Diriwayatkan bahawa Imam Bilal bin Saad rahimahullah (meninggal pada 120 Hijrah) pernah menyebut;
ثلاث لا يقبل معهن عمل , الشرك والكفر والرأي ، قيل وما الرأي. قال : يترك كتاب الله وسنة رسوله ويعمل برأيه
“Tiga hal yang menyebabkan amalan tidak akan diterima apabila disertai olehnya, iaitu; syirik, kufur, dan al-ra’yu.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksudkan dengan al-ra’yu.”
Beliau menjawab ; 'Ia adalah perbuatan meninggalkan Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya dan beramal dengan pendapatnya sendiri.'
[Hilyah Al-Awliya', Abu Nuaym]
# Beliau ialah salah seorang tabien besar yang belajar daripada Abu Darda RA, Ibn Umar RA, Jabir RA dan Muawiyah RA.
1 comment:
Salam.
Ustaz maaf ganggu, nak tanya berkenaan solat.
Adakah berbez cara pelaksanaan solat antara lelaki dan wanita seperti mana di ajar sewaktu bersekolah dahulu. Kerana, saya ada terbaca di beberapa laman web bahawa Nabi tidak pernah mengatakan solat lelaki dan wanita adalah berbeza.
mohon pencerahan ustaz. tq.
Post a Comment