Friday, December 28, 2012

5 Panduan orang awam untuk menilai 'pendakwah'


Antara fitnah akhir zaman ialah apabila para pendusta dianggap bercakap benar dan orang yang bercakap benar dianggap pendusta. Ini berdasarkan sebuah hadith dari Abu Hurairah RA yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ ) ، قِيلَ : وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قَالَ : ( الرَّجُلُ التَّافِهُ يتكلم فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ Akan datang kepada manusia tahun2 yang penuh dengan tipu daya. Ketika itu dibenarkan orang yang berdusta dan didustakan orang yang benar, dianggap amanah orang yang khianat, dan dianggap khianat orang yang amanah, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Jawab Nabi SAW : Orang yang lekeh tetapi berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” [Hadith riwayat Ahmad,Ibn Majah dan Hakim]

Di dalam hadith yg lain menyebut : من أشراط الساعة أن يقل العلم ويظهر الجهل ويظهر الزنا وتكثر النساء ، ويقل الرجال Di antara tanda2 kiamat ialah sedikitnya ilmu, dan bercambahnya kejahilan dan tersebarnya zina serta ramai perempuan dan kurangnya lelaki. [riwayat al-Bukhari]

Fiqh al-Hadith :

1. Apabila muncul zaman fitnah, orang yg terkenal dan menguasai ruang bicara atau mengawal massa dan bercakap ialah orang ruwaibidhah. Kerana itu punca berlakunya fitnah.
2. Amanah, kepimpinan dan jawatan diberikan kepada bukan ahlinya.
3. Ilmu (al-Quran dan sunnah) berkurangan, bid'ah dan kejahilan tersebar


5 Panduan Orang Awam untuk menilai 'Pendakwah'

1. Mengambil ilmu dari orang yang dipercayai peribadinya. Maksudnya bukan seorang yang dikenali sebagai pendusta, kaki temberang, kaki kelentong dll. Kata Ibn Sirrin dan Malik bin Anas, هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم Ilmu ini ialah agama, maka lihatlah dari mana kamu mengambil agama kamu.

2. Menyemak sumber ilmu yang disampaikan. Jika penceramah bercerita tentang sesuatu kisah maka semak apakah kisah itu dari al-Quran, dari as-sunnah, dari riwayat sahabat, dari cerita tuk-tuk guru dan wali-wali atau orang soleh.

Jika dr al-Quran wajib terima, dari hadith maka kena semak apakah ianya sahih, jika sahih wajib terima, jika dari riwayat sahabat maka ada ianya menjadi teladan dan ikutan, dari tuk2 guru, org soleh dan wali-wali maka kena pertimbangkan apakah cerita itu selari dgn syarak dan ianya tdk menjadi hujah agama.

3. Setiap ilmu itu ada pintu/tokohnya maka lihatlah apakah ilmu itu diambil dari tokoh/pintu yg sepatutnya. Maksudnya kalau 'pendakwah' itu bercakap isu 'dialog dgn Kristian dan bukan Islam' maka lihatlah apakah dia pernah mengambil manfaat dari Syeikh Ahmad Deedat, Dr. Zakir Naik dll yg merupakan tokoh dlm bidang itu. Kalau dia menyelisihi mereka makanya dia mesti bermasalah atau wajar diragui.

Kalau dia bercakap soal hadith, fiqh, tetapi tdk merujuk dr tokoh2 yg sepatutnya maka dia wajar ditinggalkan. Kata Ibn Aun, لا تأخدوا العلم إلا من شهد له بالطلب Janganlah mengambil ilmu kecuali dr org yg kamu menyaksikan dia belajar.

4. Melihat apakah pendakwah itu mempunyai penyakit zahir dan batin seperti pemarah, bipolar disorder, gila isim, mulut cabul, perasan bagus, perasan dirinya penting dan mustahak sehingga sanggup kata kalau dia tak online untuk update status maka ramailah org yg sesat. Kalau ada org yg begitu tinggalkanlah kerana jangan mengambil ilmu dr bekas yg buruk !

5. Memohon kepada Allah SWT untuk mendapat hidayah dan pertunjuk kerana sesungguhnya tidak ada sesiapa yg boleh memberi pertunjuk kecuali Allah. Hanya Dia yg dapat memberi kita penilaian yg benar. Nabi SAW bersabda, barangsiapa yg Allah kehendaki kebaikan padanya maka akan difaqihkan dlm agama. [riwayat Al-Bukhari]

No comments: