Wednesday, March 28, 2007

Kemungkaran dan Kebaikan- Jiwa Manusia Lemah Menghadapinya

Kebiasaan manusia apabila menghadapi sesuatu yang kuat dan hebat daripada dirinya maka mereka akan bersikap lemah dan mengalah lantaran itu ialah tabiat kehidupan makhluk yang bernama manusia. Rata-rata hari ini apabila hidup di dalam masyarakat yang serba sesat dan moden apabila berdepan dengan kebenaran lebih mudah mengambil sikap pasif atau mengalah iaitu berserah dan redha sekadar apa yang ada dan kemudian membuat alasan seribu alasan bagi mengatakan ketidak mampuan itu sebagai hujah lalu dicari pelbagai dalil dan sokongan bagi mengelakkan dirinya dari dipersalah.

Disebutkan di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri ra bahawa beliau pernah mendengar baginda nabi salallahualaihiwasalam bersabda di dalam khutbahnya :
"Ingatlah, jangan sesekali rasa takut kepada manusia itu mencegah seseorang daripada berkata benar (haq) jika dirinya telah mengetahuinya." (hadith riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).

Pesanan ini cukup berharga lantaran pada hari ini umat manusia cukup mudah mengalah dan takut kepada mereka yang berkuasa dan lantas berbuat alasan bahawa tidak menegur dan menegakkan yang hak ialah lebih baik konon untuk menjaga maslahat dan sebagainya. Sedangkan syariat Islam ada mengikat batas-batas ketaatan kepada pemimpian dan juga menetapkan apakah maslahat dan mafsadat yang patut dikaji dalam arena "amar makruf nahi mungkar".

Tidak menegur ketua jabatan lantaran takut dipecat dan ditukarkan ke kawasan pendalaman sehingga menyusahkan anak beranak dan keluarga serta menghilangkan peluang untuk menduduki jabatan tinggi bukanlah maslahat yang diterima dan di iktiraf oleh syarak untuk kita memeliharanya dan mengabaikan tuntutan kebenaran dan syariat Allah.

Disebutkan di dalam kitab Usul-Fiqh bahawa dimaksudkan dengan Ad-darurat ialah "Keadaan atau waktu yang sampai kepada had apabila manusia tidak melakukan hal-hal yang melanggar syarak boleh membawa kepada kehancuran dan kerosakkan". (lihat AL-Wajiz Fil Usul Fiqh oleh Dr Abd Karim Zaidan m/s 67).

Kemaslahatan dan kemafsadatan yang dilihat dan dipandang oleh syarak dalam pelaksanaan amar makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah mungkar) ialah pada maslahat asasi yang berlima iaitu pada 1) Agama, 2) Nyawa, 3) Akal, 4) Maruah (keturunan), 5) Harta

Sekiranya usaha mengatakan yang benar itu sampai menghancurkan kepentingan yang berlima di atas barulah di waktu itu kita boleh bertolak ansur dan mencegah kejahatan dan kezaliman hanya dengan hati-hati yang membenci.

Sebaliknya selama harta kita yang telah diusahakan bukan harta yang belum diusahakan seperti baru dalam impian dan angan-angan dari projek dan tender yang akan dikecapi tidaklah boleh menjadi alasan tetapi jika harta yang telah diusahakan mengalami ancaman kehancuran seperti tanah, rumah dan kepentingan saraan keluarga menghadapi anacaman dari kerana kebenaran maka dibolehkan kita menyerah dan mencegah mungkar kezaliman hanya dengan hati menandakan keimanan yang lemah.

Maka demikian juga dengan keturunan yang diancam akan diperkosa, anak-anak yang diugut akan dirosakkan serta maruah yang akan dicemarkan maka saat-saat sebegini Islam tidak memaksa semua umatnya mengambil jalan "Al-Azimah" untuk mengorbankan apa yang mereka punyai selama belum sampai masa dan ketika.

Diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud ra bahawa baginda rasulullah pernah bersabda dengan maksudnya : " Tiadalah seorang nabi yang diutuskan oleh Allah kepada suatu umat sebelum aku melainkan dia mempunyai penolong (hawariyun) daripada umatnya itu dan sahabat yang mereka berpegang teguh kepada sunnahnya dan mengikuti perintahnya kemudian setelah itu sesudah mereka muncul pula generasi- generasi penerus yang mereka mengatakan sesuatu yang mereka sendiri tidak melakukannya dan melakukan sesuatu yang mereka tidak diperintahkan pula, Maka bagi yang berjihad terhadap mereka ini dengan tangannya maka dia seorang yang beriman, dan sesiapa yang berjihad terhadap mereka ini dengan lisannya maka dia seorang yang beriman dan sesiapa yang berjihad terhadap mereka dengan hatinya maka dia juga ialah seorang yang beriman dan adapun sesudah itu tiadalah iman walau sebesar biji sawi." (hadith sahih riwayat Muslim).

Pada waktu-waktu ini ramai sekali mengatakan apa yang mereka tidak lakukan seperti mendakwa mereka muslim tetapi tidak beramal seperti seharusnya seorang muslim dan juga mereka melaungkan seruan-seruan indah seperti perpaduan, kedamaian tetapi tidak pula menegakkan syariat Allah dan kalimah tauhid sebagai pengikat dan asas perpaduan dan kedamaian di dalam daulah.

Juga di waktu ini ramai sekali manusia memperbuat apa-apa yang mereka tidak disuruh untuk melakukankan seperti mengadakan kempen Islam Hadhari di waktu umat Islam jahil aqidah yang memerlukan mereka memberi kefahaman yang sahih dan semasa hukum Allah tidak tertegk tidak pula mereka melaksanakan apa yang sewajarnya sebaliknya mengadakan sambutan maulid nabi dan juga upacara keagamaan yang tidak dituntut oleh Islam dan syarak.

Mereka kreatif mereka-cipta amalan-amalan bid'ah yang tidak diperintahkan dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh tetapi tidak pula mahu berusaha melaksanakan apa-apa yang benar-benar disuruh dan diperintahkan.

bersambung...

Mari Kita Lihat Hebat-Nya Kuffar Menguasai Minda Kita

Alangkah hebatnya kuffar menguasai minda dan pemikiran kita sehingga umat Islam dan saudara seagama kita di anaiya dan dibunuh hanya kerana mereka cintakan agama mereka lebih dari nyawa-nyawa mereka.

Benarkah yang mengebomkan kedutaan Amerika, Australia dan juga kedutaan negara-negara ini adalah merupakan pihak pengganas Islam ? Pihak Polis dan berkuasa confirm dan yakin kah >>>>?

Satu persoalan hanya mereka yang boleh menjawab disebabkan kita rakyat biasa hanya boleh meluahkan sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa bila ahli keluarga tersayang yang cintakan agama di tahan tanpa bicara dan tanpa pengadilan yang sahih.

Para ahli kumpulan militan Islam ini semuanya memiliki sejarah dan sirah peribadi dan akhlak yang cukup baik sehingga memustahilkan perbuatan meletupkan bom dan sebagainya ialah hasil kerja mereka.

KITA yakin perbuatan meletupkan bom di BALi dan sebagainya hanyalah "LAKONAN" pihak CIA dan MOSSAD serta risikian antarabangsa lain-lain yang bertujuan untuk mencipta alasan bagi memerangi kumpulan ini secara LEGAL dan sehingga ke Akar umbi.

Di dalam internet banyak bukti-bukti dketengahkan oleh anak-anak muda yang rajin mengkaji dan juga pakar-pakar analisis bahawa bukanlah yang melakukan perbuatan mengebom itu ialah umat Islam sebaliknya Mossad dan CIA sendiri.

1) Bukti pertama ialah World Trade Centre - semua umat Islam sudah tahu bahawa WTC dletupkan sendiri oleh Amerika dan CIA bagi mengadakan alasan perang dengan Iraq.

2) Sekiranya mengorbankan rakyat sendiri pun mereka sanggup demi alasan politik ZIONIS dunia maka apatah lagi setakat mengebom kedutaan mereka sendiri.

Tujuan mereka hanyalah nak ciptakan alasan dan ketakutan umat Islam kepada jihad dan perjuangan hendak menegakkan Islam. Supaya menampakkan jihad ini ganas dan pejuang-pejuangnya ialah perompak,pengganas dan juga pelbagai lagi tuduhan.

yakinkah anda kepada saudara seIslam atau surat-khabar dan media massa yang dikuasai ZIONIS dan CIA >?

laporan rasmi jenayah oleh pihak pemerintah yang dikuasai oleh CIA kerana hendak menjaga maslahat politik atau pengakuan saudara seagama anda yang dituduh sebagai militan dan pengganas bahawa ; " AKU TIDAK BERSALAH !!! AKU TIDAK BOM PUN !!!

Siapa yang anda ingin percaya ?

SUPAYA matlamat mereka iaitu :

1) Umat Islam tidak lagi ada semangat dan hasrat kepada jihad
2) Umat Islam akan berfikir 40 juta kali sebelum berani hendak beriman kepada Allah dan janji-janji kepada mujahidin dan beriman kepada perintah jihad
3) Islam Islam akan menjadi bacul, zakar mandul dan cacat serta hilangnya sifat kemuliaan sebaliknya menjadi hamba kepada sistem-sistem apa sahaja yang diletakkan kuffar kepada tengkuk umat Islam dengan harapan (your wish) konon nak cari kedamaian
.

Alangkah indahnya,bahagianya hidup ini andai satu hari nanti kita dapat melihat, Amerika dan kuffar yang lain datang kepada kita lalu berkata :

"Wahai si muslim, marilah jilat punggung atau dubur aku ini,atau pun dia berkata kepada Sang Imam di Masjid, wahai sang Imam marilah cium tapak kaki aku ini, ataupun dia si kuffar itu membayar USD 100 kepada gadis muslimah kita supaya mengulum zakar-zakar tak bersunat mereka di pusat-pusat peranginan yang dibina oleh kementerian perlancongan negara-negara Islam kita dan sekiranya kita marah..."

kita di ugut dengan tuduhan kita ini ialah pengganas yang membahayakan keselamatan kuffar dan kejahatan syirik serta perbuatan jahiliyyah mereka.."

Alangkah indahnya saat, isteri Pemimpin negara-negara Islam di Asia ini dicabuli maruah mereka oleh Mat-mat Saleh yang datang dari Amerika dan Kuffar lalu kita tidak dapat menghalang perbuatan ini disebabkan :

a) Hak kebebasan (di sebabkan hukum syarak tidak tertegak lalu jika isteri-isteri umat Islam di noda dan dirosakkan oleh mat saleh-mat saleh kuffar ini dengan kerelaan isteri-isteri kita maka kita tidak dapat berbuat apa-apa.

b) terpaksa menjaga hubungan baik negara-negara sedunia dan memenuhi apa sahaja sistem dan permintaan barat.

Mahukah kita hal yang demikian terjadi ??

Semoga Allah melindungi kita dan membuka hati para pemimpin Umat Islam supaya menyedari hal-hal sedemikian.

wallahualam.


Berita Pertama :


Kajian dedah kejayaan Indonesia hapuskan beratus ahli tidak jejas struktur kumpulan

SINGAPURA: Kumpulan Jemaah Islamiah (JI) yang dianggap paling berbahaya di Asia Tenggara, didakwa akan membina barisan di selatan Thailand walaupun lebih 200 ahlinya di Indonesia sudah dihapuskan, kata pengkaji pengganas semalam.

Pihak berkuasa menyalahkan JI di atas beberapa pengeboman di Indonesia, termasuk serangan di pulau pelancongan, Bali pada 2002 dan 2005 yang membunuh lebih 200 orang.

Dua ahli utama JI yang dipercayai terbabit dalam serangan di Bali mensasarkan operasi militan besar-besaran di selatan Filipina di Pulau Jolo yang menjadikan tempat perlindungan mereka yang dibantu kumpulan bersenjata tempatan.

JI adalah ancaman utama di Asia Tenggara, kata Rohan Gunaratna, ketua Pusat Antarabangsa bagi Keganasan Politik dan Kajian Pengganas kepada delegasi ketika pembukaan Global Security Asia, persidangan dan pameran tiga hari mengenai keselamatan dalam negara.

“Walaupun rangkaian JI di Singapura dan di Malaysia sudah dihapuskan kumpulan ini masih bergerak aktif dan menjadi pertubuhan militan digeruni di rantau ini,” kata Gunaratna yang mengetuai institut penyelidikan berpejabat di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

Beliau berkata, sejak lima tahun lalu, negara serantau menubuhkan pasukan elit untuk menangani ancaman terbabit.

Beliau berkata polis Indonesia, Detachment 88, misalnya sudah membunuh dan menahan lebih 200 ahli Jemaah Islamiah.

Walaupun kejayaan polis Indonesia mensasarkan tempat persembunyian JI, struktur kumpulan berkenaan masih belum terjejas dan JI di Indonesia dan Filipina menunjukkan minat mendalam untuk menghantar pejuang dan pakar letupan ke Selatan Thailand, kata Gunaratna,

“Pejuang jihad di Asia Tenggara ingin menubuhkan barisan baru,” katanya.

Lebih 2,000 orang terbunuh sejak keganasan pemisah tercetus tiga tahun lalu di wilayah majoriti Islam di Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. – AFP


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/
Dunia/20070328003542/Article/

Berita Kedua :


Hicks akui bantu al-Qaeda


Rakyat Australia mahu elak ditahan lebih lama di penjara Teluk Guantanamo


DIBICARA: Lakaran perbicaraan Hicks (kiri) yang dituduh membantu
Al Qaeda di Suruhanjaya Tentera Amerika, di Teluk Guantanamo,
semalam, manakala (gambar kecil) Hicks.

GUANTANAMO (Cuba): Rakyat Australia, David Hicks yang dituduh membantu pengganas, mengaku salah dalam perbicaraan sulung “Perang terhadap Keganasan” dikendalikan tentera Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo semalam, bagi mengelak ditahan lebih lama di pusat tahanan tentera laut Amerika itu.

“Pengakuannya hanyalah untuk membebaskan diri daripada ditahan lebih lama di Teluk Guantanamo yang tidak berperikemanusian,” kata Senator Bob Brown dari parti Greens, Australia.

Selepas lima tahun ditahan, Hicks, 31 seorang Muslim, mengaku salah di depan Suruhanjaya Tentera Amerika itu atas tuduhan membantu al-Qaeda di Afghanistan.

Hicks akan dihukum menjelang akhir minggu ini dan dijangka menjalani hukuman penjara di Australia.

“Hicks dihadapkan ke mahkamah kangaru. Apa lagi yang boleh dia buat selepas diseksa dan disumbat dalam lubang kecil di Teluk Guantanamo?,” kata Brown.

Kerajaan Australia dikecam hebat rakyatnya sendiri berikutan tempoh lama Hicks ditahan tanpa dibicarakan, berpuas hati isu berkenaan sudah berakhir.

“Saya gembira isu ini selesai,” kata Menteri Luar Alexander Downer.

Peguam Australia Hicks, David McLeod, berkata anak guamnya sanggup mempertimbangkan semua pilihan untuk keluar dari Guantanamo.

Sebelum perbicaraan berkenaan, Hicks dibenarkan berjumpa dengan bapanya, Terry dan kakaknya, Stephanie - perjumpaan pertama dengan keluarganya sejak 2004.

“Kami bersalam, berpeluk dan menitis air mata,” kata Terry kepada wartawan. “Keadaan anak saya begitu teruk sekali.

“Anak saya hanya mahu pulang ke Australia dan berjumpa semula dengan dua anaknya,” kata bapanya.

Hicks berdepan hukuman penjara sepanjang hayat jika disabit kesalahan suruhanjaya itu atas tuduhan membantu pengganas dengan menyertai kem latihan al-Qaeda dan mengintip kedutaan Amerika di Kabul, Afghanistan pada 2001.

Pengakuan salahnya kemungkinan meringankan hukuman yang bakal diterimanya. – AFP/AP


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday
/Dunia/20070328090907/Article/



p/s :

Alangkah hebatnya Australia , Kamulah ulil Amri (wali pemerintah yang mesti ditaati oleh pihak umat Islam Australia....kenapa ? Entah, mungkin kerana pihak salafi atau puak sufi pengampu Amerika dan kerajaan mereka mengatakan kita mesti taat pada ulil Amri dan pemerintah kawasan masing-masing sekalipun mereka tidak menegakkan hukum Islam jadilah Australia sebagai pemerintah yang diiktiraf syarak disisi puak salafi aliran murjiah.


Hukumlah umat Islam di negara kamu yang mahu berjihad wahai Australia, mereka ini khawarij dan bughah (pengganas) disisi kami dan tidak termasuk golongan yang terselamat dan disebut firqah najiyah iaitu ahlul sunnah wal jamaah di sisi kami kerana mereka tidak taat kepada ulil amri (pemerintah).

Hukumlah mereka wahai Australia !!

Disebabkan mereka semua ialah pengganas, dan irhabi serta khawarij yang keluar dari manhaj ahlul sunnah wal jamaah. Mereka tidak mengikuti kami kumpulan ahlul sunnah wal jamaah untuk membicarakan soal bacaan qunut di masjid-masjid.

Mereka tidak mahu mengikuti kami mengadakan seminar sifat solat albani dan juga tidak bersama kami dalam isu-isu salaf soleh yang besar seperti tahlil dan talqin, zikir kuat-kuat selepas solat dan tidak memuliakan guru-guru salafi kami yang lahir dalam kurun ke 20, solat terawih 8 rakaat, azan subuh dua kali, membaca doa dalam solat bukan selepas salam, tidak mengangkat tangan ketika berdoa dan tidak mengadakan apa-apa jemaah dan tanzim dakwah sebab bid'ah atau takut menyerupai hizbiyah atau bid'ah.

Allahumusta'an limanyurid..

Ya Allah peliharalah hamba-hamba-mu daripada kumpulan murjiah dan jahmiyah di atas yang hanya beriman kepada-mu tanpa beramal dan mengatakan cukup beriman tanpa amal dan telah sempurna hidayah-Mu kepada hamba-hamba yang dhaif dan berilah pertunjuk kepada kami.

Saturday, March 17, 2007

Al-Jamaah Di Dalam Islam –Menyelesaikan Persoalan Ummah

Kejatuhan empayar Islam Uthmaniyah menjadikan umat Islam sedunia berpecah belah dan kehilangan arah dan punca perjuangan sehingga masing-masing tidak mengetahui ke manakah dan apakah seruan dakwah Islam yang harus dihadapkan.

Persoalan paling utama ditimbulkan ialah sekiranya seseorang itu mahu berdakwah dan menyeru kepada Islam maka kumpulan Islam yang manakah harus diserukan dan siapakah golongan yang boleh disertai untuk bergerak bersama kerana fitrah manusia menafikan perjuangan dan gerak kerja seorang diri.

Bahkan di dalam hadith sendiri baginda rasulullah pernah bersabda :

فان الشيطان مع الواحد وهو من الاثنين أبعد

“ Sesungguhnya Syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua” (hadith sahih, riwayat Ahmad dan Nasaie, Tirmidzi dan Ibn hibban dan lain-lain.)

Pelbagai perintah di dalam kitab dan sunnah menyuruh dan melazimi umat Islam supaya menetap diri di dalam jemaah al-haq dan disebut sebagai kumpulan orang-orang yang beriman serta larangan menyelisihi mereka dan perintah supaya menetap diri bersama jemaah.


Bahkan perintah di dalam Al-Qur’an juga menyuruh supaya umat Islam saling bantu-membantu di antara satu sama lain sehingga terpapar gambaran gerak kerja yang disebut “Amal Jamaie” di dalam Al-Qur’an.


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah Amat berat siksa-Nya.” (Al-Maidah : 2).

Perintah berjemaah merupakan satu perintah yang disebut sebagai wajib berdasarkan kepada hadith baginda yang diriwayatkan oleh Ibn Umar ra yang bermaksud “ Akan datang kepada umatku perkara seperti yang pernah menimpa kaum bani Israel, selangkah demi selangkah sehingga akan berlaku dikalangan mereka yang berzina dengan ibunya secara terang-terangan. Sehingga ada umatku akan melakukan sedemikian. Sesungguhnya umat bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan dan kesemuanya di neraka kecuali satu golongan.

Maka bertanyalah para sahabat ra kepada baginda akan siapakah golongan yang satu itu wahai rasulullah ? Maka jawab baginda “ Golongan yang aku berada di dalamnya dan para sahabatku .” (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.26 Jilid 5, Hakim no.218 Jilid 1).

Iaitu jalan serta manhaj yang beradanya nabi dan para sahabatnya iaitu jalan salaf soleh dalam iktiqad (kepercayan) serta aqidah mereka itulah yang benar.

Manakala kalimah dan pengertian jemaah berdasarkan hadith pula boleh dilihat pada riwayat yang pelbagai dari baginda rasulullah salallahualaihiwasalam yang menyebut perihal jemaah.

Seperti yang dikeluarkan oleh At- Tibrani dengan sanad yang sahih akan sabda baginda nabi salallahualaihiwasalam :


عليكم بالجماعة فان يد الله على الجماعة

"Hendaklah kamu berada dalam jemaah sesungguhnya tangan Allah itu berada dalam jemaah” (Riwayat Tibrani 447 /12).

Dikeluarkan oleh Imam At-Tirmidzi ra , dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda pernah bersabda :



يد الله مع الجما عة

“Tangan Allah itu bersama jemaah” (Riwayat Tirmidzi m/s 367 Jilid 6).

Juga melalui riwayat yang lain di tambah dengan


فان الشيطان مع الواحد وهو من الاثنين أبعد

" Sesungguhnya Syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua” (riwayat Ahmad dan Nasaie, Tirmidzi dan Ibn hibban dan lain-lain.)

Juga dari riwayat Abi Dzar ra yang berkata bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :


من فا رق الجماعة شبرا فقد خلع الله ربقه ألاسلام من عنفه

“Barangsiapa yang memisahkan dirinya dari jemaah walaupun sejengkal maka Allah akan mencabut ikatan Islam dari tengkuknya” (Hadith sahih riwayat Abu Daud no. 4750).

Sebenarnya masih banyak hadith yang menyebut mengenai perihal kewajipan melazimi dan berada dalam jemaah dan larangan dari keluar atau mengasingkan diri dari jemaah.

Juga disebut melalui riwayat Umar Ibn Khattab ra menyebut bersabdanya baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :


من أراد بحبوحة الجنة فليلزم الجماعة

“Barangsiapa yang menginginkan tempat tinggal di syurga maka hendaklah berada dalam jemaah” (Hadith Sahih riwayat Tirmidzi no 2165, Ibn Majah dan Humaidi).

Imam Al-Hafidz Mubarakfuri dalam kitabnya Syarah Jami’ Tirmidzi Tuhfatul Ahwazi mensyarahkan hadith ini dengan menyebut kewajipan berjemaah dalam hadith ini ialah bermaksud menetapkan diri bersama kepimpinan masyarakat Islam kerana Islam itu ialah sudah merupakan sebuah jemaah dan barangsiapa yang memisahkan dirinya dan keluar dari jemaah (masyarakat Islam) itu atau menyisihkan diri (membuat jemaah baru) maka sesungguhnya dia telah menghilangkan Islam dari dirinya seperti apa yang disebut oleh hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah secara marfu dalam Sahih Muslim yang menyebut :


من خرج من الطاعة و فرقوا الجماعة فمات مات ميتة جاهلية

" Barangsiapa yang keluar dari ketaatan kepada kepimpinan umat Islam dan memecah belahkan jemaah (masyarakat Islam) maka matinya merupakan kematian jahiliyah”

Bahkan berkata lagi Hafidz, hal ini juga disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Syaikhain (Imam Bukhari dan Muslim) dari Huzaifah al-yamani ra akan hadith yang berbunyi :


تلزم جماعة المسلمين وامامهم

“ Hendaklah kamu beriltizam dengan jemaah umat Islam dan kepimpinannya” dan dalam riwayat Khalid bin Sabi’ di sisi Tibrani menambah apabila kamu melihat Khalifah maka taatilah dan apabila tiada khalifah maka berperanglah ( Sila lihat Tuhfatul Ahwazi m/s 385 Jilid 6).

Menurut para ulama salaf soleh seperti apa yang diriwayatkan oleh Muhammad Ibn Sirrin dari Ibn Mas’ud ra bahawa yang dimaksudkan jemaah itu ialah para sahabat baginda dan sebahagiannya mengatakan mereka itu ialah para ulama kerana para ulama itu pewaris nabi salallahualaihiwasalam ان العلماء ورثة الأنبياء (Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no. 2606, Abu Daud dan Ibn Majah).

Berdasarkan situasi pada hari ini, jemaah yang berbentuk organisasi dan membawa kefahaman yang sahih yang diperjuangkan oleh rasulullah dan para sahabat boleh memainkan peranan sebagai penyelamat umat Islam daripada kesesatan dan kejahilan. Tidak ada halangan dan kedosaan bergerak menjalankan dakwah secara berjemaah bahkan itulah yang paling afdhal selain membawa berkah dan kebaikan kepada umat Islam. Disebabkan dengan membawa dakwah secara berjemaah maka umat Islam selain teratur dan tersusun maka harakah dakwah juga bebas dari godaan syaitan secara peribadi dan ancaman-ancaman penyelewengan.

Apakah Maksud Al-Jamaah ?

Di sebut di dalam kamus Lisanul Arab oleh Ibn Manzur ra bahawa kalimah “Jamaah” bermaksud ialah menghimpunkan sesuatu daripada berpecah dan jamaah bagi manusia ialah sesuatu yang orang berhimpun dan berkumpul padanya. (lihat Lisanul Arab m/s 200 Jilid 2)

Manakala dari sudut istilah Al-Jamaah ialah “Perkumpulan orang-orang yang beriman di atas al-Haq (kebenaran) yang padanya rasul dan sahabat berada dan jalan yang dilalui oleh mereka seperti yang disebutkan oleh kitab dan sunnah.” (sila rujuk Kitab Qawaid Fil Bayan Hakikatul Iman m/s 28 oleh Syeikh Adil Ali Syaikhan, cetakan Adhaul Salaf, Riyadh, Arab Saudi)

Berdasarkan istilah di atas, jemaah bermaksud syumul, rabbani dan juga menyeluruh serta bersifat umum dan terpakai kepada sesiapa dan mana-mana kumpulan di dunia ini tanpa terikat kepada batasan kawasan, sempadan negeri dan bangsa serta organisasi.

Sesiapa sahaja yang berada di jalan yang sahih yang padanya menepati apa yang di bawa oleh rasulullah dan sahabat ra maka dia sedang berada di dalam jemaah sekalipun berseorangan atau mempunyai bilangan yang sedikit di sesuatu kawasan dan melaksanakan dasar-dasar dan prinsip berjemaah itu sendiri seperti mengangkat amir, mengadakan syura dan beramal secara jamaie maka tertunailah kewajipan berjamaah ke atas dirinya dan selamatlah dia daripada ancaman menyalahi jemaah.

Seperti hadith dari riwayat Abi Dzar ra yang berkata bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :


من فا رق الجماعة شبرا فقد خلع الله ربقه ألاسلام من عنفه

“Barangsiapa yang memisahkan dirinya dari jemaah walaupun sejengkal maka Allah akan mencabut ikatan Islam dari tengkuknya” (Hadith sahih riwayat Abu Daud no. 4750).

Sebahagian ulama menyebutkan Al-Jamaah sebagai Islam itu sendiri kerana Islam itu ialah jemaah , sebahagian mengatakan masyarakat Islam yang padanya ada imam dan sebahagian yang lain mengatakan ianya ialah haq (kebenaran) dan sunnah tetapi istilah di atas lebih tepat.

Ini berdasarkan kalimah mutiara daripada Ibn Mas’ud ra : “ Al-Jamaah itu ialah apa yang menepati kebenaran walaupun engkau berseorangan”. (Lihat dalam Syarah Usul Al-Iktikad oleh Al-Lalikaie m/s 18 Jilid 1)

Juga berkata Imam Abu Syamah ra : “ Telah datang perintah melazimi jamaah yang di maksudkan dengannya ialah perintah melazimi kebenaran dan mengikutinya sekalipun yang berpegang kepada kebenaran itu sangat sedikit sekali dan bersalahan dengan ramai orang..” (Al-Bahis Ala Inkar Al-Hawadis wal Bida’ m/s 26).

* Abu Syamah ialah Abd Rahman ibn Ismail ibn Ibrahim Al-Maqdisi ulama Muhaddis dan Mufassir, terbunuh di Dimasyq pada tahun 665 Hijrah.

Menurut Al-Imam Syatibi ra di dalam kitabnya “Al-Jamaah secara kesimpulannya mempunyai lima ciri iaitu yang pertama ialah Al-Haq (kebenaran) dan perkara ibadah serta ketaatan kepada Allah dan yang kedua ialah apa yang berada di dalamnya rasul dan sahabat, yang ketiga ialah para ulama dan mujtahid seperti yang disebutkan oleh Imam Tirmidzi ra bahawa Al-Jamaah itu ialah Ahlul fiqh wal ilm Wal Hadith dan yang ke-empat ialah Ahlul Islam iaitu apa yang berada di dalamnya umat Islam dan masyarakatnya dan lawan mereka ialah kuffar dan apa yang menyerupai kuffar dan kelima ialah apa yang disebutkan oleh Imam At-Tabari ra bahawa Jemaah itu ialah jemaah muslimin yang padanya diangkat amir dan wajib menuruti perintahnya dalam hal melaksanakan apa yang diperintahkan Allah dan rasul..” (lihat di dalam Al-I’tisom oleh As-Syatibi m/s 770 Jilid 2 tahqiq Dr. Salim Al-Hilali)

Maka dari penerangan di atas terkeluarlah golongan berikut daripada Al-Jamaah yang dikehendaki oleh Syarak iaitu :

1) Ahli Bid’ah dan kebathilan


2) Pengikut kumpulan sesat dan bathil seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah, Murjiah, Qadariyah, jahmiyah, ahli kalam, sufiyah dan lain-lain)


3) Golongan yang menyalahi jalan salaf soleh dan teladan serta fatwa ulama Islam seperti ahli falsafah, pengikut isme (FIKRAH) ciptaan manusia, pengikut tokoh-tokoh tertentu yang ta’asub, golongan yang menyerupai kuffar dan menerima sistem kuffar dalam kehidupan mereka.


4) Ahli kumpulan atau organisasi yang mahukan orang lain menyertai mereka dan memperjuangkan “fahaman” dan “keyakinan” mereka yang menyalahi prinsip-prinsip Islam serta menolak organisasi selain mereka.


5) Organisasi yang memperjuangkan Islam dengan cara yang bathil, berlaku keras terhadap sesama Islam yang lain yang bukan ahli jemaah mereka dan bersikap curang terhadap Islam apabila mengajak orang menyertai jemaah mereka bukan menyeru kepada Islam sebaliknya kepada gerakan mereka.

Perjuangan jemaah yang diredhai Islam ialah “Golongan yang membawa dasar-dasar Islam dan menyeru manusia kepada Islam bukan kepada gerakan dan kumpulan mereka sebaliknya mengajak kepada kebenaran dan mengikuti kebenaran bukan kepada peribadi manusia yang tidak maksum”.


إتباع الحق لا إتباع الرجال

“Ikutilah Kebenaran Bukan Mengikuti Orangnya”

Berkata Al-Auzaie ra : “ Kami mengikuti sunnah daripada sumbernya” ( lihat Syarh Sunnah oleh Al-Lalikaie).

Berkata Ibn Abbas ra : “ Aku berasa bimbang diturunkan ke atas kamu batu daripada langit apabila aku mengatakan Allah swt berfirman sekian maka kamu bahkan mengatakan telah berkata Abu Bakar dan Umar sekian dan sekian”. (lihat di dalam Musnad Ahmad no. 337/1 dan disahihkan isnadnya oleh Syeikh Ahmad Syakir ra).

Hal ini telah disyarahkan oleh Syeikhul Islam Muhammad Abd Wahab di dalam Kitab Tauhid dan dijelaskan oleh Syeikh Soleh ibn Fauzan dengan berkata sekiranya ta’asub terhadap pendapat dan tokoh agung seperti Abu Bakar ra dan Umar ra yang merupakan sebaik manusia selepas para nabi tanpa dalil adalah dilarang maka apatah lagi ta’asub dan mengikuti pendapat mereka yang lain ?

Ubay bin Ka'ab berkata : 'Sesungguhnya sederhana di jalan ini dan (di atas) sunnah itu lebih baik daripada bersungguh-sungguh tetapi dalam menentang jalan ini dan bercanggah dengan sunnah. Maka lihatlah amalan kalian jika dalam keadaan bersungguh-sungguh atau sederhana hendaknya di atas manhaj (cara pemahaman dan pengamalan) para Nabi dan sunnah mereka.'

Baginda rasulullah pernah bersabda :


يد الله مع الجما عة

“Tangan Allah itu bersama jemaah” (Riwayat Tirmidzi m/s 367 Jilid 6).

Dimaksudkan jamaah ialah berkumpulan dan bersatu bukan berpecah, ramai lebih daripada seorang, bersoff (dalam barisan) dan tersusun bukan berterabur tanpa panduan bagaikan anak kambing



وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيراً

"Barangsiapa yang menentang rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang yang beriman maka kami membiarkan dia berleluasa dengan kesesatan yang dialaminya itu dan kami masukkan dia ke dalam neraka jahanam yang seburuk-buruk tempat kembali" (An-Nisa : 115).

Maka berkata Al-Imam Syirazi dalam kitabnya bahawa ayat di atas memerintahkan kita kepada menuruti "jalan orang yang beriman" dan larangan menyalahi mereka serta mengikuti jalan orang yang beriman itu ialah wajib (Al-Luma' Fi Usul Fiqh m/s : 180).

Jalan orang yang beriman di dalam ayat ini merujuk kepada sebaik-baik golongan manusia yang beriman iaitu mereka yang beriman di zaman rasul dan hidup di bawah pertunjuk Allah dan di zaman penurunan wahyu iaitu para sahabat ra dan kemudian para anak-anak mereka dan seterusnya cucu mereka yang disebut sebaik-baik golongan.



وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

" Golongan yang terdahulu daripada Muhajirin dan Ansor dan golongan yang mengikuti mereka dengan ehsan maka telah redhalah Allah kepada mereka dan mereka pun merasa redha dengan Allah" (At-taubah : 100).



مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعاً سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَاناً سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْراً عَظِيماً

"Muhammad itu rasul Allah dan golongan yang bersamanya bersikap keras terhadap kuffar dan berkasih sayang di antara mereka dan kelihatan dari mereka beruku' dan bersujud dan mereka mencari fadhilat dari Allah dan redha-Nya" (Al-fath : 29).

Diriwayatkan oleh Ibn Umar ra yang bermaksud " Akan datang kepada umatku perkara seperti yang pernah menimpa kaum bani Israel , selangkah demi selangkah sehingga akan berlaku dikalangan mereka yang berzina dengan ibunya secara terang-terangan. Sehingga ada umatku akan melakukan sedemikian. Sesungguhnya umat bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan dan kesemuanya di neraka kecuali satu golongan. Maka bertanyalah para sahabat ra kepada baginda akan siapakah golongan yang satu itu wahai rasulullah ? Maka jawab baginda " Golongan yang aku berada di dalamnya dan para sahabatku ." (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.26 Jilid 5, Hakim no.218 Jilid 1).

Nabi Salallahualaihiwasalam bersabda melalui riwayat Aisyah ra : " Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi'ien)" (Hadith Sahih, riwayat Muslim no.1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 50)

Dasar-Dasar Jamaah

Hendaklah difahami bahawa sesuatu yang dinamakan jemaah itu haruslah mempunyai dasar-dasar dan ciri-ciri berikut berdasarkan apa yang telah diberikan garis panduan oleh kitab dan sunnah serta fatwa ulama di dalam persoalan harakah (gerakan).

Pertama :

Hendaklah Mengangkat Amir & Imam

Mengangkat Imam atau amir ialah satu kewajipan yang diperintahkan oleh sunnah dan hal ini merupakan salah satu di antara bukti-bukti kewajipan hidup berjemaah di dalam Islam supaya masyarakat Islam dan umatnya terpelihara dari penyelewengan dan kesalahan. Para ulama menyebutkan bahawa mengangkat imam bagi umat Islam itu ialah satu kewajipan yang disepakati oleh ijmak ulama. (lihat Al-Ahkam Sultoniyah m/s 5)

Disebutkan oleh para ulama seperti Imam Ibn Hazm dan Imam Al-Qurtubi ra bahawa tidak ada khilaf dalam persoalan kewajipan mengangkat imam bagi golongan ahlul sunnah dan tidaklah menyalahi mereka hal ini melainkan golongan yang sesat. (lihat Al-Imamah Al-Uzma oleh Syeikh Dr Abdullah Ad-Domaiji m/s 46)



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. kemudian jika kamu berlainan Pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An-Nisa : 59)

Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari daripada Abu Hurairah ra bahawa yang dimaksudkan dengan ulil amri itu ialah para pemimpin dan kemudian di tambah lagi dengan katanya At-Tabari yang paling tepat dari maksudnya ialah mereka itu para pemimpin yang diberikan wala ketaatan oleh umat Islam dan pemelihara maslahat umat Islam. (Tafsir At-Tabari m/s 497 Jilid 7 dengan isnad yang sahih)

Bahkan di dalam hadith terdapat perintah supaya melantik amir apabila seseorang keluar bermusafir seperti hadith riwayat Abu Said Al-Khudri ra bahawa baginda rasulullah bersabda : “ Sekiranya keluar tiga orang dalam musafir maka hendaklah mengangkat amir salah seorang di antara mereka.” Demikian juga hadith yang sama makna daripada riwayat Abu Hurairah Abdullah ibn Umar dengan tambahan. (Hadith sahih riwayat Ahmad, Abu Daud no. 87 dan lain-lain)

Maka berkatalah Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah ra dengan maksudnya sekiranya diwajibkan mengangkat amir bagi satu kumpulan yang kecil seperti tiga orang di dalam musafir maka lebih-lebih lagi menjadi kewajipan untuk mengangkat amir (pemimpin) di dalam kumpulan yang lebih besar dari itu apatah pula di dalam urusan yang lebih besar dari sekadar musafir. (lihat Al-Imamah Al-Uzma oleh Syeikh Dr Abdullah Ad-Domaiji m/s 50)

Pengangkatan Amir (pemimpin) di dalam Islam terlihat dari hadith yang menyuruh supaya mengangkat ketua di dalam musafir maka perlantikan ketua bagi urusan besar dari musafir adalah amat-amat lebih perlu seperti urusan dakwah, tarbiyah dan jihad serta pelbagai hal urusan agama. Sehingga di dalam kitab solat terdapat hadith dan bab supaya menyuruh menunggu imam dan hadith yang memerintahkan supaya makmum bersolat menurut takbir imam dan mengikuti perbuatannya sekaligus mencerminkan kedudukan imam dan ketua yang mesti dipatuhi dalam hal yang berkaitan syarak dan memberi manfaat kepada syarak.

Melalui amir (pemimpin) dan Imam maka umat Islam lebih tersusun dan kemas serta rapi dalam bergerak menegakkan deen Allah dan sesungguhnya telah disebutkan di dalam hadith baginda : “ Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah swt daripada mukmin yang dhaif.” (hadith sahih riwayat Muslim dan Ibn Majah no. 79)

Kedua :

Melaksanakan Syura’ Dalam Urusan

Di antara aspek penting dasar sesebuah jamaah menurut kitab dan sunnah serta konsep kumpulan orang-orang yang beriman ialah mereka melaksanakan syura’ di dalam urusan mereka seterusnya bertawakal kepada Allah di atas segala keputusan yang dibuat.



وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (As-Syura : 38)



فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu Berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. kerana itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Ali-Imran : 159)

Berkata Al-Ustaz Syed Qutb bahawa pada ayat ini tergambarlah kekhususan umat Islam ini berbanding umat-umat yang lain apabila Allah memerintahkan mereka dengan mengadakan syura’ sedangkan ayat ini ialah ayat Makkiyah dan daulah Islam belum lagi tertegak di Madinah maka difahami bahawa inilah sifat jemaah yang mesti ditegakkan oleh jemaah umat Islam sebelum menuju kepada daulah bahawa syura ditegakkan di dalam segala urusan penting mereka. (lihat Fi Zilalil Qur’an m/s 316 Jilid 5)

Disebut di dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra : “ Tidaklah aku melihat seorang pun yang lebih banyak bermesyuarat bersama sahabatnya selain nabi salallahualaihiwasalam.” (hadith riwayat Tirmidzi, Syafie dan Baihaqi, rijalnya siqah tetapi terputus isnadnya).

Maka menjadi kewajipan kepada para muslimin menegakkan syura’ di dalam jemaah atau gerakan mereka serta memahami baawa ianya ialah sunnah yang sangat dituntut oleh Allah swt serta menjadi salah satu dasar kepada sebuah jemaah yang dikehendaki oleh syariat.

Ketiga :

Mengikuti Tanzim (Organisasi)

Organisasi atau sebuah tanzim merupakan perkara yang mesti dan lazim di dalam sebuah gerakan atau jemaah dan ianya mesti di atur dengan baik menurut kesesuaian serta kedudukan yang sewajarnya. Di dalam hadith baginda rasulullah salallahualaihiwasalam ada menyebut :


أمرت أن أخاطب الناس على قدر عقولهم

" Aku diperintahkan untuk berbicara dengan manusia menurut kadar kemampuan mereka"(Hadith Sahih, riwayat Bukhari no.124).

Lantaran itu penetapan organisasi, bidang tugasan dan pekerjaan harus disesuaikan benar-benar menurut kemampuan seseorang dan kebolehan serta keperluan semasa yang memerlukan kepada jemaah menetapkan seseorang memikul tugas dan berperanan dalam gerak kerja agama yang diputuskan melalui syura’.

Mengikut arahan atau bertindak melalui bidang kuasa serta struktur organisasi adalah sangat penting kerana ianya menjamin kepada keselamatan dan manfaat umum yang terselamat dari kesilapan dan penyelewengan. Banyak berlaku kepada umat Islam yang bertindak tidak menurut struktur organisasi sebaliknya bersikap “Sendiri” akhirnya tewas dan terjebak kepada kekalahan, penyelewengan dan kesilapan.

Hal ini pernah disebutkan di dalam hadith baginda rasulullah salallahualaihiwasalam mengenai kebahayaan bertindak dan melakukan kerja seorang diri termasuk dalam beramal untuk Islam apabila baginda menyebutkan :

فان الشيطان مع الواحد وهو من الاثنين أبعد
“ Sesungguhnya Syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua” (riwayat Ahmad dan Nasaie, Tirmidzi dan Ibn hibban dan lain-lain.)



(bersambung insyaAllah...)

Saturday, March 10, 2007

Risalah kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah'

RISALAH
kepada
AHLI ASSUNNAH
BEBERAPA PERHATIAN PENTING
(BEDAH SIASAT) TERHADAP
PERLAKSANAAN DAKWAH
ASSUNNAH DIMALAYSIA


oleh
ISMAIL bin OMAR
AKADEMI AL-MUKARRAMAH
YAYASAN KEBAJIKAN NUSANTARA
April 2005


ISI KANDUNGAN

KATA PENGANTAR

1. HIDAYAH ALLAH DAN FITRAH YANG
SUCI

2. PROSES PERLAKSANAAN ASSUNNAH:
LIKU-LIKU PEMBABASAN

3. MASALAH FANATIK KEPADA PENDAPAT
GURU-GURU TERTENTU SAHAJA
DALAM PERBAHASAN SOAL AGAMA
TERUTAMA DALAM BIDANG FURUK

4. MEMPERBANYAKKAN BILANGAN
GURU-GURU ASSUNNAH YANG
BERKUALITI

5. PENYESUAIAN SEMASA (FIQHALWAQI’)
DIERA GLOBALISASI

6. PROFESSIONALISMA DALAM ISLAM

7. BEROGANISASI BERJEMAAH

8. KEPENTINGAN DAKWAH MENGIKUT
KAEDAH MANHAJ

9. ELAKKAN CARA JUMUD ATAU BEKU
DALAM PEMAHAMAN DAN PERLAKSANAAN
ASSUNNAH

10. ELAKKAN MEMBAWA MASALAH
BUDAYA ARAB KEBUDAYA
MASYARAKAT MELAYU NUSANTARA

11. FIQH ALIKHTILAF ATAU ADAB
ALIKHTILAF

12. FIQH ASSUNNAH, FIQH ADDAKWAH,
FIQH ASSEERAH, FIQH ALAQIDAH

13. DAKWAH ASSUNNAH ADALAH
BERDASARKAN AQIDAH BUKAN
BERDASARKAN FEKAH ATAU HARAKAH

14. FIQH ALAQIDAH SERTA INSTITUSI
ALWALA’ (KESETIAAN) DAN ALBARA’
(PENOLAKAN) DALAM ISLAM

15. USUL DAN FURUK

16. ILMU ALAT

17. PENGASINGAN (COMPARTMENTALISATION)
BIDANG- BIDANG ILMU

18. ASAL SEMUA ILMU AKADEMIK ADALAH
ISLAMIK BUKAN SEKULAR

19. MASYARAKAT ADALAH CAMPURAN
BERBAGAI JENIS MANUSIA. SETIAP
MANUSIA BERBEZA TAHAP
KEMAMPUAN DAN KESABARAN
20. PERANAN AHLI KORPORAT DAN
PROFESSIONAL

21. SEDEKAH SEBAGAI PENGGERAK
DAKWAH ISLAMIYAH DAN TIDAK BOLEH
DIANGGAP SEBAGAI DANA
SUMBANGAN UNTUK MEMPENGARUHI
MANA-MANA INSTITUSI DAKWAH


KATA PENGANTAR

sesungguhnya segala pujian adalah kepada Allah. Kita memujiNya,
memohon pertolonganNya, memohon keampunanNya, dan berlindung
dengan Allah dari segala keburukan diri kita dan keburukan segala amalan
kita. Sesiapa yang Allah memberi petunjuk kepadanya maka tiada kesesatan
baginya dan sesiapa yang disesatkan maka tiada petunjuk baginya. Aku
menjadi saksi bahawa tiada tuhan yang berhak diabdikan melainkan Allah
yang satu tiada sekutu bagiNya, dan aku menjadi saksi bahawa Muhammad
itu adalah abdiNya dan rasulNya.

1. HIDAYAH ALLAH DAN FITRAH YANG SUCI

Kita mengucap syukur kepada Allah azza wajalla yang telah mengurniakan
kita dengan taufik dan hidayahNya. Tiadalah kurniaan yang lebih bernilai
kepada maklukNya selain dari hidayahNya. Apalah nilai kebenaran,
kebesaran dan kemegahan dunia ini tanpa hidayahNya yang menjamin
kehidupan kita diakhirat kelak. Tiadalah sebenarnya nilai hidup didunia ini
tanpa kebahagiaan diakhirat kelak sesuai dengan firmanNya dalam Surah
Al A’ala:
yang bermaksud: “Demi sesungguhnya Akhirat itu adalah lebih baik dan lebih
kekal”.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith sahih riwayat Imam AlBukhari:
yang bermaksud: “Hiduplah kamu didunia ini seakan-akan kamu orang asing
(stranger) atau orang musafir / merantau.” Sesungguhnya fitrah semulajadi
yang ditanamkan oleh Allah didalam hati sanubari setiap insan adalah
kebaikan. Firmannya (Surah Al Baiyinah):
5 yang bermaksud: “Dan tiadalah mereka itu diperintahkan melainkan untuk
mengabdikan diri mereka kepada Allah dengan ikhlasNya kepada
agamaNya yang suci.”

Malangnya fitrah suci insan itu telah dicemari oleh 2 perkara iaitu pengaruh
alam sekeliling dan juga tipu daya syaitan ( sila rujuk: Bab 1 :
MUQADDIMAH - Latar Fungsi Manusia Dalam Pembentukan Manhaj Ahli
AsSunanah Waljamaah dalam buku Manhaj Ahli Assunah WalJamaah dan
juga Bab 4.2 dalam buku Manhaj Aqidah Ahli AsSunah Waljamaah kedua
duanya oleh penulis Risalah ini).


2. PROSES PERLAKSANAAN ASSUNNAH: LIKU-LIKU
PEMBABASAN


Sesungguhnya tugas tanggungjawab para penyeru kepada AsSunnah
amatlah berat. Namun tugas ini adalah wajib kepada setiap pendokong Ahli
AsSunnah. Dan lebih berat lagi ialah kepada penuntut-penuntut ilmu
AsSunnah dan mereka-mereka yang bergelar “ustaz-ustaz” atau lebih canggih
lagi digelar “syeikh-syeikh” atau “ulamak-ulamak” AsSunnah. Rasulullah s.a.w.
sendiri telah mengiktirafkan perkara ini dengan sebdanya:
yang bermaksud: “ Sesungguhnya para ulamak adalah pewaris para nabi”
(hadis sahih riwayat imam Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah )

Kalau dalam hadith lain (sahih riwayat Imam..... dikatakan pula bahawa “Para
nabi adalah golongan yang paling berat diuji” (dalam hidup perjuangan
dakwah mereka), maka apalah pula nasib pewaris-pewarisnya’. Pastilah
pewaris-pewaris tersebut juga terpaksa mengharungi ujian-ujian perjuangan
dakwah cebisan dari perjuangan usaha para nabi.

Sudah pastilah pula setiap proses perlaksanaan mendakwah dan
menghidupkan asSunnah itu menghadapi kesilapan seperti mana sabda Ar
Rasul s.a.w.
yang bermaksud: “Setiap bani/anak Adam membuat kesilapan dan sebaik
baik mereka yang membuat kesilapan ialah mereka yang bertaubat”
( Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad ).

Setiap kesilapan menghasilkan proses perlaksanaan yang terbabas dari
objektif yang dituju sama ada sedikit atau banyak bergantung kepada
magnitude/saiz atau intensity/ kekerapan kesilapan tersebut. Namun
keistimewaan Dakwah AsSunnah ialah pembabasan tersebut tidak
merosakkan visi dan misi keseluruhan Dakwah AsSunnah dengan syarat ia
tidak membawa kekufuran atau kesyirikan luar dari batas ketentuan syarak.

Bertolak dari fenomena yang digariskan diatas maka penulis merasakan
perlu dipaparkan beberapa nota perhatian dibawah sebagai peringatan atau
proses pengemudian semula tehadap beberapa kesilapan dan pembabasan
yang telah berlaku dalam perlaksanaan Dakwah AsSunnah di Nusantara.

7.Disamping itu sebahagian nota perhatian tersebut harus dijadikan bimbingan
dari garis panduan perlaksanaan Dakwah AsSunnah semasa dan dimasa
depan di Nusantara.

Beberapa teguran yang dipaparkan bukanlah bermaksud menyentuh
peribadi-peribadi tentu. Ia adalah semata-mata dalam bentuk proses
mengambil pelajaran/koreksi dari kesilapan-kesilapan yang telah dan sedang
berlaku termasuk kepada diri penulis sendiri dan para sahabatnya. Ia juga
boleh dijadikan pelantar/platfrom penapisan dan kemajuan Dakwah
AsSunnah kealaf yang lebih matang. Semoga Allah mengurniakan kita dari
golongan yang benar-benar diredhainya dalam memperjuangkan dan
merealisasikan AsSunah dimuka bumiNya, serta termasuk dalam golongan
penegak AsSunah yang telah di isyaratkan oleh baginda Rasuluallah s.a.w.
sebagai:
yang bermaksud: Tidak akan hilang dari umatku satu golongan yang sentiasa
menegakkan hak, tiada menjejaskan orang-orang yang menghina mereka
sehingga datang perintah Allah (Hari Kiamat) (hadith riwayat Imam Muslim).


3. MASALAH FANATIK KEPADA PENDAPAT GURU-GURU
TERTENTU SAHAJA DALAM PERBAHASAN SOAL AGAMA
TERUTAMA DALAM BIDANG FURUK / RANTING

Sebab utama kesilapan ini berlaku dikalangan Ahli AsSunnah diNusantara
ialah kelemahan kemantapan ilmu dari guru-guru atau ustaz-ustaz serta
pemimpin-pemimpin gerakan AsSunnah. Jika diperhatikan dari sudut sejarah,
kita dapati bahawa kejayaan gerakan AsSunnah yang lampau dinegara
negara Islam lain mempunyai dua ciri berikut

a. Guru dan pemimpin yang benar-benar alim dalam setiap bidang ilmu agama
dan mantap dalam melaksanakan dakwah mereka sesuai dengan hal
keadaan sekeliling ditempat dan zaman mereka menerokai dakwah
AsSunnah.

b. Sering mereka didokongi oleh institusi-institusi gedung ilmu yang
kukuh demi melahirkan dan menjamin (a) diatas.
Kita amat bersyukur dan berterima kasih diatas kesungguhan beberapa
pesonaliti pejuang AsSunnah dikalangan masyarakat Melayu Malaysia seperti
Sh. A.Hasan Bandung, Sh. Abu Bakar, Sh. Hashim A. Ghani, Sh. Abdullah
Al Qari, dan lain-lain dalam setengah abad yang lalu. Kemudian timbul pula
generasi baru yang terdiri dari bekas pelajar-pelajar dari Universiti Islam
Antarabangsa di Madinah, Universiti Ummul Qura Mekah, Universiti Al-Imam
di Riyard, Universiti Abu Bakar di Karachi dan Universiti Jordan.
Jika diteliti, penerapan dakwah AsSunnah diMalaysia khususnya baru hanya
melalui proses yang singkat. Usaha-usaha terawal berkitar dengan dakwah
AsSunnah secara zahiri yang terpengaruh dengan kitab AlMuhalla oleh Abu
Daud Az Zahiri terutama di Perlis dan Negeri Sembilan. Setelah pulangnya
pelajar-pelajar muda dari Timur Tengah, dakwah AsSunnah mulai bergerak
lebih pantas. Tetapi malangnya, banyak dari pelajar-pelajar lulusan Madinah,
Mekah dan Riyard lebih mementingkan mengejar jawatan dan sijil dari dakwah
AsSunnah hakiki. Bahkan banyak pula yang masih terjebak dengan haraki
secara politik ala Ikhwan Muslimin dari penekanan kepada masalah aqidah.
Akhirnya hanya tinggal beberapa kerat ustaz-ustaz AsSunnah sahaja yang
benar-benar aktif dalam berdakwah kepada AsSunnah. Dengan sebab
kekurangan pilihan guru-guru yang mantap, maka pendokong-pendokong
AsSunnah terpaksa bergantung kepada beberapa personaliti sahaja.
Perbahasan berkenaan isu-isu AsSunnah pula belum mencapai tahap matang
dan meluas. Maka kebanyakan idea AsSunnah bergantung penuh kepada
hanya beberapa personaliti sahaja.

9.Sebenarnya fenomena ini bukanlah satu kesilapan. Ia hanyalah satu proses
pematangan yang memerlukan masa yang lebih panjang. Untuk pemantapan
dan kematangan ilmu AsSunnah memerlukan:

a. Lebih banyak pelajar-pelajar yang pergi mendalami ilmu di institusiinstitusi
AsSunnah di Timur Tengah.

b. Pelajar-pelajar ini mestilah yang berkualiti tinggi dari sudut keilmuan dan
kemampuan intelek.

c. Pelajar-pelajar ini juga mesti dari golongan yang ikhlas
dan sedar keatas kepentingan dakwah AsSunnah serta tidak terbabas
mengejar pangkat dan sijil.

d. Didirikan institusi-institusi ilmu mengajar pengajian AsSunnah dengan gigih.

e. Mewujudkan institusi R&D (Research & Development) yang kukuh dalam
mengkaji dan memajukan pemikiran dan kefahaman AsSunnah.


4. MEMPERBANYAKKAN BILANGAN GURU-GURU
ASSUNNAH YANG BERKUALITI

Ini adalah hasil dari usaha 3(a) ke 3(e) diatas. Mempelbagaikan bilangan guruguru
berkualiti akan

a. Mengurangkan unsur-unsur fanatik kepada individu-individu tertentu

b. Meluaskan bidang dan kefahaman terhadap AsSunnah dari minda.

c. AsSunnah yang masih sempit ketika ini, Mengurangkan jurang perselisihan
pendapat dengan perbahasan intelek ilmiah yang mantap dalam isu-isu
penting dalam dakwah AsSunnah.

Sebagai misal, Imam Malik adalah guru kepada Imam Syafei yang kemudian
pergi ke Baghdad untuk berguru dengan Abu Yusuf, murid besar Imam Abu
Hanifah (wafat sebelum Imam As Syafei sempat berguru dengannya). Imam
As Syafei sendiri telah mengiktirafkan kehebatan muridnya Imam Ahmad
Ibnu Hanbal apabila ia meninggalkan Baghdad untuk berpindah keMesir.

11.Keempat-empat imam besar dalam feqah ini saling berkaitan. Mereka tidak
fanatik berguru kepada satu, dua guru sahaja.

5. PENYESUAIAN SEMASA (FIQH ALWAQI’) DI ERA
GLOBALISASI

Pengikutan Manhaj dakwah ulamak-ulamak terawal (salafiyah) dinegara-negara
Timur Tengah tidak bermaksud kita mesti ciplak 100% metodologi dakwah
mereka untuk masyarakat kita semasa. Apa yang penting diambil pengajaran
disini ialah mereka berjaya berijtihad mengorak langkah perlaksanaan dakwah
berdasarkan Manhaj ASWJ sesuai dengan masa dan tempat alam sekeliling
dizaman mereka menurut kaedah Al Masalih Al Mursalah atau kemaslahatan
kemaslahatan umum diturunkan wahyu keumat manusia umumnya dan keumat
Muhammad s.a.w. khususnya (sila lihat bahagian 11.2.4.1 Definasi Al Masalih
AlMursalah dalam Kitab Manhaj Aqidah ASWJ oleh penulis).

Sudah pastilah terdapat perbezaan dari segi pendekatan (approach) dan
teknik dakwah jika dibandingkan zaman ala globalisasi kini dengan zaman
ulama-ulamak AsSunnah 50,100 atau 500 tahun lepas. Penyesuaian harus
dikaji dan dimajukan (R&D - Research and Development) untuk dakwah
AsSunnah dizaman kita ini yang bercirikan revolusi ICT, globalisasi, dunia
tanpa sempadan dan sebagainya. Isi kandungan Manhaj tetap tidak berubah.
Tetapi teknik perancangan dan perlaksanaan harus diubah suai menghasilkan
komitmen kukuh dan berterusan dari pendokong Ahli AsSunnah.
Contohnya kalau dahulu dizaman “tujuh puluhan” (1970’ an) golongan pelajar
adalah lebih komited dan patriotik disebabkan mereka adalah majoriti (90%)
dari golongan ibubapa yang miskin...... tapi sekarang para pelajar dizaman
“milleneum” (2000’an) kurang peka dengan isu-isu perjuangan agama dan
bangsa disebabkan majoriti ibubapa mereka adalah dari golongan yang
berkemampuan dari sudut kebendaan serta dipengaruhi dengan “gadjet
gadjet” canggih seperti PC, handphones, internet, sms, kancil, proton saga,
dan lain-lain. Sebab itulah, masalahnya sistem dakwah berkelompok secara
“usrah” zaman sekarang sudah kurang berkesan mempengaruhi golongan
pelajar jika dibandingkan dengan zaman 1970’an dan 1980’an kerana sistem
informasi jauh lebih terbuka dan melalaikan pada zaman milleneum ini. Maka
harus diperbaiki sistem usrah tersebut sesuai dengan perkembangan semasa.

Sesungguhnya umat Islam ketingganlan zaman dari sudut kemajuan sains
dan teknologi disebab kelalaian mereka tidak bersaing ketika Eropah
menempuhi Revolusi Industri. Pada hal sebelum itu Umat Islam berbangga
dengan kemajuan tamadun Islam hingga ke Cordova di Andalus, Sepanyol,
dimana Eropah pada waktu yang sama mengalami musibah Zaman Gelap
(the Dark Ages) yang mengorbankan berjuta penduduk di sebabkan wabak
tikus. Apabila Eropah bangkit dengan Revolusi Industri, umat Islam terus
berpoya-poya dengan kesenangan hidup. Hasilnya, sekarang ini umat

12.Islam terpaksa mengemis untuk mendapatkan produk-produk sains dan
teknologi dalam segenap bidang komunikasi, pertanian, industri, peralatan
ketenteraan, pengangkutan dan segalanya.
Revolusi masa depan ialah Revolusi ICT (Teknologi Informasi Berkomputer).

Segalanya pada masa kini adalah berkaitan dengan komputer termasuklah
teknik cara berdakwah sendiri, teknik memperolehi ilmu, teknik pengurusan
beroganisasi, dan teknik perlaksanaan. Ke semuanya bergantung rapat
dengan penggunaan teknologi komputer.

Maka wajib bagi Ahli AsSunnah mengharungi dengan kepintaran terhadap
kemajuan teknologi informasi berkomputer ini berpandukan Manhaj ASWJ
untuk terus bersaing di era globalisasi menggunakan kaedah Fiqh AlWaqi’
atau ilmu pemahaman keadaan hal sehwal semasa (contohnya dalam kitab
yang ditulis oleh Syeikh Nasir AlUmar berkenaan tajuk ini).


6. PROFESSIONALISMA DALAM ISLAM

Tindakan ala professionalisma adalah perlu diera globalisasi. Bahkan
perkataan “ulamak” atau “ustaz” perlu diistilahkan juga sebagai profesional
dalam bidang agama. Ulamak professional harus lebih hebat dari mana
mana professor atau Hakim Mahkamah Agung. Barulah kepimpinan Islam
apatah lagi kepimpinan AsSunnah disegani dan dihormati.

Diperingkat perlaksanaan, pandakwah AsSunnah professional akan lebih
menarik dan lebih berkesan dalam penyampaian dan penyusunan segala
usahanya, bukan sahaja kepada para pendokong AsSunnah, bahkan kepada
umat Islam dan golongan bukan islam. Perlu juga diperbanyakkan
professional dalam bidang duniawi yang mantap dalam ilmu agama.

Konsep professionalisma tulen telah membuatkan banyak dari golongan pro
fessional yang telah terlatih dalam sistem pendidikan sekular untuk berminat
dan bersemangat untuk kembali kepada pemahaman dan gerakan Islam
secara sistematik berdasarkan Al-Quran dan As Sunnah. Sumbangan
pihak professional ini amatlah baik sekali terutama dalam penyusunan gerak
kerja dakwah As Sunnah. Cuma ditakuti ada yang terbabas melebihi batas
kemampuan dari susut pemahaman disebabkan asas ilmu mereka yang
cetek dalam ilmu agama. seharusnya mereka bergerak sesuai dengan batas
ilmu yang ada atau berdampingi para ustaz yang mantap dalam bidang ilmu
agama serta terdedah dengan tindakan professionalisma untuk memahami
polar pemikiran golongan professional.
Ditakuti juga golongan professional yang aktif dalam bidang dakwah terlalu
berkeyakinan dengan kemampuan aqal professionalismanya hinggakan
walaupun kecetekan ilmu agama, mereka terlalu bersemangat dan berani
dalam suatu tindakan tanpa pedulikan pihak-pihak ustaz yang walaupun tidak
begitu sistematik dalam susunan kerja mereka tetapi masih mempunyai

14.pandalaman dalam ilmu syarak yang berguna dan harus didengari oleh
golongan professional ini.


7. BEROGANISASI BERJEMAAH

Dalam setiap kitab-kitab AsSunnah dan kitab-kitab Hadith yang
membincangkan bab fitnah-fitnah yang akan berlaku disepanjang zaman
terutama diakhir zaman, masing-masing dari kitab tersebut pasti membawa
nas-nas khususnya hadith-hadith yang menganjurkan berjemaah iaitu bersatu
padu dalam organisasi berjemaah dan sesiapa yang menyimpang maka
tersisih ke dalam neraka.

Al-Quran Al Karim menyuruh kita mengamalkan sistem syura
(Surah AsSyura, ayat 38).
Maka setiap jemaah yang didirikan pasti ada tanzim atau sistem kepimpingan
yang terdiri dari ahli syura dan amir. Sistem ini tidak asing lagi dalam tanzim
haraki ala Al Ikhwan atau tanzim siasi ala pertubuhan politik atau tanzim
jemaah tabligh atau tanzim pertubuhan sufiyah.

Banyak dari pendakwah fanatik ahli AsSunnah dari negara Arab yang
phobia (pantang) terhadap kalimah tanzim. Mereka bersikap demikian kerana
takut bayangan tanzim haraki Al Ikhwan. Sikap ini disebabkan kesan budaya
dakwah Arab diabad kedua puluh Masihi yang berhadapan dengan pancaroba
perselisihan harakah dakwah yang sengit.

Adapun dari sudut penyusunan sistem kerja beroganisasi, tanzim adalah
perkara biasa dalam mana-mana sistem kepimpinan. Pendokong ahli
AsSunnah tidak harus takut atau teragak-agak dalam menyusun tanzim
dakwah. Tanpa tanzim jemaah lemah dan tidak efisien. Bahkan sejarah
membuktikan bahawa kesemua tanzim yang berjaya adalah mereka yang
mempunyai kepimpinan yang kuat dan kukuh. Susunan tanzim boleh
diaturkan secara ijtihad berdasarkan sistem perlantikan dan kepimpinan Al
Khulafa’ Ar Rasyidiin berpandukan nas-nas Al Quran, hadith-hadith sahih
dan seerah Nabi.

Keraguan dari pendakwah AsSunnah yang keterlaluan adalah disebabkan
kekeliruan mereka berkenaan peranan kepimpinan Islam sedunia yang
telah luput apabila jatuhnya Kerajaan Uthmaniyah (sila rujuk kitab “Al
Imamah Al Uzma oleh Dr Abdullah Ad Dumaiji). Mereka juga takutkan
kesimpangan amalan baiah (janji ikrar taat setia) terutama dari golongan
tarekat sufiyah.

Apa pun sistem syura, sistem amir dan amalan baiah adalah terkandung
dalam nas-nas yang sahih. Terpulang kepada tanzim jemaah masing
masing mengaplikasi nas-nas tersebut sesuai dengan kehendak susunan

15.kepimpinan ijtihad masing-masing dengan memastikan bahawa sistem
susunan yang dipilih adalah releven dengan dalil-dalil yang disandarkan.


8. KEPENTINGAN DAKWAH MENGIKUT KAEDAH MANHAJ

Kaedah Manhaj seperti yang direka bentuk oleh Penulis dalam bukunya
Manhaj Ahli ASunnah WalJamaah (MASWJ) merupakan kaedah yang
paling baik untuk dipersembahkan kepada masyarakat. Antara sifat-sifat
terbaik kaedah ini ialah:

a. Kefahaman ideologi ASWJ dapat dilihat secara komprehensif melalui
perspektif yang menyeluruh.

b. Maka kefahaman ASWJ boleh didedahkan dengan terancang menurut prioriti.
Ia adalah berdasarkan aqidah (Akidah base) sebagai prioriti kefahaman
agama yang kemudian dengan mudah menular kesetiap bidang-bidang lain
dalam ilmu dan amalan agama Islam.

c. Dengan itu ia mudah atau simple untuk difahami dimulai dari asas agama
secara menyeluruh.

d. Cara ini mengelak terjebak dalam isu-isu remeh atau ranting dengan
memahami dahulu agama secara dasar dan komprehensif.
Maka kesemua 15 kaedah MASWJ amat mudah difahami berbanding dengan
pendekatan kitab kuning yang cuba membincangkan usuluddin melalui
kaedah mantik atau filosofi dan ilmu kalam yang mengelirukan.Tiada siapa
yang mengucapkan dua kalimah syahadah boleh menolak mana satu dari
15 kaedah ini kerana ia bersifat menyeluruh dan dipetik dari dalil-dalil Al
Quran dan hadith-hadith sahih yang dasar dan kukuh.
Maka MASWJ adalah amat sesuai difahami masyarakat selaras dengan
trend atau aliran pemikiran semasa diera globalisasi.


9. ELAKKAN CARA JUMUD ATAU BEKU DALAM
PEMAHAMAN DAN PELAKSANAAN ASSUNNAH

Definasi “Sunnah” adalah amat luas dan menyeluruh. Banyak dari kesalahan
pendokong AsSunnah menggambarkan seakan-akan AsSunnah itu adalah
kepunyaan golongan mereka sahaja dan dengan itu senang-senang sekali
melabelkan golongan lain “tidak sunnah”. Pada hal, dalam banyak insiden,
perkara yang dipertikaikan itu adalah isu-isu fekah yang ranting atau remeh
atau furuk yang para ulamak mempunyai pelbagai pendapat berkenaannya
serta dibenarkan berijitihad akannya. Disebaliknya golongan yang mengaku
Sunnah ini menggambarkan isu ranting yang dibenarkan ijtihad sebagai satu
perkara yang muktamad atau perkara kepastian. Jika dikaji dalam kitab
kitab muktabar, kita dapati para ulamak muktabar berselisih pendapat
berkenaan perkara atau isu yang dikemukakan.

Antara kaedah amali MASWJ yang asasi adalah mengkaji kesemua nas
nas yang berkaitan dengan mana-mana isu yang sedang dibahaskan dan
kemudian barulah dirumuskan sesuatu hukum atau pendapat yang rajih atau
pendapat yang lebih berat kepada yang benar berkenaan isu tersebut. Adalah
menjadi amanah ilmu untuk mengkaji dan mengeluarkan kesemua sudut
pendapat sebelum merumuskan pendapat yang dipilih. Banyak golongan
yang takut mengeluarkan pendapat-pendapat yang lain kerana takut tidak
diterima pendapat yang mereka pelopori. Ini adalah sikap asabiyah atau
fanatik yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Apalah yang ditakuti oleh mereka ini sekiranya mereka benar-benar yakin
bahawa pendapat merekalah yang lebih bersesuaian dengan nas-nas yang
sahih. Maka keluarkankah semua nas-nas dan pendapat yang ada sebagai
amanah dari sudut ilmu. Kadangkala puak-puak tersebut bersikap demikian
kerana pada malaikat sebenarnya mereka tidak berkemampuan
mengeluarkan nas-nas lain atau pendapat-pendapat lain disebabkan
jangkauan atau pendedahan ilmu yang cetek. Maka inilah pentingnya perkara
3(a) ke(e) diatas agar melahirkan para ilmuan yang mantap dan matang.
Perkataan “sunnah” adalah bermaksud “cara” atau “the way of” ArRasul.
Cara ArRasul amatlah luas dan universal. Sunnah bukan terhad kepada isu
furuk ibadat feqah khusus sahaja. Sunnah juga merangkumi soal kepimpinan,
kenegaraan, ekonomi, profesionalisma, pengurusan, etika serta cara
berurusan dengan semua jenis manusia sama ada Islam dan bukan Islam.

17.Sunnah itu bukan milik sesiapa. Sunnah adalah Islam dan Islam itu sunnah
atau satu cara hidup (way-of-life).
Kekeliruan ini berlaku disebabkan

a. Kurang pemantapan dalam ilmu agama

b. Kurang memahami Kaedah Manhaj Ahli AsSunnah WalJamaah

c. Strategi beberapa individu untuk “mengawal” pemikiran AsSunnah untuk
mencari pengaruh dan terkenal sebagai champion atau wira AsSunnah.

d. Pengaruh cara beberapa golongan “AsSunnah Arab” hasil dari pengajian
mereka di Timur Tengah, atau dari guru-guru arab yang bersikap jumud atau
beku.


10. ELAKKAN MEMBAWA MASALAH BUDAYA ARAB KE
BUDAYA MASYARAKAT MELAYU NUSANTARA

Sesungguhnya budaya Arab banyak mempengaruhi dakwah Islam
disebabkan wahyu dan banyak para nabi dilahirkan dari golongan Arab.
Bahkan Bahasa AlQuran itu menjadi teras Bahasa Arab. Banyak dari
budaya Arab yang baik yang boleh kita contohi seperti budi perkerti
melayan tetamu dan sifat mudah maaf memaafi.

Disebaliknya ada beberapa unsur dari budaya Arab yang juga perlu kita
hindari. Sewaktu sessi soal jawab setelah ceramah bertajuk Sifat-Sifat
Para Pendakwah oleh Syeikh Abdul Rahman AsSudais Imam Masjid
AlHaram Mekah pada bulan November 2004 lepas di Kuala Lumpur,
seorang pendakwah berbangsa Arab telah memberi komen yang telah
dipersetujui oleh semua yang hadir. Ia telah memberi perhatian agar para
pendakwah AsSunnah di Malaysia janganlah suka membawa perselisihan
dalam budaya Arab dari sudut dakwah ke masyarakat Melayu Malaysia.
Tidak semua isu permasalahan di masyarakat Arab yang releven di
masyarakat Islam di Malaysia. Bahkan ada isu-isu yang lebih
mengelirukan dan merumitkan pemahaman AsSunnah dimasyarakat ini.
Tindakan setengah pendakwah Arab yang aktif dalam bidang dakwah
diMalaysia atau pelajar-pelajar Malaysia lulusan dari negara-negara Arab
mengemukakan isu-isu dimasyarakat Arab ke masyarakat Malaysia sematamata
untuk tujuan kononnya menjadi wira AsSunnah adalah perlu dihindari.
Ada yang suka mengemukakan isu-isu remeh yang menyebabkan lebih
banyak lagi perselisehan dan keraguan berlaku antara pendokong
pendokong AsSunnah sendiri padahal isu-isu ini sebelum itu belum pernah
di dengari langsung oleh masyarakat Islam Melayu. Contohnya ialah khilaf
ulamak sama ada boleh solat jemaah lagi oleh mereka yang lambat tiba
dimasjid setelah selesai jemaah yang terdahulu, iktikaf tidak boleh melainkan
di tiga masjid, gambar fotografi adalah haram sama sekali, jemaah tanpa
amir kerana takut baiah, benci pakai seluar dan mesti pakai jubah, menolak
bulat-bulat semua ulamak melainkan yang sunnah sahaja, seseorang itu
belum lagi sunnah kalau tidak menggerak-gerakkan jari sewaktu membaca
tasyahhud, haram bagi golongan assunnah mengadakan tanzim haraki,
dilarang berurusan dan berkerjasama dengan jemaah-jemah Islam lain
kerana mereka ini kononnya dari golongan bida’h dan lain-lain lagi yang
mengelirukan dan memecah-belahkan ummah.


11. FIQH (PEMAHAMAN) ALIKHTILAF ATAU ADAB
ALIKHTILAF ( PERSELISIHAN)

Dalam perlaksanaan hukum fekah dan usaha-usaha dakwah, perbezaan
pendapat pasti berlaku terutama dalam masalah furuk atau ranting. Maka
dengan sebab itulah Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat AlImam AlBukhari
mengatakan bahawa sekiranya sesuatu ijtihad itu betul maka diberikan 2
pahala dan jika salah maka diberi satu pahala atas keikhlasan serta
kesungguhan untuk mencari yang hak.

Oleh itu kita dapati secara keseluruhannya amat banyak sekali perbezaan
pendapat dalam kitab-kitab fekah. Begitu juga dalam kitab-kitab dakwah
mempunyai berbagai pendapat berkenaan cara atau metodologi yang baik
untuk perlaksanaan dakwah. Namun perbezaan ini bukanlah bermakna ia
melemahkan Islam atau Islam itu lemah. Tiada perbezaan pendapat berlaku
pada hukum dasar atau rukun dasar atau masalah prinsip antara ulamak
ahli assunnah. Perbezaan pendapat hanya berlaku diperingkat ranting
sebagai penyesuaian kepada masa (time), tempat dan budaya (culture) umat
Islam yang bertaburan dimuka bumi Allah. Bahkan inilah kekuatan Islam
yang toleransi kepada perbezaan ranting dan dimasa yang sama memelihara
keutuhan dasar prinsip agama pada setiap zaman dan tempat.

Demi mengatasi perbezaan ini secara positif dan professional, maka para
ulamak telah menyusun beberapa strategi dan garis panduan yang
diistilahkan sebagai fiqh dan adab alikhtilaf. Fiqh AlIkhtilaf ialah cara
memahami dan mengkompromi perbezaan pendapat dalam Islam. Ada pun
Adab AlIkhtilaf adalah peradaban untuk menangani perbezaan pendapat.
Dengan kedua kaedah ini maka dapat dihindari perpecahan dan pertengkaran
yang mungkin berlaku diantara ummat Islam. Misalannya banyak dari
pertengkaran berlaku antara para ulamak disebabkan anak-anak murid yang
sering melapurkan perkara yang tidak tepat berkenaan seorang ulamak
kepada ulama yang lain. Ini menimbulkan syak wasangka yang negatif antara
kedua ulamak. Malahan hinggakan melaga-lagakan kedua ulamak. Adalah
wajib bagi setiap pendokong AsSunnah agar beramal dengan kaedah-kaedah
fiqh alikhtilaf atau abad alikhtilaf demi memelihara keutuhan semangat
persaudaraan dan kerjasama antara umat Islam. Yang di cari ialah
kesejahteraan Islam dan bukan permusuhan. Ini sesuai dengan kaedah
yang dinukilkan dari hadith Rasulullah s.a.w. (riwayat
Yang bermaksud : “ Biarkan aku (bertanggungjawab) di atas apa yang telah aku
tinggalkan kepada kamu. Sesungguhnya telah binasa golongan-golongan yang
sebelum kamu disebabkan banyak persoalan dan perselisihan mereka ke atas
nabi-nabi mereka. Oleh itu apa yang telah aku larangi kamu sekelian maka
berhentilah (daripada mengerjakannya). Dan apa yang telah aku suruh kamu
kerjakan maka kerjakanlah ia sekadar yang kamu mampu”.


12. FIQH ASSUNNAH, FIQH ADDAKWAH, FIQH ASSEERAH,
FIQH ALAQIDAH

Tujuan dipaparkan akan ilmu alat berikut:

a. Fiqh AlWaqi’ (Bahagian 5 diatas)

b. Fiqh AlIkhtilaf atau Adab AlIkhtilaf (Bahagian 11 diatas)

c. Fiqh AsSunnah

d. Fiqh AdDakwah

e. Fiqh AsSeerah

f. Fiqh AlAwlawiyat (Prioriti)
adalah untuk memperkenalkan kepada pembaca bahawa ilmu-ilmu alat
dalam bidang dakwah ini yang telah dirumus oleh para ulamak adalah amat
berguna sebagai pedoman kepada para pendakwah dalam melaksanakan
usaha-usaha mereka.

Maka terpulanglah kepada kebijaksanan setiap pendakwah untuk
menggunakan kaedah-kaedah yang terkandung dalam ilmu-ilmu alat ini untuk
menyusun strategi dakwah yang berkesan bagi tempat dan masa yang
mereka hadapi.

Fiqh AdDakwah adalah kaedah pemahaman perancangan dakwah
Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya r.a. Ilmu ini diajarkan dimajoriti pusat
pengajian Islam semasa.

Fiqh AsSeerah mengkaji serta mengeluarkan kaedah dakwah menerusi
pengalaman yang dapat diceduk dari seerah atau perjalanan hidup Rasulullah
s.a.w. Antara kitab yang masyhur dalam tajuk ini ditulis oleh Syeikh
Muhammad Saeed Ramadhan AlButhi.

Fiqh AlAwlawiyat atau Fiqh Prioriti adalah garis panduan yang telah disusun
oleh Syeikh Yusof Qardhawi untuk mengenal pasti gerakan aktiviti dakwah
melalui prioriti aktiviti-aktiviti tersebut.
Perlu ditegaskan disini bahawa ada golongan ulamak arab dari pendokong
AsSunnah yang menolak bulat-bulat ilmu-ilmu alat diatas berdasarkan
phobia mereka bahawa kebanyakan pengarang kitab-kitab diatas adalah
merupakan dari kepimpinan Ikhwan Muslimin. Seperti yang telah dijelaskan
dibahagian 6 diatas, pendokong AsSunnah adalah sepatutnya golongan yang
paling profesional dalam tindak tanduk gerakan. Harus diambil yang jernih
dan di buang yang keruh. Apatah lagi mereka mempunyai Manhaj ASWJ
sebagai garis panduan yang jelas untuk menapis yang baik dari yang buruk.
Ini sesuai dengan kalimah Imam Malik bahawa setiap pendapat itu boleh
diterima dan boleh ditolak melainkan pendapat tuan punya kubur disisinya
di Madinah (iaitu Rasulullah s.a.w. yang maksum). Ada pun ilmu Fiqh AlAqidah
jarang didengari oleh para pendakwah walau pun dari golongan As Sunnah.
Ilmu ini lebih penting dari ilmu Fiqh asSyariah yang membincangkan hukum
hakam dalam bidang ibadat dan muamalat. Fiqh AlAqidah ialah ilmu
metodologi pemahaman dan penghasilan hukum hakam iktiqad atau konsep
/ prinsip kepercayaan seseorang individu atau kumpulan. Ilmu Fiqh AlAqidah
lebih penting dari ilmu Fiqh AsSyariah kerana Fiqh AlAqidah menyentuh
hukum hakam berkenaan iktiqad kepercayaan seseorang yang menentukan
tahap keimanan sama ada Islam, iman, ihsan, syirik, kufur, munafik dan
fasik. Fiqh AsSyariah yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu sebagai
ilmu hukum Feqah membincangkan dan menghasilkan hukum hakam dalam
bidang ibadat dan muamalat sama ada wajib (fardhu ain atau kifayah), sunat,
makruh dan haram.

Sudah pastilah iktikad kepercayaan seseorang itu perlu diperbetulkan atau
bersih sebelum mengharungi dalam bidang ibadat dan muamalat.
Pembersihan aqidah terutama dalam rangka Manhaj Ahli AsSunah Wal
Jamaah adalah fundamental atau asas terhadap perlaksaan ibadat dan
muamalat seseorang muslim.


13. DAKWAH ASSUNNAH ADALAH BERDASARKAN
AQIDAH BUKAN BERDASARKAN FEKAH ATAU
HARAKAH

Keistimewaan dakwah Ahli AsSunnah adalah menurut Manhaj ArRasul
s.a.w. dalam berdakwah. Firman Allah s.w.t. (Surah AnNahl ayat 36):
yang bermaksud: “Demi sesungguhnya Kami telah mengutuskan kepada
setiap ummat seorang rasul agar (mengajak) mengabdikan diri mereka
kepada Allah dan menjauhi thagut”.

Maka ubudiyah atau pengabdian diri kepada Allah adalah matlamat
dakwah para rasul. Tauhid uluhiyah pula adalah tujuan utama ubudiyah
kepada Allah. Dengan itu dakwah para rasul ialah berdasarkan aqidah. Maka
inilah keistimewaan dakwah ahli AsSunnah iaitu berdasarkan aqidah bukan
feqah atau akhlak atau tanzim dakwah. Feqah syariah dan akhlak adalah
merupakan tuntutan atau hasil dari aqidah yang kukuh dan bersih. Tanzim
adalah merupakan alat pembantu terhadap perancangan dan perlaksanaan
dakwah kepada aqidah tauhid (sila lihat buku Manhaj Aqidah ASWJ dan
risalah “Kepentingan Aqidah Yang Betul Dalam Membentuk Satu Masyarakat
Dakwah Yang DiRedhai”oleh penulis).

Antara kesilapan banyak kumpulan pendokong AsSunnah di Malaysia ialah
bergeseran pendapat dengan masyarakat Islam di Malaysia dalam masalah
masalah feqah yang kadang kala adalah merupakan isu-isu ranting atau
remeh yang para ulamak AsSunnah sendiri berselisihan pendapat terhadap
isu-isu tersebut. Tetapi mereka mengajar bahawa pendapat mereka dalam
isu-isu ranting yang dibenarkan beri itihad ini sahaja yang betul semata untuk
menjadi wira AsSunnah. Apatah lagi kesilapan mereka yang mengaku
“sunnah” tetapi pendapat yang mereka ambil adalah dari golongan zahiriyah
yang para ulamak AsSunnah yang muktabar sendiri menolak pendapat
tersebut. Contohnya pendapat daging babi haram tetapi kulitnya halal, riba
untuk membeli rumah pertama dihalalkan, solat jamak dan qasar walaupun
di Masjid AlHaram Mekah, dan lain-lain.

Cara pembawaan AsSunnah sebagai aqidah base (dasar) adalah melalui
Manhaj base (dasar). Ini adalah pendekatan yang lebih mantap menyusun
prioriti dan secara komprehensif atau menyuluruh. Ini adalah cara para rasul
selaras dengan kaedah fiqh AsSeerah yang sahih. Maka sekali gus visi, misi
dan objektif setiap usaha dakwah Islamiyah mestilah berdasarkan aqidah.


14. FIQH ALAQIDAH SERTA INSTITUSI ALWALA’ (KESETIAAN)
DAN ALBARA’ (PENOLAKAN) DALAM ISLAM

Antara sebab utama tumpuan yang berlebihan diberikan kepada isu-isu
ranting dalam dakwah AsSunnah diNusantara ialah kerana kekurangan
kefahaman dasar manhaj dan aqidah ASWJ. Perbahasan aqidah
menghasilkan Fiqh AlAqidah yang merupakan hukum syarak terhadap
martabat aqidah sesuatu pendapat, dasar, prinsip, konsep, individu atau
golongan. Fiqh AlAqidah secara keseluruhannya adalah lebih penting dari
cabang ilmu agama yang lain termasuk hukum feqah dalam perkara ibadah
dan muamalah. Fiqh Al Aqidah memberi hukum atau gambaran terhadap
iktiqad yang merangkumi soal Islam, iman, kufur, syirik, bidah, thagut, fasik
dan munafik.

Didalam buku Manhaj Aqidah ASWJ, penulis telah menerangkan bahawa
aqidah tauhid adalah merupakan syarat am bagi penerimaan sebarang ibadat.
Aqidah Tauhid juga memberi harapan untuk memasuki syurga (sila lihat
bahagian 1.2.3). Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak mengampun orang
yang syirik kepadanya. Ia mengampun segala dosa-dosa yang lain kepada
sesiapa yang dikehendakiNya (Surah AnNisa’ ayat 48).

Rumusan dari fiqh Al-Aqidah menghasilkan pula apa yang diistilahkan sebagai
“AlWala’ walBara’ fil Islam”. AlWala’ ialah kesetiaan terhadap Islam yang
berpaksikan aqidah tauhid yang suci bersih. AlBara’ ialah penolakan terhadap
semua perkara yang bercirikan syirik dan kufur yang ditentang oleh Islam.
Maka konsep AlWala’ WalBara’ menyucikan diri seorang Muslim dari unsur
unsur kekafiran dan menerima penuh aqidah tauhid dalam kehidupannya.

Tajuk AlWala’ dan AlBara’ berkisar dari sudut hubungan serta sikap
seseorang Muslim berurusan dengan sesama Muslim yang lain yang
merupakan campuran manusia yang beriman dan yang kurang beriman
tetapi masih tidak terkeluar sebagai seorang muslim. Seterusnya ia juga
menggariskan batas-batas hubungan seorang Muslim beurusan dengan
golongan manusia yang terkeluar dari aqidah tauhid seperti kafir, musyrik,
munafik, zindiq dan lain-lain. Sebagaimana keimanan orang Muslim adalah
berbeza, maka ciri-ciri dan darajat kekufuran itu juga adalah berbeza. Maka
AlWala’ dan AlBara’ memberikan garis panduan serta tahap untuk seorang
Muslim berurusan sesama Muslim dan juga berurusan dengan yang bukan
Muslim. AlWala’ dan AlBara’ adalah merupakan hasil dari Manhaj Aqidah
ASWJ yang komprehensif.


15. USUL DAN FURUK

Ilmu Islam boleh dibahagikan kepada ilmu usul dan ilmu furuk. Usul ialah
dasar atau asal. Furuk ialah ranting atau cabang.
Maka ilmu usul agama atau yang lebih terkenal dengan nama Arab sebagai
usuluddin adalah ilmu aqidah. Manhaj ASWJ boleh dikategorikan sebagai
usul kerana ia terbentuk sebagai perancanaan umum usuluddin. Ilmu furuk
agama adalah cabangan-cabangan ilmu dari aqidah yang betul iaitu feqah,
dakwah, akhlak, tafsir, sejarah, seerah, ekonomi, pengurusan, kepimpinan
dan sebagainya.

Sumber ilmu agama pula adalah ilmu wahyu iaitu AlQuran AlKarim dan hadith
hadith Nabi s.a.w.
Disamping itu setiap ilmu usul dan furuk boleh dibahagikan juga kepada
usul dan furuk. Maksudnya, ilmu aqidah mengandungi didalamnya usul dan
furuk. Perkara-perkara usul dalam aqidah adalah perkara-perkara yang tidak
dipertikaikan dengan nas-nas yang kukuh terhadapnya seperti definasi
Islam, Iman, Kufur, Syirik, Bid ah dan lain-lain. Adapun furuk dalam aqidah
ialah seperti perbezaan pendapat antara Aisyah dan Abu Hurairah sama
ada Rasulullah melihat Allah atau tidak dimalam Isra’ dan Mi’raj. Perbezaan
pendapat ini tidak memberi kesan terhadap aqidah seseorang. Contoh furuk
aqidah lain ialah pengkategorikan mazhab-mazhab yang menyimpang dari
Manhaj ASWJ. Ini cuma susunan mazhab-mazhab dan bukan masalah dasar.
Dalam ilmu feqah pula, walaupun ia adalah ilmu furuk kepada ilmu aqidah,
tetapi wujud perkara-perkara usul dan furuk dalam ilmu feqah itu sendiri.
Perkara-perkara usul dalam ilmu feqah ialah bahagian-bahagian asas ibadat
dan muamalat yang tidak pertikaikan nas-nas berkenaan kewajipan, suruhan
atau larangan berkenaannya seperti rukun-rukun Islam iaitu sembahyang,
puasa, zakat, haji dan larangan mengambil dan memberi riba dalam
muamalat.

Furuk dalam feqah ialah perkara yang tiada nas yang jelas berkenaannya
dan oleh itu di benarkan berijtihad berkenaanya. Contohnya ialah beberapa
perbuatan dalam sembahyang itu sendiri selain dari perbuatan-perbuatan
rukun, wajib dan sunnat muakkad sembahyang seperti cara menggerakkan
jari semasa tashahhud, meletakkan tangan di atas dada semasa iktidal
selepas ruku’, atau masalah pemberian zakat fitrah sama ada mesti dengan
makanan asasi atau dibolehkan dengan wang, atau masalah jangka waktu
dibenarkan melontar diMina sewaktu mengerjakan haji dan beribu-ribu lagi
masalah ranting dalam hukum feqah yang dibolehkan berijtihad.
Sesungguhnya penulis memanjangkan penjelasan berkenaan perkara usul
dan furuk ini adalah dengan tujuan:

a. Menunjukkan bahawa agama Islam itu merangkumi bidang yang amat luas.
Maka diperlukan ilmu yang mendalam demi menangani pemikiran beku atau
jumud AsSunnah

b. Pembahagian usul dengan furuk sama ada dalam ilmu usul atau ilmu-ilmu
furuk membantu menyusun strategi dakwah dari sudut fiqh dan fiqh prioriti
atau awlawiyat (sila lihat kitab terjemahan “Fiqh Prioritas” oleh Sh. Yusof
Qardhawi)

c. Perbezaan pendapat dalam bidang furuk bukanlah bererti Islam itu lemah.
Bahkan Islam itu amat gagah dengan kekuatan aqidah atau usuluddin yang
membentuk Manhaj ASJW yang amat komprehensif lagi sistematik.

Usuluddin atau Manhaj tidak berganjak kerana ia adalah Manhaj ArRasul
hingga ke Hari Kiamat. Diperbolehkan berijtihad dalam konteks perbezaan
pendapat dalam ilmu-ilmu furuk menunjukan kematangan, praktikal dan flex
ibility (penyesuaian) Islam merangkumi pelbagai ragam manusia menurut
masa dan tempat (time and space) asalkan Manhaj usuluddin dipeliharai
sesuai dengan perutusan risalah ArRasul s.a.w.


16. ILMU ALAT

Rajah A menunjukan kedudukan dan peranan ilmu alat asasi dalam ilmu
agama Islam iaitu:

a. Bahasa Arab

b. Ulum atau Mustalah atau Usul Hadith

c. Ulum atau Usul Tafsir

d. Usul Fiqh

Antara kesilapan pendekatan pengajian ilmu agama Islam di Nusantara
ialah mencampur adukkan semua bidang ilmu agama tanpa menyusun
prioriti atau keutamaan supaya ilmu agama dapat difahamai secara
sistematik. Oleh kerana cara yang tidak tersusun ini maka ilmu agama
menjadi sukar untuk difahami oleh para pelajar atau pun terpaksa
difahami dengan cara yang sukar.

Sebagai analogi, sebelum seseorang itu belajar membaiki kereta, maka ia
perlu mempelajari dahulu cara menggunakan alat-alat untuk membaiki
kereta seperti spannar, screw driver, dan lain-lain. Ia pasti tidak boleh
membaiki kereta tanpa memahami penggunaan alat-alat untuk membaiki
kereta.

Maka sebelum seseorang pelajar itu terjun cuba memahami ilmu agama,
seperti tafsir, hadith, feqah, dakwah, ekonomi Islam, dan lain-lain, amatlah
perlu dia belajar memahami dahulu Bahasa Arab, cara menilai hadith,
cara untuk mentafsir dan cara atau metodologi mengeluarkan hukum
feqah. Keempat-empat ini adalah merupakan ilmu-ilmu alat asasi
memahami bidang-bidang ilmu pengajian Islam yang lain.

Bahasa Arab merupakan kunci pengajian ilmu agama kerana kedua sumber
asasi dan sumber asli ilmu agama iaitu AlQuran dan Hadith adalah dalam
Bahasa Arab. Tidak sama seseorang cuba mendalami ilmu agama melalui
terjemahan dari bahasa selain Bahasa Arab dengan seseorang yang
memahami AlQuran dan hadith terus dengan bahasa aslinya iaitu Bahasa
Arab. Ini adalah kerana Bahasa Arab adalah bahasa yang paling tinggi atau
superior jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain didunia ini.
Ada pun ilmu alat Usul Hadith pula ialah ilmu yang membahaskan 2 perkara
asasi dalam Hadith:

a. Meneliti akan tahap kepercayaan, keyakinan dan kejujuran setiap perawi
hadith atau orang yang meriwayatkan hadith.

b. Mengawal keaslihan terhadap isi kandungan (matan) hadith
Kedua perkara ini perlu dipastikan sebelum menkategorikan sebuah hadith
itu sahih, hasan, dhaif/lemah atau rekaan/maudhu (pembohongan). (Sila
lihat risalah penulis penulis bertajuk “Konsep Asas Ulum Hadis”)

Usul Tafsir pula ialah ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang perlu
diketahui sebelum seseorang itu menerokai bidang tafsir atau syarah
terhadap pemahaman ayat-ayat AlQuran AlKarim seperti sebab-sebab
turunnya ayat, naskah mansuh, naskah-naskah (ayat-ayat yang telah diubah
ganti), ayat-ayat umum dan khas, pembukuan dan penyusunan ayat,
mukjizat, terjemahan, dan lain-lain.

Ilmu Usul Fiqh adalah ilmu komposit yang mengintegrasikan ketiga ilmu alat
asasi dalam agama dan seterusnya merangka kaedah-kaedah pembentukan
hukum hakam. Ilmu Usul Fiqh membahaskan antara lain kaedah memahami
nas dan syarak, maksud pensyariatan, zahir nas, umum dan khas, ijtihad,
dan lain-lain.

Pendekatan pemahaman agama melalui ilmu alat menjamin kesahihan dan
kesucian agama. Segala maklumat diproses dahulu melalui kaedah-kaedah
yang terkandung dalam 4 Ilmu Alat asasi diatas sebelum apa jua rumusan
dibuat berkenaan perkara agama yang sedang diperbincangkan. Proses ini
menjamin bahawa rumusan yang dibuat tepat menurut kaedah-kaedah
agama yang dikehendaki oleh AlQuran dan AsSunnah. Ia membendung
kesilapan tafsiran, istinbat (pengeluaran hukum) dan kefahaman.

Ini berbeza dengan pendekatan cara pemahaman agama konservatif yang
sedang diamalkan diNusantara masa kini iaitu dengan bergantung kepada
hasil keluaran sahaja tanpa mementingkan untuk mengkaji asal usul
kefahaman tersebut (dari mana sumber pendalilan) atau memastikan bahawa
hasil fakta agama yang sedang diperbincangkan telah benar-benar diproses
melalui kaedah-kaedah atau alat-alat yang bersesuaian, betul dan tepat
supaya apa yang telah dihasilkan itu adalah bertepatan dengan kehendak
agama.


17. PENGASINGAN (COMPARTMENTALISATION) BIDANG
BIDANG ILMU

Banyak dari pelajar yang mempelajari ilmu agama secara jumud/beku yang
berasaskan taqlid atau ikutan semata-mata terjerat dengan masalah
compartmentalisation atau pengasingan ilmu. Bidang-bidang ilmu seperti
feqah, dakwah, tafsir, hadith, nahu, saraf dan lain-lain dipelajari seakan
akan setiap bidang ini tiada kaitan dengan bidang-bidang yang lain. Kalau
ada pun, interaksi antara bidang-bidang ilmu adalah amat minimal.

Sepatutnya interaksi antara bidang-bidang ilmu adalah amat ketara sekali.
Sumber ilmu Islam tidak boleh lari dari 2 sumber asasi iaitu AlQuran dan
Hadith. Kedua sumber asasi ini menjadi teras pendalilan terhadap bidang
bidang lain sama ada feqah, nahu, dakwah, seerah dan lain-lain. Bahkan
semua kaedah-kaedah dalam ilmu-ilmu alat (sila lihat bahagian 16 diatas)
pun dibentuk berasaskan AlQuran dan Hadith. Malangnya, ramai yang tidak
begitu sedari misalannya ilmu usul fiqh bukan sahaja releven atau boleh
diaplikasikan dalam ilmu feqah sahaja, tetapi ia juga amat berguna dalam
memahami usul dakwah dan fiqh alaqidah. Begitu juga ilmu usul hadith amat
releven sekali dalam sains masyarakat, pendidikan sumber manusia, politik
dan lain-lain (sila lihat kertas kerja “Konsep Asas Ulum Hadis” oleh penulis).
Ilmu seerah dan sejarah Islam pula amat bergantung kepada AlQuran dan
Hadith untuk menapis fakta-fakta yang benar atau rekaan.

Interaksi antara bidang ilmu harus dimaksimakan oleh pelajar-pelajar ilmu
agama agar perbahasan agama adalah benar-benar bersifat terbuka, releven
dan cross-checking (saling memeriksa yang lain). Ia dapat menghindar
pembekuan fahaman agama serta melahirkan pemikiran Islam yang matang
dan dinamik. Interaksi antara bidang ilmu ini hanya akan dapat betul-betul
diaktifkan atau dimaksimakan apabila masyarakat Islam terutama para pelajar
dan pendahwah terlatih dengan ilmu agama yang mendalam secara terbuka,
rasional dan professional menerusi pemantapan penggunaan ilmu-ilmu alat
berdasarkan Manhaj ASWJ sebagai teras ilmu agama.


18. ASAL ILMU AKADEMIK ADALAH ISLAMIK BUKAN
SEKULAR

Terdapat salah tanggapan atau penggunaan istilah bahawa ilmu akademik
seperti ilmu matematik, sains, geografi, kejuruteraan, kedoktoran dan lain
lain adalah “ilmu sekular” atau “ilmu dunia”.

Sebenarnya semua ilmu adalah Islamik melainkan yang bertentangan dengan
AlQuran dan Hadith sahih. Sifat sekularisma hanya akan timbul apabila kita
cuba memisahkan bahawa ilmu akademik tiada kaitan dengan ilmu agama
atau disebaliknya.

Cuma hukum mempelajari bidang-bidang dalam ilmu agama dan akademik
adalah berbeza antara individu bergantung kepada hal keadaan sekeliling
individu tersebut iaitu sama fardhu ain, fardhu kifayah, sunat, harus, makruh
atau haram. Contohnya ilmu kedoktoran asalnya fardu kifayah bagi sesuatu
masyarakat. Tetapi ia boleh menjadi fardu ain kepada individu yang
berkemampuan menguasai ilmu ini dalam keadaan masyarakat yang amat
kekurangan doktor mengubat pesakit-pesakit. Ia juga boleh menjadi haram
kalau ilmu kedoktoran itu menipu masyarakat dalam mengubati penyakit.
Semua ilmu akademik adalah Islamik apabila ilmu tersebut dipelajari dalam
konteks atau niat suci sebagai memenuhi ubudiyah kepada Allah dalam
mempelajari atau memperaktikkan ilmu-ilmu tersebut. Maka tiada timbul
bahawa ilmu-ilmu ini adalah “duniawi”. Segala usaha didunia yang diniatkan
keatasnya untuk mencapai kejayaan diakhirat tidaklah dinamakan sebagai
duniawi. Tetapi kalau diniatkan untuk kepentingan didunia sahaja baharulah
ilmu itu dinamakan ilmu duniawi.


19. MASYARAKAT ADALAH CAMPURAN BERBAGAI
JENIS MANUSIA. SETIAP MANUSIA BERBEZA
TAHAP KEMAMPUAN DAN KESABARAN

Perkara ini telah disentuh sebagai Manhaj ke 14 dan 15 dalam kitab penulis
“Manhaj Ahli AsSunnah WalJamaah”. Amat penting disedari betul-betul oleh
setiap pendakwah AsSunnah bahawa masyarakat Islam sekeliling kita adalah
campuran berbagai jenis manusia. Maksudnya, ada yang soleh, fanatik, mod
erate, liberal, pembuat dosa besar, pembuat dosa kecil, dan fasik. Mereka
ini mengamalkan Islam menurut tahap-tahap kemampuan masing-masing
yang berbeza dari sudut kefahaman, komitmen dan kesabaran. Perbezaan
kemampuan setiap individu pula dipengaruhi oleh cara didikan yang telah
mereka lalui bersama kaum keluarga yang telah mereka dibesarkan dan
juga sistem pendidikan yang telah mereka lalui sebelum mereka menjadi
dewasa. Sering kita dapati penganut Islam yang pintar dan komited; tetapi
halatuju Islamnya tidak kearah AsSunnah yang baik disebabkan ia tidak
berpeluang untuk duduk didalam sistem pendidikan AsSunnah yang betul.
Bahkan antara pendokong AsSunnah sendiri, bukan semua yang berpeluang
mendapat pelajaran assunnah yang mantap dan matang. “(Sila lihat bab
”Sifat-Sifat Golongan Ahli Bidah” dan “Cara Berurusan Dengan Golongan
Ahli Bid ah” dalam kitab Manhaj ASJW oleh penulis).

Menyedari hakikat ini, maka perlulah bagi setiap pendokong AsSunnah
memperaktikkan perkara berikut:

a. Tidak mudah melabelkan sesuatu perkara atau seseorang itu “sunnah”
atau “tak sunnah”.

b. Kurangkan perbalahan terutama berkenaan isu-isu furuk atau ranting

c. Cuba memberi alasan; malah bersimpati kepada mereka yang sebelum ini
tiada berpeluang mengetahui akan sunnah Islam yang betul.

d. Berurusan dengan sesama Islam menurut tahap kemampuan yang
berbeza pada setiap individu.

Selanjutnya janganlah seorang pendokong AsSunnah itu sewenang
wenangnya menolak bulat-bulat seorang pembuat bidah. Ada yang
melakukannya disebabkan kejahilan mereka yang tiada peluang belajar dalam
sistem pendidikan AsSunnah yang mantap. Bahkan inilah komposisi majoriti
masyarakat Islam diNusantara. Ini adalah merupakan satu realiti yang
menyedihkan tetapi harus kita islahkan atau perbaiki dengan cara proaktif,
rasional, professional dan sistematik. Sesuatu usaha merubah mindset atau
pola pemikiran sesuatu kaum bukanlah suatu perkara yang mudah. Inilah
yang telah dihadapi oleh para-para nabi yang telah lalu. Ia merupakan satu
anjakan paradigma yang harus dirancang, disusun dan direncanakan dengan
penuh kepakaran professionalisma yang dipimpin oleh ustaz-ustaz AsSunnah
terutama dizaman kita yang bergelar era globalisasi ini.

Kesemua manusia yang mengucap dua kalimah syahadah adalah dianggap
muslim kecuali setelah terbukti secara zahir mereka melakukan perkara
perkara yang telah membatalkan syahadah mereka ini. Tugas para
pendakwah ialah mengajak seberapa banyak orang yang boleh supaya
masuk Islam. Kemudian barulah diproses tahap demi tahap untuk
memperbaiki keIslaman mereka. Bahkan banyak yang lahir dalam keluarga
Islam pun masih perlu diperbaiki ke Islaman mereka dari sudut iktiqad dan
amalan.

Kita seharusnya cuba berkerjasama dengan semua orang Islam sebagai
umat yang satu dan untuk kebaikan ummah tanpa mengira aliran atau
mazhab dakwah atau mazhab politik. Dielakkan kegopohan melabelkan
individu-individu sebagai bidah atau kufur melainkan dalam keadaan yang
tertentu dan oleh ustaz-ustaz yang mempunyai kepakaran dalam perkara
ini. Adalah lebih selamat difokus serangan kepada prinsip atau kaedah atau
konsep yang menyeleweng seperti bid’ah, kufur atau syirik. Ini adalah apa
yang terkandung dalam konsep al masalih al mursalah dari dakwah para
rasul yang telah dibincangkan dalam Bab Bidah dalam kitab Manhaj Aqidah
ASWJ oleh penulis.

Kita harus menyedari bahawa tugas dakwah para rasul yang utama ialah
mengislam orang yang belum Islam. Disamping itu mereka memproseskan
umat mereka untuk memperbaiki keislaman pengikut-pengikut yang telah
mengakui Islam.

Hasil dari aqidah yang betul ialah konsep AlWala’ dan AlBara’ dalam Islam.
AlWala’ ialah kesetiaan murni terhadap segala ciri Islam yang suci. AlBara’
pula ialah penolakan hati, jiwa dan amali atas segala yang bercirikan kufur
atau syirik. Maka dari tuntutan kewalaan yang menyeluruh ialah mencoba
sedaya upaya membendung, merangkum, membantu serta bekerjasama
kepada walau betapa kecil setiap perkara yang bernama, berunsur dan
bercirikan Islam. Inilah semangat yang dimaksudkan dalam hadith Rasulullah
s.a.w. (riwayat Imam AlBukhari dan Ibnu Hibban):
yang bermaksud:
Dakwah para rasul yang berasaskan aqidah (aqidah base) mempunyai skop
yang lebar luas (widescope). Ia bukanlah seperti ikutan setengah kumpulan
fanatik Sunnah Arab yang sempit. Manusia berbeza-beza tahap dan
kemampuan. Oleh itu konsep maxima dan minima tidak boleh dipakai dalam
Islam. Konsep yang bersesuaian ialah konsep optimisation atau pencapaian
menurut tahap kemampuan. Ini bersesuai dengan hadith Rasulullah (riwayat
yang bermaksud : “ Sesungguhnya agama itu adalah mudah. Dan tidaklah
seseorang itu keterlaluan dalam amalan agama melainkan dia akan mengalah
( tidak sanggup meneruskannya ). Maka tutup menutupi (kedhaifan), dekat
mendekatan (menurut kadar kemampuan), dan berikan khabar gembira
(terhadap ganjaran baik).”


20. PERANAN AHLI KORPORAT DAN PROFESSIONAL

Alhamdulillah dewasa ini terdapat beberapa personaliti ahli korporat dan
profesional yang menyambut baik, mendokong serta berperanan penting
terutama dalam bidang ekonomi terhadap aktiviti-aktiviti dakwah AsSunnah.
Walaupun bilangan mereka adalah masih kecil, tetapi mereka berpotensi
meyakinkan yang lain setidak-tidaknya bersimpati keatas kebenaran dan
keperluan dakwah untuk AsSunnah. Hasil dari ini maka dewasa ini timbul
pendekatan baru terhadap penyusunan dakwah AsSunnah dalam bentuk
organisasi pertubuhan korporat professional disamping pendekatan dakwah
konvensional yang sedia ada yang berbentuk institusi pondok, pengajian,
ceramah dan penulisan.

Golongan korporat professional adalah golongan pintar dan rasional. Potensi
sumbangan terhadap pembangunan Islam adalah tinggi. Tetapi ada beberapa
perhatian yang perlu diawasi kerana tanpa pendekatan dan kawalan yang
komprehensif serta berkualiti, maka sumber intelek dan fizikal yang ada boleh
juga menyebabkan hasil yang negatif dijangka waktu pendek atau panjang.
Wujudnya budaya professional boleh membantu dakwah AsSunnah secara
positif. Ini telah terbukti dalam banyak aktiviti yang telah dilaksanakan. Namun
konsep corporate governance, due diligent, smart partnership, accountabiity
dan openness (keterbukaan) jika masih dicampuri atau disaluti dengan sisa
sisa budaya negatif dunia korporat seperti egoisma, write-off (menolak terus)
peribadi-peribadi tertentu semata-mata berdasarkan track record (sejarah),
tidak mempercayai langsung mana-mana pihak, tuduhan melulu, sifat
membunuh saingan, konsumerisma dan lain-lain, akan memberikan
kesan/efek yang meragukan. Para ahli korporat adalah paling memahami
terhadap kebenaran dan kesan yang dimaksudkan disini.

Contohnya proses due diligent (memeriksa sejarah organisasi atau individu
tertentu) memang baik dilakukan sebagai panduan berurusan dengan pihak
yang sedang diperiksa. Tetapi sikap semata-mata bergantung kepada fakta
sejarah atau track record seperti yang dilakukan oleh setiap institusi kewangan
tanpa menimbang perubahan yang mungkin telah berlaku akan menutup
peluang institusi taubat dan seterusnya potensi dakwah. Bahkan yang
anehnya, sekiranya proses due diligent itu diaplikasikan kepada para korporat
yang gemar menggunakan proses ini, maka kita dapati majoriti mereka sendiri
tidak akan lulus proses penilaian ini terutama due diligent berkenaan sejarah
tahap keIslaman mereka yang lalu. Garis panduan yang lebih flexible
meraikan kelemahan dan kesilapan lalu boleh kita pelajari dalam proses
penilaian para perawi hadith dalam ilmu ulum atau mustalah hadith.
Kebanyakan manusia merintangi proses kematangan hidup termasuk kedua
sahabat karib Rasulullah s.a.w. sendiri iaitu Abu Bakar r.a. yang sendiri telah
menanam anak perempuannya hidup-hidup dizaman jahiliyah dan Umar r.a.
yang hendak membunuh Rasulullah s.a.w. pada hari ia akhirnya memeluk
agama Islam.

Begitu juga bahayanya ahli korporat yang telah diyakini untuk bermain dengan
corporate game (permainan korporat) yang sering menguji pelanggan atau
pegawai mereka dengan senario yang direka atau disimulasikan berdasarkan
pembohongan. Kadangkala ini mencetuskan konflik (perbalahan) dan kurang
kepercayaan antara yang terlibat. Antara bentuk permainan korporat yang
diamali ialah berhasrat untuk membunuh saingan sesama kakitangan
semata-mata menaiki tangga (pangkat) korporat (corporate ladder). Atau
pun permainan supaya saingan mereka menjadi lemah atau bankrap dan
seterusnya yang idealnya ialah mereka sahaja yang dapat memonopolikan
sesuatu produk konsumer (pembeli). Ini sesuai dengan sikap rakus
Machiavelli pujaan falsafah Yunani iaitu “matlamat menghalalkan sekelian
cara”. Bagi agama Islam, cara itu amat penting untuk mencapai sesuatu
matlamat. Allah s.w.t. tetap memberikan ganjaran positif walaupun seseorang
tidak dapat atau tidak sempat untuk mencapai sesuatu matlamat yang Islamik
dengan syarat bahawa cara yang telah dilaksanakan sesuai dengan
kehendak syariat Islam. Budaya korporat cara ini melahirkan sikap kurang
mempercayai antara satu sama lain dan dengan itu melemahkan daya serta
usaha kerjasama antara para pendokong AsSunnah.

Kita amat kagum dengan keikhlasan dan kegigihan banyak dari golongan
korporat dan golongan professional Ahli AsSunnah dalam menyumbang
terhadap pembangunan dakwah AsSunnah di Nusantara. Namun kita juga
harus berwaspada agar potensi yang ada tidak melebihi batas tuntutan
syarak. Banyak yang memang pintar tetapi tidak mempunyai asas pendidikan
ilmu syarak yang mencukupi untuk berperanan lebih jauh dalam bidang
bidang tertentu dalam dakwah. Ini bukanlah merupakan satu perkara buruk.
Cuma apa yang diingatkan disini agar mereka membatasi aktiviti-aktiviti
tertentu dalam dakwah supaya aktiviti-aktiviti yang dikecimpungi mereka
bersesuaian dengan tahap ilmu yang telah mereka perolehi. Contohnya,
ramai yang menimba dan memanfaatkan ilmu dari buku-buku terjemahan
ke Bahasa Inggeris dan Melayu. Ini adalah usaha yang amat baik. Tetapi, ia
tidak mencukupi untuk mereka menjadi jurucakap apatah lagi membentang
kertas kerja dalam bidang usul terutama berkenaan isu-isu usuluddin.
Penguasaan dalam ilmu-ilmu alat amat membantu mengemudi mengatasi
isu-isu semasa sama ada dalam aqidah, feqah atau dakwah. Sesuatu
kesilapan yang disebabkan ilmu yang tidak mencukupi akan mencela usaha
dakwah yang suci murni.

Berhubungan dengan perkara ini, timbul pula dilema berkenaan kepimpinan
organisasi yang berkesan. Sejarah pendidikan negara telah mengalami
“brain-drain problem” (masalah ketandusan ilmuan) dalam bidang agama
dizaman 1960’an, 1970’an dan 1980’an. Pelajar-pelajar pintar telah disalurkan
untuk mengutamakan mempelajari ilmu akademik. Maka secara
keseluruhannya tinggallah pelajar-pelajar kelas dua dan tiga untuk
mengharungi pendidikan agama. Dengan lain perkataan, dizaman-zaman
tersebut, setelah mencuba dan gagal untuk diterima belajar dalam bidang
akademik, maka barulah mereka tidak ada pilihan melainkan mencebur diri
dalam bidang pengajian agama. Inilah standard atau tahap intelek pentadbir
pentadbir atau pengurus-pengurus bidang agama yang diwarisi bangsa dan
umat Islam dizaman kita ini. Maka tidaklah boleh diharap dapat melahirkan
banyak pakar ilmuan agama dizaman ini seperti ulamak-ulamak besar yang
kita sanjungi dizaman silam.

Susulan dari ini, maka kita harus menerima hakikat bahawa kepimpinan
agama dari produk kelas dua dan tiga tidaklah begitu menonjol. Padahal
kita semua sering membahaskan bahwa para ulamak yang sepatutnya
kehadapan memegang teraju kepimpinan masyarakat, negara dan umat.
Malangnya sering kita merungut keatas kurang motivasi, semangat dan
keterampilan majoriti pelajar-pelajar agama. Bahkan pelajar-pelajar akademik
dan seterusnya golongan korporat serta professional yang lebih mantap
dalam soal kepimpinan, tanzim dan haraki.

Secara keseluruhannya ummah berhadapan dengan dilema
Ketandusan kepimpinan pelajar-pelajar agama yang kurang berkeyakinan
dan kurang berkemampuan dalam bidang pembangunan intelek atau pakar
ilmuan. Majoriti lebih suka memilih jalan mudah mengikuti arus perdana
mengejar jawatan serta sijil sarjana muda dan Ph.D. Disebabkan kurang
berkebolehan dalam bidang intelek, maka mereka lebih suka meneruskan
aliran agama menurut trend (aliran) semasa berasaskan sistem pendidikan
yang taqlidi atau jumud dan tidak keterbukaan (kononnya berpaut dengan
konsep ”pintu ijtihad telah ditutup” disebabkan sindrom “inferiority complex”
(kompleks rendah diri) yang diwarisi).Kegigihan dan keterampilan banyak
dari pelajar-pelajar akademik yang pintar, berani kehadapan dan pandai
dalam bidang pengurusan kerja tetapi mereka in terbatas dari segi
kemampuan intelek disebabkan kurang mendalami ilmu agama. Ditakuti
golongan ini terpaksa bergantung kepada penilaian aqal dalam banyak isu
isu kemasyarakatan dan kepimpinan dalam era globalisasi semasa yang
pasti memerlukan ijtihad-ijtihad yang amat banyak. Mereka tidak menguasai
kematangan dalam ilmu-ilmu alat untuk menghasilkan ijtihad-ijtihad tersebut.
Senario (a) dan (b) diatas berlaku pada umum masyarakat umat Islam
diMalaysia. Permasalahan dalam bentuk yang sama juga berlaku pada
pelajar-pelajar agama dan para korporat professional dikalangan pendokong
dakwah AsSunnah di Malaysia. Perbahasan siapakah yang harus kehadapan
memimpin organisasi-organisasi AsSunnah iaitu sama ada para ustaz yang
ada atau para korporat professional yang gigih berkerja adalah lebih kurang
sama situasinya dengan perbahasan dalam kitab-kitab dakwah siapakah
yang harus dikehadapankan antara para ulamak dan para umarak (raja
raja) dalam mengatur pemerintahan negara Islam. Pastilah yang ideal ialah
melatih generasi baru pelajar yang pintar dalam kedua bidang agama dan
akademik.


21. SEDEKAH SEBAGAI PENGGERAK DAKWAH ISLAMIYAH
DAN TIDAK BOLEH DIANGGAP SEBAGAI DAN
SUMBANGAN UNTUK MEMPENGARUHI MANA-MANA
INSTITUSI DAKWAH

Tidak syak lagi bahawa Manhaj Ahli AsSunnah WalJamaah adalah prinsip
menyeluruh yang menjadi asas setiap usaha dakwah Islamiyah. Kejayaan
pembangunan dakwah pula bergantung kepada 2 sumber asasi iaitu sumber
manusia dan sumber kemudahan fizikal.

Sumber manusia merangkumi perolehan dan kemantapan ilmu serta
komitmen daya usaha perjuangan dan pengorbanan setiap peribadi
Muslim. Ada pun sumber kemudahan fizikal di zaman ini bergantung kepada
sumber ekonomi yang menjadi fakta utama penggerak kebanyakan aktiviti
diera serba materialis atau kebendaan ini. Sebagaimana fakta sedekah
berperanan besar dizaman Rasulullah dalam aktiviti dakwah dan
pentadbirannya, maka peranan sedekah dizaman dimana banyak manusia
yang boleh “dibeli” dengan wang ini adalah lebih besar lagi. Kita dapati dari
golongan pelajar yang memahami ilmu agama sendiri menghadapi dilema
melakukan usaha-usaha dakwah tanpa ganjaran upah yang lumayan atau
pangkat yang tinggi berbanding dengan majoriti teman-teman mereka yang
dibayar gaji dan status yang tinggi.

Maka peranan institusi zakat dan sumbangan atau sedekah amatlah penting
sekali dizaman ini terutama dari para dermawan, korporat dan ahli
perniagaan. Allah s..w.t. telah memberikan ganjaran berlipat ganda kepada
para dermawan dengan firmanNya (Surah AlBaqarah, ayat 261):
Yang bermaksud: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orangorang
yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan
sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir: seratus
biji. Allah melipat gandakan. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha
Mengetahui.

Ayat diatas menunjukan bahawa satu sedekah itu berlipat ganda ganjarannya
hingga ke 700 kali ganda. Namun pada ayat selepasnya iaitu ayat ke 262,
263 dan 264, Allah s.w.t telah memberikan peringatan keras agar janganlah
pula sedekah itu diiringi dengan niat atau perbuatan jahat seperti firmanNya
dalam ayat 264:
yang bermaksud : “Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan
(pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan
sipenerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya’ kepada
manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan Hari Kemudian.

Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah,
kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak
bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka
usahkan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.”

Amalan “AlMann” dalam ayat-ayat diatas menurut Tafsir Ibnu Kathir dan
Fathul Qadeer bermaksud menyebut berulang-ulang atau mengungkit akan
peranannya memberi sedekah sehingga memudaratkan atau menyakiti
penerima sedekah tersebut.

Perkataan “AlAza” pula bermaksud menghina,mengadu atau merungut. Seterusnya dalam Tafsir Fathul Qadeer telah menyatakan bahawa didahulukan perkataan “AlMann” dari perkataan “AlAza” disebabkan amalan mengungkit-ngungkit terhadap sedekah lebih banyak
dilakukan dari amalan mengadu atau menghina. Sesungguhnya amalan
“AlMann” adalah dari perbuatan dosa-dosa besar dimana didalam Sahih
Muslim, Rasulullah s.a.w. telah mengatakan bahawa pembuat “AlMann”
adalah antara 3 golongan yang Allah tidak akan melihat atau mensucikan
mereka (pada Hari Kiamat) dan bagi mereka adalah balasan azab yang
besar.

Maka kita harus waspada akan peranan pemberi sedekah, penerima sedekah
dan pengurus sedekah. Pengurus sedekah yang baik adalah terdiri dari pihak
pemegang amanah yayasan atau jawatankuasa pertubuhan kebajikan.
Mereka ini selalunya adalah peribadi-peribadi yang telah terbukti akan
kemampuan dan pencapaian perlaksanaan aktiviti-aktiviti dakwah serta
kebajikan untuk mendapat kepercayaan para dermawan membantu usaha
usaha mereka. Tidak semua pendakwah yang dapat menyusun, mengatur
dan mengurus amal kebajikan kerana setiap amal kebajikan kebanyakannya
tidak akan berhasil atau berjaya melainkan dengan pengorbanan dari segi
masa, usaha dan material/kebendaan. Oleh itu segala usaha-usaha begini
haruslah diberi sokongan sepenuhnya.

Setiap usaha dakwah dan kebajikan memerlukan ijtihad para pengurus dalam
merealisasikan halatuju dan aktiviti-aktiviti mereka. Setiap badan dakwah
dan kebajikan pasti mempunyai kelemahan masing-masing. Janganlah
dianggap kelemahan ini sebagai kegagalan. Disebaliknya harus dilihat
terhadap pencapaian-pencapaian positif yang telah dijalankan oleh badan
badan tersebut. Maka para penderma harus mengelakkan tekanan berlebihan
terhadap badan-badan ini. Kesilapan beberapa penderma korporat
professional ialah menganggap derma atau sedekah sebagai sama dengan
amalan memasukkan dana kedalam sebuah syarikat perniagaan.

Bahkan ada yang terus menuntut restructuring exercise (penyusunan semula
korporat) apabila terdapat kelemahan organisasi. Tiada badan sukarelawan
tanpa kelemahan. Kejayaan aktiviti badan-badan tersebut kebiasaannya tidak
akan berhasil melainkan dengan pengorbanan para pengurusnya. Malah
ada yang menuntut dikembalikan wang setelah diniatkan pada asalnya
sebagai sedekah. Inilah yang dimaksudkan dibahagian 20 diatas agar
golongan korporat tidak terbawa-bawa dengan simulasi mainan korporat
(corporate games) atau program due diligent hingga beraksi sebagai
corporate animal atau hamba korporat dalam usaha-usaha dakwah dan
kebajikan.


Faktor utama setiap amal kebajikan ialah berpunca dari perkataan TAQWA.
Setiap dari penderma dan pengurus sedekah hendaklah melakukan amal
dakwah dan kebajikan berdasarkan taqwa. Tiada anak Adam yang tidak
membuat kesilapan (no one is indespensable) Kesemua mencari keredahan
Allah dan mengikut sunnah Nabi s.a.w. Kitalah yang akan rugi sekiranya kita
tidak menyumbang tenaga dan harta yang telah dikurniakan Allah kepada
kita. Setiap aktiviti dakwah dan kebajikan pasti diberi ganjaran akhirat oleh
Allah menurut keikhlasan dan kadar sumbangan masing-masing.

Tiada pencapaian maxima (maximisation) yang dapat dilakukan oleh anak Adam
kerana kemampuan manusia adalah terhad. Maka kita lakukan dengan penuh
keikhlasan dan kesungguhan menurut kadar kemampuan (optimisation).

Semoga Allah memberi ganjaran kepada kita semua keatas segala usaha
kita menurut tahap atau kadar kemampuan kita dan mengampuni kita keatas
segala kelemahan (shortcomings) yang ada pada diri kita.

(Amin!)