Ramai orang
bertanya kenapakah mereka diuji sedangkan mereka tidak berbuat salah apa-apa ?
Persoalan seperti itu tidak wajar keluar dari lisan seorang hamba yang menyerah
diri dan mengerti tujuannya hidup di atas muka bumi ini.
Iaitu untuk
diuji !
Firman
Allah SWT : “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia
menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha
Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Al-Mulk : 2)
Hidup ini ialah untuk diuji lalu kenapakah kita
mesti mempersoalkan mengapa Allah menguji kita dan mengaitkannya dengan
kesalahan-kesalahan tertentu ? Apakah mesti ada kesalahan baru berhak diuji ?
Adakah jika kita melakukan semua perintah Allah maka kita akan terselamat daripada
diuji ?
Sedangkan baginda nabi
Salallahualaihiwassalam menyebut bahawa yang paling teruk diuji ialah
الأنبياء
، ثم الأمثل فالأمثل ، يبتلى الرجل على حسب دينه
“Para nabi kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Diuji seorang manusia itu berdasarkan kadar agamanya, jika dia seorang yang kuat beragama maka kuatlah pula bala yang diterimanya, dan jika seseorang itu lemah agamanya maka diuji hanya pada kadar agamanya. (tambahan dalam riwayat yang lain menyebut) Tidaklah hilang bala itu pada seseorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah dengan telah terhapus segala dosa-dosanya.” (hadith riwayat Ahmad, tirmidzi dan Ibn majah,).
“Para nabi kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Diuji seorang manusia itu berdasarkan kadar agamanya, jika dia seorang yang kuat beragama maka kuatlah pula bala yang diterimanya, dan jika seseorang itu lemah agamanya maka diuji hanya pada kadar agamanya. (tambahan dalam riwayat yang lain menyebut) Tidaklah hilang bala itu pada seseorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah dengan telah terhapus segala dosa-dosanya.” (hadith riwayat Ahmad, tirmidzi dan Ibn majah,).
Atau sebenarnya kita ingin memprotes dan
mempertikaikan kenapa kita diuji kerana kita telah menunaikan solat, melaksanakan
perintah Allah dan sebagainya lalu kita mengharapkan sepatutnya hidup kita
tidak lagi diganggu oleh Tuhan dengan apa jua ujian agar kita boleh hidup
dengan senang dan bahagia di atas muka bumi ini ?
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ankabut :
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja hidup senang-lenang) mengatakan:
"Kami telah beriman", sedangkan mereka belum lagi diuji ?”
(Al-Ankabut : 2)
Ujian yang datang daripada Allah membawa dua
tujuan iaitu rahmat dan kebinasaan.
Ianya memberikan rahmat apabila manusia
berjaya mengharunginya dengan keimanan dan kesabaran serta lulus pada amal dan
perbuatannya sesuai dengan apa yang Allah kehendaki.
Ujian seperti ini meningkatkan/meninggikan
kedudukan seseorang di sisi Allah SWT serta menghapuskan dosanya dan memberikan
peluang kepadanya untuk mendapatkan syurga Allah SWT.
Sabda nabi Salallahualaihiwassalam,
إذا أحب الله قوما ابتلاهم
Maksudnya : “Apabila Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia
akan menguji mereka.” (riwayat Tirmidzi)
Manakala ujian yang kedua pula memberikan musibah dan
penyebab kepada kehancurannya di dunia dan di hari akhirat. Iaitu ujian yang
berbentuk menjauhkan seseorang daripada agama dan mengeluarkannya daripada
jalan Allah.
Firman Allah SWT : “Mereka berkata:
"Kami mendapat nasib yang malang, disebabkan kamu dan orang-orang yang bersamu."
(Nabi) Soleh berkata: "Nasibmu adalah dari sisi Allah, (bukan kami yang
menjadi sebab), tetapi kamu adalah kaum yang diuji."(An-Naml : 47)
Kita semua akan diuji kerana itu merupakan
tujuan dan sebab kita diturunkan ke atas muka bumi ini iaitu untuk diuji agar
dapat dilihat siapakah yang beriman dan siapakah yang tidak.
Ujian ialah peluang dan tanda kita dipandang
oleh Allah
Firman Allah SWT : “Dan sungguh akan Kami memberikan
ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan
buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah : 155)
Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah hanya
menguji orang yang dikasihinya atau yang mahu diberikan peluang untuk mereka
beramal manakala orang-orang yang kafir dibiarkan dan tidak dipeduli oleh Allah
SWt sebaliknya ditangguhkan balasan ke atas kesalahan-kesalahan mereka agar
dihukum di hari akhirat dengan hukuman yang berat. Sedangkan orang yang beriman
akan diuji sehingga dosa dan kesalahan mereka terhapus lalu dibangkitkan pada
hari akhirat dengan keadaan suci bersih dari dosa.
Ini berdasarkan hadith daripada Anas ra yang
menyebut bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda yang
bermaksud apabila Allah menginginkan kebaikan kepada seorang hamba maka akan
disegerakan hukuman terhadapnya di dunia dan jika Allah mengkehendaki keburukan
kepada hambaNya maka dia akan menangguhkan hukuman terhadap dosanya agar dibalas
pada hari kiamat.”(riwayat Hakim)
Sabda nabi salallahualaihiwassalam lagi,
من يرد الله به
خيرا يُصِبْ منه
Maksudnya : “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah dengan
kebaikan maka dia akan ditimpakan dengan musibah.” (riwayat Al-Bukhari)
Manakala
orang yang munafik dan tidak beriman, mereka diberikan kesenangan dan kelalaian
sehingga menemui Allah SWT dalam keadaan sia-sia dan menderita akibat tidak
beriman dan tidak beramal. Bahkan Allah
menyebut di dalam Al-Quran, yang bermaksud : “Dan tidakkah
mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua
kali setiap tahun, dan mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil
pelajaran?” (At-Taubah : 126) Kata Imam Ibn Katsir, yang dimaksudkan dalam ayat
di atas ialah orang-orang munafik diuji dengan kelaparan dan penyakit setahun
sekali atau dua kali. Menandakan sangat sedikit mereka diuji sehingga
menimbulkan kelalaian dan keangkuhan dalam diri mereka.
Apabila Allah menguji hamba-hambaNya itu
bermaksud Dia masih memberikan peluang dan kesempatan untuk kita bertaubat dan
kembali kepadaNya serta mengambil pelajaran. Oleh itu jangan dipandang bahawa
orang yang hidupnya tiada masalah, sempurna dan selesa itu sebagai orang yang
bertuah atau mendapat rahmat sebaliknya mereka itulah orang yang telah
diabaikan dan terlepas peluang dari mendapat rahmat daripada Allah SWT.
Ujian itu tanda cinta !
12 comments:
Mohon izin repost kat blog saya yer ustaz.. ^__^
mohon izin repost kat blog sy jugak ustaz..terima kasih byk2 ustaz atas kata2 ustaz, menyedarkan sy & menguatkan semangat sy..sy tau stiap ujian yg Allah dtg kan tu adalah kasih syg dr Allah trhadap hamba2 nya..
mohon izin repost kt blog sy gak ustaz...:)
As salam... Allah maha mengetahui bahawa setiap hambanya itu ahli syurga atau neraka..sejak belum dilahirkan malah sebelum itu lagi...jika Allah berikan ujian maka Allah telah tahu hambanya taubat atau ingkar...jadi untuk apa ujian itu... sedang Allah maha mengetahui... harap diberipenjelasan..saya masih mencari2
terima kasih atas perkongsian ustaz.
ujian tanda Allah sayangkan hamba NYA. kita perlu redha dan sabar dalam mengharungi ujian NYA.
Assalamualaikum Ustaz, Saya dan suami seorang pelajar di Italy. Saya dalam situasi berhadapan kesukaran untuk mengarang ayat untuk tajuk ini. Sekadar perkongsian dengan ustaz, saya dan suami sering didatangkan 'hujan soalan' daripada wakil Yehuwa (Jehovah witness) dan tak kurang juga dari orang Islam sendiri dari negara lain.
Saya jumpa dan baca tulisan ini melalui sahabat saya, sangat bermanfaat. Dengan rasa penuh rendah hati,saya ingin mohon izin Ustaz untuk alih bahasakan ke bahasa inggeris mudah sebagai bekal untuk menambah ilmu di dada dan berkongsi dengan komuniti Muslim dan Non Muslim di sini. Didoakan pahala berantai dan menjadi saham buat ustaz pasti hingga ke akhirat. Jazakallahukhairan kathira.
Wa'alaikumussalam,
Ya, diizinkan untuk terjemah atau kongsikan dengan sesiapa sahaja. Silakan buat apa yang dapat memanfaatkan diri kita dan umat Islam.
Wassalam.
Alhamdulilah kata kata dalam blog ustaz membantu saya melegakan hati saya..terkadang sy terpk, mungkin saya byk dosa pada allah sebab tu allah berikan ujian pada saya..ujian yg saya rasekan terbesar buat diri saya adalah kehilangan anak yg saya kandungkan dan lahirkan ...pergi menemui allah pada hari ke 49 dilahirkan kedunia...mungkin dugaan yg saya hadapi ini adalah kecil berbanding org lain yg mungkin diuji lebih besar lagi dari allah swt
Salam. Ustaz. Saya juga ingin meminta kebenaran utk repost dlm blog saya ye ustaz. Apa yg ustaz karang ini, sangat menyentuh hati saya. Terima kasih ustaz.
Saya mau tanya ustad konsep ujian yg di maksud dlm Alqur,an bagai mana,karena untuk apa Allah menguji ciptaan nya karena dia maha tau atas segala sesuatu,untuk apa Dia menguji,..
Allah cipta kite ni utk syurge asalnya..allah bg kite al quran utk kite ikot..allah uji kite kan nak ranking kan iman kite..mmg allah tau sape masok syurge dan neraka..tapi kite diberi pilihan kan..samada kite memilih utk taat atau tidak..kite yg tentukan pilihan kite..kalau kite pilih baik..maka baikla..allah maha mengetahui kan..die tau ape kite pilih..tapi itu bukan alasan tuhan yg tentutan pilihan kite..
Kan manusia tempat asalnya syurge..memang allah maha mengetahui..allah tau ape kite pilih..samada kite pilih utk taat atau tidak..tapi pilihan diatas kite sebenarnya..tuhan memberi peluang kat kite utk memilih samade taat atau tidak pade die..dengan ajaran al quran diturunkan pade kite
Post a Comment