Agak menghairankan apabila ramai orang yang
bersorak di atas kekalahan PAS di Pengkalan Kubor, Kelantan ialah
orang-orang daripada parti pembangkang (PR) sendiri seperti PKR, DAP dan
sebahagian daripada ahli PAS.
Nasihat saya cuma tiga perkara;
1. Jika bagi PAS (ahli dan pimpinannya) bahawa politik cuma sekadar
wasilah, demokrasi dan pilihanraya adalah sebagai jalan yang diambil
untuk melaksanakan fardhu kifayah maka PAS tidak perlu bimbang akan
kekalahan, sebaliknya lebih memikirkan tentang tindakan politik yang
diambil dalam mengatur langkah, apakah ianya menepati syarak dan
diredhai ALLAH?
Ibarat kata Imam Al-Bukhari rahimahullah kala difitnah;
لا أبالي إذا سلم ديني
Aku tak peduli (apa yang dikatakan padaku) asalkan agamaku selamat [Siyar A'lam al-Nubala, Adz-Zahabi]
2. Namun sekiranya PAS terlibat dengan politik yang kotor seperti mengumpat, mencela peribadi sesama Muslim, menyalah-gunakan ayat Allah dan agama untuk tujuan politik seperti memesongkan al-Quran dan sunnah dengan tafsiran-tafsiran yang salah, kegagalan merancang dan bertindak secara bijaksana dari sudut politik dan keduniaan, kelemahan pengurusan kerajaan negeri dan gagal menunaikan amanah yang diberi selama ini, maka sesungguhnya kekalahan ini adalah sesuatu yang wajar dan patut dijadikan pengajaran.
3. Kebenaran sesebuah perjuangan dan kemenangan yang sebenar bagi sesuatu gerakan politik tidak bergantung kepada jumlah undi yang diperolehi dalam pilihanraya kecil atau pilihanraya umum. Hanya mereka yang berjiwa sempit dan berakal pendek akan berfikir begitu.
Kemenangan yang sebenar ialah apabila parti politik atau sesuatu gerakan itu berjaya berdiri teguh di atas prinsip-prinsip dan nilai-nilai mulia yang menjadi slogan perjuangan mereka serta berhasil mendidik masyarakat dan generasi baru menurut acuan mereka.
PAS akan menang jika berdiri teguh di atas kejujuran, integriti, amanah, cekap dan cemerlang dalam menyumbang kepada masyarakat, komited melaksanakan keadilan dan kebajikan, istiqamah di atas prinsip-prinsip Islam dan akhlak sehingga menjadi contoh teladan kepada seluruh dunia dan sejarah akan datang sekalipun berkali-kali gagal dalam pilihanraya. Ianya akan tercatat dalam sejarah dan jiwa anak-anak muda serta generasi baru sebagai obor dan panduan.
Jika parti lain memenangi pilihanraya, membentuk kerajaan dan menguasai negara selama 5 tahun atau 50 tahun, PAS akan menguasai negara tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang selama ratusan tahun, dicatat dalam sejarah dalam dan luar sebagai teladan dan ikutan manusia yang dikaji dan diteladani.
Itu baru dunia belum lagi ganjaran di akhirat.
Allah SWT berfirman;
وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ
"Dan Katakanlah: "Beramallah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat perbuatan kamu itu." [At-Taubat:105]

No comments:
Post a Comment