Orang dahulu kalau berbeza umur setahun pun dipanggil abang dan kakak sebagai tanda hormat menghormati. Duduk atas bantal pun tidak boleh sebab tidak sopan kerana ia tempat letak kepala. Hari ini orang sudah kurang peduli soal adab dan kesopanan. Salah satu puncanya kerana generasi Internet hari ini membesar dalam keadaan berkomunikasi tanpa faktor berikut :
1. Melihat dengan siapa dia berkomunikasi
2. Body language atau bahasa badan
3. Tidak diajarkan nilai dan ilmu tentang adab
Jadi mereka hanya nampak mesej dan komunikasi tersebut tetapi tidak memandang lebih daripada itu.
Contohnya :
Seorang anak muda lahir tahun 90 an, terjumpa/terbaca status Fb seorang lelaki bernama Ramli bin Abu :
' Orang lelaki yang memakai seluar ketat perlulah melabuhkan baju agar menutupi bahagian kemaluan depan dan belakang supaya tidak nampak kembung dibahagian zip depan seluar dan saiz punggung kerana itu juga aurat.'
Lalu anak muda ini tak setuju dengan status ini. Tak puas hati maka dia pun menulis dan menaip komen menyanggah. Kritik, tegur, hentam, kutuk, dan lain-lain mengikut karekter peribadinya.
-Budak baik dan Islamik sikit tegur dengan bagi hujah
-Budak tak Islamik kritik tak setuju
-Budak nakal hentam atau kutuk
Namun isunya ialah semua mereka ini hanya nampak >>>Mesej yang mereka tak setuju itu <<<<
Apa yang mereka terlepas pandang, tak terfikir dan tak pernah terlintas di kepala otak berjambul mereka itu ialah hal seperti berikut :
1. Siapa Ramli bin Abu ?
2. Kenapa dia cakap atau tulis macam itu?
3. Masa dia menulis itu situasi dia macam mana?
4. Patutkah aku komen atau aku ni siapa nak komen dia ?
---------------------
1. Rupa-rupanya Ramli bin Abu ialah seorang bapa yang ada 10 orang anak dan sudah berusia 64 tahun, lahir pada tahun 1949. Beliau juga seorang pensyarah universiti dan pernah menjadi guru sekolah.
Budak yang komen tak setuju di FB Ramli ini ada bapa dan bapanya pun dulu pernah belajar dengan Cikgu Ramli bin Abu masa zaman mudanya.
2. Ramli bin Abu menegur di Fbnya kerana melihat cucu-cucunya pakai seluar ketat nampak terbonjol dibahagian zakar dan menampakkan bentuk punggung dan ikut kata ustaz dia zaman mengaji di pondok dulu ialah aurat lelaki antara pusat dan lutut serta menampakkan bentuk badan itu tak sah aurat.
3. Masa Ramli bin Abu menulis itu maka dia menulis dengan sedih dan sayang kepada cucu-cucunya. Air mata dia tumpah atas keyboard atau skrin handphone beliau.
4. Patutkah anak-anak muda lahir tahun 90 an, yang kenal pun tidak Ramli bin Abu menyatakan tak setuju mereka, menyakitkan hati orang tua ini, kutuk dia, kritik dia, membawakan hujah-hujah ustaz-ustaz yang kata boleh bla2....sekadar nak memenuhi hobi, masa lapang atau rasa nafsu muda mereka ??
-----------------
Selepas baca tazkirah ini, anak muda yang biadap masih akan cuba mempertahankan kebiadapannya dengan berkata,
لاتنظر الى من قال ولكن انظر الى ماقال
'Lihatlah pada apa yang dikatakan bukan pada siapa yang mengatakannya.'
Aljawab, Allah suruh lihat pada siapa orangnya yang kita nak cakap :
1. Allah melarang meninggikan suara pada Nabi dalam ayat 2-3 surah al-hujurat.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ
Maknanya bercakap dengan Nabi tidaklah sama macam bercakap dengan orang lain.
2. Allah melarang kata uh, pada ibubapa dan suruh bercakap dengan perkataan yang halus pada mereka.
3. Allah suruh Nabi Musa berbicara dengan Firaun dengan perkataan yang terang dan lembut.
4. Allah suruh berhujah dengan ahli kitab dengan baik dan memujuk
5. Manakala orang munafiq dan jahil Allah suruh berpaling tak payah cakap
Dan lain-lain cukup banyak lagi hadith dan sunnah yang turut mnekankan konsep mempertimbangkan dengan siapa orang yang kita berkomunikasi.
Pendek kata, orang tak beradap tiada bahagian dalam agama ini !
3 comments:
benar apa yang diulas oleh ustaz,
zaman sekarang terlalu cepat anak muda mengambil ilmu dan membuat tafsiran sendiri.
dan kerana Allah, bersabarlah.
[al-muddathir:7]
Assalamualaikum Ustaz Emran...
Saya Faisal...
Sewaktu saya bersekolah rendah, konsep menanamkan keyakinan diri itu dipupuk oleh guru-guru. Kita berani berhujah untuk menegakkan kebenaran dan itu yang dituntut oleh Islam...
Namun semenjak dunia semakin hebat, mungkin sebahagian daripada anak muda, termasuk orang dewasa seperti saya yang menakrifkan 'keyakinan' termasuklah berkata-kata dengan/mengkritik/menghentam orang yang lebih tua dengan cara yang amat biadap.
Apatah lagi melalui FB dan YouTube. Mereka tidak perlu menunjukkan diri mereka yang sebenar untuk melakukan perkara perkara di atas.
Pada saya itu bukanlah keyakinan lantang bersuara, tapi itu adalah bacul yang sangat hina...
Setuju yang amat. Kalau ditanggalkan internet ni, dan yg tinggal hanya penggunanya saja (kalau boleh lah)...maka akan nampak lah....ramaiii anak-anak muda 12-18 tahun, tengah membodoh-bodohkan pakcik yg sebaya bapanya. Bagi saya ini semua kerana function anonymous dalam internet. Kalau kat luar pun outspoken macam orang barat, lain cerita. Luar dalam alam maya,lebih kurang. Ini tak. Diluar menikus, bila cikgu tanya atau minta ditanya soalan. Dalam internet..oh...kusss semangat.
Post a Comment