Sunday, March 30, 2014

Kezaliman pasti akan dibalas oleh Allah

Pada hari akhirat kelak, Allah pasti akan membalas perbuatan zalim yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim.

Kata Imam Ibn Abbas RA;
يحشر كل شيء حتى الذباب
'Semuanya akan dikumpulkan oleh Allah untuk diberi balasan termasuklah lalat.'

Dari Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah Salallahualaihiwassalam bersabda :

لَتُؤَدُّنَّ الْحُقُوقَ إِلَى أَهْلِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُقَادَ لِلشَّاةِ الْجَلْحَاءِ مِنْ الشَّاةِ الْقَرْنَاءِ
' Akan ditunaikan hak/tuntutan ke atas setiap makhluk terhadap ahlinya pada hari akhirat sehinggalah kepada kambing yang tidak bertanduk dan kambing yang bertanduk.' [Riwayat Muslim]

Jika kambing yang bertanduk pun akan dibalas kerana pernah menanduk kambing yang tidak bertanduk bagaimanakah pula nasib si penguasa yang membunuh rakyatnya dan sang mufti yang mengizinkan atau memberi fatwa keharusan membunuh nyawa rakyat jelata?

Nescaya mereka akan berkata;
يَا لَيْتَنِي كُنْتُ تُرَابًا
'Alangkah bagusnya kalau kami pun turut menjadi tanah (yakni tidak perlu diazab).'

No comments: