Berkata
Syeikh Muhadith Prof. Dr. Hasan Muhammad Maqbuli al-Ahdal.
1. Hadith dhaif
terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu dhaif disebabkan terputus pada sanad,
dhaif kerana kelemahan perawi seperti tidak memiliki keadilan dan kekuatan
hafalan, dhaif kerana syaz dan kecacatan (illat) yang tersembunyi pada hadith.
2. Hadith yang dhaif disebabkan oleh kerana kelemahan
perawi yang berdusta atau dituduh sebagai pendusta, fasik, pembuat bid’ah yang
keterlaluan seperti mengkafirkan para sahabat maka hadith-hadith seperti ini wajib
ditinggalkan dan tidak dapat diperkuatkan walaupun mempunyai banyak jalan dan riwayat.
3. Hadith yang
dhaif disebabkan oleh kelemahan hafalan perawi tetapi rawi tersebut memiliki
kepercayaan dan thiqah maka kewujudan jalur riwayat yang lain dapat memperkuatkan
hadithnya dan mengangkat statusnya daripada dhaif menjadi hadith yang diterima.
Termasuk dalam bab ini bahagian hadith
yang dhaif kerana kesilapan rawi seperti bercampur hadithnya, lemah hafalan,
waham, irsal , tadlis dan seumpamanya.
4. Manakala perlu
diingat bukan semua hadith dhaif itu terangkat kedudukannya dengan memiliki
banyak riwayat atau jalur sanad yang lain kerana wujud kecacatan (illat)
tertentu atau kerana keburukan perawi
yang tidak dapat diterima.
5 Bukan semua
hadith dhaif itu ditolak tetapi hanya yang dhaifnya keterlaluan dan apabila
ianya tidak keterlaluan maka boleh dipakai sebagai sokongan kepada perkara yang
telah jelas dan tsabit dalam Islam. Bahkan ada yang menerimanya sebagai fadhail
amal atau sebagai penjelasan kepada hadith yang sahih atau sebagai sokongan
kepada sesuatu amalan yang telah diterima oleh para ulama’ dan fuqaha Islam.
Nota dari halaqah hadith bersama Syeikh Muhadith Prof. Dr. Hasan Muhammad Maqbuli Al-Ahdal, suatu ketika dahulu antara tahun 2005-2006.
No comments:
Post a Comment