Thursday, July 06, 2006

Permasalahan Jihad Di Iraq dan Palestin : Kebolehan Meletupkan Diri Bersama Musuh

(Artikel ini ditulis secara ringkas dari hasil perbahasan bersama ulama salafi hakiki di Yaman yang berjuang menegakkan Islam dengan nyawa dan darah dan melalui medan peperangan melawan Amerika dan kuffar secara fizikal dan bukanlah seperti ulama Arab Saudi yang hidup bermewah-mewah dengan kereta besar, gaji lumayan, isteri empat, berjawatan rasmi dan kemudian menulis buku-buku agama lalu dikenal dan dipromosi sebagai ulama salafi dan hidup sebagai tokoh salafi dengan mengampu Kerajaan Arab Saudi dan pemerintahnya yang bersekongkol dengan Amerika dan kuffar sedang Allah swt berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil musuh ku sebagai teman-teman setia kamu.." (Al-Mumtahanah :1).

Lalu apabila ulama-ulama yang benar dan teguh iman dan ilmunya berdakwah mengajak kepada jihad dan perjuangan Islam dan berusaha memulihkan masyarakat daripada kezaliman dan kejahilan maka "ulama salafi penjilat" ini pun mengancam dengan tuduhan "khawarij" dan pemberontak dan tuduhan militan kepada para pemuda dan ulama salafi yang teguh kepada perjuangan Islam dan isi kitab dan sunnah.

Apakah dakwah ahlul sunnah itu bukan ada perjuangan aqidah ?

Jika benar perjuangan Ahli Sunnah ialah pada aqidah maka bukankah perihal berikut membahayakan aqidah ?

-Kerjasama dengan Kuffar dan Amerika dan adanya wala serta penghormatan terhadap mereka sedang Allah swt befirman :

" Muhammad itu ialah utusan Allah dan orang-orang yang bersamanya itu sangat keras terhadap orang yang kafir.." (Al-fath : 29).

- Tersebarnya fahaman Sekulerisme yang menyusup masuk ke negara-negara Islam sehingga memisahkan agama dan kehidupan ?

- Wujudnya fahaman murjiyah yang "Tidak mengkafirkan orang yang seharusnya kafir dengan beralasan iman itu cukup dengan membenarkan dihati tanpa memasukkan amal dan ini situasi ini sangat banyak dan cukup mengilakan apabila ramai ulama Islam yang bergelar tokoh salafi besar tidak "terselamat" dari fikrah (pemikiran) murjiah yang "tidak memasukkan amal dalam iman" sekaligus menyebabkan mereka berdiam diri terhadap kekufuran yang berlaku dikalangan umat Islam apabila iman cukup dengan lisan dan hati.

" Ulama ahlul sunnah wal Jamaah dan pendokong dakwah tauhid dan aqidah ahlul sunnah meletakkan murjiah diantara musuh-musuh dakwah yang utama kerana pemahaman murjiah iaitu ^ iman tidak termasuk amal perbuatan^ merupakan satu kejahilan dan penyelewengan iman yang paling besar dan para salaf soleh sentiasa memerangi pemahaman bathil ini apabila :

> Abu Bakar ra memerangi golongan yang tidak membayar zakat dengan menjatuhkan hukuman murtad terhadap mereka
> ulama islam baik As-Syafie, Ahmad dan lain-lain menjatuhkan hukum kafir kepada orang yang meninggalkan solat dengan sengaja.
> ijmak ulama Islam menjatuhkan hukum murtad kepada yang meninggalkan amal wajib dalam agama baik puasa, solat, zakat dan rukun Islam yang lain dengan sengaja dan melakukan perkara yang membawa kekufuran sekalipun lisan dan dirinya mengaku Islam.

“Sesungguhnya kami jadikan dalam neraka itu untuk golongan jin dan manusia yang disebabkan mereka itu mempunyai hati tetapi tidak mahu menggunakan hati mereka untuk memahami dan takut pada Allah dan mereka itu ada mata namun tidak mahu menggunakan mata mereka untuk melihat ayat Allah dan mereka itu mempunyai telinga namun tidak mengunakan telinga mereka untuk mendengar nasihat dan pertunjuk dari Allah maka mereka itu seperti binatang ternak dan bahkan lebih teruk dan sesat lagi..” (Al-A’raf : 179).

Permasalahan Irja dan golongan murjiah ini sangat panjang dan perlu diperbahaskan dalam artikel yang lain dan insyaAllah akan dijawab segala syubhat-syubhat dan keraguan 'ulama salafi penjilat" dan kita akan syarahkan maksud-maksud hadith-hadith mentaati pemimpin dan sejauh manakah batasannya dan juga akan kita syarahkan hadith Usamah yang dimarahi rasulullah kerana membunuh orang yang lisannya mengucapkan syahadah dan akan kita bahaskan erti kalimah syahadah dan hadith-hadith yang mengatakan sesiapa yang bersyahadah akan masuk syurga dan dimanakah maksud amal dan bagaimana ulama ahlul sunnah wal jamaah yang merupakan salaf soleh kita menafsirkan dan memahami hadith-hadith ini.

Akan kita perjelaskan maksud "Mengkafirkan golong yang wajib dikafirkan" supaya jelas bahawa kita golongan salafi dan pengikut ahlul sunnah wal jamaah bukanlah golongan yang suka mengkafirkan orang sesuka hati, juga bukanlah kita mengkafirkan pelaku dosa besar seperti jemaah khawarij yang berjuang untuk menegakkan hudud dan hukum Islam menurut akal, juga bukanlah jemaah fikrah ciptaan ideologi manusia seperti ikhwan muslimun tetapi kita ialah ahlul sunnah wal jamaah yang berjuang di atas aqidah salaf soleh menurut kitab dan sunnah berdasarkan pemahaman salaf soleh dari riwayat yang sahih.

Perlaku dosa besar tidak dikafirkan dan ini ijmak ulama Islam dan kita (pengikut salaf soleh) bersetuju dan bersepakat serta menetap diri dalam hal ini dan juga kita ahlul sunnah mengkafirkan pemimpin Amerika Syarikat, Britain dan Australia dan lain-lain yang membunuh umat Islam yang menyembah dan mensyirikkan Allah juga kita turut mengkafirkan "golongan yang wala (memberikan ketaatan) kepada golongan kafir" dan ini merupakan ajaran Islam.

Oleh yang demikian, kita jelaskan "Ketaatan kepada kuffar" bukanlah hanya menjadi dosa besar tetapi membawa kekufuran dan wajib dikafirkan dan hanya ulama salafi penjilat dan ulama sufi yang jahil sahaja serta mereka yang hatinya diselaputi dunia dan beriman kepada selain Allah tidak berani menegaskan kalimah hak ini.

- Menghina rasulullah membawa kekufuran dan ianya dosa besar
- Melakukan syirik ialah sebesar-besar dosa dan ianya membawa kepada kafir
- Menikahi ummul mukminin dan menghalalkan untuk menikahi mereka juga membawa kepada kafir
- Menghalalkan sesuatu yang haram ialah dosa besar dan juga membawa kepada menjadi kafir

Lalu bukankah di sini terpapar satu kejahatan "ulama salafi penjilat" yang mengatakan "kita tidak mengkafirkan pelaku dosa besar" yang sekalipun hal ini benar dari sudut ilmiah dan disepakati oleh ijmak ulama Islam termasuk oleh kita yang mengikuti jalan salaf soleh tetapi kita juga turut menyempurnakan kalimah ini dengan sesuatu yang tidak berani disempurnakan oleh mereka iaitu "kita tidak mengkafirkan perlaku dosa besar kecuali perlaku dosa-dosa besar yang berhak dikafirkan".

Maka kerana itulah golongan yang mengatakan :

- Tutup aurat tidak wajib (sekalipun dia mengetahuinya bahawa itu jelas diperintahkan oleh Allah ) tidak dijatuhkan kafir kerana kononnya dia masih mengucap syahadah sedangkan Iman itu termasuk dengan amal maka sekiranya amalnya tidak selari dengan kaedah keimanan maka tidajklah dia dianggap beriman.

- Mencela rasulullah dan memburukkan peribadi rasulullah dan keluarga baginda yang suci tidak dijatuhkan hukuman kafir kerana kononnya kita tidak mengkafirkan perlaku dosa besar.

- Menghina Al-Qur'an dan sunnah tidak apa kerana hanya dosa besar jadi kita tidak mengkafirkan perlaku dosa besar.

- Berzina lelaki perempuan dengan sukarela tidak apa kerana bukan dengan paksa dan masing-masing rela sedangkan dia mengetahui bahawa ianya diharamkan oleh Allah maka mereka ini tidak dikafirkan kerana perlaku dosa besar tidak dikafirkan.

begitulah senario umat islam yang dicelarui oleh kejahilan aqidah ahlul sunnah wal jamaah apabila ulamanya menjadi penjilat kepada pemerintah dan mencari lubang-lubang wanita dan mencintai kilauan emas harta dan bulatan-bulatan angka yang banyak di akaun-akaun simpanan mereka serta mahukan kedudukan selesa disisi pemerintah dan glamour dimata manusia.

Kerana itulah artikel ini ditulis demi menjelaskan kepada umat islam hakikat perjuangan jihad yang berlaku di dunia Islam hari ini dan menjelaskan kebathilan para golongan yang jahil dengan agama.

Buat peringatan !!

Kepada umat Islam khasnya pihak berkuasa tempatan hendaklah difahami bahawa penulis (Ustaz Emran Ahmad) tidak menyatakan apa-apa pendirian dalam artikel ini melainkan menjelaskan hukum jihad dan meletupkan diri di Palestin dan di Iraq yang disalah fatwakan oleh ulama salafi penjilat serta menjelaskan hukumnya dari perbincangan ilmiah dengan ulama salafi hakiki yang pelbagai di tanah arab.

Adalah saya membuat pengisytiharan bahawa saya sama sekali tidak bertanggungjawab terhadap salah faham dan tafsir dari artikel saya ini yang menjelaskan situasi di Iraq dan Palestin serta bukannya di Malaysia.

Adapun jihad di Malaysia dan cara serta kaedahnya maka ianya tidaklah sama di Iraq dan Palestin berdasarkan situasi, waktu, musuh yang dihadapi dan uslub yang perlu digunakan maka dengan itu sebarang usaha yang cuba mengaitkan saya dengan gerakan militan dan aktiviti bersenjata maka ianya adalah salah dan tidak benar kerana saya hanya menjelaskan apa yang sepatutnya di Iraq dan Palestin dan bukannya di Malaysia.

(Penjelasan ini perlu memandangkan pihak SB akan cuba mengaitkan risalah artikel ini dengan usaha kumpulan Nordin Mat Top dan Dr Azhari Hussin yang aktif dan terlibat dengan aktiviti meletupkan diri di negara Indonesia dan gerakan ini yang pernah muncul di Malaysia maka perlulah dijelaskan bahawa kita hanya menjelaskan dari sudut ilmiah dan risiko lain dari penjelasan ini tidaklah ditanggung oleh saya kerana tugas saya sebagai ustaz hanya menyebutkan apa yang benar dari sudut fatwa dan untuk situasi di Malaysia memerlukan perbahasan dan kajian yang lebih panjang sebelum menentukan apakah usaha jihad yang perlu dijalankan di Malaysia).


Wallahualam".


Meletupkan diri serta Membunuh Diri dalam Syariat Islam

Amalan ini dalam bahsa arab di istilahkan dengan kalimah إنتحارية yang berasal dari perkataan “ta-ha-ra” yang bererti tempat gantung tali di leher kambing dan lain-lain makna dan المنحر ialah bermaksud tempat penyembelihan korban إنتحر.

Syariat Islam secara mutlak mengharamkan perbuatan membunuh diri dan para ulama Islam mengambil hujah dari surah An-Nisa ayat 29 :
وَلاَ تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
“ Dan Janganlah kamu membunuh diri kamu kerana sesungguhnya Allah sangat penyayang kepada kamu” (An-Nisa : 29).

Di dalam tafsir Al- Imam ibn I’tiyah Al Andalusy –muharor wajis fi tafsiril kitabil aziz jilid 4 hal. 28 menyebutkan : Allah berfirman : ولاتقتلوا أنفسكمmaka Al-Hasan membacanya ولاتقتلوا dengan kasrah khof dan tasjid yang bererti untuk menunjukkan kumpulan orang yang ramai sehingga para ahli mufassir bersepakat bahawa daripada ayat berikut menjadi larangan bagi manusia untuk saling berbunuhan di antara satu sama lain.

Demikian pula lafaz dari ayat ini juga bermaksud larangan bagi orang ramai daripada melakukan perbuatan membunuh diri. Disebutkan pula di dalam tafsir Imam Al-Khurtubi 3/5/105 bahawa ayat ini juga mengandungi erti larangan membunuh diri kerana perihal dunia atau pun dengan disebabkan kepentingan harta atau pun gelisah dan kecewa atau marah dan Islam menentang keras hal ini.

Demikian pula Imam Abu Bakar Aljasos dalm kitab tafsirnya ahkamul qur’an 3/131; yang menyebutkan bahawa erti daripada tafsiran ayat tersebut adalah larangan bagi orang yang melakukan perbuatan membunuh diri untuk mendapatkan harta (juga kerana kesempitan harta) ataupun dalam keadaan marah atau sedih.

Demikian pun dalam kitab tafsir goroibul qur’an wa rogoibul furqon milik Al-Imam Nidhomuddien bin Muhammad bin khusain yang terdapat ulasan pada nota kaki tafsir Al-Imam Tabari ra 4/5/27 yang menyebutkan : Janganlah engkau membunuh diri sebagaimana yang dilakukan oleh seorang yang bodoh tatkala dia menderita sedih dan takut atapun sedang sakit parah sehingga menyebabkan dia membunuh dirinya.

Saya berkata bahawa bunuh diri yng dilarang adalah orang yang membunuh dirinya bertujuan untuk mendapatkan dunia dan harta ataupun disebabkan marah atau gelisah atau di sebabkan sakit parah atau disebabkan luka parah sebagaimana kisah seorang lelaki yang membunuh dirinya di perang Uhud.

Seperti yang tercatat pada hadith yang diriwayatkan oleh Sahal bin Sa’ad As-Saidy; Sesungguhnya rasulullah bertemu dengannya dan orang musyrikin saling berperang lihat dalam fath kitab maqozy 7/42026/ hal ;471. demikian pula sepeti yang tercatat dalam Fath kitab Al-Qodar bab Alamu bil khowatim 11/66064/ hal.88. diriwayatkan oleh Imam bukhori ra. “ tatkala peperangan mulai berkecamuk dan ramai sekali orang yang teluka parah sampai sebahagian mereka merasa takut dan ada salah satu di antara meraka mengalami luka yang sangat parah maka dia lantas mengambil panah yang berada di sarung panah lalu dia membunuh dirinya’.

Maka kalau perbuatan membunuh diri disebabkan perihal diatas adalah haram dan termasuk perbuatan dosa besar dan mereka akan mendapatkan ancaman azab yang pedih. Maka tidak boleh seorang pun muslim melakukan perbuatan membunuh diri dalam keadaan apapun jua selama dengan disebabkan perihal dunia.

Bahkan ada riwayat lain yang melarang keras bagi mereka yang menderita sakit untuk berharap mati kerana menderita sakit yang dihadapinya . Alfath 10/56716/hal.127 kitab marod bab tamany marid almauta. Dari Anas bin Malik ra : “Sesungguhnya janganlah ada diantara kamu golongan yang berharap mati dari musibah apa yang kamu hadapi, kalau pun kamu tidak mampu bertahan dari penderitaan itu maka berkatalah ; Ya Allah hidupkanlah aku kalau seandainya kehidupanku ini lebih baik bagiku dan matikanlah aku kalau seandainya kematian itu lebih baik bagiku”.


Ini adalah larangan bagi orang yang bunuh diri kerana duniawi ataupun di kerana gelisah apa yang ia derita terhadap hidupnya atau tidak kuat menahan sakit apa yang ia derita.

Akan tetapi orang yang membunuh dirinya dengan tujuan membela islam dan melemahkan kekuatan orang kafir dan melawan tipu daya mereka, memasukkan rasa takut pada mereka (orang kafir) dan menunjukan kehebatan dan kekuatan umat Islam pada mereka sehingga mereka takut dengan keberanian dan kepahlawanan umat islam di dalam membela agamanya ataupun dengan tujuan lain yang berniat baik serta berhusnun zhon bahawa apa yang dia buat akan mendapatkan maslahat yang lebih baik kerana jihad di jalan Allah maka Allah swt Memuji perbuatan tersebut sebagaimana firmanNya dalam surat at-taubah :111 .

Adapun kalau mereka yang terbunuh disebabkan dunia dan gelisah terhadap musibah apa yang dideritainya dan tidak kuat menahan sakit, ini semua dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Sebagaimana pula di terangkan dalam hadith atas ancaman pada orang yang membunuh diri tidak berniatkan jihad dan mengharapkan mati syahid akan tetapi mereka membunuh dirinya dengan besi atau racun atau dengan cara yang lainnya dengan tujuan dunia.

Imam bukhari meriwayatkan dalam alfath 3/226-7 (1363) kitab janazah bab man ja’a fi qootilul nafs. dari tsabit bin dhohaq ra. Dari rasulullah saw. Berkata; ……dan barang siapa yang bunuh diri dengan besi maka ianya akan di azab dengan api neraka……..”.
Dan dari jundab ra. Dari rasululah saw. Berkata; ada seorang yang menderita luka kemudian dia tidak sabar dan membunuh dirinya maka baginya adalah neraka jahanam “. Nombor hadits (1364).

Oleh kerana tidak boleh menyamakan bagi orang yang mengorbankan nyawanya dengan tujuan dunia begitu saja dengan tujuan mempertahankan kemuliaan islam dan melemahkan kekuatan musuh islam disamakan dengan orang yang bunuh diri disebabkan dunia.

Oleh kerana itu kalau kita memahami hadith rasulullah terhadap larangan bagi orang yang bunuh diri dengan tujuan dunia, “sesngguhnya perbuatan membunuh diri dengan tujuan selain untuk Allah merupakan kezaliman dan berbuat dosa pada dirinya kerana pada hakikatnya jiwa ini adalah milik Allah semata oleh disebabkan itu di haramkan mati kecuali dengan apa yang diperintahkan oleh Allah “.fath :11/539.

Perbuatan bunuh diri dengan tujuan syahid adalah diperintahkan oleh Allah sebagaimana Allah berfirman dalam surah at-taubah ;111.

Allah swt memerintahkan pada hambanya agar mengorbankan jiwa dan hartanya hanya kepada Allah semata.-mata Walaupun pada hakikatnya jiwa dan harta tersebut milik-Nya namun Allah menjanjikan pada mereka akan di ganti dengan pahala yang lebik baik ini adalah sebuah kemuliaan dan penghormatan bagi mereka.


Berkata imam ibn ithiyah di dalm kitab fatsirnya 7/50. ;sesungguhnya Allah membeli jiwa agar beramal pada ketaatan perintah-Nya dan menginfaqkan hartanya semata –mata kerana Allah”. Maka tiada keraguan lagi bahawa bunuh diri dengan tujuan syahid adalah merupakan amalan ketaatan kepada Allah, bahkan perbuatan tersebut adalah amalan yang paling terpuji dan tinggi nilainya di hadapan Allah.


- ada panggilan penting, akan bersambung selepas ini insyaAllah...

No comments: