Kebanyakkan
 ahli bid'ah dan golongan yang disesatkan oleh Allah daripada jalan 
kebenaran dapat dikenal pasti melalui seruan dan dakwah yang mereka 
sampaikan. 
Ibnu Qudamah
al-Maqdisi rahimahullah mengatakan;
 وكل متسم بغير الإسلام والسنة مبتدع ، كالرافضة ، والجهمية
 ، والخوارج ، والقدرية ، والمرجئة ، والمعتزلة ، والكرامية ، والكلابية ، 
ونظائرهم . فهذه فرق الضُّلال ، وطوائف البدع ، أعاذنا الله منها 
“Setiap golongan yang menamakan dirinya
dengan identiti selain Islam dan Sunnah adalah mubtadi’ (ahli bid’ah)
seperti contohnya : Rafidhah (Syi’ah), Jahmiyah, Khawarij, Qadariyah, Murji’ah,
Mu’tazilah, Karramiyah, Kullabiyah, dan juga kelompok-kelompok lain yang serupa
dengan mereka. Inilah firqah-firqah sesat dan kelompok-kelompok bid’ah, semoga
Allah melindungi kita darinya.” (Lum’atul I’tiqad, Ibn Qudamah)
Kebanyakkan ahli bid'ah dan golongan yang disesatkan oleh Allah daripada jalan
kebenaran dapat dikenal pasti melalui seruan dan dakwah yang mereka sampaikan.
 Perhatikanlah tanda-tandanya, 
 
Mereka adalah golongan yang hampir kepada kubur-kuburan, berhujah dengan
 mimpi dan cerita wali-wali, suka mengada-adakan hadith palsu, sangat 
kuat pegangan kepada hadith-hadith 
dhaif, ghulu dan melampau kepada tuan-tuan guru dan tokoh mereka, giat 
mempromosikan ajaran kesufian dan tariqat, suka memecah belahkan umat 
Islam dan menyesatkan sesama muslim, taasub dalam masalah fiqhiyah dan 
mazhab, gila popular, suka mencari redha sultan dan pemerintah, tamak 
kepada harta dunia, buruk akhlak dan perangai yang jauh daripada 
al-sunnah dan paling penting mereka ialah golongan yang amat jarang 
membaca hadith Nabi salalalhualaihiwassalam dan jauh daripada riwayat 
hadith serta membenci para ulama'nya dan mengelar mereka dengan tuduhan 
yang bukan-bukan. 
 
 Diriwayatkan bahawa Imam Ahmad bin Sinan Al-Qhattan rahimahullah (wafat 258 hijrah) pernah menyebut; 
  ليس في الدنيا مبتدع إلا وهو يبغض أهل الحديث ، فإن ابتدع الرجل نزعت حلاوة الحديث من قلبه
 ' Tidak ada di dunia ini seorang ahli bid'ah pun kecuali dia sangat 
membenci ahli hadith. Sesungguhnya apabila seseorang lelaki itu 
melakukan bid'ah maka akan dicabut kemanisan hadith daripada hatinya.' 
[Syaraf Ashab al-Hadith] * Beliau ialah guru kepada Imam al-Bukhari dan 
Muslim serta pelbagai ulama' hadith yang lain.  
 
 Begitu juga kata Imam Abu Nasr bin Salam al-Faqih rahimahullah yang menyebut;
 
 ليس شيء أثقل على أهل الالحاد ولا أبغض إليهم من سماع الحديث ورواياته بإسناده 
 ' Tidak ada perkara yang lebih berat bagi seorang ahli ilhad (orang 
yang menyeleweng- ahli bid'ah)  dan yang paling dibenci oleh mereka 
melainkan mendengar hadith yang diriwayatkan dengan sanadnya.' [Syaraf 
Ashab al-Hadith] 
 
 # Golongan ahli bid'ah dan ajaran sesat ini 
dapat diketahui apabila mereka kerap menyebut nama-nama syeikh dan guru 
mereka (Contohnya Abdullah al-Harari, Tuan Guru XXX) dan jarang sekali 
menyebut nama para Imam-Imam salaf seperti Imam Al-Syafi'ie, Imam Ahmad,
 Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Abdullah bin al-Mubarak, Imam Hasan 
al-Basri, Imam Sufyan al-Sauri, Imam al-Tirmidzi, Imam Al-Bukhari, Imam 
Muslim, Imam Abu Daud, dll ulama hadith dahulu dan kini. 
 
 
Mereka juga jarang membaca al-Quran dan hadith sebaliknya kerap membaca 
kalam-kalam guru dan fatwa tok syeikh-tok syeikh mereka. Aqidah mereka 
berpandu kepada ilmu kalam, ucapan tok-tok guru bukan kepada ayat 
Al-Quran dan hadith-hadith sahih atau ucapan salaf. 
 
 # Golongan
 sesat amat suka menggelar ahli sunnah dengan celaan yang pelbagai 
seperti wahabi, mujassimah, musyabihah, nasibi dan sebagainya seperti 
yang disebut oleh Imam Ibn Abi Hatim rahimahullah dalam kitabnya Asl 
al-Sunnah wa I'tiqad al-Din dengan menyebut;
 
 وعلامة القدرية تسميتهم أهل السنة مشبهة 
 'Dan tanda golongan Qadariyah itu ialah mereka menggelar ahli sunnah 
sebagai musyabihah (kononnya ahli sunnah mendakwa Allah itu menyerupai 
makhluk)'
 
 # Ahli sunnah wal Jamaah itu pula ialah golongan yang
 paling teguh berpegang kepada al-Quran dan hadith serta jalan beragama 
para salaf. Mereka amat cinta kepada Allah dan Rasul serta para sahabat 
Nabi Radiallahuanhum, mengambil manfaat dari ilmu-ilmu imam-imam salaf 
seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Al-Syafi'ie dan Ahmad serta ramai lagi 
tanpa ghulu atau taasub. Mereka mengkaji aqidah, hadith, fiqh, dengan 
meneliti fatwa ulama dahulu dan sekarang, mengikuti apa yang diyakini 
lebih benar, mempertimbangkan maslahat umat, melaksanakan amar makruf 
nahi mungkar, berkasih sayang sesama Muslim, berjihad menentang musuh 
Islam, pembela rakyat dan golongan lemah (mustadh'afin) , tegas terhadap
 pemimpin, menjaga kebajikan umat Islam, berdakwah kepada non-Muslim, 
memajukan umat dan membanteras kejahilan dan taasub, sangat mencintai 
akhirat, memiliki akal yang cerdas dan mengalakkan manusia berfikir dan 
memajukan ekonomi dan ilmu pengetahuan, melaksanakan keadilan dan 
membenci kezaliman serta sangat mencintai kebenaran ! 
 
 Allah SWT berfirman tentang mereka ;
 
 وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ 
وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا 
عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ 
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ 
 
"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari 
golongan muhajirin dan ansor dan orang-orang yang mengikuti mereka 
dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah 
dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir 
sungai-sungai di dalamnya untuk selama-lamanya. Mereka kekal di 
dalamnya. Itulah kemenangan yang besar." [At-Taubah: 100]