"Ustaz, orang perempuan kalau masuk syurga nanti dia akan dapat apa?"
Pemikiran ini kerana mereka selalu mendengar bahawa jika kaum lelaki
masuk ke dalam syurga maka lelaki akan mendapat bidadari, justeru apakah
yang tersimpan di dalam syurga buat mereka?
Aljawab;
1.
Sesungguhnya dapat masuk ke dalam syurga itu pun sudah merupakan satu
nikmat yang paling besar. Ini kerana disebutkan di dalam hadith Imran
bin Hussain RA bahawa Nabi salallahualaihiwasallam bersabda;
اطَّلَعْتُ فِي الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ
وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاء
'Aku diperlihatkan ke dalam syurga dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum fakir. Kemudian diperlihatkan kepada aku akan neraka. Lalu aku melihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita.' [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
'Aku diperlihatkan ke dalam syurga dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum fakir. Kemudian diperlihatkan kepada aku akan neraka. Lalu aku melihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita.' [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Terselamat daripada azab api neraka itu adalah merupakan sebuah kejayaan yang besar.
2. Di dalam syurga, seseorang itu akan mendapat semua yang dia ingini.
Sudah tentu setiap apa yang dihajatkan itu akan diperolehi namun
hanyalah ahli syurga yang layak berhajat itu dan ini.
Allah SWT berfirman ;
لَهُمْ فِيهَا مَا يَشَاءُونَ خَالِدِينَ كَانَ عَلَى رَبِّكَ وَعْدًا مَسْئُولا
"Bagi mereka di dalam syurga itu apa yang mereka kehendaki, sedang mereka kekal (di dalamnya) itu (hal itu) adalah janji dari Tuhanmu yang patut dimohonkan (kepada-Nya)” [al-Furqan: 16]
"Bagi mereka di dalam syurga itu apa yang mereka kehendaki, sedang mereka kekal (di dalamnya) itu (hal itu) adalah janji dari Tuhanmu yang patut dimohonkan (kepada-Nya)” [al-Furqan: 16]
لَهُمْ مَا يَشَاءُونَ فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ
"Mereka di dalamnya memperolehi apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya.” [Qaaf : 35]
"Mereka di dalamnya memperolehi apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya.” [Qaaf : 35]
Memandangkan kita pun belum tentu masuk ke syurga, belum mengetahui
apakah pengakhiran kita di neraka atau di syurga maka sudah selayaknya
untuk kita sedar diri dan tidak patut berniat atau berhajat yang
bukan-bukan.
Tunggu dulu masuk ke syurga. Nanti barulah minta macam-macam....
3. Lelaki dan wanita itu tidak sama, kehendak dan fitrah mereka adalah
berbeza. Umum mengetahui bahawa lelaki lebih berhajat kepada hubungan
seks sementara kaum perempuan lebih berhajat kepada hubungan cinta.
Allah SWT berfirman ;
فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَىٰ
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَىٰ
“Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. [Ali-Imran : 36]
“Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. [Ali-Imran : 36]
Seorang
perempuan jika dia dicintai oleh ramai lelaki, maka dia akan pening
kepala bahkan dia tidak mungkin dapat bahagia. Sementara seorang lelaki
pula dia tidak peduli berapa ramai gadis yang mencintainya asalkan dia
dapat melakukan hubungan seksual dengan mereka seramai yang boleh.
Peduli apa lelaki kalau ramai gadis suka kepadanya, lagi dia
suka....
Cuba kalau orang perempuan jadi begitu maka sudah tentu akan
resah dan sedih, kasihan lelaki itu, kasihan lelaki ini, lalu dia pun
akan mesej kepada sang Ustaz bertanya; "Ustaz, saya keliru dan tidak
tahu hendak memilih siapa ? Lelaki A atau B, atau C ? Semuanya baik
dengan saya dan saya tidak sampai hati serta tidak tahu hendak pilih
siapa.
Allah SWT tidak sebut secara terperinci tentang bidadara
atau lelaki kacak yang menanti mereka di syurga kerana bukan begitu jiwa
wanita. Allah SWT tidak menyebut tentang sifat-sifat bidadara, berdada
bidang, berbulu dada, lengannya kekar, misainya berkilat dan badannya
berketul-ketul kerana hal itu akan mengotorkan jiwa wanita yang
dijadikan suci oleh Allah untuk melayani suami-suami mereka.
Wanita muslimah atau ahli syurga bukan pelacur atau jalang, mereka
adalah wanita yang bermaruah, suci dan berfikiran indah. Mereka ingin
bergembira dengan fitrah yang dijadikan Allah.
4. Jika ada
muslimat yang sejak di dunia lagi sudah mula membayangkan mahu ditiduri
2-3 lelaki serentak, berangan-angan mahu mendapat bidadara atau jejaka
syurga dengan fikiran-fikiran yang bukan-bukan sehingga perlu mandi
wajib maka itu sudah salah dan menyeleweng. Boleh jadi Imannya
bermasalah dan sukar untuknya menuju ke syurga.
Berbeza dengan
lelaki, fitrah mereka sememangnya condong kepada wanita, baik daripada
Nabi sehingga kepada lelaki biasa. Bahkan nikah bagi lelaki itu ibadah,
jimak dengan isteri itu menjadi pahala kerana orang lelaki nafsunya jika
dipuaskan dengan cara yang halal adalah satu kebaikan sedang bagi
wanita jika terlalu suka jimak itu bermasalah.
Kerana malu itu kebaikan dan perhiasan mereka, semakin tinggi malu semakin mulia dan semakin bernilai Iman dan pahala.
WA
1 comment:
Assalamualaikum ustaz,
Saya ingin bertanya tentang poligami (lari topik sikit).
Saya baru saja merelakan suami saya untuk mengambil isteri baru demi perniagaan. Wanita itu mualaf.
Walaupun saya merelakan (bahkan saya yg 'meminang'), kadang kala hati masih sedih. sekejap sekejap tukar fikiran. Mungkin iman belum cukup kuat. Saya nak minta nasihat daripada ustaz, untuk saya lebih kuat menerima dan tak fikir yang bukan2.
Tolong nasihati saya.
Post a Comment