Saturday, November 24, 2012

Jika bermimpi sesuatu yang buruk

Nabi SAW bersabda : 'فإذا حَلَمَ أحدكم حُلُماً يخافه فليبصق عن يساره ، وليتعوذ بالله من شرها فإنها لا تضره '

Jika salah seorang daripada kamu bermimpi sesuatu yg menyebabkan dia menjadi takut maka hendaklah dia meludah ke kirinya sambil meminta perlindungan Allah daripada keburukannya maka nescaya hal itu tidak akan memudharatkannya lagi. [riwayat al-bukhari] 

Kaedahnya secara terperinci dijelaskan dlm hadith lain

'فليبصق عن يساره ثلاثا ، وليستعذ بالله من الشيطان ثلاثاً ، وليتحول عن جنبه الذي كان عليه'

Hendaklah dia meludah 3 kali ke kirinya, memohon perlindungan Allah daripada syaitan sebanyak 3 kali, dan beralih dari tempat tidur yg sebelumnya. [riwayat Muslim]

Kemudian jika mimpi itu sungguh memberi kesan maka pesan baginda
'فليقم فليصل ولا يحدث بها الناس'
Hendaklah dia bangun dan menunaikan solat serta tidak memberitahu sesiapa tentang mimpi buruknya itu. [riwayat Muslim]

Semoga Allah memelihara kita !

Tabarruj bukan sekadar menutup aurat

Para ulama' bahasa arab dan juga fuqaha menyebutkan bahawa Tabarruj bermaksud menzahirkan perhiasan dan kecantikan bagi wanita kepada lelaki bukan mahram.

Firman Allah SWT 'وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْاُولَى' Dan janganlah kamu berhias dengan cara berhias orang jahiliyyah yang terdahulu [Al-Ahzab:33]

Kata mufassir, ulama hadith dan sebagainya bahawa tabarruj ialah berhias-hias mencantikan diri.


Hal ini turut disebut dengan jelas oleh Imam al-Bukhari di dalam sahihnya, ' التبرج أن تخرج المرأة محاسنها' Tabarruj ialah perbuatan menzahirkan kecantikan yg dimiliki oleh seorang perempuan.


التبرج في اللغة: هو إبداء المرأة زينتها وإظهار وجهها ومحاسن جسدها للرجال تستدعي به شهوتهم، وقيل: تبرجت المرأة، أي تشبهت به في إظهار المحاسن وقيل التبرج: التكشف والظهور للعيون ومنه بروج مشيده وبروج السماء والأسوار أي لا حائل دونها يسترها.

وفي الشرع: هو كل زينة أو تجمل تقصد المرأة بإظهاره أن تحلو في أعين الأجانب حتى القناع الذي تستتر به المرأة إن انتخب من الألوان البراقة، والشكل الجذاب لكي تلذ به أعين الناظرين فهو من مظاهر تبرج الجاهلية الأولى.


Bagi mereka yg mempelajari hadith dan fiqh serta tafsir dengan baik, akan mengerti bahawa tabarruj bermaksud menzahirkan perhiasan (Lihat ayat An-Nur 60) dan ianya berbeza dengan menutup aurat, menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan (gelang kaki) yang dipakainya, hukum menundukkan pandangan, tidak melunakkan suara, berkhalwat, memakai minyak wangi dan seumpamannya yang berkaitan tetapi berbeza.

Maksudnya seseorang wanita itu boleh menutup aurat sempurna tetapi berdosa kerana memakai minyak wangi, dan beliau boleh menutup aurat sempurna, tidak memakai minyak wangi tetapi melakukan kesalahan melunakkan suara, begitu juga ada wanita yang menutup aurat dengan baik tetapi bertabarruj (menampilkan kecantikan) dan ianya juga merupakan kesalahan seperti perbuatan2 yang disebutkan tadi. 

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah.” (Al-Ahzab: 33)

Dan sabda nabiNya
مَثَلُ الرَّافِلَةِ في الزِّينَةِ في غَيْرِ أهْلِهَا ، كَمَثَلِ ظُلْمَةٍ يَوْمَ القِيَامَةِ لاَ نُورَ لهَا
Perumpamaan wanita yang berhias diri di hadapan lelaki yang bukan suami (ahli keluarganya) maka dia seperti kegelapan pada hari kiamat tiada cahaya baginya [riwayat Tirmidzi]

Perempuan yang suka berhias memakai labuci, manik2, gincu, kasut tinggi dihadapan lelaki ajnabi sehingga berjalan terpaksa berjungkit punggung, adalah wanita munafiqah bak kata nabi SAW
'وَشَرُّ نِسَائِكُمُ المُتَبَرِّجَاتُ المُتَخَيِّلاَتُ وَهُنَّ المُنَافِقَاتُ ، لاَ يَدْخُلْنَ الجَنَّةَ إلاَّ مِثْلَ الغُرَابِ الأعْصَمِ
{Seburuk2 wanita kamu ialah perempuan bersolek lagi suka berbangga, mereka itu adalah perempuan munafiq, tidak akan masuk syurga kecuali seperti burung gagak berkaki merah (jaranglah dpt masuk syurga). [riwayat Baihaqi disahihkan oleh Syeikh Albani]

Inilah pendapat paling moderat, paling sederhana, rojih dan menepati fiqh al-kitab dan as-sunnah serta jauh dari hawa nafsu muslimah dan demi mencari populariti manusia !

Salah faham hadith Fatimah RA tolak poligami


Ada ustazah/ustaz yg keliru atau sengaja mengelirukan org awam dengan kenyataan bahawa sedangkan Fatimah anak Nabi SAW pun menolak poligami inikan pula kita (wanita biasa). Hal ini ialah suatu celaan/tuduhan buruk terhadap Nabi SAW sebagai pilih kasih, serta tuduhan terhadap peribadi wanita mulia Fatimah RA. Sedangkan baginda SAW menyebut jelas : 


لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها


'Kalaulah Fatimah binti Muhammad itu mencuri nescaya aku potong tangannya'.[riwayat al-Bukhari] 

Sebagai bukti tiada beza antara anak baginda Salallahualaihiwassalam dan umat Islam dalam hukum syarak.

Adapun hadith tentang Ali RA ingin berpoligami dan ditolak oleh Fatimah ialah kerana calon madunya ialah anak Abu Jahal (anak musuh Allah) dan Fatimah mengadu hal tersebut kepada baginda SAW dan baginda menyokong hujah anaknya. Hal ini jelas disebut dlm hadith dengan kata baginda SAW 'وإني لست أحرم حلالا ولا أحل حراما ولكن والله لا يجمع ابنة رسول الله وابنة عدو الله مكان واحد أبدا ' Dan Aku tidaklah mengharamkan apa yg halal (poligami) dan tidaklah pula menghalalkan apa yg haram, tetapi Demi Allah, tidak akan berkumpul anak perempuan Rasul Allah dengan anak perempuan musuh Allah di suatu tempat yg sama selama-lamanya. [riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmidzi, Nasaie, Ibn Majah]

Kata fuqaha dan ramai ahli hadith bahawa larangan ini semata2 kerana hasrat Ali untuk mengumpulkan Fatimah dan Anak Abu Jahal bersama-sama dan juga kerana faktor calon orang yang hendak dikahwini itu. Fatimah membesar bersama ayahnya menyaksikan bagaimana keluarga Abu Jahal menyakiti bapanya dan takala abu Jahal meletakkan najis/perut unta di atas tengkuk nabi SAW ketika solat di Ka'abah maka Fatimah-lah orgnya yg datang membersihkan najis2 itu. Hadith ini sama dengan hadith Wahsyi pembunuh Hamzah RA yang datang menghadap baginda lalu apabila melihat Wahsyi maka baginda berasa sedih dan tidak dapat memandang wajahnya.

قدمت على رسول الله صلى الله عليه وسلم فلما رآني قال آنت وحشي قلت نعم قال أنت قتلت حمزة قلت قد كان من الأمر ما بلغك قال فهل تستطيع أن تغيب وجهك عني قال فخرجت
{Kisah Wahsyi RA yang menghadap Rasulullah dan baginda berpaling lalu menyuruh Wahsyi beredar daripada pandangan baginda kerana merasa sedih melihat beliau} Riwayat Al-Bukhari.

Perbuatan Ali RA mahu menikahi anak musuh Allah itulah yang menyakiti Fatimah bukannya soal poligami. Buruklah org yg mengadakan tafsiran dusta terhadap peribadi-peribadi mulia para sahabat dan nabi SAW dengan menyamakan mereka dengan kita. Kenapa tidak diikut contoh Fatimah RA yang tidak boleh memiliki orang gaji/pembantu rumah? Kenapa tidak diikut contoh Fatimah RA yang berkhidmat kepada suaminya siang dan malam ? Kenapa hanya mencari hal yang negatif untuk dijadikan hujah dan diikut ?

Firman Allah SWT :"Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah."[Ali-Imran: 7]

Keburukkan niat membawa kepada keburukkan amal !

Tuesday, October 30, 2012

Nabi SAW melayani isteri-isteri baginda di waktu malam


Ibu orang yang beriman, Aisyah ra meriwayatkan :

حَدَّثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ نِسَاءَهُ حَدِيثًا ، فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ : يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا حَدِيثُ خُرَافَةَ . قَالَ : " أَتَدْرِينَ مَا خُرَافَةُ ؟ كَانَ رَجُلا مِنْ عَاذِرَةَ أَسَرَتْهُ الْجِنُّ فَمَكَثَ فِيهِمْ دَهْرًا ، ثُمَّ رَدُّوهُ إِلَى الإِنْسِ ، فَكَانَ يُحَدِّثُ النَّاسَ بِمَا رَأَى فِيهِمْ مِنَ الأَعَاجِيبِ ، فَقَالَ النَّاسُ : حَدِيثُ خُرَافَةَ  

Pada suatu malam, ketika Rasullah salallahualaihiwassalam bercerita kepada isteri-isteri baginda tentang suatu kisah maka mereka semua pun berteriak dengan kagum dan salah seorang dari mereka itu pun berkata,:  "Cerita itu hanyalah cerita khurafat". Maka baginda pun bertanya, : "Tahukah kalian apakah itu khurafat ? Sesungguhnya ada seorang lelaki dari suku A'zirah (satu suku di Yaman) yang ditawan oleh bangsa jin sehingga dia tinggal bersama mereka dalam waktu yang lama. Kemudian para jin itu mengembalikannya ke dunia manusia sehingga dia menceritakan kepada orang-orang tentang keanehan-keanehan yang telah dilihat olehnya di dalam di dunia jin. Maka orang-orang kemudiannya pun mula berkata,: "Itu ialah cerita Khurafat". [riwayat Ahmad dan Tirmidzi]


1.Hadith ini menjelaskan tentang baginda rasulullah salallahualaihiwassalam melayani isteri-isteri baginda dengan bercerita kepadamereka di waktu malam bagi melayani dan menghiburkan mereka. Adalah patut menjadi contoh kepada kaum lelaki di kalangan muslimin untuk menghiburkan para isteri dengan bercerita kepada mereka dan mengajar mereka perkara-perkara tentang kejadian yang berlaku di dunia sebagai ganti kepada televisyen yang penuh dengan cerita-cerita buruk.

2. Isteri-isteri rasulullah salallahualaihiwassalam biasa berkumpul beramai-ramai bersama nabi di waktu malam atau selepas insyak kerana rumah masing-masing berdekatan dan mereka selalu merasa senang berhampiran dengan suami mereka. Poligami di tanah Melayu kebanyakkannya penuh dengan sangkaan buruk dan persepsi negatif serta dilakukan dengan cara yang jahil dan gagal mengikuti sunnah nabi salallahualaihiwassalam.

Friday, October 19, 2012

Menjauhkan diri daripada orang yang melakukan 5 perkara !

Kita boleh mengambil manfaat dan duduk berkawan dengan sesiapa pun sehinggalah dia melakukan 5 perkara iaitu :

1. Pertama, mempermainkan/menghina agama sebagaimana perintah Allah ( فَلا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ ) Janganlah kamu duduk dengan mereka [An-Nisa:140]

2. Kedua ialah orang yang menipu, kerana dibimbangi kita akan turut terpengaruh den
gan penipuannya sehingga menyebabkan berlakunya perkara yang tak diingini. Lagipun nabi SAW telah bersabda ( كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع) Cukuplah seseorang itu dianggap sebagai berdusta jika dia menyampaikan semua yang dia dengar [riwayat Muslim] Dibimbangi dengan mendengar cerita-cerita dari orang yang suka menipu sedikit sebanyak maka kita akan turut terpengaruh atau menyampaikannya kepada orang lain sesuatu yang tidak benar dan boleh membawa musibah kepada agama.

3. Ketiga, apabila ada orang yang mengumpat tentang orang lain maka hendaklah kita meninggalkan majlis tersebut kerana keberkatannya sudah hilang. Ini kerana orang yang mengumpat itu sentiasa dilaknat oleh Allah SWT seperti firmanNya, "Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela." [Al-Humazah:1] Hendaklah kita menjauhkan diri daripada bergaul atau bersama dengan orang-orang yang suka mengumpat dan mencela.

4. Keempat, apabila wujud perdebatan atau pertengkaran dikalangan orang yang jahil. Sebagaimana firman Allah SWT : "Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil." [Al-Qasos :55]

5. Kelima ialah apabila ada orang mengajar tentang sesuatu yang menyelisihi sunnah. Berkata Fudhail bin Iyad ra, ' لا تجلس مع صاحب بدعة ؛ فإني أخاف أن تنزل عليك اللعنة 'Jangan duduk dengan pembuat bid'ah kerana aku khuatir kamu akan ditimpa laknat. [Kitab al-Shari’ah oleh al-Aajirri]

Thursday, October 11, 2012

50 Soal Jawab Ringkas Berkenaan Tauhid

Makluman, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan naskah 50 Soal Jawab Ringkas Berkenaan Tauhid, sila hubungi Cik Nurzehan 03-42604213/016-2381559. Harganya RM 10, tetapi jika memerlukan bahan ini untuk urusan dakwah maka ianya boleh diberi percuma dengan syarat kos kiriman ditanggung sendiri. Maklumat lanjut sila hubungi nombor yang tertera.

Kafir kerana perbuatan dosa di sisi ASWJ

Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah golongan yang berpegang kepada al-Quran dan As-sunnah tetapi perlu diingat bahawa al-Quran dan as-sunnah itu sendiri memberi banyak tafsiran dan pendapat yang perlu diperhatikan antara yang diterima dan ditolak. Justeru itu, ahli sunnah wal jamaah itu sendiri ialah kumpulan yang di dalamnya ada orang-orang yang berselisih pendapat seperti kumpulan yang menyokong sahabat nabi Khalifah Ali ra dan kumpulan yang menyokong sahabat nabi Muawiyah ra serta mereka yang tidak terlibat dengan kedua-duanya. Mereka semua ialah ahli sunnah cuma berbeza dalam memahami kitab Allah dan sunnah rasulullah serta berbeza pada mengamalkannya dalam situasi semasa. 

Salah satu daripada kaedah yang didakwa sebagai pokok pegangan ahli sunnah wal jamaah ialah tidak mengkafirkan orang yang berbuat dosa. Tetapi benarkah kaedah ini dan apakah ianya disepakati sebagai kaedah disisi ahli sunnah ? Al-jawab kaedah ini diterima sebagai satu pegangan umum bahawa seseorang itu tidak dikafirkan kerana dosa-dosa maksiat seperti mencuri, berzina dan melakukan maksiat kepada Allah. Tetapi masih ada dosa yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kafir.

Contohnya hadith nabi salallahualaihiwassalam yang menyebut : ( أن رجلا قال: يا رسول الله أيُّ الذنب أعظم؟ قال: أنْ تجعلَ للهِ نداً وهو خلقك)
 Ada seorang lelaki datang kepada rasulullah salallahualaihiwassalam dan bertanya, : Wahai rasulullah, dosa apakah yang paling besar ? Lalu dijawab oleh baginda : Kamu mengadakan sekutu bagi Allah sedangkan Dia telah menciptakan kamu. [riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Hadith di atas jelas-jelas menyebut bahawa syirik itu termasuk dosa dan menjadi salah satu dosa yang besar maka apakah seseorang itu tidak dikafirkan kerana perbuatan syirik ?

Jadi kaedah bahawa seseorang itu tidak dikafirkan kerana perbuatan dosa tidak selalunya tepat. Ianya kaedah yang diterima tetapi pemahamannya perlu jelas bahawa bukan bermakna seseorang itu boleh berbuat dosa secara senang hati dan juga melakukan syirik kerana syirik termasuk dosa yang membuatkan seseorang itu menjadi kafir !

Ramai orang hari ini menggunakan kaedah-kaedah ahli sunnah secara bermudah-mudahan tanpa mengetahui akan maksud dan syarahannya. Lebih malang mereka menerapkan maksud-maksud yang menyalahi nash-nash serta mendakwanya sebagai ijmak (kesepakatan) para ulama sedangkan ianya adalah suatu yang sukar dicapai atau terjadi melainkan oleh urusan yang qat'ie (putus) kerana itu al-Imam Ahmad ra menyebut : (من ادّعى الإجماع فهو كذّاب، ما يُدريه لعلَّ النّاس قد اختلفوا ولم ينته إليه) Barangsiapa yang mengaku dengan sesuatu ijmak maka dia adalah pendusta. Boleh jadi para manusia (ulama) itu berselisih namun tidak sampai kepadanya (pengetahuannya). [Al-Ihkam fi usul al-Ahkam, Ibn. Hazm]

WA.