamu ke dalam bumi yang diberkati iaitu yang telah ditetapkan buat kamu dan janganlah kamu berpaling dari agama kamu lalu jadilah kamu golongan yang merugi” (Al-Maidah : 21).

Semua para mufasir menyebutkan bahawa bumi yang diberkati itu ialah baitul Maqdis yang padanya dibentangkan sayap malaikat menaungi ahlul Syam (kawasan sekitar baitul Maqdis). Ini jelas dalam hadith Zaid Ibn Sabit ra yang menyebut aku mendengar baginda bersabda :
“ Berbahagialah ahli Syam bahagialah kepada ahli Syam” lalu aku bertanya mengapa demikian wahai rasulullah ? lalu baginda menjawab : “Sesungguhnya malaikat melebarkan sayapnya menaungi negeri Syam” (hadith Sahih riwayat Tirmidzi , Ahmad, Tibrani dan Hakim).

Sesungguhnya semua para nabi pernah melewat atau menjejakkan kaki mereka ke baitul maqdis atau sekurangnya disuruh supaya memasuki negeri yang diberkati ini seperti perintah Allah kepada kaum Nabi Musa as :

“ Dan ketika kami berkata masuklah kamu ke dalam negeri itu dan makanlah apa yang kamu inginkan dan masuklah melalui pintunya serta kemudian sujudlah dan berkata Ya Allah ampunilah kami maka nescaya kami akan mengampuni dosa kamu” (Al-baqarah : 58).

Berkata Imam Ibn katsir ra bahawa negeri yang diperintah supaya dimasuki oleh kaum Nabi Musa as ini ialah Baitul Maqdis yang dijadikan sebagai tempat sujud dan beribadah.

Dimaksudkan sebagai tempat yang suci kerana di situlah tempat beribadah yang menyucikan diri dari dosa . Manakala sebahagian ulama yang lain mengatakan ianya kerana disitulah tempat bertasbih menyucikan dan memuliakan Allah swt sebagaimana firman-Nya :

“ Dan kami menyucikan dan memuji serta memuliakan Engkau (Allah) ” (Al-baqarah : 30).


Nama Masjidil Aqsa

Sesungguhnya Masjidl Aqsa mempunyai pelbagai nama dan disebut namanya yang pertama ialah Masjidil Aqsa iaitu bermaksud masjid yang jauh perjalanannya dari Masjidil Haram kerana kalimah الا قصى itu bermaksud jauh dan memberi pengertian ianya masjid yang jauh perjalanan dan memerlukan kekuatan untuk ziarah padanya.

Ianya juga disebut Baitul Iliya’ iaitu masjid tempat rumah Allah dan dinisbahkan namanya ini kepada pekan yang terletak padanya masjid.

Juga dikenali dengan baitul Muqadas iaitu bermaksud tempat yang menyucikan dan membersihkan diri dari dosa dan membawa barakah.

Juga disebut baitul maqdis iaitu sama maknanya cuma disebut khas sebagai tempat kemuliaan dan menyucikan.

Juga disebut Al-Quds atau baitul quds iaitu rumah suci dan tempat suci serta disebut juga dengan salam iaitu sebagai tempat selamat dan aman dan dalam bahasa ibrani disebut syalam iaitu tempat selamat dan pelbagai lagi namanya yang banyak yang menunjukkan kemuliaannya dan kebesarannya dalam Islam.


(akan bersambung...insyaAllah akan ditulis dengan kupasan menurut panduan sunnah dan menjatuhkan bathil)

Sunday, August 21, 2005

Penjelasan Kebathilan "Hadith Perselisihan Itu rahmat"

Berikut nukilan perkataan Ahlul Hadits tentang sebuah hadits masyhur : “Perselisihan Umatku adalah Rahmat”.


Asy Syeikh Al Muhadits Nashiruddin Al Albani rohimahullah dalam Silsilah Ahadits Adh Dho’ifah mengenai “hadits” ini, beliau berkata : “Hadits ini tidak ada asalnya”.
Para muhadits sudah berupaya keras untuk mendapatkan sanad hadits ini tetapi mereka tidak mendapatkannya.

Sampai beliau (Al Albani) berkata : “Al Munawi menukil dari As Subki bahwa dia berkata : “Hadits ini tidak dikenal oleh para muhadits, dan saya belum mendapatkannya baik dalam sanad yang shohih, dho’if, atau maudhu’.



Syaikh Zakariya Al Anshori menyetujuinya dalam ta’liq atas Tafsir Al Baidlawi 2/92 Qaaf (masih dalam manuskrif) Makna hadits ini pun diingkari oleh para ulama peneliti hadits.


Al ‘Allamah Ibnu Hazm berkata dalam kitabnya Al Ihkam fi Ushulil Ahkam Juz 5/hal 64 setelah beliau mengisyaratkan bahwasanya “ucapan” itu bukan hadits : “Ini adalah ucapan rosak yang paling rosak.

Karena jika perselisihan itu rahmat, tentu kesepakatan itu sesuatu yang dibenci dan tidak ada seorang muslim pun yang mengatakan yang demikian dan yang ada hanyalah kesepakatan atau perselisihan, rahmat atau azab yang dibenci".


Di kesempatan lain beliau mengatakan : “batil dan dusta”. (Silsilah Ahadits Adh Dho’ifah juz 1, hadits no 57 hal 141).


Dalam kitab Zajrul Mutahawin bi Adz Dzoror Qo’idatil Ma’dzaroh wa Ta’awun hal 32, yang ditulis oleh Hamad bin Ibrohim Al Utsman dan kitab ini telah dimuroja’ah (diteliti ulang) oleh Asy Syeikh Al Allamah Sholeh bin Fauzan Al Fauzan.
Disebutkan bahwa : “Hadits ini lemah secara sanad dan matan.


Tidak diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadits dengan lafadz ini.


Adapun yang masyhur adalah hadits “Perselisihan para shahabatku adalah rahmat”. Dan sebagian dari ulama ahli ushul menyebutkan hadits tersebut sebagaimana yang dilakukan Ibnul Hajib di dalam Mukhtashornya tentang ushul fiqih.


Berkata Abu Muhammad ibnu Hazm : “Adapun hadits yang telah disebutkan “Perselisihan umatku adalah rahmat” adalah kebatilan dan kedustaan yang bermuara dari orang yang fasik.” (Al Ahkam fi Ushulil Ahkam 5/61)
Al Qoshimy mengomentari (sanad dan matan) hadits ini, dalam kitab Mahasinut Ta’wil 4/928 : “

Sebagian ahli tafsir menyebutkan bahwa hadits ini tidak dikenal keshohihan sanadnya. At Thobrony dan Al Baihaqy meriwayatkannya di dalam kitab Al Madkhol dengan sanad yang lemah dari Ibnu ‘Abbas secara marfu’
.



Adapun ‘ilat (kelemahan) hadits ini adalah :


1. Adanya perawi yang bernama Sulaiman bin Abi Karimah, Abu Hatim Ar Rozy melemahkannya.


2. Perawi yang bernama Juwaibir, dia seorang Matrukul Hadits (ditinggalkan haditsnya) sebagaimana yang dinyatakan Nasa’i, Daruquthny. Dia meriwayatkan dari Adh Dhohhak perkara-perkara yang palsu termasuk “hadits” ini.


3. Terputusnya (jalur riwayat) antara Adh Dhohhak dan Ibnu ‘Abbas.
Berkata sebagian ulama : “Hadits ini menyelisihi nash-nash ayat dan hadits, seperti firman Allah Ta’ala :
“ Jika Allah kehendaki nescaya dapat Dia menjadikan semua manusia itu umat yang satu tetapi mereka itu (dijadikan ) berselisih kecuali ORANG YANG DIKASIHI OLEH TUHAN-MU” (Surah hud : 118).


sabda Rasulullah “Janganlah kalian berselisih, maka akan berselisihlah hati-hati kalian” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan dikeluarkan di dalam Sunan Abu Daud oleh Asy Syeikh Al Albani) dan hadits-hadits yang lain banyak sekali.

Maka kesimpulannya bahwa kesepakatan (di atas kebenaran) itu lebih baik daripada perselisihan.


Penutup


Setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan hari Akhir, nescaya akan menyatakan bahwa dirinya cinta kepada Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam.

Namun cinta tidaklah cukup di lisan saja.


Bahkan harus diwujudkan dalam amal perbuatan.
Salah satu bukti cinta kita kepada Beliau adalah tidak lancang/berani dalam menukil suatu ucapan, lalu mengatas namakan Rasulullah.

Hendaklah takut akan ancaman Beliau : “Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah ia menempatkan tempat duduknya dari api neraka”. (HR.Bukhori)
Alhamdulillah dari penjelasan Ahlul Hadits di atas, dapat diketahui bahwa hadits “Perselisihan umatku adalah rahmat” ternyata bukan merupakan sabda Rasulullah. Atau disebut juga hadits maudhu’.


Padahal hadits ini sangat popular dan menyebar bahkan menjadi pegangan para aktivis dakwah. Namun sebagai seorang muslim yang mahu menerima kebenaran, tentulah akan bersegera meninggalkan hadits ini, sebagai salah satu tanda wujud cinta dia kepada Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam.


Allah berfirman : “Dan berpegang teguhlah kalian semua dengan tali (agama) Allah dan janganlah kalian bercerai-berai.” (Ali Imron : 103)


Al Hafidz Ibnu Katsir rohimahullah berkata : “Allah telah memerintahkan kepada mereka (umat Islam) untuk bersatu dan melarang mereka dari perpecahan. Dalam banyak hadits juga terdapat larangan dari perpecahan dan perintah untuk bersatu dan berkumpul (di atas kebenaran).” (Tafsir Ibnu Katsir 1/367).


Oleh kerana tiada dalil dan hujah yang sahih yang mendokong perselisihan itu ada kebaikan maka hendaklah kita ketahui bahawa perpecahan itu bukanlah rahmat sebaliknya azab dan keburukan. Marilah kita bersatu di atas Al-Qur'an dan as-sunnah sebagai seorang muslim soleh yang berpegang teguh kepada agama Allah swt.

Friday, August 19, 2005

Pengenalan Imam Syafie ra

Berkenaan soalan mengenai sejarah Imam syafie dan sebagainya ana mencadangkan eloklah kiranya dicari sendiri sejarah hidupnya dan buku mengenai sejarah Imam Syafie begitu banyak jadi carilah sirah yang sahih dari rujukan yang tepat.

Berkata Imam Ahmad ibn hanbal ra tentang Imam Syafie ra : “Sesungguhnya Allah memberi nikmat kepada kami melaluinya dan telah kami pelajari ilmu dari sesuatu kaum dan menulis ilmu dari mereka sehinggalah munculnya As-Syafie kepada kami dan setelah kami mendengar ilmu darinya maka tahulah kami bahawa dia itu lebih alim dari orang selainnya dan kami duduk bersamanya pagi dan petang tidaklah kami menemui darinya melainkan yang baik-baik” (sila lihat Tarikh Islam oleh Ad-dzahabi m/s 334).

Sesungguhnya menurut ulama tarikh, nama beliau ialah Muhammad ibn Idris bin Abbas ibn Usman bin Syafie bin Sai’ib bin Ubaid ibn Yazid bin Hisyam bin Muthalib ibn Abd Manaf bin Qais. Iaitu bertemu keturunan nabi salallahualaihiwasalam pada sebelah datuk.

(Demikian menurut ulama seperti yang disebut dalam Tazkirat Huffaz Jilid 1 m/s 329, tahzibul tahzib m/s 25 Jilid 9 dll).

Dilahirkan pada 150 Hijrah di Gaza , Palestin walaupun pada asalnya bapanya merupakan asal dari Yaman dan menetap di Makkah dan bapanya mati setelah Imam Syafie ra lahir dan dijaga oleh ibunya selepas itu. Keluarga mereka kemudiannya berhijrah ke Makkah ketika Imam Syafie masih berumur 2 tahun.

Imam Syafie menamatkan hafazan Al-Qur’an ketika umurnya 7 tahun dan hal ini satu perkara biasa dan sekiranya dilihat adat orang arab mereka memang membiasakan anak kecil dengan menghafaz Al-Qur’an. Walaubagaimanapun Imam Syafie ra diberkati Allah swt dengan kekuatan menghafaz kerana diasuh dalam minat ilmu dan tarbiyah Islamiyah apabila dia mampu memahami apa yang dihafaznya.

Beliau juga telah menghafaz kitab Al-Muwatho karya Imam Malik ra ketika umurnya 10 tahun dan mula belajar di sisi Imam Malik ketika umurnya 13 tahun. Dia belajar Al-Qur’an di sisi gurunya Syeikh Ismail ibn Qastantin dan beliaulah yang menjelaskan kepada Imam Syafie bahawa Al-Qur’an itu ialah isim (kata nama) bukan di’irabkan dari kalimat qira’atu (dibaca) dan juga Imam Syafie ra mengambil ilmu dari Sufyan Ibn Uyainah ra dan Muslim bin Khalid Az-Zanji serta Said ibn Salim dan Daud bin Abd Rahman, Abd Majid bin Abd Aziz bin Abi Daud dan mereka ini semuanya merupakan gurunya di Makkah.

Manakala gurunya di Madinah ialah Imam Malik bin Anas ra, serta Ibrahim bin Said Al-ansori, Abd Aziz bin Muhammad Ad-Darawardi dan Abdullah ibn Nafi’.

Adapun Syeikh dan guru Imam Syafie di Yaman ialah Mutharif bin Mazan, Hisyam bin Yusof (Qadhi San’a) , Amru bin Abi Salamah (sahabat Imam Auzaie) dan Yahya bin Hasan (sahabat Imam Laits Bin Said).

Manakala gurunya dari Iraq pula ialah seperti Waqi’ ibn Jarrah ra, Hammad ibn Usamah dan Ismail bin Aliyah serta Abd Wahab bin Abd Majid dan Muhammad bin Hassan.

Sesungguhnya Imam Syafie bukan sahaja alim dalam fiqh dan hadith bahkan juga ilmu bahasa dan sastera arab serta pelbagai lagi cabang ilmu sekalipun dirinya masih muda tetapi telah dikenali dan diiktiraf oleh ulama pelbagai bidang dan tempat.

Di antara anak muridnya pula yang menadah ilmu dari Imam Syafie ra ialah Abu Abdullah Imam Ahmad ibn Hanbal ra yang terkenal sebagai ulama mazhab dan alim hadith sehingga disebut oleh Imam Syafie ra kepada Imam Ahmad dengan kata Imam Syafie :

" Kamu lebih alim tentang hadith dan ilmu rijal dari aku (katanya kepada Imam Ahmad ibn Hanbal) maka jika sesuatu hadith itu sahih maka beritahulah aku tentangnya…".

(Sila rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya "Adabul Syafi'ie", m/s 94).

Selain dari Imam Ahmad ramai lagi ulama dan fuqaha yang belajar dengan Imam Syafie seperti Hassan Bin Muhammad Az-Za’farani, Hussin Al-Karabisi, Ismail bin Yahya Al-Muzni, Rabi bin sulaiman al-Maradi dan Rabi bin Sulaiman al-Jizi dan Abu Ya’kub Yusof bin Yahya Al-Buwaiti, dan Hurmalah bin Yahya dan Muhammad bin Abdullah Al-Misri dan Abdullah bin Zubair Al-Humaidi dan lain-lain.

Imam Syafie menghabisi umurnya dalam belajar dan mengajar sehingga ke akhir hayat tanpa menamatkan pengajian dan pembelajaran walaupun sudah bergelar Imam tidak seperti insan sekarang yang merasakan sudah alim dengan hanya mempunyai gelaran Doktor atau Master di depan atau belakang namanya.

Lebih teruk dari itu, gelaran ustaz sudah cukup membuatkan dirinya berlagak dan mengaku alim sedangkan para imam terdahulu begitu merendah diri dan memuliakan ilmu. Namun sekarang dengan hanya bertitle phd yang diperolehi dengan kajian sejemput dalam tajuk tertentu sudah berlagak mengetahui semua perkara dalam Islam.

Pada tahun 198 Hijrah, Imam Syafie brhijrah ke Mesir dan mengahwini perempuan di sana dan menetap di sana sehinggalah wafatnya dan mengajar di Masjid Amru bin Ash ra dalam pelbagai ilmu sehinggalah pada tanggal 204 Hijrah beliau mengalami sakit buasir dan melemahkan badannya yang membawa kepada kematiannya pada bulan Rejab di pangkuan muridnya Rabi’ ibn Sulaiman Al-Jizi dan dikebumikan di Mesir dan umurnya ketika itu ialah 54 tahun.

Pujian ummah dan ulama kepada Imam Syafie :

Berkata Imam Ahmad ra : “ Sesungguhnya Imam Syafie bagaikan matahari di dunia ini..”

Berkata Imam Abd Rahman bin Mahdi ra : “Tidaklah aku bersolat melainkan aku mendoakan kepada Imam Syafie ra”

Berkata Yunus bin Abd A’la : “Jika dikumpulkan kebijaksanaan umat ini tidaklah menyamai kebijaksanaan Imam Syafie”

Kitab Imam Syafie yang terkenal ialah “Ar-Risalah” yang merupakan kitab pertama dalam Usul fiqh yang ditulis secara tersusun seterusnya kitab Al-Umm serta Kitab “Al-Imla ul Shaghir” dan “Al-Imla ul Kabir” dan Mukhtasar Al-Muzni” dan “Mukhatsar Al-Buwaithi” yang dicetak di kitab Al-Umm di jilid pengakhiran dan lain-lain dari risalahnya.

Kesimpulan

Setelah kita mengetahui kealiman Imam Syafie, kefadhilan dan kelebihannya maka seharusnya kita tidak mengabaikan nasihat dan ajaran ilmunya serta mengambil kemanfaatan dari susah payah diri beliau mencari ilmu yang kemudiannya diperkembangkan usul dan fahamannya terhadap fiqh Islam serta manhaj Islam itu sendiri sehingga tersebarnya mazhab syafie yang bermakna pegangan usul syafie ra dalam fiqh Islam.

Maka wajarlah kita memegang benar nasihat beliau yang banyak mengajar kita supaya berpegang kepada Islam dengan ilmu dan menjauhi taqlid dan kejahilan seperti pesanan beliau :

"Jika sahih sesuatu hadith maka itulah mazhabku (peganganku)"
(Sila rujuk Imam An-Nawawi dalam kitabnya "Al-Majmuk", m/s 63 / 2).

" Setiap Hadith dari Nabi Salallahulaihiwasalam itulah sebenarnya pendapat aku cuma sahaja mungkin kamu tidak mendengarkannya dari aku."
(Sila rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya " Adabul Syafi'ie" m/s 93).

"Barangsiapa yang bertaqlid pada mengharamkan sesuatu atau menghalalkan sesuatu dan jelas taqlidnya itu berlawanan dengan hadith dan kerana taqlidnya itu menyebabkan dia dilarang atau menyekatnya dari beramal dengan sunnah maka sesungguhnya dia telah mengambil orang yang ditaqlidnya itu sebagai tuhan selain dari Allah swt ."


" Dan sesungguhnya hadith nabi itu lebih utama, dan janganlah bertaqlid padaku”

(Sila rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya " Adabul Syafi'ie" m/s 93).

Dengarilah pesanan Imam Syafie dengan menuruti Al-Qur’an dan sunnah dan mengambil pertunjuk salaf soleh yang alim dan faham akan islam dnegan kefahaman yang sahih dan menjauhi taqlid buta dan ikutan jahil tanpa hujah dan dalil kerana itulah pesana para ulama dan perintah Islam kepada kita semua.


" Apakah kamu mengatakan sesuatu perihal Allah tanpa ilmu ?" (Surah Al-Baqarah : 80).

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

Thursday, August 18, 2005

Kasyful Syubhat : Menolak Kesenian Islam dan Penulisan Sastera Islam Yang Semakin Bercambah dan Menyemak

Dewasa ini kita sudah semakin lari dari landasan Islam dan syariat yang sebenar yang diturunkan oleh Allah swt dan apa yang di bawa oleh baginda rasulullah salallahualaihiwasalam.

Rata-rata masyarakat Malaysia semakin hari semakin kacau oleh kerosakan dan semakin silau oleh pancaran duniawi sehingga sudah tidak mengerti lagi mana jalan yang benar dan mana yang salah.

Bermula dari yang kecil di dalam buaian kini sudah terdedah kepada kerosakan apabila si ibu dan bapa menyuapkan sarapan pemikiran yang silap dan salah tentang kehidupan dan agama sehinggalah yang di sekolah di kolej atau kepada remaja lepak atau sehingga kepada mereka yang sudah tua dan mereka yang bergelar ustaz dan ustazah tidak terkecuali dari kekeliruan pemikiran dan kesilap fahaman tentang Islam dan syariatnya.

Dalam hadith baginda rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antaranya ialah perkara musytabihat (syubhat-syubhat) yang tidaklah diketahui oleh ramai orang” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 19).

Permasalahan sastera dan kesenian di antaranya termasuk perkara syubhat yang tidak diketahui hukumnya oleh ramai orang lantaran kecetekkan ilmu dan kefahamannya dari kitab dan sunnah rasulullah.

Sesungguhnya syariat Islam itu syumul dan padanya segala-gala panduan dalam kehidupan. Bercakap dan memberi komen kepada sastera Islam dan kesenian Islam maka saya akan mengungkapkan bahawa kehadiran karya-karya seni yang dinisbahkan kepada Islam hari ini sebagai karut dan mengarut.

" Dan apakah lagi selepas Haq (kebenaran) melainkan kesesatan…" (Surah Yunus : 32).

Penulisan pandangan seorang ustaz pada kali ini akan menjawab dan membantah penisbahan penulisan karya-karya yang semakin tersebar di khalayak dan dipuji sebagai sastera Islam. Sebenarnya baru-baru ini saya banyak menemui golongan remaja dan muda yang berkecimpung dalam dunia sastera dan mereka begitu asyik dengan khayalan dan kegilaan yang tidak berkesudahan.

Kelahiran penulis muda dari kalangan golongan agama dikagumi dan dipuji sebagai sasterawan Islam sedangkan hakikat adalah sebaliknya. Maafkan saya, sebagai seorang ustaz saya tidak berhak mengkritik penulisan mereka kerana sastera bukan bidang saya dan tidaklah bermaksud saya mengkritik mereka dalam bidang sastera bermakna saya lebih baik dari mereka sebaliknya sebagai seorang muslim maka saya ialah saudara mereka dan kritikan saya bermaksud membantu sesama saudara seIslam agar bersama-sama ke jalan yang benar.

Juga sebenarnya dalam bidang sastera realiti kita memang tidak punyai hak mutlak dalam bercakap soal karya orang lain atau soal persembahan , genre dan cara penampilan serta corak aliran penulisan seseorang kerana setiap manusia itu bebas dalam menghasilkan dan melahirkan karya yang dia ingini, itulah konsep yang dipegang oleh golongan sasterawan zaman Renaissance dulu yang kata mereka “ As the wind couldn’t be stopped from moving and the mind can’t be stopped from thinking and also the hand shouldn’t be stopped from writing”.

Namun apabila seseorang Muslim itu melakukan sesuatu maka ceritanya sudah lain pula kerana biarpun sehebat mana kesusasterawanannya maka dia tetap tertakluk kepada kekekuasaan tuhannya yang menciptakan akal sehingga mampu baginya berkarya dan menulis dan mengecapi nikmat kepopularan dan kehidupan.

Hendaknya saya menulis ialah untuk menerangkan bahawa yang menjadi permasalahan soal kesasteraan Islam ini ialah apabila ianya mencemari Islam dan disalah ertikan oleh golongan awam yang jahil lantaran perbuatan seleweng ini dilakukan oleh para ustaz dan ustazah dan mereka yang belajar Islam.

Pertama,

Kewujudan novel-novel hasil karya tulisan para penulis muda dan mereka yang bergelar ustaz hari ini sering dianggap sebagai sastera Islam sedangkan ianya tidaklah benar.

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

Kewujudan istilah kesenian Islam, sastera Islam tidak ubah seperti kita dan ramai pihak yang lain yang menolak konsep Islam hadhari. Seolah dalam Islam itu masih wujud satu bidang atau konsep yang tersembunyi dan baru hari ini ditimbulkan apabila muncul karya seperti “cinta Islam” dan lain-lain.

Sebenarnya jika kesenian Islam itu diterima sebagai salah satu bidang dalam keilmuan Islam seperti feqah, usul feqah, sirah dan lain-lain yang merupakan hasil ijtihad dan cari gali para ulamak dari sumber al-qur’an dan sunnah maka seharusnya juga sastera Islam menjadi satu keilmuan yang ditimbulkan hasil dari cali gali para ustaz dan ustazah dari sumber asas Syariah iaitu Al-Qur;an dan sunnah.

Namun malangnya jika kita lihat konsep penulisan para ustaz-ustaz dan ustazah muda ini kita akan mendapati penulisan mereka berkisar soal cinta Islam , kisah hidup ustaz dan ustazah, kecomelan ustazah, kegenitkan ustazah dan kenakalan ustaz Azhar dan ustaz Jordan, ustaz Yaman dalam bercinta dan bergurau, kisah perjuangan dakwah yang jauh dari konsep sunnah dan kisah hidup yang lari dari kehendak Islam yang sebenar.

“Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat keji dan seburuk-buruk jalan” (Al-Isra : 32).

Kegilaan sastera Islam ini semakin merebak pesat di Al-Azhar sehingga dalam apa sahaja majalah dan buletin penulisan pihak persatuan mereka akan dimuatkan dengan cerpan Islam atau novel Islam iaitu ? Kisah cinta ustaz dan ustazah !!!

Apakah sastera Islam itu bermaksud ustazah dan ustaz menjadi objek cinta ??? Memperlihatkan bagaimana cinta sepatutnya dengan menjadikan objek ustaz dan ustazah sebagai model, kisah ustazah tersenyum kemalu-maluan melihat ustaz berceramah, kisah ustaz meminang ustazah, kisah ustazah menghantar email rahsia dan bersajak dan bersyair kepada ustaz maka inikah sastera Islam ??

Permasalahan mengelarkan pemuda-pemuda dan ustaz yang menulis cerpen, sajak, syair, novel yang memuatkan sedikit kata-kata agama, sedikit sedutan cerita sejarah Islam, sedikit fakta tentang Islam bukanlah bermakna ianya sudah diiktiraf sebagai sastera Islam.

Juga tidak bermakna apabila watak-watak dan objek cerita berkisar hidup seorang ustaz dan ustazah maka ianya menjadi sastera Islam kerana apa ada pada ustaz ? apa ada pada ustazah ? Ustaz yang hensem dan kacak, pandai berceramah, belajar di Al-Azhar, di Jordan, di Yaman kemudian tidak fasal-fasal ditulis ke barat pula sambung Master belajar dengan orinetalis atau cari sijil dunia lalu mengajar maka itu dianggap perjuangan dan dakwah ?

“ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 269).

Apa ada pada ustaz dan ustazah ? apakah dengan menceritakan masalah dalam persatuan pelajar agama di timur tengah baik persatuan pelajar melayu di Jordan, di Al-Azhar, di Yaman, lalu mengisahkan kehidupan mereka hidup berpersatuan berceramah, berdakwah (dakwah apalah agaknya) bagaimana akhirnya mereka menyelesaikan masalah mereka dan kemudian mengakhiri novel dengan ustaz dan ustazah yang menjadi hero dan heroin itu bercinta kemudian bersatu dalam cinta dengan ikatan pernikahan ??? atau putus cinta lalu kecewa berserah pada Allah kemudian mengembara membawa hati luka ???

Allahuakbbar, Allahuakkbar

Bermula contoh dan teladan dari beberapa orang ustaz muda yang bergiat dalam bidang sastera dengan kemahiran dan kefahaman sasteranya belum pun melepasi matang maka kita melihat akibat yang besar di bawa dan dibentuk oleh mereka. Betapa ramai sekarang ustaz dan ustazah menjadi gila novel dan cerita ? Sangat ramai wanita dan remaja perempuan mengendong novel dan cerpen disebalik buku-buku agama dan kitab sunnah.

Tidak ada ustazah yang menyelesaikan pengajian kitab Riyadus Solihin karya Imam Nawawi ra dengan berserta syarahnya di waktu lapang sebaliknya si ustazah menyelesaikan membaca novel “Cinta Islam” dan lain-lain (saya tidak ingat sangat apa nama novel sekadar membaca tanpa minat lalu tak terhadam oleh ingatan ).

Kita melihat fenomena ustaz dan ustazah yang semakin “jiwang” dan suka berawang-awangan berangan kisah mimpi cerita-cerita ilusi dan perjuangan yang tidak realiti langsung tidak bertapak di muka bumi. Saya tidaklah menyalahkan para penulis muda dan ustaz-ustaz seperti itu dalam menulis kerana itu mungkin sudah gaya mereka cari makan atau minat mereka dalam penulisan iaitu suka menulis kisah cinta para ustaz dan ustazah dan kisah cinta romantis yang berkisar dalam kehidupan pengalaman mereka belajar di Jordan, Syiria dan Mesir atau yaman dan lain-lain.

Benarlah memang begitu pun para ustaz-ustazah kita orang Malaysia di sana, bukan seperti orang Indonesia yang belajar dan gigih menuntut ilmu. Sebaliknya sebagaimana yang digambarkan oleh novel-novel yang memaparkan kisah hidup pelajar Malaysia timur tengah itu banyak yang benar iaitu mereka tidak belajar sangat, hanya ikut kelas bagi yang memang ke kelas dan bagi yang tidak ada kelas mereka sibukkan diri dalam bisnes, dalam persatuan, dalam cinta atau kegilaan lain.

Mereka habisi masa dengan bermesyuarat bagi yang berpersatuan, adakan ukhuwah yang tidak benar lelaki perempuan, ustaz dan ustazah, berkenalan dari jemaah dan persatuan lalu bercinta…begitulah mereka. Kegiatan politik juga ada disibukkan dengan fikrah yang tidak berguna dan ditambah pula oleh kegiatan berjalan-jalan ke sana-sini sambil urusan tidak penting.

Begitulah pelajar agama Malaysia di timur tengah, setelah 4 tahun mereka pun pulang bergelar ustaz dan ustazah, rasa diri sudah berilmu lalu mula mengajar agama dan ialah 4 tahun ditolak cuti dan masa bercinta, masa berpersatuan mana sangat ilmunya. Saya menginsafi diri sendiri dan bukanlah kata-kata ini mencela sebaliknya mengajak kita memuhasabah diri sendiri kerana diri saya juga seorang ustaz dan pelajar agama.

Bukan saya tidak minat sastera bahkan saya juga punyai bakat dan gaya penulisan serta bijak menyusun kata-kata. Tetapi bila berfikir sebagai ustaz tanggung-jawab utama saya ialah bidang agama maka sastera saya jadikan sebagai kenangan lama.

Sebagai ustaz saya memikirkan bahawa dari saya menghasilkan kisah cinta tidak berguna sehingga mengalakkan zina mata, hati dan jiwa lebih elok saya menghasilkan karya agama, syarah hadith atau buku fiqih yang menjawab soal-soal agama. Daripada saya menghasilkan karya tidak berguna, sajak-sajak pengkhayal minda lebih bermakna saya menghasilkan kisah-kisah sirah nabi dan sahabat baginda yang banyak berjasa pada agama lalu paparkan istifadah pengajaran agar berguna buat semua.

Kedua,

Penolakan penisbahan sastera Islam kepada buku-buku novel yang tidak bermakna dan khayalan minda perlu dibuat sebagai memelihara kata nama Islam dan gelar islam pada kalimah sastera.

Sastera itu satu bidang ilmu dalam bidang kesenian manusia yang hidupnya penuh makna dan nilai-nilai semula jadi yang wajar dihargai. Oleh yang demikian Islam mengiktiraf sastera sebagai bidang ilmu namun apabila menisbahkan sastera itu sebagai “Sastera Islam” maka perlu beberapa syarat :

a) Wajarlah sastera itu atau kesenian itu mesti dilandasi dan dihasili dari cari gali bersumber kitab dan sunnah.

Kepentingan syarat ini supaya memang benar maksud dan matlamat sastera dan karya atau kesenian yang digubah dan dicipta itu selari dan wajar seperti yang sesuai dengan Al-Qur’an dan sunnah.

" Dan taatlah kamu kepada Allah dan kepada rasul jika kamu benar-benar beriman " (Surah Al-Anfaal : 1).

" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).

Tidak hanya mensyaratkan mesti tidak berlanggar dengan syariat sebaliknya semestinya karya itu disumberkan dari syariat Islam iaitu al-qur’an dan sunnah.

Sabda baginda “ Al-Quran itu hujah bagi kamu dan hujah ke atas kamu.” (Hadith Sahih, riwayat Muslim no.223 ).

Perkataan Islam itu ialah kalimah suci dan mulia yang padanya di ambil iktibar dan pengajaran serta panduan maka mana mungkin di ambil karya manusia lalu diletakkan dengan nama agama serta mendakwa maka inilah hasil agama ?

Seorang penulis matang dan mahir apabila berdepan dengan syarat ini akan mengerti bahawa tidak lagi menjadi fikirannya, atau khayalannya atau kegilaannya itu yang mencorak arah seni dan sastera atau karyanya sebaliknya agama dan maksud syariat yang menjadi pokok utama.

Seorang penulis lama dan matang akan mengerti bahawa menulis persoalan karya agama dan sastera Islam bererti sumbernya harus dikutip dari sumber Islam iaitu Al-Kitab dan sunnah.

Tema sesuatu karya itu pun harus bertepatan dengan kalimah mulia iaitu Islam dan terkandung dalam sumbernya. Sebagai contoh buat penulis muda, misalan ingin memilih tema percintaan dan ternyata dalam Al-Qur’an dan sunnah wujud kalimah cinta dan sayang maka diperbolehkan diguna tema sedemikian.


“ Dan tidaklah kami tertinggal dalam Al-Quran itu akan sesuatu (melainkan telah kami terangkannya) dan kepada tuhanlah mereka akan dihimpunkan .” (Surah Al-An'am : 38).

Lalu isinya maka dipetik dari kalimah Allah dan kisah Al-Qur’an, serta dinukil dari riwayat sirah atau sunnah yang bersanad sahih atau sekurangnya dhaif jika hanya untuk cerita, maka akhirnya dengan akal dan kebijaksanaan diolahlah, ukirlah, canailah sehingga segala bahan dan sumber menjadi satu turutan dan satu kisah yang berpermulaan dan berpengakhiran sebagai kisah yang berpengajaran sambil di tambah dengan peringatan dan teladan buat manusia zaman berzaman sesuai waktu dan keadaan.

Terciptalah sastera penulisan Islam, terhasil karya keaslian Islam yang bersumber hanya Al-Qur;an dan sunnah dan akal sebagai penafsir dan penggubah ukir pencantik penyusun gaya penyampaian dan dipersembahkan sebagai pengajaran.

Bukankah al-qur’an dan sunnah itu sudah lengkap untuk semua keadaan dan kisah kehidupan ? Pengambaran sebuah kisah kehidupan sudah pun lengkap terisi di dalam Al-Qur’an dan di tambah serta di jelaskan pula oleh sunnah mulia. Segala tema kehidupan, kesasteraan wujud dalam Al-Qur’an dan sunnah maka akhirnya akan terbentuk sastera apabila dan diacu oleh tangan yang mempunyai kuasa minda atau bakat kebijaksanaan seorang sasterawan.

Seandainya penulisan itu tidak disumberkan dari Al-Qur’an dan sunnah maka tidaklah dinamakan ianya sebagai karya Islam atau hasil dari kesenian Islam. Apakah komunis tiada nilai mulia ? Apakah sosialai, kaitalis atau agama seperti kristian, budha, yahudi tiada nilai harmonis dan mulia ?

Jika hanya sekadar mengatakan syaratnya ialah konsep nilai mulia dan karya itu membawa kebaikan dan nilai bahagia harmonis dan keamanan maka bukanlah lagi mencapai kedudukan sastera atau karya Islam.

Jika sekadar sedikit petikan ayat Al-Qur’an, sekadar sedikit kata-kata hikmah dan hadith yang dimuat untuk menjadi penambah rasa penyedap cerita cinta ustaz dan ustazah maka tetap tidak dapat menginjakkan kaki karya itu ke kedudukan mulia untuk digelar sebagai sastera Islam.

" Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah ucapan Allah dan sebaik-baik ajaran adalah ajaran Rasulullah. Dan sesungguhnya sejelek-jelek perkara adalah sesuatu yang diada-adakan (dalam agama), kerana sesungguhnya sesuatu yang baru diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah kesesatan." (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 867).


b) Mestilah yang menulis dan orang yang menghasilkan karya atau kesenian itu seorang yang benar agamanya pada ilmu dan amalan moga selamat karyanya itu dari penyelewengan dan kesesatan yang membawa bahaya kepada mereka yang beriman.

Penulisan dan penghasilan karya Islam itu haruslah dilakukan oleh seseorang yang tekun dan diiktiraf ilmunya sebagai seorang berkelayakan oleh para ulama’ atau sekurangnya memiliki pengetahuan yang mendalam dalam syariat Islam.

Penulis itu haruslah benar aqidahnya supaya dirinya tidak menjadikan karyanya itu sebagai agen penyebar kesesatan. Sesungguhnya penghasilan karya itu jika dibuat tanpa kefahaman yang jelas dan benar akan menyebabkan seringkali berlaku penyelewengan dalam agama sehingga isi karya dan penulisannya selalu melanggar syariat.

“ Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa darjat dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Surah Al-Mujadalah :11).

Menurut riwayat Abdullah Ibn Mas'ud ra pernah menyebut bahawa “Manusia akan selalu dalam keadaan baik selama mahu mengambil ilmu dari para pembesar(ulama') mereka dan jika mereka mengambil dari As-shaghir dan buruk, mereka pasti hancur.”

"Sesungguhnya yang takut pada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah para Ulama” (Surah Al-Fathir : 28).

Mereka yang dimaksud sebagai As-shaghir adalah ahli bid’ah seperti yang diriwayatkan Ibnul Abdil Bar, bahawa Abdullah bin Mubarak ditanya, “Siapakah Ashaghir itu ?”. Ia menjawab,”Orang yang berbicara dengan ra’yu (akal/menafsir sendiri tanpa merujuk dalil). Adapun orang yang mengambil ilmu dari pembesar (Ulama') bukan termasuk Ashaghir.” (Lihat Ibn Abd Bar' dalam Jami’ Bayan al Ilmi, m/s 246).

Tidaklah menjadi syarat untuk menulis karya sastera Islam itu harus seorang ulama’ namun jika yang menulis itu ialah ulama’ maka lebih afdhal. Sebaliknya cukup jika disyaratkan seseorang penulis itu benar aqidah, pemahamannya terhadap Islam diketahui benar dan sahih berdasar pegangan para salaf soleh dengan terbukti bersih sahsiahnya dari bid’ah dan keburukan.

c) Perlulah penulisan itu mencapai matlamat dan membawa manfaat dan memberi hasil kepada manusia dan memberi kebaikan dan tidak hanya sebagai sesuatu yang membuang masa dan tidak memberi faedah.

Dimaksudkan tidak sia-sia dan memberi manfaat ialah Islam tidak menerima sesuatu yang hanya membuang masa dan melalaikan kerana dalam Islam menganggap masa dan kehidupan ini sesuatu yang berharga dan singkat demi persediaan d hari akhirat.

Dunia merupakan medan ujian dan medan mengumpulkan amalan untuk dihisab di hari akhirat. Oleh itu sebarang perbuatan tidak bermanfaat adalah ditegah dan dilarang oleh Islam disebut dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra bahawa baginda bersabda : “Sebaik perkara dalam Islam ialah meninggalkan apa yang tidak berkaitan denganya (tidak penting)” (hadith hasan riwayat tirmidzi).
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah.Barangsiapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (al-Munaafiqun: 9).
Kelalaian dengan menyibukkan diri dalam sesuatu yang perlu seperti lalai mengingati Allah kerana sibuk mengurus anak dan harta itu pun ditegah oleh agama apatah lagi menyibukkan diri dalam sesuatu yang tidak penting serta tidak membawa manfaat kepada Islam sebaliknya hanya untuk berkahayalan dan berimaginasi yang tidak membawa manfaat maka lebih-lebih lagi ditegah oleh Islam. Oleh yang demikian hendaklah karya dan hasil penulisan sastera Islam itu sesuatu yang membawa kebaikan dan kemanfaatan yang berguna sehingga boleh diambil pengajaran oleh Umat Islam yang lain.
“Sesungguhnya dalam kisah-kisah mereka itu (umat terdahulu) terdapat pengajaran bagi golongan yang berakal dan bukanlah Al-Qur’an ini perkhabaran yang direka sebaliknya membenarkan kitab-kitab yang terdahulu dan menerangkan segala sesuatu serta pertunjuk dan rahmat bagi mereka yang beriman” (Ar-Radd : 111).


Sekiranya syarat-syarat di atas itu dipenuhi maka dengan ini kita secara lapang dan senang mampu mengiktiraf sesuatu karya itu sebagai karya Islam dan sebagai satu kesenian Islam yang wajar dianugerahi dan dikagumi oleh umat Islam. Malahan kita tentu sahaja dapat menisbahkan penulisnya sebagai sasterawan Islam dan sebagai penulis muda Islam.

Dalam riwayat Abu Dzar berkata : Rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda : “Tidaklah tertinggal sesuatu yang dapat mendekatkan ke Syurga dan menjauhkan dari Neraka kecuali telah diterangkan pada kalian.” Juga disebut oleh Abu Zar ra akan katanya “ Rasulullah meninggalkan kami dalam keadaan tidak ada seekor burung pun yang mengepak-ngepakkan kedua sayapnya di udara kecuali beliau menyebutkan ilmunya pada kami.” (Hadith Sahih riwayat Thabrani dalam Mu’jamul Kabir, lihat As Sahihah oleh Syeikh Albani ra 416 Jilid 4 dan hadith ini memiliki pendukung dari riwayat lain).

Jika dalam sejarah Islam kita melihat beberapa ramai tokoh matang digelar sebagai Imam dalam agama seperti Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik ra, Imam Syafie ra dan Imam Ahmad ra dan lain-lain serta kita juga melihat para ulamak Islam dalam pelbagai bidang mendapat gelaran dan penghormatan yang berhak seperti gelaran al-hafidz dalam bidang hadith (Al-hafidz Ibn Hajar ra, Al-hafidz Ibn katsir ra ) juga gelaran syeikhul Islam kepada mereka yang berjasa kepada umat Islam seperti Syeikhul Islam Ibn taymiyyah ra, Syeikhul Islam Al-Ghazalie dan lain-lain maka tidak ada salahnya jika dalam bidang sastera kita mengelar sasterawan Islam kepada mereka yang benar-benar layak menyandang penghormatan tersebut apabila mereka memang berhak demikian.

“ Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwalah kamu kepada Allah, dan dengar serta patuhlah kepada pemimpin walaupun dia diangkat dari hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpeganglah kamu pada Sunnah aku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin yang diberi pertunjuk selepas aku . Peganglah ia (sunnah) sesungguh-sungguhnya sehingga kalau pun kamu terpaksa mengigitnya dengan gigi geraham kamu. Dan berhati-hatilah kamu dengan perkara baru !!! Sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama) ialah bid’ah !!! dan setiap bid’ah itu sesat !!! (Hadith Sahih , riwayat Tirmidzi (no.2676) , Abu Daud (no. 4607) dan Ahmad (no.12561).


Sesungguhnya segala pandangan ini merupakan pandangan seorang pelajar dan pengajar agama sebagai membela agama dan bukanlah bermakna saya mencela atau memburukkan segala yang baik itu ialah dari Allah dan segala yang buruk itu dari kelemahan kita semua sebagai manusia.


“ Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya aku kembali” (Surah Hud :88).


Segala puji hanyalah bagi Allah.

p/s :

Bukan apabila kita mencela bermakna menghina
Sebaliknya kita menegur kerana kita seagama
Celaan kita celaan manusia
Wajar ada sebagai hamba
Tidak sempurna iman kita
Selagi tidak mengasihi saudara seagama

Monday, August 15, 2005

Permasalahan Mengenai Muzik dan Hukum Mendengar Muzik serta Nyanyian

Membincangkan mengenai hukum muzik dan nyanyian ianya akan memenatkan kita kerana persoalan ini ialah ibarat satu persoalan fitrah yang berlawanan dengan hukum.

Permasalahan muzik dan nyanyian ini termasuk perkara syubhat yang tidak diketahui akan hukum sebenarnya secara jelas lantaran ianya secara fitrah berlaku dan terjadi dengan meluas dan secara hukum tidak menyebut keharaman dan larangan secara terang.

Dalam hadith baginda rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antaranya ialah perkara musytabihat (syubhat-syubhat) yang tidaklah diketahui oleh ramai orang” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 19).

Fitrah manusia memerlukan hiburan dan muzik serta nyanyian menjadi salah satu hiburan semulajadi yang disukai fitrah manusia. Siapa yang tidak senang dengan muzik dan nyanyian.

Apakah itu muzik dan nyanyian ? Sebenarnya kedua perkara ini tidak sama, rasanya biarlah pakar seni dan muzik menjelaskan kepada kita apakah itu muzik dan apakah pula itu nyanyian.

Cukup saya simpulkan muzik ialah seni bunyi, dan nyanyian ialah seni suara iaitu secara mudah, muzik ialah bunyi-bunyian yang menghiburkan dan terhasil dari alatan atau dari satu komponan yang diatur menghasilkan irama yang merdu.

Dalam bahasa arab, muzik disebut sebagai al-ma'azif iaitu ialah jamak dari mi’zaf. Dalam Al Muhieth halaman 753, kata ini diertikan sebagai al malahi (alat-alat muzik dan permainan-permainan), contohnya al ‘ud (sejenis kecapi), ath thanbur (gitar atau rebab). Sedangkan dalam An Nihayah diartikan dengan duf-duf.

Dikatakan pula al ‘azif artinya al mughanni (penyanyi) dan al la’ibu biha (yang memainkannya). (Tahrim ‘alath Tharb, Syaikh Al Albani halaman 79)

Ibnul Qayyim dalam Mawaridul Aman halaman 330 menyatakan bahwa al ma’azif adalah seluruh alat musik atau permainan. Dan ini tidak diperselisihkan lagi oleh ahli-ahli bahasa.
Imam Adz Dzahabi dalam As Siyar 21/158 dan At Tadzkirah 2/1337 memperjelas definisi ini dengan mengatakan bahwa al ma’azif mencakup seluruh alat musik maupun permainan yang digunakan untuk mengiringi sebuah lagu atau syair. Contohnya : Seruling, rebab, simpal, terompet, dan lain-lain. (Lihat Tahrim ‘alath Tharb oleh Syaikh Al Albani halaman 79).

Nyanyian pula ialah dari seni suara manusia yang keluar dari mulut dengan mempunyai pengertian dan kata-kata baik sajak, syair atau lagu yang membawa mesej tertentu disamping dipersembahkan dengan mengawal irama suara dan nada tinggi rendah supaya menghasilkan tidak hanya lagu itu dinyanyikan untuk menyampaikan maksudnya sebaliknya juga turut mengutamakan kesedapan dan kemerduan penyampaian sesuatu lagu itu.

Dalam bahasa arab, nyanyian itu disebut sebagai "al- ghina"

Imam Ahmad Al Qurthubi menyatakan dalam Kasyful Qina’ halaman 47 : “Al ghina’ secara bahasa adalah meninggikan suara ketika bersyair atau yang semisal dengannya (seperti rajaz secara khusus).Di dalam Al Qamus (halaman 1187), al ghina’ dikatakan sebagai suara yang diperindah.”

Imam Ahmad Al Qurthubi melanjutkan bahwa sebagian dari imam-imam kita ada yang menceritakan tentang nyanyian orang Arab berupa suara yang teratur tinggi rendah atau panjang pendeknya, seperti al hida’, yaitu nyanyian pengiring unta dan dinamakan juga dengan an nashab (lebih halus dari al hida’). (Lihat Kasyful Qina’ oleh Imam Ahmad Al Qurthubi 47 dan Al Qamus halaman 127)

Bentuk-Bentuk Dan Jenis Al Ghina’ (nyanyian)

Dengan definisi yang telah disebutkan ini, para ulama membagi al ghina’ menjadi dua kelompok :
Nyanyian yang pertama, seperti yang sering kita temukan dalam berbagai aktiviti manusia sehari-hari, dalam perjalanan, pekerjaan dan sebagainya. Sebagian di antara mereka ada yang menghibur dirinya dengan bernyanyi untuk menambah gairah dan semangat (kerajinan), menghilangkan kejenuhan, dan rasa sepi.
Contoh yang pertama ini di antaranya al hida’, lagu yang dinyanyikan oleh sebagian kaum wanita untuk menenangkan tangisan dan rengekkan anak kecil mereka atau nyanyian gadis-gadis kecil dalam sendau gurau dan permainan mereka, wallahu a’lam. (Kaffur Ri’a’ halaman 59-60, Kasyful Qina’ halaman 47-49)

Imam Ahmad Al Qurthubi dalam Kasyful Qina’ halaman 48 yang menyebutkan bahawa yang seperti ini termasuk nasihat yang berguna dan besar ganjarannya.
Demikian pula yang dikatakan Imam Al Mawardi bahwa syair-syair yang diungkapkan oleh orang-orang Arab lebih disukai apabila syair itu mampu menumbuhkan rasa waspada terhadap tipuan atau rayuan dunia, cinta kepada akhirat, dan mendorong kepada akhlak yang mulia. Kesimpulannya, syair seperti ini boleh jika selamat atau bebas dari kekejian dan kebohongan. (Kaffur Ri’a’ halaman 50)

Nyanyian di kalangan orang Arab waktu itu seperti al hida’, an nashbur, dan sebagainya yang biasa mereka lakukan tidak mengandungi sesuatu yang mendorong keluar dari batas-batas yang telah ditentukan. (Lihat Muntaqa Nafis min Talbis Iblis oleh Syaikh Ali Hasan halaman 290)

Secara kesimpulan, baik muzik yang merupakan bunyi-bunyian yang terhasil dari alatan ciptaan manusia seperti gitar, kecapi, serunai, seruling atau lain-lain atau pun bunyi yang terhasil dari semulajadi tetapi disusun oleh manusia seperti bunyi air yang mengalir di sunyai tetapi di atur batu-batu dan pengaliran air dalam lubang-lubang kayu supaya menghasilkan bunyian merdu atau di susun lubang-lubang pokok di tengah padang bagi menghasilkan bunyian merdu apabila di tiup angin semuanya merupakan satu kesedapan dan fitrah manusia menyukai hal ini.

Begitulah juga nyanyian manusia , ianya jika diteliti sama sahaja seperti seseorang wanita yang sangat cintakan suaminya lalu berkata :" Oh kekanda, datanglah peluk dinda…" sudah pasti nada suara wanita itu manja dan dihasilkan kalimah katanya itu dengan penuh perasaan dan penumpuan dan suaranya itu jika dirakam pasti sedap dan indah.

Begitu juga penyanyi, mereka sudah bijak menghasilkan lagu yang mempunyai makna-makna indah dan kemudian menyanyikan bagi menghiburkan. Seperti ibu yang menyanyikan anaknya, seperti bapa yang mengendong anak kecilnya lalu mengiburkannya dengan bacaan nasyid, qasidah atau zikir dengan nada merdu dan nyaring maka demikianlah nyanyian.

Nyanyian hukumnya tidak haram secara mutlak, dan secara segi hukum baik nyanyian, muzik tidaklah haram namun akibat dari beberapa keadaan maka jadilah muzik atau nyanyian itu haram.

Terlebih dulu membincangkan soal hati dan fitrah manusia,

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahwa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini. Dan sebaliknya apabila ia rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (HR. Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Dalam hadith di atas, kita berdepan dengan masalah hati dalam menentukan kedudukan muzik dan nyanyian.

Ini kerana, seperti yang dibaca oleh saudara sekalian tulisan saya di atas, muzik atau nyanyian merupakan fitrah manusia yang terlahir dari kehidupan.

Saya sendiri sebagai ustaz, pernah terkadang nyanyian kecil dalam hati saya walau tidak sampai terkeluar ke mulut dan saya yakin tiada sesiapa pun tidak pernah menyanyi walau para ulamak termasuk Imam Masjidil Haram misalnya sewaktu beliau masih kecil dan bermain-main bersama rakan mana mungkin tidak pernah menyanyi ??

Bermula dari ibu menyanyikan anak dengan zikir-zikir seperti : lailahaillallah x 20 ketika menghayunkan buaian anaknya…bukankah sang ibu itu melantunkan zikir itu dengan nada enak merdu supaya anaknya tidur ?

Termasuk perbuatan ibu itu dalam kategori nyanyian secara umum jadi kesimpulannya hukum muzik itu atau nyanyian bergantung kepada keadaan dan syarat tertentu yang membuatkan ianya haram atau halal dan ini akan kita bincangkan.

Demikianlah ketika di bilik air, ramai manusia menyanyi ketika mandi sama ada menyebut " la,la, la, la, la, la, " atau seorang yang kesedihan , atau seorang yang sedang bercinta sekalipun dirinya tidak menyanyi maka dirinya tetap akan tersentuh dengan lagu dan nyanyian dari orang lain terutamanya apabila nyanyian dan muzik (bunyian) itu sangat menyedihkan dan sayu sehingga mampu membuatkan seseorang itu menangis.

Contohnya, sebuah lagu dalam bahasa English yang saya sudah lupa penyanyinya, iaitu berbunyi :

" Please tell me the word to say
The road to take
To find the way back to your heart …


Sesiapa yang pernah terpisah dengan kekasihnya kemudian berhasrat untuk kembali kepada kekasihnya itu apabila terdengar lagu ini secara tidak sengaja pasti tertarik merasakan lagu ini menangisi dan mengicahkan hidupnya.

Bukankah lagu dan muzik itu menandakan fitrah manusia dan dekatnya dengan hati manusia ?

Begitu juga seseorang yang sangat mencintai kekasihnya maka dirinya pasti akan tersentuh dengan lagu dari Richard Max :

" Wherever you go, what ever you do , I will be right here waiting for you….!! Treng…treng..teng…teng…lupalah lama dah tak dengar lagu…


Kembali kepada persoalan apakah hukum muzik dan lagu

Maka setelah difahami bahawa lagu dan muzik merupakan fitrah maka dengan ini wajarlah kita memegang kepada suatu kaedah usul fiqh iaitu : Asal hokum sesuatu itu ialah harus (lihat Qawaid fiqhiyah m/s 179 oleh Dr Abd Karim Zaidan).

Juga Firman Allah swt :

"Belum tahukah kamu, bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Dia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmat-Nya yang terlihat mahupun yang tidak kelihatan." (Luqman: 20).

Islam telah pun sempurna dan syariat Islam yang di bawa oleh rasulullah telah pun selesai menentukan segala persoalan hukum tanpa perlu-perlu di tambah oleh sesiapa pun walau oleh para ulamak. Dalam hal ini Allah swt berfirman :

"Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia." (an-Nahl: 116)

Menghalalkan apa yang diharamkan dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah merupakan suatu dosa besar yang hampir menyamai syirik oleh yang demikian maka dalam penentuan hukum para ustaz dan para ulamak diperlukan memiliki kebolehan dan pemikiran yang luas dalam menentukan keputusan supaya tidak melampaui batas tanpa ilmu.

Sabda baginda rasulullah : “Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Qur’an) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).

Jadi dalam persoalan muzik dan nyanyian tiada sesiapa yang dapat menentukan hukumnya baik halal atau haram secara membuta tuli melainkan dengan telah menilai secara ilmiah hujah dan dalil di samping memerhatikan beberapa perkara yang menentukan kehalalan dan keharaman.

Kaedah Penghukuman Muzik dan Nyanyian

Setelah meneliti pelbagai hujah maka kita akan mendapati hukum muzik itu dan nyanyian tergantung di atas beberapa neraca pertimbangan iaitu :

- Niat dan tujuan sesuatu Muzik atau Nyanyian dibuat
- Kesan sesuatu muzik atau nyanyian itu kepada pendengarnya
- Isi Kandungan lagu atau nyanyian tersebut
- Cara perlakuan & pelaksanaan muzik atau nyanyian itu
- Keadaan waktu muzik atau nyanyian itu dilakukan

Perkara di atas menjadi sebab dan punca halal atau haramnya muzik dan nyanyian berdasarkan kajian para ulamak dan hasil telitian menurut hujah dan dalil yang diperbahaskan sekian lama oleh fuqaha Islam.

Tidaklah haram lagu " Hijau" nyanyian Zainal Abidin hanya kerana peminat yang mendengarkan lagunya semuanya perempuan yang tidak menutup aurat di stadium atau kerana mereka berbogel sekalipun maka tidaklah haram lagu atau nyanyian Zainal Abidin itu sebaliknya biarpun Kumpulan Raihan yang bernasyid yang sekalipun yang mendengarnya ialah para mufti, para fuqaha dan wali-wali maka ianya tetap akan menjadi haram apabila wujudnya cacat disebabkan oleh salah satu dari 4 perkara yang disebutkan oleh keadah di atas.

1) Niat dan Tujuan sesuatu muzik dan nyanyian itu dibuat

Sesuatu matlamat atau tujuan itu menjadi pokok dan urusan penting serta penentuan penerimaan atau penolakannya. Muzik atau nyanyian tidak terkecuali dari perlu diteliti menurut tujuan dan matlamat dilakukannya.

Di sebut dalam hadith baginda salallahualaihiwasalam yang diriwayatkan dari Umar ibn Khatab ra :

انما الاعمال بالنيات وانما لكل امريء ما نوى
Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan bagi amalnya (balasan pada amalnya) dengan apa yang diniatkan” (Hadith Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari no. 41 & Muslim no.158).

Sesuatu perbuatan itu tidaklah sia-sia dilakukan melainkan pasti wujud tujuan dan matlamat. Dalam soal muzik dan nyanyian maka ianya terbahagi kepada dua keadaan :

a) Tanpa mempunyai tujuan dan niat
b) Mempunyai tujuan dan niat

Muzik atau nyanyian yang dilakukan tanpa tujuan dan niat, seperti perbuatan secara fitrah dan semulajadi atau kebiasaan manusia seperti nyanyian kegembiraan dan semangat atau nyanyian kesedihan maka hal ini tidaklah menjadi pertikaian bahawa dimaafkan dan dibolehkan kecuali dalam beberapa keadaan yang menjadikan ianya haram seperti nyanyian kesedihan ketika kematian.

Walaubagaimanapun hal ini diterhadkan kepada hujah bahawa sesuatu yang dilakukan tanpa niat dan tujuan merupakan termasuk sesuatu yang sia-sia seperti disebut dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra bahawa baginda bersabda : “Sebaik perkara dalam Islam ialah meninggalkan apa yang tidak berkaitan denganya (tidak penting)” (hadith hasan riwayat tirmidzi).

Adapun pada muzik dan nyanyian yang dilakukan dengan mempunyai niat dan tujuan maka ianya dilihat pada niatnya apakah berniat baik atau buruk. Ini kerana dalam kaedah fiqhiyah juga turut menyebut “ Sesuatu itu terhukum melalui apa yang diniatkannya” (lihat Al-Wajiz fi usul fiqh m/s 11). Iaitu sekiranya diniatkan baik maka ianya diterima dan dibenarkan sekiranya sebaliknya maka ianya ditolak dan diharamkan.

Misalnya, seseorang yang bernyanyi dengan menyebut kalimah : “The life is not easy…I feel lonely” atau pun dirinya bernasyid : “ Al-hayah laisa sahlan ..wa ana asy’uru wahdi..(hidup ini tidak mudah…aku merasa seorang diri)

Sebenarnya, nasyid dan nyanyi itu sama sahaja Cuma orang kita lebih nampak nasyid itu keagamaan dan nyanyi itu lagu bukan agama sedangkan itulah hasil pemikiran sekuler sebaliknya keduanya sama sahaja.

Baik lagu atau nasyid jika haramnya lagu maka haramlah juga nasyid…maka di sinilah kaedah yang empat ini memainkan peranan menimbulkan beza di antara nyanyian yang halal atau haram baik nasyid atau lagu maka perlu diteliti.

Niat kebaikan itu misalnya bernyanyi demi menghilangkan kejemuan dan memberi semangat diri dan memujuk diri maka ini dibolehkan. Demikian juga perbuatan melakukan perubatan dengan menggunakan muzik.

Seperti wujud rawatan moden mengunakan kaedah terapi bunyi dan gelombang dengan menenangkan pesakit jiwa dan mental menggunakan muzik dan bunyi-bunyian indah. Maka ini dibolehkan dan bahkan Al-Qur’an itu sendiri disuruh supaya dilagukan seperti sabda baginda salallahuaalihiwasalam : “Barangsiapa yang yang tidak melagukan Al-Qur’an maka bukanlah dari kalangan kami” (Hadith riwayat Abu Daud dengan isnad jayyid).

Juga tidak salah seorang ibu melagukan zikir dan lagu-lagu yang baik maknanya kepada anak kecilnya atau sebenarnya lebih baik dibacakan ayat suci Al-Qur’an kepada anaknya secara lagu maka ianya dibolehkan semuanya.

Namun apabila menjadikan muzik dan nyanyian sebagai hiburan dan diperkembangkan sehingga melalaikan manusia, demi mencari kemewahan dunia, demi kepopularan dan keglamouran maka ini sudah pasti diharamkan dan sekalipun jika dibuat demi kebaikan namun apabila melanggar kaedah yang lain pula maka tetap ianya haram.

2) Kesan sesuatu muzik atau nyanyian itu kepada pendengarnya

Menyebut mengenai kaedah pertama ini, maka kita akan mendapati bahawa dalam Islam kesan dan akibat itu menentukan kehalalan atau keharaman sesuatu perkara ini seperti para fuqaha menjatuhkan hukum haram ke atas rokok akibat kemudharatan dan keburukkannya.

Firman Allah swt :

“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf, ayat 157).

“Janganlah kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan ” (Surah Al-Baqarah, ayat 195).

Demikianlah dengan nyanyian dan muzik, maka hukum nyanyian dan muzik itu ditentukan dengan melihat kepada kesannya kepada umat Islam apakah ianya membawa kebaikan dan kerosakan.

Kadar pengharaman muzik dan nyanyian dinilaikan berdasar kepada akibat kesan buruk yang dibawa olehnya ini seperti menurut kaedah fiqhiyah “Kemudharatan itu dicegah dengan kadarnya” (lihat Al-Wajiz fi Qawaid fiqhiyah m/s 91 oleh Dr Abd Karim Zaidan).

Dalam hal ini maka para fuqaha, melihat kesan nyanyian dan muzik itu kepada hati manusia disebabkan hati merupakan perkara asas dalam kehidupan dan jiwa manusia selain dari nyawa dan akal.

Hati ibarat jiwa dan nyawa manakala akal ialah keilmuan dari hasil pengalaman yang menentukan baik dan buruk namun sekalipun hebat akal manusia ianya tetap tidak sepenting peranan hati.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahwa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini. Dan sebaliknya apabila ia rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (HR. Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Melihat kepada hadith di atas, kita mempelajari bahawa hati itu penting dan menjadi asas kebaikan dan kejahatan manusia, dalam soal penentuan hukum muzik dan nyanyian maka sejauh manakah muzik dan nyanyian itu mempengaruhi hati manusia dan apakah kepada kebaikan dan keburukan maka di situlah letaknya kaedah di atas dalam menghalalkan dan mengharamkan nyanyian.

Nyanyian dan Muzik yang melalaikan

Para ulama banyak yang mengharamkan lagu dan nyanyian apabila mereka menemui ianya melalaikan dan melekakan manusia dan hujah ini ialah benar dan tidak dapat di tolak.
Iaitu sekiranya di dapati nyanyian itu atau sesuatu muzik itu melalaikan dan mempengaruhi minda dan jiwa seseorang misalnya menjadi lebih ekstrim dan buruk atau mempengaruhi peribadinya kepada kejahatan maka nyanyian dan muzik itu tidak syak lagi ialah haram.

Ini berdasarkan kepada

Firman Allah Ta’ala :

“Dan di antara manusia ada yang membeli (menukar) lahwal hadits untuk menyesatkan orang dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya ejekan, bagi mereka siksa yang menghinakan.” (Luqman : 6)

Al Wahidi dalam tafsirnya menyatakan bahwa kebanyakan para mufassir mengartikan “lahwal hadits” dengan “nyanyian”.

Penafsiran ini disebutkan oleh Ibnu Abbas radliyallahu 'anhu. Dan kata Imam Al Qurthubi dalam tafsirnya, Jami’ Ahkamul Qur’an, penafsiran demikian lebih tinggi dan utama kedudukannya.

Hal itu ditegaskan pula oleh Imam Ahmad Al Qurthubi, Kasyful Qina’ halaman 62, bahwa di samping diriwayatkan oleh banyak ahli hadits, penafsiran itu disampaikan pula oleh orang-orang yang telah dijamin oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dengan doa beliau :

“Ya Allah, jadikanlah dia (Ibnu Abbas) faham terhadap agama ini dan ajarkanlah dia ta’wil (penafsiran Al Qur’an).” (HR. Bukhari 4/10 dan Muslim 2477 dan Ahmad 1/266, 314, 328, 335) .

Dengan adanya doa ini, para ulama dari kalangan shahabat memberikan gelar kepada Ibnu Abbas dengan Turjumanul Qur’an (penafsir Al Qur’an).

Ibnu Mas’ud menerangkan bahwa “lahwul hadits” itu adalah al ghina’. “Demi Allah, yang tiada sesembahan yang haq selain Dia, diulang-ulangnya tiga kali.” Riwayat ini shahih dan telah dijelaskan oleh Syaikh Nashiruddin Al Albani dalam Tahrim ‘alath Tharb halaman 143. Demikian pula keterangan ‘Ikrimah dan Mujahid.

Al Wahidi dalam tafsirnya (Al Wasith 3/411) menambahkan : “Ahli Ilmu Ma’ani menyatakan, ini termasuk semua orang yang cenderung memilih permainan dan al ghina’ (nyanyian), seruling-seruling, atau alat-alat musik daripada Al Qur’an, meskipun lafadhnya dengan kata al isytira’, sebab lafadh ini banyak dipakai dalam menerangkan adanya penggantian atau pemilihan.” (Lihat Tahrim ‘alath Tharb halaman 144-145).


Dan pengaruhilah siapa saja yang kau sanggupi dari mereka dengan suaramu.” (QS. Al Isra’ : 65)
Ibnu Abbas mengatakan bahwa “suaramu” dalam ayat ini artinya adalah segala perkara yang mengajak kepada kemaksiatan.
Ibnul Qayyim menambahkan bahwa al ghina’ adalah da’i yang paling besar pengaruhnya dalam mengajak manusia kepada kemaksiatan. (Mawaridul Aman halaman 325).Mujahid --dalam kitab yang sama-- menyatakan “suaramu” di sini artinya al ghina’ (nyanyian) dan al bathil (kebathilan). Ibnul Qayyim menyebutkan pula keterangan Al Hasan Bashri bahwa suara dalam ayat ini artinya duff (rebana), wallahu a’lam.

Maka apakah terhadap berita ini kamu merasa hairan. Kamu tertawa-tawa dan tidak menangis? Dan kamu bernyanyi-nyanyi?” (An Najm : 59-61).

Kata ‘Ikrimah --dari Ibnu Abbas--, as sumud artinya al ghina’ menurut dialek Himyar. Dia menambahkan : “Jika mendengar Al Qur’an dibacakan, mereka bernyanyi-nyanyi, maka turunlah ayat ini.”

Ibnul Qayyim menerangkan bahwa penafsiran ini tidak bertentangan dengan pernyataan bahwa as sumud artinya lalai dan lupa. Dan tidak pula menyimpang dari pendapat yang mengatakan bahwa arti “kamu bernyanyi-nyanyi” di sini adalah kamu menyombongkan diri, bermain-main, lalai, dan berpaling. Karena semua perbuatan tersebut terkumpul dalam al ghina’ (nyanyian), bahkan ia merupakan pemicu munculnya sikap tersebut. (Mawaridul Aman halaman 325).

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : Dua suara terlaknat di dunia dan di akhirat : “Seruling-seruling (muzik-muzik atau nyanyian) ketika mendapat kesenangan dan rintihan (ratapan) ketika mendapat musibah.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dalam Musnad-nya, juga Abu Bakar Asy Syafi’i, Dliya’ Al Maqdisy, lihat Tahrim ‘alath Tharb oleh Syaikh Al Albani halaman 51-52).

Imam Ahmad Al Qurthubi menyimpulkan keterangan para mufassir ini dan menyatakan bahwa segi pendalilan diharamkannya al ghina’ adalah karena posisinya disebutkan oleh Allah sebagai sesuatu yang tercela dan hina. (Kasyful Qina’ halaman 59).

Secara kesimpulan apabila sesuatu muzik dan lagu itu melalaikan maka hukumnya ialah haram dan berdosa kerana sesuatu yang melalaikan itu bererti melupakan manusia dari tanggungjawabnya sebagai hamba dan kewajipan syariat.

Seperti arak diharamkan kerana ianya memabukkan maka demikianlah juga muzik dan nyanyian diharamkan jika ianya melalaikan dan melekakan.

Dari Abi Malik Al Asy’ari dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam beliau bersabda : “Sesungguhnya akan ada sebagian manusia dari umatku meminum khamr yang mereka namakan dengan nama-nama lain, kepala mereka bergoyang-goyang kerana alat-alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita, maka Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan menjadikan sebagian mereka kera dan babi.” (HR. Bukhari dalam At Tarikh 1/1/305, Al Baihaqi, Ibnu Abi Syaibah dan lain-lain. Lihat Tahrim ‘alath Tharb oleh Syaikh Al Albani halaman 45-46).

Dari Abi ‘Amir --Abu Malik-- Al Asy’ari, dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam beliau bersabda : “Sungguh akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang menganggap halalnya zina, sutera, khamr, dan alat-alat muzik ” (HR. Bukhari 10/51/5590-Fath).

Dari ‘Abdurrahman bin ‘Auf ia berkata : Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya saya tidak melarang (kamu) menangis, tapi saya melarangmu dari dua suara (yang menunjukkan) kedunguan dan kejahatan, iaitu suara ketika gembira, iaitu bernyanyi-nyanyi, bermain-main, dan seruling-seruling syaitan dan suara ketika mendapat musibah, memukul-mukul wajah, merobek-robek baju, dan ratapan-ratapan syaitan.” (Dikeluarkan oleh Al Hakim, Al Baihaqi, Ibnu Abiddunya, Al Ajurri, dan lain-lain, lihat Tahrim ‘alath Tharb halaman 52-53).

Dari Ibnu Abbas, ia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan bagiku --atau mengharamkan-- khamr, judi, al kubah (gendang), dan seluruh yang memabukkan ialah haram.” (HR. Abu Dawud, Al Baihaqi, Ahmad, Abu Ya’la, Abu Hasan Ath Thusy, Ath Thabrani dalam Tahrim ‘alath Tharb halaman 55-56).

Dari ‘Imran Hushain ia berkata : Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Akan terjadi pada umatku, lemparan batu, perubahan bentuk, dan ditenggelamkan ke dalam bumi.” Dikatakan : “Ya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, bilakah hal itu akan terjadi?” Baginda menjawab : “Jika telah tersebarnya alat-alat muzik, banyaknya penyanyi wanita, dan diminumnya khamr-khamr.” (Dikeluarkan oleh Tirmidzi, Ibnu Abiddunya, dan lain-lain, lihat Tahrim ‘alath Tharb halaman 63-64).

Kesemua dalil dan hujah di atas secara jelas mengharamkan muzik dan nyanyian tanpa mengira apakah disebabkan ianya berpunca dari jenis bertali atau tidak bertali.

Pedulikan apa jenisnya, selagi ianya melalaikan maka ianya tetap haram dan membawa kepada dosa. Sekalipun nasyid In Team dan UNIC dengan lagu mereka berjudul kasih kekasih dapat membuatkan muslimat bertudung labuh tergedik-gedik berangan lelaki, membuatkan muslimat berjubah menghayun kepalanya kiri dan kanan sambil menikmati sedapnya lagu itu berkhayal maka jelas sekali haramnya nasyid ini.

Adapun apabila lagu kumpulan “ Scorpian” atau kumpulan “Fuck Ass Jackson” melagukan sebuah lagu misalnya bertajuk “ My mother” yang memuji ibu dan menjadikan pendengarnya menghargai ibu serta menghasilkan mesej dan kesan yang baik dan tidak melalaikan maka ianya jadi halal.

Demikian juga sekiranya wujud kumpulan bernama “ Your Father Is Hitler” menyanyikan lagu yang apabila kita mendengarnya kita menjadi kuat bekerja dan tidak mahu membuang masa maka menjadikan ianya harus.

Sebaliknya apabila kumpulan nasyid menasyidkan lagu cinta dan cinta-cintaan Islam konon-kononnya maka ianya jelas haram kerana melalaikan dan mengkhayalkan.

Ini bahkan jelas seperti yang dimaksudkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dalam Shahihnya membawakan hadis Abu Malik Al-Asy‘ari (dirajihkan oleh Ibnu Hajar dalam Fath Al-Bari, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Pasti akan ada golongan daripada umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan al-ma‘azif (alat bunyi-bunyian)" (Hadis sahih, riwayat Al-Bukhari).

Hadith ini juga disebut oleh Syeikh Al-Albani dalam Al-Shahih. Beliau telah menjelaskan bahawa hadis ini hadith maushul, shahih al-isnad dan tidak seperti yang didakwakan oleh Ibnu Hazm. Ulama telahpun menolak pendapat-pendapat yang melemahkan hadis ini, seperti Imam Ibnu Al-Qayyim, al-Hafiz dan lain-lain.

Manakala perkataan yastahillun (يستحلون) bermakna "mereka menghalalkan" dalam hadith ini memberi makna bahawa zina, sutera, arak dan ma‘azif (alat bunyi-bunyian dan nyanyian itu) adalah tidak halal (haram) tetapi mereka menghalalkannya juga.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah pun menyebutkan zina, sutera dan arak dalam hadis ini, sedang sedia dimaklumi bahawa zina dan arak itu telah sabit haramnya dalam Al-Qur‘an dan sunnah dengan tidak boleh dibantah-bantah lagi.

Kemudian Baginda menyambung pula dengan menyebutkan ma‘azif (sebagai penegasan) bahawa ma‘azif itu juga sama hukumnya iaitu haram seperti zina, sutera dan arak.

Mengapa Baginda menyebut dan menghimpunkannya bersama dengan zina dan arak pada hal keduanya itu telahpun sabit dan dimaklumi akan haramnya?

Kemudian datang lagi perkataan yastahillun (mereka menghalalkan). Mafhum daripada perkataan ini, bahawa walaupun benda-benda itu sudah jelas hukum haramnya namun akan terdapat daripada kalangan umat Baginda yang mahu menghalalkannya (bahkan ia sudah pun berlaku sekarang ini).

Maka ini menjelaskan kepada nasyid yang seolah dianggap halal oleh umat Islam kerana namanya berubah bukan lagi nyanyian sebaliknya ini ialah nasyid bukan lagu.

Sebenarnya nasyid itu menjadi lebih haram dari lagu kerana tidak susah menjatuhkan hukum kepada lagu dan nyanyian sebaliknya lantaran lagu dipersaluti dengan agama menjadikan kesamarannya lebih gelap dan menyusahkan dan kesan nasyid itu lebih merosakkan apabila lagu hanya merosakkan orang awam namun tidak sampai mengugat orang yang beragama namun nasyid kini merosakkan semua golongan sehingga kanak-kanak sekolah agama dan ustazah-ustazah bertudung labuh dan berjubah yang berjoget-joget sekalipun tidak dengan badan tapi hati kecilnya berjoget.
Maka jika muzik dan nyanyian itu tidak menglalaikan maka ianya tidaklah diharamkan apabila tidak ada membawa kesan buruk sebaliknya memberikan manfaat dan kebaikan dalam hal ini Allah swt befirman :
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah.Barangsiapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (al-Munaafiqun: 9).
Tidaklah Allah mengharamkan kepada kita anak-anak atau pun harta sebaliknya yang diharamkan ialah lalai maka demikianlah juga muzik dan nyanyian tidaklah diharamkan jika tidak sampai kepada membawa kelalaian atau keburukan.

Namun hakikat realitinya hari ini semua muzik membawa keburukan dan kelalaian dan kefasikan dan kerosakan. Sehingga seorang penyanyi boleh merosakkan pelbagai generasi dengan hanya bermodal satu atau dua buah lagu sahaja.

3) Isi Kandungan nyanyian atau muzik tersebut

Di antara penyebab dan punca pengharaman dan penghalalan sesuatu perkara seperti muzik dan nyanyian ini ialah isi kandungannya yang perlu diteliti apakah ianya mengisi kebaikan atau kejahatan.

Firman Allah swt :

“ Jauhilah kamu akan najis (kekotoran) iaitu dari berhala (syirik) dan perkataan keji (bohong, palsu dan kotor)” (Surah Al-Hajj : 30).

Menurut Imam Ibn katsir ra dalam tafsirnya menyebut perkataan keji itu ialah bermaksud perkataan dusta dan saksi palsu atau rekaan (Tafsir Ibn Katsir m/s 659 Jilid 2).

Sesungguhnya pegisian dalam lagu atau nyanyian serta muzik itu juga menentukan kehalalan atau keharaman. Sekiranya yang diisi dan dinyanyikan itu ialah kata-kata kotor dan lucah serta keji, penuh dengan maksud yang buruk dan bercanggah dengan Islam maka sesungguhnya tidak syak lagi lagu atau nyanyian itu ialah haram.

Demikian juga bunyian dan muzik, jika terhasil dari sesuatu bunyian yang kotor misalnya muzik itu berbunyi suara ghairah wanita dan bunyian persetubuhan dan dirakam serta dimuzikkan maka ianya jelas haram. Serta juga suara-suara kotor dari wanita yang memerdukan suara mereka sehingga menaikkan syahwat maka ini juga haram.

Firman Allah swt :"Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya ." (Al Ahzab: 32).
Suara wanita tidaklah aurat dan bukanlah haram kita mendengar suara mereka jika bekeperluan tetapi adalah sebaliknya dan disepakati bahawa suara wanita itu menjadi haram jika ianya demi hiburan dan keseronokkan maka bukankah suara wanita penyanyi itu demi menghiburkan pendengar lelaki dan bukankah ianya dilakukan dengan melunakkan suaranya serta memerdukan sehingga menimbulkan keseronokkan lelaki maka ini jelas haram seperti firman Allah swt di atas.
"Hai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al-Ahzab: 32).
Jelas sekali haramnya lagu-lagu dan nyanyian wanita yang berada dalam suasana hari ini kerana mereka menyanyikan dengan penuh lunak enak merdu dan menyeronokkan sedang Islam menghadkan untuk bercakap kepada lelaki itu sahaja pun seorang wanita tidak boleh melunakkan dan merendahkan suaranya sehingga menimbulkan tarikan maka apalagi jika sememangnya nyanyian itu sudah untuk menarik pendengar dan menyeronokkan dan menghiburkan maka jelas sekali haramnya.
Sudah terbukti lagu wanita “ oh sayang…” atau pelbagai lagi apabila penyanyi wanita menyanyi jika yang mendengarnya lelaki normal pasti terasa seram sejuk dan anggota dalam seluarnya pasti mengeras kuat namun jika tidak mengeras maka nyatalah itu lelaki tidak normal dan perlu mencari ubatan tradisional atapah lagi jika melihat wanita itu menari-nari dan berjoget ghairah. Allah melarang khudhu, yakni cara bicara yang dapat membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya "berpenyakit."
Namun, dengan ini bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan setiap lelaki . Perhatikan hujung ayat 32 dari surah Al-Ahzab di atas apabila Allah menyebut :
"Dan ucapkanlah perkataan yang baik" (Al-Ahzab : 32).
Iaitu dibolehkan wanita berbicara dengan lelaki tetapi bukan menyanyi atau memerdukan suara kepada mereka jadi maka tidak mungkin nyanyian itu dibuat dengan tanpa memerdukan suara dan tanpa tidak menarik perhatian maka jika demikian tidak nama menyanyi tetapi bercakap. Mana ada artis penyanyi naik di atas pentas dan bercakap dengan baik sebaliknya semuanya menyanyi dan meneran sekuat-kuatnya suara mereka serta melunakkan dan meneriakkan suara mereka sesedap yang mungkin.
Maka inilah yang diharamkan dan dilarang dalam Islam. Isi kandungan muzik dan nyanyian itu terdiri dari senikata, maksud lagu apakah bermaksud yang baik, serta suara penyanyi yang menyanyikan. Jika lelaki maka hukumnya haram suaranya didengari oleh wanita kerana hukumnya sama seperti lelaki yang haram mendengar suara wanita yang melunakkan percakapan yang menimbulkan ransangan dan demikian wanita yang jika mendengar suara lunak lelaki boleh membuatkan cair hatinya sehingga terkeluar cecair di farajnya maka hukumnya ialah haram.

4) Cara perlakuan & pelaksanaan muzik atau nyanyian itu

Perlakuan dan pelaksanaan muzik atau nyanyian itu juga menentukan apakah ianya halal atau haram. Ini kerana jika sesuatu nyanyian itu dinyanyikan dengan merentak-rentak badan sambil berjoget dan mengerakkan badan maka hukumnya ialah haram. Demikian juga jika dinyanyikan sambil berjoget dan menimbulkan ransangan seksual syahwat maka juga haram.

Juga dimaksud dengan cara pelaksanaan ialah berlakunya nyanyian itu dengan menutup aurat dan tidak melanggar batas-batas syariat seperti tidak menimbulkan finah dan terdedah kepada lain jantina.

Dalam hal ini maka di ambil faedah dari
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya ..." (An Nur: 30).
Ini berlaku apabila nyanyian atau muzik itu dilakukan dnegan percampuran lelaki dan wanita, dinyanyikan secara berduet dan bergandingan dan mendengarnya pun secara beramai-ramai maka hukumnya ialah haram dan ditegah.
Juga dari ayat di atas menjadi dalil bahawa tidak boleh melihat perempuan yang bukan mahram sebaliknya seorang yang beriman harus menundukkan pandangannya maka apa cerita dan keadaannya apabila sampai ke konsert dan melihat lelaki perempuan berjoget dan menari ? Jawabnya ialah haram secara jelas.
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya ..." (An Nur: 31).
Demikianlah para wanita Islam yang mengaku Islam dan beriman, apa ceritanya ini para muslimat-muslimat bertudung labuh, berjubah sambil mengaku solehah, tergedik-gedik menangkap gambar dengan kamera digital mereka akan konsert serta artis nasyid pujaan mereka dan melekatkan stiker dan poster artis nasyid mereka ?
Baik abang Raihan, baik abang Hijjaz, baik abang In-Team atau adik-adik comel UNIC mereka ini semua merupakan lelaki yang mempunyai zakar diulangi mereka ini semuanya lelaki yang mempunyai zakar maka apa ceritanya apabila muslimat-muslimat solehah kononnya menonton konsert nasyid dan bergambar mesra, menikmati suara nyanyian indah mereka sambil berangan-angan dan bernasyid –nasyid ?
Sedang Allah swt telah berfirman : "Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya ..." (An Nur: 31).
Dan Rasulullah saw. bersabda: "Wahai Ali, janganlah engkau ikuti pandangan yang satu dengan pandangan yang lain. Engkau hanya boleh melakukan pandangan yang pertama, sedang pandangan yang kedua adalah dosa bagimu." (Hadith sahih riwayat Ahmad, Abu Daud, dan Tirmidzi).
Maka dalam hal ini cara pelakuan sesuatu nyanyian atau muzik itu jika dilakukan dalam suasana menjaga syariat seperti tidak wujud percampuran lelaki dan perempuan, misalnya penyanyi perempuan menyanyi hanya untuk wanita dan penyanyi lelaki menyanyi hanya untuk lelaki dan tidak melakukan aksi gila seperti menari-nari dan berjoget menunjukkan pusat, menutup aurat maka ianya dibolehkan.
Pendapat yang mengunakan hujah dibolehkan nyanyian lelaki dan wanita dipetik dari Dr. Yuosf Al-Qaradhawi menyebut : Dalam sahih Bukhari dan Muslim menyebut bahwa Abu Bakar pernah masuk ke rumah Aisyah untuk menemui Nabi salallahualaihiwasalam ketika itu ada dua gadis di sisi Aisyah yang sedang menyanyi, lalu Abu Bakar mengherdiknya seraya berkata: "Apakah pantas ada seruling setan di rumah Rasulullah?" Kemudian Rasulullah saw membalas : "Biarkanlah mereka, wahai Abu Bakar, sesungguhnya hari ini adalah hari raya." Disamping itu, juga tidak ada larangan menyanyi pada hari selain hari raya. Makna hadits itu ialah bahawa hari raya termasuk saat-saat yang disukai untuk melahirkan kegembiraan dengan nyanyian, permainan, dan sebagainya yang tidak terlarang.

"Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata: Aisyah pernah mengahwinkan salah seorang kerabatnya dengan Ansar, kemudian Rasulullah s.a.w. datang dan bertanya: Apakah kamu akan memberi hadiah kepada gadis itu? Mereka menjawab: Benar ! Rasulullah s.a.w. bertanya lagi. Apakah kamu kirim bersamanya orang yang akan menyanyi? Aisyah menjawab: Tidak! Kemudian Rasulullah bersabda: Sesungguhnya orang-orang Ansar adalah suatu kaum yang merayu. Oleh karena itu alangkah baiknya kalau kamu kirim bersama dia itu seorang yang mengatakan: kami datang, kami datang, selamat datang kami, selamat datang kamu" (Riwayat Ibnu Majah) .

"Dan dari Aisyah r.a. sesungguhnya Abu Bakar pernah masuk kepadanya, sedang di sampingnya ada dua gadis yang sedang menyanyi dan memukul gendang pada hari Mina (Idul Adha), sedang Nabi s.a.w. menutup wajahnya dengan pakaiannya, maka diusirlah dua gadis itu oleh Abubakar. Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata kepada Abubakar : “ Biarkanlah mereka itu Wahai Abubakar, sebab hari ini adalah hari raya (hari bersenang-senang)." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Imam Ghazali dalam Ihya'nya setelah membawakan beberapa hadith tentang bernyanyinya dua orang gadis itu, permainannya orang-orang Habasyah di dalam masjid Nabawi yang didukungnya oleh Nabi dengan kata-katanya: karena kamu, aku melihat wahai Bani Arfidah, dan perkataan Nabi kepada Aisyah: engkau senang ya Aisyah melihat permainan ini; dan berdirinya Nabi bersama Aisyah sehingga dia sendiri yang bosan serta permainan Aisyah dengan boneka bersama kawan-kawannya itu, kemudian Ghazali berkata: Bahawa hadith-hadith ini semua tersebut dalam Bukhari dan Muslim dan merupakan nas yang tegas, bahwa nyanyian dan permainan, bukanlah haram.

Pendapat ini ditolak dan kurang tepat kerana :

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

"Iklankanlah pernikahan dan kamu pukullah rebana di atas pernikahan itu".
Menyanyikan lagu-lagu yang senikata atau liriknya tidak terkeluar daripada kaedah dan adab-adab Islam dengan iringan duff itu tidak harus memukulnya selain daripada majlis pernikahan menurut pendapat yang masyhur, tetapi lawan pendapat yang masyhur, harus memukul (alat rebana) dalam semua upacara majlis kegembiraan orang Islam. (Al-Majmuk : 23/58 & Majmuk Fatawa wa Rasail : 181-182).

Pengarang risalah Nushh Al-‘Uqala’ bima Ja’a fi Tahrim Alat Al-Lahw wa Al-Ghina, Fadhilah Al-Syeikh Umar Sulaiman Al-Asyqar pula telah mengemukakan satu ulasan yang bernas lagi menarik, katanya: "Al-Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dengan keluasan ilmu, penyelidikan dan dakwahnya, namun beliau telah tersilap daripada kebenaran dalam perkara ini. Kata-katanya (pendapatnya) itu adalah taqlid jua, terikut-ikut dengan pendapat orang-orang sebelumnya, seperti Al-Imam Ibnu Hazm dan lain-lain. Ia sudah dibantah dengan keterangan-keterangan berdasarkan hadis-hadis Nabi yang warid oleh ulama-ulama".

Al-Syeikh Al-Albani seorang pakar hadis dari Syria pada abad ini juga telah memberikan jawapan yang bernilai terhadap apa yang disebutkan oleh pengarang buku "Halal dan Haram". Mula-mula beliau mengulas hadith ‘Aisyah seperti berikut: "Daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bahawa Abu Bakar pernah masuk menemuinya, sedang di sampingnya dua anak perempuan sedang menyanyi dan memukul gendang pada Hari Mina (‘Idul Adha), ketika itu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menutup wajah Baginda dengan pakaiannya. Abu Bakar menengking kedua anak perempuan itu. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam membuka wajahnya dan bersabda: "Biarkan mereka, wahai Abu Bakar kerana hari ini adalah Hari Raya." (Hadis Shahih Muttafaq ‘Alaih, dikeluarkan oleh Al-Bukhari (1: 242,252), Muslim (3:22), Al-Nasa’I (1:236) dan Ahmad (6:33,84, 99,127, 134)

Al-Albani memberikan kesimpulan mengenai hadis di atas bahawa kesilapan Ibnu Hazm berpunca daripada kewahamannya, sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang Abu Bakar menegah dua budak perempuan itu secara mutlak bukannya daripada pengakuan (ikrar) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam terhadap dua anak perempuan tersebut. Kerana yang demikian itu menunjukkan dalil keharusan yang berkaitan dengan menyanyi pada hari raya dan memukul duff, adapun selain daripada itu, semuanya ditegah (sebagaimana pertunjuk daripada hadis-hadis yang tsabit yang mengharamkan ma‘azif dan alat-alat yang ditiup), dan harus menyanyi itu bagi anak-anak kecil perempuan sebagaimana yang diperjelaskan oleh para ulama. (Tahrim Alat At-Tharb: 113)

Ibnu Al-Jauzi berkata: "Dan kenyataannya bahawa dua anak perempuan itu adalah anak-anak kecil dan ketika itu Aisyah masih kecil dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam membenarkan dua orang anak perempuan itu bermain dengannya". (Talbis Iblis : 1/239)

Dalam hal ini Al-Albani juga berkata: "Pada saya ada satu juz yang mengandungi bantahan terhadap risalah Ibnu Hazm yang mengharuskan alat-alat muzik, di mana dalam juz ini saya sertakan sama semua hadis yang warid (yang benar-benar datangnya daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam) yang mengharamkan ma‘azif, dan saya juga memberikan kritikan ilmiyah dan penjelasan, bahawa Ibnu Hazm telah tersilap dari kebenaran ketika melemahkan sebahagian besar dari hadis-hadis itu".

Beliau juga menjelaskan bahawa kata-kata Al-Ghazali mengenai hadith Aisyah sebagai nash yang menunjukkan nyanyian itu tidak haram, adalah kata-kata ini batal dalam pandangan ulama, kerana hadith berkenaan itu khas pada nyanyian dua kanak-kanak perempuan kecil memalu duff pada Hari Raya. Inilah perkara yang diakui oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Ada pun orang yang menjadikannya sebagai dalil bagi mengharuskan nyanyian secara mutlak daripada wanita-wanita ajnabi (bukan mahram) yang sudah dewasa dan mengharuskan memetik apa jua alat muzik seperti gambus dan sebagainya, maka adalah perkara ini tidak syak lagi terkeluar daripada kebenaran dan dari jalan orang-orang yang insaf serta membawa hadith ini kepada makna yang tidak tepat".

Dengan ini memberi pengertian bahawa perkara tersebut memang ianya tidak harus selain pada Hari Raya, kecuali yang dikecualikan oleh syara‘ melalui nash yang lain, seperti duff di majlis perkahwinan menurut qaul yang masyhur dalam mazhab Syafi‘e. (Al-Majmuk : 23/58 & Majmuk Fatawa wa Rasail : 181-1820).

5) Keadaan waktu muzik atau nyanyian itu dilakukan

Keadaan dan masa perlakuan muzik dan nyanyian itu juga menjadi ukuran kerana dibolehkan nyanyian itu secara syariat pada waktu khas seperti waktu perkahwinan dan hari raya dengan tidak melampaui batas dan melanggar hukum syarak.

"Daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bahawa Abu Bakar pernah masuk menemuinya, sedang di sampingnya dua anak perempuan sedang menyanyi dan memukul gendang pada Hari Mina (‘Idul Adha), ketika itu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menutup wajah Baginda dengan pakaiannya. Abu Bakar menengking kedua anak perempuan itu. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam membuka wajahnya dan bersabda: "Biarkan mereka, wahai Abu Bakar kerana hari ini adalah Hari Raya." (Hadis Shahih Muttafaq ‘Alaih, dikeluarkan oleh Al-Bukhari (1: 242,252), Muslim (3:22), Al-Nasa’I (1:236) dan Ahmad (6:33,84, 99,127, 134).

Manakala dalam waktu tertentu seperti waktu kematian dan waktu lain yang membawa kepada kelalaian dan fitnah maka muzik dan nyanyian akan menjadi dosa dan fitnah. Contohnya seperti waktu solat dan telah azan menandakan tiba waktu solat maka ketika itu nyanyian dan muzik wajib dihentikan dan disegerakan untuk menunaikan kewajipan kepada Allah swt.

Jika dilakukan pada keadaan waktu ibadah seperti waktu solat maka hukumnya tidak syak lagi haram kerana melalaikan dari menunaikan ibadah wajib kepada Allah swt. Juga apabila ketika berada di tempat ibadah seperti di musim haji atau pada bulan puasa iaitu sewaktu kita diminta perbanyakkan ibadah maka kewujudan muzik dan nyanyian akan menjadi kelalaian dan fitnah kepada hati."Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata:
"Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil." (Al- Qashash: 55).

Ayat di atas menunjukkan sikap umat Islam bahawa perlu menjauhi ayat-ayat dan perkataan yang tidak bermanfaat termasuk muzik dan nyanyian dan segera kembali mengingati Allah swt dalam setiap perkara.

“Barangsiapa yang mengingini Allah dan hari akhirat (balasan) maka hendaklah mengingati Allah dengan banyak” (Al-Ahzab : 21).

Iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk dan waktu berbaring dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi..” (Ali Imran : 191).

Oleh yang demikian, dalam menentukan kehalalan dan keharaman muzik dan nyanyian pada hari ini maka penulis lebih menyetujui mengharamkan sekadar mencegah kemudharatan muzik dan nyanyian yang sekarang ini secara realiti sudah begitu parah dan menggila maka satu hukum tegas dan keras diperlukan bagi mencegah umat Islam dari terus menuju ke lembah kehancuran lalu pengharaman muzik dan nyanyian sememangnya patut dan wajar.

"Di antara manusia ada yang membeli perkataan yang dapat melalaikan untuk menyesatkan (orang) dari jalan Allah tanpa disedari, dan dijadikannya sebaqai permainan. Mereka itu kelak akan mendapat siksaan yang hina." (Luqman: 6)

Dalam ayat di atas benar sekali jika ditujukan kepada golongan penyanyi dan mereka yang suka mendengar muzik dan nyanyian. Ini kerana membeli perkataan yang melalaikan dapat dimaksudkan dengan nyanyian yang tidak membawa manfaat untuk melalaikan diri sendiri dan asyik seronok dan berhibur maka bukankah hiburan itu termasuk dari hasil perbuatan permainan maka walaupun para ulamak yang menafsirkan ayat ini dengan maksud yang lain namun menafsirkannya dengan suasana sekarang dengan memperumpamakan kepada nyanyian dan muzik tidaklah lari dan salah.

Pendapat yang dipilih

Memilih mengharamkan dan mencegah muzik dan nyanyian yang melalaikan dan merosakkan umat Islam itu satu keperluan dan menjadi kewajipan kerana inilah pendapat yang paling benar.
Bahkan dalam kaedah usul juga menyebut “ Mencegah kemudharatan itu lebih utama dari merawatinya” (lihat Al-Wajiz Fi Qawaid Fiqhiyah m/s 99). Maka dalam persoalan muzik dan nyanyian , kita menerima mana yang dapat dinilai sebagai bermanfaat dan tidak melalaikan sebaliknya menolak mana yang merosakkan dan membawa fitnah.

Dari Nafi’ maula Ibnu ‘Umar, dia bercerita bahwa Ibnu ‘Umar pernah mendengar suara seruling gembala lalu (‘Umar) meletakkan jarinya di kedua telinganya dan pindah ke jalan lain dan berkata : “Wahai Nafi’, apakah engkau mendengar?” Aku jawab : “Ya.” Dan dia terus berjalan sampai ku katakan tidak. Setelah itu dia meletakkan lagi tangannya dan kembali ke jalan semula. Lalu beliau berkata :

“Aku melihat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam mendengar suling gembala lalu berbuat seperti ini.” (Dikeluarkan oleh Abu Daud no. 4925 dan Baihaqi 10/222 dengan sanad hasan).

Imam Ibnul Jauzi dalam Talbis Iblis (Muntaqa Nafis halaman 304) mengomentari hadits ini sebagai berikut : “Jika seperti ini yang dilakukan mereka terhadap suara-suara yang tidak menyimpang dari sikap-sikap yang lurus, maka bagaimanakah dengan nyanyian dan muzik-muzik orang zaman sekarang (zaman beliau).

Dari Abi ‘Amir --Abu Malik-- Al Asy’ari, dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam beliau bersabda : “Sungguh akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang menganggap halalnya zina, sutera, khamr, dan alat-alat muzik ” (HR. Bukhari 10/51/5590-Fath).

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : Dua suara terlaknat di dunia dan di akhirat : “Seruling-seruling (muzik-muzik atau nyanyian) ketika mendapat kesenangan dan rintihan (ratapan) ketika mendapat musibah.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dalam Musnad-nya, juga Abu Bakar Asy Syafi’i, Dliya’ Al Maqdisy, lihat Tahrim ‘alath Tharb oleh Syaikh Al Albani halaman 51-52).

Dan Imam Ahmad Al Qurthubi dalam Kasyful Qina’ halaman 69 menyatakan : “Bahawa pendalilan dengan hadith-hadith ini dalam mengatakan haramnya nyanyian dan alat-alat muzik, hampir sama dengan segi pendalilan dengan ayat-ayat Al Qur’an. Bahkan dalam hadits-hadits ini disebutkan lebih jelas dengan adanya laknat bagi penyanyi mahupun yang mendengarkanya.”
Di dalam hadits pertama, Imam Al Jauhari menyatakan bahwa dalam hadith ini, digabungkannya penyebutan al ma’azif dengan khamr, zina, dan sutera menunjukkan kerasnya pengharaman terhadap alat-alat musik dan sesungguhnya semua itu termasuk dosa-dosa besar. (Kasyful Qina’ halaman 67-69).

Atsar ‘Ulama Salaf

Ibnu Mas’ud menyebutkan : “Nyanyian menumbuhkan kemunafikan dalam hati seperti air menumbuhkan tanaman.” Ini dikeluarkan oleh Ibnu Abiddunya dan dikatakan shahih isnadnya oleh Syaikh Al Albani dalam Tahrim ‘alath Tharb (halaman 145-148), ucapan seperti ini juga dikeluarkan oleh Asy Sya’bi dengan sanad yang hasan.

Dalam Al Muntaqa halaman 306, Ibnul Jauzi menyebutkan pula bahwa Ibnu Mas’ud berkata : “Jika seseorang menaiki kendaraan tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan ikut menyertainya dan berkata, ‘bernyanyilah kamu!’ Dan apabila dia tidak mampu memperindahkannya, syaitan berkata lagi : ‘Berangan-anganlah kamu (mengkhayal)’.” (Dikeluarkan oleh Abdul Razzaq dalam Al Mushannaf 10/397 sanadnya shahih).

Pada halaman yang sama beliau sebutkan pula keterangan Ibnu ‘Umar ketika melewati sekelompok orang yang berihram dan ada seseorang yang bernyanyi, dia berkata : Beliau berkata : “Ketahuilah, Allah tidak mendengarkanmu!” Dan ketika melewati seorang budak perempuan bernyanyi, ia berkata : “Jika syaitan membiarkan seseorang, tentu benar-benar dia tinggalkan budak ini.”

Dalam kitab yang sama beliau (Ibnul Jauzi) melanjutkan : Al Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr ditanya tentang nyanyian. Ia menjawab : “Saya melarangmu dari nyanyian dan membencinya untukmu.” Orang itu bertanya : “Apakah nyanyian itu haram?” Al Qasim menukas : “Wahai anak saudaraku, jika Allah memisahkan al haq (kebenaran) dan al bathil (kebathilan) pada hari kiamat, maka di manakah nyanyian itu berada?”

Ibnu Abbas juga pernah ditanya demikian dan balik bertanya : “Bagaimana pendapatmu jika al haq dan al bathil datang beriringan pada hari kiamat, maka bersama siapakah al ghina’ (nyanyian) itu?” Si penanya menjawab : “Tentu saja bersama al bathil.” Kemudian Ibnu Abbas berkata : “(Benar) pergilah! Engkau telah memberikan fatwa (yang tepat) untuk dirimu.”
Dan Ibnul Qayyim menerangkan bahawa jawaban Ibnu Abbas ini berkenaan dengan nyanyian orang Arab yang bebas dan bersih dari pujian-pujian dan penyebutan terhadap minuman keras atau hal-hal yang memabukkan, zina, homoseks, atau lesbian, juga tidak mengandung ungkapan mengenai bentuk dan rupa wanita yang bukan mahram dan bebas pula dari iringan muzik, baik yang sederhana sekalipun, seperti ketukan-ketukan ranting, tepukan tangan, dan sebagainya.

Dan tentunya jawaban beliau ini akan lebih keras dan tegas seandainya beliau melihat kenyataan yang ada sekarang ini.

Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid mengomentari jawaban ini dan menyatakan bahwa jawapan ini (jawapan Al Qasim dan Ibnu Abbas) adalah jawaban bijak dan sangat tepat. (Lihat Muntaqa Nafis halaman 306).

Ibnu Baththah Al Ukbari (ketika ditanya tentang mendengarkan nyanyian) berkata : “Saya melarangnya, saya beritahukan padanya bahawa mendengarkan nyanyian itu diingkari oleh ulama dan dianggap baik oleh orang-orang tolol. Yang melakukannya adalah orang-orang sufi yang dinamai para oleh muhaqqiq sebagai orang-orang Jabriyah. Mereka adalah orang-orang yang rendah kemahuannya, senang mengadakan bid’ah, menonjol-nonjolkan kezuhudan, … .” (Muntaqa Nafis halaman 308)

Asy Sya’bi mengatakan bahwa orang-orang yang bernyanyi dan yang (mengundang) penyanyi untuk dirinya pantas untuk dilaknat. (Dikeluarkan oleh Ibnu Abiddunya, lihat Kasyful Qina’ halaman 91 dan Muntaqa Nafis min Talbis Iblis halaman 306).

Fudhail bin ‘Iyadl mengatakan bahwa al ghina’ (nyanyian) adalah mantera zina. (Kasyful Qina’ halaman 90 dan Mawaridul Aman halaman 318).

Dalam kitab yang sama (halaman 318), disebutkan pula nasihat Yazid Ibnul Walid kepada pemuka-pemuka Bani Umayah : “Wahai Bani Umayah, hati-hatilah kamu terhadap al ghina’, sebab ia mengurangi rasa malu, menghancurkan kehormatan dan harga diri, dan menjadi pengganti bagi khamr, sehingga pelakunya akan berbuat sebagaimana orang yang mabuk khamr berbuat. Oleh karena itu, kalau kamu merasa tidak dapat tidak (mesti) bernyanyi juga, jauhilah perempuan, karena nyanyian itu mengajak kepada perzinaan.”

Adl Dlahhak menegaskan : “Nyanyian itu menyebabkan kerusakan bagi hati dan mendatangkan murka Allah.” (Muntaqa Nafis halaman 307).

Dalam kitab yang sama, Umar bin Abdul Aziz menulis surat kepada guru-guru anaknya : “Hendaklah yang pertama kau tanamkan dalam pendidikan akhlaknya adalah benci pada alat-alat muzik, karena awalnya (permainan musik itu) adalah dari syaitan dan kesudahannya adalah kemurkaan Ar Rahman Azza wa Jalla.”

Imam Abu Bakar Ath Thurthusi dalam khutbah (kata pengantar) kitabnya, Tahrimus Sima’, menyebutkan :

[ … oleh karena itu saya pun ingin menjelaskan yang haq dan mengungkap syubhat-syubhat yang bathil dengan hujjah dari Al Qur’an dan As Sunnah. Akan saya mulai dengan perkataan para ulama yang berhak mengeluarkan fatwa ke seluruh penjuru dunia agar orang-orang yang selama ini secara terang-terangan menampakkan kemaksiatan (bernyanyi dan bermain musik) sadar bahwa mereka telah teramat jauh menyimpang dari jalan kaum Mukminin. Allah ta’ala berfirman :

“Dan siapa yang menentang Rasul setelah jelas bagi mereka petunjuk serta mengikuti jalan yang bukan jalannya kaum Mukminin, Kami biarkan dia memilih apa yang diingini nafsunya dan Kami masukkan dia ke jahanam sedangkan jahanam itu adalah sejelek-jelek tempat kembali.” ( An Nisa’ : 115) ]

Selanjutnya beliau (Imam Ath Thurthusi) menyebutkan bahwa Imam Malik melarang adanya nyanyian dan mendengarkannya. Menurut Imam Malik, apabila seseorang membeli budak wanita dan ternyata ia penyanyi, hendaklah segera dikembalikan, sebab hal itu merupakan aib. Ketika beliau ditanya tentang adanya rukhshah (keringanan) yang dilakukan (sebagian) penduduk Madinah, beliau menjawab : “Yang melakukannya (bernyanyi dan bermain muzik) di kalangan kami adalah orang-orang fasik.”

Imam Abu Hanifah dan Ahli Bashrah maupun Kufah, seperti Sufyan Ats Tsauri, Hammad, Ibrahim An Nakha’i, Asy Sya’bi, dan lain-lain membenci al ghina’ dan menggolongkannya sebagai suatu dosa dan hal ini tidak diperselisihkan di kalangan mereka. Madzhab Imam Hanafi ini termasuk madzhab yang sangat keras dan pendapatnya paling tegas dalam perkara ini. Hal ini ditunjukkan pula oleh shahabat-shahabat beliau yang menyatakan haramnya mendengarkan alat-alat musik, walaupun hanya ketukan sepotong ranting. Mereka menyebutnya sebagai kemaksiatan, mendorong kepada kefasikan, dan ditolak persaksiannya.

Intisari perkataan mereka adalah : Sesungguhnya mendengar nyanyian dan muzik adalah kefasikan dan bersenang-senang menikmatinya adalah kekufuran. Inilah perkataan mereka meskipun dengan meriwayatkan hadits-hadits yang tidak tepat apabila dinisbatkan (disandarkan) kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam.

Mereka (ulama madzhab Hanafi) juga menyeru agar seseorang berusaha dengan sungguh-sungguh untuk tidak mendengarkan jika melewatinya atau jika bunyi muzik itu kebetulan berada di rumah tetangganya. Hal ini pernah dilakukan Abu Yusuf ketika mendengar ada yang bernyanyi dan bermain musik di sebuah rumah, beliau berkata : “Masuklah dan tidak perlu izin, karena mencegah kemungkaran adalah fardlu (wajib). Maka jika tidak boleh masuk tanpa izin, terhalanglah bagi manusia menegakkan kewajiban ini.”

Kemudian Imam Ath Thurthusi melanjutkan pula keterangannya bahwa Imam Syafi’i dalam kitab Al Qadla, Al Umm (6/214) menegaskan sesungguhnya al ghina’ adalah permainan yang dibenci dan menyerupai kebathilan bahkan merupakan sesuatu yang mengada-ada. Siapa yang terus-menerus (sering) bernyanyi maka ia adalah orang dungu dan ditolak persaksiannya.

Para shahabat Imam Syafi’i yang betul-betul memahami ucapan dan istinbath (pengambilan kesimpulan dari dalil), madzhab beliau dengan tegas menyatakan haramnya nyanyian dan musik dan mereka mengingkari orang-orang yang menyandarkan kepada beliau (Imam Syafi’i) mengenai penghalalannya. Di antara mereka adalah Qadly Abu Thayyib Ath Thabari, Syaikh Abi Ishaq, dan Ibnu Shabbagh. Demikian pernyataan Imam Ath Thurthusi rahimahullah. (Mawaridul Aman Muntaqa min Ighatsati Lahfan halaman 301).

Ibnul Qayyim menyebutkan bahwa Imam Ibnu Shalah dalam fatwanya menyatakan :

“Adapun yang perlu diketahui dalam permasalahan ini adalah bahwa sesungguhnya duf (rebana), alat musik tiup, dan nyanyian-nyanyian, jika terkumpul (dilakukan/dimainkan secara bersamaan) maka mendengarkannya haram, demikian pendapat para imam madzhab dan ulama-ulama Muslimin lainnya. Dan tidak ada keterangan yang dapat dipercaya dari seseorang yang ucapannya diikuti (jadi pegangan) dalam ijma’ maupun ikhtilaf bahwa ia (Imam Syafi’i) membolehkan keduanya (nyanyian dan muzik).

Adapun persaksian yang dapat diterima beritanya dari shahabat-shahabat beliau adalah dalam permasalahan ‘bagaimana hukum masing-masingnya bila berdiri sendiri, terompet sendiri, duff sendiri?’
Maka siapa saja yang tidak memiliki kemampuan mendapatkan keterangan rinci tentang hal ini dan tidak memperhatikannya dengan teliti, bisa jadi akan meyakini adanya perselisihan di kalangan ulama madzhab Syafi’i dalam mendengar seluruh alat-alat musik ini.
Hal ini adalah kekeliruan yang nyata dan oleh sebab itu, hendaknya ia mendatangkan dalil-dalil syar’i dan logis. Sebab tidaklah semua perselisihan itu melegakan dan bisa jadi pegangan. Maka siapa saja yang meneliti adanya perselisihan ulama dalam suatu persoalan dan mengambil keringanan (rukhshah) dari pendapat-pendapat mereka, berarti ia terjerumus dalam perbuatan zindiq atau bahkan hampir menjadi zindiq.” (Mawaridul Aman 303)

Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid Al Atsari hafidhahullah mengomentari pernyataan Ibnul Qayyim ini dengan menukil riwayat Al Khalal (dalam Al Amru bil Ma’ruf) dari Sulaiman At Taimy yang mengatakan : “Kalau kamu mengambil setiap keringanan (rukhshah) dari seorang alim atau kekeliruannya, berarti telah terkumpul pada dirimu seluruh kejahatan.” (Lihat Mawaridul Aman halaman 303)

Diriwayatkan dari Imam Syafi’i secara mutawatir bahwa beliau berkata : “Saya tinggalkan di Baghdad sesuatu yang diada-adakan oleh orang-orang zindiq, mereka menamakannya at taghbir dan menghalangi manusia --dengannya-- dari Al Qur’an.” (Juz’uttiba’ As Sunan Wajtinabil Bida’ oleh Dliya’ Al Maqdisi dalam Mawaridul Aman halaman 304)

Ditambahkan pula oleh Abu Manshur Al Azhari (seorang imam ahli lughah dan adab bermadzhab Syafi’i, wafat tahun 370 H) : “Mereka menamakan suara yang mereka perindah dengan syair-syair dalam berdzikrullah ini dengan taghbir, seakan-akan mereka bernyanyi ketika mengucapkannya dengan irama yang indah, kemudian mereka menari-nari lalu menamakannya mughbirah.” (Talbis Iblis halaman 230 dalam Kasyful Qina’ halaman 54)

Maka kalaulah seperti ini ucapan beliau terhadap at taghbir dengan ‘illahnya (alasan) karena menghalangi manusia dari Al Qur’an, --padahal at taghbir itu berisi syair-syair yang mendorong untuk zuhud (tidak butuh) terhadap dunia, para penyanyi mendendangkannya sementara hadirin mengetuk-ngetuk sesuatu atau dengan mendecakkan mulut sesuai irama lagu--, maka bagaimana pula ucapan beliau apabila mendengar nyanyian yang ada di jaman ini, at taghbir bagi beliau bagai buih di lautan dan meliputi berbagai kejelekan bahkan mencakup segala perkara yang diharamkan?!

Adapun madzhab Imam Ahmad sebagaimana dikatakan Abdullah, puteranya : “Saya bertanya pada ayahku tentang al ghina’ menumbuhkan kemunafikan dalam hati, ini tidaklah mengherankan aku.” (Lihat Mawaridul Aman 305).

Pada kesempatan lain, beliau berkata : “Saya membencinya. Nyanyian itu adalah bid’ah yang diada-adakan. Jangan bermajlis dengan mereka (penyanyi).” (Talbis Iblis halaman 228 dalam Kasyful Qina’ halaman 52).

Ibnul Jauzi menerangkan : “Sesungguhnya nyanyian itu mengeluarkan manusia dari sikap lurus dan merubah akalnya. Maksudnya, jika seseorang bernyanyi (bermain musik), berarti ia telah melakukan sesuatu yang membuktikan jeleknya kesehatan akalnya, misalnya menggoyang-goyangkan kepalanya, bertepuk tangan, menghentak-hentakkan kaki ke tanah.
Dan ini tidak berbeda dengan perbuatan orang-orang yang kurang akalnya, bahkan sangat jelas bahwa nyanyian mendorong sekali ke arah itu, bahkan perbuatannya itu seperti perbuatan pemabuk. Oleh sebab itu, pantas kalau larangan keras ditujukan terhadap nyanyian.” (Muntaqa Nafis 307)

Ibnul Qayyim pun menjelaskan dalam Mawaridul Aman halaman 320-322 : “Sesungguhnya ucapan Ibnu Mas’ud yang telah disebutkan tadi menunjukkan dalamnya pemahaman shahabat tentang keadaan hati, amalan-amalannya, sekaligus jelinya mereka terhadap penyakit hati dan obat-obatnya. Dan sungguh, mereka adalah suatu kaum yang merupakan doktor-doktor hati, mereka mengobati penyakit-penyakit hati dengan obat terbesar dan paling ampuh.”

Beliau melanjutkan : “Ketahuilah bahwa nyanyian bagaikan angin panas yang mempunyai pengaruh amat kuat dalam menebarkan bibit-bibit kemunafikan. Dan kemunafikan tersebut akan tumbuh dalam hati bagaikan tumbuhnya tanaman dengan air.”

Inti pernyataan ini adalah nyanyian itu melalaikan hati dan menghalanginya dari Al Qur’an dalam upaya pemahaman serta pengamalannya. Kerana sesungguhnya Al Qur’an dan al ghina’ tidak akan bersatu dalam sebuah hati, selamanya. Ya, karena keduanya memiliki berbagai perbedaan yang menyolok dan sangat bertolak belakang.
Al Qur’an mencegah kita untuk memperturutkan hawa nafsu, menganjurkan kita menjaga kehormatan dan harga diri sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya yang mulia, juga mengajak kita menjauhi dorongan-dorongan (syahwat) dan keinginan hawa nafsu serta berbagai sebab kesesatan lainnya. Al Qur’an juga melarang kita mengikuti dan meniru langkah-langkah syaithan. Sedangkan al ghina’ mengajak kita pada kebalikan dari yang diperintahkan dan dicegah oleh Al Qur’an.
Bahkan al ghina’ memperindah pandangan kita terhadap syahwat dan hawa nafsu, mempengaruhi yang tersembunyi sekalipun dan menggerakkannya kepada seluruh kejelekan serta mendorongnya untuk menuju kepada hal-hal yang (dianggap) menyenangkan.

Oleh karena itu, ketika kita melihat seorang yang memiliki kedudukan terhormat, kewibawaan, dan kecermelangan akal, serta keindahan iman dan keagungan Islam, dan manisnya Al Qur’an akan tetapi ia senang mendengarkan nyanyian dan cenderung kepadanya, berkuranglah akalnya dan rasa malu dalam dirinya pun mulai menipis, wibawanya lenyap, bahkan kecermelangan akalnya telah pula menjauhinya,.
Akibatnya syaitan bergembira menyambut keadaan ini. Imannya pun mengeluh dan mengadukannya kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan akhirnya Al Qur’an menjadi sesuatu yang berat baginya. Lalu ia (iman itu) berdoa kepada Rabbnya : “Ya Rabbku, jangan Kau kumpulkan aku dengan musuh-Mu dalam hati (dada) yang sama.”

Akhirnya, ia akan menganggap baik hal-hal yang dianggapnya jelek sebelum ia mendengarkan nyanyian dan membuka sendiri rahasia yang pernah dia sembunyikan. Setelah itu ia pun mulai berpindah dari keadaan dirinya yang semula penuh dengan kewibawaan dan ketenangan menjadi orang yang banyak bicara dan berdusta, menggoyang-goyangkan kepala, bahu, menghentakkan kakinya ke bumi, mengetuk-ngetuk kepala, melompat-lompat dan berputar-putar bagai keledai, bertepuk tangan seperti perempuan, bahkan kadang merintih bagai orang yang sangat berduka atau berteriak layaknya orang gila.

Sebagian orang-orang arif berkata : “Mendengar nyanyian mewariskan kemunafikan pada suatu kaum, dusta, kekafiran, dan kebodohan.”

Warisan yang paling besar pengaruhnya akibat nyanyian adalah rasa rindu (asyik) terhadap bayangan (gambaran khayal), menganggap baik segala kekejian, dan apabila ini terus berlanjut, akan menyebabkan Al Qur’an menjadi berat di hati, bahkan menimbulkan rasa benci apabila mendengarnya secara khusus.

Oleh sebab itu, jika hal yang seperti ini bukan kemunafikan, apalagi yang dikatakan hakikat kemunafikan itu? Demikian keterangan Ibnul Qayyim rahimahullah.

Adapun rahasia penting tentang hakikat kemunafikan adalah perbedaan atau perselisihan yang nyata antara lahir dan bathin. (Mawaridul Aman halaman 322).

Penyanyi maupun yang mendengarkannya berada di antara dua kemungkinan. Bisa jadi dia akan membuka kedoknya berbuat terang-terangan sehingga jadilah ia orang yang durhaka. Atau di samping bernyanyi, ia juga menampakkan ibadahnya, akibatnya jadilah ia seorang yang munafik.

Dalam hal terakhir ini, ia menampakkan rasa cintanya kepada Allah dan kampung akhirat, sementara hatinya mendidih oleh gelegak syahwat, kecintaan terhadap perkara yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, yaitu suara alat-alat musik dan permainan-permainan lainnya, serta hal-hal yang diserukan oleh nyanyian. Hatinya pun penuh dengan kejelekan itu dan kosong atau sepi dari rasa cinta terhadap apa yang dicintai Allah dan Rasul-nya. Inilah intinya nifak.

Juga seperti yang telah kita sepakati bahwa iman adalah keyakinan, perkataan, dan perbuatan. Tentunya perkataan dan perbuatan yang haq (taat).
Padahal iman itu hanya tumbuh di atas dzikrullah dan tilawatil Qur’an, sedangkan nifak sebaliknya. Ia merupakan perkataan yang bathil dan amalan-amalan sesat dan tumbuh di atas al ghina’.

Salah satu ciri kemunafikan adalah kurangnya zikrullah, malas dan enggan menegakkan shalat, kalaupun shalat mematuk-matuk seperti burung makan jagung, sangat sedikitnya zikirnya kepada Allah. Perhatikan firman Allah mengenai orang-orang munafik ini :

“Jika mereka menegakkan shalat mereka menegakkannya dalam keadaan malas, mereka ingin pujian dan perhatian manusia dan tidak mengingat Allah kecuali sedikit.” (QS. An Nisa’ : 142).

Ibnul Qayyim meneruskan : “Seandainya mereka yang memiliki bashirah memperhatikan dan membandingkan keadaan orang-orang yang bergelut dengan nyanyian dan mereka yang senantiasa menyibukkan diri dengan zikrullah, nyatalah baginya betapa dalamnya pengetahuan dan pemahaman para shahabat terhadap hati dan penyakit-penyakit serta pengubatannya.” (Demikian penjelasan Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Mawaridul Aman 322-323).

" Dan berilah peringatan kepada mereka yang berpaling dari perintah Allah bahawa akan menimpa mereka dari fitnah atau azab yang pedih" (Surah An-Nur : 63).